Tuesday, November 29, 2011

Pembangkang keluar dewan bantah bil perhimpunan

Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih.

Ahli parlimen berkenaan juga bertindak demikian bagi membantah keputusan yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.

Kumpulan berkenaan bertindak demikian pada kira-kira jam 3.15 petang ini selepas perbahasan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (DAP-Bagan).

Kumpulan wakil rakyat berkenaan juga tidak akan mengundi secara belah bahagi untuk menghalang rang undang-undang berkenaan daripada diluluskan petang ini.

Ahli parlimen berkenaan bagaimanampun memasuki Dewan semula untuk menyertai perbahasan selepas rang undang-undang perhimpunan aman diluluskan ahli parlimen BN untuk bacaan kali ketiga secara undian suara.

Rang undang-undang itu dilulus selepas dibahaskan oleh Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) dan juga menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz.

Dewan Rakyat turut meluluskan pindaan berhubung tempoh makluman untuk mengadakan perhimpunan dan juga tempoh bantahan dan rayuan rang undang-undang berkenaan.

- malaysiakini

Mampukah rejim UMNO bertahan?

Seolah-olah macam ada kesinambungan antara PR dengan badan-badan NGO pro-rakyat dalam isu RUU Perhimpunan Aman. Protes demi protes hingga ke peringkat mahu membawa Bil baru itu ke mahkamah bagi menghalang pihak pemerintah bertindak melangkaui batasan. Dan hari ini, para peguam di seluruh negara yang bernaung di bawah Majlis Peguam (Bar Council), sekali lagi mengadakan perarakan berjalan sejauh 2 km menunju ke bangunan Parlimen untuk membantah Bil Perhimpunan Aman tersebut.

Bagi para pengamal undang-undang, tentunya mereka faham apakah 'tipu muslihat' yang terkandung dalam Akta Perhimpunan Aman 2011 yang digubal dan dibentangkan di Parlimen baru-baru ini. Pada dasarnya, akta itu memang zalim dan bertujuan menyekat kebebasan rakyat untuk berhimpun bagi meluahkan hasrat mereka.

Kita juga sedia maklum, mana-mana pemerintah yang korup dan zalim di dunia ini memang akan menggubal atau mengubah apa jua akta bagi melindungi segala bentuk bentuk penyelewengan, kepincangan dan jenayah mereka daripada diketahui rakyat.

Justeru, akta-akta seperti ISA, OSA, AUKU, Akta Polis, Akta Penerbitan dan Penyiaran, Akta Perhimpunan Aman sengaja diwujudkan bagi melindungi kepentingan kuasa politik pemerintah.

Malangnya, akta-akta zalim itu tidak mampu mengekang kebangkitan dan kesedaran rakyat yang semakin bijak dan celik politik. Malah rakyat semakin peka terhadap apa jua isu yang berlaku dalam negara.

Nampaknya, sia-sia saja Najib gunakan khidmat Konsultan Zionis APCO sebagai penasihat 20 persen. Bermula dengan projek konspirasi memfitnah Anwar, diikuti rampasan kuasa di Perak, memfitnah Elizabeth Wong, kematian misteri Teoh Beng Hock, perarakan kepala lembu, gereja dibakar, memfitnah Teresa Kok dalam isu azan, kematian misteri pegawai kastam Sarbani dan seumpamanya telah memburukkan lagi imej Najib dan UMNO itu sendiri di mata rakyat.

Najib yang telah sedia terbeban dengan skandal penyelewengan kapal selam Scorpene dan pembunuhan kejam Altantuya, juga berdepan dengan kerenah dan gaya hidup mewah Rosmah, kini terpaksa pula berhadapan dengan kemarahan rakyat dalam isu tangkapan ISA dan RUU Perhimpunan Aman.

Perlu diakui sememangnya Najib sendiri tiada keyakinan untuk menghadapi PRU13 walau pelbagai usaha dibuat termasuk pemberian MyKad percuma kepada pendatang asing bagi membolehkan mereka mengundi untuk BN sebagaimana yang didedahkan baru-baru ini. Malah ada sumber menyebut, para pemegang MyKad kod 12 (Sabah) bakal mengundi di Selangor nanti. Dan penulis percaya, mereka ialah pendatang tanpa izin yang telah memiliki MyKad sejak projek IC Sabah dilaksanakan ketika era Mahathir lagi. Dan inilah yang membimbangkan para petugas jentera pilihanraya PR Selangor.

Apakah rejim UMNO mampu bertahan dengan cara kotor ini? Kita sama-sama tunggu.

Friday, November 25, 2011

Mungkinkah riwayat UMNO berakhir di PRU13?

Kalau Anwar mendaftar diri semula di hotel 7 bintang Sungai Buloh, KL akan dibanjiri ratusan ribu rakyat yang mahu melihat rejim UMNO BN jatuh tersungkur. Kezaliman demi kezaliman, pembohongan demi pembohongan, penyelewengan demi penyelewengan dilakukan tanpa ada surutnya. Malah 'transformasi' yang dilaungkan Najib sekadar kosmetik bila 13 orang ditahan ISA, diikuti Bil Perhimpunan Aman yang semakin zalim serta mengundang tentangan pelbagai pihak.

Jika dilihat senario yang berlaku mutakhir ini, dah cukup menggambarkan negara sedang mengorak langkah ke arah negara diktator sebagaimana Tunisia dan Mesir sebelum kejatuhan Ben Ali dan Hosni Mubarak.

Sebelum ini dunia melihat Tunisia dan Mesir cukup aman tanpa sebarang tanda-tanda boleh berlakunya revolusi rakyat. Ibarat api dalam sekam. Rakyat di kedua-dua buah negara telah lama memendam rasa marah terhadap pemerintah namun mereka tidak berani melahirkan perasaan itu ekoran pelbagai akta zalim yang digubal bagi melindungi kepentingan penguasa.

Namun bila ada pencetusnya, tiada sapa menduga seluruh rakyat bangkit turun ke jalan melancarkan Revolusi Rakyat hingga sang diktator jatuh dalam keadaan hina.

Kalau rakyat Tunisia dan Mesir yang telah begitu sekian lama ditindas, dizalimi dan hidup dihimpit kesengsaraan boleh bangkit secara total, maka tidak mustahil rakyat negara ini juga boleh melakukan hal yang serupa. Mungkin kaedahnya berbeza atau sama, tertakluk kepada keadaan semasa.

Takde sesiapa pun di dunia ini yang mahu memilih jalan sukar secara revolusi yang biasanya melibatkan kematian, namun bila keadaan mendesak serta tiada pilihan lain, maka ianya pilihan terakhir dan terbaik.

Sebelum ini, rakyat khususnya golongan muda tidak minat politik, namun apa yang melanda negara sejak kebelakangan ini telah mencetuskan satu kesedaran tinggi di kalangan mereka ibarat gelombang tsunami. Ianya terbukti dengan peningkatan 50% pengundi muda berdaftar.

Dalam keadaan isu-isu besar yang melemaskan UMNO BN sejak Bersih 2.0, disusuli pula isu hutang negara, penyelewengan peruntukan projek lembu fidlot, tahanan ISA dan yang terbaru isu Bil Perhimpunan Aman telah meningkatkan kebencian rakyat hingga memaksa Kabinet memutuskan agar rang undang-undang itu dikaji semula.

UMNO kini sedang menghadapi serangan bertubi-tubi dari pihak PR. Dari satu isu ke satu isu yang terus menelanjangkan segala pekong busuk UMNO yang dah tak boleh disembunyikan lagi. Walau pelbagai cara digunakan UMNO sebagai langkah defensive termasuk cuba memburukkan pentadbiran kerajaan PAS Kelantan dalam isu air namun semuanya gagal kerana rakyat hari ini dah cukup muak dengan politik fitnah, bohong dan zalim UMNO selama ini.

Serangan yang dibuat oleh pihak Pakatan begitu sistematik dan bersepadu hingga membingungkan parti pemerintah. Di samping serangan bertubi-tubi itu, rakyat khususnya pengundi Melayu Bumiputera dah mula sedar siapakah UMNO sebenarnya. Antara yang paling ketara ialah kebencian mereka pada Rosmah.

Kalau benar bagai apa dikata, mungkinkah riwayat UMNO akan berakhir dalam PRU13 nanti?

Salam 1.18 pagi

Wednesday, November 23, 2011

Bekas OCPD sertai PAS

Bila penulis terbaca tajuk utama "Bekas OCPD sertai PAS" dalam Harakah edisi 1693, serta-merta teringat pada bekas OCPD Batu Pahat, Tuan Hj Latifi sebab penulis pernah dipanggil olehnya atas urusan permohonan permit ceramah Mat Sabu di Batu Pahat sekitar tahun 2005. Malah beliau sendiri kerap datang makan roti canai dan kaki ayam di kedai makan ahli PAS di Rengit. Kalau penulis nampak kelibatnya di kedai sahabat tu, pasti penulis pergi menemuinya untuk bersalam dan bertanya khabar. Soalan pertama yang ditanya pada penulis ialah "Bila lagi kau nak buat ceramah. Kalau nak buat, mohon permit dulu. Jangan risaulah, aku akan luluskan."

Sikap profesional beliau sebagai OCPD pernah mendapat pujian Almarhum Ustaz Fadhil Noor di Parlimen semasa Almarhum sebagai Ketua Pembangkang.

Jadinya, bila terbaca tajuk utama Harakah tadi, penulis ingatkan bekas OCPD Batu Pahat yang masuk PAS, rupanya bekas OCPD Daerah Slim River, Abdullah Omar. Mudah-mudahan Tuan Hj Latifi akan mengikuti langkah rakan sejawatannya itu.

Dalam satu program Liqa' Fikri PAS Perak di Air Kuning pada 18 November lalu, bekas OCPD Slim River itu telah mengisytiharkan diri menyertai PAS.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau mahu berjuang bersama PAS untuk menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah yang sudah menjadi barah dalam pentadbiran kerajaan BN.

Nampaknya kempen BN untuk mencemar imej PAS di kalangan anggota Polis dan tentera tidak berhasil apabila seorang demi seorang anggota pasukan keselamatan negara mengorak langkah melakukan hijrah menyertai PAS. Sebelum ini, seorang bekas pegawai tinggi TLDM berpangkat Laksamana telah menyertai PAS.

Minta pulak buat kem tentera di kawasan dia

Biasalah, orang gila kuasa ni macam-macam helahnya. Di kala tersepit, dia akan merengek-rengek minta simpati dan berpura-pura baik. Setelah hasratnya tercapai, dia akan menonjolkan dirinya sebagai wira dan tanpa segan-silu terus 'menggigit' kembali pihak yang pernah menolongnya di kala susah. Itulah dia Ibrahim Ali, yang semakin dibenci oleh pengundi Pasir Mas kerana mengkhianti Tuan Guru Nik Aziz dan PAS Kelantan yang telah memberi laluan kepadanya bertanding di Pasir Mas dalam PRU12 lalu menggunakan lambang Bulan.

Setelah mengkhianati PAS, si raja katak itu terus mencari tapak baru untuk menonjolkan dirinya sebagai adiwira Melayu. Lalu Perkasa menjadi pilihan sebagai pentas baru untuk mempopularkan dirinya namun malang bagi si munafiq ini kerana rakyat dah cukup kenal siapa dirinya yang sebenar.

Penulis masih ingat sebelum himpunan Bersih 2.0 berjalan, bukan main lagi si munafiq ini melalak melolong macam orang gila talak memberi amaran itu dan ini hingga ke peringkat membuat kenyataan berbaur ugutan kepada masyarakat Cina agar jangan keluar rumah pada hari himpunan itu.

Rupa-rupanya pada hari himpunan berlangsung, batang hidungnya pun tak nampak. Malah langsung tak kelihatan kelibat ahli Perkasa sebab penulis sendiri turut serta dalam himpunan tersebut. Cuma pihak media ada melaporkan kira-kira 20 orang ahli Perkasa dilihat sedang duduk-duduk minum di sebuah restoran sambil memerhatikan saja ribuan rakyat yang berdemo pada hari itu.

Walhal seminggu dua sebelum tarikh himpunan tersebut, bukan main lagi si raja katak nak tunjuk hero dan mendakwa puluhan ribu ahli Perkasa akan turun berhimpun bagi menggagalkan Bersih 2.0. Porahhhhh

Dan hari ini, sekali lagi si raja katak ni buat lawak bodoh. Bila merasakan karier politiknya akan berkubur, lalu sekali lagi merengek-rengek macam bayi nak menyusu meminta kerajaan membina sebuah kem tentera di kawasan Parlimennya.

Macam-macam alasan yang diberikan termasuk soal keselamatan sempadan Malaysia Thailand. Walhal kita semua cukup sedar permintaan si gila kuasa itu bukan atas dasar keselamatan negara tapi keselamatan karier politiknya yang akan berkubur.

Pada perkiraannya, jika kerajaan bina kem tentera yang besar di kawasannya, bermakna besarlah peluangnya untuk menang lagi di Parlimen Pasir Mas kerana undi tentera. Dia ingat Najib dan UMNO mahu melayan permintaannya setelah segala tindak-tanduknya sebelum ini secara tidak langsung menjatuhkan lagi imej kerajaan UMNO BN itu sendiri.

Kita lihat sajalah gelagat Ibrahim Ali selepas ni. Cuma penulis harap jangan sampai si raja katak itu mati terkujat, sudahlah... Harapannya UMNO akan meminangnya selepas bertindak menikam PAS. Rupanya parti Melayu hapraq pun merasa jijik nak menerimanya. Dahlah masalah dalaman UMNO sendiri cukup kritikal, takkanlah Najib nak menambahkan lagi bebanan parti dengan kehadiran si raja katak itu. Sorrylah...

Anyway, just keep looking what will happen to him soon.

Aka Perhimpunan : Bukti UMNO takut kebangkitan rakyat

Akta Perhimpunan yang dibentang buat kali pertamanya semalam di Parlimen jelas menggambarkan rejim UMNO semakin takut dengan kebangkitan rakyat. Dipercayai akta baru yang bakal menggantikan Akta Polis 1967 itu digubal bertujuan untuk menyekat sebarang perhimpunan aman di masa akan datang. Penulis yakin, langkah ini bertujuan, antaranya mahu menyekat rakyat daripada menyertai sebarang bentuk himpunan atau demonstrasi aman di masa mendatang. Lebih-lebih bila SAMM telah berikrar akan melancarkan himpunan Bersih 3.0 yang terbesar dalam sejarah jika kerajaan masih enggan melakukan tranformasi pilihanraya sebelum PRU13.

Soalnya, apakah akta ini mampu menyekat kebangkitan rakyat? Jika akta yang lebih zalim ini diluluskan oleh Parlimen, rasanya rejim UMNO lebih cepat berkubur dan akan mempercepatkan lagi proses penghantaran seluruh pimpinan UMNO ke penjara ekoran pelbagai jenayah yang dilakukan.

Maha Benar Allah dengan segala Firman-Nya.

Golongan munafiq UMNO yang sedang bermaharajalela saat ini memang telah ditutup mati hati mereka hingga tak dapat lagi melihat kebenaran. Bagi mereka, apa yang penting kuasa di tangan mesti dipertahankan dengan apa cara sekalipun walau terpaksa menzalimi rakyat sendiri. Langsung tidak mahu mengambil pengajaran atas apa yang berlaku pada Hosni Mubarak dan Ben Ali.

Bagi penulis, terpulanglah pada Najib dan UMNO samada mahu meneruskan segala agenda keji mereka atau sebaliknya. Akan sampai juga saat kejatuhan mereka dengan cara yang paling mengaibkan.

Kalau dulu bolehlah bodohkan rakyat dengan segala pembohongan dan propaganda melalui kaca TV. Hari ini dah jauh berbeza. Segala maklumat boleh diperolehi di hujung jari dan di mana saja dengan kemudahan dan kepantasan internet Broadband.

UMNO cukup bimbang dengan kesedaran yang begitu tinggi golongan anak muda. Malahan pelajar sekolah sendiri turut mengikuti perkembangan politik semasa ekoran kemudahan akses internet. Laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter kini menjadi pilihan rakyat untuk menyalurkan maklumat secara pantas.

Jangan lupa kebangkitan rakyat Mesir tercetus melalui Facebook.

Menyentuh isu Akta Perhimpunan itu, Lajnah Undang-Undang Guaman dan PAS Pusat memandang serius tindakan kerajaan BN membentangkan rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menggantikan Akta Polis 1967.

AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin berkata, setelah meneliti beberapa peruntukkan di dalam rang undang-undang tersebut, mana-mana orang yang waras pemikirannya akan dengan mudah memahami ia adalah akta yang bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini.

Menurutnya, menamakan rang undang-undang itu dengan Akta Perhimpunan Aman dalam keadaan akta tersebut hakikatnya melarang sama sekali sebarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan Kerajaan BN Umno dan Datuk Seri Najib ke atas rakyat.

Ujarnya, Akta Perhimpunan Aman sepatutnya memudahkan perhimpunan aman bukan menyusahkan perhimpunan aman.

Beliau berkata, jika Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat ‘draconian dan zalim, akta yang ingin digubal itu beribu-ribu kali lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin diganti.

Katanya, hanya kerajaan zalim seperti Umno sahaja berupaya terfikir untuk menggubal akta sezalim itu.

“Sebagai peguam dan AJK PAS Pusat, saya akan mengusulkan kepada pihak PAS untuk mencabar rang undang-undang ini di mahkamah supaya ianya tidak akan dimuktamadkan sebagai akta.

“Pada hari ini kami peguam PAS akan melancarkan secara rasmi ‘perang’ ke atas akta zalim ini melalui saluran undang-undang yang sedia ada,” tegasnya.

Pada masa ini, beliau berpendapat rang undang-undang itu adalah secara jelas unconstitutional kerana ianya bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, meskipun Perkara 10 membenarkan sebarang akta digubal oleh Parlimen untuk menghadkan perlaksanaan hak berhimpun namun had tersebut tidak boleh sama sekali sampai ke tahap menghapuskan sama sekali hak rakyat kepada perhimpunan aman.

Tambahnya, secara jelas akta yang ingin digubal mempunyai motif sebegitu.

“Pengalaman saya mengendalikan banyak kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram khususnya yang melibatkan ahli dan pemimpin PAS menunjukkan bahawa akta ini digubal sebagai manifestasi kekecewaan pihak Kerajaan melalui Peguam Negara yang acap kali tewas di dalam kes-kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram,” ujarnya.

Katanya, amat malang Peguam Negara dan Kerajaan Umno BN tidak menunjukkan sebarang perubahan yang positif di dalam rekodnya yang sedia buruk dalam isu pencerobohan hak asasi khususnya dalam isu perhimpunan aman.

Baginya, akta yang ingin diluluskan di Parlimen itu memburukkan lagi wajah buruk Kerajaan BN dan Peguam Negara.

“Apa pun percayalah akta ini akan mempercepatkan lagi ajal Kerajaan Umno BN insya Allah,” ujarnya.

Tuesday, November 22, 2011

Bila Menteri bodoh perbodohkan rakyat bodoh

Menteri Bodoh memang dipilih oleh golongan bodoh. Dan segala kata-katanya juga hanyalah untuk memperbodohkan rakyat yang bodoh sebab dia sedar jawatan Menteri yang disandangnya itu hasil daripada undi yang diberi oleh pengundi bodoh di kawasannya. Dan jadi bertambah malang lagi bila yang dibodohkannya itu ialah bangsanya sendiri. Orang Melayu UMNO. Kalaulah orang Melayu cerdik dari dulu lagi, orang macam Hishamuddin ni dah lama kena tendang, malah UMNO turut berkubur sama.

Dalam isu tangkapan terbaru ISA, si Menteri Bodoh KDN cuba mempertahankan tindakannya menahan 13 individu di bawah akta iblis itu dengan menyamakan akta ISA dengan Akta Patriot di Amerika Syarikat dan Akta Anti-Terrorism di United Kingdom dan Australia."

Katanya, "Seperti Patriot Act di AS, seperti Anti-Terrorism Act di UK dan Australia, yang semuanya (negara itu) memperjuangkan hak asasi manusia, dan mereka sedar dalam berurusan dengan militan dan keganasan, mereka perlu mempunyai akta sedemikian."

Benarkah apa yang dikata oleh cucu Dato' Onn ni?

Suhakam dakwa Hishammuddin tak faham rasional Akta Patriot

Suhakam mendakwa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak faham peruntukan Akta Patriot yang diguna pakai Amerika Syarikat apabila membandingkan rasional menahan seseorang di bawah undang-undang pencegahan.

Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, Akta Patriot tidak menahan manusia tanpa perbicaraan.

“Oleh itu, kenyataan Hishammuddin bahawa undang-undang baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sama dengan Akta Patriot adalah tidak benar,” kata beliau ketika menerima memorandum daripada Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Muhammad Safwan Anang Talib di sini hari ini.

Bebas dianggotai Solidariti Malaysia Malaysia (SMM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen, Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia, Pro Mahasiswa Nasional, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional, Legasi Mahasiswa Progresif dan Kesatuan Aksi Mahasiswa.

Semalam, Hishammuddin menjelaskan bahawa akta baru yang akan menggantikan ISA tetap mempunyai klausa membenarkan polis menahan rakyat tanpa bicara.

Muhammad Sha'ani berkata, Suhakam bukannya mahu melihat 13 orang yang ditahan di bawah ISA di Sabah minggu lepas dibebaskan.

“Apa yang kami mahu mereka dibawa ke mahkamah dan dibicarakan dan bukannya ditahan tanpa bicara di bawah ISA,” tegasnya.

Oleh itu kata beliau, Suhakam akan terus bersuara mengenai hak asasi manusia.

Justeru, beliau mengalu-alukan langkah Bebas mengemukakan memorandum kepada Suhakam yang mahu memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Dalam satu kenyataan semalam, Hishammuudin berkata undang-undang baru yang akan menggantikan ISA, yang akan dimansuhkan, tetap mengekalkan amalan penahanan tanpa perbicaraan.

Beliau berkata amalan itu perlu untuk memerangi kegiatan militan dan keganasan.

Beliau memberikan contoh beberapa negara yang menguatkuasakan amalan itu sebagai salah satu elemen untuk memerangi keganasan antaranya melalui Akta Patriot di Amerika Syarikat dan Akta Antikeganasan di United Kingdom dan Australia.

“Seperti Akta Patriot, seperti Akta Antikeganasan yang semuanya (negara itu) memperjuangkan hak asasi manusia, dan mereka sedar dalam berurusan dengan militan dan kegansaan, mereka perlu mempunyai akta sedemikian.

“Malahan terdapat beberapa rakyat Malaysia yang sedang ditahan di kem tahanan di Guatanamo tanpa perbicaraan selama beberapa tahun . . . kerana mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa AS. Jadi jangan bersikap berat sebelah dan kita tidak mahu bersikap hipokrit dalam perkara ini,” katanya.

Malaysia juga belajar daripada pengalaman negara-negara lain yang telah menghapuskan akta-akta sedemikian tanpa berfikir panjang dan akhirnya padah menimpa mereka, katanya.

Pada 15 September lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada perutusan khas Hari Malaysia mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Dalam pada itu, memorandum Bebas mahu AUKU dimansuhkan berdasarkan dua teras iaitu peruntukannya membunuh aktivisme mahasiswa dan mencabuli hak-hak asasi manusia khususnya mahasiswa.

Selain itu, Bebas menuntut para ilmuan mempunyai kebebasan untuk mengajar dan membuat kajian dalam persekitaran akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara, kebebasan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti dan bebas berkhidmat tanpa terikat dengan mana-mana perjanjian yang bertentangan dengan hak kebebasan berakademik yang dijamin perlembagaan.

Bebas juga mahu mahasiswa mempunyai kebebasan untuk belajar dan membuat kajian dalam persekitaran akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara, mempunyai kebebasan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti dan bebas menjalankan apa jua aktiviti seperti demonstrasi, himpunan aman, rapat umum, seminar, diskusi dan lain-lain aktiviti di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan idealisme perjuangan mereka.

Selain itu, Bebas juga mahu mahasiswa diberi autonomi atau kuasa untuk menjalankan pilihan raya kampus sendiri bagi memilih perwakilan pelajar yang bakal memimpin persatuan atau badan induk kepimpinan pelajar.

Ia juga mahu mahasiswa diberi autonomi atau kuasa untuk mengurus tadbir persatuan dan aktiviti persatuan atas kapasiti mahasiswa sendiri dan urus tadbir ini dijalankan oleh mahasiswa tanpa sebarang campurtangan mana-mana pihak termasuk pihak pentadbiran universiti.

Bebas juga menuntut mahasiswa diberikan kebebasan melibatkan diri atau menjalankan seminar dan diskusi yang membincangkan soal-soal politik, ekonomi dan sosial di mana mahasiswa berbincang dengan tokoh-tokoh politik dan pensyarah, mengemukakan resolusi, cadangan atau kritikan bercorak politik dibentang dan dikeluarkan untuk tatapan umum dan kerajaan, menjalankan penerbitan akhbar, majalah dan risalah atau kenyataan akhbar di mana mahasiswa menyuarakan cita-cita politik mereka dan menyertai apa jua aktiviti di dalam dan luar universiti di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan idealisme perjuangan mereka. - malaysianinsider

Monday, November 21, 2011

ISA : Adakah Najib dijerat sepupunya?

Mana ada amalan semangat setiakawan dan kesetiaan di dalam UMNO hingga ke saat ini. Yang ada dalam jiwa pimpinan UMNO ialah menjatuh atau memijak kawan sendiri demi menaiki tangga jawatan dalam parti korup itu. Selain hasad dengki dan khianat, amalan memberhalakan pemimpin atasan dah jadi satu kewajipan bagi mereka yang mahukan jaminan kedudukan dan jawatan selamat samada dalam parti maupun kerajaan. Lihat saja gelagat ahli MT UMNO yang sentiasa mengiyakan saja apa yang diucapkan oleh Presiden mereka. Hatta jika kenyataan yang mempersendakan Islam pun disokong sama kerana takut dicop sebagai penderhaka. Senario ini mula berkembang-biak sejak Mahathir menerajui UMNO pada 1982.

Sejarah pertukaran Presiden UMNO sejak zaman Hussein Onn lagi tidak berlaku secara gentleman, sebaliknya kerana 'diasak' oleh Timbalannya. Dan begitulah juga apa yang dialami oleh Mahathir dan Pak Lah.

Bagaimana pula dengan Najib?

Satu hal di luar jangkaan telah pun berlaku dalam negara minggu lalu. Terpampang tajuk utama muka depan akhbar "13 orang ditangkap bawah ISA".

Pastinya berita itu menggemparkan rakyat kerana pada sambutan Hari Malaysia 16 September lalu, PM Najib mengumumkan secara rasmi pemansuhan akta drakonian itu. Hanya menunggu draf baru Akta Keselamatan Negara diluluskan Parlimen bagi menggantikannya.

Dalam konteks penahanan di bawah akta zalim ini, ianya terletak di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri sepenuhnya. Bermakna, tangkapan ke atas 13 orang itu dibuat setelah Hishamuddin mengarahkan pihak Polis bertindak.

Yang menjadi tanda-tanya rakyat, mengapa masih ada tangkapan ISA sedangkan akta tersebut telah dimansuhkan.

Atau Hishamuddin sendiri sudah memulakan langkah keduanya untuk menjatuhkan imej sepupunya sendiri selepas tindakan ganas Polis 'membelasah' rakyat dalam Bersih 2.0 lalu?

Segala kemungkinan tidak boleh diketepikan begitu saja sebab dah menjadi tradisi dalam kepimpinan UMNO yang sanggup menjatuhkan siapa saja demi mempercepatkan proses naik ke satu mata tangga lagi menjadi orang No.2 parti dan seterusnya menjawat jawatan TPM.

Dalam keadaan iemj dan kredibiliti Najib terus pudar dengan pelbagai skandal termasuk gaya hidup mewah bininya serta timbulnya desas-desus dah wujud satu gerakan dalaman UMNO sendiri yang mahukan Najib berundur segera, tentunya Hishamuddin melihat senario yang berlaku sebagai satu peluang yang tidak wajar disia-siakan.

Penulis cukup yakin ada 'perbincangan' antara Muhyiddin, Hishamuddin dan Mahathir bagi memastikan Najib terpaksa berundur secara terhormat bagi mengelakkan UMNO lebih awal berkubur. Malahan pimpinan UMNO di semua peringkat turut menyedari Rosmah Mansor merupakan liabiliti kepada parti dan negara.

Ada sumber menyebut, di kalangan wanita UMNO sendiri menjadi kelu lidah mereka bila rakyat mempertikaikan gaya hidup mewah Rosmah. Ini menunjukkan orang Melayu sendiri cukup benci dan meluat dengan Rosmah. Secara tidak langsung Najib dilihat gagal mengawal bininya yang cukup terkenal dengan ilmu hitamnya. Ada sumber menyebut, kini Najib terpaksa mendapatkan khidmat seorang ustaz bagi melawan ilmu hitam bininya.

Waima apa pun, penahanan di bawah ISA itu memang ada agenda tersendiri. Sebagaimana biasa, tentunya ada mangsa yang dijadikan kambing hitam bagi mencapai sesuatu hasrat sebab cara politik UMNO ialah matlamat menghalalkan cara.

Just wait and see what next...

Sunday, November 20, 2011

Bekas perajurit dakwa nyawa dipertaruh kerana rasuah

Beberapa bekas anggota tentera, yang telah berkhidmat selama beberapa dekad, tampil dan mendakwa gejala rasuah dalam Kementerian Pertahanan telah meletakkan nyawa mereka ibarat ‘telur di hujung tanduk’.

Seorang daripada mereka, semasa forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan, memberitahu Malaysiakini, bahawa tindakan itu telah menyaksikan beberapa rakannya menjadi ‘kudung’ dan sebahagian besar mereka "menderita secara senyap".

Lelaki yang enggan namanya didedahkan itu kerana khuatir akan dikenakan tindakan tatatertib berkata, pegawai bukan tentera telah menolak cadangan pihak ketenteraan dan sebaliknya membeli peralatan kurang bermutu yang mempertaruhkan nyawa perajurit negara.

"Kita beli mesin gun AK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampangkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang,” katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya.

Contoh lain, katanya, sekitar tahun 1970-an, kaki askar-askar dijangkiti sehingga ada yang terpaksa dipotong kerana but yang dibekalkan mereka karat. Ini kerana but yang dibekalkan itu diperbuat daripada kepingan zink dan bukannya aluminium seperti yang sepatutnya.

But berkenaan bertujuan melindungi kaki askar dari pancang perangkap samar yang tersembunyi ketika peperangan gerila di hutan. Namun, katanya, ia gagal untuk berbuat demikian kerana senang berkarat ketika askar-askar meredah hutan ketika hujan lebat.

Beliau turut memberi contoh, bagaimana, poncho atau baju hujan yang berkualiti rendah itu seringkali menyaksikan perajurit basah kuyup setiap kali hujan.

"Saya dalam kesejukan berada di hutan sedangkan seseorang telah mendapat habuan besar dan berseronok di tempat lain," katanya pada majlis anjuran Transparency International di Subang.

Lelaki itu juga mendakwa mutu makanan yang berkualiti rendah dibekalkan kepada pasukan tentera dan sekiranya pegawai mereka membuat bantahan, mereka pula akan dipindahkan ke tempat lain sebagai hukuman.

"Mereka tidak peduli. Saya percaya ia masih berterusan. Askar-askar kita yang menderita,” rintihnya lagi. - malaysiakini

Saturday, November 19, 2011

'Aqidah dan Seksualiti Merdeka

Bila kita kata pemimpin UMNO munafiq dan sesat, ramai ahli UMNO yang marah dan tuduh kita suka menghukum orang sebagai munafiqlah, kafirlah dan seumpamanya. Masalahnya, ini bukan soal suka menghukum atau tidak, tapi ianya melibatakan persoalan 'Aqidah kita semua umat Islam. Sebagai Muslim, kita kena faham betul-betul hal-hal yang boleh menggelincirkan pegangan 'Aqidah kita. Jangan diingat 'Aqidah hanya boleh rosak bila seseorang itu menyembah patung, memuja keramat atau menukar agama saja, walhal terlalu banyak punca yang boleh menjerumuskan seseorang itu ke lembah kekafiran atau kemunafiqan tanpa sedar.

'Aqidah

Lupakah kita apa dia seruan pertama Baginda Rasulullah S.A.W. kepada penduduk Mekah selepas Baginda dilantik menjadi Rasul? Yaitu seruan MENTAUHIDKAN ALLAH SWT.

Sepanjang 11 tahun Rasulullah tanpa jemu menyeru seluruh penduduk kota Mekah memeluk agama Tauhid (mengESAkan Allah) dan segera meninggalkan amalan taghut penyembahan berhala amalan turun-temurun nenek moyang mereka. Yang menentang lebih ramai daripada yang menerima.

Antara orang yang pertama menerima seruan Baginda ialah Saiyidatina Khadijah, Saidina Abu Bakar dan lainnya termasuk Saidina Umar. Juga di kalangan minoriti penduduk Mekah.

Jelas di sini 'Aqidah merupakan perkara pokok dalam Islam. Kemudian disusuli pula Syari'at (ibadah). Dan kita semua tahu jika 'Aqidah rosak, maka seluruh amalan akan ditolak walau sekuat mana seseorang itu beribadah.

Politik

Dalam soal politik, bagaimana majoriti umat Islam boleh percaya dengan doktrin Kristian yang mengatakan politik lain, agama lain. Sedarkah kita doktrin SEKULARISMA ini sengaja disebarkan oleh musuh Islam untuk merosakkan pegangan 'Aqidah umat Islam itu sendiri.

Amat malang sekali bila mana umat Islam yang mengaku Allah Tuhan mereka dan Muhammad itu Rasul dan Nabi mereka, tapi dalam waktu yang sama boleh percaya dengan fahaman yang memisahkan agama daripada politik. Wana'zubillah.

Lupakah kita Rasulullah sendiri merupakan Ketua Kerajaan bagi Negara Islam Pertama Madinah. Baginda juga menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Panglima Perang. Rasanya ini sudah cukup menjelaskan kepada kita semua bahawa Rasulullah sendiri berpolitik bagi menegakkan Daulah Islamiyyah di Madinah.

Islam itu sempurna. Segala-galanya ada di dalamnya termasuk politik, negara, ekonomi, pendidikan, antarabangsa, masyarakat dan segala-galanya. Islam itu agama milik kepunyaan Allah. Manusia itu sendiri ciptaan Dia. Sudah tentulah Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk seluruh makhluk ciptaan-Nya. Justeru diturunkan Wahyu kepada para Rasul sebagai panduan umat manusia. Taurat, Zabur, Injil dan Al Qur'an.

Penulis teringat sabda Rasulullah yang bermaksud "Umat Islam di akhir zaman nanti memang ramai tapi ibarat buih."

Benar apa yang dikatakan Baginda. Hari ini umat Islam di seluruh dunia berjumlah hampir 2 bilion tetapi lemah dan tunduk kepada kuasa besar kuffar. Tak usah pergi jauh-jauh. Lihat saja apa yang berlaku di tanahair kita sekarang. Umat Islam di Malaysia hari ini telah berjaya dipecah-belahkan oleh musuh-musuh Islam yang terdiri dari kalangan orang yang mengaku Islam. Yaitu golongan MUNAFIQ.

Ada golongan sekularis, sosialis, atheis (free-thinker), pragmatis, komunis dan pelbagai fahaman songsang ciptaan musuh Islam yang menjadi pegangan sebahagian umat Islam di negara kita hari ini.

Gay, Lesbian, Biseksual

Baru-baru ini kita dikejutkan pula dengan kewujudan golongan homoseksual (gay), lesbian dan biseksual yang menuntut hak kebebasan bagi mengamalkan cara hidup songsang mereka melalui satu program Seksualiti Merdeka yang dihalang oleh pihak Polis di saat akhir. Dan ramai di antara mereka terdiri daripada orang Islam sendiri.

Antara individu yang menyokong kegiatan seks bebas dan songsang itu ialah anak mantan PM Mahathir, yaitu Marina. Beliau juga merupakan anggota Sister In Islam.

Mungkin tidak terfikir oleh kita akan wujudnya golongan manusia songsang di tanahair hari ini sebagaimana kaum Nabi Lut yang mengamalkan hubungan sejenis dalam hidup mereka.

Apakah puncanya?

Untuk menjawab persoalan ini, rasanya tidak susah. Yaitu sistem di sesebuah negara itu akan membentuk peribadi rakyat masing-masing.

Apakah sistem pemerintahan negara kita?

Sekular. Sistem yang memisahkan agama daripada politik (pemerintahan).

Undang-undang tertinggi?

Perlembagaan Persekutuan yang didraf oleh penjajah Kristian laknatullah melalui Suruhanjaya Reid.

Siapa yang mengetuai kerajaan Perikatan sejak merdeka?

United Malay National Organization (UMNO)

Daripada 4 soalan tadi, penulis rasa pembaca mampu menggarap apakah puncanya hingga boleh berlaku kebejatan gejala sosial hingga ke peringkat hubungan seks sejenis yang telah menular ke dalam masyarakat Islam sendiri.

Penolakan Al Qur'an sebagai Perlembagaan Negara

Sebenarnya apa yang berlaku di tanahair mutakhir ini merupakan bala' yang diturunkan Allah ekoran kedegilan umat Islam sendiri yang masih menyokong golongan pemimpin yang menolak Al Qur'an.

UMNO memang sebuah pertubuhan yang sengaja dirancang penubuhannya oleh penjajah Inggeris bagi meneruskan agenda jahat musuh Islam itu. Sebab itu, antara syarat untuk mendapat kemerdekaan pondan tanahair dulu ialah mesti menggunapakai undang-undang sekular yang didraf oleh Suruhanjaya Reid sebagai undang-undang tertinggi Tanah Melayu.

Dan hari ini pihak Inggeris yang pernah menjajah bumi Tanah Melayu hanya tersenyum dari jauh bila melihat seluruh agenda jahat mereka untuk memecah-belah dan merosakkan 'Aqidah umat Islam telah berjaya dilaksanakan oleh agen-agen mereka. Yaitu UMNO, parti yang mengetuai kerajaan hingga ke saat ini.

Dan begitulah juga seluruh ahli dan pendokong UMNO yang tidak sedar bahawa mereka juga termasuk dalam golongan sesat kerana undi mereka menyebabkan terhalangnya perlaksanaan Undang-Undang Allah (Al Qur'an) di negara ini.

Renung-renungkanlah...

Friday, November 18, 2011

Hoi Abu Kassim, siasat dulu Shahrizat tu

Naik geli-geleman bila penulis baca kenyataan Pengerusi SPRM yang menyatakan kesediaan pihak untuk menyiasat dakwaan wujudnya penyelewengan dalam projek pembangunan di Sabah. Tambah mual tekak penulis ni bila si Abu Kassim ni berkata menjadi tugas SPRM untuk menyiasat sebarang kesalahan rasuah tidak kira siapa 'tanpa gentar atau pilih kasih.' Pungkok hang la...

Sebelum nak siasat penyelewengan di Sabah ni, sila siasat dululah si Shahrizat Jalil yang dok songlap RM9.8 juta daripada peruntukan Projek Feedlot untuk membeli sebuah kodomonium mewah di Bangsar tu.

Dah begitu jelas bukti dokumen yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution di Parlimen baru-baru ni mengenai penyelewengan si Shahrizat tu. Malah beberapa ahli Parlimen UMNO sendiri mendesak si Menteri Penyamun Betina tu meletakkan jawatan.

Hoi Abu Kassim, kalau berani siasatlah Shahrizat dulu. Siasat sekali Najib, Rosmah, Mukhriz dan Menteri-Menteri UMNO yang lain.

Tak usah nak berlakon beranilah... Rakyat dah cukup kenal siapa SPRM yang sebenar. Rakyat tak pernah lupa atas kematian mendiang Teoh Beng Hock dan Allahyarham Sarbani di pejabat SPRM. Malah misteri kematian mereka juga masih tak terjawab hingga ke hari ini dan pihak keluarga si mati turut tidak berpuashati dengan cara Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat punca kematian mereka berdua.

Minta maaf cakaplah. Sama-sekali penulis tak percaya dengan SPRM, Polis, SPR dan JPN di Malaysia ni selagi mana UMNO BN masih memerintah negara.

Enough is enough. Segala tindak-tanduk keempat-empat jabatan ini sudah cukup melampaui batas. Bukan lagi berperanan sebagai sebuah jabatan yang bebas dan adil tapi sebaliknya secara terang-terangan telah menjadi 'anjing-anjing' pemerintah bagi melindungi kuasa politik mereka, juga segala bentuk jenayah penyelewengan pihak atasan.

Tiada jalan lain untuk kita menyelamatkan negara ini daripada terus musnah KECUALI dengan memilih Pakatan Rakyat dalam PRU13 sebagai kerajaan baru.

Sepatah kata Ku Li, "Seperti anda, saya seorang rakyat Malaysia dan saya cintakan negara kita ini. Malaysia ialah sebuah negara yang cukup indah tapi ada macam-macam masalah. Tak perlulah saya sebutkan kerana saya pasti kita semua tahu apa masalah-masalah ini. Apa yang saya nak sebutkan ialah masa depan negara kita terletak di tangan kita sendiri. Ingatlah walau apa pun terjadi, Malaysia ini negara anda. Ia negara kita. Ia memang banyak masalah. Malaysia perlukan kita semua."

Salam Pagi Juma'at

Tuesday, November 15, 2011

BN will never win GE-13 if Muhyiddin becomes PM

Malaysian Diablo

With all this fighting going on in UMNO, I think it is time the Umno-putera need to take a step back and have a broader consideration for the greater loss they are going to have to face!

Simply put the Non Malays do not trust or like their Deputy Prime Minister (DPM), and the Malay votes are divided. Therefore just by calculating half the Malay voters(non Umno supporter) and the 70% of the non Malay votes, jointly this group of disgruntled voters will cause a substantial change in Parliament.

Even the vote rigging, the sudden jump in postal votes in opposition seats together with the recent registration of immigrants as Malaysians will not be enough if the non Malays, join forces to vote out UMNO.

Our DPM has for too long portrayed himself as an ultra Muslim, in order to win support from right wing factions in Unmo and the rural Muslim. His claim that the Malays outnumber the non-Malays has been his prime justification for this ultra policy.

30 years of brainwashing , that only UMNO can save the Malays from the claws of the opposition who are waiting to destroy the Malay race, and that only UMNO can save them form becoming second class citizen in their own land, has today become an antiquated story line.

Race championing that spawned racism

Muhyiddin, who saw the effects of May 13, and whose early years were fashioned around this belief, has been prompting this view for the last 20 over years, to help build his career in UNMO.

This fear-mongering mentality, which worked so well for Tun Razak and Tun Dr Mahathir, was assisted by the fact that the indigenous parties in Borneo together with Indian and Chinese component parties within the Barisan National government, were too preoccupied or scared to give up their comfort zone within the coalition to do anything to protect the majority that they represent. And this in turn created a false belief that has hardened this ultra Malay leader into actually thinking that he is of a superior race.

In his rise to power as the DPM, it does seem that he has again failed to realize that in 2008, it was the indigenous parties who had kept the Barisan National and its Umno leaders in power especially when its traditional allies, the Indian and Chinese parties were wiped out.

The general non-Malay public are certainly very uncomfortable with the possibility that the most racist UMNO leader to-date is being groomed to be the prime minister in waiting.

Compared with other DPMs

Previous prime ministers like Mahathir built his early career on being an ultra Malay youth leader, his nemesis, Anwar Ibrahim, also followed similar steps. Both Mahathir and Anwar were initially seen as racist but when both became DPMs, they both quickly altered this ultra-image in order to garner the non Malay support

Muhyiddin, on the other hand, has decided to become even more of an ultra Malay, after taking over the DPM’s role, and has therefore smacked the hypothesis that our BN leaders are not racist but pretend to be only to climb up the political ladder. Also in the past, the opposition was weak and the Barisan National was seen as an elder brother who had built this country. Thus an ultra-Malay leader, before would have been acceptable, but today this is no longer the case!

Our present DPM continues to maintain his racist outlook to keep his grassroots supporters happy at the expense of losing all support and credibility from the non-Malays.

Insult to the Indians

Every Indian Malaysian certainly know that the Muhyiddin did not support any Indian sportsperson or student with government scholarships, when he was Mentri Besar in the state of Johor, nor has he as the DPM and the Education minister ever supported an increase of scholarships for Indians or non Bumiputeras.

The high-handed manner in which he forced the Interlok book back into the schools without keeping his promise to amend the offending passages in the book, has angered the Indians. His single-handed dismissal of the learned panel of educationists, who recommended changes in the book, has further proven to the Indians that he cannot be trusted, nor that he is willing to listen to their views. His actions seems to indicate that he may not considered them on the same level as the Malay race and himself.

His arrogance in not dealing with the Interlok book because it puts the Chinese and Indians in bad light in the school syllabus, is a clear indication of his ultra-Malay mind set.

Today, every Malaysian knows that when you meet the DPM ‘Interlok’ is a haram word like ‘Bersih’

His flag bearing boy – P Kamalanathan the Hulu Selangor MP – has done very little to help the Indians despite his impressive promises in the by-election. The people have realized that Muhyiddin is no better that the other UMNO leaders with their empty promises. At the next GE, Kamalanathan cannot stand again at the same Selangor seat, because he has not kept any of the BN promises in the by election. Those who voted him the first time will almost certainly reject him!

Chinese also dislike him

The Chinese too do not like Muhyiddin because he has taken from them without giving back. He has not offered the Chinese any part of the cake he has his hand on. And while he has surround himself with fellow Malay business entrepreneurs, there is almost no Chinese businessmen in his team. Furthermore in each by-election he has made lots of promises during his campaigning speeches, but has delivered nothing at all to the Chinese community .

As Mentri Besar of the state of Johor, he did very little to improve the Chinese lot, however he is well know to have sent out his boys to tax the Chinese businesses in Johor Baharu for financial support for the various state run events . Rumor has it that the Chinese had even complained to the Sultan to remove Muhyiddin many times. When the former PM made him a national minister, the Chinese in the state were celebrating.

The indigenous people don’t like him either

In the state of Sabah, he has been rejected by the native Sabahans for his refusal to acknowledge the existence of Project M, which diluted the ethnic natives in the state. Furthermore, his half-hearted attempts to deal with Sabah politics has further angered the people of the state who are already upset with the heavy presence of UMNO politicians eyeing its natural resources. He is hardly known in Sarawak, since he has hardly made any effort to travel to the largest Malaysian state.

Indeed, Muhyiddin has never thought much of the indigenous people of Borneo, and there is very little love lost for him from both the East Malaysian states.

This ‘wannabe prime minister’ is so ultra Malay that he automatically frightens the non-Malays into worrying that their humble piece of the cake will be crumbled even more by having such a strong ultra Malay supporter as their Prime Minister

Regarded as Umno’s ‘backbone’ by its right-wing factions, Muhyiddin has never been worried about telling the non-Malays that they are placed second in his world. While this has gone down well with his immediate supporters, who flock to be seen in his presence his unwavering determination to keep his right wing supporters happy has caused him to lose touch with the rest of the Malaysian fabric, and sight of the reality of a multi-racial Malaysia.

In Muhyiddin’s skewed mindset, the NEP is a God-given right, created by past leaders to right the injustice caused by the British colonial leaders when they flooded this nation with the ‘pendatang’ Chinese and Indians who had greedily taken control of both the economy and government of this nation.

PPSMI U-turn

Recently Muhyiddin made a strong stand without considering the pulse of the people. As the education minister, he single-handedly decided to abolish PPSMI or the teaching and learning of Mathematics and Science in English, and revert the medium of instruction to Bahasa Malaysia. Many accused him of of sabre-rattling and trying to score brownie points with the Malay electorate and Umno members ahead of the party’s December annual assembly.

Thankfully, after he was rebuked by his mentor, the ex Prime Minister Tun Mahathir, he backed down. His arrogance at not being willing to even consider the public’s opinion, coupled with his adamant rhetoric for the use of Bahasa Malaysia as being the patriotic deed , has only served to compound his racist image, and not an image of a progressive leader who will do what’s best for his nation.

His arrogant method of dismissing the teaching of Mathematics and Science in English (PPSMI) in schools just for political gain, is no different from how he dealt with the ‘Interlock’ issue,. This clearly indicates that Muhyiddin is not capable of thinking for the nation he seems only to be interested to promote his ultra Malay stand and benefit the Umnoputeras!

His famous ‘I am Malay first’ statement is proof enough for every Malaysian, that this man cannot be the head of a multi racial nation. His adamant failure to correct or even apologies for this statement has left him in total disregard by the non Malays!

His subsequent reply to critics that the Chinese can also claim to be Chinese first then Malaysian – is a clearest indication that this man has no understanding of the term multiracial, or any idea of what qualities a Prime Minister of a multi racial nation like Malaysia must possess.

78% of survey says no to PM’s post for Muhyiddin

Muhyiddin simply lacks the cultural sensitivity to lead this nation out of its already festering racial issues!

A recently conducted a simple urban survey on Muhyiddin becoming the next nation’s premier showed that more than 78% were not in favor, and 54% actually preferred to have Najib remain in control regardless of his mistakes, than to allow Muhyiddin to take the reins.

Muhyiddin’s greed to become the next prime minister will do no good for the nation. Immediately into power he will have to appease his supporters with crony projects that will continue to bleed this nation. Especially when already our coffers are near empty.

Before the UMNO warlords get rid of Najib, and his extravagant family, it may be wise for them to consider the replacement.

At present Muhyiddin may seem the ideal choice in UMNO, but he may actually be the catalyst that will bring down the entire Barisan National house of cards!

source : http://hornbillunleashed.wordpress.com/

Monday, November 14, 2011

Tiada rundingan dengan Israel, kata Zahhar

Ahli biro politik Hamas, Dr Mahmoud Al-Zahhar telah menegaskan bahawa pergerakan itu tidak pernah dan tidak akan mengadakan sebarang rundingan dengan Israel.

Dia memberitahu akhbar Al-Hayat, yang berpengkalan di London, yang disiarkan pada hari Sabtu bahawa hanya rundingan tidak langsung telah dibuat dengan Israel demi mendapatkan pembebasan tahanan Palestin sebagai balasan pembebasan askar Israel yang ditangkap, Gilad Shalit.

Katanya lagi, sebarang rundingan tidak langsung mungkin dibuat lagi hanya dalam hal yang membabitkan isu kemanusiaan seperti penyebaran wabak penyakit.

Zahhar kemudian mempersoalkan akan kesahihan rundingan dengan pihak Israel oleh Ketua PA Mahmoud Abbas telah mengambil masa begitu panjang dan terbukti gagal dan ianya sebagai membuang masa saja.

Pemimpin Hamas menolak sebarang kaitan antara keadaan tenang di Gaza dengan persetujuan pertukaran tahanan dengan Israel, menjelaskan dua isu tersebut sama-sekali tiada kaitan langsung.

Beliau juga menegaskan bahawa pengepungan Israel ke atas Gaza telah berkuatkuasa tidak berapa lama selepas Hamas memenangi pilihanraya, dan bukan selepas penangkapan Shalit. - Alqassam

1,000 jurutera di Sabah nganggur

Penulis simpati dengan nasib 1,000 jurutera anak jati Sabah yang terpaksa menganggur walau telah lebih 2 tahun keluar universiti. Ada keluaran tempatan dan juga luar negara. Persoalannya sekarang, pernah terfikirkah oleh 1,000 orang jurutera ini sewaktu masih menuntut dulu bahawa sudah tiada jaminan kerja untuk mereka bila keluar universiti. Atau mereka cukup yakin akan ditawarkan kerja oleh pihak kerajaan atau swasta?

Rasanya para jurutera yang menganggur ini cukup sedar bahawa peluang kerjaya untuk mereka adalah terhad dan banyak persaingan. Jika dalam sektor kerajaan, umpamanya JKR tidak memerlukan ramai jurutera. Kalau ada pun kekosongan jawatan, mungkin terhad. Manakala pihak swasta pula memerlukan jurutera yang berpengalaman dan cekap kerana mementingkan mutu kerja.

Faktor lain yang menyumbang kepada pengangguran ini ialah aktiviti ekonomi negara yang lembab. Tidak seperti di awal tahun 90an dulu terlalu banyak projek kerajaan dan swasta dilaksanakan serta memberi peluang pekerjaan kepada jurutera muda.

Adik penulis sendiri seorang lulusan kejuruteraan awam dari Universiti Malaya dan mendapat tajaan Petronas. Selepas menamatkan pengajiannya, pihak Petronas sendiri menghantar surat memohon maaf kerana tidak dapat menawarkan kerja padanya kerana tiada kekosongan jawatan.

Dalam keadaan negara sedang menanggung hutang berjumlah RM437,200,000,000 ekoran amalan rasuah dan penyelewengan kerajaan UMNO BN selama ini, ditambah pula pelaburan tempatan menurun dan tiada pelaburan asing masuk, akibatnya peluang pekerjaan turut mengecil.

Sedangkan baru-baru ini TPM Muhyiddin Yasin menegaskan graduan UPSI diminta mencari kerja sendiri. Kalau dalam bidang perguruan sendiri pun sudah tiada jaminan kerja kerana lebihan guru, apatah lagi dalam bidang kejuruteraan. Yang masih luas peluang kerjaya sekarang ialah kedoktoran kerana bilangan doktor kat Malaysia ni masih teramat kurang hingga tak dapat menampung bilangan pesakit di hospital.

Yang banyak ialah 'doktor' di lorong-lorong gelap.

Ikuti rintihan hati seorang jurutera menganggur di sini.

Friday, November 11, 2011

PRU13 Mac depan???

Najib dan Rosmah baru balik haji. Dapat haji marlboro atau maberuk. Jemaah haji lain selesai buat haji paling awal pada 12 Zulhijjah tapi pasangan munafiq negara itu bereskan hajinya pada 10 Zulhijjah. Tengok je gelagat si Rosmah, kita boleh nilai sendiri. Bukan penulis yang pertikai tapi Mufti Perlis sendiri hairan macamana pasangan No.1 boleh begitu cepat selesaikan hajinya.

Bukanlah penulis nak buruk sangka tapi dah termaktub dalam Al Qur'an darihal perangai golongan munafiq (penentang Islam No.1) yang sanggup melakukan apa saja termasuk berpura-pura beriman untuk menipu golongan yang beriman.

Tanpa sedar, segala tipu-daya mereka digagalkan oleh Allah dan mereka sebenarnya hanyalah menipu diri sendiri.

Mungkin Najib fikir lepas balik Haji rakyat makin suka padanya. Yang lucunya, setibanya dia di tanahair, terus buat kenyataan yang Raja Abdullah Arab Saudi menyukai dan menyokong cara beliau mengetuai kerajaan. Adakah kenyataan itu mahu mengimbangi pengaruh Anwar yang memang cukup dihormati oleh pemimpin negara Arab.

Najib cukup sedar kedudukan dirinya sebagai orang No.1 memang tidak selamat. Kredibilitinya sebagai PM mula menjunam ekoran penyelewengan dalam pembelian Scorpene yang mendapat liputan di peringkat antarabangsa. Juga isu pembunuhan kejam Altantuya, seorang ibu muda yang terlibat secara langsung dalam urusan perjanjian pembelian kapal selam sebagai jurubahasa.

Memang dah menjadi adat orang Melayu sejak turun-temurun yang beranggapan orang yang dah pergi Haji akan masuk Syurga. Justeru, Najib mengambil pendekatan 'pergi Haji' bagi meraih kembali sokongan rakyat.

Sebab itu banyak spekulasi yang mengatakan Najib akan membubarkan Parlimen selepas pulang dari Mekah. Malahan penulis turut menerima SMS yang mengatakan Parlimen bubar pada hari ini (11.11.11) kerana Najib gemar pada angka 11.

Selain daripada kerja-kerja penipuan pihak JPN dan SPR dalam Projek MyKad, Najib juga bergantung kepada maklumat pihak inteligen Polis (SB) dan Tentera (Risik) sebelum membubarkan Parlimen.

Satu faktor yang tidak boleh dinafikan oleh Najib sendiri ialah Mahathir. Sayugia diingat, Mahathir adalah satu-satunya bekas PM dan Presiden UMNO yang cukup licik dan jahat dalam strategi politiknya.

Jangan kita lupa sejarah kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada 1983 adalah perancangan licik jangka panjang Mahathir untuk 'mematikan' pengaruh PAS yang semakin berkembang masa itu. Dan memang strategi tersebut berjaya menyekat kemaraan PAS dengan penampilan Islamik Anwar semasa menerajui ABIM.

Baru-baru ini Mahathir buat kenyataan bahawa BN akan berhadapan risiko besar kalah teruk jika PRU13 diadakan tahun ini. Tambahnya, adalah lebih baik jika Parlimen dibubarkan hujung tahun 2012 kerana ia akan menyusahkan Pakatan Rakyat.

Penulis tak begitu pasti adakah kenyataan si tua itu sekadar 'reverse psycology' atau memang itulah hasratnya. Tentunya Mahathir cukup bimbang jika Pakatan Rakyat yang menguasai Putrajaya dalam PRU13 nanti sebab dirinya juga turut tak selamat. Begitu juga dengan kedudukan anak-anaknya, khususnya Mukhriz yang disebut antara lelaki terkaya di Malaysia.

Mahu tak mahu, Najib terpaksa mengambil kira pandangan orang yang selicik Mahathir. Kecualilah kalau Najib dah cukup confident yang BN akan menang besar dalam PRU akan datang.

Selain menghadapi masalah kredibiliti, Najib juga turut dikritik oleh Shahbudin Husin, seorang ahli UMNO melalui sebuah buku bertajuk 'Kesilapan-Kesilapan Najib'. Khabarnya buku tersebut tidak sempat berada di dalam pasaran walau sudah dicetak puluhan ribu naskah kerana Najib telah membeli kesemuanya bagi menghalang ianya terjual kepada umum. Hanya segelintir saja yang berjaya mendapatkannya.

Penulis difahamkan buku tersebut bukanlah seperti buku politik biasa tetapi ditulis dalam bentuk fakta. Malah penulis buku itu turut menegaskan bahawa Najib adalah PM terakhir.

Adakah teori R-A-H-M-A-N bakal menjadi kenyataan? Wallahu'alam.

Penulis merasakan paling awal PRU13 ialah pada Mac 2012 atau mungkin lewat lagi. Kalau nak diadakan pada bulan Disember tahun ini, mungkin negara akan dilanda banjir besar seperti Thailand. Tambahan pula, sejak beberapa tahun kebelakangan ini banjir yang teruk berlaku ialah di negeri-negeri seperti Johor, Kedah dan Perak.

Selain faktor banjir, tentunya Najib mahu merealisasikan terlebih dahulu Bajet 2012 yang dibentangkan tempohari.

Walaupun Najib dan bala tentera munafiqnya merancang pelbagai macam konspirasi dan penipuan untuk menang dalam PRU, namun jangan dilupa akan perancangan Allah. Sesungguhnya perancangan Allah jua yang pasti berlaku.

Waima apa pun, kita tunggu sajalah.

Wednesday, November 9, 2011

Adakah Marina juga dajal di sisi Perkasa?

Adakah Datin Paduka Marina Mahathir juga dajal di sisi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana menyokong dan pernah merasmikan program Seksualiti Merdeka sebelum ini?

Ketika membangkitkan persoalan itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau hairan mengapa Marina tidak didajalkan oleh Perkasa atau mana-mana "pertubuhan rasis yang setiap hari berbohong kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam".

"Mengapa tidak ada seorang pun dari gerombolan itu yang mendajalkan, menuntut supaya dilucutkan kewarganegaraan Marina dan dihalau dari negara ini?

"Tak tahulah kalau-kalau (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) yang dilaporkan sebagai penaung Perkasa atau (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk) Mukhriz (Mahathir) yang akan tampil sebagai junjungan besar puak itu dan mendajalkan serta menuntut dilucutkan kewarganegaraan Marina serta dihalau dari negara ini.

"Maklumlah, sebelum ini Perkasa melabelkan Ambiga sebagai dajal dan menuntut supaya ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyokong program songsang itu dan beberapa pertubuhan rasis pula menuntut dilucutkan kewarganegaraannya dan dihalau dari negara ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz menyifatkan sifat membisu pertubuhan-pertubuhan rasis dan pembohong itu terhadap Marina sebagai bukti yang tidak dapat disangkal lagi yang memperjelaskan kepada rakyat bahawa penentangan mereka terhadap Seksualiti Merdeka bukan didorong oleh kesedaran agama dan moral tetapi semata-mata diapi-apikan oleh hawa nafsu oportunis untuk menghukum Ambiga yang pernah terlibat menuntut pilihan raya adil dan bersih.

"Bila anak Dr Mahathir bertegas dengan pendiriannya, mereka tutup mulut rapat-rapat. Sikap dan perangai mereka jelas membuktikan bahawa bukan Tuhan, halal haram dan akhlak yang menjadi perkiraan dan penyebab tindakan mereka.

"Apa mereka peduli tentang Tuhan, halal haram dan akhlak sedangkan tidak henti-henti nafsu oportunis mereka menggasak upah dari pemimpin-pemimpin perasuah dan perompak harta negara?" tegas beliau.

Pertubuhan-pertubuhan rasis itu, kata Mahfuz, tidak pernah lantang pun sebelum ini tentang keruntuhan akhlak dan kebejatan moral.

"Bersepah-sepah kelab-kelab maksiat, lorong maksiat serta sarang pelacuran dan pondan, mereka tidak ambil peduli, kerajaan tidak ambil peduli dan polis juga tidak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan sebarang pengharaman.

"Agaknya kerana Ambiga tidak merasmikan kelab, lorong dan sarang-sarang itu," sindir beliau.

Mahfuz yakin, sebahagian besar rakyat merasa amat jijik apabila orang-orang yang diketahui umum sebagai pemakan upah dan pembodek pemimpin-pemimpin perasuah dan perompak harta negara bercakap tentang ugama semata-mata untuk mengapi-apikan sentimen umat Islam.

"Dengan penglibatan Ambiga merasmikan Seksualiti Merdeka, dapatlah juga mereka bercakap fasal agama dan akhlak walaupun nampak sangat penuh kepalsuan dan bercakap semata-mata demi kepentingan perut dan nafsu mereka.

"Kalau tidak, mereka asyik memikirkan cara-cara untuk menggasak upah dari pemimpin perasuah dan perompak harta negara. Itu sahaja kerja mereka, tak habis-habis," katanya lagi.

Mahfuz berharap umat Islam yang menolak dan menentang Seksualiti Merdeka melakukannya semata-mata dengan niat untuk menjunjung peraturan dan ajaran Allah serta mencari keredhaan-Nya. - harakahdaily

Tuesday, November 8, 2011

Hilang lagi RM1.4 bilion wang rakyat

Pada 2010, Ketua Audit Negara mengesahkan sejumlah RM26,000,000,000 (RM26 bilion) wang negara lesap akibat amalan rasuah kerajaan UMNO BN. Dan tahun ini pulak, RM1,400,000,000 (RM1.4 bilion) wang peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negara (Bajet Luar Jangka) lesap entah ke mana. Memang haramjadah sungguhlah kerajaan UMNO BN ni. Betul-betul mereka buat wang negara ni macam mak bapak dia orang sendiri punya. Malang sungguhlah Malaysia ni kerana mempunyai pemimpin yang lebih jahat daripada iblis sendiri.

Bajet Wang Luar Jangka RM1.4 bilion lesap

Dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, Pakatan Rakyat mendakwa kira-kira RM1.4 bilion daripada Bajet Wang Luar Jangka atau peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negara telah lesap.

Dana itu dbekalkan mengikut Perkara 103 Perlembagaan Persekutuan, bagi peruntukan tambahan RM1.5 bilion, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, peruntukan itu dinyatakan dalam Laporan Perbelanjaan Persekutuan 2010/2011 yang dibentangkan bersama-sama dengan Bajet 2012.

Perkara 103 menyatakan: "Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi mewujudkan suatu Kumpulan Wang Luar Jangka dan memberi kuasa Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, jika berpuas hati bahawa telah timbul keperluan perbelanjaan yang mendesak dan di luar jangkaan yang baginya tiada peruntukan lain wujud, untuk membuat pendahuluan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka itu untuk memenuhi keperluan itu.

“Jika apa-apa pendahuluan dibuat mengikut Fasal (1), suatu anggaran tambahan hendaklah dikemukakan dan suatu Rang Undang-Undang Perbekalan dibawa dengan seberapa segera yang mungkin bagi maksud menggantikan amaun yang didahulukan itu.”

Anwar pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini berkata: "Walau bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa hanya terdapat baki RM79.147 juta daripada dana negara itu.

"Ke mana perginya wang itu? Lebih serius lagi, di mana RM1.4 bilion telah lesap? Saya tidak fikir Jabatan Audit (membuat kesilapan), mereka lebih teliti apabila membabitkan perakaunan."

Bagi Anwar, kelewatan 17 hari Laporan Ketua Audit Negara, tahun ini dibentangkan mungkin ada kaitan dengan perkara berkenaan. - malaysiakini

Bila 'Sang Munafiq' tunai haji...

Penulis teringat penegasan Ustaz Azhar Idrus bahawa golongan penentang Islam (munafiq) tak usah buang masa, wang dan tenaga untuk pergi menunaikan ibadah haji sebab sia-sia saja 'ibadah haji mereka. Tegas pendakwah bebas yang popular di kalangan anak muda itu, bukan saja ibadah haji mereka akan ditolak malah para Malaikat turut melaknat mereka.

Hari ini, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi. - malaysiakini

Monday, November 7, 2011

Hijab pikat Nai'ma kepada Islam

NAI’MA B Robert lahir pada 19 September 1977 di bandar Leeds, Britain. Ketika lahir ibu bapanya menamakannya dengan Thando Nomhle Mclaren. Ayahnya juga berasal dari Leeds, sementara ibunya dari Scotland, United Kingdom. Namun keluarganya berpindah ke Zimbabwe, Afrika atas urusan pekerjaan dan menetap di sana, bapanya seorang pensyarah kanan di Universiti Zimbabwe, adapun ibunya Thembi Mclaren seorang usahawan wanita yang berjaya.

Nai’ma membesar di Zimbabwe kemudian ke Habsyah ketika berusia dua tahun. Mendapat pendidikan rendah dan menengah secara formal bersama adik dan kakaknya di ibu negara Harare, Zimbabwe. Setelah selesai mengikuti pelajaran peringkat menengah di Zimbabwe, Nai’ma menyambung pengajian tingginya di Universiti London dan memperolehi ijazah pertama.

Setelah menamatkan pengajian peringkat sarjana muda, Nai’ma menceburi bidang pekerjaan terutama dalam bidang penerbitan, beliau menjadi pengarang kesusasteraan dan pengasas kepada majalah Sisters yang berpangkalan di United Kingdom.

Penglibatannya dalam bidang ini membuatkannya banyak menjelajah ke beberapa negara seperti Mesir hingga bertemu jodoh dengan seorang pemuda Mesir dan memeluk Islam pada 1998. Kerjayanya membuatkannya sibuk dengan berulang-alik antara London dan Kaherah, Mesir tetapi berjaya mempunyai empat cahaya mata.

Selelah memeluk Islam, beliau memuatkan bahan-bahan rencana dalam majalah Sisters berkenaan dengan wanita Islam dari pelbagai dimensi yang boleh dikongsi sama dengan wanita-wanita lain terutamanya di London dan beberapa negara Eropah.

Beliau begitu optimis bahawa ia akan menjadi bahan rujukan kepada golongan wanita untuk mencari kebenaran agama Islam dengan paparan bahan baru dalam majalah tersebut.

Bercita-cita pengamal Islam yang baik

Bagi Nai’ma, beliau teruja dengan segenap ajaran Islam yang menampilkan peradaban akhlak yang cukup tinggi dan bernilai. Beliau serta keluarganya sentiasa mengamalkan segenap ajaran Islam dengan baik walau di manapun mereka berada. Di pejabat, rumah mahupun di restoran, Islam tetap menjadi pegangan kerana ia menjanjikan kebaikan kepada pengamalnya.

Na’ima B. Robert bercita-cita untuk melihat Islam diamalkan oleh penganutnya dengan gambaran yang positif dalam segenap rutin kehidupan mereka, sama ada di rumah, di tempat-tempat awam, sekolah, universiti dan sebagainya.

Ini kerana di Britain, Islam semakin diterima di kalangan rakyatnya walaupun terdapat usaha memburukkan Islam dengan gambaran negatif, namun usaha dakwah yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapat tempat di hati manusia kerana Islam menjanjikan ketenangan jiwa dan pemikiran manusia.

Mula berjinak di Mesir

Kisah pengislaman Nai’ma berputik ketika mewakili universitinya mengadakan pertunjukan muzik di Festival Mesir. Di situlah beliau mula mengenali beberapa individu Muslimah Mesir dan negara umat Islam yang berhijab / berjilbab, beliau langsung bertanyakan mereka tentang konsep pemakaian hijab yang sebenarnya tidak mengganggu langsung kerjaya seorang Muslimah dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Malah para Muslimah berhijab yang ditemuinya menyatakan nada yang sama, bahawa hijab yang diwajibkan pemakaiannya di kalangan Muslimah, sedikit pun tidak menjejas bidang yang diceburinya, malah ia menampilkan imej wanita yang bersopan, dan pemakaiannya menyerlahkan lagi wanita yang berbudi bahasa, malah di akhirat terselamat daripada azab api neraka Allah.

Daripada pengenalannya di situ telah menyebabkannya selalu berfikir mengenai penampilannya, kata-kata kenalan Muslimahnya telah memberi impak besar dalam hidupnya untuk menjadi seperti mereka yang benar-benar sopan, berbudi bahasa dan mempunyai matlamat hidup yang jelas, bukan sahaja di dunia, malah di akhirat.

PAS sokong piket MTUC

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan piket kebangsaan seramai 500 orang pekerja yang dianjurkan seluruh negara oleh MTUC telah menyampaikan mesejnya kepada kerajaan Umno-BN.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, PAS tidak mengerahkan ahlinya supaya turun menyertai perhimpunan, tetapi menegaskan PAS menyokong supaya kebaikan pekerja dijaga oleh majikan dan kerajaan.Menurutnya, selepas Akta Pekerja 1955 dipinda menyebabkan majikan bebas dari semua perkara termasuklah kesatuan, perjanjian pekerja, cuti tahunan, cuti sakit, socso, EPF, dan skim persaraan.

“Melihat kepada sambutan pekerja dalam perhimpunan, saya melihat mesej bantahan sampai kepada kerajaan Umno-BN kerana pindaan akta itu lebih banyak keburukan,” katanya ketika ditemui.

Piket besar-besaran anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bagi membantah pindaan Akta Kerja 1955 di seluruh negara bermula petang 3 November lalu.

Di Kuala Lumpur, kira-kira 200 pekerja daripada pelbagai kesatuan sekerja dan juga parti-parti politik berhimpun di hadapan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut.

Sejak kira-kira jam 5 petang, ahli kesatuan mula berhimpun. Turut hadir, beberapa pemimpin Pakatan dan PSM. Antara mereka ialah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar. Turut memberi sokongan adalah beberapa wakil rakyat, termasuk Wong Ho Leng dan Dr Mohd Hatta Ramli.

Pekerja membentangkan hampir 10 kain rentang membantah pindaan akta kerja itu. Mereka juga membawa plakad yang tertulis “Jangan Gadai Hak Pekerja” dan “Menteri Tipu Pekerja.”

Mereka melaungkan “Henti Pindaan”, “Turun Menteri”, Tarik Balik Pindaan Akta” dan “Hidup MTUC” beberapa kali. Tindakan itu menarik perhatian orang ramai yang memerhatikan piket itu dari kawasan yang berdekatan. Di Pulau Pinang, hujan yang mencurah tidak menghalang kira-kira 1,000
orang daripada berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada MTUC. Pekerja berbaris di jalan utama menuju Prai dan juga membawa sepanduk yang tertera mesej yang hampir sama.

Di Melaka, seramai 400 orang berhimpun secara aman. Perhimpunan yang diadakan bermula jam 5.15 petang tadi itu, turut mewakili seramai 426,000 pekerja di negeri ini. Di Petaling Jaya, kira-kira 90 ahli MTUC mengadakan piket di depan Wisma Kesatuan Sekerja. Piket ini diketuai Setiausaha Agung MTUC, Halim Mansor. Ia bermula jam 5.10 petang dengan peserta memegang sepanduk bagi menyatakan bantahan terhadap pindaan akta berkenaan.

Antara ungkapan yang tertera ialah “Martabatkan Pekerja Swasta”, “Kerajaan Lupa Sumbangan Swasta” dan “Pindaan Akta Kerja 1955 Rampas Hak Pekerja.”

Lokasi lain yang terbabit dengan demo meliputi Seksyen 15, Shah Alam; Teluk Panglima Garang; Jalan Barat, Petaling Jaya; Bukit Raja, Klang; Sungai Choh, Rawang; Lebuh Raya Persekutuan; Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur; Prai, Pulau Pinang; dan Jalan Bukit Beruang, Melaka. Padang Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan; depan bangunan MTUC Negeri Perak; padang Masjid Negeri di Kuantan, Pahang; depan Pusat Dagangan Kota Bharu, Kelantan; Jalan Skudai, Johor; Mergong, Kedah; Kuching, Sarawak; serta jalan menuju ke Wisma Merdeka, Sabah.

Antara bantahan pindaan Akta Pekerjaan 1955 ini adalah mengenai kontraktor tenaga kerja yang diwujudkan dan mengembalikan sistem kontrak yang telah dihapuskan apabila Akta Pekerjaan 1955 ini digubal dulu.

MTUC menegaskan dengan pindaan itu kedudukan pekerja menjadi tidak tetap dan tiada jaminan pekerjaan, selain mendapat kadar gaji yang sama tanpa kenaikan atau bonus, termasuk faedah lain. - harakah

Friday, November 4, 2011

Wahai umat Islam, tinggalkanlah taghut

Apa itu Taghut? Firman Allah dalam Surah Al Baqarah (2), ayat 256 - 257 yang bermaksud; "Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. "

At-Thaghut telah didefinasikan oleh para Sahabat dan Ulama' terdahulu sebagai: "Sesuatu yang disembah, ditaati atau diikuti selain daripada Allah.”

Imam Malik bin Anas r.h. berkata, "At-Thaghut adalah sesuatu yang disembah di samping Allah swt.” (Diriwayatkan oleh Al-Jaami’ li Ahkam Al-Qur’an oleh Imam al-Qurthubi)

Imam Ibnu Qayim r.h. berkata, “At-thaghut adalah seseorang yang menghormati seseorang melebihi batasan yang seharusnya, apakah seseorang itu menyembah, mentaati atau mengikuti.” (Diriwayatkan dalam Thalaathatul Usul)

Syeikhul Islam, Muhammad bin Abdul Wahhab r.h. berkata, “Dan Thaghut, secara umum, adalah sesuatu yang disembah selain daripada Allah, dan dia setuju untuk disembah, diikuti atau ditaati." (Risalatun fii Ma’naa at-Thaghut oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahaab)

Syaikh Muhammad Bin Abdul Wahhab menegaskan bahawa thaghut ada LIMA dengan berlandaskan nas-nas yang jelas. Yaitu;

1. Syaitan yang menyeru agar beribadah kepada selain Allah SWT. Dalilnya: ”Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Yassin: 60)

2. Penguasa (pemerintah) yang merubah hukum Allah SWT. Dalilnya: ”Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan untuk mengingkari thaghut.” (An Nisa': 60)

3. Mereka yang berhukum selain daripada hukum Allah. Dalilnya: ...”Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara dengan apa yang diturunkan Allah, mereka itulah orang-orang kafir.” (Al Maidah: 44)

4. Mereka yang mengaku mengetahui perkara ghaib (dukun, paranormal). Dalilnya: ”Allah mengetahui yang gaib, dan Dia tidak memperlihatkan kepada siapapun tentang yang ghaib itu, kecuali kepada Rasul yang diredhai-Nya.” (Al Jinn: 26-27)

5. Orang yang diibadahi dan ditaati selain Allah dan dia redha dengan hal itu. Dalilnya: ”Barangsiapa di antara mereka mengatakan: ’Sesungguhnya aku adalah Tuhan selain Allah', maka orang itu Kami berikan balasan berupa Jahannam.” (Al Anbiya: 29)

Pada seluruh umat Islam di Malaysia, penulis menyeru dengan kasih-sayang, marilah kita segera meninggalkan UMNO yang taghut itu.

Apa lagi yang tak jelas tentang keTAGHUTan UMNO ni. Secara terang-terangan UMNO menolak Hukum Hudud yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan PAS Kelantan. Bukan setakat menolak, malah para pimpinan utama parti Melayu itu secara biadap membuat kenyataan memperlekehkan Hukum Allah. Antara yang pernah disebut mereka;

"Hukum Hudud tak sesuai dilaksanakan di negara ini kerana masyarakat majmuk",

"Kalau laksana Hudud, habislah orang Islam semuanya kudung tangan dan tak boleh cari makan. Akhirnya umat Islam ketinggalan",

"Kalau laksana Hudud, habislah batu untuk buat jalan",

"Nape perlu dipotong tangan orang yang mencuri? Sepatutnya kita bagi mereka kerja. Kalau mereka dah bekerja, tentu tidak akan mencuri lagi..."

"Kita akan menjadi bangsa yang mundur kalau terlalu ikut Islam".

Samada disedari atau tidak, UMNO itu sendiri sebenarnya telah memesongkan 'Aqidah majoriti umat Islam sepanjang lebih 52 tahun pemerintahan mereka.

Rasanya hujah para Sahabat dan Ulama' tadi sudah cukup untuk memberikan kefahaman kepada kita semua. Malah dalam posting sebelum ini pun, penulis ada kemukakan hujah-hujah Ulama' terdahulu.

Sebagai penutup bicara malam ni, marilah kita sama-sama renungkan nasib orang yang bersama-sama golongan pemimpin yang sesat dan jahat di Akhirat kelak.

Firman Allah dalam Surah Al Ahzab (33), ayat 66 - 68 yang bermaksud;

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

Thursday, November 3, 2011

Permohonan daftar Pakatan ditolak ROS

Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk mendaftar sebagai satu parti. Atas alasan apa permohonan itu ditolak kalau tak kerana arahan pihak atasan. Penolakan ini menyebabkan Pakatan Rakyat terpaksa menggunakan lambang parti masing-masing dalam PRU akan datang. Bagi penulis, penolakan ini memang telah dijangka sebab BN tentunya bimbang jika PR menggunakan lambang satu parti seperti mereka. Secara tak langsung akan menggugat kedudukan BN itu sendiri.

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Pakatan Rakyat mengesyaki terdapat ‘muslihat politik’ apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) enggan meluluskan permohonan pendaftaran mereka untuk menjadi satu parti.

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata, ROS sengaja tidak mahu meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat kerana takut mereka menjadi satu gaubungan yang kuat dalam pilihan raya umum ke-13.

Mereka (ROS) sengaja tidak mahu mendaftarkan Pakatan Rakyat kerana takut kita akan menjadi satu entiti yang kuat untuk mencabar BN.

"Untuk pilihan raya akan datang, kita tidak boleh letak calon Pakatan tapi letak calon PAS, DAP dan PKR kerana belum berdaftar. Saya lihat ini ada muslihat politik," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menyelar jawapan Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Osman baru-baru ini bahawa pedaftaran Pakatan Rakyat tidak diluluskan kerana mereka tidak membuat permohonan baru selepas pengerusi Pakatan waktu itu, Datuk Zaid Ibrahim keluar parti.

"Majlis Presiden Pakatan kesal dengan kenyataan tersebut kerana Pakatan telah ambil langkah yang perlu sejurus Datuk Zaid tinggalkan Pakatan.

"Kita lantik pengerusi Pakatan Rakyat yang baru iaitu Ahli Perlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar menggantikan Datuk Zaid," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang.

Beliau berkata, dalam tempoh dua tahun lalu, mereka sering mengadakan pertemuan dengan pihak ROS untuk mengetahu perkembangan mengenai permohonan tersebut tapi gagal mendapatkan sebarang jawapan.

ROS, katanya masih memberi alasan bahawa permohonan lama Pakatan Rakyat iaitu sewaktu Zaid masih bersama PKR masih belum diluluskan dan Pakatan tidak membuat permohonan baru.

"Mengikut perlembagaan Pakatan Rakyat, sesiapa yang keluar parti, kedudukannya sebagai pengerusi akan terbatal. Jadi tiada masalah dalam hal itu," katanya.

Sehubungan itu katanya, Majlis Presiden Pakatan yang bermesyuarat petang semalam memutuskan untuk membuat keputusan baru sekiranya permohonan mereka masih tergantung.

"Sekarang kita buat keputusan untuk teruskan permohonan tapi kalau tidak ada jawapan juga, kita akan putuskan tindakan baru," katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr, Hatta Ramli pula berkata, tindakan ROS itu menggambarkan kelemahan pegawai-pegawai kerajaan menjalankan tugas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, ROS sepatutnya memaklumkan kepada Pakatan sekiranya terdapat kesalahan dalam borang permohonan atau sebagainya.

"Kalau ada sebarang kesilapan dalam permohonan atau perlu maklumat biasanya mereka akan hubungi pemohon tapi tiba-tiba kata tak hantar permohonan baru sedangkan pertukaran individu dalam jawatankuasa penaja adalah perkara biasa.

"Ini memberi gambaran yang tidak baik kepada pegawai kerajaan dan ada orang yang dijadikan mangsa," katanya. - harakahdaily

Politik jakun dan pembohsiaan minda

Meluat sungguhlah penulis bila terbaca tajuk "Ibu pejabat MCA disimbah cat". Dulu perarakan kepala lembu ke pejabat MB Selangor dan tak tahulah pulak lepas ni provok cara apa yang akan digunakan bila ada isu-isu berkaitan kaum atau agama yang sengaja digendang oleh parti pemerintah yang semakin terdesak dan bertujuan mengalihkan tumpuan rakyat daripada segala bentuk penyelewengan dan pembohongan selama ini.

In person, penulis cukup yakin Pakatan Rakyat dan para penyokongnya tidak akan melakukan kerja jakun seumpama itu sebab pemikiran mereka jauh lebih bertamaddun daripada parti pemerintah.

Sejarah politik tanahair dah cukup mengajar dan mematangkan minda para pimpinan Pakatan Rakyat tentang tektik keji parti pemerintah bagi mengekalkan kuasa rakus dan melindungi amalan korup mereka.

Sejak kekalahan teruk UMNO BN dalam PRU12 hingga hilang 5 negeri, kita sendiri lihat bagaimana kejinya cara mereka untuk meraih kembali sokongan rakyat. Bermula dengan konspirasi Fitnah Liwat II terhadap Anwar, diikuti tindakan tak bermoral merampas kerajaan PR Perak, kejadian membakar gereja, perarakan kepala lembu di pejabat MB Selangor dan sebagainya. Semuanya itu sengaja dirancang bagi memburukkan imej kerajaan PR dan sengaja menimbulkan situasai tegang antara kaum dalam hal berkaitan agama.

Agak sedikit malang dalam abad ke-21 yang serba canggih dengan kepantasan teknologi maklumat, rupanya masih ada rakyat Malaysia yang berminda seperti "katak di bawah tempurung besi" hingga tak mampu menggarap sesuatu hal atau isu yang timbul. Hanya menerima saja bulat-bulat apa yang dihebahkan melalui kaca tv dan media-media milik parti pemerintah.

Kalau nak sentuh soal KDNK, FDI, Ekonomi Makro dan Mikro, lagilah rakyat tak faham. Apa yang diketengahkan adalah isu kenaikan harga minyak dan barangan keperluan asas yang melibatkan semua pihak. Itu pun masih ada lagi rakyat yang bengong dan tak sedar diri. Percayalah, kalau kita lepak di mana-mana kedai atau warung, nescaya akan kedengaran suara keluhan mereka berkaitan harga barang semakin mahal dan sebagainya. Tapi bila tiba musim pilihanraya, puak-puak inilah juga yang akan mengundi semula parti pemerintah yang korup dan menipu mereka selama ini. Sebab apa? Hanya kerana RM100, kain batik, gula dan beras.

Inilah minda politik rakyat Malaysia, khsusunya Melayu yang telah dibohsia dan disihir minda mereka oleh parti pemerintah.

Sampai bila kita mahu diperbodohkan???

Celoteh 1.46 pagi

Ingatkan setelah selesai memburaikan sebiji laptop Presario CQ40 dan memasang balik hingga sempurna milik seorang kawan, mata ni akan ngantuk. Rupanya tak juga. Jadi penulis ambil netbook Fujitsu dan tergerak hati nak berceloteh kat sini. Siang tadi penulis jenguk-jenguklah website Aljazeera dan membaca tajuk "Beberapa orang terbunuh dalam pergolakan di Yaman".

Pergolakan yang berlaku di Syria sejak 8 bulan lalu adalah manifestasi daripada kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia dan Mesir. Mungkin selama ini dunia Islam melihat revolusi di Tunisia tidak akan menjangkiti dunia Arab di Timur Tengah. Tanpa diduga, kebangkitan rakyat Tunisia telah menjadi inspirasi kepada rakyat Mesir dan Syria.

Bukankah selama ini dunia melihat Mesir dan Syria aman saja dan tiada sebarang tanda-tanda rakyat akan memberontak. Dan terbukti sangkaan itu meleset sama-sekali. Dalam diam, ibarat api dalam sekam, rupanya seluruh rakyat Mesir dan Syria telah lama menyimpan marah terhadap kerajaan masing-masing. Hanya menunggu saat untuk melepaskan kemarahan itu.

Soalnya, kenapa mereka marah??? Jawapannya kerana kerajaan mereka korup dan zalim. Pemimpin atasan, ahli keluarga dan para kroni mereka semuanya kaya-raya manakala rakyat terus berada dalam kesempitan hidup, ditindas dan ditakut-takutkan dengan pelbagai bentuk ugutan, termasuk ditangkap dan dipenjara jika melawan.

Akhirnya, dengan kehendak Ilahi, kebangkitan rakyat Tunisia menjadi inspirasi dan membakar semangat mereka untuk bangkit menentang kerajaan masing-masing. Di Mesir, dalam tempoh tak sampai sebulan, Hosni Mubarak laknatullah dengan segala kekuatan tenteranya terpaksa akur dengan keberanian rakyat yang mendesaknya berundur. Malah anggota tentera sendiri yang lengkap bersenjata termasuk kereta kebal tidak dapat berbuat apa-apa melainkan terpaksa mengaku mereka juga bersama jutaan rakyat yang mahukan perubahan.

Apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir sudah cukup membuktikan kepada kita semua bahawa kuasa rakyat mampu menumbangkan rejim yang zalim dengan izin Allah. Dan penulis cukup yakin rakyat Syria juga akan berjaya dalam jihad mereka. Cuma perlukan kesabaran dan istiqamah serta dokongan seluruh rakyat.

Minggu lepas dunia dikejutkan dengan kematian diktator Libya Muammar Ghadaffi yang berkuasa selama 42 tahun.

Bagaimana Malaysia?

Kalau nak sentuh soal korup, zalim dan pembunuhan politik, sebenarnya telah lama berlaku di tanahair kita. Dan situasi ini memang serupa saja dengan apa yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya. Yaitu pemusatan kuasa di tangan Presiden atau Perdana Menteri. Rakyat pula sentiasa berada dalam ketakutan dengan pelbagai akta zalim dan tindakan 'ala mafia' pihak berkuasa.

Soalnya sekarang, apakah jalan yang mahu kita pilih untuk menjatuhkan rejim UMNO BN yang semakin rakus, zalim dan korup hari ini? Adakah kita mahu meniru cara rakyat Tunisia dan Mesir atau dengan cara yang lebih demokratik melalui undi dalam PRU?

Tentunya kita semua bersetuju dengan kaedah undi dalam pilihanraya. Jika pilihanraya jadi pilihan, apakah ada jaminan yang rejim UMNO BN tidak akan melakukan penipuan dalam PRU13 sedangkan sejak di era Mahathir lagi telah wujud penipuan dalam Daftar Pemilih. Antara penipuan ketara yang dilakukan ialah senarai pengundi hantu dan Projek IC Palsu di Sabah.

Baru-baru ini, tembelang UMNO BN terbongkar bila 7 buah bas yang membawa warga Indonesia berjaya di kesan di Putrajaya. Kesemua warga asing itu akan diberikan MyKad untuk membolehkan mereka mengundi bagi memenangkan BN dalam PRU nanti. Dilaporkan kumpulan 7 buah bas itu adalah yang projek yang kesebelas. Bermakna sepuluh yang pertama telah berjaya.

Pemberian MyKad (kerakyatan) kepada warga asing secara seweang-wenangnya merupakan satu hal yang amat serius dan boleh membahayakan keselamatan negara. Dan memang kita cukup sedar rejim UMNO BN sanggup melakukan apa saja termasuk menggadai negara demi mengekalkan kuasa di Putrajaya.

Renung-renungkanlah sejenak apa yang sedang melanda tanahair mutakhir ini. Sebelum tidur, tatap wajah anak-anak kita yang bakal mewarisi negara ini. Apakah kita sanggup mewariskan sebuah negara yang muflis dan rosak kepada mereka selepas ketiadaan kita nanti? Atau relakah kita membiarkan anak-anak menjadi 'orang asing' di tanahair sendiri bila bumi Malaysia yang bertuah ini dibanjiri oleh pendatang luar yang mendapat MyKad secara percuma hari ini.

PRU13 adalah peluang terakhir untuk kita melakukan perubahan. Kalau tak, nescaya kita akan menyesalinya seumur hidup.

Wallahu'alam

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger