Wednesday, June 22, 2011

Sengal punya Naib Ketua DPPP

Awal-awal lagi penulis kecewa bila tengok line-up exco Pemuda PAS Pusat sessi 2011/2013. Lagi haru bila ada '3 Kepala Hapraq' dalamnya. Belum pun sampai sebulan Muktamar berlalu, dah nampak kedangkalan kenyataan yang dibuat. Kalau ya pun ghairah nak buat press conference, janganlah keluarkan kenyataan bodoh macam budak-budak. Yang dok terikut rentak Pemuda UMNO tu apa hal.

Banyak lagi isu besar yang melibatkan negara dan rakyat. Ini tak, soal ADUN DAP Sarawak tak bersongkok pulak yang dijadikan isu. Benarlah telahan penulis. inilah line-up barisan exco hampeh.

Kamu tu pimpinan pemuda peringkat nasional. Bukan AJK Cawangan atau Kawasan. Lain kali belajar daripada 'orang tua' macam si Mazlan Aliman yang istiqamah perjuangkan nasib peneroka Felda sejak 15 tahun lagi. Sekarang ini bekas Ketua Pemuda PAS Johor itu telah berjaya menjana gelombang besar melalaui Anak hingga Najib kepanasan di Putrajaya.

Secara tak langsung hasil usaha gigih Mazlan bersama beberapa sahabatnya di peringkat awal dulu hingga lahirnya Anak dengan barisan petugas tetapnya, telah melonjakkan nama PAS di persada politik tanahair.

Seharusnya Pemuda Pusat fokus kepada isu besar negara dan rakyat. Malangnya apa yang berlaku pemuda telah 'ditipu' dan terikut-ikut rentak musuh yang sengaja mencipta isu bagi mengalihkan tumpuan rakyat.

Dan perlu diakui tindakan UMNO BN mencipta fitnah terhadap Anwar telah berjaya mengalihkan tumpuan rakyat terhadap isu sebenar seperti kenaikan harga minyak, isu pembunuhan Altantuya dan skandal pembelian Scorpene, isu belanjawan defisit 13 tahun berturut-turut, isu hutang negara berjumlah hampir RM500 bilion, isu subsidi kepada syarikat IPP (Independent Power Plant) kroni dan banyak lagi isu yang perlu diberikan fokus daripada buat kenyataan bodoh itu.

Sebelum ini MP Kubang Kerian, Salahuddin Ayun pernah membawa isu kerugian MAS RM8 bilion ke Parlimen. Malangnya isu tersebut terhenti begitu saja dan Salahuddin sendiri tidak fokus dalam isu yang dibawanya. Walhal, jika beliau sendiri fokus terhadap isu itu dan menubuhkan satu jawatankuasa ad-hoc bagi mendedahkan kepada rakyat tentang penyelewengan yang berlaku dalam MAS, nescaya akan ada pihak yang tampil menyalurkan maklumat.

Penulis sendiri pernah tanya pada Mazlan, bagaimana beliau mampu memperolehi dan mengumpul bukti dokumen hingga pihak Felda sendiri lemas. Jelasnya, tanpa diduga rupanya banyak pihak yang tmapil menyalur dan memberikan maklumat kepadanya bila dilihat kita begitu komited mahu membela nasib peneroka yang ditindas.

Selain kejayaan Mazlan melalui Anak, penulis lihat MP Pokok Sena turut berjaya dalam usahanya membela rakyat yang teraniaya dalam isu saman ekor melalui NGOnya KASE. Sebagaimana Mazlan, Mahfuz bersama barisan petugas KASE telah berjaya memberikan kesedaran dan kefahaman rakyat berhubung saman ekor. Akhirnya, hasil usaha KASE selama ini, kerajaan UMNO BN terpaksa tunduk dengan kempen KASE yang mengarahkan rakyat jangan membayar saman ekor. Malah pihak PDRM sendiri terpaksa mengakui 'kerja jahat' mereka selama ini. Cumanya penulis bimbang KASE akan 'sejuk' selapas PRU13 dan saman ekor akan berterusan bagi 'merompak' wang rakyat.

So, Pemuda PAS Pusat jangan jadi macam pondan buat kenyataan bodoh. Belajarlah dari orang lama. Kalau Nasrudin Tantawi, Nik Abduh dan Riduan Md Nor beranggapan orang macam Suhaizan dan Firdaus tak jelas fikrahnya hingga mereka harus disingkir daripada memegang jawatan Timbalan dan Naib, apakah orang macam Raja Iskandar itu layak menduduki jawatan Naib hingga boleh buat kenyataan sebodoh itu.

Sewajarnya diinsafi, dalam gerakan Islam, sesiapa pun layak untuk memegang jawatan penting. Tidak tertakluk apakah latarbelakang pendidikannya. Yang jelas, roh Islam yang wujud dalam PAS pasti akan dijiwai oleh seluruh pimpinan dan ahlinya.

Nilai ketaqwaan dan keikhlasan seseorang bukan dinilai daripada segulung ijazah dari Timur Tengah.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger