Showing posts with label Isu. Show all posts
Showing posts with label Isu. Show all posts

Thursday, March 5, 2015

Sapa upah pukul Dr Dzul?

KECEWA lihat apa yang berlaku dalam PAS mutakhir ni. Bermula dengan tindakan melabel pimpinan sebagai Parasit, Buaya, Anwarinas, Munafiq Haraki, Kafir dan mutakhir ni dakwaan kononnya ada pihak nak menjatuhkan Hj Hadi. Rasa aneh pelik bila parti yang mendakwa bawa Islam yang syumul tapi senario yang berlaku jelas bercanggah dengan prinsip asas Islam itu sendiri.

Seawal pagi dikejutkan dengan insiden Dr Dzulkefly Ahmad dipukul lelaki yang tak dikenali. Kata si pelaku tu "Kenapa kurang ajar sangat?"

Dari ucapan lelaki itu, rasanya ada kaitan dengan kenyataan Dr Dzul "Rasa hormat saya pada Ulama hilang". Ini ekoran dari kata-kata kesat yang dihambur dalam Multaqa Ulama PAS baru-baru ini.

Persoalannya, siapa di belakang insiden ini? Penulis tak berniat untuk menuduh sesiapa kerana segala kemungkinan itu wujud. Berikut beberapa kronologi insiden sebelum ni;

~ Membaca doa laknat dalam Muktamar
~ Beberapa perwakilan keluar ketika Tim Presiden berucap
~ Demo di depan Pej Agong diketuai Mokhtar Senik
~ Kereta Dr Hatta dibakar
~ Kata kesat dalam Multaqa Ulama
~ SU Agong pula diugut.
~ Dr Dzul dipukul dengan kayu di muka

MENJATUHKAN HJ HADI?

Hanya berdasarkan printscreen Whatsapp saja, ada pihak mendakwa wujud komplot untuk menjatuhkan Presiden. Samada tuduhan itu benar atau salah, itu soal kedua. Pokoknya jawatan Presiden boleh dipegang oleh siapa saja dan ia tak tertakluk samada Ulama, Profesional atau Aktivis.

Apa masalahnya minta Hj Hadi berundur? Umum sedia maklum apa yang dibuatnya sejak PRU12 hingga partinya sendiri huru-hara sekarang. Malahan keengganan dia menerima keputusan Dewan Ulama PAS Kedah agar MB Azizan ditukar telah mengakibatkan kerajaan PAS PR tumbang dalam PRU13.

Dalam krisis MB Selangor, semua tahu akan sikap dan tindakan Hj Hadi bersama kuncu-kuncunya. Krisis yang sepatutnya boleh selesai seminggu berlarutan hingga 2 bulan. Apa hak Hj Hadi mencampuri urusan dalaman PKR dalam isu ini? TSKI ialah ahli PKR. Bila partinya memecat dia, kita terima sajalah keputusan itu atas dasar pemuafakatan PR. Tapi Hj Hadi menyatakan sokongan pada TSKI kekal MB sedangkan waktu itu dia bukan lagi ADUN PKR tapi Bebas. Tak lagi mewakili PR. Sokongan Hadi itu tak berasas sama-sekali.

Akhirnya terbongkar. Dalam Mesy AJK Pusat 25 Ogos 2014, Hj Hadi mengaku dia mahu bawa PAS + UMNO + TSKI untuk tubuh Kerajaan UG Selangor. Menyorot kembali statement 3 pemimpin;

● TSKI kata berulang-kali "Saya akan teruskan tugas MB hingga habis penggal" sedangkan dia MB Bebas. 
● TPM Muhyiddin kata "UMNO BN tiada masalah dan akan beri sokongan penuh kepada TSKI".
● Hj Hadi kata "PAS sokong TSKI kekal MB".

Yang pasti UMNO telah berjaya menyusup masuk ke dalam PAS dengan pelbagai cara kerana PAS dilihat sebagai pemudah cara untuk memecahkan Pakatan.

Insiden yang menimpa Dr Dzul hari ini memang dirancang oleh pihak samada dalam PAS itu sendiri atau pihak UMNO yang mengambil kesempatan atas konflik dalaman PAS yang semakin kronik. Apatah lagi pemilihan berlaku tahun ini.

Kita tunggu siasatan Polis. Moga si pelaku itu ditahan dalam tempoh terdekat.

Sekian.

Wednesday, March 4, 2015

Rakyat Didahulukan?

Entahlah. Ada masa rasa macam hilang sabar bila dok pikir kerenah Najib, bininya, pimpinan UMNO serta kroni mereka, sewenangnya merompak dan membolot kekayaan negara utk diri dan keluarga. Sepatah kata Kadir Syeikh Fadhil "Depa tak main dah juta-juta. La ni bukan lagi ratus juta tapi bilion-bilion. Jahanam negara kita kalo dibiaq depa teruih berkuasa".

Pelik bila dok kenang sikap Melayu Bumi yang tak serik ditipu, diperbodoh dengan kalimah khurafat "Kalo UMNO kalah sapa nak jaga Melayu". Inilah yang diulang setiap kali menjelang PRU di samping 'rencah utama' oleh lidah wartawan TV3 jam 8.00 malam.

Nak kata bodoh, ada otak. Nak kata bebal, tau pulak mengeluh bila kos hidup semakin meningkat. Segalanya naik dan mahal. Kalo nak ke pasar tanpa RM25 di kocek, dapatlah ikan kecil yang dah dua tiga hari dalam ais. Senario di kampung. RM750 sebulan lauk harian untuk 3 orang.

Tak masuk lagi belanja anak sekolah. Anak di universiti pula tiada pilihan lain kecuali pinjaman PTPTN. Habis belajar hutang di tangan RM48,000. Kerja belum tentu ada.

Bermula April ni GST dilaksana. Seluruh rakyat terpaksa membayar cukai tak langsung ni. Baru2 ni petrol naik balik 25 sen jadi RM1.95 seliter. Sebulan je RM1.70 seliter. Minyak naik, harga barang naik sbb kos pengangkutan

Laporan Audit Negara 2012 mendedahkan kerajaan beli teropong utk Jabatan Maritim dengan harga RM48,000 seunit. Harga di pasaran sekitar RM1,800 seunit. Banyak mana wang rakyat dirompak dengan cara 'betul'. Jika 50 unit yang dibeli, kiralah sendiri berapa banyak wang rakyat masuk kocek para penyamun. Sepanjang 2012 sejumlah RM20 bilion wang rakyat lesap ekoran rasuah dan penyelewengan.

Kenapa rakyat disiksa dengan segala mak nenek cukai & kenaikan kos hidup? Sebab negara dah takde wang akibat amalan rasuah dan penyeleweng kronik. Hutang Msia hingga Disember 2014 berjumlah RM738 bilion.

Bila dah takde duit, tiada jalan lain melainkan rakyat mesti membayar lebih. Pemimpin negara hidup 'super luxury', rakyat marhaen dipaksa membayar harga mahal bagi mengambus hutang sebanyak itu.

Bangkitlah rakyat. Ubah sekarang demi anak cucu di masa mendatang.

Wallahu'alam

Wednesday, April 11, 2012

Investigate Sabah teacher holding fake IC

TAWAU: The recent exposure of a civil servant in Sabah holding an alleged fake identity card is being held up as an example of the enduring social havoc the state is experiencing since allegations surfaced two decades ago that illegal immigrants had been allowed to make the state their home.

Tawau PKR yesterday urged the the National Registration Department (NRD) to investigate the expose in parliament recently that a senior assistant teacher at a government school is holding a fake identity card.

Branch secretary Gan Chee Chan, said Tuaran Barisan Nasional MP Wilfred Bumburing had revealed details of the case in parliament when he debated the call to set up a Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate the large number of illegal immigrants in the state who had citizenship documents and were registered as voters.

According to Gan, Bumburing had said that the teacher was holding an old IC which actually belonged to a local from Kuala Abai, Usukan, Kota Belud.

“If this is true, what is the action of NRD and the Education Department? If it is not true then clear the teacher’s name,” he said, adding that if it was true, it was astounding that the civil service had recruited a foreigner.

Gan said according to the allegation that had been made public in news portal Sabahkini, the teacher is a DG44 officer with a monthly salary of RM5,963.68 and raised the question of how did he manage to enter into public service without being detected.

“It is strange for a senior officer to still be holding the old IC when every citizen has changed to MyKad. It is also strange that that the Education Department did not query the matter.

“If it is true, it shows how serious the situation is in Sabah as fake Malaysians have penetrated into the civil service and holding senior ranking jobs.

“It is not fair to Sabahans who are already deprived of jobs in the government in the future.

“This incident may also be only the tip of the iceberg,” he warned, adding that despite such regular disclosures there was no sign of any investigation into the root of the problem. - fmt

Labur hasil minyak untuk hapuskan PTPTN

PKR akhirnya membentangkan kaedah untuk menghapuskan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dijanjikannya, antaranya dengan memperkenalkan pelaburan tetap hasil minyak yang dikawal Petronas sebanyak RM2 bilion setahun.

Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata, jika perkara itu dapat dilakukan, pinjaman sedia ada berjumlah RM24.7 bilion kepada mahasiswa dapat dilupuskan dalam tempoh 15 tahun.

“Selama ini wang Petronas digunakan untuk membayar itu dan ini. Kalau di tempat lain sudah ada tabung khusus untuk dilaburkan untuk pendidikan,” katanya sambil berkata peruntukan undang-undang perlu diperkenalkan bagi tujuan itu.

Bercakap dalam sesi runding cara dengan sekumpulan mahasiswa di Shah Alam malam tadi, Rafizi berkata, apabila Pakatan Rakyat membuat janji itu, ia bukan bermakna ia akan dibayar sekali gus.

“Pinjaman yang dibuat oleh PTPTN pun menetapkan jadual pembayaran mengikut masa tertentu kepada institusi kewangan,” kata pegawai kanan di pejabat ekonomi Selangor itu.

Sementara itu, menurut Razifi, kerajaan juga boleh menerbitkan bon yang lebih panjang tempoh pembayarannya atau menggunakan langkah terakhir dengan membuat pembiayaan semula.

“Beli kereta pun boleh refinance. Ini biasa dalam kewangan, semua hutang boleh refinance paling kurang untuk tempoh sepuluh tahun,” katanya lagi.

'Najib bohong angka RM43 bilion'

Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa PTPTN tidak boleh dimansuh kerana kerajaan perlu RM43 bilion, Razifi menyifatkannya sebagai pembohongan.

Rafizi berkata, angka yang disebut perdana menteri mungkin merujuk kepada jumlah kelulusan pinjaman dan tidak melambangkan nilai pinjaman sebenar.

Dakwanya, setelah menyemak dengan rekod PTPTN sendiri, jumlah pinjaman yang dibayar (termasuk anggaran pada 2011) hanya RM27.5 bilion.

Justeru, tambahnya, jika ditolak dengan pembayaran yang sudah dikutip, hutang yang perlu ditanggung kerajaan hanya RM24.7 bilion.

“Kalau kerajaan tidak mahu maafkan RM24.7 bilion ini, memang betul-betul jahatlah. (Wang negara) lebih daripada cukup,” katanya dengan mengaitkan dengan tindakan 'penyelamatan' Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya (Mex).

Tindakan itu, tambah Rafizi masih belum mengambil kira ketirisan yang mungkin berlaku akibat amalan rasuah yang boleh mencecah angka RM40 bilion menurut pakar ekonomi.

“Hari ini saya tidak sebut langsung soal ketirisan. Dalam ketirisan sekali pun kita masih boleh hapuskan PTPTN,” katanya lagi.

Model pembiayaan masa depan

Untuk pembiayaan pendidikan masa depan pula, Rafizi antaranya mencadangkan:

- Kembali kepada amalan sebelum 1996 apabila kerajaan menyediakan sepenuhnya pendidikan tinggi dan tidak bergantung kepada pihak swasta bagi mengurangkan kos pengajian.

- Membina sepuluh buah institut pengajian tinggi awam (IPTA) dalam tempoh sepuluh tahun, dengan sasaran 100,000 tempat, dengan perbelanjaan – termasuk yuran dan tempat tinggal – ditanggung kerajaan.

- Menyediakan tabung pendidikan baru untuk penuntut institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dan perbelanjaan sara hidup yang memerlukan pembiayaan lebih kecil.

- Menggalakkan penggabungan IPTS untuk mengurangkan penggunaan pinjaman yang sekali gus boleh meningkatkan daya saingnya dengan IPTA, termasuk dengan pengurangan yuran dan kos pengajian. - mk

Baca seterusnya di sini

Thursday, March 22, 2012

Sapa sebenarnya Hasan Ali selepas PRU12

Oleh kerana penulis dapati si Hasan Ali ni semakin meroyan sejak dipecat dari PAS dan menjadi Bebas, rasanya elok kalau kita tahu serba-sedikit pasal orang ini. Dulu memang dia seorang yang bijak, tapi selepas PRU12 2008, dia telah berubah jadi bodoh hanya disebabkan satu hal saja. Yaitu gilakan jawatan MB Selangor. Kalau orang yang sedang mabuk cinta, tentu dilihat pasangannya yang paling hensem, cantik dan kentut pun wangi. Dan itulah juga yang terjadi pada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ni. Oleh kerana terlalu cintakan jawatan MB, hingga tak sedar siapa kawan dan lawannya.

Berikut ialah kronologi tindak-tanduknya selepas PRU12.

1- Sebaik PR menang di Selangor, Hasan Ali telah bertanya kepada Khalid Samad "Siapa yang sepatutnya jadi Menteri Besar?" Secara spontan Khalid jawab "Tan Sri Abd Khalid Ibrahim sebab PKR menang paling banyak kerusi DUN, yaitu 15. Manakala DAP 13 dan PAS 8 kerusi". Bila mendengar jawapan Khalid, dia terus diam dan muka berubah.

2- Sebelum Tan Sri Khalid Ibrahim dilantik MB, rupanya si Hasan Ali telah berusaha untuk buat rundingan dengan UMNO supaya PAS dan UMNO bersama-sama tubuhkan kerajaan negeri Selangor dan UMNO telah tawarkan kepada dia jadi MB.

3- Dalam PRU12, PKR menang 15, DAP 13, PAS 8 dan BN 20. Jika PAS + BN = 28 kerusi. Begitu juga PKR + DAP = 28 kerusi. Dalam keadaan jumlah kerusi 28 vs 28, sapa yang pergi jumpa Sultan dulu dan angkat sumpah, maka dialah yang jadi kerajaan. Dan itulah yang diharapkan oleh Hasan Ali agar PAS setuju bersama UMNO untuk tubuh kerajaan.

4- Bagi merealisasikan hasratnya untuk jadi MB, dia telah berjanji dengan PM Pak Lah dan Khir Toyo untuk mengaturkan pertemuan mereka dengan Presiden PAS.

5- Husam Musa yang ketika itu berada di Perak, berjaya menghidu rancangan kotor Hasan Ali, dan terus menghubungi seluruh AJK PAS Pusat untuk bermesyuarat di Pejabat Agong. Keputusan sebulat suara dicapai bagi menghalang pertemuan tersebut.

6- Oleh kerana Hasan Ali selaku Pesuruhjaya PAS masa itu telah berjanji dengan Pak Lah, akhirnya PAS bersetuju menghantar 3 wakil kerana janji telah dibuat. Dato' Mustafa Ali (mewakili Presiden), Ustaz Nasharudin (Tim Presiden) dan Khalid Samad (menggantikan Hasan Ali). Sekadar bertemu atas dasar janji telah dibuat.

7- Hasil pertemuan itu telah membuahkan hasil yang amat mengecewakan UMNO dan lebih-lebih lagi pada Hasan Ali. Pendirian PAS tetap teguh bersama Pakatan Rakyat. Dua bulan kemudian, dia telah memecat Khalid Samad dari jawatan TPJ.

8- Sebaik dilantik jadi Exco Agama dan Infrastruktur, Hasan Ali terus dikelilingi oleh puak-puak UMNO kerana seluruh projek kerajaan negeri di bawahnya. Dalam masa yang sama puak-puak munafiq UMNO itu terus memainkan jarum mereka bagi meracuni pemikiran dia yang sedang berkecamuk ekoran gagal dalam usaha untuk menjadi MB. Saraf yang dimainkan UMNO telah meningkatkan kebencian dia terhadap pimpinan PAS, khususnya Khalid Samad dan juga Pakatan Rakyat.

9- Antara tindakan tak bermoralnya ialah memfitnah Theresa Kok dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Dakwanya, MP Seputeh itu telah bertindak menghalang azan di mesjid. Tak pasal-pasal, Theresa terpaksa merengkok dalam ISA seminggu hinggalah pihak AJK Mesjid berkenaan membuat kenyataan akhbar dan menjelaskan bahawa PA System rosak. Bukannya Theresa Kok halang azan.

10- Selain memfitnah Theresa Kok, Hasan Ali juga turut berbohong dalam mesyuarat AJK PAS Pusat bagi memburukkan DAP. Dakwanya, hanya 32 peratus Melayu yang dilantik sebagai Ahli Majlis PBT di seluruh Selangor. Selebihnya Cina. Yang sebenarnya 52 peratus Melayu dilantik dan 48 peratus lagi bangsa lain.

11- Selain kerap berbohong dalam mesyuarat parti, Hasan Ali kerap mempertikai sebarang tindakan MB Khalid Ibrahim.

12- Di Muktamar PAS 2009 dia menduduki tangga ke-4 undi terbanyak sebagai AJK PAS Pusat manakala dalam Muktamar 2011, beliau jatuh ke tangga 16. Bermakna sokongan terhadapnya semakin menurun dalam parti.

13- Dalam mesyuarat pertama AJK PAS Pusat 2011, dia tidak lagi dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Bermakna cita-citanya untuk jadi MB musnah jika PR kekal memerintah Selangor dalam PRU13.

14- Setelah tidak dilantik sebagai PJ, tiba-tiba Gombak Setia pula tak mencalonkan dia sebagai calon PRU13. DUN Gombak Setia adalah kubu kuat PAS. Bertitik-tolak dari sinilah dia dah mula merasakan yang masa depannya dalam PAS dah hancur. Justeru dia mencari jalan untuk keluar PAS tapi dalam keadaan yang menonjolkan dirinya sebagai orang yang betul.

15- Justeru dia buat kenyataan "PAS dah tersasar daripada landasan asalnya", "Ulama' dah takde tempat dalam PAS", "PAS dah gadaikan prinsipnya, Negara Islam dah jadi Negara Berkebajikan kerana tunduk pada DAP" dan "72 peratus orang PAS adalah sekular."

16- Akhirnya dia pun dipecat sebagaimana yang dimahu.

Penulis bersyukur kerana satu-persatu parasit telah keluar dari PAS. Dan sememangnya orang macam Hasan Ali ni duduk sebaris dengan Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin. Ketiga-tiga mereka ini memang gila kuasa dan pangkat. Merasa diri pandai tapi lebih bodoh daripada lembu yang menjuarai pertandingan lembu-lembu terbodoh dunia.

Thursday, March 15, 2012

Kesatuan pekerja MAS bertindak membawa isu MAS-AA ke Parlimen

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Kesatuan dan pertubuhan yang mewakili pekerja Penerbangan Malaysia (MAS) bercadang membawa usul melupuskan perjanjian usahasama antara MAS dengan Air Asia ke Parlimen ekoran perjumpaan dengan Perdana Menteri bulan lepas.

Tindakan tersebut akan mengetengahkan kepentingan politik yang tertera dalam perjanjian antara bekas pesaing, AirAsia dan MAS, di mana kesatuan mendakwa majoriti ahli kesatuan kini beralih kesetiaan kepada pihak pembangkang kerana ketidakpuas hatian terhadap perjanjian usahasama yang dimeterai.

Setiausaha Umum Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU) Abdul Malek Ariff telah memberitahu The Malaysian Insider mereka akan menghantar memorandum sama yang telah diserahkan kepada Datuk Seri Najib Razak menentang pakatan MAS-AA kepada ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat (PR).

“Langkah seterusnya adalah untuk bertemu YB-YB di Parlimen,” beliau berkata.

Abdul mendedahkan bahawa Najib, semasa perjumpaan selama sejam dengan kesatuan, telah menyatakan beliau bersimpati dengan keluhan ahli kesatuan, namun perdana menteri belum lagi memberikan kata pemutus.

Pemimpin kesatuan itu turut mendakwa berikutan perjumpaan itu, perdana menteri telah membuat panggilan kepada pengerusi MAS, pengarah besar dan pegawai Khazanah Nasional Berhad tentang aduan bersama yang dibuat pekerja. Telah difahamkan bahawa pengarah besar Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar telah berjumpa dengan Najib tentang aduan pekerja itu.

Abdul berkata MASEU bercadang untuk mendesak wakil-wakil politik untuk menghentikan kerjasama MAS-AA kerana “tidak adil” kepada MAS, dan turut menambah bahawa perjanjian itu telah menerima tindakbalas negative daripada ahli kesatuan.

“Apabila Cawangan Khas (SB) memanggil saya bertanyakan bagaimana pekerja MAS akan mengundi kelak, saya kata dulu 50:50 tapi kini 90 peratus akan memilih pembangkang, “ katanya. “Bila bercakap dengan para pekerja, mereka semua mengeluh tentang kerajaan.”

MASEU, organisasi yang berpusat di Semanjung, mempunyai lebih 7,000 pekerja namun Abdul berkata tujuh lagi kesatuan dan pertubuhan mewakili pekerja MAS, pengurus dan juruterbang termasuk daripada Sabah dan Sarawak juga diwakili dalam memorandum, membawa kepada jumlah 13,000 hingga 14,000 pekerja.

Abdul berkata isu utama bagi ahli kesatuan adalah mereka “tidak percayakan” AirAsia.

“Perundingan pekerja sudah parah apabila kepercayaan sudah tidak wujud,” beliau berkata.

Antara rungutan yang diketengahkan MASEU termasuk cadangan memotong gaji dan faedah pekerja sehingga 30 peratus dan kemasukan bekas pekerja AirAsia mengambil alih jawatan penting MAS.

The Malaysian Insider melaporkan pada 9 Mac bahawa Putrajaya akan mengkaji semula kerjasama berusia lapan bulan antara MAS dengan AirAsia setelah ia gagal menunjukkan sebarang kemajuan mahupun menaikkan semangat pekerja seramai 20,000 orang di penerbangan yang mencatat kerugian RM2.52 billion dalam 2011.

Kerajaan turut mempertimbangkan menswastakan MAS dengan mengarah pengurus asset negera Khazanah untuk membeli balik 20.5 peratus kepentingan saham yang diberi kepada Tune Air Sdn Bhd, pemilik majoriti Air Asia, yang ditukarkan dengan kepentingan 10 peratus dalam AirAsia.

Khazanah dan Tune Air telah bersetuju kepada pertukaran saham itu Ogos lepas, setelah empat percubaan memeterai perjanjian antara MAS dan AirAsia gagal.

Bank CIMB milik Khazanah menjadi penasihat dalam perjanjian itu, yang dilihat sebagai percubaan terakhir menyelamatkan MAS walaupun telah berlakunya program bantuan dalam 2001 yang dirancangkan badan perunding BinaFikir Sdn Bhd.

MAS mencatatkan kerugian tahunan paling besar pernah dialami, RM2.52 billion, bulan lepas, menyebabkan CEO MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata penerbangan itu menghadapi “krisis”.

Penerbangan itu berkata kerugian disebabkan kenaikan harga minyak, yang naik daripada US$95 setong pada 2010 ke US$133 setong dalam 2011.

Kerugian diluar jangkaan itu juga disebabkan peruntukan “one-off” seperti penghantaran semula kapal terbang, kemerosotan nilai kapal pengangkut dan stok lapuk.

MAS bercadang untuk memuktamadkan dan mengumumkan rancangan mendapatkan dana dan mengukuhkan lembaran imbangan

Rancangan itu penting kerana penerbangan itu berhasrat mendapatkan 23 kapal terbang baru yang akan membawa kos kira-kira 6 billion.

-tmi

Wednesday, February 29, 2012

Sorang lagi MP UMNO didapati bersalah

Rasuah, fitnah, bohong, tipu dan pelbagai perangai keji memang dah menjadi rukun hidup pimpinan UMNO selama ini. Dan itulah juga sifat dan perangai golongan MUNAFIQ sebagaimana ditegaskan oleh Allah dalam Al-Qur'an. Memang sukar untuk kita kenali golongan ini kerana pada zahirnya mereka Islam, bersolat, keluar zakat dan pergi haji tapi hakikatnya mereka sebenarnya musuh kepada Islam itu sendiri.

Di sudut politik, mereka menggunakan paltform itu sebagai jalan mudah untuk cepat kaya. Selain itu, demi mempertahankan kuasa, mereka sanggup melakukan apa saja bagi menjatuhkan pihak lawan. Amalan politik rasuah, fitnah, ugutan telah menjadi amalan wajib bagi mereka, malahan hingga sampai ke tahap membunuh musuh politik telah dilakukan sebagaimana yang terjadi dalam Peristiwa Memali 1985.

Terkini, satu lagi bukti menunjukkan betapa rosaknya pimpinan UMNO yang ada sekarang bila salah seorang wakil rakyatnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mendapati Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri, bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwa.

Abdul Rahman, 47, dari Umno dituduh membuat lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000 daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.

Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.

Sementara itu, pembantu beliau Mohd Rusli Busro, yang didakwa bersubahat dalam membuat tuntutan palsu juga didapati bersalah.

Abdul Rahman didakwa mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan.

Sementara itu, Bernama melaporkan tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cenderamata dan jamuan Program Motivasi Pelajar di Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.

Abdul Rahman didakwa melakukan semua perbuatan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam.

Bagi setiap pertuduhan, Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam prosiding yang sama, pembantu kepada Abdul Rahman - Rosli Busro, 44 - didapati bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua kesalahan itu.

Hakim turut membenarkan permohonan peguambela kedua-dua tertuduh, Affifuddin Hafifi dan Lim Kon Keen untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman terhadap anak guam mereka sehingga esok pagi di mahkamah sama.

Kedua-dua peguam itu berkata mereka perlukan masa untuk persediaan mitigasi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa.

Seramai 39 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberikan keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.

Tuesday, February 28, 2012

Artis 'dajjal' : Nape akhbar milik MCA biadap?

Tindakan akhbar The Star menyiarkan gambar artis Amerika yang bertatu kalimah Allah di dadanya merupakan satu tindakan biadap yang sengaja dilakukan dengan tujuan menghina Islam. Bolehkah diterima oleh akal jika alasan tidak sengaja diberikan? Bukankah ketua pengarang The Star cukup sedar gambar tersebut boleh menimbulkan kemarahan umat Islam tanahair.

Persoalannya sekarang, mengapa MCA dilihat semakin berani mencabar kesucian Islam sejak kebelakangan ini, khususnya sejak isu Hudud hangat diperkatakan tahun lalu.

Sebabnya, bila dilihat UMNO sendiri tidak membela Islam malahan pimpinan parti Melayu itu sendiri memperlekeh dan menolak Hudud serta berperangai seperti mereka, malah ada yang lebih buruk lagi.

Dan hari ini KDN 'berpura-pura' menyiasat The Star berhubung penyiaran gambar artis dajjal itu yang dijadual membuat persembahan di Kuala Lumpur esok. Percayalah... KDN tidak akan berbuat apa-apa terhadap The Star. Siasatan yang dibuat hanya sekadar 'lakonan' semata-mata.

Kita jangan lupa kumpulan Jamaah Al Qur'an Malaysia (JAM) yang menolak Hadis masih terus dibenarkan bergerak bebas di tanahair. Diketuai oleh Kasim Ahmad, anak didik dajjal. Malah beliau sendiri mengakui mantan PM Mahathir yang membenarkan kumpulannya terus bergerak bebas dalam negara.

Kalau jamaah sesat seperti JAM tidak diganggu oleh KDN, apa bezanya dengan tindakan biadap The Star yang sengaja menghina Islam?

Selagi mana UMNO BN terus diberikan mandat menerajui negara, maka selagi itulah Islam akan terus dihina dan ditindas tanpa pembelaan.

Beringatlah... Golongan Munafiq Lebih Jahat Daripada Kafir.

Monday, February 27, 2012

Artis 'dajjal' dibenarkan buat konsert di M'sia

Sebelum ini dah banyak bukti didedahkan betapa UMNO memang menjadi talibarut 'dajjal' Zionis dan Barat bagi menekan gerakan Islam di tanahair sendiri. Dalam keadaan gejala murtad terus berlaku secara berleluasa tanpa sekatan, manakala umat Islam semakin jauh dari petunjuk Al Qur'an dan Sunnah, hari ini sekali lagi kerajaan UMNO BN membenarkan seorang artis dajjal dari Amerika untuk buat persembahan di Kuala Lumpur pada hujung Februari ni.

Kenapa gambar seperti di atas boleh disiarkan di akhbar The Star - Star 2 - Music ms 17 - hari ini, 27 Februari.

“Dan kenapa penyanyi Erykah Badu boleh buat persembahan di Kuala Lumpur setelah seolah-olah menghina Islam dengan gambar ini?” demikian pertanyaan dilontar seorang pembaca Harakahdaily yang menamakan dirinya Hamba Allah.

Beliau merujuk kepada satu artikel yang disiarkan akhbar tersebut hari ini mengenai Erykah Badu yang akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Justeru, penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat, Erykah Badu yang bakal mengadakan persembahan di Malaysia hujung Februari ini disifatkan menghina Islam.

Perkara itu jelas melalui tatu kalimah Allah yang terdapat di dadanya seperti gambar yang disiarkan akhbar The Star.

Kehadiran penyanyi yang berusia 40 tahun itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihak berkuasa sepatutnya memantau sebarang artis luar yang ingin membuat persembahan di negara ini.

Saturday, February 25, 2012

Noh Hantar Wakil Rayu Henti Isu Jual Tanah

TANJUNG KARANG, 25 FEB: Terdesak menutup pekung, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar bertindak menghantar Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Umno Bahagian Tanjung Karang bertemu Naib Ketua Pas Sungai Burung, Hj Misran Serman agar menarik kembali kenyataan beliau dalam laporan TVS sebelum ini.

Menurut Misran pertemuan yang diadakan di Pekan Tanjung Karang pada petang Isnin 20 Febuari baru-baru ini dibuat dalam keadaan terdesak berhubung laporan Umno Tanjung Karang menjual tanah milik kerajaan negeri sekaligus memperolehi keuntungan dari urusniaga tersebut.

"Hari itu saya pergi ke Kuala Lumpur dari pagi sehinggalah petang baru saya balik ke Tanjung Karang.

"Kerana terdesak, dia sanggup tunggu saya dari pagi hingga ke petang untuk berjumpa saya dan merayu menarik semula kenyataan saya dalam isu penjualan tanah milik kerajaan negeri itu.

"Dia beritahu saya bahawa Datuk Seri Noh yang menghantarnya bertemu saya untuk mennyelesaikan isu ini secepat mungkin untuk mengelakkan isu ini menjadi lebih besar lagi.

Bagaimanapun menurut Misran, beliau tidak dapat menuruti rayuan AJK Umno yang namanya tertera sebagai pemegang 60 peratus syer syarikat Bumi Utama Building Material Sdn Bhd dalam carian yang diperolehi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Macamana saya nak tarik balik kenyataan saya itu, sedangkan laporan itu berdasarkan dokumen yang diperolehi dari SSM dan pejabat tanah bukanlah sesuatu yang keluar dari mulut saya tanpa asas kukuh.

"Memang dah ada nama dia pada dokumen SSM dengan jelas dan catatan carian pejabat tanah juga memang dah terang-terang tertulis nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) Bahagian Tanjung Karang," katanya lagi.

Misran juga berpendapat isu ini bukanlah sebuah isu yang remeh kerana ianya melibatkan kepentingan orang ramai khususnya masyarakat di Tanjung Karang. - tvs

Perjanjian pinjaman NFC didedah

Ahli Parllimen Petaling Jaya Utara, MP Tony Pua hari ini mendedahkan kandungan perjanjian pinjaman antara National Feedlot Corporation (NFC) dengan kerajaan, yang mengesahkan persepsi bahawa ia berat sebelah dan pembelian hartanah mewah melanggar perjanjian tersebut.

Dokumen 35 muka surat itu dengan jelas menyatakan bahawa tujuan pinjaman mudah dari kerajaan itu pada kadar faedah tahunan dua peratus adalah semata-mata untuk projek Pusat Fidlot Kebangsaan.

Oleh itu, katanya, kenyataan sebelum ini yang dibuat oleh pengarah NFC bahawa pinjaman itu boleh digunakan untuk pelaburan hartanah, adalah tidak betul sama sekali.

Dalam sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini, Pua turut mengedarkan salinan perjanjian pinjaman itu kepada pemberita.

Beliau juga menyifatkannya sebagai "satu perjanjian pinjaman terburuk yang pernah dilihatnya".

Pua mendakwa bahawa dokumen itu adalah tulen dan yang diberikan oleh sumber yang tidak dinamakan. - mk

Lagi berita di sini

Wednesday, February 22, 2012

Ku Li says FELDA listing will endanger future of settlers

KUALA LUMPUR, Feb 22 — The proposed Felda Global Ventures Holdings (FGVH) listing will endanger the future of settlers as they risk losing their land assets, Tengku Razaleigh Hamzah has said. In an interview with Harakahdaily, the Umno politician said that once the listing took place, land belonging to FELDA settlers will be exposed to the open market.

Once exposed to the open market, he claimed that “anyone” could buy up shares at any amount if they could afford it, and that this will result in settlers losing their land assets if shareholders were to sell their shares.

“If the price goes up, and if the shareholders want to profit, of course they will sell (to other people) ... it would be stupid not to take advantage of a profit (making) situation.

“The land that was previously owned will be lost because other people have owned shares and now have rights to the land. That is dangerous,” said the Kelantan prince.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had recently said the listing of FGV, announced in Budget 2012, is expected to take place in April, instead of the middle of the year as earlier planned.

But critics contend that the proposed listing, which will see loss-making FGVH assume control of the FELDA Investment Co-operative (KPF), will short-change smallholders and saddle FELDA with up to RM1.5 billion in yearly deficit.

The government has said the move will result in a RM5.9 billion lump sum payment to settlers but the National FELDA Settlers’ Children’s Association (ANAK) has insisted it will not be in cash but shares in FGV.

“This is a question of life and death for the settlers. If the land is sold because shares are sold, that means we no longer have rights to the land.

“I do not know if the government has another plan to guarantee the rights of settlers, but I do not see it,” Tengku Razaleigh told Harakahdaily yesterday.

Last week, a group of settlers won a temporary court order blocking the transfer of shares from their co-operative to FELDA Global Ventures (FGV), a crucial step in Putrajaya’s plans to list the plantation firm.

KPF has already cancelled today’s extraordinary general meeting following the temporary court order.

The Kuantan High Court gave eight settlers an interim injunction barring the handing over of shares in FELDA Holdings to FGV, or any discussion being held on behalf of KPF on the matter.

FGV subsidiaries such as FELDA Iffco Sdn Bhd, FELDA Global Technologies, FELDA Global Ventures Middle East and FELDA Global Ventures Arabia are reported to have chalked up accumulated losses of around RM500 million up to last year.

The profitable FELDA Holdings has a workforce of some 19,000 employees, with a labour force of 46,795 workers at 300 estates, 70 palm oil mills, seven refineries, four kernel-crushing plants, 13 rubber factories, manufacturing plants and several logistic and bulking installations spread throughout Malaysia and several locations overseas. - tmi

Monday, February 20, 2012

Kapal Zionis berlabuh di Pelabuhan Klang

Jingga 13 hari ini mendedahkan bahawa Kerajaan Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan negara rejim Israel. Pendedahan hubungan tersebut dibuktikan apabila terdapat sebuah kapal hak milik rejim Israel, Zim Atlantic dan juga Zim USA telah berlabuh di West Port, Klang pada 16 Februari lepas.

Koordinator Jingga 13, Fariz Musa menjelaskan pada 16 Februari, dua buah kapal milik ZIM Integrated Shipping Services Ltd telah berlabuh di West Port, Pelabuhan Klang.

"Kita telah dapatkan bukti jelas hubungan antara Kerajaan Malaysia dan rejim Israel telah wujuh walaupun pemimpin Umno menafikan wujud hubungan dagang.

"Kehadiran ZIM USA yang sebelum ini didaftarkan di Haifa, Israel pada 25 Oktober 2010 dan kini didaftarkan di Republic Of Liberia pada 2 Februari 2012 dan ZIM Atlantic yang turut didaftarkan di Republic Of Liberia adalah milik Israel melalui Israel Corporation dengan pegangan saham sebanyak 98 peratus iaitu salah satu syarikat besar dimiliki oleh Israel," jelasnya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Tambahnya lagi, ZIM USA dan ZIM Altantic yang tiba di West Port telah disahkan berdasarkan oleh sebuah laman web yang menyatakan jadual ketibaan kapal-kapal dagang.

Malah, katanya pihak Kastam Diraja Malaysia cawangan Pelabuhan Klang Barat melalui salinan dokumen "K1 CHIT Customa Station (B18) resit nombor B18102009813 yang diterima pada 15 Februari 2012 juga mengesahkan kehadiran Z8937 ZIM Atlantic di Voyage Nombor YAC5.

"Atas maklumat tersebut Jingga 13 telah membuat penyiasatan bagi mengesahkan kewujudan hubungan dagang antara Kerajaan Umno-Barisan Nasional dengan rejim Israel dengan kehadiran kedua-dua kapal tersebut.

"Dalam pada itu beberapa dokumen sulit diperolehi dari individu yang tidak diketahui mengirim salinan Sijil SHIP Clearence yang dikeluarkan oleh Ashdod Port Company LTD "The Economic Gateway Of Israel" juga mengesahkan bahawa kapal ZIM Atlantic telah berlayar secara terus dari Ashdod Port, Haifa Israel ke Pelabuhan Klang," katanya lagi.

Fariz memberitahu, bukti tersebut menunjukkan bahawa penafian yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin adalah tidak benar.

"Tindakan mewujudkan hubungan erat ini adalah langkah melampau dan zalim apabila Malaysia turut sama sebagai penyumbang ekonomi negara rejim itu dan juga sebagai penyumbang peluru dan senjata bagi merobek rakyat Palestin," sambungnya lagi.

Sementara itu, Naib Ketua AMK Pusat, Azmizam Zaman Huri berkata, perkara ini perlu diperjelaskan oleh kerajaan terutamanya Najib dan juga Muhyidin bagaimana hubungan dagang boleh wujud sedangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

"Kita cabar penjelasan dari kedua-dua pemimpin tersebut, kerajaan perlu bertanggungjawab kerana kebenaran memasuki negara ini hanya dapat dilakukan apabila kerajaan memberi kelulusan.

"Operasi Pelabuhan Klang ditadbir terus dibawah Kementerian Pengangkutan Malaysia bukannya Kerajaan Negeri Selangor, maka kalau tuduhan mengatakan Kerajaan Selangor terlibat ia tidak benar sama sekali," jelasnya.

Sebelum itu, Jingga 13 telah melihat sendiri kewujudan kapal kargo milik ZIM Integrtated Shipping Services Ltd pada 16 Februari lalu apabila telah mengambil gambar serta merakamkan video ketibaan kapal tersebut di West Port pada hari tersebut. - hd

Thursday, February 9, 2012

Keluarga Shahrizat terus joli duit lembu

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bahawa keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah membeli dua lagi kondominium bernilai RM34.6 juta di Marina Bay Suites, yang terletak di kawasan mewah Pusat Kewangan Marina Bay, Central Boulevard, Singapura.

Katanya, pembiayaan pembelian tersebut dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana National Feedlot Center dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut, yang didakwanya sebahagian daripada dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan.

Rafizi berkata kondominium berkenaan, yang terletak di tingkat 8 dan 11, didaftarkan di bawah nama suami Shahrizat - Datuk Seri Mohd Salleh Ismail dan anaknya dan pengarah eksekutif NFC, Wan Shahinur Izran Salleh.

"Tingkat 8 telah dibeli melalui pinjaman dari Bank UOB bernilai S$7.114 juta (RM17.205 juta) manakala yang satu lagi - bernilai S$7,177 juta (RM17.357 juta) - adalah dari pinjaman Maybank," katanya.

"Pembelian tersebut dibuat pada bulan Mei 2010," kata Rafizi dalam satu pendedahan terbarunya.

Sebelum ini, didedahkan bahawa keluarga Shahrizat telah membeli kondominium mewah yang lain di Anthony Road Orchard Scotts di Singapura, juga pada tahun 2010.

Rafizi berkata ekoran pendedahan terbaru ini, maka jumlah pembelian yang didakwanya dikaitkan kepada pinjaman NFC, mencecah RM62 juta.

Ini termasuk dua unit di One Menerung, Bangsar, sebuah kereta Mercedes Benz, dua plot tanah di Putrajaya, sebuah kondo di Orchard Scotts dan kini dua lagi kondo di Marina Bay Suite. - malaysiakini

Isu NFC : Kenyataan Noh Omar jadi titik penting

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kenyataan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar yang mempertahankan National Feedlot Corporation di Parlimen menjadi titik penting dalam isu berkenaan.

Selepas kenyataan itulah, beliau menerima satu salinan buku tunai berhubung projek fidlot tersebut melalui e-mel, kata Rafizi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.

Katanya, serangan PKR sebelum itu hanyalah berhubung pengunegarahan projek kepada anggota keluarga menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ternakan lembu.

Isu utama yang ditonjolkan PKR sebelum itu juga melibatkan prestasi projek berkenaan yang menurutnya tidak mencapai sasaran.

"Jika Noh Omar (kiri) tidak pergi ke Parlimen dan kata 8,000 lebih lembu itu satu kejayaan nasional, (isu itu) mungkin mati di situ saja," katanya.

Selepas kenyataan Noh Omar pada awal November itu, Rafizi berkata kemudiannya menerima salinan penyata yang menyenaraikan bayaran tunai itu daripada seorang yang tidak dikenalinya.

"NFC berkeras untuk mengetahui siapakah pemberi maklumat itu kerana mereka tidak mahu pendedahan lanjut.

"Tapi daripada cara email itu ditulis, (saya tahu pemberi maklumat itu) bukanlah kartel (daging) atau pekerja yang tidak puas hati," katanya yang tidak mengenali individu berkenaan.

Sebaik sahaja beliau menerima buku tunai itu, Rafizi berkata, beliau kemudiannya menyemak senarai berkenaan untuk mengesan pembayaran yang diragui.

"Bayaran untuk kondominium, dan juga kepada pemaju hartanah mewah tidak... masuk akal dengan syarikat seperti itu," katanya.

Selepas itulah PKR mengetahui mengenai pembelian hartanah, termasuk kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.

"Kita sudah tahu perkara ini apabila kita mendapat buku tunai itu tetapi kita turun (untuk periksa). Saya rasa kami ambil masa dua hingga tiga minggu sebelum sidang akhbar pertama untuk mendedahkannya."

Katanya, 50 peratus daripada usaha itu merupakan kerja-kerja yang dijalankan untuk mengesahkan pembelian tersebut, termasuk melawat sendiri hartanah tersebut dan juga membuat semakan melalui sumber awam.

"Jadi 15-20 peratus lagi itu sebenarnya mengikut naluri dan risiko yang kami ambil... kerana jika anda mahu dapatkan dokumen lengkap, saya tidak fikir anda akan dapat apa-apa," katanya.

- malaysiakini

Wednesday, February 8, 2012

BR1M, IC Project dan PATI

Minggu lalu penulis dimaklumkan telah berlaku kekecohan di satu tempat (dirahsiakan) berdekatan Kota Kinabalu dalam satu program penyerahan BR1M berjumlah RM500. Kekecohan mula berlaku bila ada di kalangan warga Sabah tidak layak menerimanya kerana rekod MyKAD mereka tiada dalam sistem LHDN. Siasat punya siasat, rupanya mereka pemegang kad pengenalan biru melalui 'IC Project'.

Sekarang barulah kita tahu bahawa kad pengenalan yang diperolehi melalui 'IC Project' itu sekadar membolehkan diri mereka bergelar 'warganegara' dan layak untuk mengundi bagi memenangkan UMNO BN dalam pilihanraya.

Jika dalam sistem database LHDN tiada rekod mereka, maknanya dalam database JPN pun tiada. MyKad hanya dikeluarkan begitu saja oleh pihak JPN.

Nampaknya Program BR1M yang dilancarkan oleh Najib dengan tujuan 'merasuah' rakyat agar mengundi UMNO BN dalam PRU13, akhirnya menjerat leher sendiri.

Penulis rasa jumlah pemilik MyKad palsu di Sabah ini melebihi 200 ribu orang.

Tentunya para pemegang MyKad palsu tidak berani mengundi Pakatan Rakyat kerana telah diugut jika berbuat demikian, MyKad akan dirampas semula. Namun, ada kemungkinan mereka mengambil sikap tidak keluar mengundi dalam PRU13 sebagai tanda protes terhadap UMNO BN atas isu wang RM500 itu.

Samada warga jati Sabah sedar atau tidak, pemberian MyKad palsu kepada warga asing secara sewenang-wenangnya telah mewujudkan satu 'penjajahan baru' di negeri sendiri. Dan antara punca pengangguran anak watan Sabah terus meningkat bila pihak swasta termasuk perkilangan, pembinaan dan restoran lebih berminat mengambil PATI sebagai pekerja berbanding anak tempatan kerana mereka sedia dibayar gaji rendah.

Selain masalah pengangguran, kadar jenayah dan gejala sosial turut meningkat. Kita boleh lihat sendiri bagaimana gelagat dan akhlak anak-anak pendatang ini di sekitar Kota Kinabalu. Dan semua orang KK kenal mereka dan dari mana asal ibubapanya.

Jelasnya, kerajaan UMNO BN sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan kuasa termasuk menjual dan menggadai keselamatan negara. Buktinya dah ada bila UMNO mendapatkan khidmat kepakaran APCO, sebuah konsultan milik Yahudi Zionis.

Jadilah rakyat yang bijak dan bermaklumat.

Tuesday, February 7, 2012

Kumpulan bersenjata halang program PR

Usaha sebuah cabang PKR Negeri Sembilan untuk mengadakan ceramah di Rantau, Negeri Sembilan semalam dihalang oleh sekumpulan lelaki bersenjata tajam yang mendakwa mereka penyokong Umno-BN.

Setiausaha PKR Rembau, Nor Azizi A Aziz berkata insiden itu berlaku apabila petugas PKR dari Cabang Rembau tengah membuat persiapan bagi ceramah itu di kawasan lapang di dalam Taman Jade Indah, Rantau.

"Ketika beberapa petugas sedang membuat persiapan bagi menjayakan ceramah itu pada kira-kira jam 6.30 petang, datang sekumpulan lebih kurang 30 orang bersenjata tajam ke arah mereka lalu membuat ugutan supaya ceramah itu tidak diteruskan.

"Kumpulan mereka menjadi lebih besar selepas itu dengan kehadiran lebih ramai orang. Salah seorang daripada mereka mengakui sebagai Ketua Kampung Kuala Sawah manakala yang lainnya mengatakan mereka penyokong Umno-BN.

"Mereka juga menyatakan tidak akan membenarkan sebarang program atau ceramah PR diadakan di situ kerana kawasan itu kawasan Menteri Besar Negeri Sembilan," katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Kumpulan itu juga melaungkan kata-kata kesat kepada petugas PKR berbangsa India yang terlibat di dalam kerja-kerja persiapan ceramah tersebut.

Azizi berkata, kehadiran polis selepas itu menyebabkan kumpulan tersebut bersurai meninggalkan kawasan tapak ceramah itu.

Ekoran insiden itu, pihaknya sudah membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Kuala Sawah Rantau selepas itu.

Katanya, pihaknya berharap polis menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Beliau berkata, disebabkan itu juga ceramah PR yang melibatkan beberapa pemimpin termasuk ADUN Paroi, Mohamad Taufek Abd Ghani dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard terpaksa dipindahkan ke Taman Pnggiran, Senawang. - tvsnews

Thursday, February 2, 2012

Hasan Ali dangkal

Agenda sebenar Dato’ Dr Hasan Ali sudah jelas terbongkar dengan kenyataan terbarunya yang dangkal, bebal dan berasaskan fitnah semata-mata. Semasa berceramah di Bangi tempoh hari, Hasan Ali telah dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah republik. Di samping itu, Hasan Ali juga mendakwa DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita.

Motif politiknya sebagai orang suruhan UMNO sudah terbongkar. Saya berasa kesian kerana Hasan Ali terpaksa menjual harga dirinya dengan menipu rakyat untuk mendapatkan publisiti murahan.

Katanya memperjuangkan Islam, tetapi yang keluar dari mulutnya bukan sahaja fitnah yang bahaya tetapi juga merupakan sindiran yang menderhaka dan berunsur hasutan yang bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman.

Namun begitu, saya percaya taktik fitnah taraf UMNO ini tidak akan dipercayai umum. DAP adalah sebuah parti yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan tidak mengambil pendirian yang mencabar teras-terasnya.

Sebagai bukti pendirian DAP dalam mempertahankan kerangka kenegaraan yang sedia ada, termasuk sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, saya memetik tiga perkara yang terkandung dalam Deklarasi Shah Alam yang baru sahaja dibentangkan, dibahas dan diluluskan dengan sebulat suara oleh para pewakilan dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2012 bulan lepas:

Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.

Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.

Petikan di atas jelas membuktikan komitmen DAP untuk menjunjung dan mempertahankan teras-teras Perlembagaan Persekutuan.

Dan jika benar DAP mempunyai hasrat untuk merendahkan status Islam, kenapakah Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Pulau Pinang meningkatkan berkali-kali ganda peruntukan tahunan untuk hal ehwal Islam? Kenapakah di Pulau Pinang jauh lebih banyak bantuan diberi berbanding dengan Kerajaan BN untuk pembesaran tapak perkuburan, pembangunan Sekolah Agama Rakyat dan program-program sambutan kebesaran Islam?

Di samping itu, baru-baru ini Utusan Malaysia telah didapati bersalah dan diarahkan membayar RM200,000 kerana memfitnah Lim Guan Eng dan kerajaan pimpinannya sebagai anti-Melayu dan anti-Islam. Keputusan mahkamah ini adalah bukti yang paling nyata bahawa DAP tidak pernah mengambil pendekatan yang mencabar teras-teras kenegaraan dan kemasyarakatan di negara kita.

Dengan fitnah dan tuduhan yang melampau ini, peranan Hasan Ali sebagai musuh dalam selimut sudah tidak diragui. Sesungguhnya seseorang yang begitu cepat berpaling tadah dan menyongsangkan pendiriannya tidak layak dipercayai.




Penulis adalah Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.

ZAIRIL KHIR JOHARI

Ahli politik tak cerdik dan gelojoh

Kelulusan akademiknya tinggi. Sampai Phd. Kat Amerika lagi ohh. Masa dalam gomen, beso pangkatnya. Pernah jadi Pangarah BTN. Pakar motivasi dan macam-macam lagilah jawatan yang pernah dipegang oleh orang tua ni. Lepas tu bila Anwar kena pecat, PAS menjadi pilihan hati sebagai platform baru meneruskan perjuangannya. Almaklum sajalah waktu tu berbondong-bondong rakyat masuk PAS. Termasuklah segelintir puak-puak JIM dan ABIM.

Masa tu Pejabat Agong PAS tak menang tangan nak proses permohonan ahli baru. Termasuklah diri den sendiri yang ketika itu bertugas sebagai SU Kerja Badan Perhubungan PAS Johor, boleh melecet jari ni dok key-in data keahlian baru PAS Johor.

Saat tu memang negara dilanda tsunami politik yang hebat. Secara zahirnya, umum melihat seolah-olah nyawa UMNO BN akan tercabut dalam PRU10 dan kerajaan baru Barisan Alternatif bakal memerintah.

Mungkin itulah yang dirasakan oleh orang seperti Hasan Ali, puak-puak JIM dan ABIM yang melihat inilah peluang terbaik untuk menempatkan diri dalam posisi kepimpinan PAS samada di peringkat pusat maupun negeri. Manalah tahu kot-kot BA memerintah.

Dan hari ini kita lihat sendiri apa yang Hasan Ali buat. Mula buat perangai sejak dilantik menjadi Exco kerajaan PR Selangor. Khabarnya, ia berpunca apabila beliau tidak dilantik sebagai MB. Memang pun tak boleh lantik dia sebab majoriti kerusi ADUN di Selangor dikuasai oleh PKR.

Malangnya si ahli politik tidak bijak dan gelojoh itu termakan dengan mainan saraf puak-puak UMNO Selangor yang memberitahunya bahawa Sultan lebih suka kalau dia yang jadi MB.

Biasalah... bila dah gila pangkat, cerdik macamana pun boleh hilang pertimbangan akal yang rasional. Jangan disamakan situasi di Perak. Nizar dipilih sebagai MB kerana telah termaktub dalam peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri bahawa MB mesti dilantik dari kalangan orang Islam.

Jelas sekali Hasan Ali telah termakan 'racun' yang dihidangkan oleh UMNO. Seingat penulis, sepanjang menjalankan tugas sebagai Exco, beliau tak pernah menghentam UMNO walau dia sendiri tahu bahawa segala macam jenis pusat hiburan dan maksiat, premis judi dan arak yang bertaburan di sekitar bandar-bandar utama di Selangor adalah hasil pemerintahan UMNO BN selama ini.

Soalnya, kenapa hari ini beliau menyerang Pakatan Rakyat dan peribadi Anwar. Lebih lucu lagi dia mendakwa Pakatan akan memberi ancaman kepada Islam. Ehhh... lupakah dia siapa sebenarnya musuh utama Islam tanahair?

Memang benarlah bekas Pesuruhjaya PAS ini dah meroyan. Macamana tak meroyan. Dia ingat PAS tak berani nak pecat dia. Jadi sempatlah juga jadi Exco Kanan hingga pembubaran DUN. Rupanya perhitungan politiknya tersasar jauh.

Tak tahulah samada bekas Pengarah BTN ni sedar ataupun tidak. Dalam isu Bob Lokman ditahan oleh JAIS kerana memberi kuliah tanpa permit, bagaimana dia sendiri boleh menyokong tindakan itu. Bukankah dia sendiri tahu penahanan itu dibuat atas arahan UMNO. Ke mana perginya kuasa dia sebagai Exco Agama Negeri.

Pada fikiran penulis, zahirnya saja dia sebagai Exco Agama Pakatan Rakyat namun hakikatnya lebih tunduk kepada kemahuan golongan munafiq UMNO yang lebih jahat daripada kafir.

Inilah masalahnya bila merasakan diri dah cukup pandai. Langsung tak mahu ambil pengajaran daripada pendekatan yang diambil oleh parti AKP Turki dan An Nadha Tunisia.

Kita tengok sejauh mana dia boleh pergi. Yang pasti memang dia nak keluar PAS tapi takut kerana terikat dengan Bai'ah. Jadi, bila dipecat dari PAS, maka selamatlah dia di satu sudut. Di sudut lain, wallahu'alam.

Waima apa pun, moga Allah SWT beri hidayah dan petunjuk padanya agar tidak terlalu jauh menyimpang daripada jalan yang lurus.

Tuesday, January 31, 2012

Murtad pasal sekular

Rasanya beberapa posting sebelum ni, penulis telah kemukakan hujah para Ulama' Muktabar yang bertunjangkan Al Qur'an dan Hadis yang menjelaskan bahawa Aqidah boleh rosak dek sekular. Samada yang melaksanakan dasar sistem toghut itu atau yang menyokongnya, mereka semua telah terkeluar dari Islam walau masih bersolat, puasa, zakat dan haji KECUALI bagi mereka yang segera meninggalkannya dan bertaubat.

Di sini penulis nukilkan semula hujah beberapa orang Ulama' Muktabar itu.

Pertama : Fatwa Almarhum Syeikh Mustafa Sabri (mantan Mufti Kerajaan Khilafah Uthmaniyyah Turki) menegaskan;

"Jalan pintas untuk jadi kafir ialah dengan memisahkan agama dari politik"

SEKULAR merupakan ajaran Kristian yang memisahkan agama dari politik (pemerintahan). Dan UMNO sendiri merupakan sebuah parti berfahaman sekular. Maka tidak hairan bila UMNO memerintah negara ini dengan dasar sekularnya.

Kedua : Fatwa Almarhum Prof Dr Hamka dalam menafsirkan ayat Qu'ran dalam Surah Al An'am, ayat 159. Tegasnya;

"Barangsiapa yang ada keyakinan dalam hati bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam, maka kafirlah mereka walau masih bersolat."

Ketiga : Fatwa Prof Dr Yusof Al Qardawi berbunyi;

"Mana-mana individu Muslim yang menyokong sekular, hilang Islamnya dan kekal dalam neraka."

Menyentuh soal isu murtad yang melanda negara selama ini, akhirnya Pengerusi TERAS, Cikgu Azmi sendiri mengakui bahawa dasar sekular kerajaan punca gejala itu berlaku.

Baguihlah sebab kali ini Cikgu Azmi sendiri buat kenyataan secara terbuka.

Hanya ada satu jalan penyelesaian saja bagi menangani isu murtad ini. Yaitu kena jatuhkan terlebih dahulu paksi segala kejahatan dalam negara. Sapa dia? UMNO.

Bagi orang Islam yang masih nak dok pertahankan parti Melayu Munafiq hapraq tu, sila fikir dan renung-renungkan dahulu apa natijahnya nanti bila mati kalau tak sempat bertaubat.

Wallahu'alam

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger