Monday, July 30, 2012

Tsunami Politik Sabah

Jam 5.00 petang tadi penulis bersama MP Kuala Krai, Dr Hatta Ramli bertolak ke Beaufort bagi menghadiri program berbuka puasa bersama Anwar Ibrahim atas undangan Datuk Lajim Ukim yang telah meletakkan semua jawatannya dalam UMNO. Kami sampai di Masjid Jamek Kuala Klias kira-kira jam 6.50 petang.

Program dimulakan dengan majlis berbuka puasa di perkarangan masjid tersebut, diikuti solat Maghrib berjamaah dan tazkirah oleh Anwar. Sebaik selesai solat Isyak dan Tarawih, kami bergerak pula ke perkarangan rumah Lajim Ukim yang terletak kira-kira 700 meter dari masjid itu.

Agak mengejutkan bila penulis dapati ribuan penduduk tempatan telah memenuhi ruang puluhan kanopi yang dipasang bagi mendengar ucapan dari pemimpin Pakatan Rakyat dan Lajim Ukim sendiri.

Penulis kurang bernasib baik kerana tak dapat masuk ke situ kerana tiada sudah ruang letak kereta di kiri-kanan jalan sepanjang 4 km. Sekadar memerhati saja dari jauh.

Apa yang dapat penulis simpulkan daripada pemerhatian kasar tadi, memang tidak dinafikan pengaruh Lajim Ukim amat kuat di Beaufort. Penulis sendiri membuat kajian terperinci berkenaan kekuatan Lajim di kawasannya. Dan malam tadi terbukti di depan mata penulis sendiri dengan kehadiran ribuan rakyat, malahan suasananya sudah seperti program Pakatan Rakyat di Semenanjung.

Persoalannya, apakah fenomena yang berlaku malam tadi menjadi signal awal bahawa satu perubahan drastik bakal berlaku atas landskap politik Sabah???

Anda boleh buat penilaian sendiri.

Saturday, July 28, 2012

Barack Obama seorang ahli politik bijak

Hampir 3 bulan penulis tak update blog ni kerana sibuk update status di FB. Entah nape pagi ni macam ada satu semangat untuk kembali menulis. Kali ni penulis nak melontarkan satu pandangan secara umum yang tidak dipengaruhi oleh sentimen mana-mana parti pun.

Memang tak dinafikan dalam konteks politik Malaysia, agak sukar untuk kita membuat ramalan hampir tepat berkaitan peluang Pakatan Rakyat ekoran sikap autokratik kerajaan UMNO BN yang telah mendominasi kerajaan pusat lebih 52 tahun.

Melalui penguasaan sepenuhnya instrumen media perdana tanpa diberi peluang langsung pada pihak pembangkang untuk bersiaran, telah menyebabkan majoriti rakyat hanya mendapat maklumat dari pihak penguasa saja. Selain penguasaan media, pihak penguatkuasa undang-undang turut dipergunakan semahunya bagi melindungi kepentingan politik pemerintah, khususnya UMNO.

Namun, pentas politik Malaysia serta-merta berubah dalam PRU12 2008 apabila Pakatan Rakyat berjaya menguasai 5 negeri di Semenanjung. Sejak itu, rejim UMNO dilihat macam cacing kepanasan ekoran keputusan PRU12 yang tidak diduga. Pelbagai konspirasi dan fitnah terus dirancang untuk memburukkan imej Pakatan Rakyat. Namun akhirnya, segala fitnah dan propaganda yang dirancang itu telah memakan diri UMNO sendiri.

Dalam suasana bahang PRU13 yang semakin dekat, ditambah pula dengan kemudahan internet jalur lebar yang semakin laju serta kemudahan akses internet di mana saja melalui telefon bimbit canggih, hari ini rakyat semakin bijak menilai siapa yang berada di pihak yang benar walau pentadbiran Najib telah 'merasuah' rakyat dengan BR1M RM500 tahun lalu dan diulangi sekali lagi baru-baru ini.

Penulis agak kesal dengan sikap sesetengah pimpinan Pakatan Rakyat yang dilihat agak kurang cerdik dalam politik. Beberapa isu yang belaku sebelum ini jelas menampakkan betapa tak matangnya cara mereka berpolitik. Dan perlu diakui sikap gelojoh mereka itu sebenarnya lebih dipengaruhi oleh ego (bodoh sombong), gila kuasa dan sentimen kepentingan peribadi hingga memberi ruang kepada pihak musuh melakukan serangan dan mengakibatkan kecalaran imej kerajaan PR itu sendiri.

Sewajarnya, peluang dapat memerintah 4 negeri itu dijadikan landasan bagi mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan yang diterajui, bukannya menimbulkan polemik bodoh yang tidak menguntungkan sesiapa pun malah merugikan diri sendiri. Apa yang sepatutnya dilakukan adalah memberi fokus kepada kebajikan majoriti rakyat di bawah sana, bukannya menimbulkan spekulasi dan isu-isu picisan dalaman parti.


Penulis agak tertarik bagaimana cara Presiden Obama berkempen untuk pilihanraya Presiden yang seterusnya. Fokus beliau adalah rakyat kelas menengah (middle-class). Dalam kempen Presiden yang lalu, Obama berjanji akan membela nasib rakyat kelas menengah dalam sektor pekerjaan, kemudahan perubatan dan pendidikan serta menurunkan kadar potongan cukai bagi seluruh rakyat Amerika.

Sebelum Obama mengambil-alih Rumah Putih, lebih 3 juta rakyat Amerika yang kehilangan pekerjaan, menanggung bebanan hutang kad kredit, tiada kemudahan insuran perubatan dan pendidikan serta pelbagai bebanan sara hidup yang tinggi ekoran cukai yang dikenakan.

Dalam tempoh 2 tahun pemerintahannya, sejumlah 4.2 juta rakyat Amerika telah kembali bekerja semula dan masuk tahun ke empat pula, sejumlah 850 ribu lagi mendapat peluang pekerjaan. Begitu juga kejayaan pentadbiran Obama menyediakan kemudahan insuran perubatan dan pendidikan, perlaksanaan Akta Kad Kredit baru bagi mengawal perbelanjaan rakyatnya dan beberapa dasar lain yang menguntungkan golongan kelas menengah.

Penulis yakin Obama akan memenangi Pilihanraya Presiden buat penggal kedua dengan sokongan yang lebih besar lagi ekoran kejayaannya menunaikan sebahagian besar janji dalam kempen pilihanraya 2007 lalu.

In person, penulis tertarik dengan pendekatan Obama dalam kempennya kali ini. Fokusnya ialah kebajikan golongan middle-class rakyat Amerika. Bukan sibuk dengan 'great ideas' yang belum tentu menawan hati rakyatnya.

Sewajarnya muka lama dan muka baru ahli politik PR perlu belajar memahami kemahuan dan aspirasi rakyat. Bukannya sibuk dengan idea besar yang dah lapuk. Apa yang rakyat mahukan adalah pembelaan buat mereka.

Waima apa pun, penulis ucapkan syabas pada Tan Sri Khalid Ibrahim dan KM Lim Guan eng yang cepat belajar daripada kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz yang telah mengetuai kerajaan Kelantan lebih 20 tahun.

Wallahu'alam

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger