Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Friday, November 4, 2011

Wahai umat Islam, tinggalkanlah taghut

Apa itu Taghut? Firman Allah dalam Surah Al Baqarah (2), ayat 256 - 257 yang bermaksud; "Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. "

At-Thaghut telah didefinasikan oleh para Sahabat dan Ulama' terdahulu sebagai: "Sesuatu yang disembah, ditaati atau diikuti selain daripada Allah.”

Imam Malik bin Anas r.h. berkata, "At-Thaghut adalah sesuatu yang disembah di samping Allah swt.” (Diriwayatkan oleh Al-Jaami’ li Ahkam Al-Qur’an oleh Imam al-Qurthubi)

Imam Ibnu Qayim r.h. berkata, “At-thaghut adalah seseorang yang menghormati seseorang melebihi batasan yang seharusnya, apakah seseorang itu menyembah, mentaati atau mengikuti.” (Diriwayatkan dalam Thalaathatul Usul)

Syeikhul Islam, Muhammad bin Abdul Wahhab r.h. berkata, “Dan Thaghut, secara umum, adalah sesuatu yang disembah selain daripada Allah, dan dia setuju untuk disembah, diikuti atau ditaati." (Risalatun fii Ma’naa at-Thaghut oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahaab)

Syaikh Muhammad Bin Abdul Wahhab menegaskan bahawa thaghut ada LIMA dengan berlandaskan nas-nas yang jelas. Yaitu;

1. Syaitan yang menyeru agar beribadah kepada selain Allah SWT. Dalilnya: ”Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Yassin: 60)

2. Penguasa (pemerintah) yang merubah hukum Allah SWT. Dalilnya: ”Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan untuk mengingkari thaghut.” (An Nisa': 60)

3. Mereka yang berhukum selain daripada hukum Allah. Dalilnya: ...”Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara dengan apa yang diturunkan Allah, mereka itulah orang-orang kafir.” (Al Maidah: 44)

4. Mereka yang mengaku mengetahui perkara ghaib (dukun, paranormal). Dalilnya: ”Allah mengetahui yang gaib, dan Dia tidak memperlihatkan kepada siapapun tentang yang ghaib itu, kecuali kepada Rasul yang diredhai-Nya.” (Al Jinn: 26-27)

5. Orang yang diibadahi dan ditaati selain Allah dan dia redha dengan hal itu. Dalilnya: ”Barangsiapa di antara mereka mengatakan: ’Sesungguhnya aku adalah Tuhan selain Allah', maka orang itu Kami berikan balasan berupa Jahannam.” (Al Anbiya: 29)

Pada seluruh umat Islam di Malaysia, penulis menyeru dengan kasih-sayang, marilah kita segera meninggalkan UMNO yang taghut itu.

Apa lagi yang tak jelas tentang keTAGHUTan UMNO ni. Secara terang-terangan UMNO menolak Hukum Hudud yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan PAS Kelantan. Bukan setakat menolak, malah para pimpinan utama parti Melayu itu secara biadap membuat kenyataan memperlekehkan Hukum Allah. Antara yang pernah disebut mereka;

"Hukum Hudud tak sesuai dilaksanakan di negara ini kerana masyarakat majmuk",

"Kalau laksana Hudud, habislah orang Islam semuanya kudung tangan dan tak boleh cari makan. Akhirnya umat Islam ketinggalan",

"Kalau laksana Hudud, habislah batu untuk buat jalan",

"Nape perlu dipotong tangan orang yang mencuri? Sepatutnya kita bagi mereka kerja. Kalau mereka dah bekerja, tentu tidak akan mencuri lagi..."

"Kita akan menjadi bangsa yang mundur kalau terlalu ikut Islam".

Samada disedari atau tidak, UMNO itu sendiri sebenarnya telah memesongkan 'Aqidah majoriti umat Islam sepanjang lebih 52 tahun pemerintahan mereka.

Rasanya hujah para Sahabat dan Ulama' tadi sudah cukup untuk memberikan kefahaman kepada kita semua. Malah dalam posting sebelum ini pun, penulis ada kemukakan hujah-hujah Ulama' terdahulu.

Sebagai penutup bicara malam ni, marilah kita sama-sama renungkan nasib orang yang bersama-sama golongan pemimpin yang sesat dan jahat di Akhirat kelak.

Firman Allah dalam Surah Al Ahzab (33), ayat 66 - 68 yang bermaksud;

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

Friday, September 23, 2011

Hanya orang Melayu tak beriman je undi UBN

Kita ni ngaku je Islam tapi tak pernah nak faham dengan apa yang diucapkan dalam DUA KALIMAH SYAHADAH. Hanya pada lidah saja mengaku "Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah" tapi hakikatnya takde bezanya dengan orang-orang yang menyembah berhala dan seumpamanya.

Penulis bukanlah orang yang layak untuk membicarakan soal Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah tapi sejak duduk dalam jamaah Islam PAS, banyak ilmu Islam yang penulis pelajari termasuk soal yang melibatkan 'Aqidah dan perkara-perkara yang merosakkannya.

Sayugia difahami bila mana seseorang itu mengakui dengan sebenar-benarnya bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah, bermakna orang itu meyakini (mengimani) bahawa;

1- Tiada sistem yang terbaik melainkan sistem Islam

2- Tiada undang-undang yang benar melainkan undang-undang Islam

3- Tiada cara hidup yang terbaik melainkan cara hidup Islam

4- Tiada sistem ekonomi yang adil melainkan sistem ekonomi Islam

5- Tiada politik yang benar melainkan politik Islam

6- Tiada sistem pemerintahan yang betul melainkan sistem pemerintahan Islam

... ringkasnya, sebagai Muslim, kita wajib menerima semua sistem Allah (Islam) tanpa sebarang alasan.

Apa yang penulis nak sentuh di sini ialah sistem politik yang diamalkan dalam negara selama ini. Sebab majoriti umat Melayu Muslim tanahair hari ni masih berpegang dan percaya kepada fahaman toghut peninggalan penjajah yang diteruskan oleh anak didiknya UMNO laknatullah.

Fahaman toghut itu ialah SEKULARISMA. Yaitu fahaman Kristian yang memisahkan agama daripada sistem politik dan pemerintahan negara. Fahaman sesat yang menjadi pegangan UMNO sejak dulu, kini dan selamanya itu telah mengenepikan Islam daripada sistem pemerintahan. Justeru undang-undang tertinggi negara selama ni bukannya Al Qur'an, sebaliknya Perlembagaan Persekutuan yang didraf oleh Suruhanjaya Reid British.

Tidak sesat lagikah namanya bila pemimpin UMNO dengan sengaja menolak Al Qur'an sebagai perlembagaan negara, malahan tidak pernah berusaha untuk menjadikan Al Qur'an sebagai perlembagaan menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada walaupun ada kuasa untuk berbuat demikian sejak dulu lagi. Bukan tu je, malah pemimpin UMNO begitu berani memperlekeh dan mempermainkan hukum Allah. Antara kata-kata sesat yang pernah diucapkan mereka ialah;

"Hukum Hudud tak sesuai dilaksanakan dalam negara kerana rakyat berbilang kaum dan agama"

"Kalau laksana Hudud, orang Islam akan mundur sebab tangan kudung dan tak boleh cari kerja"

"Kalau orang mencuri duit melalui internet, macamana nak cari saksi yang adil untuk laksanakan hukum potong tangan..."

... dan banyak lagi kenyataan pemimpin UMNO yang menyebabkan mereka boleh jatuh kafir kerana mempersendakan Hukum dan Undang-Undang Allah.

Dan yang paling bebal ialah ahli dan penyokong UMNO yang hanya tahu menganggukkan kepala saja dengan segala apa yang diucapkan oleh pemimpin mereka. Mereka tak sedar 'Aqidah Islam mereka juga boleh jadi rosak hanya dengan mengiyakan saja kata-kata seperti di atas.

Kesimpulannya, bila mana kita memberi undi pada UMNO BN dalam pilihanraya, bermakna kita bersetujulah dengan sistem pemerintahan sekular Kristian yang menjadi amalan kerajaan sejak merdeka lagi. Setuju bermaksud redha. Redha bererti kita percaya bahawa sistem pemerintahan sekular itu lebih baik daripada sistem pemerintahan Islam.

Akibatnya???

Jika kita meyakini sedemikian, maka rosaklah iman kita. Kalau tak sempat bertaubat, pendek kata mati sesatlah.

Justeru jangan dihairanlah jika masih ramai orang Melayu yang setia dengan UMNO. Sebab mereka sebenarnya bukan orang yang beriman walau masih melaksanakan 'ibadah fardhu.

Jangan lupa ketika menafsirkan ayat 159, Surah Al An'am (6), Almarhum Prof Dr Hamka dalam Kitab Tafsr Al Azhar menegaskan "Barangsiapa ada keyakinan dalam hati bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam, maka kafirlah mereka walau masih bersolat".

Wana'uzubillah.

Saturday, August 20, 2011

Wajib baca : Haram Menyokong UMNO

Di malam 21 Ramadhan ni, penulis nak utarakan pandangan Ulama Muktabar yang bersandarkan Al Qur'an dan Hadis tentang soal politik dan golongan yang haram disokong oleh seluruh umat Islam di mukabumi ini. Sejak jatuhnya sistem pemerintahan Khilafah Uthmaniyah Turki, kekeliruan di sudut fahaman dan semakin jauhnya umat Islam dari sumber Wahyu Ilahi dan Sunnah telah menyebabkan perpecahan kronik di kalangan umat Islam sendiri serta membuka ruang seluasnya kepada pihak musuh untuk melakukan serangan terhadap minda dan jiwa Muslim tanpa henti.

Muqaddimah

Apabila orang Islam beranggapan persoalan politik ialah sesuatu yang tiada kaitan dengan Islam, maka mereka menyerahkan kuasa kepada sesiapa saja yang mereka suka dengan perhitungan nafsu tanpa melihat kepada tuntutan-tuntutan agama.

Hasil dari sikap ini, maka individu serta golongan yang jahat dan zalim menguasai tampuk pemerintahan. Golongan ini beranggapan kuasa adalah lesen untuk mereka melakukan apa saja tanpa merasa takut kepada amaran-amaran Allah.

Kuasa politik dijadikan sebagai modal untuk mengaut kekayaan dan harta serta melakukan jenayah dan kezaliman ke atas orang lain. Ini adalah politik yang diwarisi daripada Fir'aun dan kuncu-kuncunya.

Firman Allah dalam Surah Al Qasas (28), ayat 4 yang bermaksud;

Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.

Sekiranya Fir'aun membunuh anak-anak lelaki di kalangan Bani Israel kerana bimbang tergugat kuasa dan politiknya, demikian juga para pewaris menghapus dan menghancurkan segala musuh politiknya yang boleh menggugat sistem kezaliman dan kekejaman yang dihidupkan.

Para ulama' seperti yang disebut oleh al-Hafiz Ibn Hajar Al Asqalani dalam Fath al-Bari menamakan Abu Jahl sebagai (Fir'aun bagi umat ini) kerana sikapnya yang menentang kebenaran dan zalim. Sebenarnya Fir'aun adalah gelaran yang diberikan kepada sesiapa yang memerintah Mesir kuno. Abu Jahl bukan pemerintah negeri Mesir dan beliau juga tidak membunuh anak-anak lelaki Quraisy atau Bani Israel, namun sikapnya yang bangkit melakukan kezaliman dan mengepalai penentangan terhadap kebenaran melayakkan beliau dianugerahkan gelaran berkenaan. Demikianlah sesiapa yang mewarisi sikap itu, maka mereka adalah Fir'aun sepanjang zaman.

Amaran Rasulullah S.A.W.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;

Sesungguhnya selepas aku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka, maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga).

Rasulullah s.a.w. ialah utusan Allah yang diberikan wahyu kepadanya dan tidak bercakap dengan hawa nafsu. Firman Allah dalam Surah An Najm, ayat 3-4 yang bermaksud :

Dia (Muhammad) tidak bercakap berdasarkan hawa nafsunya. Segala yang diucapnya adalah wahyu yang diwahyukan.

Dengan wahyu Allah, Allah telah mengkhabarkan kepada Nabi-Nya tentang keadaan-keadaan yang bakal berlaku selepas ketiadaan Baginda. Antaranya, akan wujud para pemimpin yang zalim dan penipu. Sesiapa yang menyokong mereka, maka Nabi s.a.w. tidak mengakuinya sebagai pengikut (umat) Baginda dan tidak akan dapat meminum telaga di syurga, dalam kata lain tidak akan memasuki syurga melainkan diazab atas jenayah sokongan mereka kepada para pemimpin jenis tersebut. Sesiapa yang tidak menyokong dan menolong para pemimpin yang zalim dan membenarkan pembohongan mereka, maka dia adalah pengikut (umat) Nabi dan akan memasuki syurga kelak.

Mukmin yang sebenar akan merasa bimbang dan takut dengan amaran ini. Tidak mengapa jika seseorang dipecat dari menjadi ahli sesuatu pertubuhan, tetapi yang sangat bahaya dan menakutkan apabila kita dipecat dari menjadi pengikut (umat) Nabi s.a.w. Di manakah golongan ini akan berhimpun di Akhirat kelak jika Rasulullah s.a.w. tidak menerima mereka sebagai pengikutnya?

Sesungguhnya asas utama kezaliman pemerintahan yang wujud sekarang adalah kerana tidak melaksanakan syari'at Allah (Perundangan Al Qur'an). Firman Allah dalam Surah Al Maidah, ayat 45 yang bermaksud ;

Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim.

Dengan kezaliman yang asas ini, para pewaris Fir'aun menambahkan lagi kezaliman demi kezaliman. Membolot harta rakyat dan menzalimi setiap yang bangun menasihatinya.

Larangan Menyokong Puak Mungkar

Firman Allah dalam Surah Al An'am (6), ayat 68 yang bermaksud;

Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).

Kata Al-Qadi Abu Bakr Ibn Al 'Arabi : "Ayat ini adalah dalil bahawa tidak dihalalkan (haram) duduk bersama ahli mungkar."

Duduk bersama golongan mungkar tidak dibenarkan apatah lagi menyokong, membantu dan menolongnya.

Firman Allah dalam Surah An Nisa', ayat 140 yang bermaksud;

Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.

Kata Al Imam Qurtubi dalam menafsirkan ayat ini: "Ayat ini menjadi dalil wajibnya menjauhi ahli maksiat apabila jelas kemungkaran mereka. Ini kerana sesiapa yang tidak menjauhi mereka, bererti redha dengan perbuatan mereka."

Katanya lagi, Maksud ayat "(jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka" : sesiapa yang duduk dalam majlis maksiat (menderhakai Allah) dan tidak membantahi mereka, maka dia menanggung dosa yang sama seperti mereka. Maka hendaklah dia membantah mereka sekiranya mereka bercakap dan melakukan maksiat. Sekiranya dia tidak mampu untuk membantahi mereka, maka hendaklah dia meninggalkan mereka supaya tidak termasuk dalam golongan yang disebut dalam ayat ini.

Sesiapa yang terus menyokong golongan atau pemimpin yang melakukan kejahatan dan kezaliman serta mempermainkan ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya dia sama-sama menanggung dosa dengan pemimpin tersebut. Mungkin dia berkata, saya tidak menzalimi orang lain, atau mempersendakan agama tetapi sekadar menjadi ahli biasa parti sahaja, sedangkan pemimpinnya zalim dan jahat, maka dia turut menanggung dosa. Firman Allah dalam Surah Al Ahzab (33), ayat 66-67 yang bermaksud;

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

Demikianlah halnya ahli neraka yang dahulu menjadi pengikut setia para pemimpin yang melanggari ajaran Allah dan Rasul-Nya. Mereka yang taat dan terus setia sehingga akhirnya mereka dihumbankan ke dalam neraka.

Firman Allah dalam Surah Hud (11), ayat 113 yang bermaksud;

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

Menyokong Yang Zalim Adalah 'Asobiyyah

Adalah sangat pelik, apabila kezaliman yang begitu jelas dan nyata sehingga golongan bukan Islam pun menyatakannya zalim tetapi masih ada yang mengaku Muslim terus menyokongnya. Kononnya kerana mempertahankan keutuhan parti, warisan dan seumpamanya. Ini adalah bisikan syaitan dan bicara seorang yang tiada pegangan 'aqidah serta keyakinan terhadap petunjuk agama.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;

Sesiapa yang berperang di bawah "bendera buta" dan menyeru kepada 'asobiyyah atau marah kerana 'asobiyyah, maka kematiannya adalah jahiliyyah. (Riwayat Muslim, Ibn Majah, An Nasai)

Kata As Sindi dalam mensyarahkan hadith-hadith Sunan Ibn Majah: Lafaz "bendera buta" ialah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui samada benar atau bathil.

Sekiranya berjuang dalam keadaan yang tidak tahu benar atau salah dianggap mati dalam jahiliyyah, apatah lagi golongan dan individu yang mempertahankan pemimpin yang terang-terang zalim dan jahat.

Ini adalah sikap yang lebih jahiliyyah. Golongan jahiliyyah sebelum kedatangan Nabi S.A.W terkenal dengan sikap mempertahankan puak sekalipun bersalah. Jahiliyyah moden juga demikian. Mereka terus mempertahankan seseorang pemimpin yang zalim sekalipun mereka sedar akan kezaliman mereka semata-mata kerana parti yang didokong. Maka golongan ini mati jahiliyyah, seperti matinya pendokong-pendokong jahiliyyah dahulu.

Dalam menjelaskan maksud 'asobiyyah, RAsulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud;

'Asobiyyah itu kamu menolong kaummu atas kezaliman. (Riwayat Abu Daud)

Golongan 'asobiyyah membkti dan mengamalkan 'asobiyyah apabila mereka terus menyokong seseorang sekalipun zalim dan menindas. Golongan ini mati seperti mati seorang yang tidak berpegang kepada Islam, sebaliknya berpegang kepada dasar jahiliyyah. Semuga Allah jauhkan kita semua dari termasuk dalam golongan ini.

Semua Wajib Mencegah Mungkar

Kezaliman adalah kemungkaran. Wajib bagi setiap individu Muslim mencegahnya. Sesiapa sahaja yang mendakwa dirinya Muslim, maka kewajipan ini mesti dilaksanakannya. Ini bagi menyahut sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud;

Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu, maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu, maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Al Imam An Nawawi dalam mensyarahkan hadith ini, membuat contoh seperti berikut: "Apabila seseorang melihat insan lain membeli barangan yang rosak atau seumpamanya, lalu dia tidak membantah dan memberitahu pembeli itu, maka ini adalah kesalahan yang jelas. Para Ulama telah menetapkan bahawa wajib bagi sesiapa yang mengetahui perkara seperti ini membantah penjual dan memberitahu pembeli."

Sekiranya dengan hanya melihat seseorang membeli sesuatu barang yang rosak, wajib diberitahu kepadanya dan dibantahi penjualnya, apatah lagi jika kita melihat seseorang yang ingin memberikan undi atau sokongan kepada golongan pemimpin yang rosak, jahat dan zalim, maka sudah pasti kewajipan mengingatkan para pengundi itu lebih besar daripada mengingatkan seorang pembeli. Ini kerana mengingatkan pembeli untuk menyelamatkannya dari ditipu sedangkan mengingatkan pengundi adalah demi menyelamatkan ummat dari binasa.

bersambung di tajuk Undi Mempunyai Nilai Besar Dalam Islam.

Jazakallah.

Tuesday, August 2, 2011

Jangan hadir ke program Najib Rosmah lepas ni

Penulis pernah tanya dengan seorang sahabat lulusan Azhar Mesir tentang bahaya menyokong atau bersama dengan golongan munafiq kabir UMNO. Lalu dia menegaskan bukan saja tak boleh berkawan dengan golongan itu, malah berdiri dekat kubur mereka pun tak boleh sebab dibimbangi pada bila-bila masa saja Allah boleh turunkan bala' atas kubur musuh Islam itu, seperti panahan petir dan seumpamanya.

Kejadian ribut secara tiba-tiba yang melanda Port Dickson ketika Najib Rosmah berada di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) baru-baru ini merupakan bala' yang Allah turunkan sebagai amaran kepada pasangan iblis No.1 negara itu dan kuncu-kuncunya, juga pada kita semua agar jangan bersama atau menyokong golongan pemimpin zalim dan jahat.

Penulis bersimpati atas kerosakan harta-benda seperti kenderaan orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis perbarisan tamat latihan hari itu termasuk milik ahli keluarga para pelatih tentera yang hadir untuk meraikan hari tamat latihan mereka.

Sebagai Muslim, tentunya kita mengimani bahawa segala kejadian yang berlaku adalah di dalam genggaman Allah SWT Yang Maha Berkuasa. Hanya orang yang tidak beriman saja beranggapan kejadian ribut yang melanda itu hanyalah fenomena alam saja.

Jangan kita lupa kejadian tsunami besar yang melanda Acheh pada 2002 yang meragut lebih 200 ribu nyawa penduduk Acheh dan kemusnahan teruk harta-benda. Dalam kejadian ombak setinggi lebih seratus kaki yang menghempas pantai Acheh dan meranapkan segala bengunan, rumah dan kenderaan serta meragut nyawa ratusan ribu, namun Masjid Baitul Rahman terus berdiri megah tanpa sebarang kerosakan sedangakan bangunan di sekelilingnya musnah sama-sekali.

Beringatlah, ketika Allah menurunkan bala'-Nya ekoran perbuatan zalim dan maksiat segolongan manusia, nescaya bala' itu akan menimpa semua pihak tanpa mengira yang mana baik ataupun jahat. Bagi golongan yang beriman, bala' yang ditimpa ke atasnya adalah sebagai ujian, penghapus dosa atau peningkatan darjat keimanan. Manakala bagi golongan jahat dan zalim pula, ianya sebagai amaran bagi yang mahu berfikir. Bagi yang tidak mahu berfikir, ia sebagai balasan tunai atas perbuatan mereka sebelum menerima azab di Akhirat kelak.

Dan apabila rakyat sesebuah negara terus memberi mandat kepada golongan jahat dan zalim sebagai pemerintah, nescaya Allah SWT akan menarik balik segala keberkatan bagi negara itu dan menggantikannya dengan pelbagai bala' bencana atasnya.

Lihat saja apa yang telah dan sedang melanda Malaysia hari ini.

Setelah apa yang berlaku di PD itu, penulis nasihatkan agar jangan sekali-kali hadir di mana-mana program Najib Rosmah.

Berubahlah dalam PRU13.

Saturday, June 18, 2011

Siri 2 : Golongan Yang Haram Disokong

Rasulullah s.a.w. ialah utusan Allah yang diberikan wahyu kepadanya dan tidak bercakap dengan hawa nafsu. Firman Allah dalam Surah An Najm : ayat 3-4 yang bermaksud :

Dia (Muhammad) tidak bercakap berdasarkan hawa nafsunya. Segala yang diucapnya adalah wahyu yang diwahyukan.

Dengan wahyu Allah, Allah telah mengkhabarkan kepada Nabi-Nya tentang keadaan-keadaan yang bakal berlaku selepas ketiadaan Baginda. Antaranya, akan wujud para pemimpin yang zalim dan penipu. Sesiapa yang menyokong mereka, maka Nabi s.a.w. tidak mengakuinya sebagai pengikut (umat) Baginda dan tidak akan dapat meminum telaga di syurga, dalam kata lain tidak akan memasuki syurga melainkan diazab atas jenayah sokongan mereka kepada para pemimpin jenis tersebut. Sesiapa yang tidak menyokong dan menolong para pemimpin yang zalim dan membenarkan pembohongan mereka, maka dia adalah pengikut (umat) Nabi dan akan memasuki syurga kelak.

Mukmin yang sebenar akan merasa bimbang dan takut dengan amaran ini. Tidak mengapa jika seseorang dipecat dari menjadi ahli sesuatu pertubuhan, tetapi yang sangat bahaya dan menakutkan apabila kita dipecat dari menjadi pengikut (umat) Nabi s.a.w. Di manakah golongan ini akan berhimpun di Akhirat kelak jika Rasulullah s.a.w. tidak menerima mereka sebagai pengikutnya?

Sesungguhnya asas utama kezaliman pemerintahan yang wujud sekarang adalah kerana tidak melaksanakan syari'at Allah (Perundangan Al Qur'an). Firman Allah dalam Surah Al Maidah : ayat 45 yang bermaksud ;

Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim.

Dengan kezaliman yang asas ini, para pewaris Fir'aun menambahkan lagi kezaliman demi kezaliman. Membolot harta rakyat dan menzalimi setiap yang bangun menasihatinya.

bersambung...

Siri 1 di sini

Thursday, June 9, 2011

Siri 1 : Golongan Yang Haram Disokong

Kali ini penulis nak utarakan pandangan ulama' muktabar yang bersandarkan Al Qur'an dan Hadis tentang soal politik dan golongan yang haram disokong oleh seluruh umat Islam di mukabumi ini. Sejak jatuhnya sistem pemerintahan Khilafah Uthmaniyah Turki, kekeliruan di sudut fahaman dan semakin jauhnya umat Islam dari sumber Wahyu Ilahi dan Sunnah telah menyebabkan perpecahan kronik di kalangan umat Islam sendiri serta membuka ruang seluasnya kepada pihak musuh untuk melakukan serangan terhadap minda dan jiwa Muslim tanpa henti.

Golongan Yang Haram Disokong

Muqaddimah

Apabila orang Islam beranggapan persoalan politik ialah sesuatu yang tiada kaitan dengan Islam, maka mereka menyerahkan kuasa kepada sesiapa saja yang mereka suka dengan perhitungan nafsu tanpa melihat kepada tuntutan-tuntutan agama.

Hasil dari sikap ini, maka individu serta golongan yang jahat dan zalim menguasai tampuk pemerintahan. Golongan ini beranggapan kuasa adalah lesen untuk mereka melakukan apa saja tanpa merasa takut kepada amaran-amaran Allah.

Kuasa politik dijadikan sebagai modal untuk mengaut kekayaan dan harta serta melakukan jenayah dan kezaliman ke atas orang lain. Ini adalah politik yang diwarisi daripada Fir'aun dan kuncu-kuncunya.

Firman Allah dalam Surah Al Qasas (28): ayat 4 yang bermaksud;

Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.

Sekiranya Fir'aun membunuh anak-anak lelaki di kalangan Bani Israel kerana bimbang tergugat kuasa dan politiknya, demikian juga para pewaris menghapus dan menghancurkan segala musuh politiknya yang boleh menggugat sistem kezaliman dan kekejaman yang dihidupkan.

Para ulama' seperti yang disebut oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari menamakan Abu Jahl sebagai (Fir'aun bagi umat ini) kerana sikapnya yang menentang kebenaran dan zalim. Sebenarnya Fir'aun adalah gelaran yang diberikan kepada sesiapa yang memerintah Mesir kuno. Abu Jahl bukan pemerintah negeri Mesir dan beliau juga tidak membunuh anak-anak lelaki Quraisy atau Bani Israel, namun sikapnya yang bangkit melakukan kezaliman dan mengepalai penentangan terhadap kebenaran melayakkan beliau dianugerahkan gelaran berkenaan. Demikianlah sesiapa yang mewarisi sikap itu, maka mereka adalah Fir'aun sepanjang zaman.

Amaran Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

Sesungguhnya selepas ku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka, maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga).

bersambung....

Saturday, May 14, 2011

Qiamat pada tahun 2076?

Beberapa orang Tuan Guru Pondok di Pattani berpendapat usia dunia tidak akan melebihi 1500 tahun daripada hari pertama Rasulullah S.A.W. berhijrah. Sekarang kita berada pada tahun 1432 Hijrah. Jika benar pendapat itu, bermakna Qiamat akan berlaku pada tahun 2076. Yaitu 65 tahun dari sekarang.

Seharusnya kita umat Islam menyedari bahawa seluruh tanda-tanda kecil sudah pun berlalu. Kini dah bermula berlaku tanda-tanda besar.

Pertamanya, kebangkitan rakyat di Timur Tengah baru-baru ini jelas menandakan sudah hampir tiba saatnya Islam akan kembali menguasai dunia. Hal ini disahkan sendiri oleh Baginda Rasulullah S.A.W. sendiri.

Keduanya, gempa-bumi berserta tsunami kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Baru-baru ini berlaku gempa-bumi yang kuat di Jepun dan diikuti tsunami besar hingga beberapa wilayah negara matahari terbit itu musnah sama-sekali. Terkini, berlaku pulak gempa-bumi di Eropah.

Sebelum Qiamat, memang akan berlaku gempa-bumi di Asia, Barat dan Timur Tengah.

Marilah kita sama-sama mengkoreksi diri dan segera melakukan taubat sementara usi masih ada.

Waima apa pun, hanya Allah Yang Maha Mengetahui tarikh sebenar dunia ini Qiamat.

Untuk lebih jelas, di sini.

Tuesday, May 10, 2011

Kemunafiqan UMNO. Sila baca ni.

Kita ni ngaku je Islam tapi tak pernah berusaha untuk memahami isi kandungan Al Qur'an. Itu pun kalau rajin membaca. Lagi teruk bagi yang langsung tak mahu membaca. Jauh sekalilah nak memahaminya. Lebih dahsyat lagi bila semakin ramai remaja Islam yang langsung tak tahu baca Qur'an. Sepatutnya bagi kita yang dah semakin berumur ni, paksa-paksalah diri untuk kerap menghadiri kuliah tafsir atau paling tidak pun di zaman ICT ni, cukup banyak video kuliah tafsir dalam Youtube.

Kali ni penulis nak paparkan kepada pembaca tentang makna seluruh ayat dalam Surah Al Munafiquun (63). Sila baca dan fahamkan. Kemudian bandingkan dengan segala tindak-tanduk UMNO, pimpinan dan seluruh ahlinya. Ada tak persamaan dengan apa yang Allah jelaskan dalam surah ini.

1. Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

2. Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

3. (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).

4. Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?

5. Dan apabila dikatakan kepada mereka: " Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu", mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.

6. (Tidak ada faedahnya) kepada mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.

7. Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): "Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)". Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya).

8. Mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)". Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

9. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

10. Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".

11. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya

Wednesday, April 20, 2011

Dah masuk neraka, baru nak nyesal

Kejayaan DAP memenangi 12 dari 15 kerusi yang ditandinginya di PR Sarawak baru-baru ni memang telah dijangka oleh semua pihak. Kawasan majoriti pengundi Cina. Dan harus dipuji sikap pengundi Cina Sarawak yang berani melakukan perubahan itu. Yang menimbulkan seribu tanda-tanya hingga ke saat ini ialah sikap pengundi Melayu Islam yang masih berdegil dan terus-menerus memberi undi pada parti yang dipimpin oleh manusia korup dan zalim.

Jika diambil kira sudut sosio-ekonomi, orang Melayu jugalah yang hidup susah dan melarat. Negara ini dah merdeka lebih 50 tahun dan selama itulah Malaysia dan Sarawak mempunai PM dan KM berbangsa Melayu. Anehnya, yang hidup miskin dan susah ialah orang Melayu juga.

Ke mana perginya dakwaan dan propaganda UMNO dan PBB selama ini yang menyebut merekalah pembela bangsa Melayu???

Malangnya masyarakat Melayu yang majoritinya beragama Islam masih terpedaya dengan golongan munafiq yang mendakwa diri sebagai pembela bangsa sedangkan dah terbentang depan mata sendiri yang mereka hanya mengkayakan diri, keluarga dan kroni semata-mata.

Dalam konteks pemimpin jahat dan tidak beriman ini, Allah SWT telah memberitahu kita semua dalam Surah Muhammad (47) : ayat 22 yang bermaksud;

"(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan, jika kamu dapat memegang kuasa, kamu akan melakukan kerusakan di mukabumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?"

Dalam ayat ini, ulama' tafsir menghuraikan pemimpin yang tidak beriman (munafiq, perasuah dan zalim) ada 4 ciri utama. Yaitu;

- bertindak sesuka hati
- menahan orang tanpa bukti
- mengkayakan diri, keluarga dan kroni
- gila kuasa

Allah SWT menegaskan rakyat tidak selamat di bawah pemerintah yang jahat.

Malangnya mutakhir ini umat Islam dah semakin jauh daripada Islam itu sendiri. Al Qur'an sudah hilang dari jiwa mereka manakala Sunnah dianggap sudah tidak relevan lagi masakini. Apa yang tinggal hanyalah perkataan Islam di kad pengenalan.

Akibatnya, Allah SWT menurunkan bala' dengan membiarkan pemerintah jahat dan zalim terus berkuasa di negara ini ekoran kedegilan umat Islam sendiri.

Masalahnya, bukan setakat pemimpin yang jahat dan tidak beriman itu saja yang akan dihumban ke dalam Neraka, malah para pengikut dan penyokong mereka turut sama dilempar sama ke dalam Jahannam. Wana'uzubillah.

Firman Allah dalam Surah Al Ahzab (33) : ayat 66-68 yang bermaksud;

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

Kepada seluruh umat Islam, penulis menyeru segeralah meninggalkan UMNO dan BN sementara masih ada umur. Kembalilah kepada ajaran Al Qur'an dan Sunnah semuga hidup kita berbahagia di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat kelak.

Wassalam

Thursday, February 24, 2011

Terjemahan Surah Al Baqarah (2) : 6 - 30

Selama ini majoriti umat Islam tanahair hanya membaca Al Qur'an dengan tujuan pahala dan fadhilat saja tanpa mahu memahamkan makna ayat yang dibacanya, jauh sekali mahu mempelajari tafsirannya. Dulu penulis pun macam tu juga, malah semasa muda, jarang sekali mahu membacanya. Namun sejak mendirikan rumahtangga pada 1992, barulah nak membacanya semula. Sekadar baca sajalah. Alhamdulillah, sejak menyertai PAS pada 1997, barulah sedar betapa peri pentingnya memahami maksud dan tafsiran ayat-ayat Al-Qur'an.

Marilah kita sama-sama berusaha dan belajar untuk memahami isi kandungan Kitabullah itu dan seterusnya mempraktikkan dalam diri, keluarga dan masyarakat.

Berikut adalah intisari terjemahan ayat 6 hingga 30 dari Surah Al Baqarah.

6. Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. 7. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. 8. Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. 9. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. 10. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

11. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan". 12. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. 13. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). 14. Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telahberiman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)". 15. Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

2: 16. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah. 17. Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun). 18. Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). 19. Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu. 20. Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

21. Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. 22. Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). 23. Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. 24. Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir. 25. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.

26. Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik; 27. (Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. 28. Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). 29. Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 30. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Mudah-mudahan kita dikurniakan hidayah dan petunjuk Ilahi.

Insya'Allah

Tuesday, January 4, 2011

Hindari pertandingan joran, kata Dr Asri

Umat Islam di negara ini digesa menghindari penyertaan pertandingan memancing atau joran yang berkonsepkan perjudian kerana ia adalah haram dan dosa besar, bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya, perkara itu semakin membimbangkan kerana kebanyakan pertandingan berkenaan yang begitu meluas dijalankan di negara ini, hari ini adalah berasaskan 'judi' atau qimar.

"Masyarakat pula tidak mengambil serius tentang pembabitan unsur atau asas perjudian dalam kebanyakan pertandingan joran yang diadakan. Dalam Islam judi atau qimar adalah haram dan tersenarai dalam dosa-dosa besar.

"Qimar atau judi bermaksud 'setiap pertandingan yang mensyaratkan pemenang mengambil sesuatu dari yang kalah'. Dalam qimar atau judi ada pihak yang rugi dan yang untung atas pertaruhan tersebut. Hal ini berlaku dalam kebanyakan pertandingan joran dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

fishing trawlers 231216 fishermenMenurut Dr Asri, pertandingan joran yang berasaskan prinsip perjudian itu membabitkan pelbagai pihak; kerajaan negeri, kerajaan tempatan, majlis perbandaran, parti-parti politik, sekolah, syarikat perniagaan, persatuan dan lain-lain.

Katanya, wang pertaruhan yang dinamakan 'yuran penyertaan' yang diambil itu dijadikan hadiah untuk yang menang, atau keuntungan kepada pengajur atas kekalahan peserta.

“Pembayaran wang penyertaan kebanyakannya bukan untuk kemudahan yang dinikmati oleh peserta, sebaliknya sebagai wang pertaruhan. Ini terbukti setiap peserta dikehendaki membayar berdasarkan mata pancing yang digunakan.

ikan kerapu grouper fish 140509“Wang yang terkumpul itu juga dijadikan hadiah, atau keuntungan penganjur jika peserta gagal. Unsur pertaruhan itu jelas. Biasanya, lebih besar pertaruhan, lebih lumayan hadiah,” katanya.

Dr Asri berkata sebenarnya, yuran penyertaan itu jika sekadar pembayaran peserta menggunakan kemudahan yang disediakan seperti makan minum, duit kenderaan dan seumpamanya, maka ia bukan judi dan pertaruhan.

“Namun, apabila ia menjadi wang terkumpul untuk hadiah pemenang, maka itu adalah satu perjudian. Konsep ini hampir sama dengan apa yang digunakan oleh syarikat-syarikat loteri yang pernah menamakan diri mereka 'loteri kebajikan',” katanya.

- malaysiakini

Tuesday, December 14, 2010

Kafir walau masih bersolat

Sebagai Muslim yang mengucap kalimah Syahadah, apakah kita dibenarkan berkiblat atau beriman dengan pelbagai fahaman, doktrin ataupun fikrah selain daripada Islam? Sudah tentu tidak. Hatta meragui mana-mana daripada sistem Islam itu sendiri boleh menyebabkan jatuh kafir.

Ungkapan seperti "Bolehkah Islam memerintah" atau "Hudud tak sesuai dilaksanakan dalam negara masyarakat majmuk" atau "Tiada politik dalam Islam" atau "Kalau ikut Islam nanti jadi mundur" atau "Kalau laksana Hudud nanti ramai yang kudung tangan" biasa didengar keluar daripada mulut pemimpin politik munafiq dan para pengikutnya yang bebal. Kata-kata sebegini tanpa disedari boleh menyebabkan terkeluar daripada Islam. Na'uzubillah...

Dalam konteks Malaysia, kenapa majoriti umat Islam masih berdegil dan enggan menjadi pendokong ke arah tertegaknya Daulah Islamiyyah di tanahair tercinta. Di manakah iman dan minda yang waras hingga boleh percaya dengan sistem sekular Kristian ciptaan penjajah Inggeris.

Ke mana perginya pengakuan "Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammad Rasulullah" tapi dalam waktu yang sama menafikan hak Allah (Undang-Undang Islam) daripada terlaksana dalam negara. Juga menafikan kerasulan Muhammad bila kita enggan menuruti jejak langkah Baginda (Sunnah).

Mungkin selama ini umat Islam yang menyokong kerajaan toghut sekular menyangka dengan hanya mengucap kalimah Syahadah sudah memadai dan menjamin mereka sebagai Muslim dan akan masuk Syurga kelak. Mudah sangatlah kalau begitu.

Perlu diingat 'Aqidah Islam itu terbahagi kepada Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah. Di sudut Rububiyyah, semua umat manusia termasuk golongan kafir sendiri mengakui bahawa Allah adalah Tuhan. Malangnya di sudut Uluhiyyah, mereka menjadikan berhala, bintang, matahari, api sebagai sembahan selain daripada Allah.

Dan yang lebih kejam dan zalim lagi bila golongan Yahudi mendakwa Uzair anak Allah manakala Nasrani pula mempercayai Isa putera Allah.

Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sangkakan.

Dan perlu difahami oleh umat Islam bahawa soal yang berhubung-kait dengan politik pemerintahan, perlaksanaan Hukum Al-Qur'an dan menegakkan Daulah Islamiyyah adalah termasuk dalam bab Tauhid Uluhiyyah.

Justeru mana-mana umat Islam yang mendokong perlaksanaan sistem toghut ciptaan manusia (sekular, komunis, sosialis dsb) dalam sesebuah negara, maka serupalah mereka dengan golongan kafir yang menyembah berhala, api dan seumpamanya. Sebabnya?

Sebab mereka dengan sengaja menafikan hak mutlak Allah sebagai pemerintah alam semesta ini. Bumi yang kita diami ini adalah milik kepunyaan-Nya secara mutlak. Bermakna kita sebagai Khalifah di mukabumi ini hanya wajib melaksanakan saja segala sistem-Nya yang telah termaktub dalam Al-Qur'an dan telah dipraktikkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W di Madinah.

Nak mudah faham lagi, begini.

Bila kita terus menyokong kerajaan sekular UMNO BN yang sedia ada, maknanya kita terus redha dengan perlaksanaan sistem dan undang-undang sekular ciptaan manusia. Redha ertinya setuju. Bila dah setuju, ertinya kita mengiktiraf bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam. Dalam erti kata lain, kita telah mengambil manusia sebagai tuhan selain daripada Allah dalam persoalan hukum.

Dalam konteks ini, Almarhum Prof Dr Hamka telah menafsirkan ayat 159 dalam Surah Al-An'am sebagai "Barangsiapa yang meyakini bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam, maka kafirlah mereka walau masih bersolat."

Dalam menyentuh persoalan 'Aqidah, kita wajib tahu apakah perkara-perkara yang boleh merosakkannya. Malangnya hari ini umat Islam tanahair ambil mudah saja soal politik pemerintahan. Senario ini berlaku ekoran doktrin sesat sekular Kristian yang telah sebati dalam jiwa mereka hingga berani melahirkan keyakinan yang menyebut bahawa "Politik lain, agama lain". Tanpa sedar mereka telah dimurtadkan oleh penjajah sejak sekian lama walau masih bersolat.

Mereka lupa bagaimana golongan Yahudi dan Nasrani telah merancang lebih 500 tahun untuk menjatuhkan Pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah Turki. Selepas sistem Khilafah berjaya dihapuskan, Turki telah menjadi negara sekular di bawah pemerintahan anak didik Yahudi, Mustafa Kamal Ataturk.

Apa jadi dengan Turki selepas itu?

Segalanya rosak dan musnah. Majoriti rakyat Turki berjaya disekularkan oleh Kamal Ataturk dalam waktu yang singkat. Seluruh Ulama' dan Tok Guru Pondok ditangkap, dipenjara dan dibunuh. Semua sekolah agama ditutup. Sistem pendidikan Islam dihapuskan. Rakyat dihidangkan dengan pelbagai jenis hiburan yang melalaikan. Pawagam diarah menayangkan filem-filem lucah secara percuma. Pelbagai jenis pesta yang menghidangkan arak dan perempuan percuma dianjurkan oleh kerajaan Ataturk di seluruh pelusuk Turki. Wanita diarahkan membuka aurat. Larangan memakai tudung dan kupiah dikuatkuasakan.

Sedarkah kita apa yang berlaku dalam negara hari ini menyamai apa yang berlaku di zaman pemerintahan Kamal Ataturk dulu?

Ingatlah... setiap tangan yang mengundi UBN dalam PRU13 kelak akan membawa ke Neraka.

Hanya menyampaikan kebenaran.

Saturday, December 4, 2010

Allah larang perbuatan Syirik kepada semua manusia termasuk para Nabi

Tafsir Surah Al An'am : ayat 89 - Allah SWT menekankan betapa besarnya dosa Syirik dan melarang manusia beramal dengan amalan tersebut termasuk para Anbiya' 'alaihimussalam.

Allah berfirman dalam ayat lain yang bermaksud : "Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepada mu (wahai Muhammad S.A.W.) dan kepada Nabi-Nabi yang terdahulu daripada mu: Demi sesungguhnya! jika engkau dan pengikut-pengikut mu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur ilmu mu dan engkau akan tetap menjadi dari oran-orang yang rugi." - Surah Az Zumar : ayat 65

Ibnu Kathir menyebut dalam tasirnya bahawa ayat ini hanya syarat semata-mata dan ia tidak harus benar-benar berlaku kepada Nabi S.A.W, begitu juga kepada para Nabi yang lain. Bahkan sesungguhnya mereka menolak Syirik sekaligus mentauhidkan Allah SWT.

Allah berfirman yang bermaksud : "Katakanlah (wahai Muhammad kepada mereka yang syirik itu): "Kalau betul Allah Yang Maha Pemurah, mempunyai anak (sebagaimana yang kamu dakwakan), maka akulah orang yang awal yang akan menyembah anak itu; (tetapi dakwaan kamu tidak benar)." - Az Zukhruf : ayat 81.

Firman Allah yang bermaksud : "Sekiranya Kami hendak ambil sesuatu untuk hiburan, tentulah Kami akan mengambilnya dari sisi Kami; Kami tidak melakukannya." - Surah Al Anbiya' : ayat 17.

Kalau anak itu dianggap sebagai hiburan kepada Allah, sudah tentu anak Allah itu wujud tetapi semua itu tidak wujud, hanya dakwaan manusia musyrik semata-mata. Ini kerana Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Sifat beranak dan diperanakkan itu adalah sifat lemah dan bukan sifat Tuhan. Apakah Allah itu mempunyai sifat lemah dan menyerupai makhluk-Nya? Bahkan tidak sama-sekali. Tuhan tidak akan menyerupai makhluk-Nya dalam semua hal.

Allah berfirman yang bermaksud : "Kalaulah Allah hendak mempunyai anak, tentulah Dia memilih mana-mana yang dikehendaki-Nya dari makhluk-makhluk yang dicipta-Nya; Maha Sucilah Dia (dari menghendaki demikian).

Dialah Allah, Yang Maha Esa, lagi yang Mengatasi kekuasaan dari segala-galanya." - Az Zumar : ayat 4

Ayat-ayat ini menjelaskan ketauhidan Allah dan kekuasaan-Nya di mana para Nabi dan Rasul beriman dan menyampaikannya kepada manusia di mukabumi ini.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud : "Mereka itulah orang yang telah Kami berikan kepadanya kitab suci dan hikmah (ilmu pengetahuan) serta pangkat kenabian." - Surah Al An'am : ayat 89

Yakni Kami telah beri nikmat dengan kitab suci, hikmah dan kenabian serta menjadi rahmat kepada hamba-hamba.

Bagaimana semua itu boleh berlaku?

Tidakkah kitab suci (Al-Qur'an) itu telah memberi petunjuk jalan yang lurus kepada manusia, bagaimana harus manusia melayari hidup mereka dengan betul dan bijaksana?

Tidakkah ilmu (hikmah) itu telah membuka luas minda manusia dan mereka dapat mengatur kehidupan mereka dalam semua aspek dengan baik? Bukankah para Nabi telah membawa khabar gembira dan khabar mendukacitakan kepada manusia, mereka sentiasa berwaspada dalam kehidupan ini di samping membawa panduan dari Allah secara praktikal kepada manusia?

Firman Allah yang bermaksud : "Oleh itu jika orang-orang (kafir) itu mengingkarinya." - Surah Al An'am : ayat 89

Ada ulama' menyatakan bahawa yang dimaksudkan kufur ini ialah mengkufuri kenabian manakala ada ulama' yang memaksudkannya kufur kepada ketiga-tiga perkara tersebut termasuk kitab suci, hikmah (ilmu pengetahuan) dan kenabian kerana 'dhamir' (nya) di sini dikembalikan kepada kitab suci, hikamh da kenabian.

Allah berfirman yang bermaksud : "Mereka itu" - Surah Al An'am : ayat 89

Yang dimaksudkan dengan mereka itu di sini ialah penduduk Mekah sebagaimana dinyatakan oleh Ibnu 'Abas, Qatadah dan lain-lain.

oleh Tuan Guru Hj Abd.Hadi Awang

Thursday, September 2, 2010

Larangan Allah duduk bersama orang jahat - Surah al-An'am ayat 68-69

ALLAH berfirman yang bermaksud,“Dan jika engkau dilupakan oleh syaitan.” (Surah al-Aníam: 68) Ertinya jika syaitan menyebabkan kamu lupa untuk menghindarkan diri daripada majlis seumpama itu, kamu dimaafkan kerana sebab lupa. Bagaimanapun Allah berfirman yang bermaksud, “Maka jangan kamu duduk selepas ingat semula bersama kaum yang zalim itu.” (Surah al- An’am: 68)

Selepas kamu ingat akan amaran Allah, maka berkewajipan kepada kamu menghindarkan diri daripada majlis tersebut melainkan mereka tidak lagi bercakap menghina Islam, menghina hukum Allah SWT dan menghina Nabi s.a.w.

Ayat ini mengajar kita umat Islam, menjadi manusia mulia dan sukakan perkara yang mulia. Ia juga termasuk dalam perkara dakwah dan perjuangan.

Bukan sahaja mengajar umat Islam cintakan kemuliaan tetapi mengajar manusia sedar, bahawa orang yangmenghina Islam dan Nabinya s.a.w. adalah manusia yang jahat atau zalim bahkan kufur terhadap Allah SWT

Kemuliaan seseorang terjadi dengan Islam dan iman kepada Allah SWT, satusatunya Tuhan yang sebenar, tidak ada sekutu bagi-Nya.

Walaupun ada manusia menghina ayat-ayat Allah, perjuangan untuk menyampaikannya tetap diteruskan. Sama ada ada atau tidak orang menghina Islam, perjuangan untuk menyampaikan Islam wajib diteruskan di samping menjaga adab-adab pergaulan dengan manusia pelbagai ragam dan majlis mereka yang pelbagai jenis.

Oleh kerana itu Imam Hassan Al-Banna pernah pergi ke kelab malam bertujuan untuk menyampaikan dakwah Islam kepada penghuninya. Ertinya menghadiri kelab seumpama itu untuk tujuan menyampaikan dakwah Islam, suatu yang dipandang mulia dan diizinkan oleh syarak.

Justeru Islam menetapkan cara bersosial yang selamat daripada fitnah, memberi dukungan kepada kebaikan dan menghapuskan majlis mungkar apabila diberi kuasa memerintah. Inilah sikap kita para pejuang Islam di sepanjang zaman.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, “Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikit pun atas orang-orang yang bertakwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ngejek) itu. Akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingatkan (larangan Allah itu), supaya mereka bertakwa.” (Surah al-An’am: 69)

Berkata Ibnu Abbas r.a. apabila datang larangan Allah supaya tidak duduk bersama majlis kaum musyrikin dan perintah supaya tinggalkan majlis mereka, maka berkata, orang-orang Islam pada zaman Nabi s.a.w.: “Tidak mungkin kami boleh memasuki masjid dan tawaf di sekeliling Kaabah.”

Maka Allah menurunkan ayat yang bermaksud, “Akan tetapi kewajipan orangorang Islam mengingatkan larangan Allah itu.” (Surah al-An’am: 69) Ertinya jika kamu duduk bersama mereka, kamu hendaklah memberi peringatan tentang amaran Allah tersebut, supaya mereka jangan menghina Islam atau mengejek-ngejek ayat-ayat Allah di dalam al-Quran.

Ertinya jika kamu duduk bersama mereka, kamu hendaklah memberi peringatan tentang amaran Allah tersebut, supaya mereka jangan menghina Islam atau mengejek-ngejek ayat-ayat Allah di dalam al-Quran.

Al-Qurtubi menyebut di dalam tafsirnya bahawa ayat ini dikatakan telah dinasakhkan dengan firman Allah yang bermaksud, “Dan sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kepada kamu (perintahnya) di dalam kitab (al- Quran), iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan kaum munafik) maka janganlah kamu duduk (bergaul) bersama-sama mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.

“Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahanam.” (Surah al-Nisa’: 140) Dalam sejarah Islam, Allah SWT telah memberi keringanan kepada umat Islam untuk bergaul dengan golongan musyrikin Makkah sebelum pembukaan kota suci tersebut sebagai “taqiyyah” (takut menzahirkan Islam dalam keadaan tertentu).

oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

Thursday, August 5, 2010

Sanggupkah kita mati dengan 'Aqidah rosak?

Memang tidak dinafikan kematian secara tragis Allahyarham Datuk Abd Aziz Md.Noh dan pembantunya Allahyarhamah Rohana Ismat pastinya meninggalkan kesan yang mendalam kepada ahli keluarga masing-masing khususnya anak-anak Rohana sendiri yang masih kecil dan remaja. Apatah lagi kematian mereka ini dikategorikan oleh Polis sebagai kes bunuh dan membunuh diri.

Menurut laporan bedah siasat, 2 kesan tembakan di kepala Rohana dan 1 di kepala Abd.Aziz. Secara teori logikal, sudah tentulah Abd.Aziz yang menembak Rohana terlebih dahulu di kepala sebanyak 2 das, kemudian menembak dirinya sendiri di kepala.

Sebagai Muslim sudah tentu kita merasa kesal dengan apa yang menimpa mereka berdua. Yang dibunuh sudah tentu meninggalkan kesan psikologi kepada anak-anaknya dan ahli keluarga.

Bagi yang membunuh dan bunuh diri sudah tentu menanggung 2 dosa amat besar. Pastinya azab Allah sedang menantinya manakala ahli keluarganya sudah tentu berhadapan dengan situasi sukar untuk berhadapan dengan masyarakat ekoran si mati merupakan orang yang dikenali umum.

Marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada kes ini kerana kehidupan di dunia ini hanyalah merupakan satu persinggahan sementara sebelum kita dipindahkan ke alam barzakh bagi satu tempoh tertentu sebelum dibangkitkan semula di hari pembalasan.

Tiada jalan lain untuk kita selamat melainkan kembali kepada Allah dan Rasul-Nya dalam erti kata sebenar.

Mutakhir ini kita sendiri boleh lihat dengan mata kepala sendiri betapa semakin ramai umat Islam di tanahair semakin hari semakin jauh daripada Islam. Mereka lebih terpesona dengan sistem dan gaya hidup masyarakat Barat dan Eropah yang terbukti gagal dalam melahirkan generasi yang baik dan harmoni. Apa yang ada hanyalah keruntuhan akhlak dan moral, masyarakat yang rosak, jenayah berleluasa dan pelbagai masalah sosial yang tiada penghujungnya.

Hari ini masyarakat Barat dan Eropah mula mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengisi kekosongan jiwa mereka. Satu laman web Muslim telah mendedahkan peningkatan mendadak jumlah penganut Kristian yang memeluk Islam di seluruh Britain. Senario ini membuktikan bila mana manusia mencari kebenaran hakiki, nescaya mereka akan menemukan Islam sebagai agama fitrah seluruh umat manusia sejak zaman Adam a.s.

Merupakan satu yang amat malang bagi kita seluruh umat Islam di negara ini bila mana barisan pimpinan UMNO yang memerintah negara sejak merdeka telah mengambil dan mengguna pakai sistem toghut sekularisma ciptaan manusia Eropah Barat sebagai dasar pemerintahan hingga ke hari ini. Sistem yang memisahkan agama dengan politik.

Walhal para pemimpin UMNO sendiri telah melihat betapa gagalnya sistem sekularisma yang diperkenalkan oleh Bapa Sekular Turki Kamal Ataturk sewaktu memerintah negaranya sehingga mengakibatkan Turki digelar sebagai "Negara Eropah Yang Sakit".

Sepanjang pemerintahannya, Kamal Ataturk hanya berjaya menghapuskan sistem Khalifah dan merosakkan Aqidah serta akhlak rakyatnya. Membunuh dan memenjarakan para Ulama' Suf, menghapuskan sistem pondok dan menutup seluruh sekolah agama rakyat. Rakyat yang masih berpegang teguh kepada Islam akan ditangkap dan disiksa. Melarang rakyatnya menutup aurat, menggalakkan pergaulan bebas, mengadakan pesta tari-menari dan arak, penayangan filem lucah di setiap pawagam di seluruh Turki dan pelbagai lagi kerosakan yang dibawa Ataturk yang merupakan anak didik dan anggota pertubuhan Zionis antarabangsa, Freemason.

Pernahkah kita terfikir bahawa visi pimpinan UMNO adalah serupa saja dengan visi Kamal Ataturk dalam nak menghancurkan Islam di tanahair. Cuma bezanya hanyalah di sudut pendekatan dan perlaksanaan.

Persoalan pokok di sini ialah sikap majoriti umat Islam yang masih percaya dengan dakwaan UMNO bahawa politik lain, agama lain. Kepercayaan sebegini amatlah merbahaya dan ianya boleh merosakkan 'Aqidah Islam seseorang tanpa sedar.

Dan satu lagi fahaman sesat yang menjadi pegangan orang Melayu selama ini bila mana mereka beranggapan "Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu". Sapa yang dok ajar fahaman songsang ini? Lupakah kita bahawa Islam adalah agama universal. Agama untuk seluruh umat manusia. Dan Rasulullah S.A.W. diutuskan oleh Allah untuk membawa rahmat kepada sekelian alam. Bermakna Baginda adalah Rasul dan Nabi kepada seluruh umat manusia akhir zaman.

Seperkara lagi orang Melayu cukup mudah terpedaya dengan propaganda khurafat para pimpinan UMNO yang mengatakan "Hanya UMNO bela Melayu. Tanpa UMNO, Melayu akan ditindas...." Inilah antara 'sihir' para pemimpin UMNO untuk terus perbodohkan Melayu demi survival kuasa politik mereka.

Satu demi satu hak orang Melayu dirampas oleh mereka namun seluruh ahli dan penyokong UMNO terus lena dan bebal dek perbuatan 'sihir' pimpinan mereka. Inilah akibatnya bila mana mengaku saja Islam tetapi dalam waktu yang sama terus menyokong golongan pemimpin yang menolak sebahagian besar isi kandungan Al-Qur'an.

Pemimpin UMNO luluskan lesen judi, mereka terus beri undi juga.

Pemimpin UMNO kata Hudud tak sesuai di zaman sekarang, mereka iyakan saja.

Pemimpin UMNO kata mana ada politik dalam Islam, mereka percaya.

Pemimpin UMNO rasuah, menyeleweng dan terlibat dengan jenayah, mereka sokong juga.

Pemimpin UMNO perlekeh Islam, mereka bertepuk tangan dalam Perhimpunan Agong.

.... akhirnya tanpa sedar mereka sebenarnya telah disesatkan oleh pimpinan UMNO sepanjang hidup. Dan penghujungnya mati dalam keadaan menganiayai diri sendiri. Di padang Mahsyar kelak barulah nak sedar dan menyesal kerana sewaktu di dunia dulu tak mahu patuh kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.

Penyesalan mereka ini disebut oleh Allah dalam Surah Al Ahzab (33) : ayat 66-68;

يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا ﴿٦٦﴾ وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا ﴿٦٧﴾ رَبَّنَا آتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا ﴿٦٨

(66) Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. (67) Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. (68) Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!

"Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya"

Monday, July 26, 2010

Alasan undi UBN kerana 'cari makan' masuk Neraka

Selama ini kita dok ingat takpelah undi UBN kerana cari makan. Daruratlah... lebih-lebih lagi kakitangan kerajaan yang begitu takut kena pindahlah, itulah, inilah kalau undi Pakatan Rakyat sebab mereka dok percaya pihak kerajaan BN akan dapat trace jika mereka mengundi Pakatan Rakyat dalam setiap pilihanraya.

Selain daripada kakitangan kerajaan, para kontraktor lagilah takut sebab bimbang kompeni mereka kena 'blacklist' jika didapati sokong Pakatan. Dan lebih menjelekkan bila mana para petani, pekebun, peneroka dan yang berkerja sendiri pun turut takut tak memasal. Macam-macam alasan jahil yang mereka utarakan termasuk takut tak dapat bantuan bajalah, anak tak dapat masuk universiti dan tak dapat biasiswalah, anak tak dapat kerjalah dan pelbagai lagi jenis bayangan 'ketakutan' dan penyakit was-was akibat bisikan jin dan syaitan dalam jiwa mereka.

Semuanya ini berpunca kerana sudah hilang keyakinan terhadap janji Allah. Mereka ini lebih yakin dengan 'ugutan kosong' para pimpinan UMNO daripada janji Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Mereka lupa bahawa perbendaharaan langit dan bumi adalah milik mutlak Allah SWT. Mereka juga lupa segala keperluan dan kesenangan hidup yang dinikmati selama ini adalah semata-mata kurniaan Ilahi.

Apa yang berlaku ke atas majoriti umat Islam di dunia hari ini samalah seperti sikap dan tindak-tanduk orang Mekah yang dah memeluk Islam tetapi enggan menyertai hijrah Rasulullah S.A.W. ke Madinah. Antara alasan yang mereka berikan antaranya ;

1- Malu alah dengan pimpinan musyrikin Mekah (Abu Jahal, Abu Lahab) ketika itu yang telah banyak memberi bantuan kepada mereka seperti modal untuk berniaga, beri projek dan sebagainya.

2- Sayang mahu meninggalkan perniagaan yang sudah semakin maju.

3- Bimbang jika tak boleh cari makan di Madinah

... dan pelbagai macam alasan yang diberikan.

Apakah jawapan Allah kepada golongan sebegini?

Dalam Surah An-Nisa'(4) : ayat 97-98

إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنتُمْ ۖ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِقَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَافَأُولَـٰئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا ﴿٩٧﴾ إِلَّا الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ لَا يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلَا يَهْتَدُونَ سَبِيلًا

Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahannam dan Neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah).

Sudah jelas di sini bahawa alasan 'cari makan' yang kita kemukakan bagi 'menghalalkan' tindakan kita mengundi UBN dalam pilihanraya akan mengakibatkan kita dihumban ke dalam Neraka Jahannam.

Kita semua sudah sedia maklum bahawa UMNO adalah sebuah parti berfahaman sekular yang jelas sesat. Bukan setakat itu saja malahan sudah terbukti UMNO juga memang benci dan memusuhi Islam. Penyelewengan dan rasuah dalam UMNO sudah menjadi rukun parti itu. Membohongi dan menindas orang Melayu secara terancang dan pelbagai lagi kekejian yang dilakukannya sepanjang 52 tahun memerintah.

Bila mana majoriti umat Islam masih lagi dok memberi undi kepada BN yang diketuai UMNO, maka tindakan menyokong itu samalah ertinya kita terus redha dengan segala dasar dan tindakan mereka selama ini.

Memang saya tidak akan berhenti untuk menyeru seluruh rakyat khususnya umat Islam agar segera meninggalkan UBN demi kebaikan hidup di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat kelak.

Kita semua akan mati. Dan saya juga percaya tiada sorang pun dari kalangan kita yang mahu masuk Neraka. Hatta golongan kafir sekalipun.

Adalah amat malang bagi kita yang telah dikurniakan oleh Allah dengan nikmat Islam tetapi penghujungnya kita terpaksa mendiami Neraka hanya disebabkan alasan cari makan. Sudah pasti kita akan tercengang-cengang di padang Mahsyar kelak bila mana Allah membuat keputusan yang kita ni ahli Neraka walhal solat, puasa, zakat, haji dan pelbagai amalan lain telah kita sempurnakan sewaktu di dunia.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Masih ada masa untuk kita melakukan hijrah daripada kegelapan kejahilan (kekufuran) kepada cahaya kebenaran (Islam).

Buktikan 'hijrah' itu dengan mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti.

Jazakallah.

Saturday, May 15, 2010

Pendokong Assobiyah celaka di padang Mahsyar

Melayu, melayu, melayu... Islam tak pernah mengajar kita berjuang atas dasar kebangsaan (Assobiyah). Malah Rasulullah S.A.W. sendiri pernah bersabda "Barangsiapa yang berjuang atas dasar Assobiyah (kebangsaan), mereka bukan di kalangan kami." Rasulullah tidak akan mengakui kita sebagai umatnya jika terlibat dan menyokong perjuangan sedemikian.

Kalau dah Nabi kita sendiri tidak mahu mengakui sebagai umatnya bagi sesiapa yang terlibat dan menyokong dasar perjuangan bangsa ni, maka apa bodohnya kita yang mengaku Islam ni boleh terlibat dan menyokong perjuangan sesat bawaan UMNO ni. Kalau dah Rasulullah tak mengaku kita sebagai umatnya, pendek kata celakalah nasib kita di Padang Mahsyar kelak. Tak merasalah nak meneguk air dari telaga Rasulullah (Telaga Kautsar). Barangsiapa yang dapat meminum air telaga ini, nescaya tidak akan kehausan buat selamanya.

Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya' (21) : ayat 107;

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Dalam ayat ini begitu jelas bahawa Rasulullah diutus oleh Allah bukan saja untuk seluruh umat manusia malah seisi alam ini. Bermakna, dalam konteks manusia, Rasulullah diutus kepada seluruh umat akhir zaman tanpa mengira warna kulit dan bangsa. Yang dinilai oleh Allah adalah darjah keimanan dan ketaqwaan masing-masing.

Dan Islam telah disempurnakan oleh Allah di tangan Baginda sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al-Maidah (5) : ayat 3;

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

.......Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

Dan kita sendiri telah diperintahkan oleh Allah dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 208;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Dalam ayat ini, bolehlah kita fahami bahawa Islam seseorang itu akan diterima oleh Allah bila mana kita mematuhi segala isi kandungan Al-Qur'an dan Sunnah.

Dan dalam Surah Ali-Imran (3) : ayat 102;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Dalam ayat ini pula, Allah SWT memberikan peringatan kepada kita semua agar beriman dan bertaqwa kepada-Nya dengan sebenar-benarnya, semuga kita selamat di Akhirat (mati dalam Islam).

Apakah tuntutan kalimah Tauhid yang bermaksud "Tiada Tuhan Melainkan Allah" ?

Bila mana kita telah memperakui dan menyakini bahawa Allah itu Tuhan kita, maka dengan sendirinya kita wajib mengimani dan menyakini dengan sebenar-benarnya hanya sistem Islam yang kita terima termasuklah di sudut politik, negara, ekonomi, hidup, masyarakat, perniagaan, antarabangsa dan segala-galanya ikut acuan Allah.

Yang lain daripada Islam, kita wajib menolaknya tanpa tolak-ansur.

Dah terlampau banyak bukti yang terpampang di depan mata kita semua betapa gagalnya UMNO yang mengambil sistem ciptaan manusia (sekularisma) dalam pemerintahan negara selama 52 tahun. Kegagalan di segenap sudut. Lihat saja apa yang berlaku dalam negara mutakhir ini. Sangat mengaibkan malah diketawakan di peringkat antarabangsa. Altantuya dibunuh, kapal selam Scorpene takde sistem persenjataan, enjin jet hilang, indeks rasuah negara semakin jatuh menjunam dari kedudukan 47 kepada 50, sistem kehakiman buruk dan pelbagai imej buruk Malaysia di bawah UMNO celaka.

Para pelabur asing semakin hilang keyakinan dengan Malaysia. Sudah tiada jaminan keselamatan bagi pelaburan mereka. Kalau kerajaan UMNO/BN sendiri boleh mengkhianati perjanjian yang dibuat sendiri dalam isu royalti minyak melibatkan Terengganu dan Kelantan, maka sudah tentu para pelabur asing merasakan adalah tidak mustahil mereka juga boleh dikhianati oleh kerajaan 'iblis' UMNO/BN.

Ekoran kejelekan sistem yang ada, UBS Swiss melaporkan lebih daripada USD100 bilion pelaburan telah dibawa keluar dari Malaysia tahun lepas. Dan hari ini Malaysia berada pada kedudukan terbawah dari segi pelaburan masuk berbanding negara anggota Asean yang lain. Lebih memalukan kalah dengan Veitnam.

Sentimen perkauman yang menjadi permainan UMNO selama ini telah menjadi punca wujudnya perasaan syak wasangka antara kaum-kaum dalam negara. Hanya rakyat yang celik hati saja boleh terlepas dari pengaruh sentimen sempit dan jahat UMNO ni. Dan hari ini sekali lagi UMNO memukul gendang 'perkauman' ini bagi mengembalikan semula sokongan Melayu/Bumiputera kepada parti hapraq itu yang sedang menuju sakaratulmaut.

Malangnya sentimen perkauman ini turut menjangkiti beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat, khsusunya dari PKR. Tidak dinafikan, kerajaan PR Kedah yang diketuai oleh PAS mungkin akan dibubarkan jika seorang lagi ADUN PKR melompat. Dan perkara ini diakui sendiri oleh MB Ustaz Azizan Razak.

Dalam konteks ini, Anwar Ibrahim telah gagal dalam menjaga anak buahnya. Sebagaimana yang pernah saya sebutkan sebelum ini, PKR akan senasib dengan Semangat 46. Khabarnya Ezam Md Nor yang baru dilantik sebagai Senator telah diberi tugas oleh Najib untuk memujuk seberapa ramai MP dan ADUN dari PKR agar kembali kepada UMNO. Saya berpendapat mungkin Ezam akan berjaya dalam tugas ini walaupun bukan 100%.

Waima apa pun, saya menyeru kepada seluruh umat Islam agar kembali kepada Islam sepenuhnya. Bersegeralah meninggalkan UMNO yang terbukti berfahaman sesat sekular Kristian. Menyokong UMNO bermakna redha dengan fahaman yang memisahkan agama dengan politik. Redha dengan kufur, maka kafirlah jadinya.

Renungkanlah firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 256 - 257 ;

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٥٦﴾اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Toghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.

Jazakallah.

Wednesday, April 21, 2010

Tak kiralah sapa kita...

Sebagai Muslim, samada kita suka ke, tak senang ke atau benci, maka kita semua telah diperintahkan oleh Allah untuk mentaati-Nya, mentaati Rasul-Nya dan Ulil Amri di kalangan kita. Ulil Amri di sini bermaksud pemimpin atau pemerintah di kalangan kita yang benar-benar beriman dan bertaqwa serta melaksanakan apa yang diperintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Juga melaksanakan amar makruf dan nahi munkar. Bukannya sembarangan pemimpin.

Malangnya hari ini ramai di kalangan umat Islam dah terkeliru dengan maksud Ulil Amri ini. Pada pandangan mereka asalkan seseorang itu pemimpin maupun pemerintah, maka wajib ditaati dan disokong tanpa mengambil kira samada pemimpin itu beriman atau sebaliknya.

Kita jangan lupa bagaimana Rasulullah menunjukkan kepada kita betapa pentingnya soal pilih pemimpin. Pada hari sebelum kewafatan Rasulullah, Baginda telah meminta Saiyidina Abu Bakar menjadi imam Solat Subuh yang terakhir baginya. Sebenarnya permintaan Rasulullah ini sebagai 'isyarat' bahawa Abu Bakar bakal menjadi penggantinya sebagai Khalifah pertama Islam selepas kewafatan Baginda.

Selepas Baginda wafat, para sahabat bermesyuarat untuk memilih siapakah yang mesti dipilih sebagai Khalifah. Setelah kata sepakat dicapai dan memilih Saiyidina Abu Bakar, kemudian barulah jenazah insan yang paling mulia di sisi Allah diurus dan dikebumikan.

Ini sebagai bukti betapa pentingnya soal pilih pemimpin. Tidak boleh dipandang remeh. Perlu difahami pemimpin dan pemerintah yang dipilih bakal mencorak masyarakat dan negara yang dipimpinnya.

Sekarang apa dah jadi dengan Malaysia ?

Kita semua ada mata, telinga dan akal. Lihat, dengar dan renungkanlah... Jangan sampai nanti kita diherdik oleh Allah di Padang Mahsyar kerana salah pilih pemimpin sewaktu di dunia.

Saya tak bercadang nak ulas lebih panjang lagi kerana banyak posting saya sebelum ini menyentuh tentang kesesatan UMNO.

Yang terbaru sekali pendedahan tentang semua mantan PM UMNO minum arak kecuali Pak Lah. Takkanlah tak boleh nilai siapa sebenarnya UMNO dan pimpinannya ?

Kehadiran PRK Hulu Selangor sebenarnya membuka pekong busuk UMNO itu sendiri. Sekarang terdedah segalanya bahawa ARAK, JUDI, BETINA dan RASUAH adalah 'halal' di sisi UMNO. Sebab itulah kebanyakan pimpinan UMNO terlibat hal sedemikian.

Ingatlah... jika kita terus sokong UMNO sampai mati, confirm masuk Neraka. Tak kiralah sapa kita. Orang besar ka, orang biasa ka, kaya atau miskin, pangkat besar atau rendah, bos atau kuli ka...

Ikuti Firman Allah dan Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68.

Jazakallah.

Friday, February 19, 2010

Islam atau Kafir ?

Secara umumnya manusia hanya terbahagi kepada 2 golongan saja. Yaitu Islam dan kafir.

Perlu difahami setiap bayi yang baru dilahirkan ke dunia adalah dalam keadaan fitrah semulajadinya yaitu Islam. Tak kiralah samada ibu yang melahirkannya itu Islam atau kafir. Sebab itulah termaktub dalam Al-Qur'an bahawa ibu-bapa yang bertanggungjawab mencorak anak mereka samada menjadi Islam, Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Islam itu pada asasnya bermaksud sejahtera. Dan umat Islam itu pula terpecah kepada beberapa golongan. Yang beriman, fasik, munafiq (kafir) atau zalim. Di atas rahmat dan kasih-sayang Allah terhadap hamba-Nya, maka diutuskanlah para Rasul dan Nabi untuk memimpin umat manusia agar kembali kepada fitrah semulajadinya (Islam). Sebab sewaktu di alam roh lagi, Allah S.W.T. telah bertanya pada sekelian roh "Siapakah Aku ? Sekelian roh menjawab "Engkaulah Tuhan kami dan kepada Engkaulah saja kami mengabdikan diri".

Sumpah setia sekelian roh ini membuktikan mereka hanya memperakui 'Tiada Tuhan Melainkan Allah'.

Ringkasnya, setiap diri manusia ini terbahagi kepada 2 tubuh. Roh dan jasad. Tubuh roh dikenali sebagai Insan manakala tubuh jasad dipanggil manusia. Bersama tubuh jasad ini disertakan sekali akal dan nafsu. Tanpa nafsu, hidup manusia itu tidak sempurna. Di samping nafsu, setiap diri manusia itu ada syaitan yang sentiasa mendampinginya. Dan syaitan inilah akan menggoda pasangannya tanpa rehat sejak lahir sehinggalah ke saat ajalnya. Semuanya ini adalah ujian untuk manusia.

Sabda Rasulullah yang bermaksud : "Setiap manusia ada syaitan yang mengikutinya. Hatta diriku sendiri tetapi Allah melindungi aku dari segala tipu-dayanya."

Allah SWT tidak membiarkan manusia itu bersendirian menghadapi godaan dan tipu-daya syaitan. Diutuskan para Rasul dan Nabi untuk memimpin umat manusia agar jangan mengikut jejak langkah syaitan.

Begitu juga dengan kita sebagai umat Muhammad yang diakui oleh Allah sebagai umat yang terbaik. Walaupun Rasulullah telah wafat sejak 1430 tahun lalu namun Baginda telah meninggalkan 2 perkara kepada umatnya yaitu Al-Qur'an dan Sunnah. 2 sumber rujukan inilah yang wajib dipegang dan diamalkan oleh seluruh umatnya agar sentiasa berada di jalan yang lurus dan diredhai Allah. Yaitu Islam sebagai way of life.

Sebab itulah umat Islam diwajibkan menuntut ilmu Islam ini sehingga ke akhir hayat agar dengan ilmu itu dapat dijadikan panduan hidup dalam menghadapi pelbagai cubaan, dugaan dan godaan dunia yang mencabar ini. Dan musuh utama bagi manusia adalah syaitan dan manusia itu sendiri. Imam Al-Ghazali Rahimahullah ada menyebut "Beramal tanpa ilmu boleh jadi sesat manakala berilmu tanpa amal boleh jadi fasiq."

Ringkasnya, Islam telah disempurnakan oleh Allah di tangan Baginda Rasulullah S.A.W. sejurus turunnya ayat terakhir Al-Qur'an, Surah Al-Maidah (5) : ayat 3 ;

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِذَ‌ٰلِكُمْ فِسْقٌالْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِالْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًافَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍفَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dan Al-Qur'an ini merupakan mukjizat teragung yang dikurniakan oleh Allah kepada Rasulullah S.A.W. Sesungguhnya Allah sendiri telah bersumpah akan memelihara seluruh isi kandungan Kitab-Nya ini sehingga hari Akhirat. Setelah Allah sempurnakan Al-Qur'an ini, maka dengan sendirinya terbatal Kitab Injil, Taurat dan Zabur.

Bagaimana Negara Umat Islam ?

Malang sekali hari ini majoriti negara umat Islam di seluruh dunia diperintah oleh golongan pemimpin yang tidak beriman. Mereka hanya beriman dengan sebahagian Al-Qur'an dan kufur sebahagiannya lagi. Hanya ikut mana yang bersesuaian dengan kehendak hawa nafsu dan menguntungkan mereka. Contohnya dalam bab zakat. Kutipan zakat dilaksanakan kerana masuk. Seluruh jenis kutipan zakat dilaksanakan. Takde satu pun yang tinggal. Macam-macam iklan dan billboard dipasang di seluruh pelusuk negara bagi mengingatkan rakyat tentang kewajipan menunaikan zakat.

Tapi dalam hal kewajipan menegakkan Daulah Islamiyyah (Pemerintahan Islam) dan perlaksanaan hukum Hudud, Qisash dan Takzir, mereka dengan bangga menolaknya dengan pelabagai jenis alasan bodoh dan dangkal. Manakala perintah pengharaman judi, arak dan riba', mereka tolak mentah-mentah. Sesungguhnya memang sesat dan celaka para pemimpin UMNO yang sedang bermaharajalela ketika ini.

Tanggungjawab Umat Islam Pada Negara ?

Tiada jalan lain untuk selamat melainkan wajib kita meninggalkan toghut (kegelapan kekufuran) dan berhijrah kepada cahaya kebenaran (Islam). Kita wajib beriman dengan seluruh isi kandungan Al-Qur'an dan Hadis (Sunnah). Sebab itulah Rasulullah berpesan barangsiapa yang berpegang teguh dengan Al-Qur'an dan Sunnah, maka mereka tidak akan sesat selama-lamanya.

Ramai di kalangan kita yang tidak sedar betapa peri pentingnya dalam soal pilih pemimpin. Ini terbukti setelah kewafatan Rasulullah, perkara pertama yang dilakukan oleh para sahabat adalah memilih Khalifah pertama Islam. Setelah Saiyidina Abu Bakar dipilih, maka barulah diuruskan jenazah insan yang teragung di alam maya ini.

Yang menghairankan, kenapa kita yang mengaku Islam boleh jadi begitu bodoh dan percaya dengan sistem pemerintahan sekular kafir Kristian yang menjadi pegangan dan amalan pemimpin UMNO selama ini. Di mana duduknya Iman dan Islam kita ?

Sekarang kita dah tahu "Jalan mudah menjadi kafir apabila memisahkan agama dan politik"

Maksudnya orang yang melaksanakan pemerintahan sekular ini adalah kafir laknatullah walaupun pada zahirnya mereka Islam. Manakala di pihak umat Islam yang mengundi dan menyokong pemerintah sebegini, mereka juga termasuk dalam golongan mereka. Barangsiapa yang redha dengan kekufuran, maka kufurlah orang itu.

Takkanlah bodoh sangat sehingga langsung tak boleh nampak apa kaitannya dengan setiap undi dalam pilihanraya. Undi yang diberi oleh rakyat membolehkan sesebuah kerajaan ditubuhkan. Jika rakyat memilih parti yang sesat, maka negara akan diperintah dengan sistem pemerintahan sekular yang sesat ini. Tapi jika rakyat memilih Parti Islam, maka akan tertegaklah Daulah Islamiyyah dalam negara kita.

Pilihan Di Tangan Anda !

Islam atau kafir ....

Kalau pilih Islam, selamatlah kita. Jika tolak Islam, maka faham-faham sajalah...

Salam Juma'at.

Friday, January 29, 2010

Al Baqarah 101 - 147 : Kedegilan Yahudi dan Nasrani

HARI ini tak kira di dada akhbar ke, berita tv atau radio, weblog pro kerajaan maupun Pakatan Rakyat, semuanya sibuk menyiarkan berita tentang isu kalimah Allah, isu bakar gereja, isu MP Pakatan Rakyat 'bertempur', isu bakar surau, isu kepala babi di mesjid dan pelbagai lagi ulasan para pemimpin parti politik dalam negara. Juga peningkatan mendadak para pelayar internet terhadap weblog yang popular ekoran beberapa isu nasional yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Sebagai umat Islam, kita seharusnya bijak membuat penilaian sendiri terhadap apa jua isu yang sedang melanda negara pada ketika ini. Tak kiralah sapa diri kita. Samada golongan profesional, teknokrat, korporat, politikus, pendidik, peniaga, perkerja kilang, buruh, petani atau apa saja, kita sepatutnya bijak dalam mengenalpasti segala punca permasalahan ini.

Sebagai umat yang terbaik, kita ada Al-Qur'an dan Sunnah sebagai sumber rujukan terbaik. Tapi malangnya kita tidak pernah jadikan 2 sumber utama ini sebagai panduan dalam kehidupan kita. Kita lebih banyak bergantung kepada akal fikiran sendiri yang telah sekian lama dirosakkan oleh sistem pendidikan negara yang berkiblatkan orientalis barat sejak merdeka.

Hasilnya, kita menjadi orang yang keliru dan teraba-raba di dalam kegelapan kejahilan ekoran kelumpuhan minda dan kematian jiwa nurani sehingga tak mampu nak bezakan yang mana intan dan kaca. Hati jadi buta. Akhirnya, diri kita dijadikan 'bola' oleh si iblis dan syaitan. Kedua musuh ini memperelokkan pandangan mata kasar dan hati kita terhadap perkara yang bathil nampak betul, manakala yang haq dirasa menyusahkan.

Kita perlu ingat segala paksi kejahatan dalam dunia ini berpunca dari perancangan jahat dan dendam kesumat golongan Yahudi dan Nasrani dari dulu sehinggalah dunia Qiamat.

Dan begitulah juga apa yang berlaku dalam negara kita mutakhir ini. Ini merupakan bala' daripada Allah SWT ekoran kedegilan kita umat Islam yang tidak mahu menegakkan Daulah Islamiyyah dalam negara. Kita lebih percaya dengan cakap-cakap pemimpin yang berkiblatkan ideologi Yahudi dan Nasrani ini.

Mari kita sama-sama baca terjemahan maksud Surah Al-Baqarah (2) : ayat 101 - 147 ini. Allah menjelaskan dalam ayat ini tentang kedegilan 2 golongan yang memusuhi Islam.

(101) Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya).

(102) Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

(103) Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertakwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.

(104) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "Raaina", (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "Unzurna" dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya) dan (ingatlah bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(105) Orang-orang kafir dari Ahli kitab dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar.

(106) Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan) atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?

(107) Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.

(108) Adakah kamu pula hendak meminta dari Rasul kamu sebagaimana diminta dari Nabi Musa (oleh kaumnya) dahulu? Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya dia telah sesat dari jalan yang lurus.

(109) Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(110) Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.

(111) Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar.

(112) (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya, maka dia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

(113) Dan orang-orang Yahudi berkata: Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar) dan orang-orang Nasrani pula berkata: Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar); padahal mereka membaca Kitab Suci masing-masing (Taurat dan Injil). Demikian juga orang-orang (musyrik dari kaum Jahiliah) yang tidak berilmu pengetahuan, mengatakan seperti yang dikatakan oleh mereka itu. Maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.

(114) Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.

(115) Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.

(116) Dan mereka (orang-orang musyrik) berkata: Allah mempunyai anak. Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu), bahkan Dialah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi, semuanya itu tunduk di bawah kekuasaanNya.

(117) Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.

(118) Dan (orang-orang musyrik) yang tidak berilmu pengetahuan, berkata: Alangkah eloknya kalau Allah berkata-kata dengan kami (mengenai kebenaran Muhammad) atau datang kepada kami sesuatu keterangan (mukjizat)? Demikian pula orang-orang (kafir) yang terdahulu dari mereka pernah berkata seperti yang dikatakan oleh mereka; hati mereka (sekaliannya) adalah bersamaan (degil dan kufur). Sesungguhnya Kami telah pun menerangkan ayat-ayat keterangan (yang menjadi dalil dan bukti) kepada kaum yang mahu percaya dengan yakin.

(119) Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli Neraka.

(120) Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

(121) Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

(122) Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya).

(123) Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara).

(124) Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimat (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: (Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan). Allah berfirman: (Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.

(125) Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjidilharam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya) dan orang-orang yang rukuk dan sujud.

(126) Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka. Allah berfirman: (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga dia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab Neraka dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali.

(127) Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;

(128) Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

(129) Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(130) Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini dan sesungguhnya dia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).

(131) (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)! Nabi Ibrahim menjawab: Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(132) Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.

(133) (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika dia berkata kepada anak-anaknya: Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati? Mereka menjawab: Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan Yang Maha Esa dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman).

(134) Mereka itu adalah satu umat yang telah berlalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan.

(135) Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk. Katakanlah (wahai Muhammad: Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid dan bukanlah dia dari orang-orang musyrik.

(136) Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran) dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil) dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu -Yahudi dan Nasrani- membeza-bezakannya) dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata.

(137) Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu). Oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(138) (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat.

(139) Katakanlah (wahai Muhammad): Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya? Padahal Dialah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan) dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya;

(140) Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub berserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telahpun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)? Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.

(141) Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka telah lakukan.

(142) Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Timur dan barat adalah kepunyaan Allah (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.

(143) Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayat dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

(144) Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.

(145) Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim.

146) Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).

(147) Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger