Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Sunday, March 1, 2015

Kenapa Hj Hadi Harus Berundur?

Tentu ramai ahli PAS tak bersetuju dgn penulis bila tajuknya "BERUNDUR" namun itulah yang tepat bagi merungkai kemelut yang berlaku dalam PAS. Bukan sekarang tapi sejak PRU12 lagi. Ibarat buah yang kelihatan elok di luar tapi buruk isinya. Itulah PAS sekarang. Walau berat untuk didedahkan namun untuk mengelak PAS semakin busuk, berikut beberapa maklumat yang penulis perolehi dari sumber sahih.

~ Almarhum TGNA sokong DSAI dalam isu 16  September tetapi Hj Hadi tidak setuju. Berlaku perbalahan antara TGNA dengan Hj Hadi. Mengapa Hj Hadi tidak wala' kepada Mursyidul Am?. Surat terbuka Almarhum TGNA kepada  Harakah yang menyokong 16 Sept tidak disiarkan oleh Harakah. Arahan siapa?. Haji Hadi atau Mustafa Ali?.

~ Hj Hadi hendak PAS Perak bentuk Kerajaan Perpaduan dengan UMNO di Perak selepas PRU12 2008.

~ Hj Hadi adakan rundingan dengan Pak Lah untuk bentuk kerajaan UG.

~ Isu PM, dalam mesyuarat PR PAS setuju DS Anwar jadi PM tetapi dalam mesyuarat PAS Pusat Mac 2013 tolak DS Anwar jadi PM dan hantar wakil memujuk Ku Li untuk jadi PM.

~ Bertembung di DUN Kota Damansara dan 3 DUN di Terengganu PRU13. Dalam mesyuarat PR telah dipersetujui PKR bertanding, tetapi hari penamaan calon Haji Hadi bagi watikah khas  kepada calon PAS.

~ Hj Hadi gagal selesaikan masalah PAS  Kedah sehingga PAS tumbang di Kedah dalam PRU13 walau pun telah ada usul daripada Dewan Ulama PAS Kedah supaya tukar MB sebelum PRU13.

~ Isu MB Selangor dalam mesyuarat 17 Ogos sudah setuju Wan Azizah dan  Azmin sebagai calon MB dan telah bersetuju tidak menuntut MB Selangor tetapi selepas itu Haji Hadi hendak PAS jadi MB Selangor. Dr M kata BN  tidak pernah hantar nama lebih daripada seorang samada calon MB atau PM sewaktu zamannya dan kaedah itu kekal hingga sekarang. Apa yang Hj Hadi hendak di Selangor? Hj Hadi hantar 3 nama semuanya ADUN PAS, tetapi dalam ucapan penggulungan cakap PAS tak kemaruk nak jadi MB Selangor, cakap lain dan tindakan lain.

~ Dalam mesyuarat PR, PAS hendak kekal dalam PR dan dalam muktamar PAS juga telah dipersetujui perkukuhkan PR, tetapi dalam mesyuarat JK PAS Pusat  25 Ogos Haji Hadi hendak bersama UMNO (rujuk mesyuarat 25 Ogos 2014).

~ Mesyuarat Majlis Syura Ulama selepas 25 Ogos tidak cukup korum dan notis jemputan mesyuarat juga tidak cukup 14 hari. Hj Hadi bercakap mengenai perlembagaan PAS tetapi Hj Hadi sendiri pijak Perlembagaan PAS.

~ Hj Hadi tak bersetuju dengan cadangan supaya YB Dr Syed Azman dipilih sebagai MB Terengganu ketika krisis MB di Terengganu  (seolah-olah Haji Hadi mahu UMNO BN kekal memerintah Terengganu).

~ Pilihanraya semula di Perak selepas rampasan kuasa oleh UMNO BN tidak dipersetujui oleh Hj Hadi dengan alasan takut DAP akan jadi MB  (nampak sangat fikrah Haji Hadi dah sama dengan fikrah UMNO).

~ Malam PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 dalam mesyuarat Lajnah politik PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Perak Air Kuning,Taiping Haji Hadi membangkitkan bahawa Najib Tun Razak ada hubunginya membincangkan  kerajaan perpaduan, tetapi Almarhum Tuan Guru Harun Taib telah membantah  usul tersebut dan mohon presiden fokus kepada PRK Bukit Gantang.

~ Berita Awani 13.2.2015 perbualan melalui telefon dengan Ust Nasha. Dia mengesahkan telah ada perbincangan mengenai Kerajaan  Perpaduan dengan UMNO oleh Majlis Syura PAS Pusat sejak 2008 lagi, tetapi tanpa pengetahuan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.

~ Sebelum PRU13 telah dibuat perjanjian bertulis ditandatangani oleh Haji Hadi selaku  Presiden PAS dan Almarhum Ust Azizan Razak. Ustaz Azizan tidak akan dicalunkan  bertanding PRU13, tetapi Haji Hadi langgar perjanjian yang dia sendiri tandatangan.

~ Hj Hadi sokong persempadanan semula  kawasan pilihanraya yang akan memberikan kemenangan kepada UMNO BN.

~ Pendaftaran PR gagal kerana Haji Hadi seolah-olah tidak mahu PR didaftarkan.

~ Hj Hadi arahkan Ust Mat Yaakub angkat sumpah jadi MB Kelantan walau pun Almarhum TGNA belum buat apa2 keputusan. Angkat sumpah dilakukan secara tergesa-gesa.

~ Almarhum Ustaz Yahya Othman (ketika hidup) bertanya kepada seorang  sahabat "Apa dah jadi kepada Hj Hadi dan Mustafa Ali?". Almarhum meninggal dunia agak lama juga, maknanya dah lama Haji Hadi dan  Mustafa Ali meragam.

Renungkanlah fakta tadi...

Wednesday, February 15, 2012

Lagenda bolasepak negara masuk PAS

Syukur Alhamdulillah kerana perjuangan PAS selama ini semakin diterima oleh seluruh lapisan masyarakat di semua peringkat. Sebelum ini orang seperti Bob Lokman, Syam Kamikaze, Pak Long dan lainnya telah melakukan hijrah untuk bersama dengan kepimpinan Ulama'. Semalam, seorang lagi individu terkenal di era 80an turut mengorak langkah yang sama. Beliau adalah Abdullah Ali, bekas pemain bolasepak negara yang seangkatan dengan Mokhtar Dahari, Santokh Sigh dan Soo Chin Aun.

Penyertaan lagenda bola sepak negara, Abdullah Ali ke dalam PAS merupakan satu tempelak kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Ini ekoran menteri besar itu ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal minggu lepas, dilaporkan menuduh perjuangan PAS kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan parti itu ‘parti ajaran sesat’.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid berkata, sikap terbuka Abdullah yang juga rakyat negeri itu menyertai PAS bukan sahaja membuka mata banyak pihak tetapi sekaligus memberi tamparan kepada Ahmad yang membuat tuduhan jahat itu.

Katanya, bagi mereka yang berfikiran waras, tuduhan Ahmad yang juga pengerusi Umno negeri itu amat dangkal dan tidak selayaknya dikeluarkan oleh seorang yang menjadi ketua kerajaan negeri.

Apa yang pasti, katanya, kemasukan Abdullah ke dalam PAS merupakan tempelak terhadap tuduhan celupar Ahmad Said kepada PAS yang tidak masuk akal.

Abdullah, 57, menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada majlis ringkas yang diadakan di JKR 10, Kota Bharu, semalam.

Anak kelahiran Bukit Payong itu mengisytiharkan secara rasmi untuk menyertai PAS memandangkan parti itu satu-satunya yang memperjuangkan Islam.

Abdullah yang juga bekas Pengurus Petronas (Dagangan), berkata dengan rasuah, ketidakdilan yang berlaku dan kerajaan yang dipimpin Umno dan BN tidak ada sebab untuknya menyertai parti itu.

“Saya yakin dengan perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam, dengan dasar perjuangannya, dengan model yang ditonjolkan oleh pemimpinnya membuatkan saya yakin inilah parti yang wajar diberi sokongan,” ujarnya.

“Kenyataan Abdullah itu jelas menerima PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam,” kata Muhyiddin ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau adalah antara kepimpinan PAS Terengganu yang turut hadir pada majlis itu selain timbalan pesuruhjaya 3, Dr Alias Razak, bendahari dan ketua penerangan, M Shukrimun Shamsudin dan Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Abdullah yang dianggap pakar tendangan sudut melengkung (inswinger) adalah antara penyerang pasukan negara pada Sukan Olimpik Munich, Jerman Barat pada 1972.

Dalam perlawanan pembukaan yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen hitam putih ketika itu, Malaysia berjaya mengikat Jerman Barat 0-0 selama 60 minit sebelum bolos 0-3.

Selain Abdullah, tonggak serangan pasukan negara dibarisi oleh Shaharuddin Abdullah dan Salleh Ibrahim. Pemain lain ialah Wong Kam Fook (penjaga gol), Namat Abdullah, Shukur Abdullah, dan Soh Chin Aun.

Jerman Barat diketuai oleh Uli Honess, seorang pemain profesional. - harakahdaily

Tuesday, January 17, 2012

Kalau ikhlas, dia tak buat macam ni

Masuk PAS selepas Anwar dipecat daripada jawatan TPM dan TImbalan Presiden UMNO pada 1998. Bertanding buat kali pertama di Parlimen Parit Buntar dan DUN Sungai Burung mewakili PAS dalam PRU10 1999 dan menang. Dalam parti, dia pernah memegang jawatan Naib Presiden. Ironisnya, kini dia telah dipecat daripada parti kerana terlampau nak tunjuk pandai dan egois.

Sebelum parti mengambil keputusan memecatnya, Mursyidul Am TGNA sendiri secara berhemah umpama seorang ayah memuji sikap dia yang sanggup mengakui kesilapan sendiri dan telah memohon maaf dalam satu pertemuan mahabbah di Kota Bharu.

Namun madu dibalas dengan tuba. Niat mulia TGNA untuk memulihkan imej dia telah dibalas secara biadap melalui satu kenyataan media pada keesokan harinya. Dengan angkuh dia menafikan permohonan maaf itu.

Orang itu ialah Dato' Hasan Ali. Bekas Exco Negeri Selangor.

Benarkah dia ikhlas menyertai PAS? Soal ikhlas ni takde sapa yang tahu namun jika dinilai dari sudut tindak-tanduk dan sikapnya, rasanya rakyat pun boleh nilai sendiri akan keikhlasannya.

Hari ini dia buat kenyataan akan mendedahkan para parasit yang ada dalam PAS dalam siri road-shownya ke seluruh negara.

Soalnya, kalau benar dia sayangkan PAS dan ikhlas dalam perjuangannya, nape tak guna saluran parti untuk menyelesaikan masalah parasit yang didakwa wujud. Bukankah dia sendiri merupakan AJK Kerja PAS Pusat sebelum dipecat.

Bukankah pendedahan melalui road-show itu merupakan satu tindakan 'politik dendam' dan betujuan peribadi? Juga membuka ruang untuk musuh melakukan serangan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Hasan Ali harus sedar, PAS merupakan sebuah jamaah yang telah teruji sejak penubuhannya pada 1951. Walau pelbagai tekanan, halangan, fitnah dan trbulasi yang dihadapinya, namun PAS terus mengorak langkah dan semakin kukuh dalam persada politik tanahair. Soal pimpinan atau ahli yang keluar PAS, itu perkara biasa. Ada berlaku tapi tak ramai.

Apa yang penulis tahu, si Hasan Ali ni kepingin sangat nak jadi MB dulu setelah PR menang di Selangor. Khabarnya, semasa mengadap Sultan Selangor sebelum perlantikan MB, Sultan Sharifudin mengakui lebih suka kalau dia dipilih. Mungkin itulah yang membuatkan dia semakin obses dengan jawatan MB.

Iyalah... sapa yang tak nak jadi MB. Penulis pun mahu ohhhh. Tapi biarlah kita jadi orang yang realistik. Bukannya dia tak tahu yang majoriti kerusi DUN Selangor dikuasai oleh PKR berbanding PAS dan DAP. So, mestilah wakil dari PKR yang dipilih sebagai MB. Dan orang itu ialah Tan Sri Khalid Ibrahim yang sememangnya paling layak untuk jawatan itu berdasarkan pengalamannya berpuluh tahun mengetuai gergasi korporat.

Mungkin ada satu hal yang Hasan Ali lupa agaknya. Yaitu orang yang tak ikhlas dalam PAS, pasti akan keluar parti juga akhirnya. Ianya adalah Sunnatullah.

Wallahu'alam

Sunday, January 8, 2012

Hasan Ali dipecat

Setelah beberapa bulan menimbulkan kontroversi dengan sikap 'besar kepala' dan 'kepala batu' serta merasa diri terlampau pandai. akhirnya tamatlah riwayat Hasan Ali dalam PAS apabila dipecat daripada parti itu hari ini.

PAS membuat keputusan memecat pemimpin kontroversinya Datuk Hasan Mohd Ali sebagai anggota parti itu berkuatkuasa serta merta.

Keputusan terhadap exco kerajaan Selangor itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS," kata Abdul Hadi.

Pengumuman itu juga disiarkan di tvpas.com.

Pemimpin kontroversi itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang.

Antaranya mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang dterajui PAS.

Hasan sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Terbaru, Hasan mempersoalkan kewajaran ahli dan penyokong PAS yang diminta hadir pada perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari (esok) yang telah dipersetujui oleh Abdul Hadi dan timbalannya, Mohamad Sabu.

Beliau juga mencadangkan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai perdana menteri jika ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya.

Usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi Hasan yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam kerajaan negeri Selangor. setakat ini belum berhasil. - malaysiakini

Thursday, December 22, 2011

Haaaa kami tau apa kamu buat....

Orang tetua kata, sarang tebuan jangan dijolok. Maut padahnya... Tapi dua orang ni degil. Masih juga nak tegakkan kayu yang bengkok. Cakap itu dan ini. Cabar pihak tertentu buktikan yang mereka dah masuk perangkap musuh dan apa-apa lagilah. Nah... hari ni cabaran mereka berdua disahut dengan pendedahan yang menggempakan. Aduh... kena selepuk kat muka.

Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali berkata dakwaannya bahawa Datuk Dr Hasan Ali telah terjatuh ke dalam perangkap Umno, disokong oleh "satu mesyuarat" pada bulan puasa Ogos.

Katanya, beliau ingin bertanya kepada Hasan, apa yang beliau buat selepas solat terawih di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur, yang turut dihadiri bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan tiga orang lagi.

"Saya mahu tahu apa yang telah dibincangkan? Projek ekonomi atau projek politik," soal Mustafa.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai mesyuarat tersebut walaupun berulang kali ditanya oleh pemberita.

Sebaliknya Mustafa secara berseloroh berkata beliau bersedia tarik ballik soalan mengenai perkara itu jika "ia akan menyebabkan lebih banyak masalah".

Ini, katanya, adalah untuk menjawab tuntutan Hasan supaya Mustafa membuktikan bahawa yang mereka kedua (Hasan dan Nasharuddin) telah jatuh ke dalam perangkap Umno kerana terus menerus menyerang parti Islam itu. - malaysiakini

Wednesday, December 21, 2011

Nasha setia, Hasan nak perang

Hari ini Nasha tampil dan mengakui tetap setia bersama PAS manakala Hasan Ali terus muncul dalam berita TV3 semalam dengan menyatakan pendiriannya. Antara kenyataan yang dibuatnya lebih kurang beginilah "Kalau UMNO mahu mempertahankan Islam, Melayu dan Raja, takkanlah saya nak halang hasrat mereka. Tak objektiflah Hasan Ali..."

Nasha ikrar setia kepada PAS

Bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang menerima asakan demi asakan berhubung kesetiaannya dalam parti, hari ini membuka mulut dan menyatakan beliau "tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno."

Katanya, dakwaan bahawa beliau terperangkap dalam agenda Umno, "terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas."

"Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah ahli PAS dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam, menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan," katanya.

Bercakap dalam satu kenyataan hari ini, Nasharudin juga berkata beliau belum pernah mengungkapkan untuk menyertai Umno sepanjang pembabitan beliau dalam parti itu.

"Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar," katanya lagi.

Beliau yang popular dengan nama jolokan Nasha di kalangan peminatnya, juga tampil membuat penjelasan ringkas hari ini untuk menjawab "tohmahan" di media dan laman sosial.

Dakwaan bahawa beliau terperangkap dalam agenda Umno disuarakan setiausaha agung parti, Datuk Mustafa Ali yang turut menyelar bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Mustafa juga menganggap Nasharudin dan Hasan kecewa kerana tidak dapat mempertahankan kedudukan masing-masing sebagai timbalan presiden dan pesuruhjaya Selangor.

Hasan isytihar perang terhadap PAS - Mahfuz

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menganggap tindakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mempersoalkan konsep negara kebajikan anjuran parti itu seperti mengisytiharkan perang terhadap parti Islam itu.

Mahfuz berkata, konsep negara kebajikan telah dipersetujui dalam muktamar tahunan parti itu dan oleh itu, ia tidak harus dipersoalkan sekarang.

katanya, jika Hasan mempersoalkan konsep itu sekarang, ia nampak seperti exco kerajaan Selangor itu mengisytiharkan perang terhadap PAS kerana adalah tidak wajar untuk mempersoalkan keputusan yang dibuat dalam muktamar.

Mahfuz bertanya sama ada apa yang PAS lakukan salah kerana Islam juga menganjurkan konsep negara kebajikan.

Mahfuz, bagaimanapun, tidak menggesa Hasan meninggalkan parti itu, tetapi berkata beliau (Hasan) boleh menentukan sendiri masa depannya dalam PAS.

Maka, katanya, adalah tidak perlu untuk beliau memberi apa-apa nasihat kerana Hasan yang merupakan seorang penceramah motivasi terkenal.

Tetapi, tambahnya, jika beliau dalam kedudukan Hasan, "saya akan angkat kaki".

- malaysiakini

Thursday, December 15, 2011

Hasan Nasa masuk perangkap UMNO

Akhirnya SU Agong PAS sendiri mengakui tindak-tanduk Hasan Ali dan Nasharudin dalam sehari dua ini menunjukkan dua orang pimpinan PAS itu telah berjaya masuk ke dalam perangkap yang dipasang oleh UMNO. Sayugia diingat mereka berdua ini pernah didedahkan oleh Tulang Besi (Malaysiawaves) sebagai individu yang beriya-iya sangat untuk menjayakan agenda Kerajaan Perpaduang.

Dalam satu sidang media di Pejabat Agong hari ini, Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu iaitu Datuk Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Kenyataan Mustafa dipercayai mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin PAS itu sebagaimana yang disiarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia dan Berita Harian sehari dua ini.

Kedua-duanya seolah-olah menyerang PAS dan menjadi alat kepada media Umno itu untuk melemahkan PAS dari dalam.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin yang pernah memegang jawatan Timbalan Presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama Harakah dan Harakahdaily hari ini.

Mustafa mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib mengeluarkan kenyataan bahawa Hasan tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Rentetan itu, Hasan membuat kenyataan bahawa beliau terus bekerjasama dengan Pas dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada PAS jika menghadapi masalah dalaman parti.

Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

Mustafa berkata, kenyataan Hassan turut menggambarkan dia seolah-olah mempersoal perjuangan PAS selama ini dan terpengaruh dengan tuduhan Umno BN bahawa PAS diperalat DAP.

"Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai Timbalan Presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor," katanya.

Nasharudin dalam kenyataan baru-bari ini ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik PAS yang semakin pelik.

Mustafa dalam pada itu turut menegur kenyataan Saari Sungip yang dianggap mendahului parti sedangkan katanya urusan calon dalam pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura.

"Soal calon ini tak ada siapa boleh buat kenyataan kerana ianya ditentukan oleh Majlis Syura dan akan diumumkan oleh Presiden," katanya.

Walaubagaimana pun tegas Mustafa, kenyataan Hasan dan Nasharudin itu tidak menjejaskan parti dan sokongan ahli kerana ahli menyokong dasar Islam yang diperjuangkan PAS, bukan menyokong individu.

"Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu.

"PAS pernah kehilangan Presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar," katanya. - harakahdaily

Wednesday, December 14, 2011

Ehh betul ke laporan Harakah ni?

Selama ni akhbar Utusan Meloya dok hebah beratus-ratussss ahli PAS masuk UMNO. Cumanya setiap kali berita keluar, takde pulak gambo yang disiar sebagai bukti. Sekadar tulisan beritanya saja. Hari ni pulak lidah rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan 'Kecewa dengan BN, ahli UMNO Terengganu sertai PAS'. Ehhh mana yang betul ni. Setakat yang penulis tahu, Harakah memang cukup bertanggungjawab di atas segala berita yang disiarkan selaras dengan etika kewartawanan antarabangsa.

KUALA LUMPUR, 13 Dis: Umno di Terengganu diakui berada dalam keadaan semakin lemah sekarang oleh ahli-ahli parti itu sendiri, sehingga menyebabkan orang ramai semakin hilang keyakinan terhadap Umno BN untuk terus memerintah di negeri itu.

Realiti itu terserlah apabila ahli-ahli Umno di Terengganu kini semakin ramai yang mengambil keputusan keluar dari parti itu dan menyertai PAS, bagi bersama-sama merealisasikan harapan "PAS Ganti Umno" di negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, perbezaan sikap dan tindakan para pemimpin Umno BN dan PAS dapat dinilai sendiri oleh rakyat Terengganu hasil dari pemerintahan PAS di negeri itu pada tahun 1989 lalu, walaupun hanya untuk tempoh sepenggal.

Menurutnya, sepanjang PAS memerintah, seluruh rakyat Terengganu sendiri dapat merasakan betapa mudahnya urusan antara kerajaan dan rakyat dalam pelbagai perkara termasuk berkaitan pengurniaan tanah kepada rakyat.

Katanya, selain itu, rakyat Terengganu sendiri mengetahui sejak PAS memerintah tidak lagi dikenakan cukai pintu di kawasan-kawasan perbandaran, di samping tidak mengalami kesukaran dari segi karenah birokrasi.

"Sepanjang PAS memerintah, rakyat Terengganu juga tahu tidak terdapat penyelewengan dan salahguna kuasa dan rasuah di kalangan para pemimpin PAS sehingga tak ada seorang pun pemimpin PAS yang boleh diheret ke mahkamah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

9 Disember 2011 lalu, 80 orang ahli Umno dari cawangan Kampung Banggol Donas yang terletak dalam kawasan Dun Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus, Kuala Terengganu telah mengambil keputusan keluar dari parti itu dan menyerahkan borang keahlian PAS kepada Salahuddin.

40 orang daripada mereka terdiri daripada bekas Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno cawangan kampung tersebut, dengan diketuai bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus, Salleh Embong, sempena Majlis Ceramah Isu-Isu Semasa di Markaz PAS yang baru ditubuhkan di kawasan itu.

Penyerahan borang keahlian PAS daripada bekas Puteri diketuai oleh bekas Ketua Puteri Umno Cawangan Kampung itu, Rosni Hassan, 37, atas kerelaan mereka sendiri tanpa paksaaan mana-mana pihak.

Bercakap kepada media pada majlis itu, Salleh dan Rosni mengakui tindakan mereka keluar Umno dan menyertai PAS berpunca dari kehilangan keyakinan mereka sendiri dengan sikap para pemimpin Umno BN di Terengganu yang kini semakin mengabaikan tanggungjawabnya kepada orang ramai, melainkan hanya kepada kroni-kroni mereka sendiri dalam parti itu.

Mereka turut mengakui tindakan mereka itu pasti memberi tamparan hebat kepada Umno Dun Teluk Pasu khususnya dan Umno Kuala Nerus serta negeri amnya, lantaran kekecewaan ahli-ahli parti itu sendiri terhadap para pemimpin mereka.

Antara contoh yang diberikan oleh kedua-dua mereka berhubung perkara itu termasuklah hal-hal yang berkaitan projek pembinaan jalan yang melibatkan tanah serta rumah penduduk di kampung tersebut yang jelas terdapat unsur salahguna kuasa.

Hadir sama pada majlis bersejarah itu, Yang Dipertua (YDP) PAS Kuala Nerus, M Sukrimun Shamsuddin; Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Naib YDP Kuala Nerus, Ustaz Ismail Mamat; Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Ridzuan Hashim dan Setiausaha PAS Kuala Nerus, Zakaria Dagang.

Menurut Salahuddin, kemasukan 80 orang ahli Umno ke dalam PAS itu sememangnya mencipta sejarah yang amat membanggakan PAS, memandangkan sebelum ini amat jarang ahli-ahli parti itu di Terengganu menyertai PAS secara serentak sebanyak itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian yakin tindakan 80 bekas ahli Umno itu merupakan sebahagian dari lambang kebangkitan golongan muda untuk bersama-sama melakukan perubahan politik di negeri itu.

"Banyak faktor yang dilihat oleh ahli-ahli Umno sendiri dan genarasi muda sekarang yang mendorong mereka menyertai PAS. Antaranya termasuklah perpaduan utuh di kalangan para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri berbanding Umno BN, sehingga tidak berlaku kem-kem dalam PAS.

"Keadaan itu berbeza dengan Umno khususnya di Terengganu sehingga berlakunya kem Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Idris Jusoh ekoran perebutan jawatan dan kuasa, sehingga akhirnya rakyat sendiri yang mengakui mereka terabai," katanya.

Beliau berharap agar penyertaan 80 orang bekas ahli Umno itu ke dalam PAS akan dijadikan titik renungan oleh ahli-ahli Umno BN lain di Terengganu untuk bersama-sama berhijrah ke dalam PAS.

Tindakan itu, tegasnya, amat penting untuk membolehkan PAS merampas Terengganu dari Umno BN pada PRU Ke-13 akan datang, bagi membolehkan PAS melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik terhadap rakyat seperti yang diharapkan oleh orang ramai sendiri. - harakahdaily

Wednesday, November 23, 2011

Bekas OCPD sertai PAS

Bila penulis terbaca tajuk utama "Bekas OCPD sertai PAS" dalam Harakah edisi 1693, serta-merta teringat pada bekas OCPD Batu Pahat, Tuan Hj Latifi sebab penulis pernah dipanggil olehnya atas urusan permohonan permit ceramah Mat Sabu di Batu Pahat sekitar tahun 2005. Malah beliau sendiri kerap datang makan roti canai dan kaki ayam di kedai makan ahli PAS di Rengit. Kalau penulis nampak kelibatnya di kedai sahabat tu, pasti penulis pergi menemuinya untuk bersalam dan bertanya khabar. Soalan pertama yang ditanya pada penulis ialah "Bila lagi kau nak buat ceramah. Kalau nak buat, mohon permit dulu. Jangan risaulah, aku akan luluskan."

Sikap profesional beliau sebagai OCPD pernah mendapat pujian Almarhum Ustaz Fadhil Noor di Parlimen semasa Almarhum sebagai Ketua Pembangkang.

Jadinya, bila terbaca tajuk utama Harakah tadi, penulis ingatkan bekas OCPD Batu Pahat yang masuk PAS, rupanya bekas OCPD Daerah Slim River, Abdullah Omar. Mudah-mudahan Tuan Hj Latifi akan mengikuti langkah rakan sejawatannya itu.

Dalam satu program Liqa' Fikri PAS Perak di Air Kuning pada 18 November lalu, bekas OCPD Slim River itu telah mengisytiharkan diri menyertai PAS.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau mahu berjuang bersama PAS untuk menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah yang sudah menjadi barah dalam pentadbiran kerajaan BN.

Nampaknya kempen BN untuk mencemar imej PAS di kalangan anggota Polis dan tentera tidak berhasil apabila seorang demi seorang anggota pasukan keselamatan negara mengorak langkah melakukan hijrah menyertai PAS. Sebelum ini, seorang bekas pegawai tinggi TLDM berpangkat Laksamana telah menyertai PAS.

Wednesday, June 22, 2011

Sengal punya Naib Ketua DPPP

Awal-awal lagi penulis kecewa bila tengok line-up exco Pemuda PAS Pusat sessi 2011/2013. Lagi haru bila ada '3 Kepala Hapraq' dalamnya. Belum pun sampai sebulan Muktamar berlalu, dah nampak kedangkalan kenyataan yang dibuat. Kalau ya pun ghairah nak buat press conference, janganlah keluarkan kenyataan bodoh macam budak-budak. Yang dok terikut rentak Pemuda UMNO tu apa hal.

Banyak lagi isu besar yang melibatkan negara dan rakyat. Ini tak, soal ADUN DAP Sarawak tak bersongkok pulak yang dijadikan isu. Benarlah telahan penulis. inilah line-up barisan exco hampeh.

Kamu tu pimpinan pemuda peringkat nasional. Bukan AJK Cawangan atau Kawasan. Lain kali belajar daripada 'orang tua' macam si Mazlan Aliman yang istiqamah perjuangkan nasib peneroka Felda sejak 15 tahun lagi. Sekarang ini bekas Ketua Pemuda PAS Johor itu telah berjaya menjana gelombang besar melalaui Anak hingga Najib kepanasan di Putrajaya.

Secara tak langsung hasil usaha gigih Mazlan bersama beberapa sahabatnya di peringkat awal dulu hingga lahirnya Anak dengan barisan petugas tetapnya, telah melonjakkan nama PAS di persada politik tanahair.

Seharusnya Pemuda Pusat fokus kepada isu besar negara dan rakyat. Malangnya apa yang berlaku pemuda telah 'ditipu' dan terikut-ikut rentak musuh yang sengaja mencipta isu bagi mengalihkan tumpuan rakyat.

Dan perlu diakui tindakan UMNO BN mencipta fitnah terhadap Anwar telah berjaya mengalihkan tumpuan rakyat terhadap isu sebenar seperti kenaikan harga minyak, isu pembunuhan Altantuya dan skandal pembelian Scorpene, isu belanjawan defisit 13 tahun berturut-turut, isu hutang negara berjumlah hampir RM500 bilion, isu subsidi kepada syarikat IPP (Independent Power Plant) kroni dan banyak lagi isu yang perlu diberikan fokus daripada buat kenyataan bodoh itu.

Sebelum ini MP Kubang Kerian, Salahuddin Ayun pernah membawa isu kerugian MAS RM8 bilion ke Parlimen. Malangnya isu tersebut terhenti begitu saja dan Salahuddin sendiri tidak fokus dalam isu yang dibawanya. Walhal, jika beliau sendiri fokus terhadap isu itu dan menubuhkan satu jawatankuasa ad-hoc bagi mendedahkan kepada rakyat tentang penyelewengan yang berlaku dalam MAS, nescaya akan ada pihak yang tampil menyalurkan maklumat.

Penulis sendiri pernah tanya pada Mazlan, bagaimana beliau mampu memperolehi dan mengumpul bukti dokumen hingga pihak Felda sendiri lemas. Jelasnya, tanpa diduga rupanya banyak pihak yang tmapil menyalur dan memberikan maklumat kepadanya bila dilihat kita begitu komited mahu membela nasib peneroka yang ditindas.

Selain kejayaan Mazlan melalui Anak, penulis lihat MP Pokok Sena turut berjaya dalam usahanya membela rakyat yang teraniaya dalam isu saman ekor melalui NGOnya KASE. Sebagaimana Mazlan, Mahfuz bersama barisan petugas KASE telah berjaya memberikan kesedaran dan kefahaman rakyat berhubung saman ekor. Akhirnya, hasil usaha KASE selama ini, kerajaan UMNO BN terpaksa tunduk dengan kempen KASE yang mengarahkan rakyat jangan membayar saman ekor. Malah pihak PDRM sendiri terpaksa mengakui 'kerja jahat' mereka selama ini. Cumanya penulis bimbang KASE akan 'sejuk' selapas PRU13 dan saman ekor akan berterusan bagi 'merompak' wang rakyat.

So, Pemuda PAS Pusat jangan jadi macam pondan buat kenyataan bodoh. Belajarlah dari orang lama. Kalau Nasrudin Tantawi, Nik Abduh dan Riduan Md Nor beranggapan orang macam Suhaizan dan Firdaus tak jelas fikrahnya hingga mereka harus disingkir daripada memegang jawatan Timbalan dan Naib, apakah orang macam Raja Iskandar itu layak menduduki jawatan Naib hingga boleh buat kenyataan sebodoh itu.

Sewajarnya diinsafi, dalam gerakan Islam, sesiapa pun layak untuk memegang jawatan penting. Tidak tertakluk apakah latarbelakang pendidikannya. Yang jelas, roh Islam yang wujud dalam PAS pasti akan dijiwai oleh seluruh pimpinan dan ahlinya.

Nilai ketaqwaan dan keikhlasan seseorang bukan dinilai daripada segulung ijazah dari Timur Tengah.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Thursday, June 16, 2011

'3 Kepala Hapraq' Pemuda PAS Pusat

Sebagai ahli PAS biasa yang tiada apa-apa jawatan, memang cukup pantang bagi penulis bila dah wujud segelintir pimpinan peringkat pusat yang gila kuasa dan merebut jawatan untuk kepentingan peribadi. Penulis bukan menuduh tapi ada bukti sahih.

Baru-baru ni penulis sempat bertemu dengan salah seorang bekas Exco Pemuda PAS Pusat yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini. Namun beliau telah dilantik semula bagi menduduki barisan Exco sessi 2011/2013.

Dalam pertemuan empat mata itu, penulis minta penjelasan darinya apa sebenarnya yang berlaku setelah melihat 'line-up' Exco Pemuda Pusat yang baru dipilih sangat mendukacitakan. Bagi penulis, barisan Exco yang tak tahu buat kerja. Hanya gila jawatan dan populariti saja.

Sahabat penulis ini sebenarnya telah mendapat pencalonan yang banyak bagi jawatan Ketua Pemuda dan Timbalan. Ekoran pencalonan itu, beliau telah dipanggil oleh salah seorang '3 Kepala Hapraq' itu untuk berbincang pasal pertandingan jawatan Ketua Pemuda Pusat.

Penulis difahamkan, beliau telah dipujuk agar tidak bertanding jawatan Ketua Pemuda dan akan diberi laluan bagi sessi akan datang.

Atas dasar kepentingan jamaah, sahabat penulis itu sendiri berpendapat masih ada masa untuk beliau belajar lebih banyak perkara sebelum menerajui kepimpinan Pemuda Pusat pada sessi akan datang. Justeru, beliau bersetuju untuk bertanding jawatan Timbalan sebagaimana dipersetujui. Malahan beliau sendiri tidak pernah terfikir hingga boleh berada pada tahap sekarang.

Rupa-rupanya, pada malam terakhir sebelum pemilihan berlangsung, '3 Kepala Hapraq' itu telah melancarkan 'projek' menjatuhkan beliau dan calon-calon Timbalan dan Naib Ketua. Salah seorang '3 Kepala Hapraq' itu telah memanggil hampir kesemua perwakilan pada jam 2.00 pagi untuk diberi taklimat khas mengapa orang itu, orang ini tak boleh dipilih.

Malangnya, majoriti perwakilan pemuda adalah muka baru yang masih 'kencing berdiri' dalam manhaj gerakan Islam dan politik tanahair. Hanya angguk sajalah. Almaklum sajalah, orang yang bercakap di depan mereka pada jam 2.00 pagi itu memang dikenali sebagai penulis buku dan ustaz pulak tu. Takkanlah ustaz nak bohong... Rupanya perangai lebih hodoh daripada orang biasa. Khabarnya si ustaz buku ni tidak duduk di mana-mana cawangan atau kawasan pun. Kalau ikut perlembagaan, si hapraq ni tak layak bertanding di peringkat pusat.

Bukanlah mahu 'memuji' sahabat sendiri tapi penulis cukup rapat dan kenal beliau. Beliau sanggup menjual perniagaan komputernya yang maju demi menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas sebagai Exco Pemuda Pusat dan Timbalan Ketua Pemuda Negeri. Bukan itu saja malahan sanggup mengorbankan wang sendiri berjumlah RM40 ribu hanya semata-mata untuk membuka pejabat Pusat Aduan Rakyat di Kempas.

Buat masa ni penulis tidak akan mendedahkan nama '3 Kepala Hapraq' ni. Yang pasti ketiga-tiga orang ini sekarang tidak boleh angkat muka dengan sahabat penulis.

Penulis akan tentang sesiapa saja di kalangan pimpinan PAS yang dilihat boleh menjadi perosak jamaah.

PAS bukan milik Nik Aziz atau Hj Hadi atau sesiapa pun. PAS adalah milik semua ahli dan penyokongnya.

Syabas kepada para perwakilan Muslimat dan Pusat yang lebih matang daripada pemuda.

Sunday, June 12, 2011

Senarai Penuh Kabinet PAS Pusat 2011/2013 dan PJ Negeri

Mesyuarat Pertama AJK Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden sendiri telah diadakan hari ini di Pejabat Agong. Berikut adalah senarai penuh kabinet baru PAS Pusat termasuk AJK Kerja dan Pesuruhjaya Negeri yang dilantik.

Presiden : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden : Hj Mohamad Sabu

N.Presiden I : Hj Salahuddin Ayub

N.Presiden II : Hj Husam Musa

N.Presiden III : Hj Mahfuz Omar

Setiausaha Agong : Mustafa Ali

Pen SU I : Takiyuddin Hasaan

Pen SU II : Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi

Pen SU III : Ahmad Sabki Yusuf

Ketua Penerangan : Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Bendahari : Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman

Pengarah Pilihanraya : Dr Mohd Hatta Ramli

Ketua Pemuda : Ustaz Nasruddin Tantawi

Ketua Muslimat : Siti Zailah Mohd Yusuf

AJK Kerja :

1. Mazlan Aliman
2. Dr Hatta Ramli
3. Kamarudin Jaffar
4. Hanipa Maidin
5. Ustaz Azizan Abdul Razak
6. Dr Dzulkefly Ahmad
7. Dr Mujahid Yusuf Rawa
8. Hj Khalid Samad
9. Ustaz Ghani Shamsuddin
10. Hj Amiruddin Hamzah
11. Hj Abdul Wahid Endut
12. Ustaz Abu Bakar Chik
13. Nik Mohd Amar Abdullah
14. Dr Mahfodz Mohamed
15. Dr Siti Mariah Mahmud
16. Dr Hassan Mohd Ali
17. Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman
18. Ustazah Nuridah Salleh

AJK Yang Dilantik;

19. Nasharudin Mat Isa
20. Idris Ahmad
21. Hj Asmuni Awi
22. Anuar Tahir
23. Mohammad Nizar Jamaluddin
24. Zulkefly Mohammad Omar
25. Abang Ahmad Kerdee Masagus (calon PAS Beting Maro)

Pesuruhjaya Negeri (Kekal)

Kelantan - Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor - Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak - Ust Abu Bakar Husin
Kedah - Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang - Ust Salleh Man
Perlis - Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan - Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak - Ust Adam Ahid

Pesuruhjaya Baru ;

Terengganu - Abdul Wahid Endut
Negeri Sembilan - Mohd Taufek Abdul Ghani
Selangor - Dr Abd Rani Osman
Melaka - Adly Zahari
Sabah - Aminuddin Alin.

Sunday, June 5, 2011

Mat Sabu lebih baik dari sesetengah lepasan Azhar, kata Nik Aziz

Malam tadi telah diadakan ceramah umum malam terakhir muktamar di dewan Kolej Universiti Zulkifli Mohamad. Ribuan manusia hadir untuk mendengar ceramah Timbalan Presiden PAS yang baru, Mat Sabu dan Mursyidul Am TGNA. Sudah tentu nostalgia lama Dewan Fadhil Noor kembali menggamit hati para perwaklan, ahli dan penyokong PAS.

Penulis hanya nak sentuh tentang pengiktirafan Nik Aziz terhadap Mat Sabu. MB Kelantan itu, dalam ucapan ringkasnya, menyifatkan perjuangan Mohamad lebih baik dari sesetengah lepasan Universiti Azhar. Tegasnya lagi, Mat Sabu tidak pernah terlibat dengan UMNO dan terus bersama perjuangan PAS sejak dari awal lagi.

Tambahnya lagi, dengan sikap Mohamad yang disenangi semua pihak, UMNO tidak akan dapat tidur nyenyak selepas ini.

Penulis kira ini satu sindiran tajam yang dilontarkan oleh TGNA terhadap sesetengah pimpinan lepasan Azhar yang dok beriya-iya sangat dengan Kerajaan Perpaduang. Sapa yang makan lada, dialah yang terasa pedasnya. Padan muka.

Begitu juga dengan kenyataan Harun Taib sehari sebelum Muktamar Pusat. Nampak sangat kenyataannya "Ulama' Haraki mesti menjadi pimpinan utama" seolah-olah jawatan Presiden dan Timbalan mesti dipegang oleh ulama'. Di satu sudut lain, beliau secara terang berkempen untuk Tuan Ibrahim.

Sewajarnya kenyataan ini tidak harus keluar dari mulut Ketua Dewan Ulama' sebab selama ini pun dalam haraki gerakan Islam, Majlis Syura' adalah yang tertinggi sekali. Jadi apa masalahnya.

Ohhhh... bila Harun Din mencadangkan agar idea Perpaduang dengan UMNO diteruskan, takde pulak Ketua Dewan Ulama' tu bising. Tapi bila Mat Sabu seorang aktivis yang istiqamah dalam perjuangan bertanding jawatan Timbalan Presiden, boleh pulak bersuara bahawa hanya Ulama' Haraki yang mesti memegang jawatan kanan parti.

Mana lebih baik orang yang tiada kelulusan Azhar tapi terus istiqamah dalam perjuangan menentang UMNO Munafiq daripada yang keluar Azhar tapi dok beriya-iya sangat nakkan Kerajaan Perpaduang dek kerana gila kuasa dan harta.

Benar juga kata seorang sahabat penulis dari Johor, juga seorang aktivis PAS yang isitiqamah yang menegaskan "Inilah masalahnya bila perwakilan PAS yang terlampau taksub dengan ulama' dan menganggap ulama' maksum. Meraka tak sedar, hari ini sudah ada segelintir ulama' yang jadi perosak jamaah. Mabuk kuasa dan harta."

Waima apa pun, dengan terpilihnya Mat Sabu, Husam, Salahuddin dan Mahfuz, bermakna agenda Kerajaan Perpaduang terus berkubur dengan sendirinya. Di pihak UMNO pula, pastinya semakin jadi tak karuan dan mula meroyan.

Bahagia sungguh hati penulis bila desakan hati yang begitu kuat mahukan "4 Panglima Badar" pada jam 1.00 pagi (2 Jun) lalu telah menjadi kenyataan.

Salam4all.

Saturday, June 4, 2011

Ulama' korporat dan gila kuasa dalam PAS

Penulis teringat kata-kata Mat Sabu kira-kira 2 tahun lalu ketika di temuramah oleh Malaysiakini. Antara kebimbangan yang disuarakan oleh 'Raja Demo' itu ialah tentang golongan Ustaz Muda yang ada dalam PAS masa ini yang dilihat tiada kefahaman yang jelas tentang manhaj gerakan Islam yang sebenar. Walaupun kebanyakan mereka lulusan Timur Tengah tapi sekadar belajar ilmu yang dituntut dan pulang dengan sekeping sijil bernama ijazah. Sila ikuti pandangan Timbalan Presiden PAS yang baru dipilih.


Syukur Alhamdulillah. Dengan izin dan limpah kurnia-Nya, jam 10 pagi tadi telah diumumkan pemenang untuk jawatan Timbalan dan Naib Presiden PAS.

Tak sangka juga bila tajuk posting penulis "Mat Sabu, Husam, Salahuddin dan Mahfuz mampu menguburkan UG" telah menjadi kenyataan. Hanya rasa syukur penulis panjatkan ke hadrat Ilahi.

Nape penulis pilih tajuk Ulama' Korporat dan gila kuasa dalam PAS" kali ini?

Bukan perangai penulis mahu mendedahkan sikap dan perangai sesetengah golongan Ulama' yang ada dalam PAS samada yang tua ataupun muda.

Yang benar-benar penulis jadi marah sampai hangit bila mengenangkan sikap segolongan ulama' yang ada dalam PAS ni beriya-iya sangat nak 'berkahwin' dengan UMNO Munafiq melalui agenda Kerajaan Perpaduang. Walhal Muryidul Am TGNA sendiri pernah melenting hingga memberi kata dua pada Nasha agar buat pilihan samada mahu meneruskan agenda UG dan mengosongkan segera kerusi Parlimen Bachok atau menghentikan terus serta-merta idea karut itu.

Ehhh... masih degil juga puak-puak UG yang didalangi oleh Geng Ganu ni. Dalam diam masih juga adakan perbincangan 'bawah tanah' dengan UMNO.

Heran sungguhlah penulis. Macamana puak-puak Ulama' UG dan GG itu begitu mudah terpedaya dengan 'sihir' UMNO. Apakah puak-puak 'bodoh' ni sudah lupa akan segala macam kezaliman dan kejahatan UMNO terhadap PAS atau memang dah tergila-gilakan jawatan Menteri yang ditawarkan, juga projek juta-juta?

Lupakah mereka;

- bagaimana Assyahid Zulkifly Mohamad menemui ajalnya dalam satu kemalangan yang dipercayai memang dirancang oleh UMNO.

- peristiwa berdarah Lubuk Merbau hingga seorang aktivis PAS menemui syahid ditetak dengan sebilah kapak?

- peristiwa berdarah Memali hingga Ustaz Ibrahim Libya dan 13 rakannya menemui syahid bila dibunuh oleh pihak anjing UMNO (Polis).

- bagaimana PAS ditendang keluar oleh UMNO setelah tidak diperlukan dalam tahun 1978?

- bagaimana kerajaan PAS Terengganu dan Kelantan dinafikan hak royalti minyak?

dan banyak lagi kes kematian aktivis PAS yang mencurigakan.'

Mudah sungguh segolongan Ulama' dan GG ini melupakan segala kejahatan UMNO. Inilah akibatnya bila kepentingan dunia sudah menguasai hati mereka. Masing-masing dah tak sabar untuk menjadi Menteri sebagaimana yang dijanjikan UMNO melalui perbincangan agenda Perpaduang.

Yang dah kemaruk nak jadi Menteri satu hal. Yang satu puak lagi dah kemaruk nak dapat habuan dunia (projek) kerana dah seronok dan selesa sekarang. Penulis dimaklumkan ada di kalangan Ahli Dewan Harian PAS sessi 2009/2011 (bukan wakil rakyat) yang menuntut elaun bulanan dari tabung parti hingga mencecah antara RM3,000 - RM5,000 sebulan. Astaghfirullah. Ironisnya individu ini di kalangan lulusan agama. Tak payahlah penulis sebut sapa orangnya. Sebab dah janji dengan informer.

Cuba tanya pada para barisan Exco Kerajaan PAS Terengganu dulu. Macamana perangai mereka bila terpilih menganggotai Kabinet Hj Hadi? Tak kiralah golongan ulama' atau profesional? Kenapa Terengganu boleh kalah teruk dalam PRU11 dan masih terus gagal dalam PRU12? Memang tak dinafikan penipuan undi oleh UMNO memang hebat tapi harus diingat jika tidak diizikan Allah, nescaya penipuan itu akan gagal.

Kadang-kadang terfikir juga dalam benak minda dan hati ni. Mungkin GG ni cemburu dengan Geng Kelantan (GK) sebab kerajaan PAS Kelantan berjaya bertahan selama lebih 20 tahun walau hampir hilang dalam PRU11 tapi Allah masih selamatkan kerajaan PAS di sana. Pastinya ada sebab mengapa Allah terus berikan kuasa kepada PAS di Kelantan.

Sebab itulah penulis gelar 'Ulama' Korporat dan Gila Kuasa". Mereka ini sudah terkena penyakit dunia. Luarannya saja nampak wara' dan zuhud, tapi hakikatnya warqa' dan menjadi perosak jamaah.

Untuk pengetahuan pembaca, siang tadi penulis dimaklumkan oleh seorang sahabat rapat, rupa-rupanya memang ada perbincangan serius antara kumpulan Kerajaan Perpaduang dengan UMNO 3 minggu sebelum berlangsungnya Muktamar PAS Ke 57. Khabarnya, kata putus telah dicapai antara kedua belah pihak. Hanya menunggu saat perlaksanaannya.

Nasib baiklah keputusan pemilihan hari ini dimenangi oleh barisan pimpinan yang menentang kuat agenda Unity Government. Kalau tak, tak tahulah apa akan jadi pada PAS.

Bagi penulis, golongan Ulama' begini mesti dinyahkan daripada menduduki barisan utama kepimpinan PAS. Merbahaya bagi parti selagi mana spesis yang dah lupa diri ini terus diberi mandat memegang jawatan.

Semuga Allah terus melindungi PAS daripada virus perosak.

Thursday, June 2, 2011

Kerajaan Perpaduang : Benar instinct penulis

Pagi semalam penulis sampai rumah kira-kira jam 1.30 pagi dari Pejabat Pemuda PAS Negeri. Tak tahulah tiba-tiba saja hati ini merasakan PAS dalam bahaya menjelang pemilihan pada Juma'at 3 Jun ni. Desakan hati begitu kuat mahukan Mat Sabu memenangi jawatan Timbalan Presiden. Bukanlah kata Tuan Ibrahim tak layak untuk jawatan itu tapi demi menyelamatkan PAS, hanya Mat Sabu peluang kita dengan izin Allah SWT.

Artikel sebelum ni, penulis tegaskan agenda Kerajaan Perpaduang masih berjalan. Mungkin ada di kalangan perwakilan yang tak nampak ancaman bahaya sedang menanti PAS di hadapan jika tersalah memilih orang N0.2.

Agak mengecewakan penulis bila mana ada di kalangan perwakilan hanya melihat di sudut luaran (kulit) semata-mata dan lebih cenderung untuk menobatkan Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden.

Bukan maksud penulis untuk under estimate kewibawaan Tuan Ibrahim. Malah penulis sendiri pada awalnya mahukan PJ Pahang ni sedia bertanding jawatan Timbalan. Tapi bila difikirkan balik melalui 'alam ghaib' demi kepentigan PAS, penulis yakin dengan memilih Mat Sabu akan memperkukuhkan lagi PAS di persada politik tanahair serta menghancurkan projek Kerajaan Perpaduang yang telah menjadi duri dalam daging sejak 2008 lagi.

Berikut adalah bukti idea Kerajaan Perpaduang itu masih berjalan.

Salam4all.

Awas! Idea UG masih hidup

Samada mahu percaya atau tidak, yakinlah bahawa kumpulan UG dan Geng Ganu (GG) masih berusaha untuk meneruskan agenda Kerajaan Perpaduang yang 'ditidurkan' selepas TGNA beri kata dua dulu. Namun hasrat bagi merealisasikan idea itu sebenarnya masih berjalan.

Lihat saja tajuk utama akhbar Utusan Meloya hari ini. Kalau perwakilan PAS masih buta mata hatinya hingga tak faham maksud tajuknya, bermakna perlu dioperate mindanya.

Begitu juga kenyataan Harun Taib hari ini jelas menggambarkan beliau secara terang berkempen agar jawatan Timbalan Presiden mesti di kalangan Ulama' Haraki. Yaitu mahukan perwakilan memilih Tuan Ibrahim Tuan Man bagi mengganti Nasharuddin. Sebab itulah Harun Taib dihantar oleh GG bagi memujuk PJ Pahang itu agar mahu bertanding bagi jawatan TImbalan untuk mengekang kemaraan Mat Sabu.

Persoalannya sekarang, apa perlu Harun Taib menyebut "Gerakan Islam seperti PAS akan sentiasa didokong oleh 'Ulama Haraki'? Hal ini tak usah disebutlah sebab di kalangan ahli PAS sudah sedia maklum hal itu.

Dan penulis merasa hairan juga bila Harun Taib mengeaskan;

"Kepimpinan PAS supaya tidak terlalu mengikut "rentak" pihak tertentu, termasuk dalam Pakatan Rakyat dalam usaha memelihara parti Islam itu. Dibimbangi PAS akan kehilangan identiti dan jatidiri Islam yang menjadi dasar parti itu. Kepimpinan PAS tidak boleh membiarkan PAS kehilangan identiti dan jati diri Islam semata-mata kerana terlalu meraikan kehendak pihak-pihak lain termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat."

Bagi penulis, Harun Taib cuba menyembunyikan kelemahan dan kegagalan Hj Hadi menerajui PAS dalam bersaing dengan rakan dalam Pakatan Rakyat selepas PRU12. Seharusnya Harun Taib dan GG sedarlah bahawa imej PAS sedikit tercalar bila idea UG itu cuba dijayakan oleh Hj Hadi, Nasharuddin, Cikgu Pa, Dr Harun Din dan kumpulan penyokong UG yang didalangi oleh GG.

Malas penulis nak sebut bagaimana 'berlagaknya' GG ni ketika memerintah Terengganu selepas PRU10. Sebab itulah Allah SWT menarik-balik semula nikmat kemenangan dalam PRU11.

Sewajarnya Harun Taib dan GG tak usah buang masalah nak habaq pada perwakilan betapa pentingnya Ulama' Haraki dipilih menjadi pimpinan utama. Akui sajalah bahawa kamu mahu meneruskan idea Kerajaan Perpaduang itu sebab dah tak sabar nak jadi Menteri.

Jangan sampai nanti ada di kalangan ahli akar umbi menyebut "Status Ulama' hanyalah sebagai lesen untuk rebut jawatan tapi menjadi perosak PAS."

Tidak timbul soal PAS hilang jati diri.

Gandingan Mat Sabu, Husam, Salahuddin, Mahfuz mampu kuburkan UG

Para perwakilan ke Muktamar PAS Pusat akan mula berkampung di Taman Melewar pada hari Jumaat ni, 3 Jun 2011. Penulis yakin muktamar kali ini adalah yang paling hangat dan menarik perhatian semua pihak, khususnya UMNO, sebab akan berlaku pemilihan pucuk pimpinan bermula dari jawatan Timbalan, Naib Presiden dan AJK Kerja PAS Pusat.

Pastinya semua pihak lebih tertumpu kepada persaingan 3 calon merebut jawatan Timbalan Presiden. Mereka ialah Mat Sabu, Tuan Ibrahim dan Nasharudin.

Sebenarnya penulis lebih suka jawatan Presiden turut dicabar. Malangnya takde sapa yang mahu mencabar kedudukan Hj Hadi walau memang ada pencalonan lain dari beberapa kawasan.

Penulis ingin mengulas sikit tentang calon Timbalan Presiden.

Mat Sabu

Dikenali sebagai aktivis yang istiqamah dan begitu komited dengan jamaah. Telah teruji dan kekal dengan cara hidup sederhana. Di kalangan pimpinan dan ahli PAS, beliau digelar sebagai "Ayam Tambatan PAS" ekoran kelantangan mengkrtik UMNO dari dulu, kini dan selamanya. Beliau konsisten dalam hal ini. Ceramahnya juga sentiasa mendapat sambutan hebat walau di mana saja. Sangat disenangi oleh semua lapisan rakyat, khususnya golongan muda dan terkenal dengan panggilan "Abang Mat". Selaku "Raja Demo" dan kelantangannya dalam ceramah telah membuatkan dirinya amat dibenci dan ditakuti oleh UMNO. Memilih beliau sebagai Timbalan Presiden, bermakna UMNO semakin susah.

Tuan Ibrahim

Bekas pensyarah UITM dan mula aktif dalam PAS sejak pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998. Pernah memenangi kerusi DUN Jengka dalam PRU10. Seorang yang dilihat lebih berhati-hati dalam tindak-tanduk politik samada di peringkat parti maupun nasional. Dan UMNO memang suka jika beliau jadi Timbalan sebab diyakini akan ikut rentak Hj Hadi selaku Presiden. Malah MUBARAK, persatuan bekas Wakil Rakyat UMNO Sabah secara terbuka menyatakan sokongan kepada Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden. Sebelum ini pun kenyataan yang dibuat berhubung isu hangat UG tidak menampakkan pendirian yang jelas berhubung isu itu. Jika dipilih sebagai Timbalan, bermakna isu UG akan terus hidup dan UMNO gembira.

Nasharudin

Umum sedia maklum, kredibiliti dan imej Nasha teruk tercalar ekoran isu Unity Government yang lalu. Pendedahan yang dibuat oleh Malaysia Waves berserta bukti dokumen dan audio telah menyebabkan pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat 'marah' dan hilang kepercayaan terhadapnya. Memang diketahui Nasha termasuk dalam group GG (Geng Terengganu) yang cuba merealisasikan idea UG Hj Hadi and The Gang. Walaupun beliau berhasrat mempertahankan jawatan Timbalan, namun umum yakin beliau akan kalah teruk.

Penulis tidak suka untuk menceritakan tentang perangai sesetengah pimpinan PAS namun apa yang diluahkan oleh aktivis di peringkat akar umbi dalam blog manjung mari, penulis kira sudah memadai untuk perwakilan membuat pilihan yang tepat bagi memastikan PAS terus dominan dan relevan sebagai musuh No.1 UMNO.

Perwakilan sewajarnya memilih Mat Sabu, Husam, Salahuddin dan Mahfuz. Mereka berempat ni mampu 'membunuh' Unity Government dan seterusnya membuatkan UMNO jadi sewel dan akhirnya kojol.

Penulis hanya sayangkan PAS.

Saturday, May 21, 2011

Bolehkah UMNO buat macam ni?

Seluruh ahli UMNO yang mengaku diri mereka Islam, sila buat penilaian semulalah tentang parti yang disokong tu. Takkanlah masih buta mata hati dengan apa yang berlaku dalam negara. Tak cukup lagikah dengan segala macam bala' yang Allah turunkan selama ini, termasuk finah murtad (250 ribu), jenayah dan perzinaan di kalangan remaja berleluasa, jenayah bunuh semakin kronik, pembuangan bayi, pemimpin jahat dan rasuah dipuja manakala pemimpin yang beriman, berakhlak dan amanah diperlekeh dan difitnah. Dan pelbagai program yang merosakkan jiwa putera dan puteri Islam dirancang, diterbit, disiarkan di kaca TV dan dibuat secara live.

Kita nak tanyalah pada seluruh warga UMNO samada yang muda, dewasa dan tua, mampukah UMNO buat seperti dalam photo di bawah ni?











photo from - http://muslimeen-united.blogspot.com/

Saturday, May 7, 2011

Nape PAS berkawan dengan DAP?

Ramai di kalangan umat Islam, khususnya ahli UMNO dan para penyokongnya terkeliru dan tertanya-tanya mengapa PAS sebagai sebuah parti Islam boleh menjalinkan kerjasama dengan DAP yang jelas pemimpin dan ahlinya bukan Islam. Kekeliruan itu semakin menujah ke dalam minda bila UMNO terus mainkan isu tersebut bagi menimbulkan kemarahan pengundi Melayu terhadap PAS khususnya.

Tidak dinafikan isu PAS-DAP yang dimainkan oleh UMNO sedikit-sebanyak masuk juga ke dalam minda orang Melayu yang jahil agama khususnya di sudut siasah syari'ah (politik).

Mungkin ada di kalangan pembaca yang tertanya kenapa PAS berkerjasama dengan DAP?

Mudah saja jawabnya. PAS mengikut jejak-langkah Rasulullah S.A.W. Sebab Baginda pernah menandatangani MOu dengan puak kafir Mekah dalam Su'ul Hudaibiyyah. Seterusnya, bagi menegakkan Daulah Islamiyyah pertama Madinah, Baginda mendapat sokongan padu dari kaum Yahudi di sana.

Tapi Rasulullah S.A.W. tidak pernah menjalinkan kerjasama dengan puak Munafiq.

Adakah UMNO Munafiq?

Sedarkah kita fasiq dan munafiq ini hanya berlaku pada umat Islam saja. Justeru umat Islam ini tergolong kepada 4 kumpulan utama. Yaitu Beriman, Fasiq, Munafiq dan Kafir.

Apa bukti kemunafiqan UMNO?

Menjadikan SEKULAR sebagai dasar fahaman parti. Mengambil Undang-undang ciptaan manusia sebagai perlembagaan negara serta melaksanakan pemerintahan sekular. Lebih dahsyat lagi bila pemimpin UMNO begitu berani mengatakan "Hudud tidak sesuai dilaksanakan dalam negara kerana masyarakat majmuk."

Penulis tak pandai guna bahasa kiasan. Dalam soal melibatakan 'Aqidah, kita kena tegas dan jelas.

Samada nak percaya atau tidak, terpulang. Yang pasti mana-mana umat Islam yang terus memberi sokongan kepada kerajaan UMNO BN, confirm termasuk dalam golongan MUSYRIK. Bukan penulis kata, tapi Al-Qur'an dan Sunnah telah menjelaskan serta para Ulama' Muktabar telah sepakat dalam soal ini.

Sebagai Muslim, kita tiada pilihan. Samada suka atau tidak, kita wajib mengimani seluruh isi kandungan Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Teringat penulis dengan kata-kata seorang warga tua di Kedah. Katanya, "Kalau hang tak nak ikut Islam, kafirlah... Takkan itu pun susah nak faham."

Masa Untuk Berubah.

Sunday, May 1, 2011

Tinggalkan UMNO, sertai PAS - Presiden PAS

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini.

“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Presiden PAS itu memberi respons terhadap kesekelian kalinya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan tanpa segan silu mengulangi lagi seruannya supaya PAS bekerjasama dengan Umno BN dan meninggalkan kerjasama PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR).

Najib berkata, pemimpin PAS perlu menerima kenyataan bahawa mereka mesti keluar daripada pakatan pembangkang jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam.

Menurutnya, PAS tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakan selama ini dan kerjasama dengan parti pembangkang lain hanya memberi keuntungan kepada DAP.

''Tak kisahlah sama ada PAS mahu bersendirian atau bergabung dengan Umno, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha PAS dalam memperjuangkan Islam akan terhalang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung, Kuala Terengganu semalam.

Bagi PAS, tegas Tuan Guru Abdul Hadi seruan Najib itu adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat yang telah menjadi bencana dalam negara kita yang tercinta ini.

Katanya, kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan memusnahkan harta negara.

“PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” tegasnya yang juga ahli Parlimen Marang.

Jelasnya lagi, kerjasama PAS selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip.

Ia, katanya tidak sama dengan kerjasama wala antara Umno dengan MCA dan MIC yang menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam dalam negara kita ini sejak puluhan tahun.

“Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90% adalah orang Melayu-Islam?

“Siapakah pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan Umnoputra?

“Siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini?” soalnya.

Jawapannya, kata beliau adalah kerajaan pimpinan Umno BN itulah yang sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri.

- harakahdaily

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger