Showing posts with label Fitnah. Show all posts
Showing posts with label Fitnah. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

Wajib tengok video ni

Sebagai Muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, adalah dilarang sama-sekali kita bersekongkol atau menyokong atau bersama dengan golongan yang fasik, zalim dan munafiq. Islam mengajar kita jika datang sesuatu perkhabaran dari golongan fasiq dan munafiq, hendaklah diselidiki terlebih dahulu berita yang dibawa. Justeru dalam kes tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim, kita tidak sepatutnya terus menerima perkhabaran yang disebar oleh media perdana milik UMNO yang jelas menjadi penyebar fitnah terhadap pembangkang dan pimpinannya. Sila ikuti penjelasan berikut dan pembaca boleh nilai sendiri betapa jahatnya Najib dan UMNO menggunakan Polis, Peguam Negara dan Mahkamah bagi memastikan Anwar ke penjara.














Buatlah penilaian sendiri. Jangan sekali-kali kita menempah neraka dengan bersekongkol dengan puak yang jahat dan zalim.

Friday, June 24, 2011

Hahaha... lepas ni makin galaklah tayangan porno

Memang penulis dah jangka perbicaraan ke atas trio tauke filem porno hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Pendakwaan dibuat sekadar menutup 'mata rakyat' agar dilihat kerajaan banjingan UMNO BN di bawah Najib nampak macam telus tetapi bolos.

Semalam, selesailah sudah drama perbicaraan kartun terhadap 3 'dajjal' yang kononnya nak tunjuk baik mendedahkan kerja maksiat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Bagi membenarkan tindakan trio itu, lalu salah seorang penguambela mereka telah memberitahu mahkamah bahawa pakar dari Amerika mengesahkan 99.999% lelaki berperut buncit dalam video itu ialah Anwar.

Akhirnya hakim pun menjatuhkan hukuman denda RM5,500 terhadap mereka bertiga. Eskay didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan sementara Shuib dan Abdul Rahim masing-masing RM1,500 atau dua bulan dan RM1,000 atau satu bulan.

Ketawa sakanlah mereka bertiga. Apalah sangat dengan RM5,500 tu. Eskay boleh bereskan semuanya. Macam RM5.50 je.

Dengan hukuman seringan itu, bermakna hari ini sesiapa saja yang menyimpan dan menayangkan filem porno hanya akan dikenakan denda maksima RM3,000. Tak usah bimbanglah. Memang tak kena penjara punya...

Nampaknya, lepas ni tauke-tauke besar yang ada pawagam atau mtv, bolehlah buat untung banyak dengan menayangkan filem-filem porno sebab mereka dah tak perlu bimbang lagi pasal denda atau penjara. Apalah sangat dengan denda RM3,000 tu. Sebelah mata je kalau tiap-tiap bulan masuk lebih RM10 ribu. Nak lagi selamat, tak payah susah-susah buat tayangan. Edar dan jual je filem lucah. Tentu ramai pelanggan.

Inilah Malaysia negaraku di bawah UMNO BN. Semuanya boleh.

Tuesday, June 14, 2011

Video fitnah sudah ada sejak 1999 dan bermotif politik - Datuk Mat Zain

Bekas Pegawai Kanan Polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mendedahkan rakaman video seks palsu yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah wujud sejak 1999 dan tujuannya bermotif politik.

Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Zain berkata, beliau percaya sebilangan besar rakyat malahan warga polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui kewujudan ‘video seks’ pertama yang diedar pada 1999.

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL itu berkata, siasatan polis ketika itu berjaya mengesan dan mengenal pasti “sumber” video pertama 1999 tetapi gagal mengenal pasti orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya.

“Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ia dibuat beberapa hari sahaja sebelum pilihanraya umum ke-10,” ujarnya.

Zain berkata, pengedaran video seks itu dilakukan di Kuala Lumpur pada 24 dan 25 November 1999, beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-10 yang diadakan pada 29 November.

Menurutnya, terdapat dua video seks yang diedarkan serentak iaitu satu berjudul “Siapa Anwar” manakala yang satu lagi berjudul “Skandal Seks Mat Sabu”, yang merujuk kepada Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Zain yang pernah menjadi pegawai penyiasat kes dalam kes fitnah 1 Anwar berkata, orang awam yang menemui video berkenaan yang dikatakan ditinggalkan di hadapan rumah, pejabat atau lain-lain premis, tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada polis.

“Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul.

“Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, di pejabat KJSJ setelah Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini di akhbar,” katanya lagi.

Oleh itu katanya, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan pendedahan berkenaan rakaman video pertama dan kedua.

“Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan polis, namun sebagai seorang pesara polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul) Rahim (Thamby Chik) serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan, saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.

“Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubung kait dengan siasatan isu video lucah ini, tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka,” katanya sambil berharap ketinggalan ini adalah disebabkan polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.

“Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan video seks kedua 2011 wajib mengambil kira kewujudan dan keadaan berkaitan video seks pertama 1999.

“Terdapat ‘nexus’ (penghubung) antara kedua video seks ini,” kata beliau lagi.

- keadilandaily

Saturday, June 11, 2011

VCD 'Skandal Seks Mat Sabu' pulak dahhh

Sebagaimana penulis pernah sebutkan sebelum ni, Mat Sabu dan Husam akan menjadi sasaran UMNO selepas diisytiharkan menang sebagai Timbalan dan Naib Presiden PAS pada 3 Jun lalu. Belum pun sampai 10 hari Mat Sabu memegang jawatan Timbalan, dah tersebar pulak VCD bertajuk 'Skandal Seks Mat Sabu' di sekitar Ampang.

Hal ini disedari oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin (PKR) setelah menemui VCD bersama surat palsu dalam peti surat rumahnya yang kononnya dikeluarkan PAS.

Satu laporan Polis telah dibuat sendiri oleh Zuraida di IPD Ampang Jaya siang tadi.

Mat Sabu, ketika ditemui media, enggan mengulas berhubung penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan dirinya. Ini kerana, katanya, beliau masih tidak tahu menahu dan mahu mendapatkan maklumat lanjut terlebih dahulu daripada Ahli Parlimen Ampang itu yang telah membuat laporan polis.

"Bagi saya tanya Zuraida dulu. Nanti baru saya boleh komen," katanya ketika ketika diminta mengulas berhubung penyebaran VCD itu.

Ketika ditanya samada beliau selesa kontroversi kisah silamnya diungkit semula, Timbalan Presiden PAS itu menjawab "Bagi saya tidak mengapa, itu kisah lama."

Bagi penulis, UMNO dah terlampau amat desperate sekarang setelah usaha memujuk PAS dan DAP menemui kegagalan. Amat jelas sekali pengedaran VCD ini adalah merupakan langkah terakhir bagi mengaibkan Mat Sabu dan secara langsung memberi tekanan kepada PAS dengan harapan agar Majlis Syura PAS akan meminta Raja Demo itu meletakkan jawatan Tinbalan dan diganti oleh Tuan Ibrahim.

Sayugia diingat, 3 minggu sebelum Muktamar, telah berlangsung pertemuan sulit antara geng Perpaduang dengan UMNO hingga kedua pihak telah mencapai kata sepakat. Malangnya apa yang diharapkan oleh UMNO, yaitu gandingan Hadi-Nasha kekal telah tidak kesampaian bila Mat Sabu menjadi pilihan utama para perwakilan.

Selain Mat Sabu, Husam sendiri telah diserang hebat sebelum berlangsungnya pemilihan pada 3 Jun. Blogger picisan Syed Azidi melalui blognya Kickdifella telah mendakwa bahawa Husam pernah memberinya wang berjumlah RM350 ribu. Dakwaan ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia dan media pro-UMNO.

Samada cepat atau lewat, kerja fitnah keji yang dilakukan oleh UMNO ini akan memakan dirinya sendiri.

Cumanya penulis nak bagi ingat pada UMNO, hentikanlah segala kerja keji memfitnah musuh politik. Sebelum nak bercakap soal moral pihak lawan, sila tengok diri sendiri dulu.

Najib tu baik sangatkah? Bermoralkah? UMNO tolong jawab persoalan ini;

- Apa cerita Najib dengan seorang artis wanita di Seremban dulu?

- Dalam Akuan Sumpah Asal PI Bala, antara yang disebut adalah;

25. Sepanjang perbincangan tersebut dan percubaan untuk memujuk saya agar terus bekerja untuknya, Abdul Razak Baginda menjelaskan kepada saya tentang perkara berikut ;

i) Dia telah diperkenalkan dengan Altantuya (Aminah) oleh Najib Razak dalam satu pameran berlian di Singapura.

ii) Najib Razak beritahu Abdul Razak Baginda yang dia ada hubungan seks dengan Altantuya dan Altantuya tiada masalah melakukan seks melalui dubur.

iii) Najib Razak mahukan Abdul Razak Baginda menjaga Aminah kerana dia tidak mahu wanita itu memalukannya semenjak menjadi Timbalan Perdana Menteri sekarang.

iv) Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan Aminah pernah makan malam bersama di Paris.

v) Aminah mahukan duit daripadanya justeru merasakan dia berhak ke atas komisen USD 500,000 kerana turut membantu dalam perjanjian pembelian kapal selam di Paris.

UMNO tak layak bercakap soal moral.

Wednesday, June 1, 2011

SAF : Sah Umno Guna Fitnah Jatuh Lawan

KUALA LUMPUR 1 JUN : Pertubuhan bukan kerajaan, Saf Anti Fitnah (SAF) kini bertambah yakin Umno menggunakan politik fitnah untuk menjatuhkan seteru politik mereka, terutama sekali melalui saluran media yang memihak kepada mereka.

“Rakyat semua faham betapa negara ini menyaksikan pendedahan dan manipulasi berita dilakukan dengan cara paling menjijikkan dalam akhbar bila berkait dengan pendakwaan ke atas (Ketua Pembangkang di Parlimen) Datuk Seri Anwar (Ibrahim).

“SAF semakin yakin betapa Umno nampaknya jelas mengabsahkan fitnah sebagai cara menjatuhkan lawan bila pernyataan Pengerusi Umno (Selangor) Datuk Seri Noh Omar mengiakan perlakuan mengedarkan video lucah tidak harus menjadi masalah kepada pembangkang jika ia boleh menyebabkan rakyat marah kepada Umno,” kata Pengerusi SAF, Mohd Azmi Abdul Hamid hari ini mengulas hasil Wacana Fitnah Ancaman Ummah Akhir Zaman yang diadakan semalam.

Wacana yang dianjurkan Sinar Harian semalam membariskan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassn dan bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin di pentas yang sama.

Hasil wacana itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, Pemuda PAS dan Umno boleh bersaing di pentas politik secara sihat tanpa perlu menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan antara satu sama lain.

Sehubungan itu katanya, pihaknya mahu satu penyertaan dalam pilihan raya secara adil dan telus dengan membekalkan peluang dan ruang yang sama rata, lapor portal The Malaysian Insider.

“Kemukakan polisi untuk meyakinkan rakyat dalm mencari sokongan jangan kemukakan polis untuk memaksa dan mendesak rakyat menyokong kita,” kata beliau.

“ Insya-Allah, semoga budaya intelektual sebegini akan terus subur sehingga meletakkan kita semua sebati dengan tindakan berasaskan hujah dan fakta bukan fitnah dan tohmah.

“Jika ada pertuduhan, silakan namun lampirkan bukti yang benar. Sejurus bukti dikemukakan, pihak berwajib bertindaklah sewajarnya, jangan membuat pendakwaan terpilih berasaskan kecenderungan dan kepentingan pihak tertentu,” kata beliau lagi.

Justeru soal Mohd Azmi, “adakah ini pendirian rasmi Umno dalam hal pengedaran video lucah untuk mengaibkan lawan?”

“Apakah ini juga bermakna pihak parti lawan boleh bersetuju dengan mana-mana pihak yang menentang Umno sama ada orang luar atau orang dalam, boleh melakukan hal yang sama (mengedar video lucah) terhadap pemimpin Umno?” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Oleh itu, kata beliau, sejak dari awal SAF ditubuhkan pihaknya melihat isu sebenar di pihak Umno bukan untuk melihat kebenaran dan menegakkan keadilan, tetapi lebih untuk membunuh lawan dengan apa cara sekalipun termasuk dengan cara mengaibkan lawan.

“Dengan sebab itu kami sangat menghendaki agar rakyat jangan diperbodohkan dan diracuni dengan kempen politik yang melampaui batas sehingga masing-masing membalas dengan cara yang juga tidak bermoral.

“Jelas undang-undang sivil yang sepatutnya dikuatkuasakan itupun tidak dilaksanakan dalam hal pengedaran video lucah menyebakan masyarakat sangsi terhadap pihak berkuasa yang nampak bersekongkol untuk membenarkan fitnah disebarkan secara berleluasa,” katanya lagi.

Mohd Azmi berkata, sementara SAF menyambut kedua-dua ketua Pemuda Umno dan PAS yang mahu menolak politik fitnah, tetapi juga mahu agar janji itu dikotakan dalam bentuk tindakan nyata dan bukan hanya pernyataan kosong semata-mata.

Sambil menggariskan beberapa kes bersifat fitnah sejak kebelakangan ini, beliau berkata, nampaknya ada keghairahan luar biasa untuk pihak yang dituduh diserang habis-habisan dalam bentuk fitnah yang melampaui batas hukum agama mahupun hukum sivil.

Kata beliau, SAF juga mahu melihat kesungguhan Khairy menyatakan hal ini secara berterus terang kepada pucuk kepimpinan Umno.

“Soal yang menjadi keprihatinan SAF ialah isu Datuk Seri Anwar nampaknya mendapat fokus yang sangat keterlaluan dalam media arus perdana dan semacam mendapat restu pimpinan Umno untuk menghukum beliau secara terang-terangan sebelum beliau diberi peluang untuk membela diri,” kata Mohd Azmi lagi.

Sementara memang kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu penuh persoalan dan dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak dan sangat memerlukan penjelasan daripada pihak perdana menteri sendiri, kata beliau, pihak yang mendakwanya juga perlu menghentikan tuduhan jika tidak mempunyai bukti.

“Di mata khalayak ramai, pembabitan pembantu perdana menteri dan dua orang pengawal peribadi beliau telah menimbulkan banyak kekeliruan dan tanda tanya mengenai kes tersebut kerana catatan imigresen terhadap mangsa yang masuk secara rasmi ke dalam negara tiba-tiba dihilangkan sepenuhnya.

“Namun dalam hal tuduhan zina dan liwat, layanan yang berbeza telah diberikan dalam pemberitaan di media massa terutama media arus perdana,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, kata beliau, dalam proses pembicaraan Anwar sendiri telah menyebabkan pendedahan yang dikehendaki oleh pimpinan Umno terhadap beliau dalam media massa arus perdana diolah sebegitu rupa sehingga beliau dan keluarganya diaibkan.

“Hal inilah yang membuat SAF melihat gelagat surat khabar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Kosmo serta TV3 dan RTM sebagai agensi penyiaran yang tidak objektif dan tidak menjaga tatasusila moral dalam pemberitaan bila mereka turut menjadi penyebar fitnah secara terang-terangan tanpa batas,” katanya lagi.

Dalam ulasannya, Mohd Azmi menambah, SAF memang bersependapat dengan Asri bahawa kedua-dua pihak harus konsisten dalam mengekang fitnah akan tetapi beliau tidak harus naif dalam melihat tabiat dan cara pimpinan yang berada dalam gebuk kuasa beria-ia benar untuk membunuh musuh politik dengan cara paling tidak bermoral termasuk mengguna seluruh agensi pemerintah untuk melakukan asasinasi peribadi terhadap lawan.

- tvsnews

Thursday, April 28, 2011

Caution!!! Sumpah laknat si munafiq

Telah termaktub dalam Al Qur'an bagaimana gelagat dan perangai golongan munafiq yang gemar bermain-main dengan kata-kata bagi menyembunyikan kekufuran dalam hati mereka. Bila bersama dengan orang beriman, mereka mengaku telah beriman, tapi bila kembali bersama kelompoknya, mereka tetap kufur. Bila keadaan mendesak, mereka sanggup lakukan apa saja, termasuk bersumpah bagi menyelamatkan diri.

Dan inilah yang akan dilakukan oleh Eskay di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di Sentul selepas solat Jumaat esok. Sumpah laknat yang akan dilakukan oleh Eskay bertujuan untuk menyakinkan rakyat bahawa lelaki dalam video lucah itu ialah Anwar Ibrahim.

Selepas Saiful bersumpah laknat ketika PRK Permatang Pauh dulu, kini giliran Eskay pulak melakukannya. Kita nak tanya, sapa yang dok ajar bersumpah dengan menjunjung Al Qur'an.

Mursyidul Am TGNA pernah mengulas cara bersumpah sedemikian meniru ajaran Kristian.

Selanjutnya di sini.

Tuesday, April 5, 2011

'Lelaki itu bukan Anwar', kata Wan Azizah

KUALA LUMPUR, 5 April — Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil pendirian berani menonton klip seks yang kini disebarkan menerusi dunia siber dan membuat keputusan muktamad — ia “satu lagi contoh taktik politik lucah diangkat dan dijulang Umno-Barisan Nasional.”

Dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan hari ini, isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarganya berkata:

“Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

“Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.”

Kenyataan bersama itu berkata, video seks yang disiarkan di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu disebarkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak Umno.

“Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik,” tambah kenyataan itu lagi.

Wan Azizah juga merupakan Presiden PKR, komponen Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar.

Anwar kini berada di Sarawak sempena kempen pilihan raya negeri Sarawak.

Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, kenyataan keluarga Anwar itu menambah, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

Malah dalam kenyataan itu mereka berkata, “siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.”

Kenyataan itu juga berkata, jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Anwar.

Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang, kata kenyataan tersebut lagi.

“Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang Umno-Barisan Nasional.

“Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara,” kata Dr Wan Azizah dan keluarganya dalam kenyataan satu halaman itu.

Dalam menghadapi dugaan ini, kenyataan itu menambah, mereka yakin isu semasa ini ada hikmah di sebaliknya.

“Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 — ulang tahun ke-12 PKR yang lahir daripada kegawatan politik negara.

“Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina,” katanya.

Oleh itu keluarga Anwar berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan Umno-BN ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.

Klip video yang mengaitkan Anwar melanggan seorang pelacur asing kini dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno.

Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China.

Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu dilaporkan panjangnya 21 minit.

Klip video hitam putih itu turut membawa jalur warna putih di bahagian bawah dengan tulisan Thai, yang tidak terdapat pada rakaman yang didedahkan kepada media sebelum ini.

- malaysianinsider

Monday, April 4, 2011

Kalaulah Anwar tu kaki betina....

Tak tahulah apa nak jadi dengan Malaysia sekarang. Dah jadi negara paling jijik di mata dunia dengan penyebaran video lucah tanpa halangan oleh pihak berkuasa. Tiada sebarang tangkapan dibuat terhadap penerbit, penayang dan pemilik bahan lucah itu kerana mereka 'orang PM'. Yang difitnah pula jadi sasaran 'anjing' dan media kerajaan. Inilah bukti betapa jahatnya UMNO yang sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan kuasa yang semakin hilang dari genggaman.

Hari ini video lucah yang didakwa pelakunya ialah Anwar sudah tersebar dalam Youtube. Yang peliknya, nape video dalam Youtube tu cuma 107 saat je, sedangkan yang ditayang di Carcosa sepanjang 21 minit. Pasti ada yang tak kena.

Penulis sarankan tak perlulah kita menontonnya. Baru sebentar tadi ada seorang sahabat bertanya "Abang dah tengok video tu dalam Youtube." Ringkas penulis jawab "Tak ingin aku menengoknya... jijik."

Pada yang dah menontonnya, mungkin ada yang percaya atau sebaliknya. Dan yang belum, penulis sarankan tak usahlah buang masa dan buat dosa mata dengan menontonnya.

Baiklah...

Katakanlah Anwar tu memang kuat seks dan kaki betina. Dengan kedudukan dan pengaruhnya serta dikenali di seluruh dunia...;

- apa bodohnya Anwar melanggan pelacur murahan di hotel cokia sedangkan dia boleh dapatkan gadis-gadis cantik di merata dunia sebagai calon isteri mudanya. Orang macam Anwar yang handsome lagi terkenal, nescaya kalau dia meminang anak Jutawan Arab, tentu diterimalah. Umi Hafilda sendiri akui Anwar memang handsome hingga dia sendiri tergila-gila. Nasib baik tak gila... Cuma meroyan je la ni sebab kerja fitnahnya dalam Kes Liwat 1 tak dibayar oleh Daim Zainuddin.

- takkanlah Anwar boleh jadi bebal hingga membiarkan perlakuannya dirakam oleh orang ketiga yang ada di bilik itu.

Penulis rasa dua persoalan di atas sudah cukup memberi gambaran bahawa penerbitan dan penayangan video lucah itu merupakan kerja terkutuk oleh para dajjal UMNO demi menjaga kepentingan kuasa politik PM Najib yang semakin takut dengan bayangan dosa-dosa besarnya terhadap Altantuya dan rakyat.

Percayalah, video lucah itu akan memakan diri Najib dan Rosmah sendiri serta menguburkan terus UMNO daripada alam maya ini.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui bilakah masanya.

Mudah-mudahan dalam PRU13 nanti.

Saturday, April 2, 2011

Dalang Video Lucah Tandus Modal Politik, kata Ku Li

KUALA LUMPUR - Tengku Razaleigh Hamzah membidas pihak yang mendalangi fitnah video lucah untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menegaskan rakyat akan menolak "politik kotor' sebegitu untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada isu-isu nasional yang jauh lebih penting.

"Ini orang panggil gutter politics, politik longkang (dan digunakan) bila sudah tidak ada modal lagi. Ia timbul sebab polisi dan dasar yang diperjuangkan sudah tidak laku dan rakyat nampak tidak menerimanya. Oleh kerana itu (mereka) main politik kotor menyerang seseorang dengan harapan rakyat ketepikan hal seumpama itu. Ini bukan politik," tambah mantan Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno itu.

Dalam wawancara esklusif dengan TVSelangor, Tengku Razaeligh yang lebih dikenali 'Ku Li' menegaskan rakyat, khususnya masyarakat Melayu, menolak cubaan mana-mana pihak menyerang keperibadian pihak lain semata-mata untuk mencari kelebihan politik.

"Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah," kata beliau.

"Perkara ini tak patut didedah kepada orang ramai. Jadi itu tunjukkan orang tak faham politik pun menolak benda macam ni. Saya rasa (video seks) ini salah langkah," tambah beliau

Ku Li berkata biarpun pihak yang mendalangi video seks itu berjaya menjatuhkan Anwar dan mencapai kemenangan politik, ia tidak bermakna dalam konteks kemuliaan tamadun negara itu sendiri.

"Kenapa kita nak amalkan ini semua kerana politik? Jika berpolitik sebegini, kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik," tegas beliau.

Tiga individu - Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bendahari Perkasa Shuib Lazim dan ahli perniagaan Shazryl Eskay mengakumendalangi penayangan video itu kepada umum pada 21 Mac.

Mereka mendakwa rakaman itu menunjukkkan Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Februari.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan berjumpa Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak selepas identiti mereka dibongkar oleh pejabat Parti Keadilan Rakyat.

Anwar membuat laporan polis bagi membolehkan polis menyiasat siapa pelaku dalam rakaman itu.

Beliau menegaskan pada malam rakaman itu dibuat, beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitternya.

Pejabat PKR mengemukakan sembilan pesanan Twitter Anwar, bagi menyokong hujah Ketua Pembangkang itu.

Semalam, Ketua Polis Negara Ismail Omar membuat pengumuman mengejutkan apabila mengisytiharkan video itu adalah tulen namun tidak mengulas sama ada pelakunya dikenal pasti.

Beliau berkata hasil siasatan sudah di fasa terakhir dan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat.

Kenyataan Ketua Polis Negara itu menimbulkan pelbagai kecurigaan kerana adalah difahamkan polis tidak mengambil keterangan daripada pihak-pihak yang relevan
untuk memperakukan keterangan Anwar sebelum ini.

Contohnya keterangan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang menghuraikan sembilan catatan Twitter Anwar yang membuktikan Ketua Pembangkang tidak terbabit dalam perlakuan sumbang yang dituduh oleh Rahim dan dua rakannya itu.

Ku Li berkata perbuatan mencantas ahli politik dengan taktik-taktik keji seperti menayangkan video seks "bukan budaya" Melayu mahupun Islam kerana ia amat keji.

"Saya tak tahu dimana kita belajar perkara ini. Di Amerika pun orang kata politiknya kotor. Saya rasa ia bergantung pada kita. Rakyat Malaysia punya tamadun dan budaya yang baik, kenapa kita hendak ikut budaya tak baik' kata Ku Li.

"Apatah lagi bagi orang Melayu Islam, tak patut kita lakukan benda yang jijik yang dipandang rendah oleh orang. (Apa guna) kita buat perkara yang hina di sisi masyarakat," tegas beliau.

- tvsnews

Thursday, March 31, 2011

Video Seks : Shuib diancam bunuh

Anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka 'Datuk T' - Datuk Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab di sebalik tayangan video seks baru-baru ini yang menujukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung video ini,” katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi.

Sebelum ini, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (kanan) mendakwa Shuib yang juga bendahari PERKASA dan bapa saudaranya, tidak terlibat dengan video itu.

"Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari, Khamis lalu.

Namun, Shuib yang dihubungi semalam berkata segala-galanya yang didedahkan sebelum ini adalah betul.

"Saya tahu ia (video itu) adalah kebenaran. Saya tahu semua ini adalah betul dan sebab itu saya sertai kumpulan Datuk T. Jika tak betul, saya tak akan setuju,” katanya.

Lindung boss

Ditanya mengenai dakwaan Johari yang menafikan peranannya, Shuib berkata ahli parlimen itu mungkin membuat kenyataan tersebut kerana ingin “melindungi bossnya”.

Rakaman video 22 minit itu ditayangkan kepada beberapa wartawan terpilih pada 21 Mac lalu oleh seorang lelaki misteri yang menamakan dirinya 'DatukT'. Selang beberapa hari, Datuk T diperkenalkan sebagai kumpulan tiga anggota yang terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shuib (kiri).

Bagaimanapun Shuib tidak hadir pada sidang akhbar Rabu lalu dan ini menimbulkan spekulasi bahawa mungkin beliau menyertai secara tidak rela.

Shuib, yang suaranya menunjukkan keletihan ketika perbualan telefon juga berkata beliau ada menerima ancaman bunuh.

Namun, beliau menolak laporan New Straits Times, semalam yang mendakwa beliau secara sukarela mengenakan tahanan rumah ke atas dirinya. Katanya, beliau masih keluar dari rumah.

"Polis hanya beritahu saya supaya berhati-hati,” katanya sambil menafikan juga beliau diberi perlindungan polis.

Shuib juga berkata polis telah mengambil keterangannya sebanyak dua kali, yang terbaru adalah dua hari lalu.

Beliau berkata masih menghuni di rumahnya di Kuala Lumpur tetapi bergurau bahawa beliau akan 'bersembunyi' di kampung halamannya di Sungai Petani, tidak lama lagi.

"I nak sembunyi dah. I dah nak lari,” katanya sambil bergelak.

- malaysiakini

Wednesday, March 30, 2011

Sex video may strengthen Anwar, says WSJ

KUALA LUMPUR, March 30 — The sex video implicating Datuk Seri Anwar Ibrahim could end up strengthening his position if he can convince Malaysians he is not the man in the recording, a leading US newspaper said today.

The internationally distributed Wall Street Journal (WSJ) said that if the opposition leader is successful in his denial, it will reinforce the belief that he is the victim of a political ploy and turn the tables on Umno, seen to be the perpetrators of the sex tape.

“If Anwar can convince Malaysians that he is not the man on the tape, this latest attack will only make him stronger, since it will bolster the belief at home and abroad that he is the victim of politically motivated persecution.

“That would spell bad news for the ruling United Malays National Organization (Umno), which says it has nothing to do with the sex tape,” it said in an opinion piece today.

It wrote that the Umno-led Barisan Nasional (BN) is currently vulnerable despite Prime Minister Datuk Seri Najib Razak steadying the ship since taking power in April 2009.

This is due to corruption scandals such as the potential RM12.5 billion cost overrun in the Port Klang Free Zone project that are occurring on its watch, the newspaper said.

Anwar’s PKR has alleged that Najib is involved in the video, a claim which gained credence when Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik — who had to resign in 1994 as Malacca chief minister after accusations of statutory rape — admitted to his involvement.

But Umno has been quick to distance itself from its former Youth chief, and Najib himself called for the public to focus on police investigations into the identity of the man in the video, not the allegations of his party’s involvement.

The WSJ added today that the timing of the tape is politically significant as snap elections are expected later in the year.

The Sarawak state elections, where the opposition hopes to make significant gains, will be held on April 16.

However, the newspaper said that public scepticism over “the ever-lengthening list of allegations against Anwar suggests they may no longer have the power they once did to ruin political careers.”

Alternative sources of information are developing, and as Malaysians become better informed, they are more independent-minded, it wrote.

The Permatang Pauh MP is currently facing a second sodomy charge, after having a previous conviction in 1998 overturned in 2004, and has also been repeatedly accused of sexual misconduct by, among others, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir, who sacked Anwar as deputy prime minister in 1998, had claimed in his recent autobiography that Anwar had propositioned at least four girls for sex in the 1990s.

But the WSJ said that the reversal of Anwar’s sodomy conviction due to inconsistent evidence and the assault he received in custody prior to the trial has resulted in his current sodomy trial being greeted sceptically by Malaysians.

by Shannon Teoh
Malaysian Insider

Tuesday, March 29, 2011

Ex-cop says Rahim likely to escape blame for sex video

KUALA LUMPUR, March 28 — A former senior police investigating officer said today that he did not expect Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik to be prosecuted over the sex video scandal because of the ultimate involvement of Tan Sri Abdul Gani Patail as Attorney-General.

Zain predicts Gani will give Rahim another free pass

Former Kuala Lumpur CID chief Datuk Mat Zain Ibrahim also accused Abdul Gani of hijacking an investigation against Datuk Seri Anwar Ibrahim in 1999 in order to conceal his role in “indemnifying” the former Malacca chief minister from being prosecuted for corruption.

The investigation, he explained, had been wrested from him and given instead to former Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan, who was then an investigating officer.

Mat Zain added that the Anti-Corruption Agency (ACA) had already issued a recommendation for Abdul Rahim to be prosecuted for four counts of corruption — three under the Emergency (Essential Powers) Ordinance and one for making a false Statutory Declaration, punishable under Section 193 of the Penal Code.

But according to a complaint by Anwar, then prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, then Attorney-General Tan Sri Mohtar Abdullah and Abdul Gani, who was then a senior deputy public prosecutor, had “indemnified” Abdul Rahim from prosecution in exchange for his resignation from all government and political posts.

Rahim has confessed to being party to the sex tape

Mat Zaid wrote in an open letter to Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar today that he expected the police to handle the ongoing investigations on the sex video case in a professional manner, but expressed concern that Abdul Gani’s participation would eventually see Abdul Rahim walking away a free man again.

“I am fully confident that the police are able to carry out their responsibilities in a professional and impartial manner and will not be influenced by outside pressures.

“However, this investigation will later be handled by Abdul Gani as the Attorney-General. It is at this stage where it is expected that manipulation, fraud and forgery will occur, particularly when one is aware of how Abdul Gani and Musa handled the other cases involving Anwar and Abdul Rahim,” he told the IGP in his letter.

Mat Zain said the matter had first reached his hands when Anwar had sent him a copy of the ACA report against Abdul Rahim along with a police report on August 20, 1999.

The report, he explained, was classified as “official secrets” and explained that the agency had compiled enough evidence to prove a “prima facie” case against Abdul Rahim.

“The ACA report was validated by the prosecution division of the Attorney-General’s Chambers and signed by Abdul Gani who classified the document as ‘secret’.

“The documents were said to have been given to Anwar by the Attorney-General and/or Abdul Gani while Anwar was still the deputy prime minister,” he said.

Mat Zain explained that the AG’s Chambers had wanted to classify the case under the Official Secrets Act 1972 while the police had suggested that the case be investigated under Section 2(1) of the Emergency (Essential Powers) Ordinance on abuse of powers.

He added that an investigation against Abdul Rahim under the Emergency Ordinance would involve the recording of statements from Dr Mahathir, the late Mohtar, Gani and other prominent leaders.

“But on August 28, I received a letter from the AG’s Chambers addressed personally to me, specifically stating that the report Anwar lodged against Abdul Rahim would be investigated by Musa as Abdul Gani had supposedly lodged a report against Anwar for committing an offence under the Official Secrets Act,” said Mat Zain, referring to Anwar’s exposure of the ACA report.

“To be clearer, I can say that the report involving Abdul Rahim was hijacked by Musa Hassan from the hands of the CID,” he added.

Mat Zain, however, stressed that he had never seen the report purportedly lodged by Abdul Gani.

“And never before has the AG’s Chambers ever chosen its own investigating officer to investigate a police report,” he said.

Zain accused Musa of hijacking the graft probe on Rahim

Mat Zain also attached a copy of the AG’s Chamber’s notice to him in his letter to Ismail.

“The comparison that can be drawn from here is that when it comes to handling an investigation against Anwar, Abdul Gani and Musa are willing to do whatever it takes, including forcing a government servant to prepare false reports, fabricate DNA evidence, cheat and do anything that is against the law and against all logic in order to convict Anwar,” he charged.

Mat Zain, who was the investigating officer in the infamous 1998 “black-eye” case involving Anwar, has repeatedly accused Abdul Gani of being corrupt and having committed numerous offences to protect his position.

Among others, he has claimed that Abdul Gani had falsified evidence in the probe against Anwar for his first sodomy trial, including the DNA evidence.

“Now, although Musa has retired, but Abdul Gani is still the AG. So when this sex video investigation reaches him, it can be expect what his stand will be, especially since this video is yet another clash between Abdul Rahim and Anwar,” he said.

Mat Zain stressed that he had no personal vendetta against Abdul Rahim but was concerned that the sex video case would see the former chief minister getting off scot-free, despite his admission to his involvement in the caper.

Abdul Rahim, along with businessman Datuk Shazryl Eskay, had last week admitted to being behind the sex video allegedly featuring Anwar having sex with a foreign prostitute.

Anwar has since denied being the man in the tape and has gone on a nationwide campaign to convince voters of his innocence.

- themalaysianinsider

Saturday, March 26, 2011

Mahathir, Najib harus bertanggungjawab terhadap video seks palsu

Fitnah telah menjadi budaya dan amalan UMNO sejak sekian lama, malah di saat parti itu kehilangan sokongan, fitnah adalah satu-satu senjata mereka untuk terus berkuasa. Oleh itu penerbitan video seks palsu bertujuan memburukkan Anwar Ibrahim tidak mengejutkan.

Walau pun bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik dan beberapa individu tampil menyatakan mereka terlibat, dua tokoh berpengaruh dalam UMNO, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Najib Razak adalah mereka yang harus memikul tanggungjawab.

Ini kerana kedua-dua tokoh memainkan peranan penting menyuburkan budaya fitnah dengan memberi ganjaran dalam bentuk wang dan pangkat kepada mereka-mereka yang sanggup menjadi alat bagi menjayakan sesuatu fitnah.

Pada tahun 1998, Anwar difitnah melakukan liwat dalam satu konspirasi oleh Mahathir yang turut melibatkan hakim, polis, Peguam Negara serta beberapa individu. Rekod menujukkan mereka diberi ganjaran besar.

Hakim Mahkamah Tinggi, Augustine Paul dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan kemudiannya Hakim Mahkamah Persekutuan.

Manakala Hakim Mahkamah Rayuan, Pajan Singh Gill dan Richard Malanjum dinaikkan pangkat sebagai sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Ariffin Jaka juga dinaikkan dari Hakim Mahkamah Tinggi menjadi Hakim Mahkamah Rayuan. Mereka dinaikkan pangkat lebih awal berbanding hakim-hakim yang lebih senior ketika itu seperti Gopal Sri Ram, Mokhtar Sidin, Denis Ong and Abdul Kadir Sulaiman. Peguam Negara, Mohtar Abdullah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Pegawai penyiasat, Musa Hassan meroket daripada ke SAC2 kepada SAC1, Pengarah Siasatan Jenayah dan kemudiannya Ketua Polis Negara. Timbalan Pendakwaraya, Abdul Gani Patail dinaikkan sebagai Peguam Negara.

SAC 1 Mohd Rodwan Mohd Yusof dilantik menjadi Ketua Polis Melaka.

Individu lain seperti seperti Azizan Abu Bakar yang pada asalanya adalah seorang pemandu telah mendapat ganjaran dan djadikan pengarah sebuah syarikat.

Kemudian fitnah ini diteruskan oleh Najib mencipta satu lagi konspirasi baru, kali ini tuduhan rekayasa dibuat dengan Anwar dituduh meliawat Saiful Bukhari Azlan. Apakah ada yang percaya bahawa Saiful dan pemain-pemain lain yang menjayakan skrip fitnah ini tidak diberi ganjaran?

Ummi Hafilda Ali kini berceramah ke seluruh negara memburukkan Anwar. Malaysiakini baru-baru mendedahkan pengakuan seorang ahli perniagaan, Baginda Minda yang mendakwa bahawa seorang menteri senior menawarkan sehingga RM10 juta kepada Ummi Hafilda untuk berbohong terhadap Anwar di dalam mahkamah.

Natijahnya, Mahathir dan Najib seolah-olah memberi mesej kepada rakyat bahawa mereka digalakkan memfitnah dengan ganjaran besar menanti. Malah mereka juga akan dilindungi. Kerana itu, Rahim Tamby Chik dan individu-individu tersebut berani membuat video seks palsu, iaitu fitnah terbesar dan terjijik setakat ini di Malaysia.

Najib dan Mahathir mesti memikul tanggungjawab!

*Kenyataan media oleh Saifuddin Nasution Ismail selaku Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.

- merdekareview

Peguam Eskay nafi Anwar enggan beri keterangan

Selepas bekas pengawal peribadi seorang menteri mendakwa ada kemungkinan ahli Datuk Shazryl Eskay Abdullah marah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak memberi keterangan dalam kes jambatan bengkok, seorang peguam yang mewakili plaintif, hari ini menafikan perkara itu.

CV Prabhakaran, yang merupakan peguam utama Eskay dalam saman pada tahun 2002 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pengarah eksekutifnya, Datuk Yahya A Jalil, berkata ketua pembangkang itu sebaliknya bersedia memberi keterangan.

“Saya boleh mengesahkan bahawa Anwar memang bersedia untuk memberi keterangan dalam kes itu. Ia bukan satu kes di mana Anwar tidak bersedia memberi keterangan kerana beliau sedia berbuat demikian,” katanya sambil menambah beliau sedia dipetik memberitahu demikian.

“Apa yang saya boleh katakan ialah peguam, Eskay dan saya telah memutuskan untuk tidak memanggil Anwar untuk kes ini. Ini berikutan Eskay dan defendan Yahya tidak menafikan bahawa peranan Anwar adalah hanyalah menyerahkan surat mereka (Yahya and Merong Mahawangsa) kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU).

“Oleh kerana tiada penafian terhadap peranan kecil Anwar itu, maka kami memutuskan untuk tidak memanggil Anwar and Eskay bersetuju,” katanya kepada Malaysiakini.

Prabhakaran juga adalah salah seorang peguam pembela yang mewakili Anwar dalam kes liwat II.

Mohamad Mahti Abdul Rahim - bekas pengawal peribadi seorang menteri - mendakwa Eskay marah kerana Anwar enggan menjadi saksinya dalam satu saman sivil melibatkan projek 'jambatan bengkok'.

Selepas hampir 10 tahun, kes tersebut telah dipindahkan kepada tiga hakim, sebelum dipindahkan kepada Hakim Datuk VT Singham, dan didengar bulan ini.

Awal minggu ini, Hakim Singham telah menetapkan 5 Mei untuk mengumumkan keputusannya.

Dalam kes itu, Shazryl menuntut RM20 juta dari Merong Mahawangsa and Yahya kerana didakwa mungkir kontrak selepas dia membantu mendapatkan projek tersebut

Mahti telah memberi keterangan dalam perbicaraan itu sebagai saksi pertama plaintif (Eskay) apabila dia memberi keterangan bahawa dia melihat bekas bosnya, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob, yang ketika itu merupakan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, memberi surat EPU kepada Eskay untuk melaksanakan projek jambatan menggantikan tambak Johor.

- malaysiakini

Pekong dan niat jahat Eskay terbongkar

Inilah antara contoh manusia yang bertuhankan harta-benda dan nafsu sarakah hasil didikan UMNO laknatullah. Baginya, soal dosa pahala bukan lagi jadi perhitungan. Yang penting segala niat jahad, hasad dengki dan dendam kesumat mesti dilaksanakan dalam apa jua bentuk sekalipun. Peduli apa dengan undang-undang yang ada sebab pihak berkuasa tak berani menyentuhnya kerana mereka hanya bertindak mengikut arahan 'big boss'.

Golongan munafiq seperti ini menyangka segala rancangan jahat mereka memfitnah Anwar akan berjaya dan rakyat pasti percaya dengan segala pembohongan itu.

Malangnya mereka tidak sedar bahawa Allah SWT telah membalas secara tunai segala tipu-daya yang dilakukan itu dengan mendedahkan segala pekong yang ada di dalam dada mereka. Hakikatnya, mereka memperolok-olokkan diri sendiri.

Semalam, bekas bodyguard Megat Junid telah mendedahkan apakah motif sebenar Eskay memfitnah Anwar melalui video lucah itu.

Eskay mahu balas dendam Anwar, kata bekas staf Megat Junid

Nota tulisan tangan, didakwa ditulis oleh Shazryl Eskay, yang ditunjukkan oleh Mohamad Mahti kepada pemberita di Kuang, Rawang hari ini.

RAWANG, 25 Mac — Seorang bekas anggota polis berkata Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media, Isnin lalu.

Rakaman video seks itu mendakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China.

Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl marah kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kes itu sedang berlangsung di mahkamah dan Megat Junid pernah menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir.

“Selepas beliau bercakap dengan marah mengenai Anwar, beliau mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar), berkata ‘saya akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar, dengan apa jua cara pun,” katanya.

Mohamad Mahti sendiri bersetuju menjadi saksi dalam kes dibawa Shazryl mendakwa beliau dijanjikan akan dibayar RM20 juta kerana berjaya memperoleh projek jambatan bengkok RM460 juta yang menghubungkan Singapura dan Johor.

Katanya, selepas dia memberikan keterangan pada 8 Mac lalu, Shazryl mula bercakap buruk tentang Anwar ketika berhenti rehat dan disambung pada keesokan hari.

“Sama ada rakaman ini betul atau tidak, saya tidak tahu. Tetapi beliau mahu menjatuhkan Anwar Ibrahim. Beliau berkata Anwar curi wangnya,” katanya lagi.

Mohamad Mahti juga berkata, Shazryl bertemu dengannya minggu lalu untuk bertanya sama ada boleh mendapatkan bekas anggota unit tindakan khas bagi tujuan keselamatan apabila menayangkan rakaman video.

Mohamad Mahti berkata, dia mengikut Shazryl ke rumah Datuk Shuib Lazim, seorang lagi Datuk T dan mendapati Bendahari Perkasa itu penasihat ahli perniagaan terbabit yang mengendalikan kilang baja dan akan menjadi pengerusinya dalam waktu terdekat.

“Eskay juga berkata beliau melakukan ini bagi (seorang) No. 1,” katanya sambil menambah, Shuib kelihatan keberatan untuk membantu Shazryl.

“Saya tidak tahu siapa orang itu dan saya juga tidak tanya siapa yang dia maksudkan,” kata Mohamad Mahti apabila ditanya sama Shazryl merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang Anwar menuduh terlibat dalam pendedahan video seks ini.

Mohamad Mahti, 53, berkata dia kali pertama bertemu dengan Shazryl ketika menjadi pakar fisioterapi bagi Persatuan Badminton Malaysia pada 1990-an.

Katanya, Shazryl kemudian diperkenalkan kepada Dr Mahathir dan Anwar di mana pada masa yang sama khidmatnya diperkenalkan kepada mereka.

Mohamad Mahti juga berkata, dia diberi wang saku RM5,000 kerana menguruskan pertemuan dengan Ahli Parlimen Salak Tan Sri Tajuddin Rahman, yang merupakan Pengerusi Felca, dipercayai untuk mendapatkan kontrak membekalkan baja.

Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, seorang lagi Datuk T pula merupakan Pengerusi Risda.

Mohamad Mahti berkata sebulan kemudian Shazryl memberikannya satu nota tulisan tangannya menjanjikan pelbagai pegawai termasuk Tajuddin potongan bagi setiap tan baja dijual kepada Felcra.

“Saya merasakan ini rasuah, jadi saya SMS kepada Tajuddin meminta agar melupakan segala-galanya,” kata beliau sambil menunjukkan tulisan tangan yang menggunakan dakwat merah.

Mohamad Mahti berkata salah seorang pengawal peribadi Anwar yang bernama Moktar ada menghubunginya untuk bertanya mengapa Shazryl melakukan yang ini sedangkan baru seminggu lalu beliau ada membawa keluarganya bertemu dengan Ketua Umum PKR itu.

“Saya memberitahu bahawa saya tidak tahu apa-apa tentang video ini sehingga ia dikeluarkan,” katanya kepada pemberita di Kuang dekat sini hari ini.

Mohamad Mahti menambah, Shazryl ada mengatakan bahawa beliau pernah banyak membantu Anwar dan membawa bekas timbalan perdana menteri itu ke Singapura untuk melakukan ujian DNA bagi membuktikan dakwaan akhir 1990-an bahawa beliau adalah bapa bagi anak Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, sebagai tidak benar.

Dia juga berkata, Shazryl mendakwa ada membantu Anwar untuk menghantar keluar blogger Raja Petra Kamaruddin untuk meninggalkan negara ke United Kingdom.

Katanya, dia tidak diminta oleh sesiapa agar membuat dakwaan ini sambil berkata “jika saya dibayar, kita sepatutnya mengadakan sidang media di bilik berhawa dingin.”

Shazryl dan Abdul Rahim ditahan oleh polis awal hari ini berkaitan dengan seks video ini.

- themalaysianinsider

Friday, March 25, 2011

Kenapa Polis tidak tahan Rahim dan Eskay?

Pasukan Polis seharusnya sedar bahawa mereka adalah penjawat awam sebagaimana kakitangan awam yang lain. Gaji mereka dibayar dengan wang rakyat (pembayar cukai). Bukan UMNO. Hatta seluruh hasil negara seperti petroleum, getah, minyak sawit dan lain-lain adalah milik rakyat. Kerajaan hanya diamanahkan untuk mengurus dan mentadbir segala hasil dan pendapatan negara secara telus dan berhemah demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat seluruhnya.

Malangnya sejak beberapa dekad lalu, terbukti pasukan Polis telah menjadi 'barua' UMNO dengan mengamalkan sikap 'double-standard' sehingga menimbulkan rasa benci rakyat terhadap mereka.

Dalam kes penayangan video seks oleh Rahim Thamby Chik dan Eskay, kenapa Polis enggan bertindak tegas terhadap mereka berdua? Walhal memiliki dan menayangkan video lucah kepada umum merupakan kesalahan yang boleh didakwan dan dipenjara.

Soalnya, kenapa Polis cukup pantas bertindak jika ada sesuatu laporan yang dibuat terhadap pemimpin pembangkang walaupun jelas ianya fitnah?

Cuba nilai sendiri jawapan di bawah yang diberikan oleh KPN Ismail Omar ketika diajukan pertanyaan oleh wartawan mengapa trio itu tidak ditahan;

"Beritahu saya apakah kesalahannya (yang dilakukan oleh mereka)?" Bagaimanapun, tambah beliau, polis akan menahan trio tersebut sekiranya mereka terbabit dan terdapat bukti yang mencukupi.

Punyalah bodoh jawapan yang diberikan oleh seorang KPN. Kita nak tanya, si Imail Omar ni Ketua Polis Negara atau Ketua Polis UMNO?

Walhal seluruh dunia dah tahu si Rahim Thamby Chik dan Eskay merupakan orang yang bertanggungjawab menayangkan video lucah pada wartawan, kemudian memanggil Datuk Johari Abdul untuk menontonnya dengan niat jahat untuk memfitnah Anwar serta mahu mempengaruhi MP Sungai Petani itu agar percaya dan keluar PKR.

Ohhh... kalau pemimpin Pakatan Rakyat, cukup pantas KPN mengarahkan anak buahnya bertindak hanya berdasarkan laporan palsu.

Penulis berdoa' semuga Allah segera menurunkan balasan kepada KPN Ismail Omar dan mana-mana anggota Polis yang bersekongkol dengan UMNO laknatullah.

Kita sebagai rakyat seharusnya sedar dan insaf bahawa sudah sampai masanya untuk kita hentikan segala bentuk kezaliman, rasuah dan penyelwengan yang sedang bermaharajalela dalam negara ketika ini dengan melakukan perubahan dalam PRU13 nanti.

Bersama Kita Menyokong Pakatan Rakyat

Eskay minta saya dapatkan ‘UTK’, kata bekas pengawal peribadi Megat Junid

RAWANG, 25 Mac — Seorang bekas anggota polis hari ini mendakwa Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah mendampinginya minggu lalu untuk mendapatkan beberapa bekas anggota unit tindakan khas (UTK) khusus untuk sesi tayangan rakaman video seks Isnin lalu, yang pendedahannya mendakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing.

Mohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, dia bertemu dengan ahli perniagaan itu minggu lalu.

“Beliau bertanya saya sama ada boleh membantu mendapatkan dua bekas anggota UTK. Apabila beliau berkata ia untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya memberitahu beliau saya tidak mahu tahu apa-apa langsung,” katanya.

Mohamad Mahti, yang pernah bekerja untuk bekas menteri itu selama 18 tahun menambah, dia tidak mahu terlibat dalam apa-apa masalah meskipun mengenali Shazryl (kiri) sejak 1980-an.

“Tetapi sekarang, dengan adanya semua dakwaan, saya merasakan saya perlu mendedahkan kebenaran. Datuk Eskay adalah Si Kitol,” katanya.

Mohamad Mahti berkata Shazryl mengenali Anwar sejak Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menjadi menteri kerajaan pusat pada 1990-an.

Katanya, Shazryl kemungkinan marah selepas Ketua Pembangkang itu tidak mahu memberikan keterangan dalam kes saman berkaitan komisen RM20 juta berkaitan pemerolehan projek jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singapura.

“Sama ada pita (rakaman) ini betul atau tidak, saya tidak tahu tetapi ia satu tindakan tidak bermoral,” katanya lagi.

Mohamad Mahti berkata dia pertama kali bertemu dengan Shazryl ketika beliau berkhidmat sebagai pakar fisioterapi Persatuan Badminton Malaysia tahun 1990-an.

“Datuk Megat pernah mengalami masalah otot dan Shazryl disyorkan kepada saya, jadi saya perkenalkan kepada Datuk Megat,” kata beliau.

“Tetapi apabila Datuk Megat berhadapan dengan barah dan malah ketika beliau meninggal dunia, Eskay tidak pernah melawat beliau langsung,” katanya.

Kini katanya, Shazryl mengusahakan lima kilang baja di Thailand dan rapat dengan (Tan Sri) Abdul Rahim (Thamby Chik) sebab beliau merupakan Pengerusi RISDA manakala Shuib pula bapa mertua Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

Shafie juga merupakan naib presiden Umno.

“Beliau juga cuba rapat dengan Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Rahman agar dapat kontrak jual baja,” katanya lagi.

“Eskay adalah pembohong. Apa saja dia kata adalah pembohongan,” kata beliau kepada pemberita di ladang kambingnya di Kuang dekat sini hari ini.

“Saya akan membantu jika polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu menyoal siasat. Jika Eskay mahu menyaman saya, silakan. Saya tidak bimbang,” katanya lagi.

- themalaysianinsider

Video Seks : Kenyataan Media Chegu Bard

Kenyataan media ini dibuat susulan kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.

Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO. Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.

Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal. Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)

Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.

Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.

Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.

Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.

Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.

1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

2. Saya telah 'berpura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.

3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang lansung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

UMNO beri 'bonus besar' pada Anwar dan Pakatan

Teringat penulis pada kata-kata TGNA "Kalau syaitan nak tolong kita, nak buat macamana. Bukan kita minta pun. Ini semua kehendak Allah Yang Maha Menguasai hati manusia", ketika membidas tohmahan UMNO yang menuduh PAS bersahabat dengan DAP.

Dalam konteks isu video seks yang sedang hangat diperkatakan sekarang, penulis melihat betapa dungunya manusia yang bernama Rahim Thamby Chik dan Eskay itu. Dan penulis cukup yakin tindakan mereka berdua ini telah mendapat lampu hijau dari Najib.

Justeru, komplot untuk menjatuhkan Anwar itu telah memanggil orang PKR pertama, Datuk Johari Abdul, bagi menonton video tersebut. Sebab Johari antara orang yang diyakini boleh dipengaruhi ekoran sejarah hubungan baiknya dengan Najib ketika dalam UMNO, hatta sehingga ke hari ini.

Mungkin percaturan mereka, sedangkan 6 MP PKR boleh dibeli dengan mudah, inikan pula Johari yang memang ada hubungan yang baik dengan Najib. Sudah tentu beres. Sebab itulah Rahim Thamby Chik telah bertindak memujuk beliau agar meninggalkan Anwar atas sebab moral. Malah bersedia untuk membawa Johari bertemu dengan Najib bagi berbincang soal wang dan kedudukannya jika bersetuju meninggalkan PKR.

Malangnya percaturan politik si Rahim dan Eskay meleset jauh bila pada 22 April, Johari telah mendedahkan siapakah dalang sebenar di sebalik video seks itu dalam satu sidang media di Parlimen. Tum...! UMNO terjelepok ke tanah dengan satu pukulan maut dari MP Sungai Petani tu.

Semalam, si Ketua Pemuda UMNO, Khairy menafikan penglibatan UMNO dalam kes video itu. Sebelum itu, Najib buat kenyataan bahawa pihak Polis tidak terlibat dalam pembikinan video seks tersebut. Bermakna Najib tahu dah pasal kewujudan video tu. Sepupunya pulak, si Hishamuddin telah meminta pihak yang difitnah agar membuat laporan Polis dengan segera.

Soalnya sekarang, jika benar UMNO tak terlibat, mengapa Najib dan Hishamuddin selaku PM dan Menteri Dalam Negeri tidak mengarahkan pihak Polis segera bertindak ke atas pihak yang bertanggungjawab menayangkan video lucah itu di hadapan para wartawan di Hotel Carcosa.

Walhal kita semua tahu ada akta yang melarang penayangan video lucah kepada umum. Pihak yang melakukan boleh didakwa dan dipenjara jika sabit kesalahan. Di sini pun timbul tanda-tanya. Kenapa pihak Polis berdiam diri dan membiarkan saja penayangan itu dibuat kepada para wartawan?

Segala kronologi yang berlaku sudah cukup jelas membuktikan memang tindakan penayangan itu mendapat restu Najib dan UMNO.

Bodoh juga rupanya pemimpin UMNO ni... Patutlah negara ni sedang menuju bankrap dek perbuatan mereka. Iyalah... kalau dah namanya parti bodoh, maka pemimpinnya bodoh sama. Dan yang terbongok ialah para pengikutnya.

Mana tak bodohnya... Dah terang-terang dalam video lucah tu, si pelaku lelakinya berperut buncit (boroi), pungkoknya tonggek. Lepas tu pulak mukanya tak nampak kerana kameranya statik. Jelas terbukti orang itu bukan Anwar.

Kemudian tu boleh pulak panggil para wartawan untuk tengok 'tayangan perdana' dan dipaksa percaya bahawa orang itu adalah Anwar. Apa dia ingat wartawan semuanya bodoh dan tak tahu nak bezakan yang mana satu Anwar atau sebaliknya.

Dah panggil wartawan satu hal. Lepas tu boleh pulak panggil seorang MP PKR untuk tengok video jijik. Apa dia ingat Datuk Johari Abdul boleh dibeli macam 6 orang MP PKR hapraq itu ka???

Bak kata orang tua-tua "Kalau dah jahat sangat tu, memang tak boleh sorok..." Akhirnya, segala niat jahat untuk terus mengaibkan Anwar gagal dan terkena pada batang hidung sendiri.

Tak pasal-pasal, tanpa sedar, UMNO sendiri telah membantu kempen menaikkan imej dan nama Anwar di mata rakyat khususnya, di dunia umumnya. Secara tak langsung memulihkan imej PKR yang agak tercalar sebelum ini. Juga ukhwah dalam Pakatan Rakyat semakin ampuh.

Lain yang diharap, lain pulak jadinya. Inilah yang disebut oleh TGNA sebagai "Syaitan nak tolong kita, nak buat macamana. Bukan kita minta pertolongan dia..."

Penulis berdoa' semuga DSAI dan keluarga terus tabah menghadapi ujian fitnah ini. Yakinlah bahawa setiap kesusahan itu pasti diikuti dengan kejayaan dan kemenangan.

"Masa Untuk Berubah Demi Masa Depan Negara dan Generasi Anak Cucu Kita"

Amin.

Thursday, March 24, 2011

Video Seks : Orang UMNO sendiri pun tak caya

Apa dah jadi, apa dah jadi... sampai sekarang semua tak jadi. Dulu buat fitnah Anwar liwat si Azizan, tiba-tiba pecah tembelang hanya rekaan. Lepas itu fitnah pulak liwat si Saiful. Awal-awal lagi doktor HKL kata pungkok Saiful masih genuine. Tak puas hati bawa pula bukti DNA. Tiba-tiba mahkamah tolak sebab DNA curi. Pecah tembelang lagi. Apa nak jadi...? (baca ikut rentak lagu Tan Sri SM Salim)

Nampaknya makin terbongkar segala kerja jahat dan terkutuk UMNO selama ini. Dahlah segala dosa besar perlakuan jenayah, rasuah dan menyeleweng selama ini tak tertanggung, ditambah pulak dengan dosa terbesar memfitnah orang lain hanya semata-mata didorong oleh rasa takut kehilangan kuasa di tangan.

Setelah Johari dan Chegu Bard mengesahkan bahawa lelaki dalam video itu bukan Anwar, kini giliran Datuk Shuib (orang UMNO) sendiri tak percaya bahawa orang itu ialah Anwar.

'Datuk Shuib pun tak percaya'

Ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang juga bapa saudaranya, juga tidak percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditunjukkan kepadanya.

"Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari.

Menurut Johari, Shuib hanya membawa beliau menonton video itu bagi membuat pengesahan sama ada lelaki dalam video itu benar-benar Anwar.

Malah, Johari mendakwa, Datuk Trio itu bukanlah tiga, sebaliknya hanya melibatkan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Johari menjangkakan beliau menjadi pilihan Datuk T kerana hubungannya yang rapat dengan beberapa pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tum Razak sendiri.

Selain itu, tambahnya, latar belakangnya sebagai "orang sembahyang" mungkin menyebabkan isu moral berkesan digunakan padanya.

"Saya memanglah stylish, tapi kami sembahyang. Memanglah macho, tetapi saya sembahyang," katanya berseloroh.

Sambil mendakwa apa berlaku sebagai konspirasi, Johari menafikan beliau meminta wang "pelincir" sebanyak RM100,000 untuk membawa lebih ramai wakil rakyat Pakatan menonton video seks.

"Takkanlah RM100,000. Kita ahli parlimen ni bukanlah lekeh sangat. Baik saya minta RM3 juta atau RM4 juta," katanya.

Ditanya sama ada beliau mahu menyaman Eskay dan Rahim, Johari enggan melakukannya.

"Tak perlulah. Mereka pun old man," katanya lagi.

- berita asal

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger