Monday, June 27, 2011

Dulu takut pada budak PASTI, la ni pada puisi

Dulu masa dia jadi PM, Mahathir menuduh Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) mengajar pelajarnya membenci kerajaan. Hari ini Najib dan UMNO bukan saja takut dengan baju kuning, malah takut pada puisi A Samad Said. Justeru diarahkan Polis menahan dan menyoal-siasat sasterawan negara itu.

Memang benar pepatah yang menyebut 'Berani kerana benar, takut kerana salah'. Soalnya sekarang, mengapa UMNO kini ibarat orang disampuk hantu. Siang pun takut, apatah lagi malam.

Khabarnya, pihak Polis telah diarahkan membuat sekatan jalanraya di setiap sempadan negeri-negeri seluruh Semenanjung bagi menghalang rakyat menuju ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ni.

Soalnya, kenapa Najib begitu gerun dengan Bersih 2.0 jika benarlah UMNO BN jujur dan tidak memperalatkan SPR bagi melakukan penipuan dalam pilihanraya?

Bak kata Mat Sabu, "Kalau tidak menipu, itu bukan UMNO", bagi menggambakan betapa kejinya UMNO yang sanggup melakukan apa saja demi kelangsungan kuasa politik. Bukan untuk membela rakyat tapi bagi menyelamatkan diri masing-masing daripada mengalami nasib yang serupa Hosni Mubarak dan Ben Ali.

Setakat hari ini, 81 tangkapan telah dibuat oleh Polis dalam usaha cuba menakutkan rakyat yang akan ke Himpunan Bersih 2.0. Orang yang pakai baju Bersih ditangkap, edar risalah pun ditangkap. Dan orang yang baca puisi pun kena juga.

Baru-baru ini Datuk A.Samad Said dan Dato' Ambiga telah ditahan dan disoal-siasat oleh pihak Polis berhubung Bersih 2.0.

Senario jelek yang sedang melanda negara mutakhir ini jelas membuktikan Najib dan UMNO sudah tidak mampu berfikir secara waras ekoran dibayangi ketakutan hilang kuasa yang amat kronik sekali. Bahasa mudahnya, gilalah...

Apakah rasionalnya menghalang himpunan aman rakyat yang menuntut sistem pilihanraya bersih?

Segala tindakan dayus Najib dan UMNO menggunakan Polis untuk menghalang himpunan ini sebenarnya membenarkan segala dakwaan pembangkang, memang wujud penipuan yang amat ketara dalam setiap pilihanraya. Tiga penipuan terbesar dan telah dibuktikan ialah wujudnya pengundi hantu, penipuan dalam undi pos dan persempadanan semula kawasan pilihanraya secara tidak adil bagi menjamin kemenangan UMNO BN.

Dan keengganan SPR menunaikan tuntutan Bersih 2007 membuktikan betapa badan suruhanjaya itu memang telah lama jadi 'anjing UMNO'. Antara tuntutan Bersih, termasuk penggunaan dakwat di jari pengundi, pendaftaran pemilih secara automatik dan pembersihan daftar pemilih secara menyeluruh.

Ekoran keengganan SPR memenuhi tuntutan Bersih, justeru Bersih 2.0 mesti diteruskan pada 9 Julai ini.

Wahai rakyat, marilah kita turun beramai-ramai ke ibu negara nanti bagi membuktikan kuasa rakyat mampu menguburkan UMNO BN yang semakin zalim dan jahat sekarang. Yakinlah, takde yang mustahil jika dengan izin Allah.

Bukti ada di depan mata bila rakyat Tunisia dan Mesir berjaya menjatuhkan rejim zalim Ben Ali dan Mubarak.

Takbir.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger