Tuesday, September 30, 2008

UMNO / BN Semakin Tenat

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Harakahdaily, 60% ahli Parti Gerakan menggesa agar parti tersebut keluar dari komponen BN. Malah Pemangku Presidennya, Dr. Koh Tsu Koon sendiri mengakui bahawa parti tersebut sedang menimbangkan untuk meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat.

Jika benarlah Parti Gerakan ini akan meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat (PR), tak mustahil MIC dan MCA juga kemungkinan besar akan mengikut jejak langkah Gerakan. Senario ini pastinya akan lebih menjerut leher UMNO sebagai tunggak BN.

Hari ini, masyarakat Cina dan India telah menunjukkan bukti bahawa mereka adalah golongan yang celik politik. Masyarakat Cina memang telah lama membuktikan bahawa merekalah golongan yang paling hadapan dalam arena politik negara. Kemudian diikuti oleh masyarakat India apabila mereka membuktikannya dalam PRU12 Mac lalu. Yang masih dok bangang dan tak faham-faham pasal politik ni ialah bangsa Melayu UMNO. Mereka tetap mempertahankan kebangangannya. Sungguh berjaya pihak kolonial Inggeris membangangkan orang Melayu UMNO ini sejak belum merdeka lagi.

Jika benarlah ramalan aku ni, UMNO hanya mengharapkan rakan komponen BN dari Sabah dan Sarawak sajalah. Itu pun kalau mereka masih nak kekal lagi dalam BN. Agaknya mahukah mereka terus kekal sebagai komponen BN jika PR dah memerintah Malaysia ? Sanggupkah mereka jadi pembangkang ? Sanggupkah Ketua Menteri Sabah dan Sarawak serta kuncu-kuncunya berhadapan dengan pengadilan mahkamah di atas segala penyelewengan dan rasuah yang mereka lakukan ?

Yang pastinya, kita sebagai rakyat Malaysia yang membayar cukai mahukan Kerajaan PR bertindak tegas terhadap puak-puak perasuah dan perompak wang rakyat ini. Bawa mereka ke muka pengadilan. Rampas balik segala hasil rasuah dan penyelewengan mereka. Isytiharkan secara rasmi jumlah keseluruhan penyelewengan mereka. Biar seluruh rakyat tahu dan sedar siapakah sebenarnya petualang negara.

Nampaknya UMNO sedang menuju ke 'liang lahad'. Memang patut pun. Dah terlalu tua dan nyanyuk. Ditambah pula dengan penyakit 'kanser kronik' yang dihidapinya sejak sekian lama. Inilah akibatnya apabila sebuah parti yang dipimpin oleh puak-puak munafik yang melampaui batas. Berlagak macam tuhan. Menolak Undang-Undang Allah (Al-Qur'an). Mengambil undang-undang toghut (sekular) sebagai undang-undang negara. Hidup bertuhankan hawa nafsu dan hartabenda. Khazanah negara dijadikan milik keluarga dan kroni. Rakyat terus-menerus ditipu, diperbodohkan dan dibebankan dengan kenaikan kos sara hidup. Masalah gejala sosial dan jenayah semakin meruncing dari masa ke semasa. Rakyat diugut dengan berbagai akta jika menentang. Hasilnya, rakyat hidup dalam keadaan tertekan dan berfikiran jumud. Tiada kebebasan bersuara.

Hari ini, UMNO dikejutkan dengan kebangkitan rakyat secara menyeluruh. Lebih memedihkan lagi apabila rakan dalam komponen BN satu persatu mula mengorak langkah 'menuntut cerai' darinya. Jika senario ini berterusan, UMNO akan jadi 'duda' yang gila talak.

Wahai UMNO, sekarang sudah sampai masanya kamu menerima balasan tunai dari Allah SWT di atas segala kemungkaran dan kekejian yang telah kamu lakukan selama ini. Jangan salahkan orang lain tapi pandanglah keburukan sendiri.

Marilah kita berdoa' di penghujung Ramadhan ini semuga Allah SWT menghancurkan UMNO.

Mampus UMNO !

Sekian.

Thursday, September 25, 2008

Minyak Hanya Turun10 sen

Kabinet memutuskan penurunan harga minyak 10 sen ekoran penurunan harga minyak mentah dunia kepada USD 92.00 setong. Kapasiti 1 tong = 159 liter. Hari ini nilai USD 1.00 = RM 3.45. Nilai harga minyak 1 tong = RM 319.82. Bermakna 1 liter = RM 2.01.

Kita jangan lupa bahawa nilai subsidi minyak yang diberikan oleh kerajaan ialah 30 sen. Sepatutnya harga seliter minyak pada masa ini ialah RM 2.01 - RM0.30 = RM 1.71. Tapi apa yang berlaku sekarang harga minyak kita ialah RM 2.45 seliter setelah diturunkan 10 sen.

Sejak awal aku dah kata pemimpin UMNO ni memang munafik. Dah berpuluh tahun rakyat ditipu dengan segala propaganda murahan bagi menyembunyikan segala kelemahan dan penyelewengan mereka. Malangnya rakyat khususnya bangsa Melayu masih tak sedar lagi. Terus-menerus diperbodohkan oleh puak-puak munafik ni.

Sebenarnya aku sendiri tak faham kenapalah orang Melayu yang sebangsa dengan aku ni masih boleh menyokong UMNO. Bila ditanya, mereka menjawab kita mesti sokong UMNO kerana inilah parti orang Melayu yang nak bela kita.

Bela apa ? Biasiswa anak orang Melayu dihapuskan. Anak orang Melayu kini terpaksa berhutang bila melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS. Sudahlah kedudukan ekonomi orang Melayu ketinggalan, ditambah pula dengan bebanan hutang PTPTN. Pendek kata sampai matilah orang Melayu berhutang.

Sebenarnya orang Melayu yang dok sokong UMNO ni tak sedar bahawa pimpinan UMNO memang suka kalau orang Melayu susah dan miskin. Bila ramai orang Melayu miskin, maka senanglah 'digula-gulakan' oleh pimpinan UMNO. Inilah tektik yang digunakan oleh Yahudi untuk menguasai dunia. UMNO belajar dari mereka.

Pimpinan UMNO cukup sedar jika ramai orang Melayu yang hidup senang dan kaya, maka mereka sukar untuk mempengaruhi minda golongan sebegini. Kebiasaannya golongan yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh, mereka tidak bergantung kepada subsidi kerajaan dan berani menyokong pembangkang.

Bagi golongan orang Melayu yang cukup-cukup makan, mereka takut untuk menyokong pembangkang kerana bimbang anak-anak mereka tidak mendapat bantuan seperti biasiswa, buku teks dan sebagainya. Bimbang anak mereka tak dapat kerja jika sokong pembangkang. INILAH MINDA KELAS KETIGA BANGSA MELAYU HARI INI.

Aku tak tahulah mana perginya AQIDAH ISLAM orang Melayu yang sokong UMNO ni. Mereka lebih takutkan pimpinan UMNO daripada Allah. Aku bukan tuduh tapi kenyataan. Kalau mereka betul takutkan Allah, dah lama mereka tinggalkan UMNO yang memang jelas menolak Undang-Undang Allah (Al-Qur'an).

Nasib kaulah wahai Melayu. Jangan besok di Akhirat baru nak menyesal dan minta pada Allah agar dikembalikan semula ke dunia kerana nak buat amal saleh dan menyokong perjuangan Islam.

Peringatan ikhlas dari aku. Jika kamu mati dalam keadaan hati dan jiwa kamu masih menyokong UMNO, percayalah bahawa tempat kembali kamu adalah Neraka Jahannam. Terpulanglah samada kamu nak percaya atau tidak.

Yang pastinya Rasulullah SAW tidak akan mengakui kamu sebagai umatnya.

Sekian.


Sunday, September 21, 2008

Betapa Panasnya Neraka Allah

3 hari yang lalu, aku menonton rancangan National Geographic yang bertajuk Super Factories. Dalam rancangan ini ditunjukkan sebuah kilang pemasangan lori pengangkut terbesar di dunia jenama Caterpillar 787B. Beratnya sahaja mencecah 600 tan. Kebiasaannya lori pengangkut ini digunakan di kawasan perlombongan yang besar.

Apa yang nak aku ketengahkan di sini ialah apabila ditunjukkan bagaimana mahu mencetak rangka (crankcase) lori tersebut. Untuk membuat rangka ini ianya melalui satu proses yang sangat mencabar yaitu melebur besi dengan campuran khas bagi memastikan ketahanan dan kekukuhan rangka lori raksaksa ini.

Apabila aku melihat proses peleburan besi ini yang memerlukan kepanasan melebihi 2,000 darjah celcius, aku merasa ngeri bila teringatkan api Neraka Allah yang tentunya berjuta kali ganda panasnya. Aku membayangkan jika aku yang dimasukkan ke dalam relau peleburan tadi, sudah tentu aku mati serta merta di dunia ini TAPI jika dihumban ke dalam Neraka Allah yang panasnya berjuta kali ganda, aku tidak mati malah terus-menerus disiksa. Timbul rasa takut.

Marilah kita semua muhasabah diri. Kita tanya pada diri sendiri adakah kita akan terselamat dari bakaran Neraka Allah. Marilah kita berdoa' semuga Allah mengampunkan segala dosa kita dan membersihkan hati kita daripada sifat-sifat tercela (Mazmummah). Yang paling kita takut ialah jika di dalam hati ini masih ada unsur-unsur Syirik Khafi.

Rasulullah SAW sendiri pernah menyatakan kebimbangannya terhadap umatnya di akhir zaman ini kerana ramai di landa dengan penyakit Syirik Khafi ini. Salah satunya ialah riya'.

Semuga Allah SWT melindungi kita dari penyakit merbahaya ini dan mematikan kita dengan membawa hati yang sejahtera.

Jazakallah.




Friday, September 19, 2008

Mengapa Hati Ini Sayu

Aku tidak tahu sejak 17 Ramadhan, hati ini mudah menjadi sayu. Setiap nak solat pun hati jadi sebak. Begitu juga bila mula membaca Qur'an, air mata akan mengalir. Di saat sedang menaip di keyboard laptop ini pun hati merasa sebak. Aku sendiri pun tak tahu kenapa ?

Mungkin terkenangkan kisah hidup yang penuh onak dan duri serta dosa-dosa yang menimbun agaknya. Apatah lagi di dalam bulan Ramadhan yang penuh keampunan dan keberkatan ini, mungkin Allah telah sudi memperkenankan doa' aku agar diampunkan dosa dan dibersihkan hati ini sedikit. Doa' aku semuga semua ahli jamaah PAS juga mendapat keampunan dan rahmat Allah di dalam bulan keampunan ini. Semuga pada 1 Syawal kelak hati seluruh pejuang Islam semakin jernih. Amin .....

Semuga airmata yang mengalir ini adalah kerana mengenangkan dosa sendiri, bukan sebaliknya.

Aku hanya mengharapkan Allah memanjangkan usia ini agar dapat terus memperbaiki diri dan mengenali diri sendiri. Setahu aku, selagi kita tak mengenali diri, maka kita tak akan mengenali Allah dan cinta kepadaNya.

Yang terpenting semuga Allah membimbing dan memimpin aku dalam hidup ini agar berjaya menjadi seorang hambaNya yang beriman dan bertaqwa dalam erti kata sebenar.

Aku mengaku bahawa sejak duduk di dalam jamaah PAS ni, banyak ilmu diperolehi yang selama ini tidak pernah aku dengar dan pelajari. Dengan program kuliah dan usrah. Ditambah dengan mendengar koleksi CD kuliah dari para ulama' seperti Tuan Guru Nik Aziz dan Haji Hadi. Juga dari kuliah yang disampaikan oleh para ustaz yang berkaliber. Memang beruntung jika kita berada di dalam jamaah yang diredhai Allah.

Tidak lupa juga kepada sahabat baik, Ustaz Hasanuddin dan Ustaz Adam yang banyak memberikan ilmu dan mengajarkan beberapa amalan untuk dipraktikkan dalam hidup. Cuma satu lagi 'tabiat makruh' yang masih belum dapat aku atasi, yaitu rokok. Teringat aku dengan sindiran Ustaz Adam. Katanya "rokok tu jangan dihisap tapi dimakan terus." Aku tidak pernah berkecil hati malahan menyedari kelemahan diri.

Juga kepada para sahabat yang tak pernah jemu menghulurkan bantuan di kala aku memerlukan. Ust Hasanuddin, Salahuddin, Hj Abas, Mail, Sedan, Zainuri, Halim Bank, Leng dan ramai lagi. Aku tidak pernah melupakan segala jasa mereka. Kadang-kadang terasa sedih juga bila berjauhan dengan para sahabat yang berhati mulia ini.

Mudah-mudahan Allah memberikan kesempatan kepada aku untuk membalas segala jasa baik mereka ini semua.

Salam ukhwah dari Sabah.

We all love Islam. Islam Is The Best.

Jazakallah.

Sunday, September 14, 2008

Rakyat Perlu Bijak dan Jangan Terpedaya

Sejarah politik Malaysia membuktikan apabila UMNO/BN dalam keadaan terdesak dan merasakan kuasa mereka akan tergugat, isu agama Islam dan perkauman akan dimainkan bagi mendapatkan semula sokongan rakyat.

Hari ini perkara serupa diulangi lagi. Yang menjadi mangsa 'permainan keji' ini sudah tentulah pihak pembangkang dan golongan insan yang berani mendedahkan segala kepincangan dan penyelewengan mereka.

RPK ditahan di bawah ISA atas dakwaan menghina Islam dan Nabi Muhammad ekoran artikel yang disiarkan di dalam laman webnya Malaysia Today. Artikel yang didakwa sebagai menghina Islam dan Nabi Muhammad itu bertajuk "I promise to be a good and non-hypocritical Muslim" (Saya berjanji menjadi orang baik dan sebagai Muslim yang tidak munafik) dan "Not all Arabs are descendants of the Prophet" (Bukan semua orang Arab itu berketurunan Nabi).

Cuba kita teliti tajuk artikel yang didakwa sebagai menghina Islam dan Nabi Muhammad ini. Bagi pandangan saya, tidak ada salahnya tajuk artikel ini.

Saya akan cuba menterjemahkan artikel RPK yang bertajuk 'I promise to be a good and non-hypocritical Muslim" setakat mana yang termampu. Selepas itu anda nilai sendiri adakah artikel ini menghina Islam ?

Orang Islam tidak tahu bagaimana menjadi seorang Muslim sebenar. Orang Islam melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam. Orang Islam bersikap hipokrit. Inilah yang merosakkan Malaysia. Inilah penyakit yang sedang melanda dalam masyarakat kita.

Saya bersetuju dengan pendapat RPK ini. Kita jangan lupa bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda dengan maksud "Umat aku berpecah kepada 73 golongan. 1 golongan yang selamat dan 72 lagi masuk neraka."

Di akhirat kelak setelah golongan mujrimun (kafir) dipisahkan dengan golongan orang yang beriman (Islam), maka kedudukan manusia di Mahsyar terbahagi kepada 2 golongan. Kemudian Allah SWT memerintahkan Nabi Adam AS : "Wahai Adam, hantarlah kiriman ke neraka." Lalu Nabi Adam bertanya semula kepada Tuhan : "Sebanyak mana wahai Tuhan ?" Allah SWT menegaskan : "Bahawa daripada 1,000 orang, 999 untuk neraka, hanya satu daripada seribu yang dimasukkan ke syurga."

Mulai dari saat itu, orang Islam yang menyeleweng dari ayat-ayat Allah dikeluarkan dari kumpulan orang yang beriman tadi. Yang tinggal hanya hanya satu genggaman sahaja yang akan dimasukkan ke dalam syurga.

Allah SWT memberitahu kepada kita semua yang hidup di dunia ini supaya menjadi orang Islam yang sebenar-benarnya. Yaitu beriman dan bertaqwa kepadaNya. Jelaslah kepada kita sekarang bahawa daripada 1,000 orang Islam yang ada hari ini, yang diterima Islamnya hanya seorang sahaja jika kita merujuk kepada penegasan Allah kepada Nabi Adam.

Jadi, memang benar kenyataan RPK. Tidak ada salahnya.

Komen saya mudah. Sebenarnya puak-puak pimpinan UMNO yang terasa 'sakit' dengan artikel RPK ni. Saya bukan menuduh tetapi sebagai seorang Muslim kita boleh menilai siapa puak-puak ini. Dalam Al-Qur'an, Allah ada menceritakan kepada kita bagaimana sikap Abdullah bin Ubai (bapa munafik Madinah) yang berpura-pura beriman tetapi dialah sebenarnya musuh No.1 Islam. Dialah yang menjadi perancang utama menghalang dakwah Rasulullah di Madinah. Salah satu daripada perancangan jahatnya ialah dengan mendirikan Mesjid Dhirar bagi memecahbelahkan orang Islam pada waktu itu.

Apa bezanya dengan sikap pimpinan UMNO yang ada hari ini. Golongan pendakwah Islam yang berani bercakap tentang Islam sebenar ditekan, disekat dan ada yang ditahan dengan pelbagai alasan yang sengaja direka bagi mengaburi mata rakyat. Golongan artis yang menghina isteri Rasulullah SAW tidak pernah dipersalahkan malahan tiada tindakan yang diambil. Dah beratus ribu anak Melayu murtad, tiada sebarang tindakan tegas diambil. MEMANG JELAS BETAPA MUNAFIKNYA PIMPINAN UMNO.

Memang pimpinan UMNO ini beragama Islam. Islam kulit. Mengapa setelah sekian lama jadi pemerintah dalam negara ini tetapi puak-puak ini masih mengguna dan mengekalkan undang-undang penjajah sehingga ke saat ini. Kita jangan lupa bahawa Perlembagaan Persekutuan yang ada hari ini telah dirangka dan disusun oleh satu Suruhanjaya Bebas yang dipengerusikan oleh Lord William Reid. Sila klik di sini.

Takkanlah kita tak boleh menilai bagaimana kedudukan AQIDAH seorang Islam yang memerintah tapi dengan sengaja mengenepikan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an).

Sekian.

Penahanan Teresa Kok Dirancang UMNO/BN

Sebelum ini saya mengutarakan tentang isu penangkapan 3 individu di bawah tahanan ISA. Mereka ialah Raja Petra Kamarudin, YB Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng (kini telah dibebaskan tanpa syarat).

Sebelum ini saya menyatakan bahawa penangkapan mereka ini dibuat dengan bukti yang direka oleh rejim UMNO/BN yang semakin tertekan ekoran peralihan kuasa 16 September ini semakin menjadi kenyataan.

Berhubung dengan penahanan Teresa Kok di bawah ISA ini, anda boleh membaca laporan berita yang disiarkan oleh Malaysiakini yang jelas menunjukkan bahawa penahanan ADUN Kinrara ini adalah satu perancangan licik oleh pihak tertentu.

Sila klik di sini

Masyarakat Bukan Islam Mula Mengenali PAS

Keputusan PRU12 lalu menunjukkan kecenderungan masyarakat bukan Islam terhadap PAS. Di Kedah umpamanya, 3 hari sebelum hari mengundi didapati semua bilik gerakan pilihanraya MCA dan Gerakan lengang kecuali tinggal beberapa kerat saja.

Senario ini memang tidak dijangka oleh PAS sendiri. Yang menarik perhatian sebahagian besar rakyat Kedah apabila sebahagian besar pengundi Cina berada di bilik gerakan PAS. Mereka tanpa berselindung lagi menyatakan sokongan padu kepada PAS. Ada yang membawa bendera PAS dengan motosikal. Ada yang melaungkan perkataan 'Takbir'. Suasana yang berlaku di saat-saat akhir ini memberi petunjuk awal bahawa Pakatan Rakyat akan memerintah Kedah.

Senario ini membuktikan kepada kita bahawa masyarakat bukan Islam khususnya Cina dan India sudah mula mengenali dan memahami Dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Segala fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh UMNO selama ini terhadap PAS dengan mengatakan jika PAS memerintah, orang Cina kena 'potong anunya', tak boleh makan babi dan sebagainya sudah tak laku. Masyarakat Cina kini sedar siapa pembohong sebenarnya.

Di Kelantan, seorang guru lelaki berbangsa India yang telah lama bertugas di Kelantan telah memeluk Islam. Apabila ditanya oleh wartawan Harakah, bagaimana boleh terbuka hati memeluk Islam ? Beliau menjawab "Saya tertarik dengan Islam apabila saya melihat peribadi Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abd. Aziz. Walaupun beliau seorang Menteri Besar tetapi saya melihat cara hidupnya sama seperti rakyat lain. Serba sederhana. Tuan Guru memerintah Kelantan dengan adil dan saksama. Seluruh rakyat Kelantan yang terdiri dari pelbagai kaum mendapat pembelaan dari kerajaan PAS ini."

Apabila golongan manusia yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah menjadi pemerintah, pasti seluruh rakyat di bawah pemerintahannya akan terbela. Inilah Islam. Agama fitrah bagi seluruh manusia.

Dalam sejarah Islam, kita lihat kesederhanaan kehidupan Umar bin Abdul Aziz dalam menyediakan tempat tinggalnya walaupun dia seorang khalifah yang mempunyai empayar kerajaan Islam yang besar. Apabila dia meninggal dunia, bukan setakat seluruh rakyat yang meratapi kematiannya malahan pemergiannya ini juga diratapi oleh Raja Charles, raja Peranchis yang hidup sezaman dengan beliau.

Menurut Raja Charles, meskipun Umar bin Abdul Aziz memiliki kerajaan yang besar, menguasai perbendaharaan negara, namun kehidupannya amat sederhana. Dia tidak memiliki istana, hanya rumah biasa seperti rumah yang dimiliki oleh rakyat biasa yang miskin. Dialah sebenar-benarnya ulama' dan pembesar negara.

Masyarakat Cina dan India mula mengenali PAS dan Islam apabila mereka melihat pemerintahan PAS di Kelantan yang diterajui oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Setelah 18 tahun PAS memerintah Kelantan, hari ini masyarakat bukan Islam mula menyedari betapa adilnya Islam. Mereka sudah mula menyakini bahawa Islam adalah untuk semua.

Inilah janji Allah. Apabila pemerintahan sesebuah negeri atau negara diserahkan kepada golongan hambaNya yang beriman dan bertaqwa, maka seluruh manusia akan menyukainya. Allah SWT yang membukakan hati mereka untuk bersama dengan pemerintahan Islam.

Hari ini puak-puak munafik dari kalangan pimpinan UMNO semakin takut dan gerun dengan pengaruh PAS apabila mendapati masyarakat Cina dan India secara terbuka menyatakan sokongan kepada PAS. Senario inilah yang menyebabkan puak-puak munafik ini macam cacing kepanasan. Mula dibayangi ketakutan hilang pengaruh dan kuasa. Ketakutan ini ditambah lagi dengan segala dosa penyelewengan dan penipuan yang dilakukan selama ini.

Telah ada bukti di Selangor apabila seorang bekas ADUN yang mati akibat diserang sakit jantung sekembalinya dari Menara UMNO. Tak perlu dinafikan, memang orang ini sebenarnya berada dalam ketakutan yang kronik apabila mengenangkan segala rasuah dan penipuan yang dibuatnya sewaktu BN berkuasa. Apabila Pakatan Rakyat memerintah, dia menjadi panik kerana merasakan akan dibawa ke muka pengadilan di atas skandal rasuahnya yang diketahui umum. Bayangkanlah boleh buat mahligai bernilai RM 8 juta. Bagus juga mati. Kalau tidak masuk penjara. Jawablah esok di hadapan Allah.

Aku berkeyakinan jika PAS yang mengetuai pemerintahan dalam negara ini dengan melaksanakan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an), maka lebih ramai lagi masyarakat bukan Islam akan memeluk Islam apabila mereka llihat dengan mata sendiri betapa adil dan indahnya pemerintahan Islam ini.

I just want to say I love Islam. Islam for all nation.

Salam dari Gunung Kinabalu.




Saturday, September 13, 2008

Kerajaan UMNO/BN Semakin Terdesak

Penangkapan 3 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini menjelaskan lagi kepada kita semua bahawa Kerajaan BN di bawah pimpinan Paklah semakin 'desperate' ekoran peralihan kuasa semakin menjadi kenyataan.

Raja Petra Kamarudin (RPK) ditahan dengan alasan cuba menghina Islam dan memperlekeh Rasulullah. Penangkapan Teresa Kok, Exco Kerajaan Negeri Selangor dibuat atas alasan beliau melarang penggunaan pembesar suara untuk azan di negeri tersebut. Manakala penahanan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoong Cheng adalah ekoran laporan beliau berkaitan ucapan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang didakwa berkata bangsa Cina menumpang di negara ini.

Dari awal lagi aku dah agak akan berlaku siri penangkapan di bawah akta puaka ISA ini sebagaimana peristiwa Operasi Lalang yang berlaku pada tahun 1987.

Memang dah dasar puak-puak pemimpin UMNO yang munafik ini. Mereka akan melakukan apa saja bila dah terdesak. Sejarah membuktikan perangai 'iblis' mereka ini. Kita semua tak lupa bagaimana boleh berlaku siri penangkapan di bawah ISA dalam Operasi Lalang dulu.

Sejarah Operasi Lalang, sila klik di sini

Sejak bila pula pimpinan UMNO nak jadi hero dalam membela Islam? Dulu sewaktu Mahathir Presiden UMNO pernah membuat kenyataan dalam Perhimpunan Agong UMNO yang jelas menghina Islam kemudian disambut dengan tepukan oleh seluruh perwakilan. Dalam ucapannya, beliau menyatakan "PAS selalu bercakap pasal neraka syurga dan siksa kubur. Kita semua tak tahu adakah benar atau tidak yang dicakap oleh PAS ni. Kita semua belum mati lagi. Mana ada orang yang dah mati kemudian bangkit dari kubur dan beritahu kita semua pasal ni. Kalau ada, barulah kita boleh percaya.."

Mahathir juga pernah membuat kenyataan menghina Rasulullah dalam pertemuan tertutup dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Dia menyatakan "Betulkah bela janggut ni ikut Nabi Muhammad ? Setahu saya, Nabi terpaksa bela janggut kerana takde pisau cukur masa tu."

Tiada seorang pun di kalangan pimpinan UMNO yang berani menegur Mahathir waktu itu. Mana ada yang berani mengkritik kenyataan Mahathir. Mana pergi Syed Ahmad Albar ? Kenapa kamu tak tegur Mahahir supaya jangan buat kenyataan menghina Islam. Kamu juga bukan tak tahu pertubuhan NGO seperti Sister In Islam dan IFC ni adalah pertubuhan anti Islam. Kenapa kamu tak ambil tindakan mengharamkannya ? Janganlah kamu nak tunjuk jaguh sebagai pembela Islam. Rakyat Malaysia sudah tahu siapa kamu. Kamulah sebenarnya golongan munafik yang menjadi musuh No.1 Islam dalam negara ini.

Sekarang pulak kamu nak tunjuk jaguh membela Islam. Menahan Raja Petra atas alasan mengina Islam dan Nabi Muhammad. Waktu bila RPK buat kenyataan sedemikian ? Yang aku tahu sebab sebenar penangkapan RPK ini adalah kerana keberanian beliau membuat pendedahan dengan bukti segala penyelewengan dan penipuan pimpinan UMNO/BN serta kes pembunuhan Altantuya yang melibatkan TPM dan bininya.

Menahan Teresa Kok yang kononnya menghalang penggunaan pembesar suara sewaktu azan. Boleh diterima oleh akal ke alasan yang digunakan bagi menahan anggota Exco Kerajaan Selangor ni. Takkanlah bodoh sangat Teresa mahu buat kenyataan yang sensitif ini.

Bagi pendirian aku, segala alasan yang dikemukakan ini hanyalah rekaan semata-mata bagi menghalalkan tindakan jahat puak-puak munafik ini.

Bayangkanlah betapa bodohnya pimpinan UMNO ini. Sepatutnya Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera itu yang patut ditahan kerana membuat kenyataan sensitif berbaur perkauman. Ini tidak. Wartawan yang amanah dalam melaporkan berita itu pulak yang ditahan.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang cerdik memang dah tahu watak-watak para pelakon UMNO ini. Segala kejahatan dan penyelewengan mereka selama ini dah tak boleh ditutup lagi. Rakyat Malaysia dah tahu bahawa puak-puak ini memang dari spesis penipu rakyat.

Kau tunggulah wahai pimpinan UMNO. Masa kamu dah terlampau dekat. Bersiap-sedialah kamu untuk berhadapan dengan Mahkamah Rakyat di dunia ini sebelum kamu dihadapkan ke Mahkamah Allah di Mahsyar kelak.

Parti kamu UMNO masih bernyawa lagi sehingga ke saat ini sebab masih ada sokongan daripada golongan manusia bodoh dan hatinya dibutakan oleh Allah. Tunggulah saat dan ketikanya bila golongan ini dah sedar dan insaf serta kembali kepada Islam yang sebenarnya.

Selamat Tinggal UMNO.

Jazakallah.






Friday, September 12, 2008

September 16, 2008

Telah masuk hari ke-12 umat Islam berpuasa. Bermakna 4 hari lagi rakyat menanti samada tarikh 'keramat' 16 September / 16 Ramadhan menjadi kenyataan atau sebaliknya.

Sebagai seorang muslim dan warganegara Malaysia, sudah tentulah aku suka kepada pemerintah yang adil dan bersih. Seluruh rakyat akan mendapat manafaat dari sebuah kerajaan yang amanah. Bagi rakyat yang cerdik, mereka pastinya menanti dengan penuh harapan agar peralihan kuasa ini berjalan seperti yang dirancang tanpa sebarang halangan yang besar.

Pastinya harga petrol akan diturunkan lagi sebagaimana dijanjikan. Kerajaan Pakatan Rakyat pastinya akan mengambil pelan tindakan segera bagi mengurangkan bebanan hidup rakyat yang semakin menghimpit sepanjang 'pemerintahan bodoh' Pak Lah.

Bagi aku pula, aku mahukan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar ini mengambil tindakan segera ke atas seluruh pimpinan UMNO/BN yang sebelum ini pernah didedahkan sebagai perasuah besar. Bawa mereka ke muka pengadilan dan rampas semula segala harta yang mereka miliki hasil daripada merompak khazanah rakyat. Biar seluruh rakyat tahu siapa sebenarnya 'petualang negara'.

Pastinya golongan yang paling gembira ialah keluarga tahanan ISA. Kerajaan Anwar telah berjanji akan membebaskan semua tahanan ISA ini. Pastinya kehadiran 'Idilfitri tahun ini lebih bermakna bagi mereka dengan bebasnnya insan yang disayangi. Aku pun turut tumpang gembira. Begitu juga seluruh rakyat Malaysia.

Anwar selaku PM dan seorang Muslim mesti bertanggungjawab di atas amanah yang Allah berikan kepadanya. Amanah terpenting yang mesti dilakukannya ialah memerintah Malaysia dengan PEMERINTAHAN ISLAM. Anwar mesti merujuk hal ini kepada 3 orang Ulama' yang diiktiraf dunia iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Prof Dr. Harun Din dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Sebenarnya aku memang masih ragu kepada sikap Anwar ni. Memang dulu dia berfikrah Islam semasa dalam ABIM. Kemudian masuk UMNO atas pelawaan musuh Islam, Mahathir. Ini merupakan satu bukti yang menunjukkan Anwar lebih tertarik dengan tawaran si musuh Islam daripada mendengar nasihat ulama' dan sahabatnya sendiri, Assyahid Ustaz Fadhil Noor.

Ustaz Fadhil memang melarang Anwar masuk UMNO sebab dia dah nampak bahawa Anwar akan digunakan oleh Mahathir untuk menekan Islam di Malaysia. Anwar juga diberitahu bahawa dia akan dikhianati dan dimalukan oleh UMNO satu masa nanti. Namun nasihat ulama' tidak diindahkan. Akhirnya berlakulah apa yang pernah diberitahu oleh Ustaz Fadhil kepadanya. Bila dah kena terajang daripada UMNO dan diaibkan sebegitu rupa pada 1998, barulah sedar dan insaf tentang kebenaran kata nasihat seorang ulama' dan sahabatnya sendiri.

Jika setelah menjadi PM pada 16 September ini dan Anwar masih tidak mahu merujuk kepada ulama' dalam hal pemerintahan dan pentadbiran serta tidak ada niat untuk menukar perlembagaan yang sedia ada ini kepada Perlembagaan Al-Qur'an, tunggu dan lihat apa jawapan daripada Allah SWT. Anwar kena muhasabah diri di atas segala apa yang berlaku kepadanya selama ini. Dia juga jangan lupa dosanya kepada PAS. Tanpa disedarinya, kemasukan dia ke dalam UMNO secara tidak langsung menyekat kemaraan pengaruh PAS dalam negara.

Aku nak tengok dulu tindakan Anwar ni. Adakah dia juga akan mengisytiharkan Juma'at sebagai cuti umum seluruh negara ? Berani tak dia ?

I'll just wait and see what will you do, Anwar.

Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut 'Idilfitri.

Wassalam.

Monday, September 8, 2008

'Aqidah Umat Islam Rapuh

Dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita wajib menginsafi siapalah diri kita sebenarnya. Dari mana asal kita dan ke mana kembalinya kita kelak.

Semua umat Islam sedar bahawa kita diciptakan oleh Allah untuk hidup di bumi ini bagi satu tempoh tertentu. Setiap manusia diberikan nafsu di dalam diri. Tanpa nafsu, tidak berertilah kehidupan seseorang insan itu. Dengan nafsu itulah manusia makan, minum, bekerja, berkahwin dan pelbagai lagi keinginan untuk hidup senang di dunia. Di samping nafsu ini, setiap manusia ada syaitan yang sentiasa mengikutinya. Inilah satu ujian yang Allah berikan kepada manusia sejak lahir ke dunia. Syaitan ini adalah sebagai 'kembar' manusia.

Setiap daripada kita juga ada Malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk menjaga kita sepanjang hidup di dunia ini. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud "Antara Malaikat dan syaitan, keduanya sentiasa berebut untuk menguasai hati manusia. Jika manusia ingat pada Allah, maka Malaikat yang berjaya menguasai hati manusia dengan menimbulkan ilham yang baik untuk mentaati Allah. Sebaliknya, jika manusia lupa dan lalai dari mengingati Allah, maka syaitan pula yang berjaya menguasainya. Lalu dihasutnya manusia melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah."

Pertarungan antara Malaikat dan syaitan ini berterusan sehingga ke akhir hayat. Namun Allah tidak membiarkan hambaNya mudah tewas dengan pujuk rayu syaitan ini, lalu dikurniakan akal kepada manusia. Dengan ilmu Islam yang ada, akal akan membuat pertimbangan semula bagi menentukan setiap tindakan itu benar ataupun salah di sisi Allah. Umat Islam juga dituntut supaya mengamalkan 'zikrullah' agar hati menjadi bersih dan mudah untuk menerima Nur Ilahi.

Malangnya hari ini ramai umat Islam terpedaya dengan hasutan 'kembar'nya itu. Mereka lebih suka ikut hasutan sikembar yang jahat ini. Natijahnya, pelbagai kemungkaran berlaku di seluruh negara sehingga tahap kritikal. Selain dari hasutan sikembar ini, umat Islam semakin terpedaya dengan keindahan dan tipudaya dunia. Hartabenda dan kemewahan telah dijadikan matlamat hidup. Si miskin dihina, si kaya dipuja.

Lebih menyedihkan apabila umat Islam di negara ini tidak sedar bahawa 'aqidah mereka boleh rosak kerana mereka lebih taat kepada penguasa yang zalim daripada mentaati Allah. Terbukti. Hari ini majoriti umat Islam masih terus tunduk dan menyokong pimpinan UMNO yang jelas tidak mahu melaksanakan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an). Dengan lain perkataan menentang Undang-Undang Allah. Apa bezanya dengan golongan Yahudi dan Nasrani. Perlu disedari bahawa golongan Yahudi dan Nasrani inilah yang suka menentang perintah Allah dan RasulNya. Berapa ramai Nabi yang diutuskan oleh Allah telah dibunuh oleh golongan ini. Tidak salah jika disebut bahawa Islam masyarakat Melayu hari ini hanya pada solat, puasa, zakat dan haji. Selebihnya ikut perangai Yahudi dan Nasrani kerana terus memberi sokongan kepada golongan yang tidak mahu melaksanakan Undang-Undang Allah.

Kita boleh lihat sendiri hari ini. Bagaimana orang yang mengaku Islam tetapi malu untuk berpakaian sebagai orang Islam. Berapa ramai wanita dan gadis Islam yang tidak menutup aurat. Kalau menutup aurat pun, tak cukup syarat. Pakai tudung tapi baju dan seluar ketat. Lihat sahaja cara berpakaian artis Melayu. Ada setengahnya macam tak berbaju. Tetapi inilah yang menjadi buruan dan ikutan kebanyakan anak gadis Melayu kita. Anak gadis Melayu hari ini lebih mengenali Siti Norhaliza, Ella, Misha Omar dan lain-lain artis daripada mengenali Saiyidatina Khadijah dan Saiyidatina Aisyah. Sehingga ada seorang artis Melayu begitu biadap menghina isteri Rasulullah sendiri, Siti Khadijah. Kita boleh lihat sendiri sikap pemimpin UMNO dalam kes ini. Ada tak diambil tindakan ke atas artis jahat ni ? Nilailah sendiri.

Sekali lagi saya menyeru kepada seluruh ahli UMNO. Tolonglah tinggalkan UMNO. Dengarlah nasihat saya ini. Seikhlasnya saya nyatakan di sini bahawa UMNO ialah sebuah parti kebangsaan yang berfahaman sekular. Ini disahkan sendiri oleh Almarhum Tunku Abd. Rahman. Sekularisme ini adalah fahaman Kristian yang menyesatkan.

Di mana duduknya 'Aqidah Islam kamu semua jika masih terus menjadi ahli UMNO yang jelas menentang Islam. Masih belum terlambat untuk kamu bertaubat dengan meninggalkan UMNO ini. Jika anda mati dalam keadaan hati masih menyokong UMNO, maka Neraka Jahannam akan menjadi tempat tinggal anda di Akhirat kelak. Ini janji Allah kepada golongan manusia yang menyokong pemimpin yang sesat (zalim, fasik, munafik dan kafir).

Sila rujuk sendiri Al-Qur'an dalam Surah Al-Ahzab (33): ayat 66 hingga 68.

Ini adalah persoalan 'Aqidah. Bukan perkara main-main. Sanggupkah anda menahan azab api Neraka Allah. Sedangkan api yang ada di dunia ini tidak termampu oleh kita menahan kepanasannya, apatah lagi kepanasan api Neraka.

DENGAN NAMA ALLAH, SAYA MENYERU KEPADA ANDA SEMUA DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG ;

TOLONGLAH TINGGALKAN UMNO DAN MARILAH BERSAMA DENGAN PAS.

Salam persaudaraan Islam.








Sunday, September 7, 2008

Kita Ahli PAS Wajib Muhasabah Diri

Peralihan kuasa 16 September semakin hangat diperkatakan di seluruh pelusuk tanahair. Kajian bebas yang dibuat oleh KL Pos, sebuah website politik menunjukkan 86% bersetuju mantan TPM Anwar Ibrahim membentuk kerajaan pada tarikh ini. Selebihnya 14% tidak bersetuju.

Secara peribadi, aku berkeyakinan bahawa penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat ini adalah rapuh ekoran 'simple majority' yang diperolehi hasil daripada 'lompat parti'. Memanglah tak salah melompat (berhijrah) untuk kebaikan tetapi masalahnya adakah mereka yang berhijrah ini boleh dijamin akan terus bersama dalam Pakatan Rakyat ? Dalam konteks ini, Anwar lebih mendapat sokongan dari masyarakat bukan Islam. Bagi masyarakat Islam, majoriti mereka masih bersama UMNO.

Aku lebih suka dan redha jika Pakatan Rakyat memerintah secara 'anak jantan' menjelang PRU13 akan datang ini. Dan yang terpenting ialah PAS mesti mengetuainya. Dalam konteks ini PAS perlu mengambil perhatian serius dalam melaksanakan misi dakwah dan penerangannya bagi menarik lebih ramai lagi orang UMNO untuk menyertai PAS.

Gerakerja PAS bukan setakat untuk memenangi piliharaya semata-mata. Selain daripada tarbiyyah dan dakwah, PAS perlu melebarkan sayapnya merangkumi semua aspek kehidupan termasuklah ekonomi, kebajikan, kemasyarakatan dan lain-lain aktiviti yang boleh menyakinkan masyarakat bahawa inilah jamaah yang terbaik. We're the best. Islam For All.

Tidak dinafikan bahawa ahli PAS yang ada hari ini datang dari pelbagai golongan. Profesional, teknokrat, kerajaan, swasta, petani dan pelbagai latarbelakang lagi. Apa yang menimbulkan tandatanya di sini, mengapa PAS masih gagal sehingga ke hari ini untuk meraih sokongan majoriti masyarakat Islam di Malaysia. PAS perlu serius dalam menangani senario ini.

Seluruh PAS Negeri perlu belajar dari Kelantan dan Kedah. Hari ini Kedah diperintah oleh PAS. Kita yakin bahawa pimpinan dan ahli PAS Kedah telah 'lulus peperiksaan Allah'. Hasilnya, Allah berikan kemenangan. Kita lihat Kelantan. Mesti ada sebab mengapa Allah masih mengekalkan Kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan PAS selama 18 tahun. Salah satu faktor kekuatan pengaruh PAS di Kelantan adalah faktor peribadi Tuan Guru Nik Aziz sendiri. Ini diakui sendiri oleh Hj Husam Musa. Apa kelebihan Tuan Guru. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Setakat yang kita tahu, Tuan Guru telah memulakan tugas Dakwah Islamiyah kepada seluruh masyarakat Islam di Kelantan sekembalinya beliau ke tanahair setelah menamatkan pengajiannya. Walaupun kerja dakwah ini memang memakan masa untuk membuahkan hasilnya, namun istiqamah Tuan Guru itu perlu dicontohi.

Aku teringat pesan Tuan Guru Nik Aziz sewaktu beliau berucap di Markaz PAS Parit Ismail, Benut. Beliau berpesan kepada seluruh ahli PAS supaya ceritakan Islam kepada masyarakat. Tak payah sebut pasal PAS. Bila masyarakat dah faham Islam, kita tak perlu kempen lagi. Mereka tentu sokong PAS. Adakah pesanan Mursyidul Am ini telah berjaya dilaksanakan oleh seluruh pimpinan PAS dan ahli-ahlinya.

Hari ini ramai di kalangan aktivis PAS sendiri dah mula 'segan' nak pakai kopiah putih dengan alasan agar mudah mendekati orang UMNO. Sedangkan memakai kopiah ataupun serban tu adalah sunnah. Ini adalah 'trademark' kita. Apa perlunya kita meninggalkan sunnah demi 'nak jaga hati' orang UMNO. Sebenarnya inilah kelemahan kita. Kita sendiri dah lupa siapa yang menguasai hati manusia ? Sebenarnya kita ahli PAS masih banyak lagi 'penyakit mazmummah'. Sebab tulah Allah melambatkan pertolonganNya kepada kita. Kita tiada 'contact' dengan Allah.

Yang paling mengejutkan aku, masih ada di kalangan pimpinan PAS peringkat negeri (selatan tanahair) yang tergamak membuat fitnah terhadap individu yang sanggup membantu tugas dakwah PAS. Individu ini difitnah sebagai orang UMNO. Aku sendiri pernah merujuk kepada seorang AJK PAS Pusat yang mengenali dan mengesahkan individu ini adalah ahli PAS. Isterinya pula seorang AJK Muslimat PAS Kawasan. Yang terbaru, aku diberitahu bahawa individu ini telah dijemput oleh PAS Kawasan di negeri tersebut untuk memberikan kuliahnya tapi terpaksa dibatalkan ekoran arahan rasmi seorang pimpinan PAS Negeri yang melarang individu ini datang memberi kuiah di negerinya.

Aku kesal betul dengan tindakan ini. Takkan dok tak sedaq lagi bagaimana masyarakat Islam di Kedah semakin ramai menyertai PAS. Salah satu sebabnya, kuliah sentiasa aktif di setiap mesjid dan surau dalam Negeri Jelapang Padi ni. Di institusi beginilah dakwah dapat disampaikan kepada orang UMNO. Bukan bergantung pada ceramah saja. Yang ironisnya, orang yang dok menghalang ni pun tak bertanding kat negerinya sewaktu PRU12 lalu. Dia sendiri sedaq bahawa PAS tiada kekuatan di negeri kelahirannya. Pasai tulah bertanding kat negeri lain. Dia yang dah begitu lama memegang jawatan di peringkat negeri, sepatutnya dia dah mengenalpasti di mana kelemahan PAS di negeri sendiri. Ini tidak. Sebaliknya dia pulak yang bertanding di negeri lain dengan harapan boleh menang dan menjadi Ahli Parlimen macam Salahuddin Ayub.

Bagi diri Salahuddin, tidak ada sesiapa yang 'argue' dia bertanding di Parlimen Kubang Kerian. Sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, memang layaklah dia berada di Parlimen. Seorang lagi pimpinan yang aku respect ialah Mahfuz Omar. Dia tetap bertanding di kawasannya. Kalah ke, menang ke, dia tetap tidak berganjak. Inilah yang dikatakan 'anak jantan'. Syabas diucapkan kepada Mahfuz.

Sepatutnya kita ni muhasabahlah diri sendiri. Ada hamba Allah yang sudi untuk membantu tugas dakwah kita tapi kita halang dia. Kita sendiri sedaq yang kita hanya mampu berceramah di pentas sahaja, jadi bagilah kat orang lain sampaikan kuliah di surau atau mesjid. Barulah dakwah dan penerangan kita menyeluruh. Bukannya kita tak tahu yang selama ni pi dok dengaq ceramah PAS hanyalah ahli sendiri. Kalau ada orang lain pun adalah dari kalangan atas pagar. Nak harap orang UMNO pi dengaq, jauh sekali. Sedangkan sasaran utama kita ialah orang UMNO itu sendiri sehingga mereka menyertai PAS.

Diharapkan agar seluruh pimpinan dan ahli PAS muhasabahlah diri sendiri. Kita kena berpijak di bumi nyata. Jangan kita ingat bila ceramah semakin mendapat sambutan, dah mula rasa PAS semakin kuat dan boleh memerintah. Khayalan begini perlu ditinggalkan. Sudah tiba masanya kita melaksanakan segala gerakerja berdasarkan maklumat tepat. Bukan main agak-agak. Teknologi yang disediakan oleh Unit IT PAS Pusat perlu digunakan sepenuhnya. Kepada penyokong dan ahli PAS yang bukan dari kalangan aktivis, tugas anda adalah memberi derma jihad sebanyak mana yang termampu. Bagi ahli PAS yang selalu pergi ceramah, keluarkan derma jihad sekurang-kurangnya RM10 seorang. Bukannya RM1. Tak malukah kita kepada Allah yang memberi rezeki.

Allah telah sediakan KitabNya. Rasulullah meninggalkan Hadisnya. Kenapa tidak digunakan sepenuhnya untuk disampaikan dalam setiap ceramah. Berapa banyak ayat yang menyentuh tentang 'Aqidah dan kewajiban menyokong perjuangan Islam. Ayat yang menyentuh tentang perkara yang boleh merosakkan 'Aqidah jika menyokong pemerintahan toghut. Kenapa ini dilupakan oleh para penceramah PAS. Jangan asyik bercerita pasal politik saja, pasal penyelewengan BN semata-mata tanpa dibuktikan dengan ayat-ayat Allah dan Hadis RasulNya. Kita kena ingat bahawa Islam yang memandu politik. Telah sekian lama berceramah dengan gaya dan penyampaian yang sama serta masih tidak memberi impak terhadap sikap pengundi Melayu, takkanlah tak boleh fikir di mana silapnya. Mungkin kebanyakan penceramah PAS ini tiada roh dalam penyampaiannya. Natijahnya, yang mendengar hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tak melekat di hati.

Seperkara lagi, bila dah nak hampir pilihanraya barulah sibuk dengan aktiviti masyarakat. Waktu itulah juga muslimat sibuk buat lawatan ke rumah-rumah. Waktu itulah juga baru sibuk ahli-ahli PAS dan penyokong nak beri derma jihad. Dan di waktu inilah juga sibuk buat culaan. Akhirnya diri sendiri tersula. Semuanya ini perlu diubah. Kita selalu baca Surah As-Saff, tapi kita sendiri buat kerja kelam kabut. Sebab itulah musuh boleh mengalahkan kita walaupun kita berada di pihak yang benar.

Teguran ini lahir dari hati yang sayangkan jamaah Islam ini. Hati ini hanya mahu Islam memerintah negara. Jika kita sebagai pimpinan merasakan bahawa diri kitalah yang menjadi punca segala kesilapan dan kelemahan ini, adalah lebih baik kita mengundurkan diri dengan meletak jawatan. Tindakan ini lebih disukai Allah. Berilah kepada orang yang lebih layak iaitu dari golongan hambaNya yang beriman dan bertaqwa.

Janganlah dibawa perangai UMNO yang gilakan jawatan dan kuasa ke dalam jamaah yang diredhai Allah ini.

Jazakallah.

Apa Kata Abang Mat Tentang 16 September

Friday, September 5, 2008

Dr.Mohd.Osman Tampil Pertahan Laporan Kes Liwat Anwar

Kebenaran telah terserlah. Pembohongan dan fitnah pasti tewas akhirnya.

Semalam, 4 September - Dr.Mohd.Osman bin Abd.Hamid telah membuat sidang media di Majlis Peguam (Bar Council) bagi mempertahankan hasil pemeriksaannya yang tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Saiful diliwat.

Untuk berita lengkap, sila klik di sini

Sahih lagi jelas, sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful ni memang sumpah laknat ke atas dirinya sendiri. Memang benar kata Imam Ramlang Porigi.

Aku pun tak tahu jenis manusia apa agaknya budak Saiful ni. Sanggup dia melakukan dosa besar hanya semata-mata mengikut kehendak orang atasan. Tak tahulah berapa bayaran yang diperolehinya untuk melakukan tugas keji ini. Inilah yang dikatakan golongan manusia yang lebih hina daripada binatang.

Seperkara yang menjadi tandatanya, bagaimana ayahnya juga boleh bersekongkol dalam hal ini. Malah berbangga lagi kerana anaknya berani membuat pendedahan. Hei, aku tak boleh nak pikiaq. Jenis apa punya bapak macam ni. Bukannya dia tak tahu yang anaknya buat fitnah.

Tak payahlah dok pikiaq. Buat pening kepala aje. Kita buat 'simple conclusion'. Kalau dah anaknya bodoh, bapaknya lagilah bangang. Bak kata pepatah Melayu "Bapak borek, anak rintik."

Apa pun, kita ucapkan tahniah kepada Dr.Mohd.Osman yang tetap teguh dengan pendiriannya dan amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor pakar.

Kami rakyat Malaysia berbangga dengan mu, Dr.Mohd.Osman.

Selamat Berpuasa.

Ugutan Pak Lah - Tidak Serah Kerajaan

Semasa pembentangan Belanjawan 2009, Pak Lah selaku Perdana Menteri menegaskan tidak akan melepaskan kerajaan kerana rakyat telah memberikan mandat kepada BN. Pada zahirnya memang logik juga alasan Pak Lah ni. Tapi hakikatnya dia tidak sedar bahawa kemenangan BN pada PRU12 lalu adalah hasil penipuan yang dilakukan atas arahannya sendiri.

Kenapa kenyataan sebegini disebut PM ? Pastinya Pak Lah dah merasakan bahawa kerusi No.1 negara yang didudukinya sudah mula goyang. Dia sendiri dah mula yakin tentang Group 43 yang akan melompat ke Pakatan Rakyat.

Aku yakin Pak Lah akan bertindak mengisytiharkan darurat apabila 43 MP BN secara rasmi menyertai Pakatan Rakyat. Dia akan mengadap Yang DiPertuan Agong Tuanku Sultan Mizan dan menasihati Baginda agar mengisytiharkan darurat. Seterusnya pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihanraya Umum diadakan semula. Hanya ini sajalah cara terbaik buat Pak Lah bagi memastikan UMNO/BN akan mendapat mandat semula untuk memerintah negara. Itu pada perkiraan dia. Perkiraan rakyat Malaysia, takde sapa yang tahu.

Memang perkara ini dah dijangka. Mereka tidak akan menyerah kalah begitu saja. Apatah lagi dengan segala penyelewengan dan rasuah yang mereka lakukan. Sudah tentu mereka tak sanggup berhadapan dengan risiko penjara. Bagi Najib pula, terpaksa berdepan dengan tuduhan rasuah pembelian kapal selam dan jet Sukhoi serta kes pembunuhan Altantuya yang melibatkan isterinya Rosmah.

Dalam situasi UMNO/BN merasakan akan kehilangan tampok pemerintahan, mereka pasti akan bertindak apa saja yang di luar jangkaan kita. Tak mustahil boleh berlaku Peristiwa Lalang yang kedua. Pihak Polis pastinya diperkudakan bagi menjayakan segala perancangan jahat dan keji mereka.

Kepada seluruh penyokong Pakatan Rakyat, anda dinasihatkan agar mengikut arahan pimpinan sekiranya berlaku suasana tegang dalam masa yang terdekat ini. Jangan termakan segala propaganda murahan BN yang pastinya disiarkan melalui media penyebar fitnah mereka.

Saya menyeru kepada seluruh umat Islam yang cintakan keadilan, berdoa'lah kepada Allah semuga segala perancangan jahat puak-puak munafik ini gagal.

Kita yakin dengan kewibawaan Tuanku Sultan Mizan. Semuga Allah memberikan kekuatan kepadanya untuk mengambil keputusan terbaik demi kesejahteraan rakyat Malaysia seluruhnya.

Jazakallah.

Thursday, September 4, 2008

Tarikh Keramat 16 September ?

Senario politik tanahair semakin menarik untuk diperkatakan ekoran kemenangan besar Pakatan Rakyat di Permatang Pauh. Petunjuk yang diberikan oleh para pengundi di Permatang Pauh dilihat memberi kesan psikologi yang tidak kurang hebatnya terhadap pemerintahan Pak Lah ketika ini.

Kesan ini sudah tentu lebih dirasai oleh Najib yang pastinya mengimpikan kedudukan kerusi No.1 negara ekoran adanya persetujuan dibuat dengan Pak Lah yang akan memberi laluan padanya menjelang 2010.

Hari ini dilaporkan ada 43 Ahli Parlimen BN telah bersedia untuk bersama Pakatan Rakyat. Ada juga yang meramalkan bahawa peralihan kuasa ini berlaku lebih awal dari tarikh yang ditetapkan oleh Anwar. Pada 11 September ini.

Seandainya benar akan berlaku peralihan kuasa dalam bulan September ini, secara zahirnya memang aku suka tapi pada hakikatnya banyak perkara yang merunsingkan kepala otak aku. Kita tak tahu apa yang dijanjikan oleh Anwar pada 43 orang Ahli Parlimen BN yang nak melompat ni. Adalah satu perkara yang hampir mustahil sekiranya Group 43 ini 'mulia hati' tanpa meminta syarat. Paling tidak mereka mesti mahu jawatan dalam Kabinet Anwar.

Kita kena ingat bahawa Group 43 ini adalah dari BN. Jadi perangai UMNO/BN tu masih ada dalam diri mereka. Tahu sajalah macamana perangai dia orang ni. Fakta sejarah yang membuktikannya. Dulu Pairin membawa keluar PBS dari BN sewaktu PBS memerintah Sabah. Setelah hilang kuasa dan pengaruh di Sabah semenjak UMNO memerintah, dia membawa balik PBS 'rujuk' kembali ke pangkuan BN. Begitu juga dengan Ku Li. Dulu Presiden Semangat 46. Bila S46 mula hilang pengaruh menjelang PRU 1994, Ku Li dan kuncu-kuncunya merujuk semula kepada UMNO/BN.

Jelas kepada kita bahawa Group 43 ini adalah golongan manusia yang tiada 'Aqidah Perjuangan. Mereka sanggup melompat ke sana sini demi menjaga survival politik dan kedudukan mereka. Aku yakin bahawa kumpulan ini akan menyertai PKR sebab mereka melihat PKR ini macam UMNO juga. Cuma bezanya PKR memiliki pemimpin yang bersih dan berani.

Memanglah kita yakin dengan kemampuan Anwar jadi PM memandangkan pengalaman beliau yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan memangku jawatan Perdana Menteri. Pimpinan tertinggi PAS juga sebulat suara bersetuju Anwar jadi PM.

Yang aku dok risau ni ialah pasal Timbalan Perdana Menteri. Adakah Anwar akan melantik Presiden PAS sebagai TPM ? Jika Dato' Seri Haji Hadi yang dilantik sebagai TPM, akulah orang pertama yang merasa lega dan bersyukur kepada Allah.

Aku bukannya apa. Dalam situasi sebegini macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Kita kena ingat Anwar tu bukan seorang Ulama'. Dia hanya seorang yang berfikrah Islam dan ini tidak menjamin bahawa dia benar-benar komited untuk melantik seorang ulama' sebagai timbalannya. Seperkara lagi, adakah Anwar berani dan bersedia untuk melaksanakan Undang-Undang Islam (Al-Qur'an) dalam negara kita.

Bagi aku, bukanlah satu masalah bagi Anwar untuk menukar perlembagaan yang sedia ada ini kepada Perlembagaan Al-Qur'an. Jika dia ada kemahuan, pastinya ada jalan. Tentang masyarakat bukan Islam, mereka pasti boleh menerimanya jika diberikan penerangan yang sejelas-jelasnya. Jika YAB Lim Guan Eng sendiri mengakui bahawa pemerintahan Islam yang terbaik, maka tiada alasan bagi Anwar untuk berdalih dalam hal ini.

Anwar kena sedar bahawa dalam keghairahannya untuk mengambilalih pemerintahan negara, jangan sekali-kali lupa bahawa Allah Yang Maha Berkuasa ke atas hati setiap manusia dalam negara ini. Jika Anwar tersilap langkah, sekelip mata kuasa di tangan boleh hilang.

Salam dari KK.










Wednesday, September 3, 2008

Hamba Yang Bertaqwa Dikasihi Seluruh Manusia

Bila menatap gambar ini pastinya berdetik hati dengan berkata "Janji Allah pasti berlaku."

Allah telah berjanji kepada hambaNya yang beriman dan bertaqwa bahawa Dia akan mengarah dan menggerakkan hati seluruh manusia untuk tunduk patuh dan kasih kepadanya.

Gambar ini jelas menunjukkan betapa mesranya hubungan di antara 2 pemimpin utama yang berlainan parti dan agama tetapi boleh duduk semeja sambil berbual. Apa agaknya yang diperkatakan oleh YAB Lim Guan Eng pada YAB Tuan Guru Nik Aziz sambil memegang tongkat milik Tuan Guru. Aku rasa mungkin inilah perbualan mereka berdua ;

Lim Guan Eng : Tuan Guru, cantiklah tongkat ni. Boleh tak bagi kat saya buat kenangan.

Tuan Guru : Kalau awak nak, ambil saja. Nanti hambo boleh beli yang lain.

Lim Guan Eng : Tuan Guru, betul ke pakai tongkat ni Sunnah Nabi ?

Tuan Guru : Benar. Nabi Muhammad sendiri pakai tongkat. Sebab tulah hambo pakai tongkat ni. Kalau kita ikut sunnah, Nabi kasih kat kita.

Semua sedia maklum bahawa Tuan Guru Nik Aziz ada menghadiahkan sebuah buku tentang Pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz kepada YAB Lim Guan Eng.

Insan seperti YAB Lim Guan Eng sendiri mengakui bahawa hanya Pemerintahan Islam saja yang terbaik dan boleh menjamin kesejahteraan hidup seluruh manusia. Maka, setelah dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah berjanji bahawa dia akan memerintah dan mentadbir Kerajaan Pulau Pinang mengikut cara Pemerintahan Umar Abdul Aziz.

Kita menaruh keyakinan terhadap YAB Lim Guan Eng untuk melaksanakan tugasnya. Pastinya beliau akan merujuk kepada YAB Tuan Guru Nik Aziz jika ada sebarang kemusykilan.

Islam For All.

Tuesday, September 2, 2008

Kita Yakin Pendedahan RPK Benar

Kita sebagai rakyat Malaysia mahu keadilan tertegak di dalam negara yang kita cintai. Allah SWT telah mengurniakan keberanian kepada seorang hambaNya yang bernama Raja Petra Kamarudin. Keberanian inilah yang mendorong Yang Mulia RPK membuat pendedahan demi pendedahan termasuklah kes pembunuhan Altantuya yang melibatkan Rosmah, bini Najib.

Baru-baru ini saya mengakses http:blog4pro.blogspot.com (kini telah digodam). Dalam blog ini, RPK menceritakan pertemuan beliau dengan Dato' Syed Abd.Rahman Al-Habsyi, Konsulat Mongolia di Malaysia. Dalam pertemuan yang diadakan di Bangsar, Dato' Syed Abd.Rahman memberitahu RPK bahawa Rosmah yang memberi arahan pembunuhan Altantuya termasuk meletupkan mayat mangsa dengan C4. RPK juga diberitahu bahawa ada 7 individu yang berada di tempat mangsa diletupkan. Rosmah, Lt. Kol Aziz Buyong, Lt. Kol Norhayati Hassan dan 4 orang lagi yang tidak dimaklumkan. Siapakah 4 orang ini ?

Sehari sebelum pertemuan ini, Dato' Syed Abd.Rahman ada membuat kenyataan di TV3 berkenaan keluarga Altantuya disembunyikan. Kita yakin beliau terpaksa membuat kenyataan media ini. Beliau juga ada memberitahu bahawa Ketua Polis Negara ada menghubunginnya dan menasihatinya agar berpindah ke luar negara jika Najib jadi PM.

Terkini, rumah RPK di Sungai Buloh digeledah oleh sepasukan Polis. Tindakan ini berhubung pendedahan RPK tentang Akuan Bersumpah Dr.Muhamad yang mempertahankan keputusan pemeriksaannya bahawa Saiful tidak diliwat. Malahan salinan rasmi Laporan Pemeriksaan Perubatan dari Hospital Pusrawi ini juga telah terpapar dalam website dan blog.

Kenapa pihak Polis menggeledah rumah RPK ? Apa perlunya tindakan biadap ini. Bukankah si Saiful telah disahkan tidak diliwat. Pengesahan ini dibuat oleh seorang doktor pakar yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam kes sebegini. Bukannya bomoh yang periksa Saiful. Sepatutnnya 'budak bangang' ni patut ditangkap. Nak buat macamana, inilah Malaysia Boleh. Orang yang membuat pendedahan ditahan dan disoalsiasat. Yang membuat tuduhan palsu dan fitnah lepas bebas sebab geng VVIP. Jadi, kepada rakyat Malaysia yang nak kaya cepat, nak makan rasuah beratus juta dan nak buat apa saja, anda dinasihatkan berkawan baik dengan pimpinan tertinggi UMNO/BN. Pastinya anda tidak akan ditangkap dan diberi kebebasan sepenuhnya untuk melaksanakan hasrat dan cita-cita.

Senario ini mendedahkan lagi ketakutan pimpinan UMNO terhadap kemungkinan Anwar jadi PM. Apa tidaknya. Akuan bersumpah Saiful tak laku. Orang tak percaya. Sumpah laknat yang dirancang tak berjaya mempengaruhi pengundi Permatang Pauh. Malahan Anwar menang besar. Sekarang ni pimpinan UMNO khususnya Najib tak senang duduk. Mesti mencari jalan bagi mensabitkan juga Anwar dalam kes liwat ini. Hanya ini saja harapan bagi memastikan Anwar merengkok semula dalam penjara dan tidak boleh jadi PM.

Sebab tu pihak Polis diarahkan menggeledah rumah RPK untuk mencari salinan Akuan Bersumpah Dr.Muhamad dan Laporan Perubatan Hospital Pusrawi itu. Mereka tidak mahu kedua-dua helai kertas ini sampai di mahkamah.

Apalah punya bangang pimpinan UMNO ni. Dahlah buat fitnah yang serupa terhadap Anwar. Macamana orang nak percaya. Modes operandinya hampir serupa. Cuma tilam saja tak diusung semula ke mahkamah.

Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengharamkan laman web Malaysia Today milik RPK menjelaskan lagi kepada kita semua bahawa apa yang didedahkan adalah BENAR. Semuanya benar belaka.

To all Malaysian citizen, we are waiting for September 16, 2008.

A Long Journey Towards Victory !














Monday, September 1, 2008

Ketibaan Ramadhan Ini Menyentuh Hatiku

Entah mengapa hati aku begitu tersentuh dengan kehadiran Ramadhan tahun ini. Adakah ianya Ramadhan yang terakhir buatku ataupun titik permulaan bagiku untuk melakukan perubahan besar dalam diri ini. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Walau apapun hakikatnya, aku tetap bersyukur kerana masih diberi peluang olehNya untuk menjalani 'ibadah puasa tahun ini.

Aku berdoa' semuga Allah memberikan aku kekuatan dan keupayaan agar dapat menjalani 'ibadah puasa kali ini dalam erti kata yang sebenarnya. Semuga Allah memimpin aku, isteri dan 4 orang anak aku sehingga berjaya menjadi hambaNya yang sebenarnya.

Bila terkenangkan sejarah hidup aku, kadang-kadang air mata ini mengalir tanpa diundang. Sebagai manusia yang serba dhaif, pastinya aku tidak sunyi dari melakukan kesalahan dan dosa. Dalam erti kata lain, memang tidak layak untuk mendapat syurga Allah. Dengan dosa yang banyak dan amalan yang terlampau sedikit, manalah layak untuk menjadi penghuni Jannah.


Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger