Sunday, May 31, 2009

Kak Min... Apa Perasaan Hilang Wang Pertaruhan ?

Saya memang dok tunggu keputusan PRK DUN Penanti. Alhamdulillah, calon PKR Mansor Osman menang dengan majoriti 5,558 undi manakala ketiga-tiga calon bebas hilang wang pertaruhan termasuklah Aminah Abdullah yang nak cari glamour dan berangan nak menang.

Wanita separuh umur ni tiba-tiba menjadi sensasi dengan pendedahan kononnya ada isu pemimpin PKR di hotel. Lepas tu dia mendakwa dapat sokongan ahli Wanita UMNO.

Kita nak tanya sikit pada Kak Min ni. Macamana dia sanggup diperalatkan oleh UMNO untuk bertanding di DUN Penanti. Adakah buta mata hatinya sehingga sanggup menerima kekalahan yang amat memalukan diri sendiri maupun keluarga. Sepatutnya sedarlah diri itu sikit. Ukur dulu baju pada badan sendiri. Ini tidak.

Baru dapat sedikit habuan dari UMNO, dah mula tunjuk lagak dengan membuat pelbagai dakwaan untuk memalukan pimpinan PKR. Bukan setakat itu saja, malah siap tunjukkan CD-Rom yang kononnya sebagai bukti kukuh tentang seorang pimpinan PKR ada kes di hotel. Kalau betul kenapa tak dedahkan...

Aku tak tahulah punyalah bodoh wanita yang bernama Aminah Abdullah ini. Sapa nak percaya dengan dakwaan hang tu. Pengundi di DUN Penanti sendiri meluat bila mendengar cerita-cerita karut yang dibawa oleh si wanita bangang ni. Semua orang dah tahu isi kandungan CD-Rom itu hanyalah rekaan yang dibuat oleh jentera najis UMNO yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti pemimpin PKR.

Seluruh rakyat dalam negara ini dah masak benar dengan permainan jijik UMNO selama ini. Bermula dari isu fitnah kes liwat DSAI pada tahun 1998 sehinggalah isu kes liwat yang melibatkan si budak hapraq bernama Saiful ketika menjelang PRK Permatang Pauh. Ini semua merupakan bukti betapa UMNO dah desperate serta kepupusan idea untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

Woi Kak Min, apa yang hang dapat daripada UMNO. Mana pergi dakwaan hang yang dok kata Wanita UMNO sokong hang. Pasai apa hang hanya dapat 392 undi je. Lebih buruk daripada undi Khan Ari yang dapat 494 undi. Manakala calon Bebas Ramizu Idris lagilah sedih. Only got 56 votes.

Seperkara lagi yang amat memalukan apabila si wanita tak sedaq diri ini boleh mendakwa yang PKR menjanjikan jawatan Timbalan Ketua Menteri jika dia memenangi pilihanraya kecil ini. Sapa yang nak percaya dengan dakwaan dia ni. Pandanglah diri tu sikit. Hanya orang gila saja yang boleh menawarkan jawatan setinggi itu kepadanya.

Bukan setakat dakwaan tawaran jawatan TKM, malah si Kak Min ni juga mendakwa dua pemimpin PKR, Cheah Kah Peng (AMT) dan Timbalan Ketua PKR bahagian Batu Kawan, Peter Lim cuba menyogoknya RM80,000 dan menawarkan jawatan YDP sebuah majlis perbandaran, jika beliau menarik diri daripada bertanding.

Entahlah... Memang kartun betullah si Aminah Abdullah ni. Hairan kita dibuatnya kerana masih ada spesis bangsa Melayu yang boleh jadi macam dia ni. Inilah akibat daripada hasil didikan UMNO selama 51 tahun sehingga bangsa Melayu boleh jadi sebegini bodoh.... Na'uzubillah.

Whatever, I also appreciate to all the Bebas candidates due their braveness and let themselves being manipulated by UMNO. My condolence to all of you.

Pada Kak Min, insafilah diri. Jangan biarkan diri dijadikan alat oleh UMNO. Sepatutnya nyawa yang masih diberikan oleh Allah hendaklah digunakan sebaik mungkin bagi bekalan di Akhirat kelak. Sedarlah sikit wahai Kak Min, UMNO tu takde bezanya dengan Yahudi maupun Nasrani. Haram hukumnya bersekongkol dengan puak-puak UMNO ni. Takde untungnya. Malah berdosa besar pulak kita nanti.

Seikhlasnya, saya menyarankan kepada Kak Min agar masuk PAS. Belajar agama banyak-banyak. Fahamkan tentang apa itu 'Aqidah. Takde gunanya kita sembahyang sampai lebam-lebam dahi tapi 'Aqidah Islam kita rosak hanya kerana fahaman "Agama Suku, Politik Suku".

UMNO pula memang takut nak hantar calon bertanding. Memang mereka tahu confirm kalah. Sebab itulah disponsornya 3 calon bebas untuk menentang calon PKR. Katakanlah UMNO/BN masuk bertanding dan jumlah 5,000 ahli UMNO sebagaimana didakwa oleh Timbalan Pengerusi UMNO Penang solid keluar mengundi BN, pun mereka masih kalah.

Memang UMNO dah nak mampus.

Saturday, May 30, 2009

Caution ! Virus UMNO Dah Mula Menyerang PAS

Terkini ! Seorang calon Timbalan Presiden PAS akan mengadakan pertemuan dengan seluruh pimpinan PAS Kawasan dan Perwakilan Muktamar di Bandar Batu Gajah, Gopeng, Perak jam 9.00 malam tadi.

SMS yang masuk ke dalam handphone mso seperti berikut ;

Assamualaikum, tuan-tuan YDP, TYDP, NYDP, SETIAUSAHA, DAN PERWAKILAN KE MUKTAMAR, adalah dijemput untuk menghadiri majlis dialog dengan calon Timbalan Presiden (nama). Pada 30 Mei Jam 9:00 malam. Bertempat di Markas PAS Batu Gajah, No 21 Bandar Baru Batu Gajah Gopeng sebelah FT Supermerket. Jalan Batu Gajah. Berdepan simpang masuk Taman Tasik SM Noor. Turut menjemput dan hadir sama (nama). Seberang pertanyaan tempat hubungan YDP Batu Gajah. (Nama dan telefon) atau (nama dan telefon) dan (nama dan telefon).- 8:48 am 30/05/09.

Di antara 3 calon yang bertanding jawatan ni, Abg Mat (Hj Mohamad Sabu) telah mengesahkan berita yang dimaksudkan itu bukan beliau. Malam ni dia akan berada di Penanti memantau perjalanan kempen malam terakhir.

Cuma ada tinggal 2 calon lagi yang dimaksudkan dalam SMS tersebut. Mungkinkah Ustaz Nasharudin yang dimaksudkan ? Atau pun Hj Husam Musa yang terkenal dengan pelbagai gelaran dan kenyataan kontroversinya ? Mungkin pembaca boleh meneka siapakah gerangan calon Timbalan Presiden yang nak melobi ni.

Persoalannya, mengapa perkara sedemikian boleh juga berlaku dalam PAS ? Selama ni ahli yang ikhlas dan jujur beranggapan PAS bersih daripada sebarang unsur tidak sihat seperti melobi, berkempen, berkroni dan pelbagai lagi penyakit sebagaimana yang berlaku dalam UMNO. Tup-tup, akhirnya terbongkar juga. Memang benar wujud unsur-unsur negatif ini dalam PAS.

Dalam SMS tersebut ada dinyatakan tujuan pertemuan itu diadakan adalah semata-mata untuk berdialog dengan calon Timbalan Presiden. Dialog ke atau melobi ? Sejujurnya aku yakin memang tiada tujuan lain pertemuan ini dibuat melainkan untuk melobi agar semua perwakilan akan mengundinya.

Apakah pertemuan ini bukannya politik wang ? Takkanlah sekadar pertemuan saja tanpa makan dan minum ? Paling tidak pun nasi minyak atau baryani. Bukan susah nak diurus, tempah saja makanan dengan catering. Everything is under control. Tak masuk akal jika calon Tim. Presiden hanya bagi minum air mineral saja. Jatuhlah standard.

Jika diingat balik apa yang pernah disebut oleh Ustaz Mohamad Daud Iraqi dalam ucapannya di Machang beberapa minggu lepas tu memang betullah... Bagai nak raq pimpinan PAS buat kenyataan media menegaskan tiada bukti berlakunya rasuah politik dalam PAS. Nah ! sekarang jawablah.... Apa yang berlaku malam ni di Batu Gajah bukan rasuah politik ke namanya ?

Aku sendiri pernah menyebut dalam artikel sebelum ini bahawa pimpinan PAS bukannya maksum. Berapa ramai pimpinan PAS yang sudah mencapai darjat Nafsu Mutma'inah ? Masih terlampau ramai di kalangan pimpinan PAS yang ada hari ini berada pada tahap Nafsu Mulhamah. Mungkin ada yang lebih teruk lagi.

Bukan senang oh nak mencapai darjah Nafsu Mutma'inah ni. Perlukan guru yang mursyid sebagai pembimbing. Tanyalah pada Tuan Guru Nik Aziz bagaimana cara dan kaedahnya untuk mensucikan hati.

Mengapa si ********* ni tak pasal-pasal nak buat pertemuan dengan semua pimpinan kawasan dan perwakilan seluruh negeri Perak ? Adakah dia dah mula rasakan bayangan kecundang ?

Sebagai ahli PAS, kita perlu menyedari haram hukumnya jika kita memilih calon yang melobi untuk menang jawatan. Haram hukumnya mencalonkan individu yang dikenalpasti meminta-minta jawatan. Mesti dihentikan segera virus UMNO yang sudah mula nak merebak dalam PAS.

Macamana aku tak marah. Belum pernah berlaku majlis seumpama ini sepanjang 54 tahun Muktamar PAS berlangsung. Inilah kali pertama berlaku dalam sejarah Muktamar PAS. Kalau sejarah positif yang dicipta pada kali ini, oklah. Malangnya apa yang berlaku adalah perkara yang tak sepatutnya.

Ya Allah, aku sangat sayangkan jamaah Islam PAS ini. Ku pohonkan kepada Mu Ya Allah agar lindungilah jamaah ini daripada sebarang fitnah, mehnah dan tribulasi yang boleh menggugat keharmonian dan kekuatan yang sedia terbina sekian lama. Ya Allah, janganlah Kau biarkan kami bersendirian dalam menghadapi ujian ini.

Berikut adalah ulasan mso yang perlu dibaca ;

Si Desperado Sedang Menggila Dalam PAS

SELALUNYA bila kepala sudah buntu atau otak menjadi ‘sebok’ menyebabkan seseorang yang cerdik atau sasa itu boleh jatuh terjepak di tengah jalan. Pening menyebabkan seseorang tidak lagi menjadi waras. Haluan perjalanan juga akan hilang dan kabur. Landasan perjalanannya jadi berpecah-pecah dan hilang fokus.

Begitulah lumrah seseorang yang sudah pening dan tidak dapat mengawal kewarasannya. Seseorang itu akan melakukan apa saja untuk bertindak. Apa-apa saja, macamlah gajah naik minyak!

Peraturan, hukum, bukti dan apa-apa sudah tidak diguna pakai lagi. Dia akan bertindak di luar garis akal budi kemanusiaan. Strategi as syaitaniah juga dipraktikan. Jangan peduli apakah ianya dimurkai Tuhan atau pun dibenci Nabi, yang penting perjalanan si pening itu untuk menggapai kuasa dapat diteruskan.

Dalam heboh kempen untuk merebut menjawat tertinggi dalam Pas yang akan dilangsung beberapa hari lagi, saya tengok ada orang yang telah desperate apabila dia sudah nampak bayangan kekalahan. Dia sudah jadi kelam kabut. Germeciangan diluar sudah disalah tafsirkan sebagai persiapan sebuah keranda untuknya.

Juteru dia jadi panik, jadi mabok dan akan merembas apa saja sehingga sanggup dan tergamak meletakkan dirinya lebih hina daripada haiwatunatik. Walhal yang berbunyi di sana itu orang membaiki longkang, tetapi dirasai ia adalah pukulan tukul ke atas paku terakhir untuk keranda untuknya.

Begitulah aksi si desperado. Segala bunyi dirasakan tertempa ke arahnya. Segala kata-kata, sinikal dirasakan menyua ke dalam telinganya. Walhal segala bunyi itu untuk semua orang. Kenapa? Jawabanya kerana dia sudah pening dan tertekan dan tidak ada keyakinan kepada diri sendiri yang digahkan dunia selama ini.

Iya, demi untuk hidup dan survive, orang tertekan akan menjadi seperti kucing jinak. Meskipun ia baik, alim tetapi kalau sudah sampai tertohok di dinding, dia bisa menjadi bengis dan mencakar sesiapa saja. Tujuannya satu untuk menyalamatkan diri yang dirasakan terancam.

Dalam suasana begitu ia terlupa bahawa orang yang menghampirinya bukan untuk membunuhnya bahkan untuk menyelamatkannya, tetapi kerana otak kucing, dia bersangka sebaliknya.

Begitulah nasib si kucing yang tidak tahu menilai alam, diri dan nawaitu orang lain ke atasnya. Orang yang niat untuk membantu dianggap sebagai musuh lalu dicakar semahunya. Meow... meoww....

Ada beberapa maklumat yang tersampai ke telinga saya bagaimana aksi si desperado ini bertindak kotor. Ia menggunkan berbagai tektik yang tidak halal tanpa mengira di mana dia berdiri. Dia sedia melakukan kebusukan mekipun dia berada di atas mimbar dalam masjid?

Terdengar si desperado ini telah bermain kotor dengan membuat fitnah kepada calon lain. Antara ayat-ayat yang sampai kepada saya ialah, calon desperado berkenaan telah menuduh calon lain itu sebagai tidak sembahyang dan main perempuan di luar negara. Kata-kata ini sungguh jijik dan kotor. Kata-kata lahir dari halkum seorang yang hilang maruah dan kredibiliti.

Nampaknya fiil dan perangai Yahudi sudah pun digunakan. Ajaran Yahudi yang dibenci itu sudah dianuti oleh ahli Pas. Dan strategi dan tektik Yahudi telah dipraktikan dan dibawa ke dalam Pas. Sungguh malang sekali. Kejadian ini katanya berlaku di Johor dan disebarkan secara halus di beberapa tempat lain.

Pas harus menyekang segera kempen memburukan calon oleh calon ini. Budaya dalam Umno yang dikecam dan dikutuk selama ini nampaknya sudah memasuki ke dalam rumah Pas. Malahan ianya nampak lebih ganas dari Umno. Orang-orang yang membawa budaya ini haruslah ditolak oleh perwakilan tanpa maaf!

Pas yang meletakkan agama di hadapan tidak seharusnya sedia dipimpin oleh calon sedemikian rupa!

Barangkali ada patutnya kalau jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan Mustafa Ali memantau dan menyiasat kejadian ini. Beliau harus bertindak tegas. Kalau perlu mungkin tindakan membatalkan calon berkenaan boleh dilakukan. Adalah bahaya bagi Pas kalau tertakdir Allah sengaja memilih orang seperti ini untuk memimpin Pas. Doa desperado tidak seharusnya ditadah dan diaminkan.

Ia akan membawa celaka besar kepada parti Islam itu. Kesucian dan keikhlasan perjuangan Pas yang dibina atas prinsip dan konsep al dinul hayat untuk membela agama, bangsa dan negara tentulah akan tercabul dek perbuatan anak-anak Yahudi si desperado ini.

Friday, May 29, 2009

Pemilihan PAS - Ramalan Nujum Pak Belalang

Nujum Pak Belalang nak buat ramalan pasal pemilihan pimpinan PAS dalam Muktamar yang bakal berlangsung beberapa hari lagi. Ramalan ini hanya untuk kerusi Timbalan Presiden dan Naib Presiden saja.

Untuk jawatan AJK PAS Pusat, Nujum Pak Belalang tak mampu nak buat ramalan sebab 'mangkuk jampi' kecil sangat. Kalau besar tu mudah sikit sebab ramai sangat calonnya.

Dijangka akan berlaku pertandingan sengit sampai hangit bagi jawatan Timbalan Presiden memandangkan 3 individu yang bertanding mempunyai pengaruh dan imej tersendiri.

YB Ustaz Hj Nasharudin Mat Isa - bekas pensyarah Universiti dan juga seorang ahli akademik yang fasih berbahasa Inggeris dan Arab. Seorang yang mudah mesra dengan sesiapa saja. Sikapnya yang profesional dan 'low profile' sangat disenangi ramai samada kawan maupun lawan.

YB Dato' Hj Husam Musa - mantan Naib Presiden yang disebut sebagai 'Kumpulan Erdogan'. Pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai Ahli Parlimen Terbaik Komanwel kerana hujahnya yang bernas berserta dengan fakta hasil research yang dibuat. Pendekatan politiknya yang agak rasional dan terbuka. Cumanya agak sedikit kontroversi apabila membuat kenyataan akhbar "Saya sedia bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS kerana mahu membetulkan halatuju PAS". Agak mengecewakan juga apabila didedahkan tentang sikapnya yang agak kurang menyenangkan baru-baru ini di studio TV9.

Hj Mohamad Sabu - mantan Naib Presiden dan sangat popular di Malaysia. Di mana saja ada demonstrasi, maka disitulah dia berada mengetuai demonstrasi. Ceramahnya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar. Hujahnya menarik dan tidak pernah lekang dari unsur-unsur lawak menyindir. Kerap ditangkap Polis khususnya berhubung dengan demonstrasi dan perhimpunan aman. Mudah mesra dengan sesiapa saja. Terkenal dengan jolokan 'Ayam Tambatan PAS'.

Bagi jawatan Timbalan Presiden ini, Nujum Pak Belalang meramalkan Ustaz Nashrudin Mat Isa mampu mempertahankan jawatannya. Salah satu faktor kerana berlakunya pertandingan 3 penjuru. Dalam konteks ini ianya memberikan kelebihan undi pada beliau.

Manakala untuk jawatan Naib Presiden, ketiga-tiga penama berikut dijangka menang ;

1- YB Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

2- YB Hj Salahuddin Ayub

3- YB Dr. Mujahid Yusof Rawa

Nujum Pak Belalang mengharapkan agar perwakilan buatlah pilihan secara profesional dan bijak bagi memastikan barisan pimpinan baru mampu menjana PAS sebagai sebuah parti dan jamaah Islam yang syumul dalam era globalisasi yang semakin mencabar ini. Juga persediaan yang mantap dan bersepadu dalam menghadapi PRU13 kelak.

Jazakallah.

Mata Lebam Anwar - Bekas Polis Libatkan Ghani dan Mus

Sebentar tadi saya menjenguk website themalaysianinsider dan membaca satu berita bertajuk Ex-Cop Implicates Abdul Ghani, Musa in Anwar black-eye case, clears Dr.M.

Semalam, website yang sama menyiarkan berita bertajuk Mat Zain claims defamation plot ahead of Anwar case

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim (bersara 2001) mendakwa memang ada komplot peringkat tinggi yang menggunakan notis bankrapsi untuk menjatuhkan kredibilitinya berikutan beberapa kes termasuk kes liwat Ketua Pembangkang DSAI.

Beliau juga menegaskan terdapat 'tangan tersembunyi' individu yang sangat berkuasa mahukan tindakan notis bankrapsi ini dikenakan ke atasnya bagi menjatuhkan kredibilitinya dan/atau melumpuhkan kemampuannya dan menghalangnya daripada memberi bukti menentang Peguam Negara dan Musa Hasan yang bertanggungjawab memalsukan bukti dalam kes mata lebam Anwar Ibrahim dalam tahun 1998.

Mat Zain dalam kenyataannya juga percaya bahawa notis bankrapsi itu juga ada kaitan dengan rayuannya kepada ahli lembaga Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia agar membersihkan namanya selepas badan tersebut membersihkan nama Ghani dan Musa daripada tuduhan memalsukan bukti sebagaimana didakwa oleh Anwar.

Memang itulah kerja UMNO dan pimpinannya. Serupa saja dengan Yahudi Zionis. Bagi mereka "matlamat manghalalkan cara". Di Mahsyar kelak, pimpinan UMNO dan para pengikutnya akan berbaris di belakang Firaun, Namrud, Abu Jahal, Abu Lahab, Abdullah Ubai dan rakan sekutu mereka yang lain.

Mereka merasakan Anwar adalah satu ancaman besar yang perlu dihapuskan. Apatah lagi sekarang Anwar sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat. Segala kes rasuah, jenayah dan penyelewengan semua pimpinan tertinggi UMNO dalam 'kocek' Anwar. Kita lihat sajalah bagaimana kesannya terhadapnya Najib apabila Anwar mendedahkan tentang isu pembelian kapal selam Scorpene yang turut melibatkan kes pembunuhan Altantuya.

Perlu diakui yang Najib sekarang macam 'cacing kepanasan' walaupun sedang duduk di kerusi selesa No.1 negara. Sehingga kini kita masih tidak tahu apakah jenis tindakan yang bakal diambil oleh Setev Sharibuu dan kerajaan Mongolia. Seluruh penduduk dunia dah tahu memang Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan terkejam ini.

Najib sudah tentu menyimpan dendam peribadi terhadap Anwar. Sebab itulah Datuk Mat Zain menegaskan bahawa ada tangan tersembunyi individu yang sangat berkuasa mahu agar beliau dihalang dari memberikan bukti penting yang melibatkan Ghani Patail dan Musa Hasan dalam kes mata lebam Anwar.

Semakin hari ramai yang tampil mendedahkan segala keburukan para pimpinan UMNO. Juga perbalahan sesama sendiri. Marilah kita terus berdoa' agar Allah SWT segera menghancurkan UMNO bagi mengelakkan lebih ramai lagi umat Islam yang akan sesat kelak.

Adios.

Wednesday, May 27, 2009

UMNO Dijangkiti Virus H1N1 - Leave It Now !

Lembik-lembik Paklah pun tapi zaman dia perintah takde pulak kita dok dengaq UMNO Negeri kecoh macam la ni. Apa dah jadi dengan UMNO Perlis ? Haru-biru sampai ada yang berhasrat akan 'lompat' masuk Pakatan Rakyat. Hanya depa dok tunggu 'kepala' mereka. Kalau Dato' Hashim buat keputusan meninggalkan UMNO dan masuk Pakatan Rakyat, maka para pengikutnya turut sekali berhijrah ke 'jalan yang lurus' (masuk PAS atau PKR).

Sejak Maharaja Jib take over negara dan UMNO, macam-macam krisis dalaman berlaku. Bukan setakat UMNO saja bergelora, parti komponen BN yang lain pun dilanda tsunami. Terkini krisis besar melanda PPP. Sampai ada 2 Presiden. M.Kayveas dan T.Murugiah. MCA dan MIC memang dah lama menyimpan 'geram' dengan UMNO sejak rombakan kabinet oleh Najib. Cumanya mereka tak 'against' secara terang-terang. Ibarat api dalam sekam.

Apa yang berlaku di Perlis ni merupakan satu lagi 'clear sign' yang UMNO akan hancur. Inilah akibat dan balasannya jika tidak mengambil Islam sebagai dasar parti. Rasa tidak puashati yang berlaku di kalangan pimpinan mereka tidak pernah surut. Perasaan dendam, marah, gila kuasa dan pelbagai lagi sifat-sifat keji sudah lama bersemayam dalam jiwa seluruh pimpinan UMNO di semua peringkat.

Jawatan direbut bukan lagi untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab untuk membela bangsa sendiri tetapi hanyalah semata-mata untuk mengaut segala kekayaan yang ada. Budaya kroni, anugerah projek dan AP, berlumba-lumba menimbunkan kekayaan, jatuh menjatuhkan sesama sendiri, skandal seks dan penyelewengan, rasuah dan pelbagai lagi kebejatan tingkahlaku yang tak sepatutunya telah berakar-umbi dalam UMNO kini.

Semuanya ini mula diajar oleh sang manusia yang memuja Kamal Ataturk, Mahathir. Selama 23 tahun si mamak tua ini memerintah, maka selama itulah UMNO melalui proses perubahan menjadi Parti Hapraq orang Melayu. Akhirnya UMNO berjaya menjadi sebuah parti anti-Islam No.1 dalam negara. Budaya politik wang berkembang-biak sehingga menjadi darah daging. Pelbagai kes jenayah oleh pimpinan UMNO dikira 'halal'. Wang negara dan rakyat dijadikan milik UMNO untuk ditong-tong sama sendiri. Satu untuk kau, satu untuk aku. Sepuluh untuk kau, seratus untuk aku. Segala hak-hak keistimewaan orang Melayu dirampas. Berpuluh tahun Orang Melayu diperbodohkan dengan pelbagai sandiwara manis sehingga lena. Dan memang pun pimpinan UMNO cukup suka dengan kebodohan dan kemiskinan orang Melayu. Hanya inilah saja jalan untuk memperbudakkan bangsa sendiri.

Yang sedihnya, ahli UMNO masih boleh percaya dengan agenda bohong pimpinan mereka untuk bela Melayu. Semuanya gagal. Samada di sudut ekonominya maupun di sudut pembangunan insan yang cemerlang. Lihat saja apa yang berlaku hari ini. Sebut saja. Segala macam gejala sosial dan jenayah yang melibatkan majoriti anak Melayu. Dari segi kemiskinan, bangsa Melayu dan bumiputera masih menjuarai kategori ini. Ringkasnya, orang Melayu masih jauh ketinggalan dalam semua bidang.

Kini sudah sampai masanya UMNO hancur dan lenyap dari alam maya ini. Bukan orang luar yang menghancurkan UMNO tetapi para pimpinannya sendiri. Cumanya UMNO agak sedikit bertuah dapat bertahan agak lama disebabkan kebodohan ahli-ahlinya. Kalaulah ahli UMNO terdiri dari kalangan orang yang cerdik dan bijak berpolitik, maka lebih awal kepupusannya.

Berbalik kepada krisis Perlis. Pergolakan yang berlaku berpunca dari rasa tidak puashati di kalangan para penyokong Shahidan Kasim. UMNO Perlis berpecah kepada 2 kumpulan. Kumpulan Shahidan dan group pecacai MB Perlis sekarang, Mohd.Isa Sabu. Tsunami yang melanda UMNO Perlis ini bermula sejak Mac lagi. Rasa tidak puashati ini mula timbul apabila orang Shahidan 'memberontak' kerana bos mereka selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri tidak dilantik semula sebagai MB selepas PRU12. Pekong dalaman UMNO Perlis sudah tak boleh disorok lagi apabila Najib mengambil-alih kerusi Presiden UMNO dan PM. Begitulah juga yang berlaku di Terengganu. Hal yang serupa saja.

Sapa pun marah. Patutnya yang jadi MB adalah Pengerusi UMNO Negeri. Bila berlaku sebaliknya tentulah orang marah. Cuba tanya kat Najib kalau dia tak dilantik sebagai PM walaupun duduk di kerusi Presiden UMNO. Silap-silap boleh jadi 'gila babi' dibuatnya.

Apa yang berlaku pada UMNO hari ini adalah kesinambungan daripada segala kerakusan dan ketamakan kuasa, penyelewengan dan rasuah serta pelbagai lagi kejahatan yang dilakukan oleh para pimpinan UMNO di semua peringkat. Bak kata orang, jika kepala ikan dah busuk, maka seluruh badannya juga turut menjadi busuk.

Itulah UMNO, sebuah parti yang sudah terlampau jauh menyimpang dari matlamat asal penubuhannya. Lebih malang lagi dasarnya terbukti bertentangan dengan Islam sebagaimana disahkan sendiri oleh Almarhum Tunku Abd.Rahman yang mengakui UMNO berfahaman sekular. Fahaman Kristian yang menyesatkan. Malangnya ahli UMNO yang Islam masih tidak memahami persoalan ini. Selama ini mereka beranggapan duduk dalam UMNO tidak menjadi kesalahan dan tiada kena mengena dengan persoalan Aqidah.

Sementara nyawa masih ada, umat Islam di Malaysia perlu sedar bahawa menyokong UMNO merupakan salah satu cabang daripada perkara yang boleh merosakkan iman dan aqidah. Dalam Al-qur'an ada disebut bagaimana orang Arab di Mekah yang telah memeluk Islam hasil dakwah Rasulullah tetapi jadi ahli neraka. Mereka dimasukkan ke dalam Neraka hanya disebabkan keengganan mereka mengikut Rasulullah berhijrah ke Madinah. Keengganan ini disebabkan mereka malu dengan Abu Jahal dan Abu Lahab yang telah banyak memberi 'projek'.

Mereka yang dah peluk Islam di Mekah ketika itu tidak menyedari dan memahami bahawa Allah yang memerintahkan mereka ikut Rasulullah S.A.W. berhijrah ke Madinah untuk membantu Baginda mendirikan negara Islam di sana. Yang dikecualikan hanyalah yang sakit, orang tua dan kanak-kanak.

Apa bezanya dengan ahli UMNO yang ada hari ini. Mereka sedar dan tahu bahawa PAS adalah satu-satunya parti dan jamaah Islam yang mahu menegakkan Daulah Islamiyyah dalam negara ini. Malangnya ahli-ahli majoriti umat Islam masih berdegil untuk terus bersama UMNO yang jelas parti sesat dan menentang Islam. Sikap dan tindakan mereka ini tiada bezanya dengan sikap orang Islam di Mekah yang enggan mengikut Rasulullah berhijrah.

Satu bukti jelas yang Allah nyatakan dalam Al-Qur'an. Jika hati ahli dan para penyokong UMNO masih tidak berubah juga sehingga ke akhir hayat, maka nasib mereka sama saja dengan orang Mekah yang telah peluk Islam.

Wahai ahli dan para penyokong UMNO, berhijrahlah sebelum terlambat.

Syukran...

Monday, May 25, 2009

BN Turns Down The Heat

KUALA LUMPUR, May 25 — After successive by-election defeats in just over a year, the thinking behind the strategies of the Barisan Nasional (BN) is now gravitating towards the new dictum that you cannot lose if you do not play.

The Malaysian Insider understands that from now on even if BN contests any by-elections, the coverage in some of the mainstream media is expected to be muted.

“BN leaders feel that as long as they don’t make a big deal of elections they will not be swaying to Anwar’s beat,” said a source familiar with BN strategies.

Since March 2008, when BN lost its two-thirds majority in Parliament and saw the rise of an alternative coalition in the form of Datuk Seri Anwar Ibrahim’s Pakatan Rakyat (PR), the ruling coalition has lost four out of five by-elections.

Weary of more electoral defeats and the effect it will have on the ruling coalition, Datuk Seri Najib Razak’s new administration is skipping the Penanti vote in Penang this week.

The Najib administration has justified staying out of the polls by arguing that the Penanti vote is a waste of time and public funds because it was caused by a voluntary resignation from Anwar’s PKR.

BN leaders are also trying to paint a picture to the public of a government which is focused on managing a flagging economy instead of playing politics.

The Malaysian Insider understands that the local media have been asked to focus on the economy and other non-political stories.

Such a strategy is meant to lower the political temperature with the Najib administration hoping to convince the public that the government’s time is best not distracted by politics.

The new media strategy has already taken effect with newspapers not giving the current Penanti by-election the kind of intense coverage usually associated with such campaigns.

In the last few by-election campaigns, the aggressive coverage portrayed a defensive BN and allowed PR parties to score political points to shore up its own support base.

The Najib administration is particularly concerned with how PR parties have been able to shape public perception even in the early days of him taking power.

His 1 Malaysia has come under heavy attack and appears still-born even though there are now plans to start a campaign to win public support.

The Perak debacle has also dominated public attention with little focus on Najib’s attempts at reforms.

The DAP’s Lim Kit Siang indicated today that PR plans to continue the political pressure and the unrelenting attacks against Najib.

Despite BN’s absence from the campaign, Lim said Najib was “undoubtedly the primary target” in the campaign.

“Previous Prime Ministers also had their respective slogans like Mahathir’s “BCA” slogan of “Clean, Efficient, Trustworthy” government and Abdullah’s “Cemerlang, Gemilang, Terbilang” but Najib had beaten them all in having his slogan shredded and discredited in the shortest time ever – less than two months!”

He cited as examples the Perak power grab, the police crackdown on dissent and especially the manner in which the recent Perak state assembly sitting descended into chaos.

By trying to lower the political temperature, the Najib administration will be hoping to erase such images from the public eye.

by Leslie Lau - themalaysianinsider

Saturday, May 23, 2009

MB Perak : Keputusan Mahkamah Rayuan Dah Dijangka...

Keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang menyebelahi Zambry memang telah kita jangka. Bukan satu perkara yang pelik hal ini berlaku dalam negara. Semuanya boleh diatur mengikut skrip sang penguasa bangsat yang ada. sistem Kehakiman dalam negara kita mula tergugat apabila Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dipecat atas arahan Mahathir. Sejak insiden pemecatan ini, Mahathir dan UMNO mula 'mengatur dan memilih' barisan para Hakim yang boleh dijadikan 'pecacai angkat najis' mereka.

Pendedahan oleh DSAI melalui rakaman Video VK Linggam jelas membuktikan bahawa Sistem Kehakiman dalam negara telah punah sama-sekali. Hakim yang dinaikkan pangkat bukan mengikut seniority dan pengalaman tetapi dipilih dari kalangan Hakim yang boleh diperbudakkan oleh pimpinan PM dan kroninya. Sebab itulah sistem Kehakiman dalam negara kita dipandang hina oleh negara luar.

Video VK Linggam Part 1:



Video VK Linggam Part II :



Video VK Linggam Part III :



DUA kes perbicaraan besar yang membuktikan Hakim jadi pecacai angkat najis kepada sang penguasa bangsat ;

Pertama - Perbicaraan Kes Pemecatan DSAI yang jelas tak bersalah tetapi terpaksa menginap di 'Hotel 5 Bintang' Sungai Buloh.

Tak perlu diulas lagi tentang bagaimana perbicaraan berjalan, tilam bertompok diangkut ke mahkamah, tuduhan yang direka-reka, tarikh kejadiah boleh dipinda-pinda. Apa yang pasti pihak pendakwa terpaksa mendakwa perkara yang tak berlaku demi melaksanakan skrip si Mamak Tua yang marahkan Anwar kerana menentangnya. Bila si Mamak ni dah jadi rakyat biasa, akhirnya dia sendiri mengaku bahawa Anwar tak bersalah. Segalanya hanyalah rekaan semata-mata. Bayangkanlah inilah sistem kehakiman yang ada dalam negara hari ini. Namun semua orang yang terlibat menjayakan 'kerja terkutuk' ini bagi menjatuhkan DSAI tidak akan terlepas di Mahsyar kelak. Ghani Patail, Musa Hassan, Azizan Abu Bakar, Umi Hafilda dan orang-orang yang sewaktu dengannya.

Kedua - Perbicaraan Kes Pembunuhan Altantuya Yang Melibatkan Najib dan Rosmah.

Sepanjang perjalanan perbicaraan kes ini, Hakim melarang pihak pembela menyebut nama Najib dalam kamar mahkamah. Mengapa larangan ini dibuat ? Mana ada pemimpin dalam dunia ini yang tak boleh dipanggil ke mahkamah untuk memberi keterangan kecuali di Malaysia. Persoalannya kenapa larangan ini dibuat sedangkan Najib merupakan salah seorang saksi utama dalam kes ini. Sebabnya adalah berikut ;

1- Najib sebagai Menteri Pertahanan melalui kementeriannya telah melantik Syarikat Perimekar Sdn Bhd (milik Razak Baginda) sebagai konsultan dalam urusan

pembelian kapal selam Scorpene. Dan Altantuya juga turut sama dalam urusan perjanjian ini sebagai jurubahasa.

2- Najib yang memperkenalkan Altantuya kepada Razak Baginda di satu pameran berlian di Singapura

3- Najib sendiri memberitahu kepada Razak Baginda yang dia ada melakukan hubungan seks dengan Altantuya

4- Mayat Altantuya telah diletupkan sehingga hancur berkecai dengan menggunakan C-4 Explosive. C-4 ini hanya digunakan oleh angkatan tentera. Pada hari kejadian, Najib adalah Menteri Pertahanan. Persoalannya, bagaimana C-4 ini boleh dibawa keluar dari simpanan ATM ? Siapa yang mengarahkannya ? Sepatutnya Najib selaku Menteri Pertahanan ketika itu harus menjawabnya.

5- Lebih menyerlahkan lagi pekong Najib apabila larangan berkempen menggunakan Isu Altantuya dalam PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Semuanya ini menunjukkan betapa rendahnya level Sistem Kehakiman dalam negara. Rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap sistem Keadilan dan Kehakiman yang ada dalam negara ekoran keputusan 3 orang Hakim sebulat suara mengumumkan Zambry (nak sebut nama si mamak ni pun aku jijik) sebagai MB Perak yang sah.

Berikut adalah hujah ketiga-tiga Hakim yang tak berapa cerdik ni ;

"Hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN."

Pelik aku bila ketiga-tiga Hakim ni berhujah dengan mengatakan Nizar hilang majoriti. Sedangkan ketiga-tiga 'katak' itu mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN Bebas. Kesimpulannya kedudukan kerusi di Perak sekarang ialah 22 Pakatan Rakyat, 22 BN dan 3 Bebas.

Di mana sifirnya yang digunapakai oleh ketiga-tiga Hakim ni yang mengatakan Nizar hilang majoriti ? Mana boleh dikira BN sebagai majoriti hanya mengambil cakap ketiga-tiga katak ini yang menyatakan sokongan mereka kepada BN. Lainlah kalau mereka bertiga ni mengisytiharkan diri menyertai BN.

Logikkah hujah tiga Hakim ni ? Sebab itulah selepas Mahkamah Tinggi memutuskan Nizar sebagai MB Perak yang sah, beliau terus pergi mengadap Sultan Perak untuk memohon perkenan membubarkan DUN bagi menyelesaikan kemelut ini. Malangnya Sultan masih tak faham hasrat rakyatnya ataupun sudah seronok dibuai kemewahan hidup dengan segala kekayaan hasil kurniaan projek kerajaan BN kepada anaknya. Pepatah Melayu ada menyebut 'Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah."

Inilah dia Sistem Keadilan dalam negara ku. Para Hakim yang berani dan amanah dengan tugas mereka akan disekat kenaikan pangkat manakala Hakim yang boleh diperbudakkan macam si bangsat Augustine Paul akan dinaikkan pangkat dengan mudah walaupun tak layak.

Wahai UMNO dan BN, kau tunggulah saat ajalmu dalam PRU13. Kami rakyat Malaysia akan bangkit dan pastikan semua petualang negara akan di bawa ke muka pengadilan dengan segera. Hatta sampai ke lubang cacing pun kami akan kejar kamu.

Wahai Najib dan Rosmah, jangan diingat bila berada di puncak kuasa... kamu boleh berbuat sesuka hati. Sebenarnya kamu lupa yang hati seluruh rakyat Malaysia berada di dalam genggaman Allah SWT. Nantikan saja keputusan PRU13 kelak.

Sayonara...

Thursday, May 21, 2009

DUN Penanti : Peraturan 'Jakun' Baru SPR

Petang tadi dalam perjalanan pulang ke Telipok setelah mengambil anak di sekolah, terdengar juruhebah radio FM bercakap mengenai peraturan baru yang akan dilaksanakan oleh SPR dalam Pilihanraya Kecil DUN Penanti. Bahasa mudahnya PRK DUN Penanti sebagai 'pioneer' kepada perlaksanaan ini.

Undang-undang jakun tersebut ialah larangan berkempen di pondok panas. Pihak Polis diberi kuasa untuk menangkap sesiapa dari kalangan mana-mana penyokong parti politik yang melanggar peraturan ini. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 5 tahun.

Sapa pun boleh agak kenapa peraturan baru ini tiba-tiba saja dibuat. Dan DUn Penanti dipilih sebagai tempat 'eksperimen' bagi mengenalpasti sejauh mana keberkesanannya untuk 'menjatuhkan' Pakatan Rakyat.

Kita nak habaq pada Pengerusi dan SU SPR, hangpa jangan nak berdolak-dalik dengan memberi alasan bahawa peraturan baru ini adalah untuk;

1- kebaikan semua parti politik yang bertanding,

2- mengelakkan kesesakan berlaku di pintu masuk Pusat Mengundi,

3- mengelakkan berlaku 'pertempuran' antara para penyokong parti yang bertanding,

4- memastikan para pengundi tidak diganggu sewaktu mereka sampai di pusat mengundi.

Sepatutnya SPR ni ditukarkan namanya kepada Suruhanjaya Pilihanraya Barisan Nasional. Jadi semua orang tahu yang selama ini SPR jadi 'pecacai hina' UMNO/BN. Teringat saya kata-kata seorang penceramah bebas yang menyebut SPR ini sebagai "Sial Punya Rashid". Pada ketika itu Tan Sri Rashid menjadi Pengerusi SPR yang jelas menjadi 'boneka' UMNO/BN.

Salah satu punca kekalahan PAS di Terengganu sehingga hilang kuasa pemerintahan dalam PRU11 lalu adalah berpunca dari pengundi hantu yang berjumlah puluhan ribu layak mengundi kerana nama mereka terdapat dalam Daftar Pemilih. Wahai Rashid, kau jawablah sendiri di hadapan Allah di Mahsyar kelak kerana sanggup bersubahat dengan UMNO bangsat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan Islam.

Phantom Voter ini merupakan jalan penipuan terakhir UMNO/BN menggunakan SPR dan JPN untuk mencapai kemenangan.

Kita tahu perlaksanaan peraturan baru ini adalah atas arahan Najib dan UMNO bagi persediaan PRU13 kelak. Setelah mereka sedar yang pengundi hantu kini sudah cerdik. Mereka hanya berpura-pura saja untuk undi BN. Bila dapat kertas undi, mereka undi PR. Inilah yang berlaku di Kelantan. Pengundi hantu sendiri belot pada BN dan mendedahkan perkara tersebut kepada pimpinan PAS dalam PRU12 lalu.

Punyalah bodoh dan sialnya UMNO ni tak terkata. Manakala Pengerusi dan SU SPR, aku sarankan mereka letak jawatan dan jadi ahli UMNO dan bertanding. Jangan kamu tersengeh-sengeh macam kerang busuk ketika buat kenyataan media sambil berkata "Peraturan baru ini adalah untuk kebaikan semua pihak. Kita tak mahu lagi berlaku sebarang kekecohan di kawasan tempat mengundi sepertimana yang berlaku dalam PRK Bukit Gantang lalu. Kejadian seperti ini boleh menyebabkan para pengundi takut untuk keluar mengundi...."

Kan lebih baik Pengerusi SPR atau SUnya cakap "Kami hanya ikut arahan PM dan UMNO". Kan lebih baik berterus-terang je. Lagi senang. Sekurang-kurangnya tak jadi munafiq.

Sebenarnya perlu diakui oleh semua pihak bahawa Najib dan UMNO sedang nazak terkenal 'virus H1N1 selsema babi'. Mereka sangat takut sekarang. Takut mereka bukan alang-alang. Macam ternampak hantu Sundel Bolong. Najib pulak memang dah lama diserang ketakutan setiap malam dek bayangan Altantuya yang mengejarnya di mana saja dia berada.

Kita sebagai pendokong Perjuangan Islam, tak usah risau dengan peraturan jakun SPR dan UMNO ni. Mereka ingat dengan perlaksanaan undang-undang ini akan mengurangkan sokongan rakyat pada PR dan memberi peluang untuk UMNO/BN menang. Minta maaflah... Majoriti rakyat negara ini sudah bijak. Mereka dah tersangat kenal siapa pemimpin UMNO/BN dan siapa pula pemimpin Pakatan Rakyat khususnya PAS.

UMNO/BN perlu sedar, perjuangan atas dasar bangsa telah basi dan lapok. Out of date. Rakyat Malaysia pelbagai bangsa sudah jelak dengan propaganda murahan UMNO/BN selama ini yang tak habis-habis bercakap pasal bela bangsa. Bukannya bela bangsa. Tapi bela kroni dan keluarga.

Najib dan UMNO semakin meroyan bila masyarakat bukan Islam hari ini berbondong-bondong menyokong PAS. Sehingga ada salah seorang ahli Kelab Penyokong PAS berbangsa India mengakui bahawa PAS adalah pilihan terbaik untuk memerintah negara ini. Katanya lagi, agama dijadikan tulang belakang dalam PAS. Sebab itu kita lihat pemimpin PAS orangnya amanah, jujur dan tiada rasuah. PAS telah terbukti adil kepada semua bangsa dan agama. Kita sendiri boleh lihat masyarakat bukan Islam di Kelantan sendiri mengakui mereka selesa di bawah pemerintahan Kerajaan PAS yang dipimpin oleh Menteri Besarnya Tuan Guru Nik Aziz.

Kadang-kadang terasa pelik juga dengan sikap orang Melayu yang mengaku Islam tapi masih tak mahu Islam. Masih juga dok sesat dengan menyokong parti sekular UMNO sejak zaman berzaman. Kalau masyarakat bukan Islam sendiri boleh mengakui bahawa PAS membawa ajaran Islam yang betul, kenapalah orang Melayu UMNO masih buta hati mereka. Punyalah bangang bangsa Melayu ni...

Kita lihat saja sejauh mana SPR boleh bertahan dengan peraturan jakun yang dipindanya. Silap-silap tak sempat sampai PRU13, ubah balik macam asal atau buat lagi peraturan-peraturan lain untuk memenangkan UMNO/BN.

Kesimpulannya UMNO + SPR + JPN + POLIS + BPR = Kerajaan Jakun Malaysia.

Adios.

Wednesday, May 20, 2009

Rasuah : Cikgu Pa Sahkan PAS Bersih

KUALA LUMPUR, 20 Mei - Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustapha Ali menegaskan pihaknya tidak menerima sebarang aduan samada rasmi atau tidak berhubung dakwaan politik wang dalam pemilihan PAS.

Malah Mustafa menafikan berlakunya amalan itu memandangkan PAS adalah sebuah parti yang tidak mengamalkan politik wang sejak dahulu. Beliau juga menyatakan akan menolak aduan jika pengadu tidak mengemukakan bukti atau hanya membuat aduan secara 'hear say'.

Menyokong kenyataan itu bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri pula menegaskan tidak pernah berlaku dalam PAS amalan tersebut.

Malah isu itu katanya hanya sengaja disensasikan oleh media arus perdana bagi memberi persepsi negatif kepada PAS tatkala sokongan kepada parti semakin meningkat.

PAS juga katanya kini mendapat sokongan bukan setakat orang Islam, malah bukan Islam yang percaya PAS sebuah parti yang bersih.

Sementara itu Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin pula menyatakan KeADIlan tetap percaya dan yakin pemimpin PAS tidak akan memperjudikan maruah dan teras perjuangan dengan pengaruh wang untuk merebut jawatan.

Beliau percaya ahli serta perwakilan PAS bijak membezakan yang mana halal dan haram dalam perjuangan, begitu juga calon-calon yang bertanding.

Ujarnya, KeADIlan dan parti komponen Pakatan Rakyat tetap bersatu dalam memperjuangkan hak rakyat dan apa yang berlaku tidak akan menjejaskan persefahaman yang sedia terbina.

Source : harakhdaily

Mat Rempit : Hukuman Mandatori ???

Sebagai Muslim, memang kita risau dengan gejala rempit yang semakin berleluasa sekarang sebab ianya melibatkan remaja Melayu. 'Mat Rempit' hari ini sudah upgrade dia orang punya aktiviti. Bukan setakat merempit je malah sudah sampai ke tahap penglibatan dalam jenayah ragut.

Kita dikejutkan dengan berita baru-baru ni seorang surirumah, Sharifah Mohd.Noor yang meninggal dunia sebaik saja diragut semasa menunggang motorsikalnya. Dalam kejadian yang menyedihkan ini, Allahyarhamah sedang dalam perjalanan pulang ke Melor setelah pergi menemui ibunya di Kg. Bedolah, Tumpat. Setibanya di Kg Padang Raja, beliau telah diragut oleh lelaki bermotorsikal. Motorsikal Honda EX5 yang ditunggangnya digesel oleh motorsikal peragut menyebabkan beliau hilang kawalan dan terjatuh. Sebuah Proton Saga yang datang dari arah bertentangan tidak dapat mengelak dan terus melanggarnya menyebabkan beliau mengalami kecederaan parah di kepala dan badannya. Allahyarhamah sedang mengandung 3 bulan, meninggalkan suami dan 5 orang anak yang masih kecil.

Persoalannya ;

1- mengapa kejadian rempit dan ragut ini semakin menjadi-jadi dan telah menjadi barah dalam masyarakat ?

2- siapa yang harus dipersalahkan ?

3- kenapa penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada gagal menangani gejala ini ?

4- apa sebab remaja Melayu yang banyak terlibat dengan masalah ini ?

Pada pandangan 'dangkal' saya, untuk menyelesaikan masalah rempit yang sudah semakin kronik ini, penjara bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik. Cuba kita buat perbandingan dengan masalah pengedaran dan penyalahgunaan dadah. Walaupun hukuman gantung mandatori dijatuhkan kepada para pengedar dadah, namun aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah terus meningkat dari masa ke semasa. Tak pernah surut. Bagi penagih pula, walau pernah ditangkap dan dimasukkan penjara serta dihantar ke pusat pemulihan sekalipun, namun yang benar-benar pulih berapa orang saja. Kebanyakannya akan kembali beraksi sebagai penagih tegar. Ini satu bukti betapa gagalnya penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada.

Sekarang ni Polis mencadangkan agar Mat Rempit ini dikenakan hukuman lebih berat lagi. Hukuman penjara mandatori jika permohonan untuk meminda Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan oleh Kementerian Pengangkutan.

Adakah pindaan ini akan berjaya mengurangkan aktiviti merempit yang digilai oleh remaja ?

Saya rasa 'jiwa kosong' merupakan faktor utama yang menyebabkan golongan remaja Melayu mudah terjebak dalam gejala tidak sihat lagi merbahaya ini. Walaupun mereka pernah mendapat pendidikan agama secara formal di sekolah agama kerajaan namun apa yang mereka pelajari tidak mampu membentuk dan melentur jiwa mereka. Memadaikah hanya belajar agama dari umur 7 hingga 12 tahun saja. Lepas itu terus tutup kitab sebab dah habis.

Keadaan menjadi lebih buruk lagi apabila ibubapa di rumah langsung tidak menitikberatkan tentang persoalan ibadah fardhu ain. Yang penting asalkan anak sudah habis sekolah agama. Pergilah tanya kepada remaja sekolah yang ada hari ini samada mereka bersolat atau tidak di rumah. Sebab itu hari ini kita lihat berlaku kerosakan akhlak di kalangan remaja sudah sampai ke tahap membimbangkan. Remaja hari ini sudah tidak takut melakukan zina bersama pasangan masing-masing.

Yang terkini berlaku di Utara Semenanjung yang mana adik melakukan zina dengan kakaknya manakala ibu melakukan zina bersama dua orang anak lelakinya yang masih bersekolah. Berlaku dalam satu keluarga. Renungkanlah mengapa semuanya ini boleh berlaku dalam masyarakat Melayu kita hari ini. Islam hanya tinggal pada kad pengenalan saja. Na'uzubillah...

Dalam persoalan rempit ini, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing khususnya ibubapa. Bagi remaja yang dah terjebak, mereka mesti diselamatkan. Sepatutnya pihak Polis perlu belajar dari kesilapan dan kegagalan penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada. Memenjarakan mereka bukan jalan penyelesaian. Malah keadaan akan menjadi bertambah buruk lagi sebagaimana gejala dadah. Sewajarnya pihak Polis mengambil pendekatan yang penuh hikmah dalam menangani Mat Rempit ini.

Dari sudut psikologinya, golongan remaja yang berusia antara 15 hingga 20 tahun ini akan mengalami 'turning point' dalam jiwa mereka. Mereka akan mengalami satu perubahan besar di sudut emosi, rohani dan inteleknya. Kebiasaannya remaja dalam lingkungan umur ini mempunyai satu sikap suka memberontak. Jika ibubapa bijak menanganinya, maka positiflah jadinya. Kalau sebaliknya, maka jadilah apa yang berlaku sekarang.

Seperkara lagi yang tak boleh dipandang sebelah mata saja iaitu pengaruh rakan sebaya. Inilah pengaruh yang terkuat. Malangnya, majoriti remaja yang ada hari ini lebih suka berkawan dengan rakan yang boleh merosakkan mereka. Hari ini bukan merupakan perkara yang pelik bila melihat pelajar lelaki dan perempuan ke sekolah menunggang motorsikal masing-masing.
Dari satu sudut kita tak boleh salahkan ibubapa yang menyediakan kemudahan ini untuk anak mereka ke sekolah. Di sudut lain pula, remaja sekolah telah menyalahgunakan kemudahan ini untuk berjinak-jinak dengan aktiviti rempit bersama rakan-rakan mereka.

Memang benar kata Imam Ghazali "Kejahatan itu memang mudah dibuat......"

Hari ini sudah terbukti ramai penagih dadah tegar yang pulih sepenuhnya apabila mereka mendapat rawatan secara 'Sekolah Pondok'. Saya sendiri pernah melawat salah satu pusat pemulihan dadah di Kelantan yang menggunakan 'Kaedah Pengajian Pondok'. Saya berbual sendiri dengan salah seorang bekas penagih yang berasal dari Johor. Dalam perbualan tersebut, dia ceritakan pada saya sejarah hidupnya. Lebih kurang beginilah ceritanya ;

"Saya mula menagih dadah pada usia 15 tahun. Sekarang umur saya 28 tahun. Abang bayangkan 13 tahun saya menagih. Pasal kena tangkap Polis ni jangan ceritalah. Banyak kali. Masuk pusat pemulihan saja dah 3 kali tapi saya tetap ketagih juga. Akhirnya saya sendiri memilih untuk datang ke pondok ni. Isteri saya yang hantar ke mari. Alhamdulillah, setelah 10 bulan ada kat sini, saya benar-benar rasa insaf dan yakin telah pulih 100%. Terus-terang saya cakap bang, hanya cara inilah yang terbaik untuk penagih pulih sepenuhnya. Insya'Allah, tak lama lagi mudir kat sini benarkan saya pulang ke Johor..."

Semua pihak perlu sedar dan insaf bahawa segala masalah yang berlaku hanya boleh diselesaikan dengan kembali kepada Islam. Begitulah juga halnya dengan Mat Rempit ini. Jiwa dan rohani mereka 'sakit'.

Malangnya hari ini negara kita sedang diperintah oleh golongan munafiqun. Golongan pemimpin inilah sebenarnya yang menjadi perosak negara dan masyarakat....

Jazakallah.

PDRM Cadang Samseng Jalan Raya Dihukum Penjara Mandatori

Samseng jalan raya atau 'Mat Rempit' mungkin akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu hukuman penjara mandatori setelah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda.

Ini berikutan hukuman yang sedia ada ke atas samseng jalan raya yang disabitkan kesalahan iaitu denda minimum RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun tidak mampu menyedarkan mereka.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, cadangan itu yang kini masih pada peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dibawa ke Kementerian Pengangkutan sebelum mendapatkan kelulusan.

"Pihak kita ada berbincang untuk laksanakan hukuman penjara mandatori bagi samseng jalanan. Sebelum ini kebanyakan kes, pesalah hanya membayar denda atau saman, tetapi dengan dikuatkuasakan undang-undang tersebut, semua pesalah perlu menjalani hukuman di penjara mengikut kesalahan yang dilakukan," katanya kepada pemberita di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun hukuman penjara mandatori itu hanya dicadangkan bagi samseng jalanan yang berumur 18 tahun ke atas manakala bagi mereka yang di bawah umur, kumpulan berkenaan masih tertakluk pada Akta Perlindungan Kanak-kanak.

"Kita juga sedang mengkaji supaya pesalah-pesalah yang di bawah umur dihantar ke sekolah-sekolah juvana," katanya.

Abdul Aziz berkata, seramai 69 orang ditahan di seluruh negara dalam operasi bersepadu lumba haram dan cegah jenayah yang dijalankan selama 17 hari bermula 1 Mei lepas.

Daripada jumlah itu, 40 orang yang ditahan adalah mereka yang berumur di bawah 20 tahun dan tiga orang berumur di bawah 15 tahun.

"Seramai 33 orang daripada jumlah yang ditahan itu juga telah didakwa di mahkamah manakala yang lain masih dalam siasatan polis," katanya.

Beliau berkata dalam tempoh tersebut, sebanyak 13,000 saman dikeluarkan kepada pemandu kenderaan dan penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan di mana 50 peratus daripadanya membabitkan kesalahan tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan juga insurans kenderaan.

"Kita juga berjaya merampas lima motor curi dan menahan 29 daripada 589 individu yang diperiksa atas kesalahan dadah," katanya.

Dalam usaha mencegah kegiatan lumba haram dengan lebih agresif, beliau berkata, pihaknya akan memperluaskan lagi Skuad 42 yang khusus menjalankan operasi membanteras lumba haram ke semua kontinjen di seluruh negara.

"Kini ada beberapa kontinjen yang sudah ada skuad 42 seperti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) yang sememangnya fokus kepada operasi cegah lumba haram. Jadi saya berharap setiap kontinjen akan mempunyai Skuad 42 mereka masingmasing sebelum hujung tahun ini," katanya.

Ketika diminta mengulas istilah Mat Rempit yang sering diperkatakan sejak kebelakangan ini, beliau berkata, polis tidak pernah menggunakan istilah terbabit kepada kumpulan samseng-samseng jalanan itu.

"Polis tidak pernah beri istilah Mat Rempit kepada mereka. Apabila gelaran itu diberikan kepada mereka, ia seoalah-olah menunjukkan mereka itu jaguh di jalan raya.

"Oleh itu saya harap jangan guna istilah itu kepada mereka lagi, apa yang nyata mereka ini samseng jalanan yang mana kelakuan mereka itu boleh mengancam nyawa orang lain," kata Abdul Aziz.

Source : www.bernama.com

Monday, May 18, 2009

DUN Penanti : Confirm ! UMNO / BN Bacul

Tak pernah berlaku sebelum ini di mana UMNO/BN tidak bersedia menghadapi Pilihanraya Kecil yang diadakan dalam negara kecuali sekarang. Agak pelik bunyinya tetapi itulah hakikat sebenarnya yang berlaku pada BN hari ini semenjak diketuai oleh Najib 'Altantuya'.

Dalam kenyataan media, Najib menggariskan 3 sebab mengapa BN menolak untuk bertanding di kerusi DUN Penanti :

1- kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

2- pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

3- BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Boleh percaya ke dengan alasan bodoh si Najib ni ?

Saya pula menggariskan 3 sebab mengapa BN boleh jadi sebacul ini ;

1- Najib selaku Pengerusi BN sudah tidak sanggup lagi menghadapi kekalahan untuk kali yang kelima berturut-berturut dalam pilihanraya kecil setelah mengalami kekalahan yang mengaibkan di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kekalahan BN di DUN Penanti secara tidak langsung memberi impak negatif kepada BN itu sendiri. Kesannya boleh merebak ke seluruh negara sehingga ke Sabah dan Sarawak.

2- Najib dilanda perasaan bimbang dan takut kerana kemelut politik di Perak dengan sendirinya menjatuhkan kredibilitinya sebagai PM serta menjatuhkan imej UMNO/BN itu sendiri. Hari ini rakyat Perak khususnya dan seluruh negara amnya menyedari betapa 'jahatnya' UMNO/BN menggunakan segala tektik hina dan keji merampas kerajaan PR Perak. Polis dijadikan pecacai untuk menjayakan rancangan jahat mereka. Istana juga turut diheret bersama dalam misi ini.

3- Najib juga sedar majoriti rakyat negara ini semakin benci dengan BN. Rakyat semakin sedar selama ini kerajaan UMNO/BN mengamalkan rasuah, penyelewengan dan pelbagai lagi jenayah kolar putih. Kes pembunuhan Altantuya merupakan kemuncak kepada bukti penyelewengan dan jenayah yang melibatkan pemimpin atasan UMNO. Najib tahu majoriti rakyat percaya memang dia terlibat dalam kes pembunuhan kejam ini.

Kini semakin jelas lagi tersuluh bahawa BN itu sendiri semakin rapuh. Kita yakin MCA dan MIC sendiri sedang menghadapi masalah kehilangan sokongan dari masyarakat Cina dan India. Tidak mustahil dalam PRU13 kelak, bilangan pemilih Cina dan India yang mengundi Pakatan Rakyat semakin meningkat berbanding PRU12.

Kemelut yang berlaku antara UMNO, MCA dan MIC dalam mengisi jawatan kabinet baru-baru ini sebenarnya masih tidak reda. Hanya lahiriah saja nampak macam selesai. Ibarat macam buah durian yang kulitnya nampak elok tetapi bila dibuka isinya buruk.

Perlu diingat UMNO akan pupus tanpa rakan sekutunya MCA, MIC dan Gerakan serta komponen BN yang lain. UMNO mana berani nak masuk pilihanraya guna lambang sendiri. Dan memang kita dah tahu pun UMNO selama ini memang memperkudakan parti komponen BN yang lain untuk terus kekal berkuasa. MCA dan MIC dah lama menyedari hal ini cuma belum berani bertindak untuk keluar dari komponen BN.

Perlu diingat UMNO menggunakan tektik 'perangkap'. Semua presiden parti komponen BN masing-masing dah kenyang dengan 'duit rasuah'. Jadi mana ada keberanian lagi untuk nak bawa keluar parti masing-masing dari BN.

Lihat saja apa yang berlaku kepada Yong Teck Lee. Bila dia mengisytiharkan SAPP keluar dari komponen BN, serta-merta BPR datang menyiasat kes rasuahnya sewaktu menjadi KM Sabah dulu. Sedangkan kes tersebut dah lama selesai. Inilah tektik jahat UMNO memperkuda dan memerangkap rakan komponennya dalam BN.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, sudah tiba masanya untuk kita 'kuburkan' BN dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Jangan kita biarkan negara ini jatuh bankrap angkara kerakusan mereka. Hidup kita selama ini bukannya semakin senang tetapi semakin susah. Negara kita kaya dengan pelbagai hasil bumi termasuk minyak tetapi kita terus dibebani dengan kenaikan harga minyak yang melampau.

Untuk UMNO, Go To Hell....

Adios.

BN’s Other Perak Dilemma: What To Do With The Three ‘frogs’?

MAY 18 – Just what should Barisan Nasional do with Messrs Hee, Osman and Jamaluddin? This question is increasingly being debated and discussed among top Umno/Barisan Nasional officials as the Perak power grab continues to dominate the headlines in Malaysia, much to the chagrin of the Najib administration.

BN officials say that as it stands today, the thinking is still to allow the courts to decide whether Datuk Seri Zambry Abdul Kadir or Datuk Seri Nizar Jamaluddin is the rightful Mentri Besar of Perak, and then move a motion of no-confidence against the popular PAS politician, and continue ruling Perak.

But if the public sentiment in the state remains toxic even after the court ruling and if the Sultan of Perak comes under sustained pressure from the Opposition, public and civil society and dissolves the state legislature, the nascent political careers of Hee Yit Foong (Jelapang), Osman Jailu (Changkat Jering) and Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) could come to a abrupt end.

The Malaysian Insider has learnt that senior BN officials believe that one way out of the Perak quagmire is to persuade the three Pakatan Rakyat defectors to vacate their seats and contest by-elections in Jelapang, Changkat Jering and Behrang.

The winner will have a clear majority in the state assembly and will be able to form the state government. In addition, the move to have by-elections in the three constituencies may assuage Perakians who feel that they should have the last say in the government which represents them as well as dissipate some of the anger being directed at Sultan Azlan Shah for refusing Nizar’s request to dissolve the state assembly in February.

Datuk Seri Najib Tun Razak and several other senior BN leaders have been briefed of this “limited election” option but there is some opposition against taking this route.

A senior party official, familiar with discussions told The Malaysian Insider: “there is a view that if BN sacrifices the three representatives, then no lawmaker will ever think of defecting and joining the BN in future. We are confident that we can win in Changkat Jering and Behrang because Malay voters are with us but the perception of forcing the three to retire may not be good for BN.”

But he concedes that if the Sultan decides to dissolve the state assembly and calls for state elections, BN is going to face a dilemma over fielding Hee, Osman and Jamaluddin as BN candidates in their constituencies.

The defectors could face a severe backlash from voters who believe that the trio changed their political colours out of self-interest and not due to ideological differences with the DAP or PKR.

Fielding Osman and Jamaluddin could prove tricky as both lawmakers have been charged in court with corruption. Jamaluddin won the Behrang seat on March 8, 2008 with a 1,027 majority, Osman the Changkat Jering seat by a 1,102 majority.

Yet, dropping the three will be viewed as capitulation and acceptance of the Pakatan Rakyat position that the defection was illegal and unconstitutional.

The senior party official said: “as it stands today, the BN position is that we will go for a vote of no-confidence. Any elections, even a limited one, could be complicated.”

A key complication: what to do with Messrs Hee, Osman and Jamaluddin?

Source : malaysianinsider

Flu H1N1: 101 Penumpang AirAsia Dikurantin

Kesemua 101 penumpang dan lima krew penerbangan AirAsia AK5358 - yang dinaiki penghidap influenca A (HINI) - dari Sepang ke Pulau Pinang pada 13 Mei lalu akan dikurantin di rumah berkuatkuasa serta.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Ramlee Rahmat memberita sidang media hari ini bahawa penerbangan tersebut berlepas dari LCCT Sepang pada jam 11 pagi hari berkenaan.

Beliau juga meminta penumpang penerbangan tersebut menghubungi Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300 atau jabatan kesihatan di negeri masing-masing atau pergi ke hospital berdekatan jika ada tanda-tanda menghidap selesema.

Katanya, jabatan kesihatan negeri-negeri terbabit juga telah diberi senarai nama penumpang terbabit untuk mengesan mereka, lapor theStar.

"Pegawai kementerian kesihatan akan melawat mereka yang diletakkan di bawah kurantin di rumah dua kali sehari," katanya.

Mengenai dua individu yang disahkan menghidap influenza A (H1N1), Dr Ramlee berkata mereka berada dalam keadaan stabil.

Pesakit pertama, katanya, masih lagi mengalami sedikit demam manakala penghidap kedua sudah tidak demam lagi.

Manakala anggota keluarga mereka, tambah Dr Ramlee, masih dikurantin di rumah masing-masing.

Mengenai penumpang pesawat MAS MH091 dari Newark yang dinaiki dua pesakit HINI itu, Dr Ramlee berkata, pihak kementerian mendapati 95 daripada 119 penumpangnya turun di Malaysia.

Katanya, mereka yang terdiri daripada 80 rakyat Malaysia dan 15 rakyat asing, telah diletakkan dikurantin tempat kediaman.

Kementerian juga, tambahnya, sedang berusaha untuk mengesan baki penumpang - seorang rakyat Malaysia dan 23 rakyat asing.

"Lima belas krew penerbangan MH091 dikurantin di rumah dan mereka dalam keadaan sihat," tambahnya.

Source : malaysiakini

Sunday, May 17, 2009

Kes Altantuya : Najib Takut Ke Luar Negara ?

Memang sudah menjadi amalan PM yang baru akan membuat lawatan rasmi ke luar negara bagi mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan sejawatnya. Waktu Pak Lah baru dilantik sebagai PM, beliau segera membuat kunjungan hormat bertemu rakan-rakan sejawatnya di luar negara.

Tapi lain pula dengan si Najib ni. Setelah 2 bulan jadi PM, Najib baru melawat 2 buah negara iaitu Manado, Sulawesi Utara dan Thailand. Itu pun pergi ke Thailand pasal persidangan Kemuncak Asean Ke-14 di Bangkok.

Mengapa Najib tak pergi bertemu rakan sejawatnya di Jepun, Korea Selatan, Australia, England dan negara-negara lain yang ada hubungan diplomatik dengan Malaysia ?

Sebenarnya Najib takut dan malu untuk berbuat demikian disebabkan isu pembunuhan Altantuya yang mengaitkan dirinya telah didedahkan dalam 11 akhbar antarabangsa. Yang didedahkan melalui internet sudah tak terkira lagi.

Jika tak bersalah, kenapa Najib tidak menyaman sebuah akhbar Peranchis "French Liberation" yang mula-mula membuat pendedahan tersebut. Persoalannya, sehingga ke saat ini Najib masih berdiam diri seribu bahasa. Orang yang tak sekolah tinggi pun boleh dok pikiaq kenapa Najib tak berani saman French Liberation.

Orang biasa dok kata "Kalau dah salah tu, sorok macamana pun tetap nampak salahnya". Bayangkan kita tiada lesen memandu dan sedang menunggang motorsikal melalui sekatan jalanraya Polis. Cuba bayangkan macamana perasaan dan riak wajah kita ketika itu. Polis tengok riak muka kita pun faham. Sah! tiada lesen.

Begitulah apa yang dialami oleh Najib dan bininya Rosmah. Sejak hari pertama dilantik jadi PM, wajah Najib dan Rosmah langsung tidak ceria seakan sedang menanggung seribu masalah yang tidak berpenghujung. Agaknya pasangan No.1 negara ini sering dikejar oleh bayangan Altantuya setiap malam. Mungkin juga mereka berdua ni sedang dilanda perasaan bimbang yang kronik ekoran terlalu memikirkan apakah tindakan yang bakal diambil oleh Kerajaan Mongolia.

Logiknya, takkanlah Setev Shaaribu (ayah Altantuya) dan Kerajaan Mongolia hanya berdiam diri begitu saja sedangkan mereka tahu siapa sebenarnya yang terlibat dan mengarahkan pembunuhan kejam ini. Bangsa Mongolia ini memang terkenal dengan sikapnya yang pemberani. Pantang maut sebelum ajal. Berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Teringat aku slogan "Agi Idup Agi Ngalaban" (Berjuang Selagi Nafas Masih Ada) yang tertera di pintu gerbang masuk di Kem Wardieburn, Setapak.

Aku memang sokong 1000% jika Prof Setev Shaaribu dan Kerajaan Mongolia mengambil tindakan selanjutnya bagi memastikan keadilan yang sebenarnya tertegak dalam kes ini. Biar orang yang sebenarnya bertanggungjawab dan terlibat dalam pembunuhan Altantuya ini di bawa ke muka pengadilan. Perbicaraan kes ini di Mahkamah Malaysia langsung tak boleh pakai.

Inilah balasan Allah terhadap golongan manusia yang tidak beriman, munafiq, jahat dan lebih keji lagi didakwa terlibat dengan pembunuhan paling kejam dalam sejarah dunia.

Mungkin di dunia boleh terlepas dari sebarang dakwaan kerana menjadi orang No.1 negara. Polis dijadikan pecacai untuk melindungi segala kezaliman, kesalahan dan penyelewengan. Tapi perlu diingat, bila Pakatan Rakyat memerintah kami rakyat Malaysia akan menuntut agar golongan penjenayah, perasuah dan perompak ini mesti di bawa ke muka pengadilan. Itu pun kalau golongan zalim ni masih panjang umurnya.

Dengan izin Allah, kuasa rakyat akan menentukan halatuju negara ini. Yang zalim dan jahat pasti akan jatuh jua akhirnya.

Jazakallah.

'Kepala Penyamun' Dilantik Ketua Pemikir UMNO Selangor

Alkisah diceritakan sang Maharaja Jib Altantuya turun ke Selangor semalam mencemar dirinya dan pengerusikan mesyuarat khas UMNO Selangor bagi membincangkan satu kaedah khusus menjawab segala tuduhan dan fitnah kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang ruling negeri itu.

Kata sang Maharaja, "kita perlu fikirkan satu cara yang terbaik bagi menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang kepada UMNO. Rakyat perlu diberikan penjelasan yang betul agar tidak terpedaya dengan segala tohmahan ini. Kita perlu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO." (Berita TV3 jam 6.00 petang, 17 May 2009)

Manakala sang kepala penyamun Selangor, Khir Toyo dilantik oleh sang Maharaja sebagai "Ketua Pemikir UMNO" bagi menjawab segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Nak ketawa pun ada, nak muntah pun ada bila melihat gelagat para pemimpin bangsat dalam UMNO ni. Dah hampir habis segala harta negara dan rakyat kau orang sapu, lepas tu kau orang nak tipu lagi rakyat Selangor dengan pelbagai 'jawapan palsu' bagi menafikan segala dakwaan dan pendedahan dengan bukti kukuh oleh kerajaan PR.

Seluruh rakyat Selangor dah tahu siapa Khir Toyo sebenarnya. Menjadi jutawan dalam sekelip mata setelah menjadi MB. Pelbagai bukti penyelewengan dan rasuahnya dikemukakan kepada BPR namun tiada sebarang tindakan pun kerana waktu itu masih berkuasa. Sebaliknya yang kena siasat orang yang membuat laporan bukti.

Inilah negara jakun yang mengamalkan 'Undang-Undang Rimba'. Semua pimpinan atasan UMNO 'kebal' dari sebarang tindakan undang-undang. Sebaliknya yang ditahan dan dikenakan tindakan hanyalah pimpinan pembangkang dan rakyat biasa yang tidak berdosa.

Cuba kita tanya kepada sang kepala penyamun Selangor ni ;

1- Dari mana dia dapat duit buat mahligai bernilai RM15 juta tu ?

2- Mana pergi duit PNSB berjumlah RM17.2 juta hasil penjualan 7 unit hartanah di Mekah ?

3- Kalau berani, sila jawab kepada kerajaan PR Selangor berhubung 20 kes rasuah kau ini.

Sebenarnya si Khir ni bodoh. Maharaja Jib sengaja lantik dia sebagai Ketua Pemikir kerana mahu perangkap dan menjatuhkan kredibilitinya. Najib sedar memang tak boleh jawab pun segala dakwaan pihak Pakatan Rakyat sebab segalanya memang benar dan ada bukti.

Najib sendiri pun tak berani menjawab segala dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya berhubung kes pembunuhan Altantuya sebabnya memang dia terlibat. Kita tengok saja sewaktu perbicaraan kes ini sedang dibicarakan. Mana ada mahkamah dalam dunia yang melarang peguambela untuk menyebut dan memanggil saksi bagi tujuan pembelaan kecuali di Malaysia je. Bayangkanlah, betapa jakunnya Hakim yang membicarakan kes Altantuya ni apabila melarang penguambela menyebut nama Najib dalam kamar mahkamah. Ini pun sudah jadi satu indikator jelas bahawa memang Najib terlibat.

Begitu juga dalam Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau. SPR dan Polis melarang penggunaan isu pembunuhan Altantuya sebagai bahan kempen. Apakah maksud larangan ini ? Kita sendiri boleh jawab dengan mudah...

UMNO sebenarnya dalam keadaan nazak mutakhir ini. Diserang wabak selsema babi akibat segala dosa dan pengkhianatannya terhadap negara dan rakyat jelata. Hari demi hari segala pekong mereka dibongkar bersama bukti. Mereka sedar rakyat sudah hilang kepercayaan dan mula beralih sokongan kepada Pakatan Rakyat khususnya kepada PAS.

Bila dah terdesak dan nazak, timbullah pula suara para penjilat UMNO yang menyarankan agar UMNO bersatu dengan PAS demi kepentingan orang Melayu. Kepala ayah dia orang...!

Hoi ! pemimpin dan para penjilat UMNO, selama ini engkau orang yang tipu bangsa sendiri. Kami dah tahu siapa kamu sebenarnya.

Rakyat Malaysia perlu insaf. Jangan dipilih lagi para pemimpin UMNO/BN ni sebagai pemerintah. Wabak selsema babi yang dah tiba ke negara kita sekarang merupakan bala' daripada Allah disebabkan kesalahan kita sendiri. Dosa besar kita ialah kerana terus memilih para pemimpin munafiq, tidak beriman dan zalim memerintah negara.

Jangan sampai bala' yang seterusnya tiba pulak baru nak sedar...

Adios.

Saturday, May 16, 2009

Rasuah : Tiada Bukti Dakwaan Jamuan dan Beri T-Shirt

Berhubung dakwaan Ustaz Mat Iraqi wujudnya unsur rasuah dalam PAS dengan memberi jamuan makan dan T.Shirt pada perwakilan baru-baru ini telah dibidas dan dinafikan oleh beberapa pimpinan kanan PAS termasuk Haji Wan Mutalib Embong, Tim Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Sewaktu merasmikan Mesyuarat Agong PAS Kawasan Kuala Terengganu siang tadi, beliau menegaskan bahawa tiada bukti wujudnya pemberian makan dan T.Shirt kepada perwakilan sebagaimana didakwa.

Beliau juga turut melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh beberapa orang pimpinan kanan parti berhubung dakwaan tersebut.

Berikut adalah laporan berita yang dipetik dari buletinonline.

KUALA TERENGGANU – Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong menyeru pimpinan dan ahli PAS supaya sentiasa istiqamah kepada perjuangan dan membina rasa bertanggungjawab yang tinggi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya selaku Penasihat PAS Kuala Terengganu dalam majlis perasmian Mesyuarat Agong Kali Ke 34 PAS kawasan tersebut disini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut melahirkan rasa kecewa terhadap kenyataan yang dibuat oleh beberapa pimpinan kanan yang menampakkan ketidakmatangan dalam berfikir.

“Saya rasa sungguh kecewa bila membaca dan mendengar mendengar ucapan beberapa orang kepimpinan parti yang menampakkan ketidakmatangan dalam berfikir, “seseorang yang bertaraf pemimpin mestilah dapat membezakan antara yang buruk dan yang baik dalam mana-mana ucapan,”ujarnya.

Dengan merujuk kepada kenyataan Dato’ Ustaz Mohamad Daud Iraqi mengenai mengadakan jamuan dan pemberian T-Shirt yang disiarkan dalam akhbar baru-baru ini, beliau berkata, bukan fungsi dan aras Ketua Dewan Ulama’ untuk mendedahkan perkara sedemikian.

Sebagai pengamal undang-undang, Dato’ Wan Mutalib berkata, beliau tidak akan bercakap tanpa fakta apatah lagi atas perkara boleh menimbulkan fitnah.

Katanya, musuh-musuh PAS sedang memainkan isu tersebut dengan mengatakan apa bezanya PAS dengan UMNO, sedang ia belum terbukti kebenarannya. “Dari segi faktanya bagaimana ? Adakah faktanya begitu ? Hakikatnya perkara tersebut belum terbukti,”katanya.

Sedangkan, secara perbandingannya, kata beliau, kes-kes rasuah politik yang berlaku dalam UMNO telah terbukti kesahihannya. Mesyuarat Agong PAS Kawasan Kuala Terengganu Kali Ke 34 yang berlangsung di Markaz Tarbiah PAS Kuala Ibai telah dirasmikan oleh Bendaha Agong PAS, Dr. Mohd Hatta Ramly.

Turut hadir adalah wakil-wakil dari pemimpin parti Pakatan Rakyat, En. Ng Chai Hing mewakili DAP dan Cikgu Mohd Azlan mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Jazakallah.

Friday, May 15, 2009

Awas ! Bala' Allah Sudah Tiba Di Negara

Kes Pertama Flu A(H1N1) di Malaysia

Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A(H1N1) atau selesema babi - kes pertama di Malaysia, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.

"Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan hari ini," kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

"Ia merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia."

Pelajar itu, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.

"Beliau telah diberi rawatan antivirus dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail di laman web rasmi kementerian berkenaan.

Kementerian telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan perhubungan mangsa dengan orang lain, termasuk ahli keluarganya dan penumpang serta anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, USA yang tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin.

Menurut kenyataan itu lagi, kementerian meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa merujuk segera kes-kes mereka yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak tersebut dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak - ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan.

Sehingga jam 12 tengah malam tadi, selain kes di atas, Pusat Tindakan dan Persiapan Krisis (CPRC) kementerian menerima 11 lagi notifikasi kes - enam kes dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, dua di hospital Seremban dan masing-masing satu kes di hospital Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan hospital Kota Bharu bagi
tujuan siasatan dan pemerhatian.

Sehingga 8 pagi tadi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan satu lagi negara baru terjejas dengan influenza A (H1N1) iaitu Belgium yang melibatkan satu kes menjadikan jumlah keseluruhan negara terlibat menjadi 34 buah.

Kes terkumpul di serata dunia sebanyak 7,457 kes disahkan oleh ujian makmal dengan peningkatan sebanyak 1,378 kes berbanding dengan laporan pada hari sebelumnya, kata kementerian lagi.

Peningkatan ini dilaporkan di enam buah negara iaitu di Amerika Syarikat (946 kes), Mexico (387), Kanada (31), Panama (10), Colombia (3) dan Belgium (1).

Dua lagi kematian dilaporkan di Mexico, menjadikan keseluruhan kematian kepada 65 orang.

WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran influenza pandemik di Fasa 5 sejak 29 April dan tidak menyarankan sebarang tindakan sekatan perjalanan, perdagangan serta penutupan sempadan bagi perlindungan kesihatan antarabangsa.

Kementerian Kesihatan memanggil satu sidang media khas berhubung perkara ini di Putrajaya jam 3 petang tadi.

Dalam kenyataan yang sama, Dr Mohd Ismail berkata tiada risiko mendapat jangkitan influenza A(H1N1) jika daging atau produk babi disediakan dan dimasak secara betul.

"Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi influenza A(H1N1) di negara ini.

"Kementerian dengan kerjasama semua agensi terlibat sentiasa meningkatkan pemantauan situasi influenza A(H1N1) dalam memastikan tindakan proaktif diambil bagi melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pemangku Menteri Kesihatan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata kementerian mengkuarantin rumah kesemua lima anggota keluarga pesakit itu walaupun tiada antara mereka yang menunjukkan sebarang simptom setakat ini, lapor Bernama.

Tambahnya, mereka yang mempunyai hubungan langsung dengan pesakit itu termasuk kakitangan hospital yang memeriksanya turut diletakkan bawah pemerhatian.

Source : malaysiakini

Rasuah : Ada Pimpinan PAS Terkena Sawan UMNO

Membaca tulisan mso yang mengulas tentang wujudnya rasuah politik dalam PAS, rasa macam nak terbakar hati aku dok mengenangkan perangai setengah pimpinan PAS ni. Kalau angin takde, takkanlah pokok bergoyang.

Dan inilah yang didedahkan oleh Ustaz Mohamed Daud Iraqi sewaktu merasmikan mesyuarat Dewan Ulama' PAS Kelantan pada 13 Mei lalu di Machang.

Kata Ustaz Mat Iraqi sudah ada fenomena rasuah dengan memberi hadiah berupa baju dan menjamu makan kepada perwakilan. Dalam nada bergurau tetapi penuh bermakna katanya, kalau sudah diberi baju dan dijamu makan maka senanglah perwakilan membuat pengundian.

Kita yakin apa yang dituturkan oleh Ust Mat itu adalah benar dan jujur. Beliau tidak akan bercakap jika tiada bukti dari sumber yang sohih.

Cuba kita renungkan 2 fakta berikut sebagaimana yang diulas oleh mso ;

Pertama, saya ada mendengar ada beberapa kawasan Pas telah dihulurkan wang sebanyak RM5,000. Tujuan wang itu diberi ialah kononnya untuk membantu Pas kawasan berkenaan. Pemberian itu ada syaratnya. Pas kawasan yang menerima wang itu hendaklah memanggil si pemberi wang itu merasmikan mesyuarat Pas kawasan berkenaan. Atau pun Pas kawasan berkenaan kena mencalonkan orang berkenaan untuk jawatan-jawatan tertentu.

Permintaan agar pemberi wang itu dicalonkan tidak dibuat secara terang-terang, tetapi secara simbolik dan saling memahami antara pemberi dengan pihak yang menerima.

Kejadian atau tutur mengenai perkara ini kerap berlaku di sebuah negeri di sebelah Selatan sana dan juga negeri-negeri di mana Pas miskin.

Kejadian ini katanya sudah menjadi buah mulut sampai ke peringkat pemimpin Pas. Bagaimana pun Pas tidak memberi reaksi serius kepada masalah ini kerana ingin melindungi Pas dari ditohmah sebagai turut sama mengamalkan rasuah. Tetapi amalan demikian sudah sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Pas.

Kedua, semasa muktamar kawasan baru-baru ini ada orang-orang tertentu menggunakan kedudukan dan kuasanya untuk menggugut ketua-ketua cawangan atau para perwakilan. Bentuk ugutan ialah sekiranya mereka tidak mengundi calon tertentu kemudahan yang parti anugerahkan akan ditarik balik.

Salah satu anugerah kepada ahli ialah saham skim Ladang Rakyat. Mereka yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa terhadap Ladang Rakyat ialah kepimpiann Pas peringkat kawasan dan juga wakil rakyat. Pemimpin yang bertanding jawatan tertentu inilah telah menjadikan kemudahan itu sebagai bahan ugutan untuk mendapatkan jawatan.

Kerana ugutan ini menyebabkan perwakilan atau ketua-ketua cawangan yang mula mempunyai pilihan lain terpaksa terus mengundi orang tertentu itu kerana bimbang takut kehilangan kemudahan mendapat saham Ladang Rakyat yang berjumlah kira-kira RM250 sebulan itu.

Berdasarkan kepada dua kejadian itu maka jelas elemen rasuah semasa semasa pemilihan pemimpin peringkat kawasan ini seperti mana disebut Mohamed Iraq itu benar-benar berlaku.

Bayangkanlah, belum perintah Malaysia lagi dah jadi gejala macam ini. Aku tak tahulah nanti apa yang berlaku pulak bila PAS dan PR dah perintah negara ini. Rasa-rasanya mungkin ada yang bertumbuk dan gunakan khidmat bomoh supaya dapat jadi calon dalam pilihanraya. Ini tidak mustahil boleh berlaku sebab perlu diingat bukan semua pimpinan PAS tu hatinya disirami dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah). Apatah lagi ahli-ahlinya.

Pada pandangan peribadi saya, masih ramai di kalangan pimpinan PAS yang gila jawatan, sombong, cinta dunia, mudah lupa diri dan pelbagai lagi penyakit mazmummah yang beraja di hati mereka. Lucunya ada yang terkena 'penyakit nyonya'.

Di kalangan pimpinan yang tergolong dalam kumpulan "siapa yang makan lada, dialah yang rasa pedas" dinasihatkan agar segera menghentikan kerja-kerja hina ini. Sila ingat bahawa PAS adalah sebuah jamaah Islam syumul yang diredhai Allah.

Tolong jangan cemari PAS dengan perkara-perkara yang tak selayaknya. Jika merasakan ego dan gila kuasa menguasai diri, sila letakkan jawatan segera dan jadi ahli biasa lebih afdhal. Selama ini kamu bercakap di khalayak ramai tentang peribadi dan pemerintahan Umar Abdul Aziz. Bercerita tentang kezuhudan Presiden Iran yang menggunakan kereta buruk peninggalan ayahnya. Tinggal di rumah buruk pusaka. Tidak pernah menginap di hotel yang ada bintang.

Dalam ceramah, kamu juga kerap mendedahkan penyelewengan dan rasuah pimpinan UMNO. Menabur duit dalam pemilihan parti dan pelbagai lagi skandal mereka. Memang tak salah 'bogelkan' segala kejahatan dan penyelewengan mereka tapi malangnya 'penyakit UMNO' yang kamu sebarkan telah menjangkit pula pada diri sendiri.

Sebelum simpati rakyat terhadap PAS ghaib begitu saja, hentikanlah segala kerja sia-sia dan berdosa besar ini. Masih belum terlambat untuk 'bertaubat'.

Aku jadi ahli dan sayangkan PAS kerana yakin dengan perjuangan Islam yang dibawanya.

Jazakallah.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger