Tuesday, March 30, 2010

Anwar kemuka dokumen kaitkan Apco-Israel-1M'sia

"Bolehkah perdana menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan Apco?

Perdana Menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum Apco secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur."

Ketua pembangkang Datuk
Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Worldwide Sdn Bhd dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.

"Sehingga kini Perdana Menteri belum pun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit, peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan," katanya

Kerajaan sebelum ini mengesahkan melantik Syarikat Apco Worldwide Sdn Bhd dalam melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara "menyeluruh," selain melakukan program mempromosi dan mengurus imej negara di peringkat antarabangsa.

Apco juga mengeluarkan kenyataan berkaitan penglibatan mereka, dengan menyatakan bahawa mereka menyediakan sokongan komunikasi terhadap usaha-usaha reformasi kerajaan.

Penjelasan yang dibuat melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon dan ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat sebelum ini, juga dibacakan semula oleh Anwar.

"Penafian yang dibuat oleh Apco itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran perdana menteri sekarang.

"Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato' Sri Najib Razak, atau Dato' Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya," kata Anwar seterusnya ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini.

Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggungjawab memperkenalkan Apco kepada perdana menteri.

Anwar dalam pada itu turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel

"Bolehkah Perdana Menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan Apco?

"Perdana Menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum Apco secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur.

"Paul Stadlen yang kini mengetuai Apco di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO Apco dan invdividu penting yang terlibat dengan akaun di Israel," tambanya.

Anwar menamakan individu berkenaan dalam menjelaskan bentuk hubungan dan modus operandi Apco dalam membentuk pertalian dengan kerajaan yang melantik syarikat itu melalui firma bersekutu

"Apco dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin "associates") di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.

"Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada Apco

"Jadi kontrak-kontrak yang melantik Apco tidak semestinya di antara Apco dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu Apco tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari Apco.

"Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International.

"Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO Apco," katanya.

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Katanya lagi, kontrak Malaysia dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.

Anwar membuat penjelasan hari ini bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel.

Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata, wakil Rembau ingin mengalih tumpuan terhadap penglibatannya dan Omar Mustapha dalam Ethos Consulting.

"Isunya sekarang adalah wakil Rembau ingin lari daripada isu penglibatan dia dan Omar Mustapha dan Ethos (Consulting) dan tugas yang diberikan kepada Apco yang menjejaskan sekuriti negara kerana peranan perisikan," katanya lagi.

Anwar berkata demikian ketika mengulas mengenai penjelasan Khairy selepas beliau berucap di Dewan Rakyat mengenai kontrak Apco.

Anwar menjelaskan, peranan Apco telah wujud lebih lama sebelum itu melalui syarikat yang dikenali sebagai Mind Teams Sdn Bhd.

"Mind Teams ini adalah syarikat yang ditubuh sebelum Apco. Jadi Apco cuba lari daripada kenyataan seolah-oleh dia hanya berfungsi apabila Apco ditubuhkan.

"Saya ada maklumat bahawa sebelum Apco ditubuhkan, orang sama, pejabat sama, seorang CEO Apco Worldwide, seorang lagi Apco Kuala Lumpur. Jadi maknanya mereka terlibat lebih awal di Kuala Lumpur," katanya. - malaysiakini

Artikel berkaitan di sini

UMNO - MIC : Retak menanti belah

Memang pada zahirnya macam tak ada apa-apa. Tapi percayalah, hubungan antara UMNO dan rakan komponennya sebenarnya runcing di dalam. Ibarat api dalam sekam. Luar nampak biasa saja tapi sebelah dalam panas.... Apatah lagi insiden berbaur perkauman ketika Pegawai Khas Najib berucap di Melaka pada Januari lalu. Kemudian ditambah pulak kebebalan Perkasa di bawah Raja Katak yang jelas 'membenci' Cina. Nampaknya senjata 'keris perkauman' UMNO mula makan tuan.

Terkini, UMNO 'meminta' MIC menyerahkan kerusi Parlimen Hulu Selangor kepada mereka atas faktor akar umbi yang menolak calon MIC bertanding pada kali ini.

'MIC digesa berkorban serah Hulu S'gor pada Umno'

MIC diminta berkorban dengan menyerahkan kerusi parlimen Hulu Selangor kepada Umno yang lebih berpeluang untuk merampasnya semula dalam pilihan raya kecil akan datang.

Kerusi tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya dari PKR, Datuk Zainal Abibin Ahmad yang meninggalkan kerana barah otak, khamis lalu.

"MIC kena berkorban, pilihan raya kecil ini penting kerana ia adalah pertama kali di Selangor selepas (negeri itu) terlepas kepada Pakatan Rakyat," kata sumber Umno Selangor.

"Ia akan menjadi kayu pengukur, apa salahnya (diberikan kepada Umno) kerana ia adalah kejayaan parti, bukan kejayaan individu atau kejayaan sesuatu kaum.

"Dalam pilihan raya umum ke-12 kita kena ambil kira pandangan akar umbi. Atas semangat persefahaman kita akan serah salah satu daripada kerusi milik umno kepada MIC.

Sumber-sumber itu berkata, sebagai gantinya, pucuk pimpinan parti barangkali boleh menjanjikan mana-mana kerusi milik Umno untuk diserahkan kepada MIC.

Menurutnya, selama ini, Umno memberikan kerusi sama ada parlimen atau DUN untuk ditandingi calon MIC di kawasan yang majoriti pengundi Melayu, antanya di parlimen Kota Raja dan DUN Batu Caves, Sri Andalas dan Ijok.

"Kerusi yang ditandingi MIC majoriti pengundinya adalah orang Melayu. Umno berikan atas dasar persefahaman (sebagai komponen BN) dan Umno memberi MIC peluang untuk bertanding di situ.

"Oleh itu, kita hendak kepada pengorbanan MIC (serahkan kerusi parlimen Hulu Selangor), supaya pilihan raya kecil kali ini menjadi mudah (untuk menang)," katanya.

Sumber-sumber itu berkata, berdasarkan tanda atau isyarat dalam pilihan raya yang lalu, terdapat penolakan akar umbi terhadap calon MIC yang bertanding.

"Berdasarkan konsep 'rakyat didahulukan' apa salahnya mengambil kira pandangan akar umbi. Pengorbanan MIC amat kita harapkan. Namun, ini tidak bererti kita mengingkari persahabatan dalam BN.

"Pengorbanan MIC dalam pilihan raya kecil ini amat penting supaya BN diterima kembali di Selangor. Kita letak calon pilihan akar umbi," katanya.

Menurutnya, terdapat ramai calon dari Umno yang layak dipertimbangkan, antaranya, naib ketua bahagian, Datuk Adnan Buyong; setiausaha bahagian, Nazri Dahalan; ketua Pemuda, Mahmud Kassim dan juga ketua Wanita bahagian, Rosni Sahar yang juga setiausaha wanita Umno pusat.

Sementara itu, BN Selangor yang bermesyuarat malam tadi telah membincangkan mengenai persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Mesyuarat selama dua jam setengah itu dihadiri oleh 70 pemimpin BN negeri dari Umno, MCA, MIC, Gerakan dan PPP.

Bagaimanapun, Malaysiakini dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut tidak menyentuhkan tentang calon BN yang bakal bertanding di situ.

Difahamkan, pengarah pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Noh Omar yang mempengerusi mesyuarat tersebut, memaklumkan bahawa pemilihan calon akan diputuskan oleh pucuk pimpinan BN pusat.- malaysiakini.

Monday, March 29, 2010

Gerakan : Ucapan Mahathir 'jijik'

Ketua Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nam menyelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peranannya merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Dalam kenyataannya hari ini Teng juga membidas negarawan itu yang menyampaikan ucapan yang didakwanya bersifat perkauman dan 'menjijikan'.

Teng berkata Mahathir juga menggunakan peluang berucapa di perhimpunan "NGO pelampau kanan Melayu" untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan konsep 1Malaysia yang diperjuangkannya.

“Perkasa mempunyai pemikir yang merupakan pelampau bangsa dan agama. Ia jelas bertentangan dengan idea tolak ansur, berniat baik serta konsep harmoni sosial yang cuba diterapkan dalam 1Malaysia,” kata Teng.

Pemimpin Gerakan itu merujuk kepada AGM Perkasa Sabtu lalu yang antara lain menyaksikan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada masyarkat Cina agar tidak memeras ugut kerajaan.

Mahathir adalah antara segelintir pemimpin dan bekas pemimpin Umno yang menghadiri mesyuarat itu. Yang lain termasuk anaknya, Datuk Mukhriz yang juga timbalan menteri perdanganan antarabangsa dan industri serta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

-malaysiakini

Waspada ! Sentimen perkauman digendang semula....

BERHATI-HATI dengan sentimen perkauman 'ala Nazi' yang sedang 'digendang' oleh Perkasa ketika ini. Beberapa kenyataan yang dibuat begitu jelas mahu 'menyalakan' semula api perkauman dalam negara. Antaranya 'Jangan tunduk desakan, ugutan parti Cina'.

Begitu jelas kebodohan Ibrahim Ali dan Perkasa pimpinannya. Si Raja Katak dan barisan pimpinan Perkasa harus sedar dirilah sikit. Jangan asyik mengekploitasi isu Melayu tak habis-habis. Dah 52 tahun beb orang Melayu masih dok takuk lama. Jika UMNO sendiri yang mendakwa dirinya sebagai pembela Melayu pun boleh mengkhianati bangsa sendiri, inikan pula sebuah NGO yang terhegeh-hegeh nak tunjuk jantan nak bela Melayu. Geli geleman hamba tengkok drama meloya ni.

Apakah selama ini Perkasa buta mata hati atau sengaja buat bodoh ? Lupakah mereka siapa yang memerintah negara sejak merdeka ? Persoalannya ;

- Apa yang kamu buat sewaktu Mahathir Mohamed membuang biasiswa anak Melayu dan Bumiputera sedangkan ianya dijamin oleh Perlembagaan ?

- Apa yang kamu buat bila ramai anak orang Melayu dimurtadkan ?

- Mengapa kamu berdiam diri bila UMNO merampas hak royalti minyak rakyat Terengganu dan Kelantan sedangkan lebih 80% penduduk kedua-dua negeri ini orang Melayu.

- Kenapa senyap bila para peneroka Felda ditipu ?

- Di mana kamu dalam isu setinggan ?

Udah-udahlah tu. Tak usah jadi sang munafiq. Perjuangan bangsa tiada dalam kamus Islam.

Pelik sungguh aku melihat telatah si Raja Katak ni. Nak kata bodoh, belajar sampai universiti. Nak kata bebal, pernah jadi Timbalan Menteri. Yang dok sibuk tak habis-habis dengan sentimen perkauman ni pasal apa ? Apakah Ibrahim Ali dah hilang pedoman atau memang gila kuasa kerana dah mula merasakan karier politiknya di Pasir Mas akan terus berkubur selepas ini.

Bukannya si Ibrahim Ali tak tahu yang umat Melayu hari ini jauh ketinggalan dalam segala bidang dek perbuatan UMNO sendiri. Yang tak pasal-pasal nak marahkan parti orang Cina tu pasai apa ? Habis tu MCA dan Gerakan yang jadi rakan UMNO dalam BN tu bukan parti Cina ? Yang hang dok marah sangat dengan DAP tu pasal apa sehingga buat demo kat Penang bakar patung Guan Eng hanya kerana sebiji dua gerai Melayu yang tidak dibenarkan berniaga kerana tiada lesen dari PBT. Lepas tu tiada sebarang memorandum ditandatangani dan diserahkan kepada KM Penang. Kenapa tak berani turunkan signature ?

Kerajaan DAP-PR baru je 2 tahun memerintah, tapi bukan main lagi UMNO dan Perkasa mendakwa orang Melayu Pulau Pinang dipinggirkan oleh DAP. Kenapa hangpa tak menyalak sewaktu Gerakan-BN memerintah selama berbelas tahun ? Dan apa yang telah UMNO perbuat untuk bela Melayu Balik Pulau sepanjang tempoh itu ?

Isu sebenarnya bukan kerana Melayu tapi dek kerana hati sakit dan gila kuasa. UMNO/BN tak boleh terima hakikat rakyat Penang menolak mereka dalam PRU12.

Lebih menyiatkan hati para pemimpin UMNO bila mana kerajaan DAP-Pakatan Rakyat memerintah secara telus, amanah dan berintegriti. Segala projek kerajaan negeri dibuat secara tender terbuka dan banyak syarikat kontraktor Melayu yang berjaya dapat kerja. Tiada sebarang tol atau rasuah.

Umat Melayu perlu sedar dan insaf akan segala tektik kotor UMNO dan juga pecacainya Perkasa dalam 'memanaskan' semula sentimen perkauman ini. Segala tindak-tanduk Perkasa mutakhir ini sebenarnya tidak lebih daripada menjadi alat UMNO untuk memulihkan kembali sokongan orang Melayu terhadap parti itu dalam PRU13 nanti.

Sampai bilakah kita mahu terus diperbodohkan dengan permainan politik sempit ini ? Lupakah kita di mana saja negara dunia ini pasti terdiri dari pelbagai lapisan bangsa dan agama. Memang tak boleh dielakkan kerana ianya adalah Sunnatullah. Justeru, ianya tidak perlu dipersoalkan lagi.

Dalam konteks Melayu ketinggalan dalam segala bidang, kita nak salahkan siapa ? Kalau parti Cina yang memerintah dan orangnya jadi PM, bolehlah juga kita kata mereka sengaja mengenepikan orang Melayu. Persoalannya sekarang bukan mereka yang perintah negara sejak merdeka tetapi UMNO, parti Melayu hapraq. Patutnya marahlah kat UMNO, bukan pada parti Cina. Yang tak pasal-pasal melenting salahkan Cina tu pasai apa ? Bebal sungguhlah Perkasa ni macam kaptennya jugak.

Bukan setakat gagal, malah umat Melayu dan Bumiputera terus ditipu hidup-hidup dengan pelbagai aneka propaganda. Lebih malang lagi bila mana orang Melayu sendiri terus merelakan diri mereka diperalatkan semahunya oleh UMNO sehingga ke hari ini.

Yang pasti, tindakan Perkasa ini akan merugikan UMNO sendiri sebab umum melihat gelagat Ibrahim Ali dan NGO-nya hanyalah semata-mata untuk memberi 'nyawa' pada bosnya.

Kembali kepada Islam

Dalam sejarah tamaddun manusia, tiada bukti menunjukkan perjuangan bangsa ini mampu mencapai kejayaan hakiki malah akan mengundang permusuhan kaum dan peperangan. Sejarah pemerintahan Nazi-Hitler yang memusuhi Yahudi, akhirnya pupus begitu saja mengikut Hitler ke dalam kubur. Peperangan antara Bosnia-Serbia yang berpunca daripada permusuhan etnik dan berakhir dengan kemusnahan nyawa dan harta-benda. Begitu juga Dasar Apartheid di Afrika yang membezakan warna kulit sehingga menimbulkan api permusuhan yang begitu kuat dan berlaku pembunuhan namun ianya berkubur begitu saja. Dan banyak lagi bukti kegagalan fahaman dan doktrin Assobiyah ini. Semuanya gagal dan meninggalkan parut yang dalam.

Heran sungguh melihat Perkasa ni. Anggotanya semua Islam tapi sayang masih dok jahil gitu jugalah. Macam UMNO juga. Agaknya orang Perkasa ni sejak lahir masih dok tak faham Al-Qur'an dan Sunnah. Yang peliknya tu kalau dalam bab sambut Maulidul Rasul, bukan main lagi mereka berarak dan berselawat. Kalau di Johor sampai berbulan lamanya majlis sambutan ini dibuat di seluruh pelusuk masjid dan surau namun masih juga tak faham-faham apa yang Rasulullah S.A.W. perjuangkan sepanjang 23 tahun.

Apakah Perkasa lupa Al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah merupakan panduan dan Undang-Undang lengkap bagi seluruh umat manusia di dunia ini. Dan Rasulullah sendiri diperakui oleh Allah sebagai insan yang tinggi budi pekertinya serta menjadi contoh ikutan yang terbaik. Segala tingkah-laku dan akhlak Baginda adalah Al-Qur'an.

Sapa yang dok ajar Perkasa ni perjuangkan bangsa ? Takkan dok tak sedaq-sedaq lagi segala kepincangan dan kelemahan bangsa Melayu hari ini berpunca daripada fahaman sesat Assobiyah bawaan UMNO sejak dulu lagi. Sebab itulah Allah SWT hinakan umat Melayu yang ada hari ini kerana terus-menerus bersama UMNO yang menolak Islam. Disebabkan dasar pemerintahan sekular Kristian yang menjadi pilihan majoriti orang Melayu di tanahair, maka terimalah saja akibat daripada kesalahan sendiri.

Janganlah dok menuding jari ke pihak lain sedangkan diri sendiri yang salah.

Kembalilah kepada Islam yang syumul, nescaya semua masalah akan sirna. Itulah janji Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.

Jazakallah.

Sunday, March 28, 2010

UMNO, Perkasa, Raja Katak dan Melayu...

Setelah sekian lama UMNO membuai umat Melayu dengan 'lagu Melayu', tiba-tiba muncul sang Perkasa pula mahu menjadi hero Melayu. Lebih melucukan bila mana Perkasa seolah-olah mahu tunjuk gah semenjak demonstrasi mengecam Guan Eng di Penang bulan lalu. Loya tekak ni melihat gelagat Raja Katak dan NGO pimpinannya. Tak habis-habis dengan Melayu dan keris... Kau orang bawaklah keris tu masuk dalam kubur dan tunjuk kat Munkar Nankir sebagai bukti pejuang Melayu tulen... Keranda kau orang pun cop dengan lambang keris.

Kita boleh faham apakah tujuan Raja Katak Malaysia ni beriya-iya sangat menggunakan platform NGO ini. Seluruh tanahair sudah begitu kenal dengan si Bapak Munafiq Melayu ni. Dulu sewaktu zaman Mahathir, si katak ni bukan main mengampu lagi UMNO. Lepas tu UMNO tendang dia jadi bebas. Masa Pak Lah memerintah, bukan main lagi dia hentam Pak Lah dan UMNO. Sebelum menjelang PRU12, dia tunjuk alim dan berbaik dengan pimpinan PAS Kelantan. Rupanya 'baik' itu ada makna.

Menjelang PRU12, si Raja Katak ini memohon jasa baik PAS Kelantan agar membenarkannya bertanding satu lawan satu dengan BN atas tiket Bebas tapi menggunakan lambang PAS. Atas prinsip dan dasar Islam yang menjadi pegangan PAS, akhirnya PAS Kelantan merestui permintaan si katak ni dengan husnul dzan (baik sangka). Bukan setakat itu saja malah YDP PAS Pasir Mas, Ustaz Ismail Noh sanggup menarik diri bagi memberi lalu kepada manusia tak guna ni.

Belum pun sampai setahun usia PRU12, si Raja Katak ini sudah mula menunjukkan belang kemunafiqannya bila mana menghentam PAS secara terang-terangan di dalam ceramahnya.

Inikah jenis manusia yang kita mahukan sebagai pemimpin? Jika dia sanggup mengkhianati rakan yang pernah menghulurkan pertolongan sehingga berjaya ke Parlimen, jangan mimpilah Perkasa yang dipimpinnya mampu membela Melayu.

Semuanya ini adalah gimik dan tipu-daya si Ibrahim Ali. Dia hanya memperalatkan Perkasa sebagai platformnya untuk mendapat tempat semula dalam UMNO. Kita tunggu dan lihat saja apa yang akan berlaku nanti bila PRU13 semakin dekat.

Si katak ni hanya menunggu saja Najib buka mulut mempelawanya kembali pada UMNO dan menjanjikannya jawatan dalam Kabinet. Perkasa hanyalah sebagai instrumen untuk mempopularkan dirinya di kaca mata orang Melayu.

Memang tak dinafikan, selagi mana mentaliti umat Melayu berada di takuk lama dan ditambah pula fahaman sesat sekular masih bersarang dalam jiwa, maka selagi itulah NGO seperti Perkasa ini akan dilihat macam beriya-iya benar nak bela bangsa Melayu. Lalu, umat Melayu terus berharap dan mengharap agar ianya menjadi kenyataan... Hujungnya ditipu lagi. Lepas tu wujud pulak NGO lain nak jadi hero Melayu. Nama pun lain... bukan lagi Perkasa tapi Raksaksa....

Bagi saya, Ibrahim Ali ni umpama besi buruk yang sudah lama diletakkan di pusat kitar semula. Namun oleh kerana badan 'kereta buruk' UMNO sudah terlampau uzur, maka dikutiplah juga besi buruk ni untuk menampal badan yang sudah berlubang.

Di mana letaknya minda dan kewarasan kita ?

Pernahkah kita bertanya kenapa setelah 52 tahun UMNO memerintah namun nasib bangsa Melayu tetap tidak berubah. Masih ditakuk lama malah semakin buruk lagi dengan pelbagai masalah sosial, maksiat, jenayah dan murtad.

Pemimpin UMNO selalu sebut yang UMNO telah berjaya melahirkan Melayu jutawan dan korporat? Melayu mana yang dimaksudkan? Adakah orang Melayu yang di bawah atau golongan Melayu elit yang berada di sekeliling pemimpin atasan UMNO?

Adakah boleh kita katakan berjaya melahirkan Melayu korporat dengan melahirkan jutawan segera ? Jutawa 20% ? Jutawan AP ? Jutawan ahli keluarga dan kroni ? Lepas tu bila kompeni dah nak bankrap dan banyak hutang, wang rakyat yang jadi mangsa untuk operasi menyelamatkan syarikat anak-beranak, ahli keluarga dan kroni. Adakah ini yang dimaksudkan berjaya oleh UMNO ? Hanya orang yang paling bodoh dalam dunia saja boleh percaya dan termakan dakwaan sebegini.

Cara UMNO melahirkan jutawan 'kesayangan' mereka telah mengakibatkan ekonomi negara menjadi kacau-bilau. Wang rakyat dibazirkan sesuka-hati sehingga perbelanjaan melebihi kemampuan. Apa taknya jika projek yang bernilai RM40 juta, boleh jadi RM60 juta. Sebab RM20 juta akan dibahagi-bahagikan kepada parti-parti komponen BN dan selebihnya masuk ke kocek tuan-punya syarikat yang dikurniakan projek. Yang performs projek bukan mereka tapi diserahkan kepada kontraktor Cina.

Cuba tanya kat Ibrahim Ali, berapa juta dia dapat daripada projek pembinaan jambatan Pasir Mas sewaktu beliau menjadi Timbalan Menteri di zaman Mahathir ?

Sebab itulah si Raja Katak ni tak pandang pun elaun Parlimen kerana duitnya dah melambak dalam bank. Saham judi lagi entah berapa juta. Patutlah si Raja Katak ini tak dapat hidayah Allah untuk menyertai PAS sebab ada saham judi.

Perjuangan Melayu

Kenapalah kita yang mengaku Islam masih lagi dok percaya dengan fahaman songsang Assobiyah (kebangsaan) ini. Takkanlah kita nak biarkan diri terus-menerus jahil dari dulu, kini dan selamanya.

Islam tidak pernah mengajar kita untuk memperjuangkan bangsa. Lupakah kita bahawa Allah SWT memang sengaja menciptakan manusia ini terdiri dari pelbagai bangsa dan warna kulit. Juga memerintahkan kita agar saling berkenalan antara satu sama lain. Yang membezakan kita di sisi Allah ialah siapa yang beriman kepada-Nya atau tidak.

Rasulullah S.A.W. sendiri pernah bersabda "Barangsiapa yang berjuang atas dasar Assobiyah, maka mereka bukanlah dari kalangan kami."

Dari maksud Hadis ini jelas kepada kita perjuangan atas dasar bangsa ditolak oleh Islam. Jadi, apa bodohnya kita boleh terus terpedaya dengan laungan UMNO dan Perkasa ini.

Hari ini kita sendiri boleh lihat bagaimana Allah SWT hinakan orang Melayu. Cuba kita tanya, siapa yang menjuarai penagihan dadah, gejala maksiat, kerosakan akhlak, kemiskinan. Siapa yang memenuhi sebarang pertandingan di pentas-pentas hiburan anjuran TV dan Astro ? Lihat sendiri bagaimana gelagat artis Melayu di belakang tabir ? Dan banyak lagi senario mengaibkan yang melibatkan Melayu...

Persoalannya sekarang ialah kita sendiri. Mengapa kita yang Islam ini masih degil dan tak mahu melakukan hijrah dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Tidak cukupkah lagi segala masalah dan kerosakan yang sedang melanda orang Melayu hari ini. Lupakah kita dengan kisah kaum 'Ad yang dimusnahkan oleh Allah ? Lupakah kita bagaimana ratusan ribu rakyat Aceh mati serta-merta dalam ombak Tsunami ?

Ingatlah, jangan sekali-kali kita mengundang dan menambahkan lagi kemurkaan Allah dengan terus-menerus membiarkan UMNO memerintah negara. Percayalah segala propaganda UMNO dan Perkasa yang nak membela Melayu itu hanyalah gimik dan penipuan semata-mata bagi melenakan terus orang Melayu yang telah lama tersesat jalan akibat berkiblatkan fahaman sekular Kristian bawaan UMNO.

Selagi mana kita tidak kembali kepada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah secara menyeluruh, maka selagi itulah Allah SWT akan menghina dan melaknati kita semua dengan menurunkan pelbagai bala' dan kesusahan sebagaimana yang sedang dialami oleh majoriti orang Melayu ketika ini.

Bagi saya UMNO, Perkasa dan Ibrahim Ali tidak ada bezanya. Nama saja berbeza tetapi mereka lahir dari perut sekular yang sama.

Wassalam.

Wednesday, March 24, 2010

Politik Sarawak : Retakan SPDP bakal mengundang malapetaka BN Sarawak?

Khabar tersebar bahawa Taib Mahmud berhasrat untuk menaikkan anaknya, Sulaiman Abdul Rahman agar mewarisi tempatnya supaya lagenda penguasaan politik Sarawak oleh kerabat Melanau bersinambungan. Seandainya khabar ini benar, ia bakal mencungkil ketidakpuasan dalam parti, malah sentimen ini mungkin mengombak sehingga mengkaramkan dinasti BN di Sarawak.

Kemelut dalaman Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), yang tercetus kerana percaturan politik "dalang di sebaliknya", bakal mengundang malapetaka yang akhirnya memberi ruang kepada pembangkang untuk menggulingkan kerajaan negeri Barisan Nasional di Sarawak?

Langkah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semakin hampir. Menurut pandangan sama ada pemerintah mahupun pembangkang di Sarawak, seandainya krisis yang melanda SPDP, parti komponen BN ketiga terbesar di Sarawak gagal dikawal, malah merebak ke Partai Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), maka Pakatan Rakyat berkemungkinan untuk melakukan kejutan di bumi kenyalang ini.

Parti komponen dominan BN Sarawak, PBB kini dibelenggu dengan pelbagai faktor yang "tidak menentu". Usia beberapa pemimpin tertinggi sudah lanjut, termasuk Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib bin Mahmud (74 tahun), tetapi belum pula diberi kata putus siapakah penggantinya selepas ini.

Khabar tersebar bahawa Taib Mahmud berhasrat untuk menaikkan anaknya, Sulaiman Abdul Rahman agar mewarisi tempatnya supaya lagenda penguasaan politik Sarawak oleh kerabat Melanau bersinambungan. Seandainya khabar ini benar, ia bakal mencungkil ketidakpuasan dalam parti, malah sentimen ini mungkin mengombak sehingga mengkaramkan dinasti BN di Sarawak.

Gabungan SPDP dengan PRS

Krisis SPDP tercetus apabila Naib Presidennya, Peter Nansian (gambar kiri) menggerakkan usaha penggabungan SPDP dengan Parti Rakyat Sarawak (PRS), yang diketepikan sekian lama. Puak Peter Nansian tidak berpuas hati dengan presidennya selepas pemilihan parti pada akhir tahun 2009. Dalam keadaan tersepit, lapan orang pimpinan utama SPDP, termasuk penyandang jawatan ahli parlimen mahupun ADUN, menyertai PRS.

Kejadian sebesar ini tidak mungkin berlaku tanpa "agenda" tersembunyi di sebaliknya. Demikianlah tekaan yang bermain dalam otak mereka yang fasih dengan politik tempatan Sarawak. Seandainya SPDP mengamalkan budaya politik "membodek" dan terus berperanan sebagai pak turut, maka ia mungkin kekal tenteram di gelanggang politik Sarawak. Namun, beberapa langkah SPDP baru-baru ini telah memperlihatkan "cita-cita politik"-nya, yang melewati kesabaran PBB.

Agenda tersembunyi: pecah-belahkan Dayak

Antara lapan orang yang menyeberang ke PRS, Peter Nansian adalah seorang ahli politik veteran. Sebagai seorang "Menteri Muda" di Sarawak, mustahil Peter Nansian tidak mengetahui apa akibat daripada tindakannya yang belum dipersetujui kebanyakan anggota parti.

Malah, Presiden PRS, James Masing (gambar kanan) sebenarnya tidak perlu memikul risiko untuk berbalah dengan SPDP, lantaran tindakannya menyambut baik Peter Nansian. Jawapannya amat jelas, segala-gala ini adalah percaturan politik "tokoh" di sebalik tabir. Persoalan siapakah "tokoh" ini, bukan lagi sesuatu yang rahsia.

Percaturan politik sedemikian bukan sesuatu yang baru di bumi kenyalang. Parti komponen BN Sarawak seketika dahulu, Sarawak National Party (SNAP) dan Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) juga dilumpuhkan dengan strategi yang sama. Bermula dari retakan dalaman, dan berakhir dengan pergantungan pendaftarannya. Terdapat persamaan antara kedua-dua parti ini dengan SPDP, iaitu sumber dan kekuatannya berasal dari kaum Dayak.

Sejarah retakan komuniti Dayak

Pada hakikatnya, seandainya diimbas sejarah politik Sarawak, SNAP, PBDS dan SPDP sebenarnya "triniti", kerana kedua-dua PBDS dan SPDP berasal dari SNAP. PBDS ditubuhkan hasil retakan daripada SNAP, malah bertarung antara satu sama lain setelah diangguk oleh Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dalam pilihan raya negeri pada tahun 1983.

Keputusan pilihan raya tersebut memperlihatkan kekuatan yang setanding antara SNAP dengan PBDS, iaitu 50% masing-masing. Lantaran daripada itu, kedua-duanya hilang kedudukan sebagai parti komponen BN kedua terbesar, digantikan oleh Sarawak United People's Party (SUPP).

PBDS tidak berpuas hati dengan senario selepas pilihan raya tahun 1983. Ia dilanjutkan kepada krisis Ming Court pada tahun 1987, yang kemudiannnya menjurus kepada pilihan raya kilat. PBDS bekerjasama dengan Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS) untuk mencabar BN, namun tewas dengan majoriti lima kerusi.

Kesudahan ini menyemai benih kegagalan dalam parti-parti ini. Selepas pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 1991, PBDS sudah tidak terdaya untuk melakukan sesuatu, malah kehilangan lebih kerusi dan terpaksa kembali ke pangkuan BN tanpa syarat. SNAP pula berjaya mengembalikan sebahagian kerusinya, dan berpuas hati dengan kedudukan keempatnya dalam BN Sarawak.

Untuk jangka 10 tahun, politik Sarawak tenang tanpa gelora. Walaupun DAP pernah memenangi dua kerusi DUN pada pilihan raya negeri tahun 1996, tetapi ia tidak memberi apa-apa kesan.

Dayak menguasai 50%

Menjelang tahun 2000, agenda penggabungan antara SNAP dan PBDS diuar-uarkan semula. Ia menjurus kepada kemusnahan kedua-dua parti ini. Penguasaan 50% DUN oleh orang Dayak telah menjadi duri dalam daging untuk kaum lain (tidak termasuk Cina), terutamanya kaum minoriti yang memegang tampuk pimpinan, iaitu Melanau.

Pada tahun 1983, tangan di sebalik tabir politik Sarawak menggunakan pelbagai strategi untuk menyekat kuasa SUPP daripada mengembang, agar Melanau terus menguasai politik Sarawak. Oleh itu, tindakan PBDS dan SNAP untuk membangkitkan semula isu penggabungan dilihat sebagai provokasi.

Setelah agenda penggabung terdedah, SNAP mula terjerat dengan pelbagai masalah, sehingga pendaftaran partinya dilucutkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada November 2002.

Sama ada SPDP, SNAP mahupun PBDS, kesemuanya mengalami kemerosotan selepas itu. Perbalahan puak-puak dalaman parti, kehilangan sokongan dalam pilihan raya dan sebagainya, telah menjurus kepada kemalapan parti-parti tersebut.

SPDP bakal meretak

Pada tahun 2008, isu penggabungan antara SPDP dengan PRS diungkit semula. Apa yang menyusul kemudiannya adalah pertarungan dalam pemilihan parti SPDP. Cubaan demi cubaan dilakukan untuk menggulingkan pimpinan dalam SPDP, bagaimanapun, berakhir dengan kegagalan.

Sesungguhnya pimpinan SPDP berjaya mematahkan serangan ini, tetapi terpaksa mengakur apabila lapan orang pemimpin yang diketuai Peter Nansian, menyeberang ke PRS.

Dalam perkiraan Presiden PRS James Masing, parti komponen yang lain sebenarnya tidak boleh berkembang di bawah dominasi PBB. Daripada 71 DUN Sarawak yang dipertandingkan, PBB diperuntukkan 35, sementara SUPP 19, SPDP 9 dan PRS 8. "Penyeberangan" lapan orang ini telah memperluaskan empayar PRS, seperti yang dicita-citakan James Masing.

Untuk James Masing, sekiranya segala-galanya berjalan dengan lancar, maka hasratnya tercapai; jikalau sebaliknya, BN Sarawak bakal meleraikan perbalahan ini.

Daripada peruntukan kerusi DUN, PBB hanya kekurangan satu kerusi untuk membentuk kerajaan negeri di Sarawak. PBB boleh memilih untuk tidak mengendahkan parti komponen yang lain. Namun, pengembangan pengaruh pembangkang di Sarawak kini membimbangkan PBB, terutamanya di kawasan Iban.

Oleh yang demikian, kemelut politik dalam BN ini telah mencelarukan langkah BN untuk masuk ke gelanggang pilihan raya negeri. Seandainya keadaan tidak terkawal, tidak mustahil kemelut ini akan menjadi ribut politik di bumi kenyalang.

*Jiang Hao Ran ialah penganalisa politik di Sarawak. Tulisan ini diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

-merdekareview

PKR boast over Sarawak polls rankles DAP

Loud proclamations and displays of confidence to conquer Sarawak have yet to translate into real ground support for PKR, with its own allies in the DAP pointing out that the party is in fact the Pakatan Rakyat’s (PR) weakest link and a hindrance to the coalition’s efforts to gain traction there.

KUALA LUMPUR, March 24 - Loud proclamations and displays of confidence to conquer Sarawak have yet to translate into real ground support for PKR, with its own allies in the DAP pointing out that the party is in fact the Pakatan Rakyat’s (PR) weakest link and a hindrance to the coalition’s efforts to gain traction there.

The Malaysian Insider understands that there is growing discontent among PKR’s allies, especially the DAP, over what sources in the party led by Lim Guan Eng have described as its lacklustre initiatives to infiltrate the Barisan Nasional (BN) stronghold.

A DAP source from Sarawak said their party, which has existed in the state for more than two decades, is confident of at least doubling their state seats from six to twelve in the next state election which pundits expect to be conducted in June or July this year.

PAS — the other partner in PR — has an almost inconsequential presence in the state and is not expected to offer anything but a token effort in state polls.

But PKR, who are targetting the majority Dayak vote-bank, remains a deflated force, according to state DAP leaders who are concerned that this may affect the coalition’s performance.

“They just talk and talk but never do anything,” said a top level Sarawak-based DAP leader.

“We have been doing everything there on our own but my people on the ground are telling me that PKR is moving slowly in light of the coming state elections,” he told The Malaysian Insider.

PKR’s target of winning the state, by capturing at least 40 seats out of the 71 is being questioned and criticised as a lofty boast.

DAP leaders in the state are concerned that PKR has yet to quell the “anti-outsider” sentiment among Sarawakians.

State PKR leaders have privately admitted to The Malaysian Insider that the anti-peninsula sentiment remains a major obstacle to overcome.

But they hope the recent appointment of Baru Bian, an Orang Ulu lawyer from the Lun Bawang tribe, would help calm local fears that PKR is just another peninsula-based party ready to exploit the state’s resources.

A deep-rooted distrust of West Malaysians continues to exist in Sarawak, with no peninsula-based parties able to establish a foothold there except for the DAP.

But mindful of the animosity towards the peninsula, the DAP in Sarawak operates almost autonomously from its West Malaysian leadership.

Indeed the fact that Umno does not operate in Sarawak is evidence of anti-federal sentiment.

Instead, an unwritten pact Sarawak’s political elites and Umno, which among others include the state’s total control over its own affairs, has ensured that Sarawak remains a “vote bank” for the ruling coalition.

PKR was forced to accept this reality last year when it had to replace its peninsula-based state leader by appointing Baru as Sarawak chief.

The lawyer has been seen as a hero to many for his fight for Native Customary Rights (NCR), a major issue in Sarawak.

While its state leaders are not happy with its partner, the DAP’s national leadership remains optimistic about the coalition’s chances.

Party stalwart Lim Kit Siang, who was recently on a tour of Sarawak in preparation for the state polls, said the battle against BN in the state was a tough task but not impossible.

“We hope to be able to make major breakthroughs. It’s not going to be an easy job,” he told The Malaysian Insider.

By Syed Jaymal Zahiid and Shazwan Mustafa Kamal

source : themalaysianinsider

Tuesday, March 23, 2010

Seorang lagi ADUN keluar parti...

Baik punya cerita. Sorang lagi ADUN bertindak meninggalkan parti kerana tak puashati. Ada khabar pula menyebut tindakan Yip Sun Onn ini ekoran 'marah' kerana digugurkan dari jawatan Exco kerajaan negeri. Tak kisahlah pasai apa pun. Yang penting kita ucapkan tahniah atas kebijaksanaan YB ni.

Rasanya macam satu perlumbaan pulak la ni pasai para YB 'lompat'. Namun pada kali ini berbeza sikit dengan '3 ekor katak puru' PKR yang melompat sebelum ni sebab yang ini ialah ADUN BN Titi Tinggi, Perlis.

Aku sebenornya memang suka bukan setakat para wakil rakyat BN yang melompat, malah kalau ada lagi MP dan ADUN PKR yang nak keluar, dipersilakanlah... Biar cepat sikit PKR berkubur kerana dah banyak menimbulkan masalah pada Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini seorang pimpinan pemuda PAS dari Johor datang bercuti ke Sabah bersama keluarganya. Dan sempat juga aku 'kidnapped' sahabat ni untuk berbual pasal Pakatan Rakyat. Dia bagitau kat aku beberapa perkara, antaranya ;

- DAP sudah hilang kepercayaan kepada PKR ekoran beberapa masalah yang timbul mutakhir ini.

- PKR lemah dan tiada jentera. Ini diakui sendiri oleh Ketua Pemuda PKR Bahagian. Bukan setakat itu saja, malah Ketua Pemuda ni mengakui sejak Anwar menjadi Penasihat, banyak masalah yang timbul dan ramai pimpinan di semua peringkat lemas dalam diam.

- Dalam satu meeting Pakatan Rakyat di peringkat Parlimen P150, DAP meminta PAS yang bertanding di parlimen tersebut, bukannya PKR lagi sewaktu PRU12.

Berbalik isu lompat ni, kali ini BN pulak menghadapi situasi yang tak diduga. Dalam kesibukan Najib melancarkan 'Shopping Spree' untuk membeli 7 orang lagi MP Pakatan Rakyat, tiba-tiba seorang ADUN mereka pulak yang keluar MCA.

Setakat ini, wakil rakyat yang lompat masih didahului oleh Pakatan Rakyat dengan kedudukan 6-1. Dan tidak mustahil BN boleh menyamai 'jaringan' ini jika dilihat kepada senario yang melanda MCA mutakhir ini. Tempoh 'perlawanan' pun masih panjang.

Waima apa pun, sudah sampai masanya kita menjadi rakyat yang cerdik politik. Sudah 52 tahun kita berada di bawah pemerintahan rejim zalim UMNO. Habis segala hak milik dan wang rakyat dirompak, diseleweng dan dibazirkan oleh mereka demi kepentingan peribadi, keluarga dan kroni mereka.

Tidak cukup lagikah dengan segala bukti di depan mata kita? Sebagai seorang Islam, di mana duduknya iman kita selama ini jika terus memberi sokongan kepada golongan pemerintah yang jahat, munafiq dan zalim ini.

Adakah kita lebih percaya dengan cakap-cakap golongan pemimpin munafiq dan sesat yang sedang berkuasa hari ini ? Bukankah Allah dan Rasul-Nya dah bagitau kita semua agar jangan sekali-kali condong dan sokong golongan yang zalim. Jika sokong juga, nescaya kita akan disambar api Neraka.

Kalau sokong orang yang zalim pun dah kena sambar api, apatah lagi menyokong sebuah kerajaan yang terang-terang menentang perlaksanaan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an). Memang confirmlah jadi ahli Nar.

Tak malukah orang UMNO dengan golongan bukan Islam yang mahukan kepimpinan Ulama'. Jika orang yang belum Islam pun boleh nampak keindahan dan keadilan pemerintahan Islam, di mana letaknya kepala otak seluruh ahli dan para penyokong UMNO.

Suka untuk saya sebutkan di sini tentang bagaimana seorang Guru Matematik beragama Hindu yang telah memeluk Islam setelah hatinya tersentuh bila melihat peribadi TG Nik Aziz sebagai MB dan pemerintahan Islam di Kelantan.

Heran saya melihat orang UMNO yang Islam ni. Mengaku Islam tapi masih sokong parti toghut (syaitan) yang berfahaman sekular Kristian sesat. Agaknya seluruh ahli UMNO ni pakai kitab lain kot. Sebab itulah mereka terus sokong parti yang tolak Al-Qur'an.

Ayuh seluruh saudara Islam ku, sudah sampai masanya kita meninggalkan toghut dan kembali kepada cahaya kebenaran (Islam).

Only political change can bring economic reforms, says Ku Li

"To make that leap we need a government capable of promoting radical reform. That is not going to happen without political change. The “radical reform” and not “piecemeal measures” was needed to move the economy forward but strongly suggested that it may not be possible under the present leadership. Confidence in the rule of law is a basic condition of economic growth.”

PETALING JAYA, March 23 — Saying that only political change can bring economic reforms to Malaysia, Tengku Razaleigh Hamzah (picture) last night blamed the Najib administration for crippling the national economy by putting politics ahead of policy reforms.

In his sharpest barb yet directed at Datuk Seri Najib Razak, the Umno veteran urged the prime minister to end race-based affirmative programmes in the New Economic Policy (NEP) drawn up 40 years ago which he said was a cover for “corruption, crony capitalism and money politics”.

“To make that leap we need a government capable of promoting radical reform. That is not going to happen without political change,” the Kelantan prince and former finance minister said when launching the second edition of “No Cowardly Past” by lawyer James Puthucheary here last night. Puthucheary, who was once a politician and economist, died 10 years ago.

The Gua Musang MP mocked Najib for delaying announcing his proposed New Economic Model (NEM) and suggested that the new policy may only be a rehash of the “old” NEP, drawing chuckles from the audience.

The chuckles stopped when the 73-year-old reminded his audience how deeply race-based policies had scored themselves in the minds of the powerful few, noting that the NEP was dragged back to life by Umno Youth six years ago because “it was and remains the most low-cost way to portray oneself as a Malay champion.”

“The NEP is over. I ask the government to have the courage to face up to this,” he added.

He called on the Najib administration to restore independence in public institutions and to overhaul the education system and repeal “repressive laws” such as the Printing Presses Act, the Universities and Colleges Act, the Internal Security Act and the Official Secrets Act.

“Confidence in the rule of law is a basic condition of economic growth,” said the politician popularly known as Ku Li.

Tengku Razaleigh added that “radical reform” and not “piecemeal measures” was needed to move the economy forward but strongly suggested that it may not be possible under the present leadership.

Asked to clarify his meaning, Ku Li explained that Najib needs to move fast and translate his proposed policies into action to plug the swift drain of talent out of the country.

Najib is now in Hong Kong to promote Malaysia to fund managers and investors at the Credit Suisse’s 13th Asian Investment Conference which starts today.

The Prime Minister is due to receive a report on the NEM which he announced when taking office last April. The report and policies will be fully announced in June when Najib tables the 10th Malaysia Plan as the government wants public feedback to shape the NEM.

Malay right-wing groups have said the NEM must be guided by the NEP which was officially abandoned in 1990 and subsumed into the National Development Policy which ran from 1991 to 2000.

Tengku Razaleigh, who was unsuccessful in challenging Najib for the Umno presidency last year, remains a harsh critic of the ruling Barisan Nasional government policies particularly its refusal to give 5 per cent oil royalty to his home state Kelantan.

However, he has pledged loyalty to Umno despite calls to quit his Gua Musang seat and his division leadership. The opposition Pakatan Rakyat has privately urged him to join them but he has declined the offer.

by Debra Chong - themalaysianinsider

Monday, March 22, 2010

Petronas 'anak luar nikah'

Terkejut aku bila dapat tahu rupanya Petronas ini 'anak luar nikah'. Patutlah perangai Petronas ni tak ubah macam 'dajjal' seperti bapaknya UMNO. Sanggup mengkhianati perjanjian royalti dengan Terengganu dan Kelantan. Iyalah, walaupun anak 'luar nikah' tapi kena patuh jugak pada si bapak. Nanti derhaka pulak.

Memang benar kalau bapaknya macam iblis, maka lumrahnya anak pasti jadi iblis juga. Paling koman pun syaitan. Padanlah dulu Petronas tak pernah bayar satu sen pun zakat perniagaan.

Nampaknya hari demi hari pekong UMNO bangsat ini semakin terdedah. Dahlah menubuhkan syarikat petroleum negara secara tak sah, lepas tu terus merampas hak royalti minyak rakyat Terengganu dan Kelantan. Memang celako benor UMNO ni. Belum pernah aku jumpo spesis secelako ini.

Nah! sekarang apo UMNO nak cakap bila rahsia Petronas 'anak luar nikah' dah terdedah. Masih lagi nak bermain api dengan rakyat yang kamu tindas. Dahlah kamu rampas hak royalti rakyat, lepas tu ko bazirkan duit Petronas pada perkaro yang bukan-bukan.

Berapa lama lagi si Najib laknat ni nak bermain sandiwara dengan rakyat? Semakin hari rahsia 'tabung besar' UMNO ni terbongkar. Bukan setakat didedahkan oleh pemimpin pembangkang malahan golongan intelektual universiti yang berpangkat Professor turut sama menjelaskan penubuhan Petronas adalah tidak sah menurut undang-undang.

Najib ingat dia terlampau pandai rupanya bodoh. Inilah akibatnya jika mengkhianati rakyat. Akhirnya perkara yang tak diduga tiba-tiba muncul... Ambik kau.

Apakah Najib masih nak tunggu lebih ramai lagi para Professor buka mulut pasal royalti dan soal Petronas 'anak luar nikah' ni ?

Salam4all.

Aku 'menangis' kesiankan si Musa Hasan

Sehari suntuk aku 'menangis' kerana terlampau 'sedih' bila membaca luahan hati 'insan komil' si Musa Hasan yang terkilan kerana ada pihak ketiga yang bermain politik dalam PDRM. Pihak ni katanya sengaja menimbulkan tekanan terhadapnya dan dilihat sebagai satu usaha mendesak beliau segera meletakkan jawatan.

Kata Uncle Musa lagi, sejak kebelakangan ini banyak arahan terhadap pegawainya datang dari pihak tertentu tanpa pengetahuan beliau sendiri. Sepatutnya arahan kepada para pegawai bawahan mestilah daripada KPN sendiri.

Beliau juga percaya arahan itu datang dari pihak politik atau orang tertentu.

Persoalannya sekarang, kenapa baru sekarang si Musa sibuk pulak nak bela diri dan menuduh pihak ketiga mahu menjatuhkan beliau. Apakah dia lupa selama ini banyak tindakan beliau selari dengan kehendak pimpinan UMNO? Dan adakah Musa lupa bahawa selama ini PDRM telah diperkudakan semahunya oleh parti pemerintah demi nak merealisasikan matlamat politik jijik mereka ?

Lihat saja bagaimana tindakan pihak Polis menahan, menangkap dan mendakwa para pemimpin parti pembangkang dengan pelbagai tuduhan palsu dan tak masuk akal. Tidak mahu keluarkan permit ceramah. Menghalang rakyat berhimpun secara aman. Mengugut rakyat dengan pelbagai akta karut-marut.

Musa tak usahlah nak bersandiwara. Segala pekongnya dah terbongkar. Rakyat tahu penglibatannya dengan sendiket pelacuran, judi, dadah, ah long dan kongsi gelap seperti yang didedahkan oleh mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Yusuff.

Sekarang baru rasa langit tu tinggi atau rendah. Selama ini kamu hanya tunduk dan patuh dengan segala arahan pimpinan atasan UMNO demi nak terus kekal dengan jawatan No.1 PDRM.

Mungkin Musa lupa untuk ambil pengajaran daripada apa yang dialami oleh Rahim Noor dulu. Si Rahim Noor belasah Anwar dalam lokap atas arahan Mahathir. Bila Suruhanjaya Siasatan Diraja menyiasat kes mata lebam Anwar, mendapati Rahim bersalah kerana dengan sengaja memukul Anwar dengan niat membunuh. Akhirnya, bila kes ini dibawa ke Mahkamah, si Rahim didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara sehingga hilang segala elaun dan kelayakan pencennya. Bukan setakat itu saja malah rakyat akan meludah bila ternampak kelibatnya di mana-mana. Malang sungguh si Rahim Noor yang mengakhiri karier sebagai KPN dalam keadaan terhina. Tapi Mahathir bebas lepas.

Begitu juga dengan mantan Peguam Negara Mokhtar Abdullah. Mati dalam keadaan hina. Tak payahlah nak cerita panjang sebab dia sedang 'aman' dalam kubur.

Dan begitu juga nasib seorang lagi Pegawai Tinggi Polis yang di saat akhir hayatnya sangat mengaibkan sehingga ke tahap minum air kencing sendiri. Akhirnya mati hina. Beliau yang bertanggungjawab mengarahkan FRU dan Polis membelasah rakyat dalam Himpunan 100 ribu rakyat di Lebuhraya Kesas dulu.

Musa Hasan kena bertaubat sebelum terlambat. Dia wajib minta maaf pada Anwar Ibrahim dan seluruh pemimpin pembangkang serta rakyat jelata. Setakat minta maaf saja belum cukup kerana dia juga wajib mendedahkan segala kebobrokan PDRM selama ini berpunca daripada siapa...

Ingatlah Musa, para penguasa zalim UMNO tidak pernah peduli tentang nasib kamu dan seluruh anggota Polis yang ada. Mereka hanya memperkudakan PDRM untuk terus kekal berkuasa.

Ingatlah, setiap sen gaji yang dibayar pada kamu setiap bulan adalah wang rakyat. Bukan UMNO punya duit.

Berita lanjut di sini.

Salam pagi Isnin.

Saturday, March 20, 2010

Sokong sekular jatuh kafir...

KALI ini saya menyeru diri sendiri dan para penjenguk blog ini untuk bermuhasabah apakah selama ini disedari atau tidak samada kita berada di landasan yang betul atau sebaliknya. Saya tidak mahu menyentuh persoalan ibadah harian seperti solat kerana saya yakin para pembaca tiada masalah dalam melaksanakan fardu yang lima. Apa yang nak saya sentuh di sini berhubung sikap dan kecondongan kita terhadap mana-mana parti politik yang wujud dalam negara.

Sebagai umat Islam, kita semua tahu apakah dia kalimah Syahadah. Sejujurnya saya sendiri selama ini hanya faham 2 kalimah Tauhid ini hanya secara lahiriah saja yaitu percaya bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah.

OK. Memang kita tahu dan yakin Allah itu Tuhan sekelian alam. Dan Muhammad itu ialah Nabi akhir zaman. Nabi kita semua dan tiada lagi Nabi selepas Baginda S.A.W.

Baiklah. Yang menimbulkan tanda-tanya kita selama ini mengapa Ulama' menyebut "Barangsiapa yang memisahkan agama dengan politik, kafirlah mereka".

Persoalan ini banyak menimbulkan pertelingkahan di kalangan kita umat Islam sebab selama ini kita hanya faham seseorang Muslim itu boleh jatuh kafir bila mereka murtad atau melakukan perbuatan Syirik Jali seperti menyembah berhala, memuja syaitan untuk mendapatkan sesuatu atau menuntut ilmu hitam dan percaya pada keramat.

Dan saya yakin kita semua tidak pernah terlibat dengan semua perbuatan tersebut. Maka sudah tentu kita sukar menerima bila ada yang mengatakan kita kafir hanya semata-mata menyokong UMNO sedangakan pemimpin UMNO adalah orang Melayu Muslim dan majoriti ahlinya juga orang Islam.

Baiklah... sebelum kita pergi jauh lagi, adalah lebih baik kita kenal dulu siapa dia UMNO itu ?

1. UMNO ialah sebuah parti politik yang ditubuhkan pada tahun 1946 dengan nama United Malay National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu).

2. UMNO ialah sebuah parti kebangsaan Melayu yang berfahaman sekular. Ini disahkan sendiri oleh bekas Presiden UMNO, Almarhum Tunku Abd.Rahman.

3. UMNO memerintah negara dengan menggunakan undang-undang sekular yang didraf dan diluluskan oleh Suruhanjaya Reid sebelum Tanah Melayu diberikan taraf merdeka oleh penjajah British.

Saya kira 3 fakta ini sudah cukup untuk kita kenal sapa dia UMNO.

Oleh kerana dasar perjuangan dan fahaman UMNO ialah sekular yang memisahkan agama dengan politik, maka dengan sendirinya UMNO sudah jauh menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Bila UMNO memisahkan agama daripada pemerintahannya, bermakna Islam diketepikan terus dan tidak dijadikan panduan dalam nak memerintah negara. Cara UMNO memerintah sama saja dengan gaya pemimpin Barat dan Eropah malah lebih buruk lagi.

Sebab itulah kita sendiri boleh lihat negara kita dilimpahi dengan arak, aktiviti perjudian, sistem riba', pergaulan bebas, hiburan melampau, pelbagai jenis jenayah dari yang kecil-kecil sehinggalah kepada peringkat pembunuhan kejam menggunakan c-4 explosive. Bukan setakat itu saja malah kegiatan maksiat sudah begitu berleluasa hingga kepada peringkat 'haruan makan anak'. Gejala zina di kalangan remaja sekolah dan universiti sudah menjadi perkara biasa.

Dan paling mengerikan kita bila mana umat Islam yang memilih untuk murtad sudah mencecah angka suku juta orang. Gejala murtad ini boleh berlaku kerana UMNO itu sendiri dah lama murtad. Menolak mentah-mentah Al-Qur'an sebagai undang-undang tertinggi. Lebih percaya kepada Perlembagaan Tanah Melayu yang sekular Kristian itu.

Takkanlah kita sebagai umat Islam tidak boleh menilai secara spontan. Cuba tanya diri sendiri "Tak kafir lagikah jika kita lebih percaya kepada Undang-undang ciptaan manusia daripada Undang-Undang Allah (Al-Qur'an) ?"

Kita perlu sedar Al-Qur'an itu sedia. Bukannya baru. Ianya adalah kalam Allah. Milik mutlak Allah SWT yang Maha Esa lagi Maha Bijaksana.

Bila mana UMNO dengan sengaja menolak Al-Qur'an sebagai Perlembagaan Negara, maka dengan sendirinya jadi kafir. Ini bukan menuduh tetapi terbukti di depan mata UMNO secara terang-terang menolak Hukum Hudud. Bukan setakat itu saja, malah turut menafikan sebahagian besar isi kandungan Al-Qur'an. Sepanjang pemerintahannya, UMNO tidak pernah berusaha untuk menukar perlembagaan sedia ada kepada Al-Qur'an.

Berbalik kepada 2 kalimah Syahadah tadi. Bila mana kita sudah mengucapkan kalimah Tauhid, bermakna kita wajib mengimani seluruhnya isi kandungan Al-Qur'an dan Hadis. Maknanya kita hanya redha dan mahukan politik dan pemerintahan Islam, ekonomi Islam, sistem perbankan Islam dan segala-galanya Islam. Tak boleh sama-sekali kita mengengkari atau menafikannya. Jika kita dengan sengaja engkar atau menafikannya, bermakna terkeluar dari Islam dengan sendirinya.

Begitulah halnya dalam soal menjadi ahli atau menyokong UMNO. Bila kita sendiri dah tahu UMNO itu memang berfahaman sekular tetapi kita tetap terus setia sebagai ahli atau penyokongnya, bermakna kita turut sama redha dengan segala apa yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO selama ini.

Disebabkan undi yang kita berikan kepada seluruh calon UMNO dalam pilihanraya, maka mereka terus-menerus berkuasa sebagai pemerintah. Dengan kuasa itulah, mereka meneruskan pemerintahan sekular Kristian, menolak Hudud, memperlekehkan Hukum Allah, mengeluarkan lesen arak, judi, riba', rasuah dan lain-lain yang bertentangan dengan Islam.

Bila kita redha dengan kekufuran, maka kita turut sama jatuh kafir... Na'uzubillah.

Berhijrahlah segera sebelum terlambat. Kita semua akan mati. Dan kita sendiri tak tahu berapa lama kita tinggal di Alam Barzakh sebelum dibangkitkan semula menuju ke Padang Mahsyar kelak.

Apakah nasib kita bila 'pulang' nanti dengan membawa Aqidah sesat sekular.

Ingatlah, tiada tolak ansur dalam hal yang melibatkan Aqidah Islam.

Jazakallah.

Friday, March 19, 2010

Musa Hasan 'ditampar' mahkamah kali kedua...

Selepas Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu membebaskan Dato' Ramli Yusuff atas dakwaan menyalah-gunakan pesawat Cessna untuk tujuan peribadi, semalam Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pula menolak rayuan SPRM untuk meneruskan pendakwaan terhadap beliau. Hakim Mahkamah Tinggi bersetuju dengan penghakiman Mahkamah Sesyen. Nampaknya para Hakim Borneo ni lebih profesional dan bebas dari 'cengkaman' rejim zalim UMNO/BN. Kalau nak dibandingkan dengan Hakim yang ada di Kuala Lumpur, memang jauh beza bila melibatkan kes berprofil tinggi.

Sebenarnya pendakwaan terhadap Ramli Yusuff ini lebih menjurus kepada niat jahat untuk menyingkirkannya dari PDRM. Ianya jelas bila mana pendakwaan dibuat selepas Ramli Yusuff membuat Akuan Sumpah mendedahkan hubungan KPN Musa Hassan dengan sendiket pelacuran, perjudian, dadah, ah long dan kongsi gelap.

Jika dilihat kepada ranking dan seniority, Dato' Ramli Yusuff memang layak dinaikkan pangkat menjadi KPN selepas Musa. Namun ianya tidak berlaku apabila Pak Lah yang kuat tidur terus melanjutkan tempoh perkhidmatan Musa selama 2 tahun secara kontrak sehingga 14 September 2010.

Dan baru-baru ini ada khabar angin yang mengatakan Musa telah menghantar surat perletakan jawatannya kepada Menteri 'pondan' KDN sejurus Mahkamah Sesyen KK membebaskan Ramli tanpa syarat. Namun Hishamuddin dan Musa menafikannya.

Bak kata Tulang Besi, khabar angin yang tersebar itu sebenarnya benar. Jadi, jangan diketepikan begitu saja. Pepatah ada juga menyebut "Kalau takde C-4 explosive, takkanlah Altantuya boleh hancur..."

Selagi mana UMNO mengetuai kerajaan, tak usahlah kita impikan sebuah negara yang makmur dan sejahtera. Ibarat masukkan seekor unta dalam lubang jarum. Sudah terlampau banyak kekalutan, kekejian, penipuan dan penyelewengan berlaku. Keadilan sebenar dah tak wujud. Keadilan hanya menurut hawa nafsu sang penguasa zalim. Rakyat yang bangkit menentang dianggap sebagai penjenayah dan dituduh boleh menggugat keamanan. Pelbagai akta zalim dan jakun digunakan untuk menyekat kemaraan rakyat bersama pembangkang. Bila kuasa semakin dirasai hilang dari genggaman, maka beraneka macam akta baru dibuat. Menahan dan mendakwa para pemimpin pembangkang yang berpengaruh dengan pelbagai tuduhan palsu.

Seluruh instrumen dan saluran media milik pembangkang disekat dengan pelbagai cara bagi menghalang maklumat sampai ke akar umbi. Namun mutakhir ini ruang cyber dijadikan medan tempur maya antara pihak pro kerajaan dan pro pembangkang. Dan senario ini amat membimbangkan UMNO/BN walau mereka menguasai media perdana. Walaupun rakyat negara ini masih jauh di sudut kesedaran ICT, namun sejak PRU12 jumlah pengguna internet meningkat secara mendadak.

Kita selaku rakyat wajib melakukan perubahan dalam PRU13 nanti. Bukan setakat kita mahukan sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang adil, amanah dan bertanggungjawab malah lebih daripada itu. Jika kita masih berdegil dan tidak mahu melakukan islah, bermakna kita turut sama redha dengan segala kezaliman, kemungkaran, rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO/BN selama ini.

Bagi warga Muslim, kita memang dah diberi amaran oleh Allah dan Rasul-Nya agar jangan bersekongkol dengan golongan pemimpin yang zalim. Apatah lagi kita sendiri dah tahu UMNO memang terbukti sebuah parti sesat lagi menyesatkan. Berfahaman sekular Kristian yang memisahkan agama dengan politik. Confirm... kafir dan munafiq.

Justeru, tiada alasan bagi kita yang Muslim untuk terus menjadi ahli dan menyokong parti syaitan UMNO ini. Apakah kita sanggup berhadapan dengan bakaran api neraka Allah kelak di Akhirat.

Umat Islam harus menginsafi bahawa Aqidah Islam yang wajib dipelihara terlebih dahulu. Kemudian baru diikuti oleh amal ibadah. Takde gunanya segala amalan kita selama ini jika Aqidah rosak. Semua akan ditolak oleh Allah. Dan salah satu cabang yang boleh merosakkan Aqidah ialah menjadi pengikut kepada mana-mana kumpulan atau pertubuhan ajaran sesat seperti UMNO.

Selama ini Majlis Fatwa Kebangsaan sibuk mengeluarkan fatwa itu dan ini tentang kumpulan ajaran sesat yang wujud. Malangnya, para ulama' dan mufta pengampu terlupa nak menyedarkan rakyat betapa sesatnya fahaman sekular Kristian yang menjadi pegangan UMNO selama ini.

Hari ini kita sendiri sedar dan tahu dah berapa ramai rakyat Malaysia yang dizalimi malah ada yang dibunuh. Nama-nama seperti Assyahid Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya mati dibunuh dalam Peristiwa Memali. Anwar Ibrahim difitnah dan dibelasah dengan niat bunuh, Teoh Beng Hock mati ketika dalam tahanan SPRM, Altantuya dibunuh dan diletupkan hingga jasadnya hancur berkecai, Kugan mati dalam tahanan Polis, Norizan dibelasah dan ditembak oleh Polis tanpa sebab di lebuhraya, berapa ramai rakyat yang tak berdosa ditahan di bawah ISA dan yang berhimpun secara aman menyuarakan bantahan ditangkap, dipukul dan disumbat ke dalam lokap.

Dan banyak lagi bukti kezaliman regim pemerintahan UMNO laknatullah...

Baru-baru ini saya dapat tahu 3 ahli UMNO di kampung saya (Kg Sg Dulang, B.Pahat) meninggal dunia. Apa yang saya sedihkan bila kesemuanya setia dengan UMNO hingga ke akhir ayat. Serta-merta saya teringat akan Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 yang bermaksud ;

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!

Marilah sama-sama perbetulkan pegangan Aqidah Islam kita sementara masih ada hayat.

Thursday, March 18, 2010

Ugutan Menteri bodoh UMNO nak tutup pekong

Mana-mana pemimpin yang berwibawa, mereka akan memastikan segala amanah rakyat yang dipikulnya akan dilaksanakan secara penuh dedikasi, amanah dan berintegriti. Apatah lagi tanggungjawab yang dipikul itu bukan setakat menjadi wakil rakyat tapi sebagai Menteri. Sudah tentu besar amanah yang terbeban di bahu.

Begitulah juga dalam soal keselamatan negara, sudah tentu Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri dan seluruh anggota kabinet bertanggungjawab penuh atas keselamatan negara dari pelbagai jenis ancaman musuh dalaman maupun luaran. Jangan kita pandang soal keselamatan negara ini dalam skop yang sempit. Walhal ianya merangkumi segenap aspek bagi sesebuah negara.

Persoalannya, apakah tanahair ini benar-benar selamat ? Adakah susanana 'aman' yang sedang dinikmati pada hari ini boleh dijadikan sebagai kayu pengukur yang mana tahap keselamatan negara kukuh dan kebal ?

Zahid Hamidi tak usah nak mengugut dengan kenyataan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menjejaskan sistem pertahanan negara termasuk menggunakan Dewan Rakyat untuk membocotkan maklumat ketenteraan demi kepentingan masing-masing. Kenyataan ini dibuat sewaktu menjawab soalan MP Kinabatangan dalam Parlimen semalam.

Bagi saya kenyataan 'paling bodoh' ini sebenarnya ditujukan kepada MP Pembangkang yang dilihat banyak mendedahkan segala penyelewengan yang berlaku dalam Kementerian Pertahanan sejak zaman Najib di Kementerian Pertahanan lagi.

Kita nak tanya beberapa soalan ;

- Selama ini siapa yang perintah negara ? UMNO atau Pakatan Rakyat ?

- Bagaimana boleh berlaku kecurian enjin jet F-5E sehingga berjaya dibawa lari sampai ke Uruguay ?

- Kenapa begitu mudah ratusan ribu pendatang tanpa izin boleh masuk ke Malaysia melalui perairan kita ?

- Kenapa sejak dulu lagi penyeludupan dadah ke dalam negara tidak dapat diatasi ?

- Bagaimana seorang KPN boleh menjaga kepentingan sendiket pelacuran, perjudian, dadah, ah long dan kongsi gelap ?

- Mengapa begitu mudah nilai Ringgit Malaysia menjunam jatuh dalam krisis 1998 ?

- Kenapa kerajaan UMNO diam saja bila Vincent Tan menjual 33 peratus sahamnya di dalam U Mobile kepada Syarikat Telekomunikasi Singapura (STT) dengan nilai RM625 juta ?

- Kenapa bekas PM Singapura Lee Kuan Yew boleh cakap "Dengan SGD 300 juta, saya boleh beli keseluruhan UMNO ?"

Beberapa fakta di atas sudah cukup membuktikan kepada kita yang 'dinding' keselamatan negara sudah lama roboh. Cumanya belum diserang dengan senjata je.

Kita sendiri boleh lihat betapa bodohnya puak-puak celaka Menteri UMNO ni. Ooops... saya terlupa pemimpin jahat dan bodoh memang dipilih oleh penyokong yang serupa.

Bila kita bercakap soal keselamatan negara, bukan setakat melibatkan sistem pertahanan dan peralatan ketenteraan negara saja malah lebih daripada itu. Ianya melibatkan semua aspek termasuk sistem pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi, kewangan, telekomunikasi, undang-undang, keselamatan dalam negeri dan kesejahteraan rakyat.

Mengapa pemerintah negara Cina hari ini mengarahkan seluruh pakar Software Developer tempatan mencipta sendiri perisian Operating System mereka sendiri bagi menggantikan OS Windows yang sedia ada ? Tujuannya adalah menjaga keselamatan negara. Sejak Cina berjaya menjadi salah sebuah gergasi baru ekonomi dunia, mereka tidak mahu pada masa akan datang sistem maklumat keselamatan, ekonomi dan kewangannya mudah diceroboh oleh pihak musuh khususnya Amerika. Justeru, mereka perlu membangunkan sendiri Sistem Operasi komputer dalam negara mereka.

Samada kita percaya atau tidak, semua rahsia negara kita ada dalam kocek kerajaan Singapura termasuklah soal kekuatan sistem pertahanan. Sebab itulah Singapura tidak pernah takut dengan kerajaan Malaysia di bawah UMNO celaka.

Mari kita bandingkan secara kasar di sudut peralatan ketenteraan antara Malaysia dengan Singapura. Memang saya bukan tentera tapi kita boleh dapat maklumat tentang kecanggihan peralatan tentera Singapura di website.

Negara kita ada 2 biji kapal selam, 8 buah jet F-18 Hornet, 18 biji Sukhoi, 16 biji MIG-29, kereta kebal Scorpion (bila tembak boleh terbalik), helikopter buruk Nuri (dah mengorbankan banyak nyawa), beberapa biji kapal perang Navy yang banyak dibeli second-hand. Hanya beberapa buah saja yang baru tapi tiada kualiti.

Singapura pula memiliki 2 pesawat AWACS, 2 biji pesawat F-117 Stealth yang tidak boleh dikesan radar, 143 buah jet pejuang pelbagai jenis seperti F-15S, F-16, F-5S, helikopter tempur Apache, 80 buah helikopter pelbagai tugas, beberapa buah kapal selam, aramda kapal Navy yang canggih, 162 biji kereta kebal Leopard dan pelbagai peralatan yang serba canggih. Sebenarnya singapura banyak merahsiakan tentang maklumat peralatan ketenteraannya yang terkini.

Memang saya tak nafikan dari segi kecekapan tentera darat, Singapura masih ketinggalan dengan Malaysia. Anggota tentera kita lebih handal dan cekap.

Yang membimbangkan kita, kaedah perang abad 21 ini lebih bergantung kepada kemampuan dan kecekapan peralatan yang dimiliki. Ringkasnya, Malaysia memang jauh ketinggalan di sudut peralatan ketenteraan dengan Singapura. Dahlah majoriti anggota tentera kita yang Islam bukannya dari golongan yang benar-benar kuat iman. Bukan nak tuduh tapi boleh nilai sendiri. Pendek kata, kalaulah berlaku perang... habis kita yop dikerjakan Singapura. Dan hari ini pengkalan tentera Amerika di Singapura hampir siap.

So, Zahid Hamidi yang pernah pukul anak orang ni... jangan cuba nak ugut mana-mana pihak yang cuba bocorkan maklumat pertahanan negara. Si Zahid kena sedarlah... sebenarnya UMNO yang meletakkan negara dalam bahaya. Tak usah nak menuding jari kepada pihak lain sedangkan diri sendiri yang buat salah.

Bodoh punya orang... Negara dah nak lingkup dek segala penyelewengan dan kerakusan kamu, itu pun masih nak mendabik dada merasakan diri pandai memerintah.

Patutlah Lee Kuan Yew cakap boleh beli UMNO dengan harga SGD300 juta.... sebab dia tahu seluruh pemimpin UMNO manusia hapraq dan bodoh. Boleh dibeli bila-bila masa saja.

Berikut adalah link maklumat kelengkapan tentera antara Malaysia dan Singapura. Sila bandingkan sendiri.

Tentera Darat Malaysia dan Singapore Army, TUDM dan RSAF, TLDM dan RSN.

Salam pagi Khamis.

Wednesday, March 17, 2010

Si celanat ni nak letak jawatan kerana takut...

Kata orang tua-tua, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga... Dan begitulah nasib si Musa Hasan, si anak tok guru mengaji ni. Dengor khabornya akan meletakkan jawatan sebagai KPN tak lamo lagi pasai phobia dengan Dato' Ramli yang telah dibebaskan tanpa syarat oleh mahkamah minggu lepas atas dakwaan tidak mengisytiharkan asetnya.

Iyalah... kalau dah darah daging sebati dengan hasil duit haram jadah, hatta anak seorang guru Al-Qur'an pun boleh jadi jahat macam iblis. Benarlah kata para Ulama' Islam, iman bukan boleh diwarisi dari orang tua. Jika anak dan isteri Nabi Noh sendiri pun boleh mati sesat, apatah lagi anak seorang guru mengaji. Begitu juga dengan Firdaus Ismail, orang yang hafaz Qur'an pun boleh duduk dalam parti syaitan (UMNO).

Rupanya selama ini Musa Hassan ingin menyingkirkan Ramli Yusuff supaya dia dapat kekal sebagai KPN sedangkan dia patut bersara pada Sept 2007. Sebab itulah si celanat ni sengaja fitnah Ramli dengan tuduhan menggunakan pesawat Cessna PDRM atas tujuan peribadi.

Nah! akhirnya terdedah juga segala pekong si Musa ni dalam mahkamah bila mana Ramli memberitahu mahkamah tentang hubungan Musa dengan sindiket pelacuran, perjudian haram, ah long dan dadah yang membabitkan kongsi gelap Cina.

Lebih mengaibkan si celanat ni bila Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Supang Lian menggelar Musa sebagai penipu ekoran keterangannya yang penuh putar-belit. Dan seluruh keterangannya telah ditolak.

Padanlah dengan muka kau Musa... Kalau bercakap dengan media, bukan main lagi. Asyik kerja nak mengugut pembangkang dengan akta itu dan ini. Rupa-rupanya diri sendiri pun penjenayah. Yang Pak Lah pulak dok gatai tangan pi lanjutkan tempoh perkhidmatan si 'penjenayah' ni hingga 14 September 2010. Apa lagi... si Najib-Rosmah gunakanlah si celanat ini untuk meneruskan agenda keji dan terkutuk mereka bagi menjatuhkan Anwar dan PR.

Memang kena dah... PM dan bininya bapak segala kejahatan. Lepas tu KPN pulak bapak kepada segala aktiviti pelacuran, perjudian, dadah, ah long dan kongsi gelap. Peguam Negara pulak memang dah terkenal dengan segala perbuatan keji mereka-reka dan memalsukan bukti.

Inilah akibatnya jika rakyat yang buta mata hati terus-menerus memilih pemimpin yang jahat dan tidak beriman memerintah negara. Bila kepala negara bapak segala punca kejahatan, maka jangan pelik bila mana semua kepala di jabatan Peguam Negara, Kehakiman, Polis, SPRM, SPR terdiri dari golongan yang serupa.

Akibatnya... negara pasti musnah.

Berita lanjut, di sini

Saturday, March 13, 2010

Ini cerita dari Pejabat Peguam Negara

Takut rahsia konspirasi dan fitnah jahat terhadap DSAI terbongkar, juga bimbang dengan ketiadaan Dato' Mohd.Yusof Zainal Abiden di Pejabat Peguam Negara, bermakna tiada pendakwaraya lain yang mampu meneruskan pendakwaan terhadap Anwar, maka Najib memanggil kabinetnya bersidang dan melantik Yusof sebagai pegawai turus dua dengan jawatan Peguam Cara Negara II iaitu satu jawatan yang sebelum ini tidak wujud dan diwujudkan semata – mata untuk Yusof oleh Najib untuk menyelamatkan keadaan. Jawatan tinggi ini adalah sebagai balasan Yusof setuju mengetuai team pendakwaan Anwar.

Dalam blognya, Che'gu Bard menjelaskan beliau mendapat maklumat ini dari orang dalam di Pejabat Peguam Negara.

Baru berkomunikasi dengan 'seseorang' dari Jabatan Peguam Negara. Banyak yang diceritakan apa yang berlaku dalam pejabat itu. Akhirnya sedikit maklumat dari email 'seseorang' itu, Che'GuBard perturunkan di sini untuk bacaan dan komen semua.

Cuma ini sahaja dahulu yang dikongsi...tetapi banyak lagi yang diceritakan.

Menurut satu sumber dari Pejabat Peguam Negara, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden merupakan manusia paling bijak di Jabatan Peguam Negara sehingga Tan Sri Ghani Patail tidak senang dan takut dengan dia. Menurut sumber tersebut Yusof dikatakan hafal M.L.J

Yusof dikatakan pada satu peringkat sudah bosan dengan pertembungan beliau dengan Ghani dimana pada ketika itu (di hujung era pemerintahan Abdullah) beliau telah menghantar surat letak jawatan.

Pada ketika itu Najib ketakutan kerana tanpa Yusof tidak mungkin ada pendakwaraya lain mampu meneruskan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim. Malangnya untuk menolak terus perletakkan jawatan Dato Yusof tidak mungkin kerana Tun Abdul Majid Tun Hamzah (ketua team pendakwa kes Altantuya) yang menjadi orang kuat Ghani sudah pun menduduki bilik Yusof dengan siap membuat renovation sebaik sahaja Yusof menghantar surat perletakan jawatan.

Najib tak boleh kata apa pada Tun Majid kerana banyak rahsia misteri yang Tun Majid tahu. Hanya ada satu jalan iaitu Yusof perlu dinaikkan pangkat tetapi hanya satu pangkat iaitu Yusof menggantikan Ghani. Itu lebih mustahil berlaku. Maka kabinet telah bersidang dan melantik Yusof sebagai pegawai turus dua dengan jawatan Peguam Cara Negara II iaitu satu jawatan yang sebelum ini tidak wujud dan diwujudkan semata – mata untuk Yusof oleh Najib untuk menyelamatkan keadaan. Sebagai balasan Yusof setuju mengetuai team pendakwaan Anwar.

Najib benar – benar tidak punya sesiapa lagi yang mampu dan sanggup untuk mengetuai team pendakwaan kes Anwar Ibrahim. Pertama sebab dalam Jabatan Peguam Negara ramai peguam yang berpotensi telah dipancung oleh Ghani, yang kedua tak ramai yang sanggup bekerjasama dalam mendakwa kes yang sememangnya sejak dari awal penuh dengan 'rekaan'.

Maka Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang baru dilantik di jawatan yang direka khas untuknya -Peguam Cara Negara II dinamakan sebagai ketua team pendakwaan walaupun dia terlibat terlibat dalam 'pemalsuan bukti' kes mata lebam tahun 1998 dan ini akan menjejaskan kredibiliti kes pendakwaan kes Anwar di mata umum dan dunia.

Seorang lagi pendakwaraya, Hanafiah bin Hj Zakariah dikatakan sedang hangat bercinta dengan kakitangan kontrak di Jabatan peguam Negara sehinggakan perempuan itu mendapat keistemewaan meletakkan kereta di parking lot yang dikhaskan untuk pendakwaraya kanan. Isteri Hanafiah yang juga merupakan kakitangan AG chambers tentu tidak tahan.

Pernah berlaku isteri Hanafiah menyerang perempuan tersebut tetapi Hanafiah mempertahankan perempuan tersebut dengan menyalahkan isterinya di depan umum. Dikatakan isteri Hanafiah sedang dalam proses memfailkan kes rumahtangganya ke mahkamah syariah. Hanafiah kononya telah berjanji dengan staff kontrak di pejabat AG itu untuk mengahwininya selepas menceraikan isteri tua yang mana perkahwinan mereka tidak ada anak.

Hanafiah bercita – cita besar namun krisis rumah tangga/masalah peribadi yang 'meletup' di pejabat telah menggugat kedudukan. Maka dengan menyatakan kesanggupan untuk bersama dalam mendakwa Kes Anwar Ibrahim maka sedikit memberikan nafas semula kepada dia dengan harapan jasa besarnya akan dibalas dengan mengenepikan persoalan kekecohan di pejabat.

Hanafiah juga terlibat dalam kes pemalsuan bukti mata lebam Anwar 1998

Friday, March 12, 2010

Minda Tok Guru - PR ruang PAS sampai kebaikan Islam

Mungkin ada di kalangan kita umat Islam tertanya-tanya mengapa PAS menolak perpaduan dengan UMNO sedangkan majoriti pemimpin UMNO dan ahlinya orang Islam. Sebelum kita meneruskan persoalan ini, pernahkah kita tanya atau terfikir mengapa UMNO sejak merdeka lagi beriman dan beramal dengan sistem sekular Kristian yang memisahkan agama dengan politik. Dan fatwa Ulama' Muktabar menegaskan barangsiapa yang memisahkan agama dengan politik, maka kafirlah orang itu. UMNO bukan setakat berkiblatkan sekular, malah menolak Hudud. Jelas di sini, pemimpin UMNO sebenarnya lebih jahat dari bukan Islam. Yaitu munafiq.

Disebabkan kita telah lama disekularkan UMNO sejak lahir, maka kita sendiri tanpa sedar sudah jauh menyimpang dari ajaran Al-Qur'an dan Sunnah. Kita hanya faham Islam secara ikutan, bukan berdasarkan ilmu yang sebenarnya. Sebab itulah UMNO dengan begitu mudah menyesatkan kita dengan fahaman sesat sekular ini.

Kenapa kita perlu marah bila ada orang kata UMNO kafir ? Cuba tanya diri sendiri, tak kafir lagikah namanya jika mengaku diri Islam tapi dengan nyata menolak sebahagian besar Al-Qur'an. Tolak Hudud, menghalalkan judi (keluarkan lesen), menghalalkan riba' (sistem kewangan konvesional), menghalalkan arak (keluar lesen), menggalakkan maksiat dengan memberi ruang seluas-luasnya kepada program hiburan, memberi lesen pusat hiburan, menghalalkan rasuah, merompak harta rakyat dan pelbagai macam jenis kerosakan yang diredhai oleh UMNO.

Lepas tu UMNO tuduh pulak PAS lebih suka berkawan dengan golongan kafir DAP bila PAS menolak perpaduan dengan mereka. Tuduhan seumpama ini menampakkan lagi kebodohan UMNO sendiri. UMNO lupa yang mereka bergabung dengan MCA, MIC dan Gerakan tu tak salah pulak. Malah PAS tak pernah sebut pun.

Punya celakanya UMNO ni bila mana mereka dengan sengaja memberikan gambaran yang salah tentang Islam pada rakan komponennya. Rakan komponen ditakut-takutkan dengan Hukum Hudud agar terus membenci PAS. Kecelakaan UMNO ini terbongkar bila rombongan Wanita MCA membuat lawatan ke Terengganu sewaktu PAS memerintah dulu. Setelah mendengar penjelasan MB TG Hj Hadi tentang Negara Islam dan Hudud, lalu Wanita MCA berpuashati dan mengakui bahawa mereka tiada masalah jika Islam dan Hudud dilaksanakan dalam negara. Juga mendedahkan selama ini UMNO telah menipu mereka tentang Negara Islam dan Hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS.

Seterusnya, mari kita selami dan fahami minda TG Nik Aziz mengapa PAS bersama Pakatan Rakyat.

Dua tahun Pakatan Rakyat — Nik Abdul Aziz Nik Mat

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam.

Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam.

Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam.

Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya,

1) Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

2) Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS.

Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno.

Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.

3) Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

4) Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti.

Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan.

Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.

5) Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam.

Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.

Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat.

Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.

Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu “hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.

Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk “Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami” sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan.

Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.

Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu.

Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ‘orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.

Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum.

Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum — kalangan orang Cina atau India — layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.

Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya,

Maksudnya, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). [al-Hujuraat, 49: 13]

Semuga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.

Salam Juma'at

2 orang anak diancam murtad !!!

Terkedu hati saya bila Mahkamah Tinggi Ipoh menyerahkan hak penjagaan 3 orang anak yang Islam kepada ibunya yang beragama Hindu. Untuk yang seterusnya keputusan mahkamah telah memberikan 'kemenangan' kepada bukan Islam.

3 orang anak yang bernama Ummu Salamah 13 tahun, Abu Bakar 12 tahun dan Ummu Habibah 2 tahun, kesemuanya telah diIslamkan oleh bapa mereka Mohd Ridzuan Abdullah pada April 2009 apabila dia memeluk Islam.

Apa yang amat mendukacitakan bagaimana seorang Hakim beragama Islam boleh membenarkan permohonan ibu yang kafir untuk menjaga ketiga-tiga anak ini. Setakat ini hanya 2 orang saja yang tinggal bersama ibu mereka di Ipoh. Ummu Salamah dan Abu Bakar. Manakala yang bongsu tinggal bersama bapanya di Kelantan.

Kita sendiri boleh bayangkan bagaimana 2 orang anak yang Islam ini sedang berhadapan dengan ancaman murtad daripada ibunya yang Hindu. Sudah tentu si ibu tidak akan berdiam diri dan akan terus berusaha agar kedua anaknya ini kembali kepada agama asal mereka.

Semasa Hakim membuat keputusan semalam, 2 daripada 3 anak ini yang hadir. Yang bongsu, Ummu Habibah tidak dibawa oleh bapanya.

Sebelum ini Mahkamah Syariah telah mengeluarkan perintah hak penjagaan ketiga-tiga anak ini kepada bapa mereka yang Islam. Namun si ibu yang kafir mencabar keputusan Mahkamah Syariah ini di Mahkamah Tinggi Sivil Ipoh.

Akhirnya, keputusan semalam telah membatalkan keputusan Mahkamah Syariah.

Kenapa boleh jadi begini ?

Sebab sistem pemerintahan dan undang-undang sekular Kristian yang diguna-pakai oleh UMNO sejak merdeka.

Pernahkah kita terfikir bagaimana halus dan liciknya penjajah Kristian British sewaktu membuat draf Perlembagaan Tanah Melayu sebelum memberikan kemerdekaan pada tanahair. Penjajah sejak awal sudah merancang agar mana-mana negara umat Islam yang dijajah akan diberikan kemerdekaan secara percuma bila mana mereka begitu yakin orang yang bakal menjadi pemerintah di tanahair sendiri akan meneruskan segala agenda dan undang-undang mereka.

Dan inilah yang berlaku dalam negara kita. Memanglah dalam perlembagaan persekutuan ada dinyatakan bahawa Islam sebagai agama rasmi Tanah Melayu. Yang dimaksudkan agama rasmi di sini hanyalah terhad kepada upacara-upacara rasmi kerajaan yang mana kita sendiri boleh lihat ada bacaan doa' dilaksanakan. Itu saja.

Juga ada disebut, mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan ini, maka secara automatik terbatal. Maksudnya, undang-undang Islam juga turut terbatal dengan sendirinya bila bercanggah dengan perlembagaan yang didraf oleh penjajah kafir laknatullah.

Sebab itulah keputusan Mahkamah Tinggi Sivil dalam kes ini boleh membatalkan keputusan Mahkamah Syariah.

Adakah Kita Turut Berdosa ?

Sebagai umat Islam, memang kita turut sama menanggung dosa besar bila mana kita terus redha dan membiarkan undang-undang sekular Kristian sebagai perlembagaan negara.

Disebabkan undang-undang toghut ini, Nur Aishah Hj Bukhari, Hartina Kamaruddin, Lina Joy dan 250,000 lagi orang Islam telah berjaya dimurtadkan oleh musuh.

Dan hari ini 3 orang anak yang Islam sedang menghadapi bahaya ancaman murtad akibat sistem yang ada dalam negara.

Kita wajib tegakkan Daulah Islamiyyah dalam negara. Anda sebenarnya tahu bagaimana caranya...

Semuga Allah melindungi Aqidah Ummu Salamah, Abu Bakar dan Ummu Habibah.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger