Thursday, June 30, 2011

Jangan merapulah, kaulah penjilat UMNO

Bila merelakan diri diperalatkan oleh pemerintah jahat dan zalim demi kepentingan duniawi, nescaya golongan sebegini sudah tidak mempedulikan lagi soal dosa dan pahala sebab apa yang penting jawatan dan pangkat mesti dipertahankan kerana imbuhannya lumayan. Turuti saja kehendak pihak atasan asalkan kedudukan selamat. Soal melanggar amanah sebagaimana terkandung dalam akuan sumpah jawatan, itu soal remeh.

Bagi penulis, perangai Timbalan Pengerusi SPR itu tidak ubah seperti seekor anjing yang setia pada tuannya. Lihat saja bagaimana tingkah-laku seekor anjing yang tetap setia pada tuannya walau tuannya seorang penjenayah, penipu atau penyamun. Yang dia tahu makan dan minumnya cukup. Soal samada tuannya jahat atau baik, itu bukan urusannya. Tugasnya hanyalah terus taat-setia tanpa objection. Kalau melawan, nanti kena buang di tepi jalan jadi anjing liar.

Semalam, si Wan Ahmad ini dok 'menyalak' bagitau bahawa Datuk S Ambiga telah diperalat oleh pemimpin politik dalam BERSIH 2.0 kerana ingin meneruskan perhimpunan pada 9 Julai.

Kita nak tanyalah pada si tua laknat ni. Pertama, selama ini bagaimana boleh wujud pengundi hantu yang setengahnya boleh mengundi di 10 tempat berbeza?. Keduanya, bagaimana pendatang tanpa izin boleh ada MyKad dan layak jadi pengundi? Ketiga, kenapa pasukan Pelapes, Rela dan isteri Polis dan Tentera mahu dimasukkan sebagai pengundi pos?

Sebelum menuduh pihak lain diperalatkan, pleaselah... seluruh rakyat tahu dah, selama ini memang SPR jadi barua UMNO sebab kepala-kepalanya adalah di kalangan 'anjing suruhan'.

Kita nak habaq pada Timbalan Pengerusi SPR, jangan sekali-kali buat kenyataan bodoh bagi melindungi pekong sendiri yang sejak sekian lama 'dianjingkan' UMNO.

Penulis juga bekas kakitangan awam tapi taklah sehina macam si Wan Ahmad yang sanggup menjadi barua golongan manusia durjana yang sedang bermaharajalela dalam negara. Sanggup bersekongkol dalam kerja-kerja jahat menipu pilihanraya.

Hanya ada satu cara saja untuk kita ajar manusia macam Wan Ahmad dan orang-orang yang seaktu dengannya. Yaitu dengan menjatuhkan terlebih dahulu rejim UMNO BN dalam PRU13 nanti.

Jika itu dapat dilakukan, tahulah kita bagaimana mahu mendesak kerajaan baru Pakatan Rakyat agar segera bertindak terhadap mereka semua.

Ayuh... jangan lupa tanggungjawab untuk turun pada 9 Julai nanti.

Wednesday, June 29, 2011

Gelombang Mesir kian hampir

Hari ini Menteri pondan KDN dok habaq pakai, edar dan jual baju Bersih 2.0 adalah haram. Justeru tangkapan Polis adalah betul. Ohhh kalau pasal aktiviti berkaitan Bersih 2.0 hukumnya haram, tapi bunuh Ustaz Ibrahim LIbya dan 13 rakannya, bunuh dan letupkan Altantuya, rasuah, rompak duit rakyat, fitnah Anwar, menipu dalam pilihanraya boleh pulak. Haramjadah punya UMNO.

Semalam, kira-kira 300 Pemuda Patriot UMNO berdemo di depan pejabat PKR Petaling Jaya dan mengancam untuk membakar pejabat parti itu jika masih bersama Bersih 2.0. Antara 'kepala hapraq' yang mengetuainya ialah exco Pemuda Umno Lukman Adam dan bekas Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah.

Soalnya, kenapa Polis tak usik pun demo itu walhal ada bukti ancaman mahu membakar pejabat PKR. Ohhh pasal mereka tu Pemuda UMNO, maka semuanya halal dalam Akta Polis ya?

Kalau Pakatan Rakyat, semuanya tak boleh. Himpunan haramlah, ceramah tanpa permitlah dan macam-macam lagi. Semuanya tak boleh...

Wahai UMNO dan Polis, buatlah sesuka hati kamu sementara masih ada kesempatan dan selagi rakyat boleh bersabar.

Penulis lihat kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pondan itu sebagai satu isyarat bahawa kerajaan UMNO di bawah Najib semakin ketakutan dengan sambutan rakyat terhadap himpunan 9 Julai nanti. Justeru, dikeluarkan 'fatwa' bahawa pakai baju Bersih 2.0, edar dan jual adalah haram. Jadi Polis bebas menahan mereka.

Rupanya Najib dan UMNO tidak mahu belajar dari apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia. Mungkin pada perkiraan Najib, rakyat Malaysia tidak seberani rakyat di Timur Tengah. Lantaran digunakan Polis untuk membuat tangkapan awal bagi menghalang kemaraan rakyat pada 9 Julai. Begitu juga cubaan menangkap beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dan Sekretariat Bersih 2.0.

Sayugia difahami segala tindakan bacul Najib menggunakan Polis mutakhir ini merupakan isyarat jelas kepada pra-kejatuhan rejim UMNO BN. Dalam satu kenyataan media hari ini, Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan, TGNA menegaskan “Tangkapan-tangkapan ini hanyalah pra kejatuhan UMNO Barisan Nasional.”

Najib sedar jika Himpunan Bersih 2.0 ini berjaya diadakan dengan disertai oleh 300 ribu rakyat, ianya akan memberi impak besar kepada PRU13. Perlu diakui himpunan Bersih 2007 telah mempengaruhi keputusan PRU12 hingga Pakatan Rakyat berjaya menguasai 5 negeri.

Ayuh rakyat... kita semua mesti turun ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini demi masa depan negara yang bakal diwarisi oleh anak cucu kita.

Takbir.

Monday, June 27, 2011

Dulu takut pada budak PASTI, la ni pada puisi

Dulu masa dia jadi PM, Mahathir menuduh Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) mengajar pelajarnya membenci kerajaan. Hari ini Najib dan UMNO bukan saja takut dengan baju kuning, malah takut pada puisi A Samad Said. Justeru diarahkan Polis menahan dan menyoal-siasat sasterawan negara itu.

Memang benar pepatah yang menyebut 'Berani kerana benar, takut kerana salah'. Soalnya sekarang, mengapa UMNO kini ibarat orang disampuk hantu. Siang pun takut, apatah lagi malam.

Khabarnya, pihak Polis telah diarahkan membuat sekatan jalanraya di setiap sempadan negeri-negeri seluruh Semenanjung bagi menghalang rakyat menuju ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ni.

Soalnya, kenapa Najib begitu gerun dengan Bersih 2.0 jika benarlah UMNO BN jujur dan tidak memperalatkan SPR bagi melakukan penipuan dalam pilihanraya?

Bak kata Mat Sabu, "Kalau tidak menipu, itu bukan UMNO", bagi menggambakan betapa kejinya UMNO yang sanggup melakukan apa saja demi kelangsungan kuasa politik. Bukan untuk membela rakyat tapi bagi menyelamatkan diri masing-masing daripada mengalami nasib yang serupa Hosni Mubarak dan Ben Ali.

Setakat hari ini, 81 tangkapan telah dibuat oleh Polis dalam usaha cuba menakutkan rakyat yang akan ke Himpunan Bersih 2.0. Orang yang pakai baju Bersih ditangkap, edar risalah pun ditangkap. Dan orang yang baca puisi pun kena juga.

Baru-baru ini Datuk A.Samad Said dan Dato' Ambiga telah ditahan dan disoal-siasat oleh pihak Polis berhubung Bersih 2.0.

Senario jelek yang sedang melanda negara mutakhir ini jelas membuktikan Najib dan UMNO sudah tidak mampu berfikir secara waras ekoran dibayangi ketakutan hilang kuasa yang amat kronik sekali. Bahasa mudahnya, gilalah...

Apakah rasionalnya menghalang himpunan aman rakyat yang menuntut sistem pilihanraya bersih?

Segala tindakan dayus Najib dan UMNO menggunakan Polis untuk menghalang himpunan ini sebenarnya membenarkan segala dakwaan pembangkang, memang wujud penipuan yang amat ketara dalam setiap pilihanraya. Tiga penipuan terbesar dan telah dibuktikan ialah wujudnya pengundi hantu, penipuan dalam undi pos dan persempadanan semula kawasan pilihanraya secara tidak adil bagi menjamin kemenangan UMNO BN.

Dan keengganan SPR menunaikan tuntutan Bersih 2007 membuktikan betapa badan suruhanjaya itu memang telah lama jadi 'anjing UMNO'. Antara tuntutan Bersih, termasuk penggunaan dakwat di jari pengundi, pendaftaran pemilih secara automatik dan pembersihan daftar pemilih secara menyeluruh.

Ekoran keengganan SPR memenuhi tuntutan Bersih, justeru Bersih 2.0 mesti diteruskan pada 9 Julai ini.

Wahai rakyat, marilah kita turun beramai-ramai ke ibu negara nanti bagi membuktikan kuasa rakyat mampu menguburkan UMNO BN yang semakin zalim dan jahat sekarang. Yakinlah, takde yang mustahil jika dengan izin Allah.

Bukti ada di depan mata bila rakyat Tunisia dan Mesir berjaya menjatuhkan rejim zalim Ben Ali dan Mubarak.

Takbir.

Tak usah ugut rakyatlah, jawab dulu isu Altantuya

Semalam, Menteri KDN Hishamudin buat kenyataan, pihaknya mungkin akan menggunakan ISA terhadap penganjur Bersih 2.0 jika dilihat himpunan itu mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam. Manakala Najib pula mendakwa pembangkang menggunakan Bersih 2.0 bukan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, tapi mahu menimbulkan huru-hara.

Selain kenyataan dua individu bacul ni, 30 aktivitis PSM telah ditahan reman mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong. Sekali lagi pihak Polis diarahkan membuat tuduhan palsu terhadap mereka. Antara tuduhan yang dibuat ialah mahu menghidupkan kembali fahaman komunis dalam negara.

Jika pada tahun 1985, UMNO melalui KDN telah memfitnah Ustaz Ibrahim Libya membawa ajaran sesat bagi menghalalkan tindakan membunuh beliau dan 13 rakannya serta menahan yang lain dibawa ISA, maka tidak hairan bila Polis sengaja mereka-reka tuduhan dan bukti bagi membolehkan 30 aktivis PSM itu direman sehingga 2 Julai.

Apa erti semuanya ini?

Najib dan seluruh pimpinan utama UMNO kini sedang dihantui ketakutan akut ekoran segala dosa-dosa besar yang telah dilakukan terhadap negara dan rakyat. Bayangkan jika UMNO BN tewas dalam PRU13 dan menjadi pembangkang, apa akan jadi pada Mahathir, Najib, Pak Lah, Hishamudin, Rafidah dan ramai lagi.

Tentunya orang yang paling takut ialah Najib dan Rosmah. Kes pembunuhan Altantuya akan dibongkar semula. Dan individu yang terlibat termasuk pegawai tentera dan polis akan ditahan dan dibicarakan di mahkamah. Penulis yakin Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar yang dijadikan kambing hitam masih hidup lagi hari ini walau mahkamah telah menjatuhkan hukuman gantung.

Selain Najib, orang seperti Musa Hasan, Ghani Patail, Ismail Omar dan ramai lagi pegawai kanan Polis yang terlibat dengan pelbagai konspirasi dan kes kematian misteri akan turut dihadapkan ke mahkamah. Tidak ketinggalan juga Pengerusi SPR dan Timbalannya.

Sebab itulah seluruh kepala-kepala dalam PDRM, ATM, SPRM, SPR, Kehakiman, Jabatan Peguam Negara adalah di kalangan manusia keparat yang boleh ditali-hidungkan oleh rejim UMNO macam lembu.

Kita jangan lupa seluruh agaensi kerajaan mula dikuasai oleh orang No.1 sejak zaman Mahathir lagi. Ini penting bagi kelangsungan survival kuasa politik UMNO. Antara langkah awal Mahathir mahu menghalang kemaraan pengaruh PAS ialah menarik Presiden ABIM ketika itu, Anwar Ibrahim menyertai UMNO. Tidak dinafikan strategi politik licik Mahathir memang menjadi. Dan ramai ahli ABIM yang menuruti langkah Anwar.

Sepanjang Anwar berada dalam UMNO, PAS menghadapi kesukaran untuk melebarkan sayapnya ekoran ketokohan dan penampilan peribadi Islamik Anwar yang berjaya mengukuhkan lagi pengaruh UMNO di dalam hati masyarakat Melayu. PAS hanya ada sedikit pengaruh di Kelantan, Kedah dan Terengganu saja.

Dan era pemusatan kuasa ini berterusan sehingga ke hari ini. Dan Najib dilihat lebih 'merbahaya' daripada Mahathir. Selicik-licik Mahathir mengembang-biakkan amalan rasuah, kronisme dan nepotisme tapi rakyat masih tidak dibebankan dengan kenaikan harga minyak yang melampau. Tidak seperti zaman Pak Lah dan lebih-lebih lagi Najib sekarang.

Penulis yakin, majoriti rakyat kini semakin sedar siapa sebenarnya UMNO yang menjadi kepala BN selama ini. Negara kini sedang berhadapan dengan pelbagai masalah serius yang memungkinkan boleh jadi bankrap dalam tempoh terdekat. Semuanya angkara amalan rasuah dan penyelewengan UMNO.

Hari ini rakyat sudah mula terasa bebanan kos hidup yang semakin meningkat dalam keadaaan pendapatan tidak bertambah dan semakin hilang kuasa membeli. Kadar inflasi terus meningkat seiring dengan bebenan hutang negara.

Di sudut kuasa politik pula, dah tentu Najib dan UMNO semakin dibayangi takut hilang kuasa bila sokongan padu masyarakat Cina dan peningkatan sokongan Melayu dan India pada Pakatan Rakyat dalam PRU12 hingga 5 negeri terlepas daripada genggaman.

Selain igauan buruk PRU12 yang sering menghantui diri, Najib dan Rosmah terus diburu oleh bayangan Altantuya sepanjang hidupnya. Justeru, demi memastikan kuasa No.1 kekal dalam genggaman selepas PRU13, penulis yakin Najib akan melakukan apa saja untuk tujuan itu.

Sebab itulah Polis digunakan bagi menggagalkan himpunan raksaksa Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti selain konspirasi untuk memenjarakan Anwar semula.

Ayuh kita tunjukkan 'kuasa rakyat' pada tarikh keramat itu.

Sunday, June 26, 2011

Wajib tengok video ni

Sebagai Muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, adalah dilarang sama-sekali kita bersekongkol atau menyokong atau bersama dengan golongan yang fasik, zalim dan munafiq. Islam mengajar kita jika datang sesuatu perkhabaran dari golongan fasiq dan munafiq, hendaklah diselidiki terlebih dahulu berita yang dibawa. Justeru dalam kes tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim, kita tidak sepatutnya terus menerima perkhabaran yang disebar oleh media perdana milik UMNO yang jelas menjadi penyebar fitnah terhadap pembangkang dan pimpinannya. Sila ikuti penjelasan berikut dan pembaca boleh nilai sendiri betapa jahatnya Najib dan UMNO menggunakan Polis, Peguam Negara dan Mahkamah bagi memastikan Anwar ke penjara.














Buatlah penilaian sendiri. Jangan sekali-kali kita menempah neraka dengan bersekongkol dengan puak yang jahat dan zalim.

Saturday, June 25, 2011

Nape Najib takut dengan baju kuning?

Tadi jengok-jengok website freemalaysiatoday, lalu terpandang tajuk 'Timbalan Ketua AMK tangkapan pertama Bersih'. Rupanya si Jonah ni kena tangkap semasa sedang menunggu minuman di Up Town Shah Alam pada jam 10.45 malam tadi. Apa kesalahannya? Pakai t-shirt Bersih 2.0.

Ohhh rupanya ada undang-undang baru la ni. Yaitu tak boleh pakai baju Bersih 2.0 kerana ia merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta Polis UMNO. Mungkin juga pakai baju kuning tanpa tulisan pun salah la ni sebab Najib Rosmah cukup takut.

Soalnya sekarang, takkanlah pakai baju Bersih 2.0 tu pun tak boleh. Lantaklah orang nak pakai pun. Takkanlah Najib boleh jadi takut dengan sehelai baju kot. Apa punya PM ni. Penakut nak mampus.

Apakah Najib, Polis dan SPR fikir rakyat yang jiwanya merdeka akan merasa takut dengan penangkapan awal yang dibuat. Sorrylah. Hakikatnya, tindakan dayus ini sebenarnya menggambarkan ketakutan kerajaan rejim UMNO BN yang selama ini melakukan penipuan undi dalam setiap PRU dan PRK.

Yang pasti, pada 9 Julai nanti Kuala Lumpur akan dibanjiri lebih 100 ribu rakyat yang menuntut pilihanraya Bersih.

Penulis percaya, roh kebangkitan rakyat Mesir akan sampai juga ke negara ini jika UMNO terus-menerus melakukan penipuan dalam pilihanraya dengan kerjasama SPR, JPN dan Polis. Hanya menanti saat dan ketikanya saja. Terpulanglah pada Najib dan UMNO. Buatlah sesuka hati dengan memperalatkan Polis dan jentera kerajaan bagi menindas dan menafikan hak kebebasan rakyat. Akan sampai saatnya bila kesabaran rakyat sudah hilang, masa tu barulah puak-puak banjingan ini akan lari lintang pukang.

Ya, mungkin Najib boleh perbodohkan ahli UMNO melalui pecacainya di Bahagian dan Cawangan dengan pelbagai cara termasuk menggunakan media perdana milik mereka. Tapi sampai bila?

Lihat saja apa yang berlaku di Tunisia. Takde sapa yang menyangka tindakan berani seorang pemuda yang membakar dirinya sebagai tanda protes atas kezaliman sistem yang menindas diri dan keluarganya telah menyuntik semangat seluruh rakyat Tunisia untuk bangkit hingga tergulingnya Presiden Ben Ali bersama isterinya Laila yang korup. Bukan takat diguling dan dihalau keluar dari negara, malahan menerima 'bayaran tunai' daripada Allah SWT. Yaitu diserang penyakit ahmar.

Dan begitulah juga dengan kebangkitan rakyat Mesir, selepas Tunisia. Berpuluh tahun warga Mesir menahan sabar atas segala kezaliman rejim Mubarak termasuk penipuan dalam pilihanraya. Akhirnya ledakan kemarahan rakyat secara menyeluruh berlaku tanpa diduga hingga Hosni Mubarak terpaksa berundur secara hina. Seluruh harta miliknya di luar negara telah dibekukan. Lebih mengaibkan bila mana tiada satu negara pun yang sudi menerimanya bagi mendapatkan suaka politik.

Tidak mustahil, hal yang sama juga bakal menimpa Najib Rosmah jika masih berdegil mahu meneruskan penipuan dalam pilihanraya, fitnah terhadap Anwar, penyelewengan dan kezaliman terhadap rakyat.

Dengan izin dan kehendak Allah, kuasa rakyat akan 'mengajar' puak-puak laknat yang sedang bermaharajalela selama ini.

Ayuh kita bersama dalam Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti.

Friday, June 24, 2011

Hahaha... lepas ni makin galaklah tayangan porno

Memang penulis dah jangka perbicaraan ke atas trio tauke filem porno hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Pendakwaan dibuat sekadar menutup 'mata rakyat' agar dilihat kerajaan banjingan UMNO BN di bawah Najib nampak macam telus tetapi bolos.

Semalam, selesailah sudah drama perbicaraan kartun terhadap 3 'dajjal' yang kononnya nak tunjuk baik mendedahkan kerja maksiat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Bagi membenarkan tindakan trio itu, lalu salah seorang penguambela mereka telah memberitahu mahkamah bahawa pakar dari Amerika mengesahkan 99.999% lelaki berperut buncit dalam video itu ialah Anwar.

Akhirnya hakim pun menjatuhkan hukuman denda RM5,500 terhadap mereka bertiga. Eskay didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan sementara Shuib dan Abdul Rahim masing-masing RM1,500 atau dua bulan dan RM1,000 atau satu bulan.

Ketawa sakanlah mereka bertiga. Apalah sangat dengan RM5,500 tu. Eskay boleh bereskan semuanya. Macam RM5.50 je.

Dengan hukuman seringan itu, bermakna hari ini sesiapa saja yang menyimpan dan menayangkan filem porno hanya akan dikenakan denda maksima RM3,000. Tak usah bimbanglah. Memang tak kena penjara punya...

Nampaknya, lepas ni tauke-tauke besar yang ada pawagam atau mtv, bolehlah buat untung banyak dengan menayangkan filem-filem porno sebab mereka dah tak perlu bimbang lagi pasal denda atau penjara. Apalah sangat dengan denda RM3,000 tu. Sebelah mata je kalau tiap-tiap bulan masuk lebih RM10 ribu. Nak lagi selamat, tak payah susah-susah buat tayangan. Edar dan jual je filem lucah. Tentu ramai pelanggan.

Inilah Malaysia negaraku di bawah UMNO BN. Semuanya boleh.

Thursday, June 23, 2011

SMS Ugutan : Tunggu je apa tindakan Polis

Bukan sukar untuk menelah apa yang berlaku dalam negara. Dah terlalu banyak sandiwara murahan yang dihidangkan di depan mata, manakala media munafiq milik UMNO pula jadi medium propaganda bagi memperbodohkan Melayu yang telah berjaya didoktrin minda mereka berkiblatkan fahaman kebangsaan sesat.

Jangan sekali-kali kita terpedaya dengan permainan politik murahan UMNO yang dah semakin desperate menjelang PRU13. Hanya ada satu jalan saja lagi sebagai penyambung nyawa UMNO, yaitu sentimen perkauman.

Setelah gagal jadikan sentimen agama dalam isu kalimah Allah hingga ke peringkat mengupah orang membakar gereja, lalu sentimen perkauman terus digendang sehingga ke hari ini. Modes operandi yang dilakukan serupa je dengan apa yang dilakukan oleh rejim Mubarak yang meletupkan sebuah gereja di Kaherah. Tujuannya hanya satu. Yaitu mahu memburukkan gerakan Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh US dan Israel.

Dan hal yang serupa dilakukan oleh UMNO selama ini. Kita tak pernah lupa Peristiwa Memali yang meragut nyawa Ustaz Ibrahim Libya dan 13 anak muridnya yang tak berdosa. Mereka dibunuh atas fitnah UMNO. Bukan kerana mereka penjenayah, sebaliknya mereka belajar dan mendalami agama dan mempraktikkan dalam kehidupan mereka. UMNO rasa tergugat dengan pengaruh Ustaz Ibrahim Libya serta ketegasannya ketika berceramah atas pentas PAS. Pada perkiraan UMNO, dengan membunuh mereka akan menyebabkan rakyat semakin benci terhadap PAS.

Hari ini Perkasa tiba-tiba muncul dan cuba menonjolkan diri sebagai pembela Melayu. Dah 52 tahun pun UMNO memerintah negara. Apa jadi pada hak Melayu. Selama ini kenapa Perkasa berdiam diri dan membiarkan saja UMNO merompak dan merampas hak kepentingan Melayu.

Samada mahu percaya atau tidak, Ibrahim Ali hanya menjadikan Perkasa sebagai alat untuk kepentingan peribadinya. Sayugia difahami sudah tiada tempat baginya dalam PRU13. Kalau pun bertanding atas tiket Bebas nanti, nescaya pengundi Pasir Mas tidak akan memilihnya lagi ekoran pengkhianatan yang dilakukan selepas PRU12.

Si Raja Katak itu mengharapkan Najib akan mempelawanya masuk UMNO selepas mengkhianati PAS. Malangnya UMNO sendiri tidak sudi menerimanya kerana boleh menjadi beban kepada parti.

Justeru, dek kerana dah terlajak perahu dan merasakan diri semakin disisihkan, lalu jadikan Perkasa sebagai platform untuk mempopularkan dirinya. Gunakan Mahathir sebagai penaung (back-bone) bagi meraih sokongan orang Melayu yang bongok.

Kita lihat sendiri bagaimana gelagat Ibrahim Ali dan Perkasa melalak-melolong ke sana ke mari macam orang gila kononnya merekalah pembela Melayu. Hoi Berahim, sedarlah diri tu sikit, selama ini siapa yang mengkhaianti Melayu? Siapa yang dok sapu peruntukan saham Melayu Bumiputera berjumlah RM52 bilion daripada RM54 bilion selama ni? Sekarang ni baki tinggal RM2 bilion. Tolong jawablah...

Lepas tu si Raja Katak Munafiq ni dok melolong lagi pasal Himpunan Bersih 2.0 hingga buat kenyataan ugutan terhadap kaum Cina yang akan bersama dalam himpunan raksaksa pada 9 Julai ni. Bila ditanya oleh wartawan di Parlimen, pandai pulak gelabah dan cuba menukar kenyataannya sebelum itu. Inilah antara golongan manusia munafiq yang lidahnya bercabang.

Berkaitan sms ugutan bunuh terhadap Pengerusi Bersih 2.0, Dato' Ambiga dan 4 yang lain, kita tengok gelagat Polis dalam menangani kes serius itu. Kalau tiada siasatan atau sebarang tangkapan, maka jelas memang Polis 'bersubahat' dalam hal ini.

Adalah hampir mustahil jika Polis tidak dapat mencari orang yang menghantar sms ugutan bunuh itu sebab nombornya ada tertera dalam rekod handphone penerima.

Rakyat yang cintakan keadilan dan pilihanraya bersih, ayuh kita turun pada 9 Julai ini.

Kit Siang tawar buktikan mesej Ibrahim Ali ugut kaum Cina

Penasihat DAP Lim Kit Siang tampil menawarkan salinan ucapan Datuk Ibrahim Ali, Ahad lalu kepada Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri untuk membuktikan presiden Perkasa ada mengugut komuniti Cina menjelang perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai.

Sambil menggambarkannya melakukan kesalahan teruk, Lim berkata beliau sudah menonton ucapan Ibrahim dan mengesahkan bahawa pemimpun kumpulan hak Meyau itu ada memberi amaran kepada kaum Cina agar tinggal di rumah dan menyimpan makanan kerana apa sahaja boleh terjadi.

Katanya, apa yang diucapkan oleh pemimpin itu boleh dilihat sebagai satu bentuk ugutan kepada komuniti Cina.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Lim menambah, Ibrahim tidak seharusnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas kenyataannya itu tetapi seharusnya dicaj di mahkamah.

“Jika Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar belum lagi melihat rakaman video, saya boleh hantar mereka satu salinan,” katanya.

Awal hari ini, Hishammuddin berkata polis akan memanggil pemimpin Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa berhubung perhimpunan mereka 9 Julai ini.
Kata Hishammuddin, polis tidak akan mengeluarkan permit kepada mereka.

Beberapa organisasi media melaporkan Ibrahim sebagai berkata orang Cina perlu tinggal di rumah ketika protes Bersih dan simpan bekalan makanan.

Kenyataannya telah disalah tafsir oleh ramai sebagai satu ugutan kepada komuniti Cina, menyebabkan Ibrahim berhadapan dengan kritikan ramai.

Semalam, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata beliau hanya menasihatkan komuniti Cina supaya duduk di rumah pada hari tersebut.

Beliau juga mengecam media kerana salah tafsir kenyataannya sambil mendakwa The Malaysian Insider memutarbelitkan kata-katanya di luar konteks.
Lim mempersoalkan mengapa kerajaan terus enggan menghukum Ibrahim atas kenyataannya.

“Adakah ini kerana wajah brahim Ali semakin menjadi penting untuk mewakili kuasa sebenar dalam politik Umno - menggantikan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Lim berkata jika Hishammuddin atau Ketua Polis Negara gagal untuk bertindak sewajarnya ekoran kenyataan Ibrahim, maka kedua-dua mereka seharusnya meletakkan jawatan mereka.

- themalaysianinsider

Wednesday, June 22, 2011

Sengal punya Naib Ketua DPPP

Awal-awal lagi penulis kecewa bila tengok line-up exco Pemuda PAS Pusat sessi 2011/2013. Lagi haru bila ada '3 Kepala Hapraq' dalamnya. Belum pun sampai sebulan Muktamar berlalu, dah nampak kedangkalan kenyataan yang dibuat. Kalau ya pun ghairah nak buat press conference, janganlah keluarkan kenyataan bodoh macam budak-budak. Yang dok terikut rentak Pemuda UMNO tu apa hal.

Banyak lagi isu besar yang melibatkan negara dan rakyat. Ini tak, soal ADUN DAP Sarawak tak bersongkok pulak yang dijadikan isu. Benarlah telahan penulis. inilah line-up barisan exco hampeh.

Kamu tu pimpinan pemuda peringkat nasional. Bukan AJK Cawangan atau Kawasan. Lain kali belajar daripada 'orang tua' macam si Mazlan Aliman yang istiqamah perjuangkan nasib peneroka Felda sejak 15 tahun lagi. Sekarang ini bekas Ketua Pemuda PAS Johor itu telah berjaya menjana gelombang besar melalaui Anak hingga Najib kepanasan di Putrajaya.

Secara tak langsung hasil usaha gigih Mazlan bersama beberapa sahabatnya di peringkat awal dulu hingga lahirnya Anak dengan barisan petugas tetapnya, telah melonjakkan nama PAS di persada politik tanahair.

Seharusnya Pemuda Pusat fokus kepada isu besar negara dan rakyat. Malangnya apa yang berlaku pemuda telah 'ditipu' dan terikut-ikut rentak musuh yang sengaja mencipta isu bagi mengalihkan tumpuan rakyat.

Dan perlu diakui tindakan UMNO BN mencipta fitnah terhadap Anwar telah berjaya mengalihkan tumpuan rakyat terhadap isu sebenar seperti kenaikan harga minyak, isu pembunuhan Altantuya dan skandal pembelian Scorpene, isu belanjawan defisit 13 tahun berturut-turut, isu hutang negara berjumlah hampir RM500 bilion, isu subsidi kepada syarikat IPP (Independent Power Plant) kroni dan banyak lagi isu yang perlu diberikan fokus daripada buat kenyataan bodoh itu.

Sebelum ini MP Kubang Kerian, Salahuddin Ayun pernah membawa isu kerugian MAS RM8 bilion ke Parlimen. Malangnya isu tersebut terhenti begitu saja dan Salahuddin sendiri tidak fokus dalam isu yang dibawanya. Walhal, jika beliau sendiri fokus terhadap isu itu dan menubuhkan satu jawatankuasa ad-hoc bagi mendedahkan kepada rakyat tentang penyelewengan yang berlaku dalam MAS, nescaya akan ada pihak yang tampil menyalurkan maklumat.

Penulis sendiri pernah tanya pada Mazlan, bagaimana beliau mampu memperolehi dan mengumpul bukti dokumen hingga pihak Felda sendiri lemas. Jelasnya, tanpa diduga rupanya banyak pihak yang tmapil menyalur dan memberikan maklumat kepadanya bila dilihat kita begitu komited mahu membela nasib peneroka yang ditindas.

Selain kejayaan Mazlan melalui Anak, penulis lihat MP Pokok Sena turut berjaya dalam usahanya membela rakyat yang teraniaya dalam isu saman ekor melalui NGOnya KASE. Sebagaimana Mazlan, Mahfuz bersama barisan petugas KASE telah berjaya memberikan kesedaran dan kefahaman rakyat berhubung saman ekor. Akhirnya, hasil usaha KASE selama ini, kerajaan UMNO BN terpaksa tunduk dengan kempen KASE yang mengarahkan rakyat jangan membayar saman ekor. Malah pihak PDRM sendiri terpaksa mengakui 'kerja jahat' mereka selama ini. Cumanya penulis bimbang KASE akan 'sejuk' selapas PRU13 dan saman ekor akan berterusan bagi 'merompak' wang rakyat.

So, Pemuda PAS Pusat jangan jadi macam pondan buat kenyataan bodoh. Belajarlah dari orang lama. Kalau Nasrudin Tantawi, Nik Abduh dan Riduan Md Nor beranggapan orang macam Suhaizan dan Firdaus tak jelas fikrahnya hingga mereka harus disingkir daripada memegang jawatan Timbalan dan Naib, apakah orang macam Raja Iskandar itu layak menduduki jawatan Naib hingga boleh buat kenyataan sebodoh itu.

Sewajarnya diinsafi, dalam gerakan Islam, sesiapa pun layak untuk memegang jawatan penting. Tidak tertakluk apakah latarbelakang pendidikannya. Yang jelas, roh Islam yang wujud dalam PAS pasti akan dijiwai oleh seluruh pimpinan dan ahlinya.

Nilai ketaqwaan dan keikhlasan seseorang bukan dinilai daripada segulung ijazah dari Timur Tengah.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Sengaja curi 1 Dollar untuk masuk penjara

Sepanjang minggu ni penulis rasa naik meluat bila baca tajuk berita pasal Raja Katak nak mengamuk pada 9 Julai ni. Lepas tu Pengerusi SPR pula buat kenyataan bodohnya. Apa dia ingat rakyat Malaysia hari ni macam 20 tahun dulu ke. Kalau terdengar berita RTM dan TV3, lagilah naik angin. Kalaulah TV tu harganya RM10 je, memang penulis baling ke tanah jika terdengar berita bohong dan fitnah. Sebab tu penulis malas nak layan berita tentang Presiden Perkasa yang semakin gila sekarang.

Kali ini penulis nak kongsi dengan pembaca tentang kisah seorang lelaki warga Amerika yang sengaja bertindak mencuri 1 Dollar dari sebuah bank. Beliau bertindak begitu hanya semata-mata untuk mendapatkan rawatan perubatan percuma dalam penjara.

Bila penulis baca kisahnya, timbul pulak rasa simpati. Di samping tu, rasa lucu pun ada bila dok fikir helah di sebalik perbuatan mencuri wang 1 Dollar je.

Man robs bank to get medical care in jail

Some people who need medical care but can't afford it go to the emergency room. Others just hope they'll get better. James Richard Verone robbed a bank.

Earlier this month, Verone (pictured), a 59-year-old convenience store clerk, walked into a Gaston, N.C., bank and handed the cashier a note demanding $1 and medical attention. Then he waited calmly for police to show up.

He's now in jail and has an appointment with a doctor this week.

Verone's problems started when he lost the job he'd held for 17 years as a Coca Cola deliveryman, amid the economic downturn. He found new work driving a truck, but it didn't last. Eventually, he took a part-time position at the convenience store.

But Verone's body wasn't up to it. The bending and lifting made his back ache. He had problems with his left foot, making him limp. He also suffered from carpal tunnel syndrome and arthritis.

Then he noticed a protrusion on his chest. "The pain was beyond the tolerance that I could accept," Verone told the Gaston Gazette. "I kind of hit a brick wall with everything."

Verone knew he needed help--and he didn't want to be a burden on his sister and brothers. He applied for food stamps, but they weren't enough either.

So he hatched a plan. On June 9, he woke up, showered, ironed his shirt. He mailed a letter to the Gazette, listing the return address as the Gaston County Jail.

"When you receive this a bank robbery will have been committed by me," Verone wrote in the letter. "This robbery is being committed by me for one dollar. I am of sound mind but not so much sound body."

Then Verone hailed a cab to take him to the RBC Bank. Inside, he handed the teller his $1 robbery demand.

"I didn't have any fears," said Verone. "I told the teller that I would sit over here and wait for police."

The teller was so frightened that she had to be taken to the hospital to be checked out. Verone, meanwhile, was taken to jail, just as he'd planned it.

Because he only asked for $1, Verone was charged with larceny, not bank robbery. But he said that if his punishment isn't severe enough, he plans to tell the judge that he'll do it again. His $100,000 bond has been reduced to $2,000, but he says he doesn't plan to pay it.

In jail, Verone said he skips dinner to avoid too much contact with the other inmates. He's already seen some nurses and is scheduled to see a doctor on Friday. He said he's hoping to receive back and foot surgery, and get the protrusion on his chest treated. Then he plans to spend a few years in jail, before getting out in time to collect Social Security and move to the beach.

Verone also presented the view that if the United States had a health-care system which offered people more government support, he wouldn't have had to make the choice he did.

"If you don't have your health you don't have anything," Verone said.

The Affordable Care Act, President Obama's health-care overhaul passed by Congress last year, was designed to make it easier for Americans in situations like Verone's to get health insurance. But most of its provisions don't go into effect until 2014.

As it is, Verone said he thinks he chose the best of a bunch of bad options. "I picked jail."

- yahoo news

Sunday, June 19, 2011

Tindakan SU Akhbar Najib biadap

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah. Sebagai Muslim, kita dilarang sama-sekali melakukan sebarang bentuk kezaliman termasuk melakukan penghinaan terhadap mana-mana individu maupun kaum di dunia ini walau berlainan agama dan warna kulit.

Pernah berlaku satu peristiwa di zaman Rasulullah yang boleh kita jadikan teladan dan ikutan. Pada satu hari, Baginda dan beberapa orang sahabat sedang berbual. Tiba-tiba lalu di hadapan Baginda, sekumpulan orang Yahudi sedang mengiringi jenazah kawan mereka yang mati. Serta-merta Rasulullah berdiri bagi memberi penghormatan kepada jenazah yang lalu itu.

Sahabat pun bertanya "Wahai Rasulullah, kenapa kau bangun untuk beri penghormatan kepada jenazah itu. Bukankah yang mati itu beragama Yahudi." Lalu Baginda menjawab "Memang benar si mati itu Yahudi tapi bukankah dia juga makhluk ciptaan Allah."

Tindakan Banginda s.a.w. itu sebenarnya mendidik umatnya supaya jangan sekali-kali melakukan penghinaan terhadap mana-mana individu manusia itu sendiri walaupun mereka berlainan bangsa dan agama dengan kita.

Bila kita dengan sengaja menghina mana-mana kaum, tanpa sedar sebenarnya kita telah bertindak menghina perbuatan Allah SWT selaku Khaliq. Sayugia diingat seluruh umat manusia yang wujud sejak Adam lagi adalah ciptaan Allah.

Justeru penulis amat kesal sekali dengan tindakan biadap SU Akhbar Najib yang secara terang-terang telah menghina dan mengguris hati masyarakat Cina tanahair melalui karya kartunnya yang bertajuk Transformasi Najib.

Dalam buku kartunnya, Akmar Hisham Mokhles dengan begitu biadap telah menggambarkan watak anggota masyarakat Cina sebagai bermata sepet dan berhidung babi.

Laporan selanjutnya di sini

Saturday, June 18, 2011

Siri 2 : Golongan Yang Haram Disokong

Rasulullah s.a.w. ialah utusan Allah yang diberikan wahyu kepadanya dan tidak bercakap dengan hawa nafsu. Firman Allah dalam Surah An Najm : ayat 3-4 yang bermaksud :

Dia (Muhammad) tidak bercakap berdasarkan hawa nafsunya. Segala yang diucapnya adalah wahyu yang diwahyukan.

Dengan wahyu Allah, Allah telah mengkhabarkan kepada Nabi-Nya tentang keadaan-keadaan yang bakal berlaku selepas ketiadaan Baginda. Antaranya, akan wujud para pemimpin yang zalim dan penipu. Sesiapa yang menyokong mereka, maka Nabi s.a.w. tidak mengakuinya sebagai pengikut (umat) Baginda dan tidak akan dapat meminum telaga di syurga, dalam kata lain tidak akan memasuki syurga melainkan diazab atas jenayah sokongan mereka kepada para pemimpin jenis tersebut. Sesiapa yang tidak menyokong dan menolong para pemimpin yang zalim dan membenarkan pembohongan mereka, maka dia adalah pengikut (umat) Nabi dan akan memasuki syurga kelak.

Mukmin yang sebenar akan merasa bimbang dan takut dengan amaran ini. Tidak mengapa jika seseorang dipecat dari menjadi ahli sesuatu pertubuhan, tetapi yang sangat bahaya dan menakutkan apabila kita dipecat dari menjadi pengikut (umat) Nabi s.a.w. Di manakah golongan ini akan berhimpun di Akhirat kelak jika Rasulullah s.a.w. tidak menerima mereka sebagai pengikutnya?

Sesungguhnya asas utama kezaliman pemerintahan yang wujud sekarang adalah kerana tidak melaksanakan syari'at Allah (Perundangan Al Qur'an). Firman Allah dalam Surah Al Maidah : ayat 45 yang bermaksud ;

Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim.

Dengan kezaliman yang asas ini, para pewaris Fir'aun menambahkan lagi kezaliman demi kezaliman. Membolot harta rakyat dan menzalimi setiap yang bangun menasihatinya.

bersambung...

Siri 1 di sini

Ahli UMNO kena tahu fakta ni

Dalam klip video ceramah Mat Sabu ini terdapat beberapa fakta penting yang wajib diketahui oleh warga tanahair. Lebih-lebih lagi seluruh ahli UMNO yang tak sedar selama ini mereka telah diperbodohkan oleh media arus perdana yang hanya melaporkan berita fitnah dan pembohongan semata-mata.

Walaupun yang berceramah dalam klip video ini adalah Timbalan Presiden PAS yang baru dipilih dalam Muktamar PAS 57, namun beliau mendedahkan fakta laporan oleh Kementerian Perdagangan Industri Antarabangsa (MiTi) dan Ketua Audir Negara. Bukannya kenyataan oleh pimpinan Pakatan Rakyat.


Sebagai rakyat yang dikurniakan akal oleh Allah SWT, sewajarnya kita mampu buat pertimbangan waras berhubung apa yang berlaku dalam negara kita mutakhir ni. Bukannya jadi manusia bebal yang hanya taksub dengan pihak tertentu.

Ayuh bersama 300 ribu rakyat 9 Julai ni

Tarikh 'keramat' 9 Julai ini akan menyaksikan 300 ribu rakyat yang jiwanya merdeka akan berhimpun secara aman di sekitar Kuala Lumpur bagi menuntut piihanraya yang adil dan bersih. Bukan nak buat hara-huru. Seperti biasa Polis akan jadi 'last line of defence' bagi pihak kerajaan banjingan UMNO BN bagi menghalang himpunan rakyat yang dijamin oleh perlembagaan.

Sikit pun penulis tak hairan dengan kenyataan Timbalan KPN yang menegaskan tangkapan awal akan dilakukan bagi mencegah Himpunan Bersih 2.0. Semua dah maklum Polis Malaysia kan dah lama jadi banjingan UMNO. Sejak zaman Mahathir lagi beb.

Polis kena ingat PM Najib sendiri, secara terbuka, pernah buat kenyataan "Kalau rakyat nak berhimpun cara aman, apa salahnya. Itu hak mereka." Kenyataan itu dibuat ketika UMNO, Perkasa dan berpuluh NGO Melayu buat demonstrasi bagi menunjukkan seolah-olah merekalah pembela Islam dalan isu kalimah Allah. Bukan takat tu je, malah ada yang bertindak membakar sebuah gereja di Kuala Lumpur.

Yang lucunya, pihak Polis siap tanya pada beberapa pimpinan PAS "Bila nak buat demo? Kami akan bagi permit..." ketika isu kalimah Allah sedang hangat dulu.

Di sinilah bodohnya UMNO. Mereka ingat PAS akan melatah berkaitan isu kalimah Allah. Sorrylah...

Akhirnya pecah tembelang kemunafiqan UMNO bila 2 pemuda yang dibicara dan dijatuhi hukuman penjara 2 tahun atas kesalahan membakar gereja, telah mendedahkan sapa yang mengarahkan mereka berdua bertindak.

Dalam perkiraan UMNO, isu kalimah Allah akan menguntungkan mereka, lantas dibiarkan saja rakyat turun berdemo malah pihak Polis diarah mengeluarkan permit. Tapi bila sesuatu himpunan rakyat yang dilihat boleh menggugat kuasa rejim banjingan UMNO BN, maka keluarlah kenyataan dari pelbagai pihak yang menjadi pengampu dan penjilat mereka.

Malah ada pihak yang mendesak agar penganjur Bersih 2.0 disumbat dalam ISA. Pihak yang mendesak itu sebenarnya lupa bahawa himpunan rakyat tidak pernah menggugat keselamatan negara. Janganlah tunjuk sangat kebodohan sendiri. Nama je bekas wakil rakyat tapi lebih bebal daripada lembu.

Ooooppps, penulis lupa. Memang kalau dah darah daging tu sebati dengan hasil haram daripada rasuah dan penyelwengan, maka hati nurani tu dah gelap hingga tak nampak lagi kebenaran. Yang haq dilihat sebagai bathil manakala kebathilan dipandang elok. Sebab itulah puak-puak bebal tu boleh mendesak kerajaan agar menggunakan ISA bagi menghalang Bersih 2.0.

Ayuh kita bersama dalam Himpunan 300 ribu pada 9 Julai ini.

Thursday, June 16, 2011

41 website kerajaan kena godam

Sekurang-kurangnya 41 laman web kerajaan dan agensinya diserang dan digodam mulai awal pagi hari ini oleh penggodam yang membalas tindakan sekatan kerajaan ke atas beberapa laman sesawang perkongsian fail.

Menurut kenyataan akhbar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekurang-kurangnya 51 laman web diserang dan 41 berjaya digodam.

Laman SKMM - www.skmm.gov.my. juga diserang tetapi tidak berjaya.

“Pemantauan kami terhadap situasi itu mendapati berlaku penurunan tahap serangan menjelang 4 pagi tadi dan selepas penilaian lanjut, kami mendapati ia hanya memberi kesan kecil terhadap pengguna di Malaysia," menurut kenyataan SKMM.

Bagaimanapun, SKMM tidak menyatakan laman web yang menjadi sasaran serangan.

Bermula pagi tadi penggodam yang menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, menyenaraikan tidak kurang 18 laman web kerajaan yang didakwa telah diserang oleh DDoS (Distributed Denial-of-Service) ataupun dipadamkan sementara oleh pentadbirnya.

Tinjauan Malaysiakini sehingga jam 9 pagi ini mendapati tidak kurang sembilan laman web, termasuk portal rasmi kerajaan Malaysia MyGovernment (www.malaysia.gov.my), masih tidak dapat dilayari.

Antara laman web kerajaan dan agensinya yang tidak dapat dilayari:

- SabahTourism.com

- ASEAN connect

- Bomba

- Perbendaharaan Malaysia

- Parlimen Malaysia

- JobsMalaysia

- Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

- Majlis Sukan Negara

Menurut beberapa pelayar yang sempat merakamkan laman web kerajaan yang digodam itu berkata kumpulan itu juga menukar kenyataan di laman-laman berkenaan.

“Salam Malaysia, kami telah menyaksikan penapisan internet yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang menyekat laman seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks. Malaysia adalah antara kerajaan di dunia ini yang paling ketat mengenakan tapisan, hingga sanggup menghalang akses kepada filem dan rancangan televisyen.

“Tidak ada alasan bagi sebarang bentuk penapisan. Awak hanya cuba merampas hak asasi manusia. Internet diadakan untuk kebebasan dan tanpa rasa gentar kepada kerajaan mahupun campur tangannya. Jangan fikir tidak ada orang yang sedar apa yang awak lakukan,” menurut kenyataan dalam bahasa Inggeris itu lagi.

Tambahnya lagi, serangan itu sebagai tanda dan amaran serta peluang bagi mendengar idea pihak lain. Pengodam juga berkata mereka mempunyai tanggungjawab bertindak pantas dan tanpa belas kasihan.

Minggu lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengumumkan bahawa 10 laman web termasuk Pirate Bay dan Megaupload telah disekat kerana mencabuli undang-undang hak cipta.

- malaysiakini

'3 Kepala Hapraq' Pemuda PAS Pusat

Sebagai ahli PAS biasa yang tiada apa-apa jawatan, memang cukup pantang bagi penulis bila dah wujud segelintir pimpinan peringkat pusat yang gila kuasa dan merebut jawatan untuk kepentingan peribadi. Penulis bukan menuduh tapi ada bukti sahih.

Baru-baru ni penulis sempat bertemu dengan salah seorang bekas Exco Pemuda PAS Pusat yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini. Namun beliau telah dilantik semula bagi menduduki barisan Exco sessi 2011/2013.

Dalam pertemuan empat mata itu, penulis minta penjelasan darinya apa sebenarnya yang berlaku setelah melihat 'line-up' Exco Pemuda Pusat yang baru dipilih sangat mendukacitakan. Bagi penulis, barisan Exco yang tak tahu buat kerja. Hanya gila jawatan dan populariti saja.

Sahabat penulis ini sebenarnya telah mendapat pencalonan yang banyak bagi jawatan Ketua Pemuda dan Timbalan. Ekoran pencalonan itu, beliau telah dipanggil oleh salah seorang '3 Kepala Hapraq' itu untuk berbincang pasal pertandingan jawatan Ketua Pemuda Pusat.

Penulis difahamkan, beliau telah dipujuk agar tidak bertanding jawatan Ketua Pemuda dan akan diberi laluan bagi sessi akan datang.

Atas dasar kepentingan jamaah, sahabat penulis itu sendiri berpendapat masih ada masa untuk beliau belajar lebih banyak perkara sebelum menerajui kepimpinan Pemuda Pusat pada sessi akan datang. Justeru, beliau bersetuju untuk bertanding jawatan Timbalan sebagaimana dipersetujui. Malahan beliau sendiri tidak pernah terfikir hingga boleh berada pada tahap sekarang.

Rupa-rupanya, pada malam terakhir sebelum pemilihan berlangsung, '3 Kepala Hapraq' itu telah melancarkan 'projek' menjatuhkan beliau dan calon-calon Timbalan dan Naib Ketua. Salah seorang '3 Kepala Hapraq' itu telah memanggil hampir kesemua perwakilan pada jam 2.00 pagi untuk diberi taklimat khas mengapa orang itu, orang ini tak boleh dipilih.

Malangnya, majoriti perwakilan pemuda adalah muka baru yang masih 'kencing berdiri' dalam manhaj gerakan Islam dan politik tanahair. Hanya angguk sajalah. Almaklum sajalah, orang yang bercakap di depan mereka pada jam 2.00 pagi itu memang dikenali sebagai penulis buku dan ustaz pulak tu. Takkanlah ustaz nak bohong... Rupanya perangai lebih hodoh daripada orang biasa. Khabarnya si ustaz buku ni tidak duduk di mana-mana cawangan atau kawasan pun. Kalau ikut perlembagaan, si hapraq ni tak layak bertanding di peringkat pusat.

Bukanlah mahu 'memuji' sahabat sendiri tapi penulis cukup rapat dan kenal beliau. Beliau sanggup menjual perniagaan komputernya yang maju demi menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas sebagai Exco Pemuda Pusat dan Timbalan Ketua Pemuda Negeri. Bukan itu saja malahan sanggup mengorbankan wang sendiri berjumlah RM40 ribu hanya semata-mata untuk membuka pejabat Pusat Aduan Rakyat di Kempas.

Buat masa ni penulis tidak akan mendedahkan nama '3 Kepala Hapraq' ni. Yang pasti ketiga-tiga orang ini sekarang tidak boleh angkat muka dengan sahabat penulis.

Penulis akan tentang sesiapa saja di kalangan pimpinan PAS yang dilihat boleh menjadi perosak jamaah.

PAS bukan milik Nik Aziz atau Hj Hadi atau sesiapa pun. PAS adalah milik semua ahli dan penyokongnya.

Syabas kepada para perwakilan Muslimat dan Pusat yang lebih matang daripada pemuda.

Tuesday, June 14, 2011

Tubuh Tribunal siasat Gani Patail - Datuk Mat Zain

Satu tribunal khas perlu ditubuhkan bagi menyiasat penglibatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dalam skandal kerugian RM8 billion Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) melibatkan Tan Sri Tajuddin Ramli.

Gesaan itu dibuat bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya yang terbaru kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Mat Zain merupakan pesara Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berpangkat Senior Asisten Kommisioner II (SAC II) dan menyiasat insiden “mata lebam’ Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau ditahan polis dalam kes fitnah pertama pada tahun 1998.

Mat Zain membuat gesaan itu selepas Tan Sri Dr.Hadenan Abdul Jalil, Pengerusi Panel Penilai Operasi MACC (ORP) , mengisytiharkan Gani Patail ‘bersih’ daripada sebarang salah laku jenayah berkaitan pemergiannya menunaikan Haji di Mekah bersama-sama Shahidan Shafie, seorang proksi kepada Tajuddin Ramli.

“Apabila ia melibatkan isu kelakuan seorang Peguam Negara yang sedang berhidmat, pihak yang mempunyai kuasa atau hak mengadilinya hanyalah sebuah tribunal yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan Perdana Menteri, seperti yang sedia ada secara spesifiknya dalam Artikel 125 (3) dibaca bersama Artikel 145 (6) Perlembagaan,” kata Mat Zain.

Menurutnya lagi, Hadenan selaku Pengerusi ORP tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Malah, ORP sendiri sedia maklum tentang perkara itu kerana mereka pernah membuat permohonan kepada Peguam Negara untuk meneliti kes VK Lingam.

“Persoalan sama ada Tan Sri Hadenan serta ahli-ahli jawatankuasanya berpuas hati atau sebaliknya berkaitan siasatan SPRM itu tidak timbul memandangkan beliau tidak ada kuasa untuk berbuat apa-apa sekalipun beliau tidak berpuas hati.

“Malah, Tan Sri Hadenan sendiri membuat kenyataan umum bahawa Operations Review Panel (ORP) tidak terlibat didalam sebarang proses penyiasatan SPRM memandangkan ORP bukan sebagai sebahagian organisasi SPRM melainkan sekadar mewakili orang ramai sahaja, seperti dilaporkan Bernama pada 12.11.2009.

“Beliau membuat kenyataan ini ketika mengesahkan akan menghantar permohonan ORP kepada Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran bertulis meneliti kes berkaitan V.K.Lingam,” kata Mat Zain.

Berhujah lebih lanjut, Mat Zain menyifatkan usaha Hadenan mengumumkan Gani Patail sudah ‘bersih’ daripada sebarang salah laku itu sebagai tidak lebih daripada eksesais “white-washing” yang tidak teratur dan sia-sia – bertujuan untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah.

“Persoalannya ialah adakah wajar Gani Patail, seorang Peguam Negara yang masih berhidmat dilihat sebagai bersekongkol dengan Shahidan, seorang yang masih dalam siasatan serius oleh SPRM.

“Hasil siasatannya kelak, (akan) dipertimbangkan Jabatan Peguam Negara yang diketuai Gani Patail sendiri.

“Mampukah SPRM atau Jabatan Peguam Negara bertindak berkecuali serta memberikan pertimbangan yang adil dan saksama dalam kes ini sedangkan skandal ini melibatkan kerugian melebihi RM8 billion wang rakyat,” kata Mat Zain.

Dalam surat yang sama, Mat Zain turut menggesa siasatan dilakukan ke atas beberapa perjanjian berat sebelah jangka panjang yang dimeterai antara entiti korporat kroni kerajaan dengan pentadbiran pada masa itu yang melibatkan rakyat menanggung jerugian yang besar.

“Rakyat juga kini mendapat tahu bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) dilaporkan menandatangani beberapa perjanjian/kontrak jangka panjang yang berat sebelah dengan beberapa Penjanakuasa Bebas (IPP), yang mengakibatkan rakyat menanggung kerugian lingkungan RM 20 Billion,” kata Mat Zain.

Sumber - http://www.keadilandaily.com/?p=15128

Video fitnah sudah ada sejak 1999 dan bermotif politik - Datuk Mat Zain

Bekas Pegawai Kanan Polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mendedahkan rakaman video seks palsu yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah wujud sejak 1999 dan tujuannya bermotif politik.

Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Zain berkata, beliau percaya sebilangan besar rakyat malahan warga polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui kewujudan ‘video seks’ pertama yang diedar pada 1999.

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL itu berkata, siasatan polis ketika itu berjaya mengesan dan mengenal pasti “sumber” video pertama 1999 tetapi gagal mengenal pasti orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya.

“Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ia dibuat beberapa hari sahaja sebelum pilihanraya umum ke-10,” ujarnya.

Zain berkata, pengedaran video seks itu dilakukan di Kuala Lumpur pada 24 dan 25 November 1999, beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-10 yang diadakan pada 29 November.

Menurutnya, terdapat dua video seks yang diedarkan serentak iaitu satu berjudul “Siapa Anwar” manakala yang satu lagi berjudul “Skandal Seks Mat Sabu”, yang merujuk kepada Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Zain yang pernah menjadi pegawai penyiasat kes dalam kes fitnah 1 Anwar berkata, orang awam yang menemui video berkenaan yang dikatakan ditinggalkan di hadapan rumah, pejabat atau lain-lain premis, tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada polis.

“Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul.

“Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, di pejabat KJSJ setelah Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini di akhbar,” katanya lagi.

Oleh itu katanya, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan pendedahan berkenaan rakaman video pertama dan kedua.

“Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan polis, namun sebagai seorang pesara polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul) Rahim (Thamby Chik) serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan, saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.

“Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubung kait dengan siasatan isu video lucah ini, tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka,” katanya sambil berharap ketinggalan ini adalah disebabkan polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.

“Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan video seks kedua 2011 wajib mengambil kira kewujudan dan keadaan berkaitan video seks pertama 1999.

“Terdapat ‘nexus’ (penghubung) antara kedua video seks ini,” kata beliau lagi.

- keadilandaily

Sunday, June 12, 2011

Senarai Penuh Kabinet PAS Pusat 2011/2013 dan PJ Negeri

Mesyuarat Pertama AJK Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden sendiri telah diadakan hari ini di Pejabat Agong. Berikut adalah senarai penuh kabinet baru PAS Pusat termasuk AJK Kerja dan Pesuruhjaya Negeri yang dilantik.

Presiden : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden : Hj Mohamad Sabu

N.Presiden I : Hj Salahuddin Ayub

N.Presiden II : Hj Husam Musa

N.Presiden III : Hj Mahfuz Omar

Setiausaha Agong : Mustafa Ali

Pen SU I : Takiyuddin Hasaan

Pen SU II : Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi

Pen SU III : Ahmad Sabki Yusuf

Ketua Penerangan : Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Bendahari : Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman

Pengarah Pilihanraya : Dr Mohd Hatta Ramli

Ketua Pemuda : Ustaz Nasruddin Tantawi

Ketua Muslimat : Siti Zailah Mohd Yusuf

AJK Kerja :

1. Mazlan Aliman
2. Dr Hatta Ramli
3. Kamarudin Jaffar
4. Hanipa Maidin
5. Ustaz Azizan Abdul Razak
6. Dr Dzulkefly Ahmad
7. Dr Mujahid Yusuf Rawa
8. Hj Khalid Samad
9. Ustaz Ghani Shamsuddin
10. Hj Amiruddin Hamzah
11. Hj Abdul Wahid Endut
12. Ustaz Abu Bakar Chik
13. Nik Mohd Amar Abdullah
14. Dr Mahfodz Mohamed
15. Dr Siti Mariah Mahmud
16. Dr Hassan Mohd Ali
17. Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman
18. Ustazah Nuridah Salleh

AJK Yang Dilantik;

19. Nasharudin Mat Isa
20. Idris Ahmad
21. Hj Asmuni Awi
22. Anuar Tahir
23. Mohammad Nizar Jamaluddin
24. Zulkefly Mohammad Omar
25. Abang Ahmad Kerdee Masagus (calon PAS Beting Maro)

Pesuruhjaya Negeri (Kekal)

Kelantan - Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor - Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak - Ust Abu Bakar Husin
Kedah - Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang - Ust Salleh Man
Perlis - Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan - Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak - Ust Adam Ahid

Pesuruhjaya Baru ;

Terengganu - Abdul Wahid Endut
Negeri Sembilan - Mohd Taufek Abdul Ghani
Selangor - Dr Abd Rani Osman
Melaka - Adly Zahari
Sabah - Aminuddin Alin.

Saturday, June 11, 2011

VCD 'Skandal Seks Mat Sabu' pulak dahhh

Sebagaimana penulis pernah sebutkan sebelum ni, Mat Sabu dan Husam akan menjadi sasaran UMNO selepas diisytiharkan menang sebagai Timbalan dan Naib Presiden PAS pada 3 Jun lalu. Belum pun sampai 10 hari Mat Sabu memegang jawatan Timbalan, dah tersebar pulak VCD bertajuk 'Skandal Seks Mat Sabu' di sekitar Ampang.

Hal ini disedari oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin (PKR) setelah menemui VCD bersama surat palsu dalam peti surat rumahnya yang kononnya dikeluarkan PAS.

Satu laporan Polis telah dibuat sendiri oleh Zuraida di IPD Ampang Jaya siang tadi.

Mat Sabu, ketika ditemui media, enggan mengulas berhubung penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan dirinya. Ini kerana, katanya, beliau masih tidak tahu menahu dan mahu mendapatkan maklumat lanjut terlebih dahulu daripada Ahli Parlimen Ampang itu yang telah membuat laporan polis.

"Bagi saya tanya Zuraida dulu. Nanti baru saya boleh komen," katanya ketika ketika diminta mengulas berhubung penyebaran VCD itu.

Ketika ditanya samada beliau selesa kontroversi kisah silamnya diungkit semula, Timbalan Presiden PAS itu menjawab "Bagi saya tidak mengapa, itu kisah lama."

Bagi penulis, UMNO dah terlampau amat desperate sekarang setelah usaha memujuk PAS dan DAP menemui kegagalan. Amat jelas sekali pengedaran VCD ini adalah merupakan langkah terakhir bagi mengaibkan Mat Sabu dan secara langsung memberi tekanan kepada PAS dengan harapan agar Majlis Syura PAS akan meminta Raja Demo itu meletakkan jawatan Tinbalan dan diganti oleh Tuan Ibrahim.

Sayugia diingat, 3 minggu sebelum Muktamar, telah berlangsung pertemuan sulit antara geng Perpaduang dengan UMNO hingga kedua pihak telah mencapai kata sepakat. Malangnya apa yang diharapkan oleh UMNO, yaitu gandingan Hadi-Nasha kekal telah tidak kesampaian bila Mat Sabu menjadi pilihan utama para perwakilan.

Selain Mat Sabu, Husam sendiri telah diserang hebat sebelum berlangsungnya pemilihan pada 3 Jun. Blogger picisan Syed Azidi melalui blognya Kickdifella telah mendakwa bahawa Husam pernah memberinya wang berjumlah RM350 ribu. Dakwaan ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia dan media pro-UMNO.

Samada cepat atau lewat, kerja fitnah keji yang dilakukan oleh UMNO ini akan memakan dirinya sendiri.

Cumanya penulis nak bagi ingat pada UMNO, hentikanlah segala kerja keji memfitnah musuh politik. Sebelum nak bercakap soal moral pihak lawan, sila tengok diri sendiri dulu.

Najib tu baik sangatkah? Bermoralkah? UMNO tolong jawab persoalan ini;

- Apa cerita Najib dengan seorang artis wanita di Seremban dulu?

- Dalam Akuan Sumpah Asal PI Bala, antara yang disebut adalah;

25. Sepanjang perbincangan tersebut dan percubaan untuk memujuk saya agar terus bekerja untuknya, Abdul Razak Baginda menjelaskan kepada saya tentang perkara berikut ;

i) Dia telah diperkenalkan dengan Altantuya (Aminah) oleh Najib Razak dalam satu pameran berlian di Singapura.

ii) Najib Razak beritahu Abdul Razak Baginda yang dia ada hubungan seks dengan Altantuya dan Altantuya tiada masalah melakukan seks melalui dubur.

iii) Najib Razak mahukan Abdul Razak Baginda menjaga Aminah kerana dia tidak mahu wanita itu memalukannya semenjak menjadi Timbalan Perdana Menteri sekarang.

iv) Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan Aminah pernah makan malam bersama di Paris.

v) Aminah mahukan duit daripadanya justeru merasakan dia berhak ke atas komisen USD 500,000 kerana turut membantu dalam perjanjian pembelian kapal selam di Paris.

UMNO tak layak bercakap soal moral.

Friday, June 10, 2011

BN mahu banteras rasuah, rakyat senyum kambing

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, Pakatan Rakyat komited melakukan reformasi seperti yang digaris dalam kerangka dan dasar yang terkandung dalam Buku Jingga.

Berbeza dengan Umno-Barisan Nasional, parti pemerintah itu katanya, meskipun tampil dengan pelbagai slogan, namun dilihat tidak konsisten terutama dalam melaksanakan perubahan seperti membanteras rasuah dan salahguna kuasa, lapor Keadilandaily.

“Saya fikir Pakatan sudah memaparkan idea mereka dalam buku jingga dan apa yang penting ialah hapuskan rasuah dan ketirisan supaya sumber yang ada sampai ke tangan yang disasarkan.

“Masalah Umno-BN ialah masalah ketiadaan integriti. Contohnya apabila mereka bercakap tentang membanteras rasuah, rakyat senyum kambing kerana mereka ragu yang kerajaan ini mempunyai landasan moral untuk memperkatakan soal-soal seperti itu,” katanya dalam satu temubual bersama wartawan Keadilandaily.

Tambah beliau, isu pembangunan bukan lagi isu yang boleh menarik perhatian rakyat, terutama kaum Melayu seperti mana yang selalu dilakukan Umno setiap kali menjelang pilihan raya.

“Siapa pun boleh buat pembangunan jika ada kuasa. Isu yang lebih dekat dengan hati orang Melayu ialah siapa yang boleh mengurus dengan baik; bukan soal kalau parti lain memerintah tidak ada pembangunan.

“Seperti yang kita lihat Pakatan tidak memainkan isu itu; mereka lebih menekankan soal pengurusan, soal idea dan yang penting ada ketelusan dan pertanggungjawaban.

“Isu-isu ini tidak dapat ditangani oleh Umno-BN kerana mereka anti pertanggungjawaban dan ketelusan. Sebab itu mereka tidak boleh buat tender terbuka umpamanya,” kata pakar perlembagaan itu lagi.

Ditanya mengenai sentimen di kalangan golongan muda pula katanya, ia menunjukkan perubahan apabila kelompok itu mula menerima politik baru.

“Saya pasti ada perubahan; yang jelas kita ada ramai pengundi muda yang cara berfikir mereka tak sama dengan orang tua mereka. Selain itu mereka juga adalah generasi yang berbeza; isu kaum dan sensasi termasuk hantu 13 Mei 1969 tidak masuk akal bagi mereka.

“Dalam pada itu mereka juga kurang tebal sentimen perkauman. Keutamaan mereka ialah masa depan dan kebajikan mereka. Mahasiswa contohnya tidak lagi takut seperti mahasiswa 10 atau 15 tahun dulu sebab mereka bukan generasi biasiswa kerajaan.

“Tidak seperti dulu, kerja tidak lagi terjamin. Mereka juga tidak takut dibuang kolej kerana sekarang kolej ini yang terdesak mencari pelajar! Ini semua adalah perubahan dan anjakan yang kebanyakan kita tidak sedar. Dalam pada itu mereka terdedah kepada media alternatif,” katanya.

- keadilandaily

'Kalau PAS tak ambil, Umno akan ambil'

PAS perlu mencontohi tadbir urus yang baik seperti yang diamalkan negeri Pulau Pinang bagi meningkatkan integriti dalam pentadbiran negeri yang dikuasainya – Kelantan dan Kedah, kata timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu.

Katanya, pemimpin berkenaan perlu berbuat demikian memandangkan perubahan yang berlaku di kedua-dua negeri tersebut masih belum cukup dan lebih buruk lagi, masih ada lagi golongan dalam PAS yang masih berfikiran seperti pemimpin Umno.

"Bukanlah kalau PAS pergi ke Putrajaya dengan rakan-rakannya hal ini akan selesai. Tadbir urus baik ini masih perlu difahami.

"Bila kita ceramah, kita tanya 'bila kita memerintah setuju tak kita tangkap Najib bawah ISA?' Orang kata setuju. Itu bermakna dalam pemikiran untuk balas dendam ini masih tebal.

"Maknanya bila kita perintah kita ganti Umno. Itu yang kita tak mahu. Sekarang di Kedah, Kelantan, perubahan berlaku tapi tak cukup," katanya dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.

Mohamad menjelaskan, perubahan di negeri Kelantan, misalnya, akan berdepan masalah apatah lagi sekiranya menteri besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi mengetuai pentadbiran negeri berkenaan.

ADUN, exco tak boleh pohon tanah

"Dari segi tadbir urus, sebab pergantungan Kelantan misalnya pada tok guru (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) terlalu tinggi," kata Mohamad yang vokal terhadap pentadbiran negeri PAS sejak parti itu dapat mengembalikan kuasa di negeri itu pada 1990.

Penceramah popular itu juga menegaskan, PAS perlu mengubah sikap yang wujud di kalangan wakil rakyatnya bagi meningkatkan integriti barisan pentadbiran di negeri yang dikuasai.

"Misalnya anggota exco, ADUN tak boleh pohon tanah kerajaan. (Kalau) mahu mohon, berhenti, jadi orang berniaga. Selagi jadi ADUN, exco tak boleh memohon dan sebagainya. Ini yang perlu diubah oleh kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

"Setengah bercakap kalau PAS tak ambil Umno ambil. Ertinya (PAS) sama (dengan Umno) – benda macam ini yang saya akan berdepan, di dalam isu misalnya balak," katanya lagi yang mengakui bahawa pandangan seperti itulah yang menyebabkan beliau dilihat sebagai "pro-DAP."

Mohamad yang bimbang dengan penyelewengan yang wujud dalam parti itu berkata demikian dengan merujuk kepada dakwaan yang dilemparkan berhubung sumber balak di negeri berkenaan.

Berebut untuk dapat 'Datuk'

Satu lagi perkara yang menjengkelkannya ialah minat yang ditunjukkan pemimpin PAS untuk mendapatkan gelaran daripada Istana – sikap yang dikutuknya sebagai pemujaan kepada sistem kasta dan feudalisme.

"Penyanyi menyanyi dua tiga lagu dah 'Datuk'. Pelawak (juga dapat). Kalau P Ramlee itu OK lah bagi Datuk, ini semua, kita baling batu boleh jatuh kepala Datuk.

"Kalau gelaran Datuk, semua mencari. Kalau umum 'siapa nak (pangkat) Datuk esok datang depan istana. Saya ingat pemimpin PAS akan berebut pergi depan istana," katanya.

Mohamad yang popular dengan gelaran Mat Sabu itu bagaimanapun berkata, beliau setakat ini menolak tawaran bagi gelaran berkenaan kerana tidak melihat keperluannya.

"Saya tolak buat masa ini. Tak berani cakap besarlah untuk akan datang, tapi buat masa ini tak nampak (keperluan). Tak perlu," katanya yang telah menolak tawaran untuk mendapat pingat kebesaran daripada Pulau Pinang sebanyak dua kali.

Mohamad Sabu ditemubual Aidila Razak, Lee Way Loon dan Salhan K Ahmad.

- malaysiakini

Anwar akan ke penjara?

Sebelum ini, 16 Mei lalu, tindakan Hakim Zabidin Mohd Diah memutuskan pihak pendakwaraya telah berjaya mengemukakan prima-facie terhadap Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat Saiful Bahri Azlan walaupun barisan peguambela memiliki bukti dan alibi kukuh yang menunjukkan Saiful tidak diliwat.

Merupakan satu perkara yang janggal dan tidak pernah dibuat oleh mana-mana mahkamah dunia bila Hakim boleh buat verdict awal bagi menggambarkan tertuduh bersalah tanpa mendengar dulu hujah pembelaan diri. Setelah buat verdict, barulah tertuduh diarahakn membela diri.

Bagi penulis, sejak hari pertama perbicaraan Liwat II bermula, cara penghakiman dah dijangka. Yaitu, dalam apa cara sekalipun Anwar mesti dipenjarakan. Sebabnya, membiarkan Anwar terus di luar, bererti padah besar akan menimpa BN, khususnya UMNO.

Inilah senario paling menjijikkan berlaku dalam negara. Politik jahat dan keji amalan UMNO. Parti yang dikuasai oleh segelintir manusia berbangsa Melayu dan mengaku Islam tetapi perangai mereka sama seperti dajjal. Amalan matlamat menghalalkan cara memang sudah sebati dengan UMNO sejak zaman Tunku lagi. Dulu, kini dan selamanya.

Atas dasar apa Anwar terus difitnah dan diaibkan?

Sejarah kezaliman dan kejahatan Fir'aun boleh kita jadikan teladan bagaimana dia telah mengarahkan semua bayi-bayi lelaki yang baru lahir dibunuh. Tindakan ini dilakukan ekora ramalan ahli teleknya yang menyatakan akan lahir seorang bayi lelaki yang akan menjatuhkan kerajaannya.

Begitu juga Namrud yang mengaku dirinya tuhan dan memaksa rakyat menyembahnya. Namun bila berhadapan dengan Nabi Ibrahim, dia kalah hujah ketika Nabi Ibrahim menegaskan "Tuhan akulah yang menerbitkan matahari dari arah timur ke barat. Jika engkau betul-betul tuhan, sila terbitkan matahari dari sebelah barat dan tenggelam di timur."

Ekoran hujah bernas Nabi Ibrahim, Namrud terpinga-pinga kerana sedar dia tidak mampu untuk menerbitkan matahari dari arah barat. Justeru, bila merasakan diri telah dimalukan oleh Ibrahim di hadapan rakyatnya dan merasakan kuasa telah tergugat, lalu diperintahkan seluruh rakyat mengumpul kayu api untuk membakar Rasul Allah. Ringkasnya, bila Nabi Ibrahim dilihat keluar dari unggunan api yang begitu besar dalam keadaan sejahtera dan kesejukan, pada saat itulah ramai di kalangan rakyat yang memerhatikan kejadian aneh itu telah beriman kepada Allah dan meninggalkan Namrud.

Hari ini, Najib dan UMNO sedar Anwar merupakan ancaman kepada mereka. Sebab Anwar tahu segala pekong Najib dan seluruh pimpinan utama UMNO. Satu-demi satu kes rasuah dan penyelewengan Najib dan gengnya didedahkan kepada umum oleh Anwar. Dan setiap kali pendedahan dibuat, akan disokong dengan bukti dokumen.

Selain penyelewengan, rasuah dan jenayah pimpinan UMNO semakin diketahui oleh rakyat, termasuk ahli UMNO sendiri, satu hal lagi yang paling menakutkan Najib ialah pengaruh Anwar itu sendiri. Justeru, ke mana saja Anwar berceramah, pasti Polis dan FRU dikerahkan untuk menghalang Anwar daripada berceramah. Sebab apa? Sebab tak mahu rakyat dengar penjelasan Ketua Umum PKR itu.

Bagi rakyat yang boleh berfikir, nescaya timbul tanda-tanya "Mengapa Anwar dihalang berceramah? Kalau benar Anwar berbohong, apa perlunya Najib dan UMNO takut?"

Najib dan pemimpin UMNO sedar jika Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya dalam PRU13, nescaya mereka akan didakwa atas segala macam jenayah. Lihat saja bagaimana takutnya Najib dengan kebangkitan rakyat Mesir secara menyeluruh hingga jatuhnya Hosni Mubarak. Lebih menggerunkan Najib bila segala aset Mubarak di luar negara telah dibekukan dan akan dipulangkan kepada Mesir bila kerajaan baru dilantik. Bukan itu saja, malahan tiada mana-mana negara yang sudi menerima kehadiran Mubarak bagi mendapat suaka politik kerana rakyat mereka sendiri akan menentang hasrat itu.

Lihat saja bagaimana Raja Saudi sendiri menolak permintaan Mubarak untuk mendapatkan perlindungan di negara pengeluar minyak itu. Sebab Raja Saudi tahu rakyat negaranya sendiri mempunyai hubungan rapat dengan rakyat Mesir. Jika dia menerima permintaan Mubarak itu, nescaya rakyatnya juga turut bangkit memberontak dan akhirnya akan runtuh sistem pemerintahan monarki dan diganti dengan sistem pilihanraya. Inilah yang ditakuti oleh Raja Saudi.

Dan begitulah juga dengan negara-negara Eropah dan Barat.

Ditakdirkan Pakatan Rakyat mmerintah nanti, nescaya rakyat akan bangkit mendesak agar Najib dan seluruh pimpinan UMNO yang rasuah, termasuk Pak Lah dan Mahathir dihadapkan ke mahkamah rakyat. Bukan itu saja, malah seluruh kroni mereka di kalangan korporat keparat turut menerima nasib yang sama.

Dan inilah mimpi ngeri yang menghantui mereka. Sebab itulah, mereka akan melakukan apa saja dengan memperalatkan instrumen kerajaan bagi memastikan UMNO BN terus menang dalam pilihanraya.

Malang bagi Malaysia kerana masih ramai lagi di kalangan rakyatnya yang buta politik dan jiwa tidak merdeka. Lebih menyedihkan bila orang Melayu yang mengaku Islam tapi masih boleh beriman dengan kepercayaan politik lain, agama lain. Satu fahaman yang jelas sesat dan merosakkan 'Aqidah.

Jadilah rakyat yang bijak. Bukan dungu.

Thursday, June 9, 2011

Siri 1 : Golongan Yang Haram Disokong

Kali ini penulis nak utarakan pandangan ulama' muktabar yang bersandarkan Al Qur'an dan Hadis tentang soal politik dan golongan yang haram disokong oleh seluruh umat Islam di mukabumi ini. Sejak jatuhnya sistem pemerintahan Khilafah Uthmaniyah Turki, kekeliruan di sudut fahaman dan semakin jauhnya umat Islam dari sumber Wahyu Ilahi dan Sunnah telah menyebabkan perpecahan kronik di kalangan umat Islam sendiri serta membuka ruang seluasnya kepada pihak musuh untuk melakukan serangan terhadap minda dan jiwa Muslim tanpa henti.

Golongan Yang Haram Disokong

Muqaddimah

Apabila orang Islam beranggapan persoalan politik ialah sesuatu yang tiada kaitan dengan Islam, maka mereka menyerahkan kuasa kepada sesiapa saja yang mereka suka dengan perhitungan nafsu tanpa melihat kepada tuntutan-tuntutan agama.

Hasil dari sikap ini, maka individu serta golongan yang jahat dan zalim menguasai tampuk pemerintahan. Golongan ini beranggapan kuasa adalah lesen untuk mereka melakukan apa saja tanpa merasa takut kepada amaran-amaran Allah.

Kuasa politik dijadikan sebagai modal untuk mengaut kekayaan dan harta serta melakukan jenayah dan kezaliman ke atas orang lain. Ini adalah politik yang diwarisi daripada Fir'aun dan kuncu-kuncunya.

Firman Allah dalam Surah Al Qasas (28): ayat 4 yang bermaksud;

Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.

Sekiranya Fir'aun membunuh anak-anak lelaki di kalangan Bani Israel kerana bimbang tergugat kuasa dan politiknya, demikian juga para pewaris menghapus dan menghancurkan segala musuh politiknya yang boleh menggugat sistem kezaliman dan kekejaman yang dihidupkan.

Para ulama' seperti yang disebut oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari menamakan Abu Jahl sebagai (Fir'aun bagi umat ini) kerana sikapnya yang menentang kebenaran dan zalim. Sebenarnya Fir'aun adalah gelaran yang diberikan kepada sesiapa yang memerintah Mesir kuno. Abu Jahl bukan pemerintah negeri Mesir dan beliau juga tidak membunuh anak-anak lelaki Quraisy atau Bani Israel, namun sikapnya yang bangkit melakukan kezaliman dan mengepalai penentangan terhadap kebenaran melayakkan beliau dianugerahkan gelaran berkenaan. Demikianlah sesiapa yang mewarisi sikap itu, maka mereka adalah Fir'aun sepanjang zaman.

Amaran Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

Sesungguhnya selepas ku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka, maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga).

bersambung....

Tuesday, June 7, 2011

Negara berkebajikan otak hang

Biasiswa dirampas, hak royalti minyak Terengganu dan Kelantan dirampas, subsidi minyak dan gula untuk rakyat dikurangkan manakala subsidi kepada syarikat IPP kroni ditambah, harga minyak dan barangan pengguna terus naik, rasuah berleluasa, pembaziran berlaku sewenang-wenang, berbelanja melebihi pendapatan hingga belanjawan defisit sepanjang 13 tahun berturut-turut mengakibatkan negara menanggung hutang RM369.62 bilion. Lepas tu boleh bercakap kerajaan UMNO BN dah lama laksanakan konsep negara berkebajikan.

Memang celaka sungguhlah golongan yang sedang menguasai negara sejak merdeka lagi. Islam mereka hanya pada kad pengenalan. Hakikatnya lebih sesat dan jahat dari Yahudi dan Nasrani.

Sebagai Muslim, jangan kita hairanlah dengan gelagat pemimpin UMNO seperti Mahathir dan Najib. Sebab telah jelas Allah nyatakan dalam Al Qur'an bagaimana perangai golongan munafiq itu. Lidah mereka bercabang. Bila bercakap di khalayak ramai, mereka mengaku baik dan seolah-olah beriman tapi bila bersama di kalangan mereka, kembali kufur semula.

Golongan manusia celaka seperti itu mengira mereka berjaya memperolok-olokkan Allah tapi dalam waktu yang sama mereka tidak sedar sebenarnya Allah SWT yang memperolok-olokkan mereka sehingga mereka jauh tersesat daripada jalan kebenaran.

Najib tak usah perbodohkan rakyat kebanyakan. Hari ini majoriti rakyat telah sedar dan kenal siapa sebenarnya pemimpin UMNO. Penyamun, perompak harta rakyat, penjenayah dan musuh No.1 Islam.

Bolehlah kalau Najib dan pimpinan UMNO mahu terus perbodohkan seluruh ahli dan penyokong UMNO sebab umum sedia maklum ada 3 kategori saja spesis manusia yang masih setia dengan parti lemah IQ tu. Pertama, golongan cari makan yang bergantung projek UMNO. Kedua, golongan gila kuasa dan pangkat yang terus diberi jawatan dalam kerajaan dengan gaji lumayan tapi menjadi pecacai dan barua UMNO. Ketiga, ahli dan penyokong UMNO bawahan yang memang sedia bebal dulu, kini dan selamanya.

Sebab itulah sejak sekian lama UMNO mengamalkan sistem pecah dan perintah, politik ugutan dan rasuah bagi memaksa orang menyokong mereka.

Kalau Altantuya boleh dibunuh sebegitu kejam demi menyembunyikan pekong Najib Rosmah yang hampir ke puncak kuasa, maka jangan diharaplah pasangan iblis itu mahu memandang rakyat bawahan. Bagi mereka berdua, rakyat biasa ni umpama sampah yang boleh diperlakukan sesuka hati.

Lihat saja apa yang berlaku dalam negara sejak beberapa dekad lalu. Rakyat terus dibebankan dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup. Harga minyak terus melambung naik dari tahun ke tahun sedangkan Malaysia pengeluar minyak ke-25 dunia dengan pendapatan RM90 bilion setahun. Bukan takat hasil minyak, malah negara memiliki kekayaan lain seperti sawit, getah dan balak.

Malangnya, pemimpin UMNO BN telah menjadikan hasil kekayaan negara seperti milik mak bapak mereka sendiri. Sebab itu Mahathir dengan sewenangnya boleh menggunakan wang perbendaharaan RM500 juta untuk melunasi hutang anaknya. Begitu juga Najib dengan mudah menyamun RM950 juta daripada pembelian pesawat Sukhoi dan submarine Scorpene. Itulah juga yang dilakukan oleh seluruh pemimpin UMNO. Semuanya memiliki harta puluhan dan ratusan juta.

Akibatnya, negara kini berada di ambang bankrap. Untuk mengelaknya, rakyat terus disembelih dan diperbodohkan semahunya.

Inilah yang dimaksudkan oleh Najib laknatullah bahawa sudah lama kerajaan UMNO BN laksanakan konsep negara berkebajikan.

Kebajikan kepala bapak dia. Sial punya UMNO.

Hoi Najib, pulangkan wang rakyat RM493 juta

Apa dia ingat wang perbendaharaan negara ni bapak dia punya. Memang celaka sungguhlah pemimpin UMNO ni. Habis punah wang rakyat disamun hingga negara hampir bankrap, lepas tu rakyat dibebankan dengan kenaikan harga minyak. Bila minyak naik, semua barang pun naik. Tak tahulah penulis samada manusia atau iblis atau dajjal yang sedang memerintah negara ketika ini.

Sapa yang bodoh? Orang UMNOlah. Sapa lagi. Dah kena tipu berpuluh tahun pun masih tak sedar.

Bayangkanlah, bolehkah kita sebagai rakyat terus mendiamkan diri bila dah terang depan mata Najib Rosmah merompak RM493 juta melalui pembelian 2 biji kapal selam yang dah tak boleh menyelam.

Dulu, penulis pernah cakap kapal selam yang dibeli oleh Najib adalah jenis paling cokia dan mungkin kalau menyelam terus tenggelam. Rupanya ada pembaca yang marah dan emosi kerana dakwanya penulis jangan memandai-mandai sebab tak tahu apa-apa soal sistem pertahanan negara.

Sekarang penulis nak habaq kat pembaca bahawa 2 biji kapal selam Scorpene yang ditempatkan di Sabah sedang dibaiki dan tak boleh menyelam sebab bocor. Bolehkah diterima oleh akal yang waras (kecuali orang UMNO yang IQ rendah) bila kapal selam yang baru dibeli dan belum mencecah usia setahun tapi dah bocor. Ini soal serius. Bukan beli kereta proton. Yang paling menjengkelkan kita bila diberitahu dalam Parlimen bahawa kedua-dua biji Scorpene itu belum dilengkapi dengan sistem persenjataan. Perlu belanja puluhan juta lagi wang rakyat untuk kelengkapan senjatanya.

Jadi benarlah telahan penulis sebelum ni memang kapal selam low class. Sebab tu penulis sebut pihak Singapura akan mentertawakan saja kepal selam Malaysia. Bukan dibeli untuk tujuan pertahanan negara tapi sebagai 'lesen' untuk Najib Rosmah sapu wang rakyat berjumlah RM493 juta. Celaka punya manusia.

Mahkamah Perancis menemui bukti kukuh bahawa syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membuat bayaran kepada syarikat Perimekar sebanyak RM493 juta, tetapi bayaran itu sebenarnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia sendiri.

Selanjutnya di sini.

Monday, June 6, 2011

Apa maksud Muhyiddin???

Sebagaimana pernah penulis jelaskan dalam posting terdahulu, memang berlaku perbincangan serius antara UMNO dan geng Perpaduang kira-kira 3 minggu sebelum Muktamar. Malah penulis dimaklumkan kata sepakat antara kedua belah pihak telah dicapai. Hanya menunggu Nik Aziz mati dan Anwar balik ke penjara.

Namun segala perancangan UMNO-UG itu digagalkan oleh Allah bila Mat Sabu dan Husam menjadi pilihan utama perwakilan.

Walaupun hajat penulis telah tercapai dengan kemenagan '4 Panglima Badar' itu, namun jauh di sudut qalbu ini masih gusar dengan agenda Kerajaan Perpaduang itu. Kebimbangan penulis ada asasnya.

Pertama, Dr Harun Din menegaskan yang menjadi penghalang besar agenda itu ialah Muryidul Am sendiri dan Anwar Ibrahim.

Kedua, semalam Muhyiddin menegaskan UMNO masih membuka pintu kerjasama dengan PAS.

Ketiga, apakah ada jaminan Geng Perpaduang ini akan terus mengalah begitu saja setelah orang yang diharapkan menang untuk jawatan Timbalan dan Naib Presiden tidak kesampaian.

Keempat, bolehkah dijamin Hj Hadi dapat membebaskan dirinya daripada pengaruh Geng Ganu dan kumpulan UG itu sedangkan beliau sendiri yang mencetuskan idea tersebut di zaman PM Pak Lah.

Kelima, mampukah Mat Sabu, Husam Salahuddin dan Mahfuz 'membenamkan' terus agenda mengarut itu jika Pakatan Rakyat kalah teruk dalam PRU13.

Sayugia diingat, pelbagai kemungkinan boleh terjadi dalam politik. Ada yang boleh berubah sikap sekelip mata demi menjaga kepentingan diri dan kelangsungan survival politik masing-masing. Apatah lagi yang mula lupa diri dek pengaruh habuan keduniaan.

Tidak dinafikan, malah diakui oleh semua pihak bahawa dasar PAS adalah jelas. Mahu tegakkan Daulah Islamiyyah. Hanya Allah Yang Maha Menentukan bilakah masa dan saatnya. Samada cepat atau lambat. Namun dalam waktu yang sama, faktor kepimpinan merupakan aset terpenting bagi memastikan visi itu segera dicapai.

Ibarat sebuah kapal besar yang sedang belayar di lautan luas. Tentunya dalam pelayaran itu, pelbagai halangan dan kemungkinan boleh berlaku sebelum sampai ke destinasi pelabuhan. Justeru ianya menuntut kepada seorang Kapten yang bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan yang kritikal bagi memastikan kapalnya selamat sampai ke tempat yang dituju. Tersalah membuat keputusan akan mengundang bahaya terhadap kapal dan anak kapal itu sendiri.

Apatah lagi dalam soal memimpin sebuah jamaah yang mempunyai ahli lebih sejuta orang. Tersilap membuat percaturan dan keputusan, pasti akan mengundang padah besar.

Penulis mengharapkan dengan gandingan yang baru, Hj Hadi dapat terus memacu jamaah PAS ini hingga ke tahap yang optimum sebagai sebuah parti yang dominan dalam persada politik tanahair.

Penulis hanya sayangkan PAS. Tidak pernah taksub pada parti atau pemimpin. Penulis akan menentang mana-mana pemimpin yang cuba merosak dan membahayakan masa depan PAS.

Jazakallah.

Sunday, June 5, 2011

Nape Mat Sabu dan Husam digeruni UMNO?

Antara '4 Panglima' PAS, Mat Sabu dan Husam adalah 2 individu yang paling digeruni UMNO selepas Nik Aziz dan Anwar. Sebelum ini pakar-pakar munafiq UMNO telah cuba memfitnah TGNA dengan tuduhan rasuah manakala Anwar terus diserang, difitnah dan diaibkan melalui tuduhan liwat dan yang paling akhir video seks lucah.

Kerja jahat dan keji UMNO selama ini sebenarnya dah berlaku sejak zaman para Nabi lagi. Begitu banyak ayat dalam Al Qur'an yang mengisahkan tentang perangai golongan kafir munafiq yang kerjanya tiada lain melainkan menghalang dan menyukarkan tugas para Nabi menyampaikan Risalah Tauhid.

Kita semua tahu bagaimana Baginda Rasulullah s.a.w. dicemuh, difitnah, dituduh mengamalkan sihir, gila oleh Abu Jahal dan Abu Lahab walhal Abu Jahal sendiri amat mengenali anak saudaranya itu sejak kecil lagi sebagai seorang yang jujur, amanah dan tidak pernah berbohong.

Namun, bila anak saudaranya diutus sebagai Rasul dan menyeru penduduk Mekah kepada agama Tauhid dan meninggalkan penyembahan berhala, justeru Abu Jahal dan para pembesar Musyrikin yang lain merasa kedudukan mereka tergugat jika semua penduduk Kota Mekah terpengaruh dengan Risalah Tauhid yang dibawa oleh Rasulullah.

Justeru, Abu Jahal dan Abu Lahab sengaja mereka-reka fitnah terhadap Baginda agar penduduk Mekah tidak mudah terpengaruh dengan dakwah menyeru kepada agama Tauhid.

Jelas di sini apa yang dilakukan oleh UMNO Munafiq serupa je dengan tindakan Abu Jahal, Abu Lahab di Mekah dan Abdullah bin Ubay di Madinah. Matlamatnya sama, yaitu mahu menghalang kerja Islam.

Najib, Muhyiddin dan pimpinan utama UMNO memang cukup sedar bahawa parti hapraq Melayu itu semakin hilang sokongan, khususnya golongan anak muda Melayu intelek, juga yang ada kesedaran. UMNO dah tak boleh bergantung harap pada pengundi Cina yang jelas menolak UBN pada PRU12 hingga ke PRN Sarawak.

Kini UMNO hanya bergantung kepada undi Melayu di Semenanjung dan Bumiputera Sabah Sarawak. Walau usaha mendaftar pengundi hantu telah berjalan di Selnagor, Kelantan dan Sabah, namun UMNO masih tidak yakin dengan kerja tipu yang dibuat.

Sebab itulah UMNO amat mengharapkan agenda Kerajaan Perpaduang bersama PAS menjadi kenyataan. Hanya dengan cara ini sajalah dapat menarik kembali sokongan orang Melayu Islam terhadap parti lemah IQ itu. Bukan setakat memujuk PAS, malah DAP turut dipelawa menyertai BN bagi memulihkan kembali keyakinan orang Cina.

Malang bagi UMNO bila kedua-dua usaha itu gagal. Dan lebih bertambah malang lagi bila mana Mat Sabu, Husam dipilih sebagai Timbalan Presiden dan Naib Presiden dalam Muktamar PAS yang berakhir siang tadi. UMNO cukup takut dengan pengaruh, ketegasan dan kelantangan Mat Sabu selama ini. Begitu juga Husam yang terkenal dengan sikap tegasnya serta kebijaksanaannya menangani sesuatu isu berserta fakta dan bukti. Husam pernah menerima pengiktirafan sebagai Ahli Parlimen Terbaik Komanwel.

Dalam konteks Kerajaan Perpaduang, Mat Sabu dan Husam adalah antara pimpinan PAS yang menentang keras idea mengarut itu. Selain Nik Aziz, kedua-dua pemimpin ini amat disenangi dan dihormati oleh masyarakat bukan Melayu tanahair. Pemilihan mereka berdua akan mengeratkan lagi hubungan dengan rakan dalam Pakatan Rakyat. Secara tidak langsung akan menaikkan indeks sokongan terhadap PAS dan PR dalam PRU13. Inilah yang membimbangkan UMNO.

Sebab itulah, sebaik saja diumumkan kemenangan Mat Sabu dan Husam, akhbar milik UMNO terus menyerang PAS dengan pelbagai persepsi tak masuk akal. Dikatanya PAS kini dikuasai oleh 'Erdogan', PAS gadai prinsip negara Islam.

Dan yang paling bodoh ialah Ali Rustam bila buat kenyataan "Rakyat kini sudah boleh menilai PAS berjuang bukan kerana Allah tetapi PAS berjuang untuk menumbangkan UMNO dan BN."

Malang sungguhlah rakyat Melaka dapat Ketua Menteri bebal dan dungu. Opppps penulis lupa, memang UMNO Parti Lemah IQ.

Hoi Ali Rustam, perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Daulah Islamiyyah dalam negara. Bagi mencapai matlamat itu, UMNO mesti ditumbangkan terlebih dahulu sebab menjadi penghalang utama kepada cita-cita mulia PAS selama ini.

Hukum menumbangkan UMNO adalah Fardhu 'Ain bagi setiap Muslim.

Mat Sabu lebih baik dari sesetengah lepasan Azhar, kata Nik Aziz

Malam tadi telah diadakan ceramah umum malam terakhir muktamar di dewan Kolej Universiti Zulkifli Mohamad. Ribuan manusia hadir untuk mendengar ceramah Timbalan Presiden PAS yang baru, Mat Sabu dan Mursyidul Am TGNA. Sudah tentu nostalgia lama Dewan Fadhil Noor kembali menggamit hati para perwaklan, ahli dan penyokong PAS.

Penulis hanya nak sentuh tentang pengiktirafan Nik Aziz terhadap Mat Sabu. MB Kelantan itu, dalam ucapan ringkasnya, menyifatkan perjuangan Mohamad lebih baik dari sesetengah lepasan Universiti Azhar. Tegasnya lagi, Mat Sabu tidak pernah terlibat dengan UMNO dan terus bersama perjuangan PAS sejak dari awal lagi.

Tambahnya lagi, dengan sikap Mohamad yang disenangi semua pihak, UMNO tidak akan dapat tidur nyenyak selepas ini.

Penulis kira ini satu sindiran tajam yang dilontarkan oleh TGNA terhadap sesetengah pimpinan lepasan Azhar yang dok beriya-iya sangat dengan Kerajaan Perpaduang. Sapa yang makan lada, dialah yang terasa pedasnya. Padan muka.

Begitu juga dengan kenyataan Harun Taib sehari sebelum Muktamar Pusat. Nampak sangat kenyataannya "Ulama' Haraki mesti menjadi pimpinan utama" seolah-olah jawatan Presiden dan Timbalan mesti dipegang oleh ulama'. Di satu sudut lain, beliau secara terang berkempen untuk Tuan Ibrahim.

Sewajarnya kenyataan ini tidak harus keluar dari mulut Ketua Dewan Ulama' sebab selama ini pun dalam haraki gerakan Islam, Majlis Syura' adalah yang tertinggi sekali. Jadi apa masalahnya.

Ohhhh... bila Harun Din mencadangkan agar idea Perpaduang dengan UMNO diteruskan, takde pulak Ketua Dewan Ulama' tu bising. Tapi bila Mat Sabu seorang aktivis yang istiqamah dalam perjuangan bertanding jawatan Timbalan Presiden, boleh pulak bersuara bahawa hanya Ulama' Haraki yang mesti memegang jawatan kanan parti.

Mana lebih baik orang yang tiada kelulusan Azhar tapi terus istiqamah dalam perjuangan menentang UMNO Munafiq daripada yang keluar Azhar tapi dok beriya-iya sangat nakkan Kerajaan Perpaduang dek kerana gila kuasa dan harta.

Benar juga kata seorang sahabat penulis dari Johor, juga seorang aktivis PAS yang isitiqamah yang menegaskan "Inilah masalahnya bila perwakilan PAS yang terlampau taksub dengan ulama' dan menganggap ulama' maksum. Meraka tak sedar, hari ini sudah ada segelintir ulama' yang jadi perosak jamaah. Mabuk kuasa dan harta."

Waima apa pun, dengan terpilihnya Mat Sabu, Husam, Salahuddin dan Mahfuz, bermakna agenda Kerajaan Perpaduang terus berkubur dengan sendirinya. Di pihak UMNO pula, pastinya semakin jadi tak karuan dan mula meroyan.

Bahagia sungguh hati penulis bila desakan hati yang begitu kuat mahukan "4 Panglima Badar" pada jam 1.00 pagi (2 Jun) lalu telah menjadi kenyataan.

Salam4all.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger