Friday, October 31, 2008

Di Mana Kedudukan Kita Di Sisi Allah ?

Manusia yang diciptakan Allah adalah sebaik-baik kejadian. Dikurniakan akal, penglihatan, pendengaran, naluri perasaan, rezeki dan nafsu. Pelbagai nikmat hidup yang kita kecapi selama ini seperti makan dan minum, sihat tubuh badan, berumahtangga, bekerja, berharta dan bermacam lagi nikmat yang tidak terhitung. Semuanya Allah yang berikan. Apa yang penting kita selaku hambaNya mestilah sentiasa mensyukuri nikmatNya. Jangan sekali-kali jadi orang yang kufur nikmat.

Nikmat yang paling tinggi nilainya ialah NIKMAT IMAN DAN ISLAM. Tidak semua manusia dikurniakan nikmat ini. Sebagai muslim, adalah menjadi kewajipan kita untuk memelihara nikmat ini. Tiada jalan selamat melainkan kita mati sebagai seorang Islam yang sempurna.

Tidak dinafikan, dalam mengharungi hidup ini pastinya ada cabaran, ujian dan godaan yang melanda. Musuh utama dari kalangan iblis dan syaitan serta rakan sekutu mereka puak-puak kuffar dan munafik sentiasa merancang dan berusaha untuk menyesatkan umat Islam. Serangan terancang dan licik ini telah berjaya melemahkan pegangan Islam sebahagian besar umat di dunia ini. Lebih teruk lagi, ada di kalangan umat Islam yang sanggup diperalatkan oleh puak-puak kuffar bagi memijak saudara Islam mereka sendiri.

Rasulullah pernah memberitahu, di akhir zaman umat Islam ibarat buih. Ramai tetapi rapuh.

Terfikirkah oleh kita selama ini bahawa dalam sehari nadi kita berdenyut lebih kurang 103,680 kali tanpa henti. Bermakna kita masih diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udara segar kepunyaanNya. Dengan jumlah denyutan itu, berapa banyak kali lidah dan hati kita berzikir memuja dan memuji Khaliq.

Bila direnungkan, memanglah kita ini selalu lalai dari mengingati Allah. Ketika bersolat pun kita boleh lalai dan fikiran melayang memikirkan segala persoalan hidup seharian. Kalau boleh khusyu' lima saat pun sudah berbaloi. Inilah kita sebenarnya. Betapa kotor hati dan kuatnya cinta kita pada dunia (hubud dunia). Lebih teruk lagi apabila ada di kalangan kita merasakan segala apa yang dimiliki dalam hidup ini adalah hasil daripada usaha sendiri tanpa bersandar kepada kehendak, kekuasaan dan kurniaan Allah SWT. Kita lupa terus padaNya yang telah mengurniakan segala bentuk nikmat.

Pernahkah kita merasa susah hati kerana kurang zikrullah, solat sunat, baca Qur'an dan pelbagai lagi 'amal ibadah yang boleh dijadikan bekalan mati. Memang kita tak pernah susah hati pasal ini semua. Kita merasa susah hati jika tak dapat naik pangkat dan tidak berharta. Puncanya kerana tak dapat menunaikan runtunan hawa nafsu yang mendorong untuk memiliki kereta baru, handphone baru, pakaian baru, rumah baru, isteri baru (muda) dan pelbagai lagi keinginan dan angan-angan yang meresahkan jiwa. Ramai yang tewas dalam menghadapi situasi ini. Akibatnya, lahirlah tindakan-tindakan yang bercanggah dengan Islam demi menunaikan keinginan nafsu yang membara. Rasuah, penyelewengan dan pelbagai lagi bentuk kemungkaran dilakukan bagi menunaikan hasrat beroleh kemewahan secara 'shortcut'.

Memang tidak menjadi kesalahan untuk kita mencari kesenangan dan kekayaan dalam hidup ini. Carilah sebanyak mana pun harta asalkan halal. Masalahnya, adakah kesenangan dan kemewahan itu akan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah atau sebaliknya. Jika kekayaan itu dimiliki oleh hambaNya yang beriman dan bertaqwa serta zahid, maka kemewahan itu tidak akan memberi kesan terhadap hatinya malahan digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan sebanyak mungkin 'amal kebajikan demi mencari keredhaan Ilahi. Malangnya, apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya. Semakin dikurniakan kemewahan hidup, semakin jauh dan lalai dari mengingati Allah. Terlalu sibuk dengan urusan dunia bagi menambahkan kekayaan yang sedia ada. Sejarah membuktikan apabila Qarun menjadi kufur setelah diberikan kekayaan oleh Allah.

Di mana agaknya kedudukan kita di sisi Allah ? Apalah nasib di penghujung hayat jika kita tidak berkesempatan untuk mengubati penyakit dalam hati ini. Diakui bukan satu perkara mudah untuk mensucikan hati ini. Namun kita wajib melalui proses ini. Allah sendiri memerintahkan kepada kita semua agar kembali ke pangkuanNya dengan membawa hati yang sejahtera.

Marilah kita sama-sama berdoa' semuga Allah memimpin dan membimbing sehingga kita berjaya mencapai sekurang-kurangnya tahap Nafsu Mutma'innah. Selalulah kita mengingati mati. Rasulullah sendiri menyarankan sedemikian. Insya'-Allah, ianya akan mendorong kita untuk memperbaiki diri dan membuat persediaan awal menghadapinya.

Imam Ghazali pernah menyebutkan "Kebaikan itu memang sukar dilaksanakan, jika dapat dilaksanakan akan membawa kebahagian. Kejahatan itu memang mudah dilakukan, jika dilakukan akan membawa penderitaan."

Sekadar untuk renungan bersama.

Salam Ukhwah Dari Sabah.





Wednesday, October 29, 2008

Bertemu Dua Budak Penggilap Kasut

Pagi tadi setelah menghantar anak sulong balik ke asramanya di Sek Men Arab Toh Puan, aku pun terus memandu menuju ke Sadong Jaya. Nak cari sarapan. Aku singgah di sebuah restoran mamak yang agak popular juga kat situ. Harga berpatutan dan boleh tahan ramai pelanggannya.

Aku duduk di sebuah meja kosong sambil mendail nombor seorang sahabat di Simpang Renggam, Johor. Lama juga aku 'bergayut' dengan Nokia 6300 aku. Adalah 7 minit kot. Tak kisahlah tu. Setelah selesai, aku terpandang 2 orang budak dalam lingkungan umur 8 tahun berdiri tercegat di depan meja aku. Mereka memandang aku. Aku buat tak kisah je. Selepas tu dia berdua duduk di lantai restoran berdekatan dengan kerusi aku. Lalu aku terpandang alat pengilat kasut yang dibawanya.

Teringat akan kasut yang tak pernah aku 'kiwi' sejak beli, lalu aku minta dua orang budak tu untuk kilatkannya. Sementara menunggu air dan mee goreng mamak sampai, aku pun berbual dengan mereka.

Seorang bernama Shahril dan yang satu lagi bernama Wahab. Yang bernama Shahril nilah yang menyentuh hati dan perasaan aku. Ibunya telah meninggal dunia manakala ayahnya tinggal di Sempurna. Dia duduk bersama neneknya di Sembulan. Tak pernah bersekolah. Bila aku tanya kenapa tak bersekolah, dia bagitau takde duit. Memang keluarga budak ini berasal dari Filipina. Berbangsa Suluk.

Aku termenung sejenak dan berfikir bagaimana jika aku yang berada di tempat budak tu. Adakah aku sekental jiwa budak ini yang sanggup keluar mencari rezeki dengan mengambil upah menggilap kasut. Mereka berdua pun mahu menjadi seperti kanak-kanak lain. Pergi ke sekolah menuntut ilmu. Mendapat perhatian ibu dan ayah. Tapi malangnya, si Shahril dan Wahab ini menjadi mangsa keadaan.

Bayangkanlah apa akan terjadi kepada dua budak yang tak berdosa ini di masa depan. Tanpa didikan agama dari keluarga dan secara formal. Untuk hidup di dunia mungkin mereka boleh survive tapi bagaimana kehidupan mereka berdua di Akhirat. Sudah tentu masyarakat di sekelilingnya akan mempengaruhi corak hidup mereka berdua.

Terbayang di fikiran aku, alangkah baiknya jika Islam yang memerintah Malaysia. Sudah tentu nasib kedua budak ini terbela. Mendapat didikan ilmu dunia dan akhirat yang sempurna. Dikelilingi masyarakat yang penyayang dan bertanggungjawab. Sewaktu zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz, tiada rakyatnya yang miskin. Semuanya hidup dengan selesa dan bahagia. Inilah bukti nyata hanya PEMERINTAHAN ISLAM YANG TERBAIK.

Jadi, apa tanggungjawab kita sebagai umat Islam dalam negara ini bagi memastikan nasib budak seperti Shahril dan Wahab ini terbela. Adalah menjadi kewajipan kita umat Islam memilih dan memastikan Islam yang memerintah negara ini selain daripada bantuan secara peribadi dan juga dari pelbagai pihak.

Semuga Allah SWT memberikan perlindungan, hidayah dan petunjuk kepada hambaNya yang bernama Shahril dan Wahab ini.

Sekian.

Islam Is The Best. The Way Of Life








Sunday, October 26, 2008

Hina Nabi - Pelukis Karikatur Mampus

Inilah wajah si kafir laknatullah yang begitu biadap menghina Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW melalui lukisan karikaturnya.

Si mangkuk ni ingat dia hebat kerana berani menghina Nabi umat Islam dan merasakan bahawa umat Islam tidak mampu berbuat apa-apa ke atas dirinya.

Kuasa dan kehendak Allah pasti berlaku. Tiada siapa yang boleh menghalang. Baru-baru ini Allah menurunkan balasan tunai kepada si jahanam ni.

Si jahanam ni mati dalam satu kebakaran. Dibakar hidup-hidup. Berita kematiannya telah disembunyikan oleh pihak kerajaan Denmark daripada di ketahui umum.

Aku teringat juga pasal Mahathir kat Malaysia. Sewaktu si tua kutuk ni jadi PM, dia pun pernah membuat kenyataan menghina Rasulullah dengan mengatakan Baginda menyimpan janggut kerana zaman tu belum ada pisau cukur.

Kita jangan hairan kenapa Mahathir masih sihat sehingga ke hari ini. Mungkin kita tertanya-tanya mengapa Allah belum beri balasan terhadapnya. Yakinlah, Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku pada si mamak tua ni.

Sebagai umat Islam, kita patut memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana Dia telah menurunkan balasan kepada golongan manusia biadap seperti si pelukis dari Denmark ni.

Sekian.

Salam ukhwah dari Kota Kinabalu.


Wednesday, October 22, 2008

Najib The Hindu

Sila perhatikan gambar ini dan anda buat penilaian sendiri.

Sebelum ini saya ada menyiarkan terjemahan dalam Bahasa Melayu Pengakuan Bersumpah oleh THAGARAJOO A/L THANGAVELU. Dalam akuan bersumpah ini, Thagarajoo mendedahkan bahawa Dato' Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah menggunakan khidmat seorang bomoh Hindu yang dikenali sebagai Mr. Ji bagi tujuan keselamatan diri dan kuasa.

Wahai orang UMNO, inilah bakal Presiden kamu dan bakal PM Malaysia.

Sekian, untuk makluman.

Tuesday, October 21, 2008

Pak Lah Perangkap Najib

Ramai pemerhati dan penganalisa politik mengulas bahawa Pak Lah mahu 'cuci tangan' dalam menghadapi kemelut ekonomi negara dengan meletakkan Timbalannya, Najib untuk menerajui Kementerian Kewangan. Manakala beliau pula ke Kementerian Pertahanan. Dengan kata lain 'tukar suka sama suka'.

Mungkin Najib hari ini merasa selesa di atas pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui oleh Pak Lah dan seluruh kepimpinan UMNO. Najib dan isterinya pasti sedang mengira hari untuk menjadi Perdana Menteri dan Wanita Pertama Malaysia. Siapa yang tak nak jadi PM oh..... Aku pun mahu kalau diberi peluang. Semua percuma. Rumah, kereta, telefon, air, elektrik. Lepas tu elaun puluhan ribu sebulan. Peluang nak tambah kekayaan terbuka luas. Pendek kata duduk dan tidur atas duitlah. Tambahan pula pemimpin bawahan UMNO senang dijadikan 'hamba'. Bagi projek lebih kurang, diamlah mulut mereka. Manakala ahli-ahli UMNO, tak perlu dirisaukan. Memang sejak dulu lagi dah diperbodohkan dengan janji-janji manis.

Aku melihat pertukaran Pak Lah ke Kementerian Pertahanan adalah untuk mencari maklumat terperinci berhubung penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Najib sepanjang menerajui kementerian ini. Pak Lah sendiri telah memanggil Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Dilaporkan bahawa Rosmah ada pejabat sendiri di Kementerian Pertahanan sewaktu Najib menterinya. Ada yang mendakwa jika mahu projek, tak perlu jumpa Najib. Memadai jumpa bininya saja. Rosmah yang berkuasa menentukan siapa yang dapat atau sebaliknya. Hebat rupanya bini Najib ni.

Mungkin benar sangkaan aku apabila melihat Laporan Polis terhadap Najib yang dibuat oleh 10 orang yang menggelar diri mereka Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMM) semalam. Laporan ini berhubung dengan kontrak Eurocopter Cougar EC-725 yang didakwa "lebih mahal" berbanding yang diperolehi oleh Brazil.

Berita penuh, sila klik di sini.

Bila direnung sejenak, takkanlah bodoh sangat Pak Lah nak serah begitu saja jawatan PM pada Najib. Bukan Pak Lah tak tahu yang Najib tu adalah 'anak buah' Mahathir. Selama ini pun Mahathir yang membuat serangan hebat terhadapnya berhubung dasar dan tindakan yang diambil. Pak Lah sedar bahawa serangan yang dibuat oleh Mahathir adalah bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya sebagai PM dan mengharapkan agar segera meletakkan jawatan bagi membolehkan Najib menjawat jawatan tersebut.

Baru-baru ini Pak Lah membidas Mahathir kerana berlagak sebagai pengarah di dalam pemilihan UMNO. Bidasan ini dilihat memberi tamparan kepada Najib. Penangguhan Persidangan dan Pemilihan UMNO yang dibuat oleh Pak Lah dilihat sebagai satu strategi yang terancang. Walaupun Pak Lah nampak lembik orangnya tapi dia tidak bodoh. Kita jangan lupa "Group 4th Floor" yang diketuai oleh menantunya Khairy pasti telah merangka strategi yang halus dan licik bagi memastikan Najib "Tersungkur Di Kerusi Timbalan Perdana Menteri".

Aku mengharapkan agar Pak Lah bertindak segera dengan mengarahkan Polis dan BPR membuat siasatan secara bebas dan profesional terhadap segala dakwaan dan laporan polis yang dibuat terhadap Najib dan bininya.

Ada berita yang mengatakan bahawa Pak Lah sengaja mengarahkan agar RPK ditahan di bawah ISA dengan tujuan untuk melindungi keselamatan dirinya dari diancam oleh geng Najib. Mungkin ada benarnya ancaman ini wujud disebabkan keberanian RPK mendedahkan tentang penglibatan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya.

Wahai Pak Lah, walaupun aku benci pada mu tapi aku lebih benci dan tak sanggup jika Najib jadi PM Malaysia. Kau sendiri pun tahu siapa yang terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya. Takkanlah kau nak biarkan orang macam Najib jadi PM.

Sekian.

UMNO Hilang Taringnya

Hari ini para penganalisa politik negara tengah sibuk membuat analisa-analisa terkini berhubung isu-isu hangat yang berlaku dalam tempoh terdekat ini. Lebih-lebih lagi setelah berakhir pemilihan pucuk pimpinan MCA bagi sesi 2008/2011. Rata-rata para perwakilan MCA yang hadir mengharapkan gandingan baru Dato' Ong Tee Keat bersama Timbalannya Dato' Chua Soi Lek akan membawa perubahan besar dalam MCA serta dapat mengembalikan keyakinan masyarakat Cina terhadap parti itu.

Mantan Presiden MCA, Dato' Ong Ka Ting ada menyebut di dalam ucapan terakhirnya yang meminta kerajaan mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilihat telah disalahgunakan untuk menahan musuh-musuh politik UMNO/BN.

Salah satu resolusi MCA ialah meminta kerajaan meminda akta zalim ISA ini serta mewujudkan satu sistem yang berkesan bagi memantau penggunaan ISA selain menjamin bahawa akta tersebut hanya digunakan dalam kes-kes membabitkan pengganas dan elemen subversif.

Resolusi Perhimpunan Agung Tahunan MCA kali Ke 55, klik di sini

Hari ini MCA meminta satu kerusi Timbalan Pengerusi BN. Bermakna satu kerusi Timbalan Perdana Menteri. Permintaan ini jelas menunjukkan bahawa selama ini UMNO yang mengetuai BN memang membuat keputusan sendiri dan meminta komponen-komponen lain ikut saja atas dasar kemuafakatan. MCA mula sedar bahawa banyak kepincangan yang berlaku dalam BN dan UMNO yang menjadi punca utama kekalahan teruk BN dalam PRU12. Salah satu isu besar yang menjadi punca pengundi Cina dan India beralih kepada Pakatan Rakyat ialah kenaikan harga minyak. Dikuti pula dengan isu rasuah yang melibatkan para pemimpin UMNO.

Salah seorang veteran MCA ada menyebut bahawa dalam masyarakat Cina, mereka tidak bergantung kepada parti mereka. Tidak kiralah mereka ahli MCA, DAP atau Gerakan tetapi mereka boleh duduk bersama membincangkan kepentingan bersama orang Cina. Yang menjadi payung kepada orang Cina adalah Persatuan Dong Jiao Zong. Persatuan inilah yang membuat keputusan.

Kita tak boleh salahkan MCA kerana meminta kerusi Timbalan Pengerusi BN. Memang mereka berhak berbuat demikian kerana MCA adalah parti kedua terbesar dalam negara. Kalau dilihat dari kemenangan Ong Tee Keat dan Dr. Chua Soi Lek, jelas menunjukkan bahawa seluruh ahli MCA mahukan pemimpin mereka dari kalangan yang berani mengkritik dasar-dasar kerajaan serta membela hak mereka. Semua orang tahu kedua pemimpin ini memang dikenali sebagai orang yang 'vocal'.

Baru padan muka UMNO. Mereka ingat para perwakilan MCA kali ini akan memilih Presiden yang boleh 'berlembut' dengan UMNO macam Lee Leong Sik. Percaturan mereka silap. Sudah sampai masa UMNO akan hilang taringnya.

Kepada para penyokong UMNO pula, apa yang kamu dapat sepanjang pemerintahan UMNO. Dah berapa banyak hak orang Melayu yang dibuang oleh pemimpin UMNO. Biasiswa hilang. Tanah orang Melayu hilang dan dirampas. Di Johor saja, tanah orang Melayu hanya tinggal 11%. Itu pun termasuk tanah Felda. Ha.... sokonglah terus parti haprak UMNO. Jangan terkejut satu hari nanti orang Melayu terpaksa menumpang di tanah orang Cina.

Sedar-sedarlah wahai orang Melayu. Insaflah. Jangan biarkan diri kamu diperbodohkan terus-menerus oleh para pemimpin UMNO yang hanya sibuk mengumpulkan kekayaan untuk diri mereka sendiri. Butakah hati dan mata kamu selama ini.

Sekian.

Salam Dari Negeri Di Bawah Bayu.

Thursday, October 16, 2008

Aku Kehilangan Seorang Sahabat

15 Oktober 2008, jam 9.30 mlm - aku menerima sms dari sahabat di Rengit, Batu Pahat yang memaklumkan Razak Madun telah kembali ke rahmatullah. Terdiam seketika bila aku membaca sms ini. Dalam usianya 41 tahun dia telah pergi meninggalkan dunia yang fana' ini untuk bertemu dengan Khaliq. Seorang lagi penyokong PAS telah pergi buat selamanya.

Sebelum ini aku ada dimaklumkan bahawa arwah pernah dimasukkan ke Hospital Batu Pahat selama beberapa hari setelah disahkan mengidap sakit jantung. Kalau tak silap aku bulan Februari lalu. Tak sangka pulak rupanya masalah jantungnya serius.

Walau apa pun, ini hanyalah sebagai sebab sahaja. Hakikatnya apabila ajal kita sudah sampai, maka matilah kita.

Aku berdoa' semuga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkan rohnya bersama dengan golongan hambaNya yang soleh. Kepada balu dan anak-anaknya, semuga diberikan ketabahan dan redha dengan ketentuan Ilahi.

Bagi diri kita yang masih diberi umur, marilah sama-sama kita bertaubat dan tingkatkan amal 'ibadah serta turut bersama di dalam perjuangan Islam. Sebagai Muslim, kita wajib menjadi penolong agama Allah. Bantulah perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS ini samada dalam bentuk harta, tenaga, minda dan pelbagai cara yang termampu oleh kita.

Kepada para sahabat yang membaca artikel ini, marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham Abd.Razak bin Madun.

Wassalam.






Wednesday, October 15, 2008

Kenalkah Anda Dengan Mereka ?

Kenalkah anda dengan 4 wajah yang cute ini? Mereka ini adalah buah hati Perdana Menteri.

Mereka sentiasa tunduk, patut dan taat di atas segala kehendak 'big bos'. Tak kira masa dan waktu, empat budak suruhan ini pasti melaksanakan segala kehendak PM demi menjaga survival jawatan mereka. Tidak kira samada arahan yang diberi itu bercanggah dengan Islam dan prinsip keadilan, pasti ditunaikan hingga beres.

Mereka inilah yang mengetuai Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia, Badan Pencegah Rasuah dan Surahanjaya Pilihanraya Malaysia.

Tak tahulah apa akan jadi dengan mereka ni. Mereka tidak pernah takut dengan amaran Allah. Mereka lebih takut dengan PM dan pimpinan UMNO/BN.

Selagi tak bertaubat, biar Allah melaknati hidup mereka ini. Mereka ini tidak ubah seperti orang Islam di Mekah yang tidak mahu ikut Hijrah Rasulullah disebabkan 'malu alah' dengan Abu Jahal Laknatullah yang telah bagi mereka bermacam-macam projek dan peluang perniagaan.

Kalau puak-puak ini hidup di zaman Saiyidina Umar Al-Khattab RA, dah lama kena pancung leher mereka ni. Dari sudut pandangan Islam, golongan sebegini adalah musuh utama dalam masyarakat. Segala tindakan mereka yang berkonsep 'matlamat menghalalkan cara' ini akan merosakkan sistem keadilan negara serta mengundang kemurkaan Allah. Yang menjadi mangsa adalah golongan yang tidak berdosa. Akhirnya, penjenayah dan perasuah besar bermaharajalela manakala golongan 'ikan bilis' sebagai mangsa.

Bagi yang mengetuai SPR pula, inilah manusia durjana yang sanggup bersekongkol dengan puak-puak munafiq UMNO bagi menjatuhkan kerajaan Islam Terengganu. Penipuan yang dilakukan oleh SPR dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara bagi merealisasikan matlamat UMNO/BN adalah merupakan satu dosa besar. Kepada sesiapa yang terlibat di dalam kerja kotor ini, kamu jawablah kelak di hadapan Allah SWT.

Nasihat aku kepada seluruh penjawat awam, tolong jalankan tugas anda dengan amanah dan jujur. Jangan sekali-kali kamu redha dan bersubahat dengan kerja-kerja kotor ini. Sebagai seorang Islam, kita patut sedar dan insaf bahawa segala rezeki dan kesenangan hidup adalah pemberian Allah SWT.

Semuga Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada seluruh umat Islam dalam negara ini. Menyelamatkan kita semua dari siksaan api Neraka.

Jazakallah.

Najib Jadi PM - Bala' Besar Bagi Malaysia

Aku tak dapat nak bayangkan bagaimana keadaan Malaysia setelah dipimpin oleh seorang manusia yang tiada akhlak, kaki betina, perasuah dan didakwa terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya. Perangai buruk bininya pula memang telah diketahui umum. Lebih dahsyat lagi apabila si Rosmah ni didakwa oleh RPK sebagai orang yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan Altantuya.

Jika benar si Najib Laknatullah ini berjaya menduduki kerusi No.1, percayalah ini merupakan satu bala' besar yang Allah turunkan kepada kita semua sebagai rakyat Malaysia. Janji Allah pasti berlaku. Allah SWT menjelaskan di dalam Al-Qur'an bahawa Dia akan melantik pemimpin yang zalim jika rakyat di sesebuah negeri itu semakin meninggalkan Al-Qur'an dan Sunnah RasulNya sebagai pengajaran dan peringatan. Jika rakyat masih berdegil dan tidak mahu kembali kepada Islam, maka Allah akan menghancurkan negeri tersebut.

Hari ini Malaysia sudah menjadi sebuah negara haprak pada pandangan mata dunia. Mana ada pelaburan yang masuk. Jangan dipercaya segala berita oleh media perdana milik UMNO yang mewar-warkan pelaburan dalam negara semakin meningkat. Semuanya pembohong. Memang dah dasar puak-puak munafiq ini kerjanya membohong untuk menyembunyikan pekong mereka. Bagi aku memang layak UMNO di gelar sebagai Umat Munafiq Number One.

Secara jujur aku katakan, jika ada pemimpin UMNO atau ahli UMNO yang mati, aku tidak akan sekali-kali menyembahyangkan jenazahnya walau ahli anggota keluarga dan saudara aku sendiri. Setakat ziarah sajalah. Bukan ekstrim tetapi ini adalah perintah Allah.

Aku nak habaq kat sini. Bukti betapa pemimpin UMNO benci pada Islam apabila langsung tiada peruntukan yang dikeluarkan untuk Sekolah Agama Rakyat. Sedangkan Sekolah Cina dan Tamil diberikan peruntukan berjumlah RM534 juta. Ikuti wawancara di bawah ini ;



Ambil contoh arak. Haram. Adalah berdosa besar bagi orang yang minum arak. Begitu juga halnya orang yang tidak minum arak tetapi bekerja di kilang arak, menuang arak, bekerja di premis menjual arak, menjadi tukang kebun di kilang arak, memakai baju yang ada tertulis jenama arak. Dosanya sama seperti minum arak.

Begitulah juga keadaannya orang Melayu yang menjadi ahli UMNO dan mengundi BN. Oleh kerana pemimpin UMNO menolak Islam dengan mengenepikan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an) dan melakukan segala bentuk penyelewengan dan kemungkaran, maka mereka yang terus memberi sokongan akan sama mendapat dosa tanpa disedari. Undi yang diberi adalah bukti terus redha dengan segala tindakan pemimpin mereka. Jika berterusan mereka memberi sokongan sehingga ke akhir hayat, maka Nerakalah tempat kembali.

Tahniahlah kepada semua ahli UMNO dan orang Melayu yang mahu terus menyokong UMNO/BN. Anda semua adalah golongan terpilih yang begitu bersedia untuk menahan siksaan Api Neraka. Bukan calang-calang orang yang sanggup menerima balasan Neraka kecuali bagi golongan manusia yang seangkatan dengan iblis dan syaitan. Tahniah sekali lagi kerana anda juga termasuk dalam golongan 999 daripada 1,000 orang Islam yang dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi ahli Neraka.

Semuga Allah melindungi kita daripada mendapat PM macam Najib ni.

Marilah kita berdoa' semuga Allah menjauhkan kita daripada bala' bencana ini. Amin...

Salam dari Kota Kinabalu.

Tuesday, October 7, 2008

Tahniah Kepada Mufti Perlis

Tindakan Mufti Perlis, Dr. Mohd.Asri Zainul Abidin bersara mengejut baru-baru ini membuktikan kepada kita semua bahawa UMNO memang benci kepada golongan ulama' yang amanah dalam menjalankan tugasnya.

Mufti termuda di Malaysia ini pernah bersuara lantang dalam beberapa isu penting dan kontroversi, termasuk penangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi Faizal Tahir.

Dr. Mohd.Asri sendiri mengakui bahawa beliau tidak selesa dengan "permainan politik" beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung dengan kontraknya sebagai Mufti Perlis.

Sebenarnya apa yang berlaku ini adalah perancangan Allah SWT. Allah mahu menunjukkan kepada beliau betapa 'busuknya' UMNO. Aku mengesyorkan kepada Dr. Mohd.Asri agar menyertai PAS. Terjun terus ke dalam perjuangan Islam. Gelanggang dakwah di dalam PAS terbuka luas. Inilah masanya beliau mencurahkan segala ilmu yang ada kepada seluruh masyarakat Islam di Perlis khususnya, Malaysia amnya.

Marilah kita berdoa' semuga Allah memberikan kekuatan kepada Dr. Mohd.Asri dalam menghadapi ujian ini.

Jazakallah.


Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger