Monday, June 27, 2011

Tak usah ugut rakyatlah, jawab dulu isu Altantuya

Semalam, Menteri KDN Hishamudin buat kenyataan, pihaknya mungkin akan menggunakan ISA terhadap penganjur Bersih 2.0 jika dilihat himpunan itu mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam. Manakala Najib pula mendakwa pembangkang menggunakan Bersih 2.0 bukan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, tapi mahu menimbulkan huru-hara.

Selain kenyataan dua individu bacul ni, 30 aktivitis PSM telah ditahan reman mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong. Sekali lagi pihak Polis diarahkan membuat tuduhan palsu terhadap mereka. Antara tuduhan yang dibuat ialah mahu menghidupkan kembali fahaman komunis dalam negara.

Jika pada tahun 1985, UMNO melalui KDN telah memfitnah Ustaz Ibrahim Libya membawa ajaran sesat bagi menghalalkan tindakan membunuh beliau dan 13 rakannya serta menahan yang lain dibawa ISA, maka tidak hairan bila Polis sengaja mereka-reka tuduhan dan bukti bagi membolehkan 30 aktivis PSM itu direman sehingga 2 Julai.

Apa erti semuanya ini?

Najib dan seluruh pimpinan utama UMNO kini sedang dihantui ketakutan akut ekoran segala dosa-dosa besar yang telah dilakukan terhadap negara dan rakyat. Bayangkan jika UMNO BN tewas dalam PRU13 dan menjadi pembangkang, apa akan jadi pada Mahathir, Najib, Pak Lah, Hishamudin, Rafidah dan ramai lagi.

Tentunya orang yang paling takut ialah Najib dan Rosmah. Kes pembunuhan Altantuya akan dibongkar semula. Dan individu yang terlibat termasuk pegawai tentera dan polis akan ditahan dan dibicarakan di mahkamah. Penulis yakin Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar yang dijadikan kambing hitam masih hidup lagi hari ini walau mahkamah telah menjatuhkan hukuman gantung.

Selain Najib, orang seperti Musa Hasan, Ghani Patail, Ismail Omar dan ramai lagi pegawai kanan Polis yang terlibat dengan pelbagai konspirasi dan kes kematian misteri akan turut dihadapkan ke mahkamah. Tidak ketinggalan juga Pengerusi SPR dan Timbalannya.

Sebab itulah seluruh kepala-kepala dalam PDRM, ATM, SPRM, SPR, Kehakiman, Jabatan Peguam Negara adalah di kalangan manusia keparat yang boleh ditali-hidungkan oleh rejim UMNO macam lembu.

Kita jangan lupa seluruh agaensi kerajaan mula dikuasai oleh orang No.1 sejak zaman Mahathir lagi. Ini penting bagi kelangsungan survival kuasa politik UMNO. Antara langkah awal Mahathir mahu menghalang kemaraan pengaruh PAS ialah menarik Presiden ABIM ketika itu, Anwar Ibrahim menyertai UMNO. Tidak dinafikan strategi politik licik Mahathir memang menjadi. Dan ramai ahli ABIM yang menuruti langkah Anwar.

Sepanjang Anwar berada dalam UMNO, PAS menghadapi kesukaran untuk melebarkan sayapnya ekoran ketokohan dan penampilan peribadi Islamik Anwar yang berjaya mengukuhkan lagi pengaruh UMNO di dalam hati masyarakat Melayu. PAS hanya ada sedikit pengaruh di Kelantan, Kedah dan Terengganu saja.

Dan era pemusatan kuasa ini berterusan sehingga ke hari ini. Dan Najib dilihat lebih 'merbahaya' daripada Mahathir. Selicik-licik Mahathir mengembang-biakkan amalan rasuah, kronisme dan nepotisme tapi rakyat masih tidak dibebankan dengan kenaikan harga minyak yang melampau. Tidak seperti zaman Pak Lah dan lebih-lebih lagi Najib sekarang.

Penulis yakin, majoriti rakyat kini semakin sedar siapa sebenarnya UMNO yang menjadi kepala BN selama ini. Negara kini sedang berhadapan dengan pelbagai masalah serius yang memungkinkan boleh jadi bankrap dalam tempoh terdekat. Semuanya angkara amalan rasuah dan penyelewengan UMNO.

Hari ini rakyat sudah mula terasa bebanan kos hidup yang semakin meningkat dalam keadaaan pendapatan tidak bertambah dan semakin hilang kuasa membeli. Kadar inflasi terus meningkat seiring dengan bebenan hutang negara.

Di sudut kuasa politik pula, dah tentu Najib dan UMNO semakin dibayangi takut hilang kuasa bila sokongan padu masyarakat Cina dan peningkatan sokongan Melayu dan India pada Pakatan Rakyat dalam PRU12 hingga 5 negeri terlepas daripada genggaman.

Selain igauan buruk PRU12 yang sering menghantui diri, Najib dan Rosmah terus diburu oleh bayangan Altantuya sepanjang hidupnya. Justeru, demi memastikan kuasa No.1 kekal dalam genggaman selepas PRU13, penulis yakin Najib akan melakukan apa saja untuk tujuan itu.

Sebab itulah Polis digunakan bagi menggagalkan himpunan raksaksa Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti selain konspirasi untuk memenjarakan Anwar semula.

Ayuh kita tunjukkan 'kuasa rakyat' pada tarikh keramat itu.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger