Sunday, August 31, 2008

Gerakan Freemasons Yahudi Telah Lama Bertapak di Malaysia

Artikel ini memang aku tujukan khas kepada seluruh umat Islam yang masih lagi menyokong UMNO/BN. Tak kiralah siapa mereka. Ahli UMNO ke, ABIM ke, JIM ke, Tabligh ke, NGO Islam ke, tak berparti ke. Kau orang kena baca tulisan aku ni. Aku bukannya dari spesis penulis macam Usman Awang atau Prof Shahnon Ahmad. Jadi gaya bahasa aku tidak menarik. Seperkara lagi, aku dari spesis "straight to the point". Yang penting boleh faham.

Pada PRU12 lalu, hampir seluruh kawasan Parlimen dan DUN yang majoriti pengundinya Melayu dimenangi oleh BN. Kecuali di Kelantan. Ini menunjukkan bahawa orang Melayu masih lagi setia bersama UMNO/BN. Di Johor, tak payah ceritalah. Orang UMNO Johor nak "mati syahid" dalam UMNO. Mengikut Islam Hadhari, semua ahli UMNO adalah ahli syurga. Sebab tulah mereka takkan tinggalkan UMNO.

Bagi kita pula, hanya Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW sahajalah yang betul. Hari ini terdapat pelbagai fahaman dan kumpulan sesat yang sedang berkembang dalam negara kita. Islam Liberal, Islam Pragmatis, Islam Hadhari dan pelbagai istilah yang digunakan untuk mengelirukan umat Islam dibiarkan menular tanpa sebarang sekatan oleh pihak kerajaan UMNO/BN. Manakala pertubuhan seperti IFC, Jamaah Al-Qur'an Malaysia dan Sister In Islam, semuanya ini adalah pertubuhan anti-Islam. Dibelakang mereka ialah Pertubuhan Freemasons yang didalangi oleh Yahudi Zionis.

Fakta sejarah membuktikan bahawa puak pemimpin UMNO memang bersekongkol dengan Yahudi.

Pada 25 Oktober 1978, sebagai Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Tuan Guru Nik Aziz telah mengemukakan satu soalan tentang Pertubuhan Freemasons di Malaysia yang menggemparkan semua Ahli Parllimen BN waktu itu. Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Hussein Onn.

Dalam soalan tersebut, Tuan Guru mengemukakan "Mengapa Kerajaan Malaysia tidak mahu mengharamkan pertubuhan itu yang semua orang telah jelas bahawa ia bercanggah dengan 'Aqidah Islam."

Perdana Menteri Tun Hussien Onn menjawab dengan mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia tidak bercadang langsung untuk mengharamkan pertubuhan ini (Freemasons) walaupun mengakui ianya bercanggah dengan 'Aqidah Islam.

Tuan Guru mendedahkan bahawa sehingga tahun 1977, sebanyak 55 Pertubuhan Freemasons telah berjaya didaftarkan secara sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan keanggotaannya mencecah jumlah 2,984 orang ahli. Tuan Guru juga menyatakan rasa kekhuatirannya kerana golongan yang terbabit bukanlah calang-calang orangnya. Ahli-ahlinya terdiri daripada golongan elit dalam pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Dalam tahun 1986, pembangkang mendedahkan bahawa Dr.Mahathir telah membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi yang bernama Saatchi & Saatchi untuk membantu UMNO merangka Strategi Pilihanraya Umum 1986.

Sudah jelas lagi tersuluh bahawa pemimpin UMNO memang bersekongkol dengan Yahudi. Memang itulah sifat golongan munafik. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat mereka. Untuk menutup tembelang kemunafikan mereka, hari ini mereka mula membuat serangan terhadap Anwar Ibrahim dengan menuduh Anwar sebagai agen Yahudi.

Perlu berhati-hati dengan puak-puak munafik ini. Apa yang mereka perkatakan adalah berlawanan dengan kedudukan sebenar. Jika mereka menuduh seseorang sebagai agen Yahudi, jangan terpedaya. Hakikatnya merekalah agen Yahudi yang sebenar.

Baru-baru ini Shafie Afdal menegaskan bahawa tidak ada seorang pun Ahli Parlimen dari Sabah akan melompat parti. Kita tunggu dan lihat. Adakah kenyataan ini benar atau sebaliknya.

Kepada para penyokong UMNO, fikirkanlah samada anda mahu terus menyokong UMNO/BN ataupun sebaliknya. Tepuk dada tanya iman. Jangan tunggu sehingga nyawa dah nak dicabut baru nak menyesal.

Adalah menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk mengenalpasti siapa musuh kita yang sebenarnya. Masih belum terlambat untuk berhijrah.

Jadikan kehadiran Ramadhan ini sebagai titik permulaan ke arah perubahan.

Selamat Berpuasa.








Thursday, August 28, 2008

UMNO Is Going To Die !

Pilihanraya kecil Permatang Pauh baru saja menutup tirainya. Keputusan pun telah diketahui umum. Sepertimana yang diduga oleh banyak pihak, Anwar Ibrahim menang dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU12 lalu. Dalam PRU12, Kak Wan menang dengan majoriti 13,398. Ini bermakna berlaku pertambahan majoriti sebanyak 2,273 undi. Bermakna seramai 2,273 pengundi Permatang Pauh yang dulunya mengundi BN, kini bertukar angin mengundi PKR. Mungkin atas dasar kesedaran mereka tentang betapa 'bobroknya' UMNO/BN.

Yang ironisnya, majoriti 15,671 ini mengatasi jumlah 15,524 undi yang diperolehi oleh Dato' Arif Shah. Dari jumlah ini menunjukkan 2/3 pengundi Permatang Pauh mengundi PKR. Hanya 1/3 sahaja yang mengundi BN.

Kemenangan ini juga merupakan satu sejarah baru terukir dalam politik Malaysia. Belum pernah berlaku dalam sejarah Pilihanraya Kecil di Malaysia yang mana majoriti bertambah dengan begitu besar. Tahniah PKR dan Pakatan Rakyat. Ini adalah kurniaan Allah kepada kita semua rakyat Malaysia.

Ekoran dari kemenangan besar Anwar ini, Mukhriz Mahathir menggesa Pak Lah meletakkan jawatan dengan segera. Tegas beliau lagi, kemenangan PKR di Permatang Pauh jelas menunjukkan bahawa rakyat sudah semakin hilang keyakinan kepada BN, khususnya UMNO.

Aku memang bersetuju 1,000% dengan kenyataan Mukhriz ini. Cuma yang aku tak setuju ialah Mukhriz masih mengharapkan UMNO/BN dapat dipulihkan dan mampu mengembalikan keyakinan rakyat.

Pada Mukhriz, aku nak habaq kat hang yang UMNO tu dah terlalu tenat diserang penyakit 'kanser kronik'. Tak boleh dah nak pulih pasai 'kanser kronik' yang dihidapi oleh UMNO ni sudah sampai tahap 5. Cuma tunggu nak mampoi aje. Doktor pakar mengesahkan kuman yang dok serang parti hang ni adalah dari jenis merbahaya. Nama saintifik bagi kuman-kuman ni ialah perasuah, perompak, penyamun, penyangak, pembunuh, pemfitnah, pensyirik dan penipu. Lebih teruk lagi kuman-kuman ini dah tumbuh tanduk dan taring. Lebih dahsyat lagi ada di kalangan doktor pakar yang pengsan bila melihat kuman ini melalui mikroskop berkuasa tinggi. Sebab rupa bentuk kuman-kuman ini sungguh mengerikan. Mirip iblis dan syaitan.

Mukhriz sepatutnya sedar bahawa kuman-kuman ni dah mula beranak-pinak sejak ayahnya menjadi Presiden UMNO dan PM. Bila naik Pak Lah, kuman-kuman ini semakin mengganas. Sebab tulah doktor pakar tak boleh buat apa. Nak buat rawatan kemoterapi pun dah tak boleh. Mesin kemoterapi boleh rosak dan meletup.

Untuk Renungan.




Penyokong Kezaliman Akan Dihalau Dari Telaga Kautsar

Umat Islam sedia maklum bahawa di Akhirat kelak ada sebuah telaga yang dinamakan Kautsar. Telaga ini juga dipanggil "Khaudhun Nabi" iaitu telaga yang dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Barangsiapa di kalangan umat Rasulullah yang diizinkan Allah untuk meminum air dari telaga Nabi ni, nescaya mereka tidak akan haus buat selamanya. Seperkara lagi. ianya sebagai isyarat daripada Allah bahawa golongan yang dapat minum air telaga ini pasti akan berbahagia hidupnya di sana.

Bukan semua orang yang dapat meminumnya. Hanya di kalangan mereka yang benar-benar beriman dengan 'aqidah yang tulen serta beramal soleh, menjadi hamba Allah yang mukmin dan muttaqin sahaja yang dapat mendekati dan menghirup air dari telaga Nabi kita ini.

At-Tarmizi meriwayatkan sebuah hadis daripada Ka'ab bin 'Ujrah, katanya : Pada suatu hari Rasulullah SAW bersabda : "Wahai Ka'ab, aku memohon perlindungan daripada Allah Ta'ala supaya melindungimu daripada pemerintah yang datang selepas aku.

Barangsiapa yang mendatangi pemerintah di kediaman rasmi mereka serta membenarkan pembohongan para pemerintah dan menolong segala kezaliman mereka, sesungguhnya mereka bukan daripada umatku. Dia tidak dapat menemui aku dan menghampiri telagaku di Akhirat kelak.

Barangsiapa yang terpaksa pergi ke istana pemerintah sedangkan dia tidak membenarkan pembohongan pemerintah dan tidak membantu kezaliman pemerintah, sesungguhnya aku adalah sebahagian daripadanya."

Kita semua sedar bahawa dalam negara ini juga ramai golongan manusia yang suka menjadi pengampu kepada pemerintah dengan tujuan untuk mendapatkan habuan duniawi semata-mata. Mereka sanggup buat apa saja termasuklah membenarkan segala pembohongan pemerintah dan menyokong segala bentuk kezalimann yang dilakukan.

Bagi golongan seperti ini, mereka tidak peduli apa yang dibuat oleh pemerintah asalkan mereka mendapat habuan dunia. Mungkin di kalangan mereka beranggapan yang berbuat zalim itu pemerintah, bukannya mereka. Apa yang penting terus dapat projek.

Lebih menyedihkan, masih terdapat ramai di kalangan golongan ulama' pengampu dalam negara ini yang sanggup menjual agamanya demi mempertahankan jawatan dan kedudukan mereka. Mereka sanggup mendiamkan diri daripada menegur golongan pemerintah yang zalim dan munafik ini. Lebih malang lagi ada yang sanggup mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat Islam serta bertentangan dengan ajaran Islam semata-mata kerana mengikut arahan pemerintah. Ulama' sebegini sebenarnya telah ditarik ilmunya dan hati mereka telah dikunci oleh Allah daripada melihat kebenaran. Mereka beranggapan apa yang mereka buat itu betul. Sebenarnya mereka tidak sedar bahawa Allah SWT terus membiarkan mereka dalam kesesatan yang nyata. Iblis dan syaitan pula terus-menerus menipu mereka agar kelihatan elok dan benar apa yang dilakukan. Inilah dinamakan ULAMA' BANGANG !

Allah SWT ada menjelaskan di dalam Al-Qur'an tentang golongan ulama' pengampu ini di dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 159 yang bermaksud ;

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati."

Marilah kita sama-sama berdoa' semuga Allah melindungi kita daripada menjadi penyokong kepada pemerintah yang zalim dan munafik dalam negara ini.

Mudah-mudahan Nabi SAW menerima kita sebagai umatnya dan dapat meminum air Telaga Kautsar ini. Amin .....

Jazakallah.

Anwar Is Back !

Wednesday, August 27, 2008

Pengakuan Bersumpah Oleh Thagarajoo a/l Thangavelu

Berikut adalah terjemahan Pengakuan Bersumpah daripada Salinan Asal. Sila klik disini.

Saya, THAGARAJOO A/L THANGAVELU (NO K/P : 590821-10-6033) warganegara Malaysia yang sah dan beralamat di No.20, Jalan BK 4/1F, Bandar Kinrara, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan dengan sesungguhnya dan sejujurnya mengesahkan dan berkata seperti berikut ;

1. Pekerjaan saya adalah sebagai pemandu.

2. Suatu waktu dalam tahun 1995, Saya mula bekerja dengan Datuk K.S. Nallakaruppan ("Datuk Nalla") sebagai pemandu dan pengawal peribadinya. Saya bekerja dengannya selama 5 tahun. Kemudian, saya bekerja dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Kenneth Eswaran. Datuk Kenneth Eswaran menetap di Johor dan saya menjadi pemandu ibunya yang tinggal di Petaling Jaya. Kemudian, saya menjadi pemandu Datuk Kenneth Eswaran.

3. Datuk Kenneth Eswaran adalah seorang rakan karib kepada Datuk Seri Najib bin Tun Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekarang.

4. Datuk Kenneth Eswaran ada hubungan sangat rapat dengan seorang Bomoh Hindu, yang dikenali sebagai Mr. Ji. Mr Ji seorang India yang menetap di Kerala, India dan dia kerap datang ke Malaysia di atas undangan Datuk Kenneth Eswaran.

5. Melalui Datuk Kenneth Eswaran, Mr. Ji diperkenalkan dengan Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah binti Mansor. Banyak kali saya membawa Mr. Ji pergi ke rumah Datuk Seri Najib. Datuk Kenneth Eswaran turut menemani Mr. Ji. Mr Ji turut membawa bersama beberapa alatan sembahyang Hindu bagi tujuan pemujaan di rumah Datuk Seri Najib. Pemujaan ini akan dilakukan setiap bulan sewaktu "Ammavasi" iaitu bila bulan tidak kelihatan. Pemujaan ini adalah khusus dalam sembahyang Hindu yang melibatkan bacaan mentera dan menggunakan peralatan sembahyang Hindu seperti kunyit, vibhuti, kum kum, limau, kapur barus, susu lembu, dan beberapa daun pisang. Api sembahyang akan dinyalakan di dalam rumah dan Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah akan duduk di tengah-tengah ; Mr Ji akan melakukan pemujaan. Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah akan dimandikan dengan susu lembu. Selepas pemujaan, sebahagian daripada alatan pemujaan akan dibawa keluar daripada rumah dan ditanam di dalam tanah untuk menghindari syaitan.

6. Seperti yang saya katakan, peralatan pemujaan ini dibawa oleh Mr. Ji dengan dibantu oleh saya ke rumah Datuk Seri Najib, kedua buah rumahnya di Jalan Duta dan kediaman rasminya di Putrajaya. Saya sendiri yang membawa susu lembu dan peralatan sembahyang Hindu di dalam perkarangan rumah Datuk Seri Najib. Setiap kali bila mana Mr. Ji berada di sana melakukan pemujaan, saya pasti ada bersama. Perkara ini berterusan sehinggalah saya berhenti kerja dengan Datuk Kenneth Eswaran.

7. Saya sangat percaya bahawa pemujaan ini masih berjalan seperti biasa.

8. Semasa Pilihanraya Kecil Ijuk tahun lepas, saya membawa Mr. Ji ke bahagian luar pusat pembuangan undi di mana Mr. Ji meletakkan peralatan sembahyang bagi memastikan kemenangan calon MIC, K.Partiban.

9. Saya sangat percaya tindakan yang sama juga akan dilakukan dengan meletakkan peralatan sembahyang Hindu dan azimat di dalam atau di bahagian luar pusat pembuangan undi di Permatang Pauh.

10. Saya sendiri tahu bahawa doktor yang menyediakan laporan kesihatan Razak Baginda, tertuduh dalam perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya, adalah palsu seperti yang diarahkan Datuk Kenneth Eswaran pada doktor untuk melakukannya. Arahan ini dibuat melalui telefon sewaktu saya sedang memandu bersama Datuk Kenneth Eswaran.

11. Banyak kali, Datin Seri Rosmah meminta Datuk Kenneth Eswaran mendapatkan pertolongan daripada Mr. Ji supaya melakukan pemujaan untuk menghindari syaitan. Pernah satu kali, Datin Seri Rosmah menghubungi Datuk Kenneth Eswaran dan menyatakan kerisauannya apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, akan berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah. Datuk Kenneth Eswaran memberi jaminan pada Datin Seri Rosmah bahawa dia akan meminta Mr. Ji melakukan pemujaan bagi menghalang perkahwinan ini.

12. Saya membuat Pengakuan Bersumpah ini kerana dalam beberapa perkembangan terkini yang berlaku ada melibatkan Datuk Nalla, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah dan Datuk Kenneth Eswaran yang saya kenali sewaktu bekerja sebagai pemandu. Baru-baru ini kejadian yang melibatkan kehilangan PI Balasubramaniam yang menyebabkan kebimbangan saya dan keluarga saya.

Dan sesungguhnya saya dengan teliti membuat pengakuan benar dan sebagaimana yang ditetapkan di dalam Akta Pengakuan Bersumpah, 1960.

Nota : Jika ada kekurangan di dalam terjemahan ini, harap dimaafkan.

Tuesday, August 26, 2008

Keputusan Rasmi SPR

P44 - Permatang Pauh

1. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (PKR) = 31,195

2. Dato' Arif Shah bin Omar Shah (BN) = 15,524

3. Hanafi bin Mamat (AKIM) = 92

MAJORITI = 15,671

Peningkatan majoriti lebih kurang 2,000 undi (14.6 %) jika dibandingkan undi yang diperolehi oleh Datin Seri Wan Azizah sewaktu PRU12 Mac lalu.

Laporan Sahabat Di Permatang Pauh

Berikut adalah laporan Kiraan Undi yang diperolehi dari Pusat Pembuangan Undi ;

Jam 1810 - PKR = 3,377 undi & BN = 911 undi. Majoriti = 2,466

Jam 1956 - PKR = 16,101 undi & BN = 6,071. Majoriti = 10,030

Jam 2021 - PKR = 31,949 undi & BN = 14,297 undi. Majoriti = 17,652

Peratusan keluar mengundi sekitar 80%.

Analisa awal : Anwar memperolehi 69.08 % undi dan BN 30.92 % undi.

Tahniah kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Kemenangan ini adalah kurniaan Allah. Semuga gabungan Pakatan Rakyat akan terus mantap dari masa ke semasa.

Ke Arah Pemerintahan Yang Adil, Bersih dan Berkualiti.




Permatang Pauh - Rakyat Menanti Dengan Penuh Debaran

Kini jam menunjukkan waktu 18:20. Bermakna pengiraan undi sedang berjalan di setiap pusat pembuangan undi. Jika berdasarkan laporan AFP Anwar memperolehi 61 % undi dan diikuti calon BN Arif Shah 39%. Manakala calon Akim Hanafi Mamat dijangka hilang wang pertaruhan.

Jika 80% yang keluar mengundi, Anwar dijangka memperolehi 28,000 undi manakala BN mendapat 18,000 undi. Majoriti sebanyak 10,000. Kita tunggu keputusan jam 9.00 malam.

Bagi kita rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan sistem pentadbiran negara yang bersih, marilah kita memanjatkan doa' ke hadrat Ilahi semuga Anwar diberikan kemenangan besar.

Jika dengan kehendak Allah, kemenangan Anwar ini diikuti dengan majoriti yang lebih besar daripada apa yang diperolehi semasa PRU12, ini merupakan 'signal' jelas dari rakyat Permatang Pauh khususnya dan Malaysia amnya bahawa UMNO/BN sudah tak relevan lagi memerintah negara. Sudah sampai masanya mereka jadi pembangkang di Parlimen dalam PRU13.

Kemenangan Anwar ini pastinya memberi tamparan hebat kepada musuh politiknya. Segala konspirasi dan fitnah jahat yang mereka rancang untuk menjatuh dan memalukan Anwar tidak berjaya malahan memberikan kelebihan pula. Rakyat sendiri sudah 'meluat' dengan cara dan tindakan tidak bermoral BN ini.

Semuga Allah Selamatkan Malaysia.

by monaz


Wanita Hindu Mahukan Kepimpinan Ulama'


Cuba lihat baju yang dipakai oleh wanita berbangsa India di dalam gambar ini dan baca tulisan pada bajunya. Jelas tertera ayat "Saya India, Saya Hindu. Saya Mahu Kepimpinan Ulama."

Tak berasa malukah orang-orang UMNO pada wanita India ini. Walaupun dia belum Islam tetapi hatinya mahukan kepimpinan ulama'. Malang sekali bagi kamu yang telah diberi 'subsidi' oleh Allah apabila lahir ke dunia sebagai seorang Islam tetapi masih menolak kepimpinan ulama'.

Renungkanlah di mana silapnya kamu. Jangan kamu persiakan pahala amal ibadah, solat, puasa, zakat dan haji kamu kerana mahu terus berada dalam UMNO yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam. Tiada gunanya kamu terus pertahankan sebuah parti yang jelas berfahaman sekular (Kristian). Fahaman yang boleh merosakkan 'aqidah kamu.

Sedarlah dan insaflah, Almarhum Prof Dr. Hamka pernah menjelaskan di dalam Kitab Tafsir Al-Azharnya di dalam Surah Al-An'aam (6): ayat 159. Almarhum menafsirkan ayat ini sebagai "Barangsiapa yang ada keyakinan dalam hatinya bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam, maka kafirlah orang itu walau masih sembahyang."

Nilailah sendiri bagaimana kedudukan 'aqidah pemimpin kamu dalam UMNO. Tak pernah terfikirkah kamu mengapa telah sekian lama pemimpin UMNO memerintah Malaysia tetapi sehingga sekarang masih tidak mahu melaksanakan Hukum dan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an).

Mungkin kamu semua akan menjawab sebagaimana pemimpin kamu beritahu bahawa Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum dan agama. Maka tidak boleh dilaksanakan Undang-Undang Islam.

Aku nak tanya pada kamu semua. Siapa yang menciptakan manusia ini menjadi pelbagai bangsa dan agama ? Tentu kamu tahu ......

Habis tu, mengapa kamu masih boleh percaya cakap pemimpin kamu. Atau kamu sendiri lebih yakin dan percaya pada pemimpin kamu daripada Allah. Jika melihat sikap kamu yang terus-menerus memberikan sokongan pada UMNO, ini sudah cukup membuktikannya.

Janganlah jadi orang yang 'bodoh sombong'. Jangan kita ingat bila kita dah bersolat, puasa, zakat dan haji, maka Islam kita dah sempurna. Sebenarnya banyak lagi yang kita tidak tahu termasuklah perkara-perkara yang boleh merosakkan 'aqidah kita. Sedarlah, selagi kita bernama manusia, kita banyak kelemahan dan kadang-kadang tergelincir dalam kesesatan yang tidak kita sedari.

BERHIJRAHLAH SEBELUM TERLAMBAT.

Jazakallah.

Monday, August 25, 2008

Semakin Terserlah Kejahatan Pemimpin UMNO

Permatang Pauh - 24 Aug

Imam Ramlang Porigi yang dilaporkan sebelum ini menjadi saksi sumpah Saiful telah menafikan penglibatannya dalam program 'sumpah laknat' tersebut. Beliau yang dijemput hadir ke Mesjid Bandar Perga dalam Program Solat Hajat Perdana bersama Tuan Guru Nik Abd.Aziz, telah menjelaskan kepada orang ramai yang berada di situ bahawa dia sama sekali tidak terlibat dengan majlis sumpah jahat itu.

Tegasnya secara kebetulan pada hari diadakan sumpah laknat di Mesjid Wilayah Persekutuan, dia memang ada di situ kerana menikahkah orang. Setelah selesai upacara akad nikah, dia dijemput untuk menjadi saksi mendengar jika terdapat kesilapan sebutan dalam bahasa Arab. Tambahnya lagi, lebih kurang jam 6.05 petang Saiful datang dengan beberapa orang dan terus melafazkan sumpah tersebut

Dia merasa hairan kenapa dengan tiba-tiba saja Saiful melakukan sumpah tersebut sedangkan sumpah ini sepatutnya dilakukan oleh kedua belah pihak terutamanya orang yang dituduh, bukannya yang menuduh. Tegasnya lagi, sewaktu Saiful melafazkan sumpah itu dia beberapa kali tersalah lafaz termasuk tarikh kejadian.

Imam Ramlang Porigi memohon maaf kepada para hadirin dan seluruh rakyat Malaysia kerana hadir dalam program berkenaan. Dia juga menyatakan bahawa sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful itu adalah sumpah laknat ke atas dirinya sendiri.

Janji Allah pasti berlaku. Allah menjelaskan di dalam kitabNya yang bermaksud "Mereka merancang dan Allah juga merancang. Dan perancangan Allah itulah yang terbaik dan pasti berlaku."

Aku teringat sewaktu zaman Khalifah Saidina Abu Bakar, datang seorang wanita mengadu kepada beliau bahawa dia telah dirogol oleh seorang lelaki dengan menunjukkan bukti kainnya ada tompok-tompok putih yang menyerupai air mani. Lalu Saidina Ali yang berada di situ mengambil air panas dan mencurahkannya di atas tompok tersebut. Terbukti bahawa tompok tersebut adalah putih telur.

Sejarah telah membuktikan bahawa untuk melakukan fitnah memang mudah dengan mengadakan bukti palsu. Sebab itulah kita diperintahkan oleh Allah supaya membawa 4 orang saksi jika kita menuduh seseorang itu dengan tuduhan zina ataupun liwat. Jika kita tidak dapat menghadirkan 4 orang saksi yang adil, maka kita dikenakan Hukum Qazaf 80 rotan.

Sejak dari dulu lagi para Ulama' dan Pimpinan PAS dok habaq kat umat Islam di negara ini supaya meninggalkan toghut (UMNO) dan kembali kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Malangnya seruan pewaris Nabi ni tidak dipedulikan, malah diperlekehkan.

Depa lebih gemar menyahut seruan pemimpin UMNO yang munafik ini. Dilalaikan dengan janji-janji manis. Padahal dah terbentang di depan mata depa segala gejala buruk yang melanda negara ini sehingga ada yang terkena kat batang hidung sendiri pun masih tak sedaq. Sebut saja gejala apa yang tak berlaku dalam Malaysia. Semuanya ada. Gejala murtad, zina, buang anak, black-metal, rompak, rasuah, bunuh dan macam-macam lagi. Semuanya semakin hari semakin meningkat.

Aku pun tak tahu betapa benaknya hati orang Melayu ni. Dah macam-macam Allah tunjuk bukti tentang betapa busuknya UMNO ni , eh.... masih lagi dok sokong sakan. Aku bukannya apa. Yang aku dok kesian tu pasai depa tak tahu yang UMNO tu parti sekular. Parti sesat. Lepas tu, bila mampoi, masuk neraka ikut pemimpin depa.

Kepada orang PAS, hampa patut bersyukur pasai Allah bukakan hati duduk dalam jamaah Islam ni. Tingkatkan amal, baca Qur'an selalu, sembahyang tahajud dan puasa Isnin & Khamis. Ikut macam Tok Guru Nik Aziz. Kalau hampa semua dapat buat macam ni, aku yakin tak lama lagi Islam memerintah Malaysia.

Aku boleh dok bayangkan betapa indah, manis, aman dan tenteramnya hidup ni bila Islam dah memerintah Malaysia. Masyarakat hidup dengan penuh kasih-sayang, yang miskin terbela, yang kaya pula pemurah, para isteri pula rela dimadu (ini paling best), kakitangan kerajaan dan swasta terbela, yang bukan Islam pula ramai akan memeluk Islam bila melihat keadilan dan kebenaran Islam. Bumi Malaysia diberkati Allah dan dilimpahi dengan rahmatNya.

Aku memang dok menanti saat indah ini. Aku selalu minta pada Allah supaya dipanjangkan umur agar dapat menikmati hidup di dalam pemerintahan Islam. Hampa semua jangan lupa berdoa' sama.

Kepada orang UMNO yang dok baca tulisan aku ni, janganlah tersinggung. Dengan ikhlas hati aku menyeru pada hampa semua, tolonglah tinggalkan UMNO. Almarhum Tunku Abd.Rahman pernah dok habaq bahawa UMNO adalah PARTI KEBANGSAAN BERFAHAMAN SEKULAR. Hampa semua kena sedaq bahawa fahaman sekular ni adalah FAHAMAN KRISTIAN YANG MENYESATKAN. Fahaman yang memisahkan agama dengan politik. Takkan hampa nak ikut pemimpin masuk neraka di akhirat nanti. Pasai aku sayang kat hampa lah, sebab tu aku dok habaq supaya tinggalkanlah UMNO. Kalau hampa semua tak percaya lagi apa yang aku dok habaq ni, hampa pi bukak Al-Qur'an dan rujuk pada Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 hingga 68. Hampa pi baca apa terjemahannya. Kemudian hampa pikiaqlah sendiri.

Let us pray may Allah give Anwar victory.

Aku dok berangan kalau Anwar jadi PM, aku nak mohon jadi cikgu baliklah.

Wassalam.
















Sunday, August 24, 2008

Keluarga Altantuya Disembunyikan

Sabtu, 23 Ogos (Berita TV3 jam 8.00) - Wakil Konsulat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abd Rahman Al-Habsyi dilaporkan berkata " Baru-baru ini Anwar menghantar beberapa orang anggota PKR untuk menemui keluarga Altantuya di Mongolia. Nasib baiklah kami bertindak awal dan berjaya menyembunyikan keluarga ini jauh dari Mongolia. Jadi orang Anwar tidak berjaya menemui mereka."

Ayuh, mari kita renungkan sedalamnya kenyataan misteri ini .......

Persoalannya, apa perlunya keluarga Altantuya disembunyikan. Sudahlah keluarga malang ini kehilangan insan yang disayangi. Lebih menyayatkan hati bila mayat Altantuya diletupkan sehingga berkecai dan sehingga ke saat ini mereka masih belum dapat jawapan pasti siapakah pembunuh kejam anaknya.

Tindakan terbaru ini menjelaskan lagi kepada kita bahawa memang ada arahan pihak tertentu agar keluarga malang ini disembunyikan daripada menemui individu dari Malaysia, khususnya wakil dari pihak pembangkang. Yang pastinya senario terbaru ini menjelaskan lagi kepada kita bahawa pembunuhan kejam Altantuya memang melibatkan individu berprofil tinggi dalam negara. Seperkara lagi, Altantuya memang disahkan telah bernikah dengan Abd.Razak Baginda. Nama Islamnya ialah Aminah binti Abdullah.

Kita semua tahu bahawa bapa Altantuya seorang intelektual dan berpengaruh di Mongolia. Dia juga kenal siapa Anwar Ibrahim. Sudah tentu sebagai seorang ayah, dia sedia menerima kunjungan wakil Anwar. Memang tidak masuk akal langsung jika dia bertindak sendiri lari dan bersembunyi.

Adakah keluarga malang ini ;

1. pernah menerima ugutan dari pihak tertentu dari Malaysia ? ATAU

2. sudah dipujuk oleh individu tertentu dari Malaysia dalam bentuk gantirugi bernilai puluhan juta ringgit ?

Fikirlah sendiri. Yang pastinya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Sekian.

Petrol Turun 15 sen, Diesel Turun 8 sen

Berita Bernama Saluran Astro 502 melaporkan mulai esok Ahad 24 Ogos 2008 harga minyak diturunkan. Petrol diturunkan 15 sen manakala diesel 8 sen. Pengumuman penurunan harga ini dibuat oleh PM.

Aku rasa PM 'buang tabiat' agaknya. Seingat aku tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia sebelum ini harga minyak diturunkan setelah kerajaan menaikkannya. Pak Lah nak tunjuk pada rakyat dialah satu-satunya PM yang begitu perihatin terhadap keperitan hidup rakyat marhain. Atau kerana terpaksa kot.. ekoran Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Mungkin Pak Lah berharap dengan menurunkan harga minyak ini, pengundi Permatang Pauh akan beralih angin untuk memberi undi pada BN. Aku dapat bayangkan mulai esok BN akan mencanang di seluruh pelusuk Permatang Pauh dengan berkata "Tengok, BN telah menunaikan janjinya. Harga minyak telah diturunkan bila harga minyak dunia turun. Selama ini rakyat tak pernah tahu. PM pernah tak tidur semalaman kerana memikirkan kesusahan yang bakal dihadapi rakyat bila harga minyak dunia melambung baru-baru ni."

Hai seronok sakan orang UMNO bila Presiden dia orang dok turunkan harga minyak 15 sen. Makin bertambah kasihlah orang Melayu pada Pak Lah. Beruntung kau orang UMNO dapat PM macam Pak Lah. Kau orang jangan lupa. Pak Lah adalah lulusan Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Sebab tulah dia perkenalkan Islam Hadhari. Aku cadangkan kau orang buat rombongan beramai-ramai ke Putrajaya untuk ucapkan terima kasih pada Pak Lah.

Aku masih ingat lagi kata-kata seorang pensyarah universiti sewaktu aku menanyakan pendapatnya tentang Pak Lah bakal PM. Dia jawab "Pak Lah lebih jahat dari Mahathir. Bapak munafik. Awak lihatlah nanti. Betul tak cakap saya ni."

Rakyat Sabah Mahukan Perubahan.

Wassalam.

Coretan Detik 12.45 Tengah Malam

Mata memang dah ngantuk tapi terasa macam ada sesuatu yang terbuku di dalam hati ini yang perlu diluahkan dalam blog ni. Sekurangnya dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan.

Bila teringat waktu jadi seorang pendidik dulu, kadang-kadang tersenyum sendiri bila terkenangkan murid-murid yang begitu manja dan nakal. Sudah tentu mereka semua hari ini telah berkerjaya malahan ada yang telah berumahtangga.

Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas, Kudat, Sabah adalah sekolah pertama aku. Kawasan pendalaman. Memang aku sengaja minta untuk ditugaskan di Sabah atau Sarawak selepas menamatkan kursus perguruan di IPSI (sekarang UPSI) pada tahun 1988.

Apa yang nak aku kongsikan di sini ialah sikap pelajar-pelajar aku di Pitas yang begitu menghormati guru dan komited dengan pelajaran walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan dari segi faktor sosio ekonomi, infrastruktur, pengangkutan dan kemudahan awam. yang lain. Bayangkanlah ada pelajar yang terpaksa berjalan kaki sejauh 3 batu untuk ke sekolah semata-mata untuk mencari ilmu yang dirasakan berguna di hari muka. Walaupun sekolah aku ni ada kemudahan asrama tetapi diperuntukkan kepada pelajar-pelajar yang jauh sahaja. Nak melihat mereka menunggang basikal jauh sekali. Tetapi kesungguhan mereka untuk menimba ilmu itulah yang membanggakan aku sebagai guru mereka.

Aku teringat seorang pelajar aku yang pernah aku rotan setiap kali gagal ujian Matematik dan Sains. Rambutnya berdiri tegak dan lincah budaknya. Apabila keputusan SRP keluar, dia datang berjumpa dengan aku sambil menghulurkan salam sambil berkata "Terima kasih cikgu. Sebab cikgu selalu rotan sayalah, saya dapat Kepujian C3 dalam Matematik dan Sains." Hati aku rasa tersentuh. Semuanya ini adalah kehendak Allah. Mungkin waktu aku merotannya, niat aku bukan menghukum tetapi mendidik.

Seorang lagi murid aku yang namanya masih terpahat dalam memori aku. (Bulat bin Ribut). Dia ni memang murid aku yang nakal. Selalu 'loya buruk'. Setiap kali aku masuk kelas, dialah yang bising. Tetapi bila aku mulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, dia jugalah salah seorang pelajar yang memberikan tumpuan terhadap apa yang aku ajar. Hasilnya dia memperolehi keputusan yang baik dalam SRP.

Di sepanjang karier aku sebagai guru, aku tidak pernah menghadapi masalah dengan pelajar aku yang pelbagai kaum, agama dan perangai. Aku memang garang kalau dalam kelas jika pelajar aku tidak serius belajar. Tapi dalam waktu yang sama aku boleh bergurau dan duduk semeja dengan pelajar aku sambil berborak. Mereka adalah murid, sahabat dan anak bagi aku. Aku sayangkan mereka. Sebab itulah mereka juga sayangkan aku. Kalau aku minta tolong, mereka berebut menghulurkan tangan untuk membantu.

Nasihat aku pada guru-guru muda masa kini, didiklah pelajar-pelajar kamu dengan penuh rasa tanggungjawab dan sayangilah mereka. Janganlah kita anggap mereka itu hanya semata-mata murid saja yang mesti menghormati dan mematuhi arahan kita. Kita kena ingat tugas sebagai seorang guru bukan semata-mata mengajar dan cukup bulan dapat gaji tetapi lebih daripada itu.

Sebenarnya aku sedih kerana pernah mendengar perbualan beberapa orang guru muda yang bercakap "Tugas kita kan mengajar saja. Samada mereka nak pandai atau tidak, lantaklah situ. Yang penting cukup bulan dapat gaji."

Kalaulah benar beginilah sikap kebanyakan guru-guru hari ini seperti yang aku dengar, memang patutlah hari ini pelajar sudah mula tidak menghormati guru malahan ada yang memukul guru mereka. Memang tidak dinafikan bahawa masalah disiplin pelajar masa kini bukanlah kesalahan guru semata-mata. Semua orang setuju bahawa pendidikan bermula dari rumah tetapi guru adalah pihak kedua selepas ibubapa yang sepatutnya memainkan peranan bagi mengimbangi masalah pelajar masa kini. Bagaimana caranya, tepuk dada tanya iman.

Cukuplah dulu. Nanti kalau aku tulis panjang-panjang, kau orang bosan pula. Niat aku bukanlah memuji diri tapi hanya semata-mata mahu berkongsi pengalaman....

Selamat tengah malam.

Pandangan Sarjana Muda Sains Politik

Coretan ringkas ini merupakan beberapa pandangan sahabat saya berhubung dengan senario politik tanahair kita pada masa ini.

Pandangan pertama beliau (sms 16:00:11, 20 Ogos) : Dalam teori moral, nilai mutlak tidak ada. Bertitik-tolak pada majoriti akhirnya jadi pragmatis. Inilah UMNO yang selari dengan perangai binatang di rimba.

Pandangan kedua beliau (sms 16:41:53, 21 Ogos) : Tangkapan 2 Exco Pera adalah konspirasi jahat arahan Perdana Menteri untuk mencemar imej Pakatan Rakyat. Mereka dituduh meminta wang untuk lulus projek sedangkan Menteri Besar Perak menjelaskan bahawa projek itu tidak wujud sama-sekali.

Pandangan ketiga beliau (sms 04:58:35, 22 Ogos) : Jika menilai mitos Hang Tuah, ramai umat Melayu terpegun ! Namun apabila dibuat penilaian semula, sesetengah intelek Melayu merasakan tertipu. Ada yang mengatakan sebenarnya Hang Tuah adalah sengkek. Percayalah sejarah akan berulang bahawa PARTI KERIS yang dianggap sangat berjasa hasil daripada silap mata sejarah dan British pasti akan dianggap sengkek oleh intelek akan datang. Tunggulah gilirannya kerana otak manusia akan sentiasa berkembang. Pada ketika itu ia akan menjadi sesuatu bahan thesis paradox. Fikir-fikirkanlah. Ianya akan berlaku tak lama lagi...

Sekian.


Akta DNA Dibentang - Cubaan Perangkap Anwar

20 Ogos - Setelah BN menyedari bahawa fitnah liwat dan sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful terhadap Anwar tidak berjaya mempengaruhi pengundi di Permatang Pauh, kini BN dilihat begitu terdesak sekali sehingga terpaksa membentangkan Akta DNA di Parlimen dua hari yang lalu.

Syed Hamid Albar membentangkan Rang Undang-Undang DNA bagi mewajibkan suspek kes jenayah menyerahkan sampel DNA kepada pihak berkuasa.

Tindakan mendadak Syed Hamid membentangkan Akta DNA ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa saja demi survival politik dan kuasa mereka. Pemimpin UMNO sebenarnya sedang dilanda 'sindrom fobia tahap kritikal' untuk berhadapan dengan Anwar dalam Parlimen. Tiada jalan lain bagi BN melainkan menggunakan Akta DNA ini bagi tujuan jahat mereka.

Inilah akibatnya jika sudah terlampau banyak berdosa kepada rakyat. Merompak duit rakyat, penyelewengan yang melampau. Dosa memfitnah. Dosa memenjarakan rakyat tanpa bicara (ISA). Belum lagi dikira dosa kepada Allah. Syirik kepada Allah kerana dengan sengaja tidak mahu melaksanakan Hukum dan Undang-Undang Al-Qur'an.

Saya merasakan bahawa hati pimpinan UMNO ini sudah dibutakan oleh Allah s.w.t. disebabkan tindak-tanduk mereka yang melampaui batas. Mereka sudah tidak nampak lagi kebenaran. Mereka hanya bertuhankan hawa nafsu semata-mata.

Ayuh!, marilah kita sama-sama berdoa' semuga Allah menggagalkan segala perancangan jahat dan keji puak-puak munafik ini.

Sekian, jazakallah.

Permatang Pauh - Anwar Dilagakan Dengan Haji Hadi

Terkini suasana kempen Piliharaya Kecil Permatang Pauh semakin hangat. 'Perang' antara Pakatan Rakyat dan BN semakin 'panas'.

Anwar sudah tentu akan meneruskan 'Agenda Rakyat' di dalam kempennya serta pendedahan berhubung kepincangan dan penyelewengan pentadbiran kerajaan Pak Lah. Pengundi Permatang Pauh pula memang sudah lama menanti kepulangan 'wira' mereka. Wira yang mereka kasihi sejak dahulu lagi. Kita yakin pengundi Permatang Pauh tidak akan terpengaruh dengan fitnah liwat serta sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful. Kita tunggu saja keputusan pada 26 Ogos ini.

BN pula sudah pasti akan meneruskan 'taktik kotor' mereka bersama 'sekutu jahatnya' Pengerusi SPR. Wang pastinya ditabur, pengundi hantu diarahkan 'bangkit dari kubur'. Menteri-menteri diarahkan menziarahi pengundi di rumah, kemudian minta sejadah nak tumpang sembahyang di setiap buah rumah supaya dilihat 'baik dan warak' oleh pengundi. Sembahyang Zohor dan Asar sampai 5 kali. Dilaporkan pada kali ini UMNO/BN menggunakan jentera Puteri UMNO dengan wajah cantik dan berpakaian seksi untuk menarik perhatian pengundi supaya menoleh ke arah mereka. Inikah parti yang kita nak harapkan untuk bela Islam ? Semakin terserlah kemunafikan UMNO. Bagi mereka 'matlamat menghalalkan cara'.

Pengalaman saya sewaktu Pilihanraya Kecil Kuala Berang, anak Pak Lah si Nori (bini Khairy) pakai tudung kepala supaya pengundi tengok anak PM tutup aurat. Pak Lah pula waktu itu baru jadi PM dengan Islam Hadhari dan kata pujangganya 'Aku mencari Al-Ghazali'.

Seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily hari ini, BN melalui media utama mereka terus menerus cuba melaga-lagakan Anwar dengan Presiden PAS supaya kelihatan Pakatan Rakyat berpecah. Saya melihat tindakan ini menunjukkan BN semakin desperate (terdesak) bagi meraih undi ekoran fitnah liwat dan sumpah laknat Saiful terhadap Anwar tidak memberi kesan pada sikap pengundi Permatang Pauh.

Saya tidak merasa kaget dengan tindakan UMNO/BN ini. Allah s.w.t. telah memberitahu kita tentang sikap dan perangai puak-puak munafik ini di dalam kitabNya menerusi Surah Al-Munafiqun (63): ayat 2 hingga 5 ;

2. Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai, (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
3. Yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).
4. Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih). (Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas) sehingga menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya dari kebenaran)?
5. Dan apabila dikatakan kepada mereka: " marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu", mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.

Kita yang mengaku sebagai hambaNya janganlah merasa diri kita hebat sebagai seorang Ahli Politik atau sebagai YB atau sebagai Exco sehingga merasakan kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam PRU12 lalu disebabkan usaha kita semata-mata. Kita bimbang Allah s.w.t akan menarik balik kemenangan ini jika kita melupakanNya.

Sejarah telah membuktikan bahawa kemenangan tentera Islam dalam peperangan bukan kerana ramai tetapi KEIMANAN DAN KETAQWAAN mereka pada Allah.

Semuga Allah s.w.t akan memberikan kemenangan kepada DSAI dan Pakatan Rakyat.

Sekian.

81 Dalil Musa Hilang Kelayakan KM Sabah

Wajah ceria seorang Ketua Menteri. Tiada siapa yang tahu apa yang terlintas di hatinya pada ketika ini. Agaknya Datuk Musa Aman memberi isyarat jelas pada para pemimpin pembangkang Sabah bahawa dia tidak akan tergugat dengan sebarang Laporan Polis maupun Laporan BPR yang telah dan akan dibuat terhadapnya.

Mungkin sambil dia tersenyum hatinya berkata "Kau orang buatlah sebanyak mana pun Laporan Polis dan BPR terhadap aku berkaitan rasuah dan penyelewengan, aku ndak kisah. Aku masih juga Ketua Menteri bah... Pak Lah sayangkan aku. Kau orang ndak boleh salahkan aku. Kau tengok Najib, sekali beli kapal selam dapat RM 500 juta. Anak Pak Lah dapat projek bilion ringgit. Habis tu, takkan aku ndak boleh kayakan keluarga aku.. Rugi bah itu. Sekaranglah masanya aku mahu kayakan keluarga aku. Kau orang pun tahu semua pemimpin UMNO hari ini memang begitulah perangai mereka. Semua mahu kaya. Ndak boleh baik sangat bah kalau dalam UMNO. Kau tengok apa jadi dengan Anwar. Sebab dia terlampau baik bah... Pasal tulah dia kena buang.

Sila klik di sini berhubung 81 Dalil Musa Aman Hilang Kelayakan Sebagai KM Sabah.

Dr. Muhamad - Saiful Tidak Diliwat

Liwat : Dr. Muhamad buat akuan bersumpah, pertahan hasil periksa Saiful
07-08-2008 06:47:25 PM
mStar KUALA LUMPUR: Dr. Muhamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, doktor pertama yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, pula mengeluarkan akuan bersumpah dengan mempertahankan hasil pemeriksaannya ke atas bekas pembantu peribadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. "Melalui pengalaman saya, saya telah berhadapan dengan banyak kes yang serupa, yang diadu oleh pesakit (Saiful) dan oleh itu, saya telah menjalankan pemeriksaan yang sesuai ke atas pesakit dan saya telah merekodkan penemuaan-penemuaan saya dalam fail pemeriksaan perubatan standard hospital," kata beliau dalam akuan bersumpah bertarikh 1 Ogos lalu.

Saiful berhak dapat perlindungan: Syed Hamid
Oleh Sazarina Shahrim
KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan yang terbabit dalam kes liwat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak didakwa kerana beliau adalah pengadu serta saksi utama kes itu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar."Apabila seorang melaporkan satu kes jenayah dan kita pula mendakwanya, ia menggambarkan bahawa mereka tidak dilindungi," katanya. Beliau menjawab persoalan yang ditimbulkan Anwar kenapa hanya dia didakwa sedangkan kertas pertuduhan secara jelas menyatakan Mohd Saiful bersetuju melakukan perbuatan yang didakwanya itu.Mengenai akuan bersumpah pegawai perubatan Hospital Pusrawi, Dr Muhammad Osman Abdul Hamid, yang berpegang kepada hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful, Syed Hamid berkata: "Biar mahkamah menentukan."

Komen Blogger :

Apa dah nak jadi dengan UMNO ni, saya pun tak tahu. Fitnah telah menjadi Rukun UMNO. Bukti dah jelas menunjukkan budak Saiful ni tidak pernah diliwat oleh Anwar. Lebih dahsyat lagi budak bodoh ni sanggup pula bersumpah dekat mesjid. Dosa fitnah dah satu hal. Ditambah pula bersumpah menjunjung Al-Quran, satu lagi dosa besar. Nasib kaulah yek... Esok kau jawablah di hadapan Allah.

Tindakan Saiful ini bertepatan dengan maksud Hadis Rasulullah ;
"Ramai di kalangan umat akhir zaman yang sanggup menjual agamanya dengan nilai dunia yang sedikit."

Sebenarnya apa yang terjadi ini adalah di dalam genggaman kekuasaan dan perancangan Allah. Allah mahu tunjukkan kepada kita semua betapa jahat dan munafiknya pemimpin UMNO hari ini. Yang pastinya Allah s.w.t. akan terus membiarkan mereka di dalam kesesatan kemunafikan sementara menunggu pembalasanNya.

Mereka ingat perancangan jahat mereka memfitnah Anwar berjaya tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Menikam diri sendiri.

Satu lagi bukti kemunafikan pemimpin UMNO apabila Syed Hamid Albar selaku Menteri Dalam Negeri menegaskan bahawa Saiful selaku pengadu tidak akan didakwa dan wajar diberi perlindungan.

Benarlah kata DSAI bahawa Malaysia mengamalkan Rules Of The Junggle (Undang-Undang Rimba). Mungkin bahasa yang saya gunakan agak keras. Tapi inilah yang sepatutnya digunakan bagi golongan manusia yang melampaui batas. Rujuklah Al-Qur'an.

From The Land Below The Wind.

Sumpah Saiful Cara Kristian

Menjelang hari penamaan calon Permatang Pauh, Saiful dilaporkan telah bersumpah dengan menjunjung Al-Qur'an berhubung pengakuannya yang telah diliwat oleh DSAI. Yang ironiknya dia mencabar DSAI supaya bersumpah juga dengan menjunjung Al-Qur'an.

Malang sungguh budak paloi (bodoh) ni. Diberitakan bahawa si mangkuk ayun ni telah ditendang keluar dari universiti sebab gagal. Apa tidak gagalnya sebab bangang. Dilaporkan juga ibubapanya telah bercerai. Sah memang si Saiful ni dari kategori spesis yang bermasalah. Memang mudahlah Najib pergunakan budak ni untuk memfitnah DSAI. Tak tahulah berapa juta agaknya Saiful dapat 'upah' dari kerja terkutuk ini. Kalau dapat jutaan ringgit, senanglah sebentar kau kat dunia ni sebelum diterajang oleh Malaikat ke dalam neraka nanti.

Najib pula semakin tertekan ekoran pengakuan bersumpah Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa bininya (Rosmah), Lt. Kolonel Aziz Buyong dan isterinya Lt. Kolonel Norhayati Hassan ada di tempat pembunuhan Altantuya. Dalam pengakuan bersumpah itu ada dinyatakan bahawa Lt. Kolonel Aziz Buyong yang meletakkan bahan letupan C4 di keliling badan Altantuya sambil diperhatikan oleh Rosmah dan isterinya Norhayati.

Berbalik kepada sumpah yang dibuat oleh budak ini, mari kita lihat kenyataan Mursyidul Am PAS ;

Tuan Guru Nik Aziz tegaskan sumpah Saiful cara Kristian

Mohd Rashidi Hassan Sun | Aug 17, 08 | 11:11:37 am MYT IPOH, 17 Ogos (Hrkh) -

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam. Iklan Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.

Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible. Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Menteri Besar Kelantan itu juga menempelak Umno yang mempercayai bersumpah dengan cara menggunakan al-Quran.

Katanya, sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja. Katanya, orang Islam tidak perlu bersumpah di masjid, sebaliknya boleh bersumpah di mana-mana sahaja asalkan ianya sumpah yang menepati Islam. Beliau juga hairan mengapa Umno menerima sumpah Saiful dan terikut-ikut dengan amalan agama yang bercanggah dengan Islam.

Ustaz Nik Aziz juga mempertikaikan motif sebenar Saiful bersumpah menjelang hari penamaan calon Permatang Pauh, yang katanya mempunyai maksud yang tersirat. Beliau amat berharap pengundi-pengundi Melayu yang beragama Islam tidak terpengaruh dengan propaganda media yang memanipulasi sumpah Saiful.

"Saya berdoa dan berharap Dato' Seri Anwar diberikan kemenangan," ujarnya.

Di bawah ini pula adalah komen yang diberikan oleh sahabat saya (Sarjana Muda Sains Politik) dari Pontian melalui SMS berhubung dengan sumpah Saiful ini.

Dalam istilah sains politik terdapat perkataan PRAGMATIK atau menghalalkan cara. Itulah wajah-wajah UMNO. Duit, kuasa dan propaganda. Persoalannya pernah tak media melaporkan pengakuan sumpah (cara Islam) yang dilakukan oleh Anwar di Batu Pahat pada tahun 1998.

Desperado media TV3 sangat terserlah. Pura-pura macam terjumpa peristiwa tidak dirancang. Busuknya UMNO.

Insya'-Allah, Anwar menang di Permatang Pauh. Kepada Allah berserah.


Sekian, jazakallah.

by monaz.

Rintihan Muslimat Ikhwanul Muslimin Di Penjara Syria

Artikel ini merupakan sepucuk SURAT yang telah berjaya diseludup keluar dari penjara Baath Assad Syria. Ia menceritakan tentang rintihan Muslimat Ikhwanul Muslimin yang dikurung di dalam penjara Syria. Peristiwa ini berlaku dalam tahun 1970an.

Dengan Nama Allah Yang Amat Pemurah Lagi Amat Pengasih

Kami telah menulis berpucuk-pucuk surat dengan airmata dan rintihan hati tetapi malangnya tidak satu pun sampai kepada umat Islam di luar pintu besi ini. Di dalam penjara ini, kami tidak dibenarkan menulis atau membaca. Kertas dan pen diharamkan. Jeritan penderitaan kami tidak dapat menembusi dinding-dinding hitam yang mengurung kami tetapi kami yakin bahawa insya'-Allah surat ini akan sampai kepada umat Islam seluruh dunia.

Dalam surat ini kami akan menceritakan tentang penderitaan dan kezaliman yang dikenakan oleh binatang-binatang pemabuk yang digunakan oleh Kerajaan Syria ke atas kami dalam penjara jahanam ini. Kalaulah setakat pukulan dan kejutan elektrik kami dapat bersabar menahannya tetapi penderitaan kami di sini lebih dari itu lagi. Dapatkah kami terus bersabar menahan hati apabila terdapat di kalangan kami yang dirogol tanpa belas kasihan sehingga menghembuskan nafas terakhir.

Kami berharap kami tidak diperanakkan di mukabumi ini. Dari hati kami yang tersiksa kami memohon agar semua umat Islam berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan maruah kami. Kalau dahulu apabila seorang muslimat meminta tolong kepada Khalifah Mu'tasim kerana dizalimi, seluruh bala tentera Islam dikerahkan untuk menyelamatkan muslimat tersebut. Tetapi di sini di dalam penjara Assad ini, beribu-beribu muslimat Islam disiksa, dizalimi dan dibunuh oleh binatang yang tidak berperikemanusiaan. Ramai di antara kami mengandung akibat perbuatan zina mereka. Kami tidak meminta agar kami dibebaskan. Kami hanya berharap agar penjara ini diletupkan dengan kami sekali di dalamnya.

Tolonglah tanya alim-ulama' kita samada kami boleh membunuh diri bersama dengan bayi di dalam kandungan kami. Kami sudah tidak berupaya untuk menanggung penderitaan yang tidak berhujung ini.

Wahai umat Islam seluruh dunia, cukuplah dengan tidurmu. Takutlah di waktu yang mana kamu semua akan disoal di hadapan Allah di akhirat nanti tentang apakah yang telah kamu lakukan apabila kamu telah mengetahui tentang kezaliman dan jenayah yang telah dilakukan ke atas kami di penjara Syria ini. Apakah kesalahan muslimat-muslimat ini sehinggakan mereka dirogol dengan ganas dan ditelanjangi. Mereka dipukul dan dikenakan kejutan elektrik. Apakah kesalahan muslimat-muslimat ini sehingga terdapat muslimat muda yang terpaksa dihantar ke hospital dalam keadaan separuh mati akibat dirogol tanpa belas kasihan oleh 26 orang tukang siksa. Apakah kesalahan muslimat-muslimat ini sehingga suami mereka dibunuh di hadapan mata mereka sendiri.

Wahai umat Islam seluruh dunia. Sebenarnya kamu nyenyak tidur. Nah, apakah jawapan kamu semua wahai umat Islam seluruh dunia. Apakah kami akan terus berharap supaya kamu dapat menyelamatkan kami dari neraka yang tidak bersempadan ini ? Apakah cahaya murni akan menyinari kami untuk menerangkan hati kami yang tersiksa ini ?

Dari Muslimat Yang Menjadi Mangsa Penjara Toghut Nasionalis Sosialis Syria
.

Apa bezanya dalam negara kita ? Bagaimana dengan ISA ? Menahan orang tanpa bicara. Sangat zalim dan tidak bertamaddun. Baru-baru ini seorang anak menghembuskan nafas yang terakhir tanpa ayah di sisi. Ayahnya sedang berada di Kamunting ditahan dibawah akta yang zalim ini. Kenapa UMNO/BN masih mengekalkan Akta ISA ini ? Asal penubuhan akta ini dahulu semata-mata untuk menahan komunis yang mengancam keselamatan negara. Hari ini komunis tiada tetapi UMNO/BN menggunakan akta ini untuk menahan sesiapa saja yang dianggap mengancam kedudukan dan karier politik mereka.

Bagaimana jika ada di antara keluarga kita yang ditahan tanpa bicara di bawah akta toghut ini ?

Jika masih ada lagi sekelumit iman dalam dada orang UMNO, sila tinggalkan UMNO sebelum terlewat. Jangan sekali-kali kita menyokong dan cenderung kepada pemerintah yang zalim.

Allah s.w.t. memberi amaran keras di dalam Surah Hud (11) : ayat 113 ;

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."

Sekian.

Salam Perjuangan Dari Sabah

Satu Daripada Seribu Masuk Syurga

Artikel ini ditulis hasil dari pembacaan buku-buku Kuliah Agama karangan Ulama' Muktabar tempatan dan antarabangsa. Juga hasil daripada sumber video kuliah agama.

Seorang muslim akan meraskan bahawa mereka akan dimasukkan ke dalam syurga kelak. Kita juga merasakan begitu selama ini. Adakah begitu mudah untuk masuk ke syurga hanya dengan mengucapkan kalimah LAILAHA ILLALLAH. Memang Rasulullah s.a.w. pernah bersabda "Barangsiapa yang mengucapkan Lailaha illallah akan masuk syurga".

Pernahkah kita terfikir sedangkan kita di dunia ini apabila hendak masuk ke sebuah negara lain perlu menunjukkan paspot antarabangsa kepada pihak imegresen negara yang kita kunjungi itu. Selepas dicop oleh pihak imegresen, barulah kita dibenarkan masuk.

Bagaimana pula paspot nak masuk ke syurga ? Kita semua dah tahu bahawa 'paspot' nak masuk syurga ialah dengan mengucapkan kalimah tauhid LAILAHA ILLALLAH. Tetapi kita kena ingat 'paspot' ini juga wajib dicop dan mendapat pengesahan Allah terlebih dahulu sebelum mendapat kebenaran masuk ke "Negara Syurga". Apakah cop itu ?

Cop yang paling utama ialah 'Aqidah. Allah s.w.t. Maha Mengetahui tentang pegangan 'Aqidah kita semua.

Kita semua sedar bahawa orang Islam di negara kita tidak ada yang menyembah berhala secara terang-terangan. Masalahnya hari ini ramai orang Islam tidak sedar bahawa 'Aqidah mereka boleh rosak tanpa mereka sedari walaupun masih solat, puasa, zakat dan haji. Carilah buku agama yang bertajuk "Perkara Yang Merosakkan 'Aqidah".

Saya teringat kata-kata seorang ulama' tersohor Indonesia Almarhum Prof Dr.Hamka dalam Kitab Tafsir Al-Azhar. Almarhum menafsirkan ayat Al-Qur'an di dalam Surah Al-An'aam (6) : ayat 159 "Jika ada keyakinan di dalam hati bahawa ada undang-undang lain yang lebih baik daripada undang-undang Islam, maka kafirlah orang itu walaupun masih sembahyang."

Cuba kita nilai sendiri bagaimana kedudukan 'Aqidah pemimpin UMNO ... Adakah mereka termasuk dalam golongan fasik, zalim @ kafir ???

Bagaimana pula jika kita menjadi ahli dan penyokong UMNO. Mari kita rujuk terjemahan al-Qur'an dalam Surah Al-Ahzab (33) ayat 66 - 68:

"Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata : "Alangkah baiknya andaikata kami ta'at kepada Allah dan ta'at kepada Rasul". Dan mereka berkata : "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menta'ati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang lurus (benar). Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali ganda dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar."


Di Akhirat kelak, Allah s.w.t. akan mengarahkan supaya orang-orang mujrimun (kafir) berpisah daripada orang-orang yang beriman (mukminun). Maka kedudukan manusia di Mahsyar telah terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan mukminun dan golongan mujrimun. Ketika puak mujrimun (kafir) dipisahkan daripada orang-orang mukminun, mereka mula merasai sangat takut. Ketika itu, datang seruan kedua yang memerintahkan Nabi Adam a.s. : "Wahai Adam, hantarlah kiriman untuk ke neraka." Kemudia Nabi Adam a.s. bertanya semula kepada Tuhan : "Sebanyak mana wahai Tuhan ?". Lalu Allah Taala menegaskan : "Bahawa daripada 1 000 orang, 999 untuk neraka, hanya 1 daripada 1 000 yang dimasukkan ke syurga."

Mulai dari saat itu, puak-puak yang menyeleweng daripada ayat-ayat Allah diheret keluar daripada kumpulan orang-orang yang beriman oleh para malaikat, yang berbaki hanya satu genggaman yang akan dimasukkan ke dalam syurga Allah s.w.t. Sebesar manakah genggaman Tuhan itu ? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Marilah kita muhasabah diri dan berdoa' semuga Allah s.w.t. memimpin kita dalam hidup ini dan kita akan dimasukkan ke dalam GOLONGAN YANG SATU.

Jazakallah.

Takbir.

Membangun Bersama Islam

by monaz

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger