Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

Penumpang terjun dari pesawat AirAsia

Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan ‘hantu’ dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri di sini.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran bayangan ‘hantu’ yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan.

Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas.

“Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang.

“Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat,” katanya ketika ditemui di Hospital Miri di sini semalam.

Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya.

Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang menakutkan di situ. -kosmo

Monday, April 2, 2012

Takde minyak tapi Turki beri pendidikan percuma

Jika Turki yang tiada sesen pun hasil minyak mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya, tiada sebab Malaysia yang mencatat untung RM90 bilion setahun dari sumber petroleum tidak berupaya melakukan kebajikan sama.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Recep Tayyib Erdogan memberi pendidikan percuma kepada rakyat dari peringkat rendah hingga universiti walaupun baru tiga tahun memerintah Turki.

“Bila kita sebut mansuh PTPTN, isu utama yang harus difokus ialah pendidikan percuma untuk semua rakyat terutama golongan miskin. Bukan isu nak pindahkan wang Petronas bayar PTPTN.

“Prinsip asasnya ialah pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke universiti,” katanya pada dialog bertajuk ‘Pemberdayaan Kebajikan dan Ekonomi Rakyat’ anjuran Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di Subang Jaya 31 Mac lalu.

Beliau mengakui PTPTN adalah isu paling popular yang diaju kepadanya termasuk di facebook dan twitter.

Walaupun PTPTN dimansuh, Anwar berkata, Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak akan membuang kakitangan di perbadanan itu kerana mereka akan diserap ke Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.

“Walaupun pegawai ramai, kita juga tetap pastikan khidmat atau mutu kerja mereka bertambah baik untuk rakyat,” katanya.

Mengenai pemberian 20 peratus royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan seperti yang termaktub dalam Buku Jingga, Anwar berkata ia tidak akan menjejaskan negeri lain.

Ini kerana, katanya, 80 peratus hasil minyak itu mampu menampung perbelanjaan negara dengan memastikan royalti diurus mengikut pengurusan yang baik.

“Keutamaan royalti 20 peratus difokus kepada golongan miskin. Apabila kita menyebut kemiskinan ia merangkumi sama ada Melayu, Dayak, Iban, Kadazan, Cina dan India.

“Pada masa sama, kita memperketat prosedur kewangan selain pengurusannya dijalankan individu yang bertanggungjawab, amanah dan berintegriti,” katanya. - kd

Thursday, March 29, 2012

Imam Hoslan Islamkan 2 banduan di penjara

Biarpun dihukum penjara setahun dek kerana membaling kasut ke arah hakim, tanggungjawab dakwah imam Hoslan Hussain tidak terhenti di sebalik jeriji besi. Malah beliau dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua banduan dan mengajar agama dalam penjara.

Isterinya, Noorliza Mohd Isa ketika berkongsi keadaan terkini Hoslan berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya. - hd

Tuesday, February 21, 2012

Latif Ibrahim tak sempat sambut hari lahir

KUALA LUMPUR, 20 Feb - Selepas menderita akibat komplikasi pelbagai penyakit jenis termasuklah penyakit jantung, penyanyi era 80-an, Abdul Latif Ibrahim atau Latif Ibrahim, 60, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) jam 6.10 petang, semalam.

Allahyarham meninggal dunia disamping keluarga tersayang termasuklah isterinya, Masriah Mahadan,57 dan dua orang anak iaitu Mohd. Hazriq,35, dan Haznally,34.

Jenazah telah dibawa pulang ke kediamannya di AU3, Keramat jam 8 malam tadi dan difahamkan bakal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, selepas solat Zohor esok.

Sewaktu jenazah tiba di rumah, sanak-saudara dan sahabat handai telah berkumpul menunggu untuk memberi penghormatan terakhir jenazah sebelum dikebumikan.

Antara rakan artis yang kelihatan ialah pelakon Abu Bakar Omar, penyanyi Bagio dan penggiat seni tempatan Freddie Fernandez.

Adik Allahyarham, Datuk Khatijah Ibrahim memberitahu bahawa seluruh kaum kerabat arwah berasa amat sedih dengan kehilangan beliau.

Apatah lagi, arwah bersama keluarga sepatutnya untuk menunaikan umrah pada 13 Mac depan. Bagaimanapun tidak kesampaian. .

"Kami bukan saja sedih kerana arwah tidak dapat menunaikan impiannya untuk mengerjakan umrah, malahan juga kami sedih apabila beliau meninggal dunia tiga hari sebelum menyambut hari kelahirannya ke-60 tahun pada Khamis ini," katanya.

Selain menderita sakit jantung, Allahyarham turut menghidap kencing manis serta paru-paru berair dan telah dimasukkan ke IJN sejak Sabtu lalu.

Mengimbas jasanya sebagai anak seni, Allahyarham bukan saja dikenali sebagai penyanyi tetapi juga sangat aktif berlakon.

Beliau telah membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.

Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.

Portal murai.com.my turut berasa sedih dengan berita kehilangan ini dan berharap roh Allahyarham berada di sisi orang yang beriman.

Takziah buat keluarga Allahyarham.

- murai.com

Thursday, February 16, 2012

Lelaki ugut bakar diri di rumah MB Pahang

Lelaki yang menunjuk perasaan dengan mogok lapar sejak Isnin lalu bersetuju untuk tidak lagi membakar dirinya buat masa ini tetapi tidak menolak kemungkinan akan melakukan perbuatan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Pahang.

Gan Ee Seng, seorang pelabur dalam syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd, berkata beliau akan meneruskan niatnya untuk membunuh diri jika kerajaan negeri Pahang terus mengingkari keputusan Mahkamah Tinggi pada 2007 supaya membayar syarikat berkenaan, RM63 juta.

"Saya mahu rakyat Pahang dan Malaysia tahu bahawa rakyat menolak pemimpin yang cuba untuk menipu orang ramai. Mereka ini, tidak berbeza dari perompak.

"Jika setiap pemimpin kita seperti pemimpin Pahang, adakah pelabur asing akan terus datang?" soalnya kepada pemberita di lokasi bantahannya di Padang Kota Damansara, Selangor.

Mahkamah Rayuan pada 2009, memutuskan bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak perlu membayar RM63 juta kepada syarikat balak Seruan Gemilang Makmur kerana tersilap dinamakan sebagai responden dalam kes melanggar perjanjian itu.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Zaleha Zahari memutuskan bahawa RM63 juta yang terhutang kepada Seruan Gemilang, masih perlu dibayar.

Gan berkata bahawa rancangannya untuk membunuh diri ditangguhkan kerana kehadiran polis di kawasan itu dan juga hasil pujukan daripada pengarah urusan syarikat itu, Lee Sin.

Sebelum ini, beliau berkata bahawa dia akan mogok lama selama yang mampu dalam usaha menggesa kerajaan negeri Pahang untuk mematuhi perintah mahkamah supaya membayar syarikat berkenaan RM63 juta.

Namun, semalam, lelaki itu dikejarkan ke hospital selepas beliau rebah dan paramedik gagal untuk mengesan tekanan darahnya.

Gan juga berikrar bahawa jika beliau membuat bantahan di Kuantan, beliau tidak akan berseorangan. - mk

Friday, February 3, 2012

BMW dan rumah TPJ PAS Johor dibakar

Rasa terkejut bila mendapat tahu kereta BMW dan rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor dibakar. Hj Dzulkefly Ahmad memang kenalan penulis. Dan penulis cukup yakin ianya memang perbuatan khianat oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Samada bermotif politik, bisnes atau peribadi, semua kemungkinan itu ada. Cuma ianya tidak dapat dipastikan lagi. Kita tunggu saja laporan siasatan Polis berdasarkan bahan bukti yang ditemui. Penulis berdoa' moga Allah berikan ketabahan dan kesabaran kepada beliau sekeluarga dalam menghadapi musibah yang tidak diduga itu. Berikut adalah berita yang disiarkan oleh Harakahdaily.

JOHOR BAHRU, 3 Feb: Sebuah kereta BMW milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di sini hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai perbuatan khianat, awal pagi ini.

Dzulkefly ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas.

"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.

"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," katanya.

Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.

Ekoran kebakaran itu kereta BMW miliknya itu keseluruhannya hangus manakala bahagian ruang tamu tingkat bawah juga turut terbakar.

"BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.

"Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya sambil memaklumkan telah membuat laporan polis.

Polis dan unit forensik dari Balai Polis Impian Mas yang datang sejurus kemudian telah menemui satu tong di hadapan rumah mangsa yang dipercayai digunakan untuk mengisi minyak petrol.

Sementara itu, Mazlan Aliman dalam respons segeranya memberitahu, beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah cubaan membunuh.

"Badan Perhubungan PAS Johor dukacita dengan insiden ini.

"Saya mengesyaki ini cubaan membunuh, bukan perbuatan khianat biasa lagi ni. Nasib baik Haji Dzul dan keluarga sempat melarikan diri," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu.

Dzulkefly sebelum ini menurut Mazlan, banyak mendedahkan isu-isu panas di negeri Johor dan dikhuatiri ada pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau.

Sehubungan itu, beliau yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya.

Friday, December 23, 2011

Hamid Othman mati

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman telah meninggal dunia pada lebih kurang jam 5 petang Jumaat. Allahyarham berusia 72 tahun. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah Hal Ehwal Agama Islam sebelum dilantik sebagai Senator dan kemudiannya anggota Dewan Rakyat.

Sementara itu, Pegawai peribadi Allahyarham, Nor Azhar Yusof dipetik oleh Bernama sebagai berkata, sebelum meninggal dunia Abdul Hamid kelihatan seperti biasa sahaja sehinggalah beliau tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas.

Ketika kejadian Allahyarham berada di pejabatnya di Maju Junction di sini.

"Kakitangan pejabat memanggil saya apabila melihat Allahyarham mengalami sesak nafas dan kami semua cuba memberi bantuan kecemasan termasuk bantuan pernafasan namun lima minit kemudian Tan Sri telah tiada.

"Allahyarham mempunyai sejarah penyakit lain iaitu sakit jantung dan diabetis," katanya ketika dihubungi.

Katanya lagi, jenazah Abdul Hamid telah dibawa pulang ke kediamannya di Taman Tenaga, Batu 9, Jalan Puchong.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Seri Jamilah Mohd Said, 68, seorang anak, Wafi Nazrin dan serta lima orang cucu.

Abdul Hamid dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sik sehingga tamat darjah lima pada tahun 1952.

Kemudiannya beliau menyambung pelajarannya di sekolah berpengantar Bahasa Arab di Madrasah AI-Nahdah Bukit Besar sehingga tahun 1954.

Di bawah asuhan Shaik Othman Al-Yunusi atau lebih dikenali sebagai 'Pak Man Bukit Besar' ini, beliau telah terpilih untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, Perak sehingga tahun 1956.

Kecemerlangannya sebagai pelajar telah membuka peluang kepada beliau untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang pada tahun 1959 sehingga tahun 1962 dan berjaya memperolehi Sijil Tinggi Agama dan Diploma Pendidikan.

Abdul Hamid juga berjaya memperolehi 'Lower Certificate of Education' dan Sijil Senior Cambridge secara persendirian.

Pada tahun 1961, beliau mendapat tawaran pertama biasiswa Kerajaan Malaysia untuk belajar di Universiti AI-Azhar bersama empat orang lagi pelajar Malaysia di dalam jurusan Sarjana Muda Perundangan Islam.

Abdul Hamid kemudiannya telah ditawarkan biasiswa di bawah Skim Latihan Tenaga Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di University of St Andrew, Scotland dan di sana beliau telah memperolehi ijazah doktor falsafahnya.

Pada tahun 1995 beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam.

Pada tahun 2001 beliau telah dilantik sebagai penasihat agama bertaraf menteri kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dari tahun 2005 hingga 2009, beliau juga turut dilantik ke jawatan yang sama kepada Perdana Menteri Ke-6, Tun Abdullah Ahmad.

Selepas bersara dari politik sepenuhnya, beliau telah dilantik sebagai penasihat hal ehwal Islam kepada Kumpulan Maju.- mstar

Thursday, December 8, 2011

Forum temukan Najib - Anwar 15 Disember

Syabas kepada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang berusaha untuk temukan Najib - Anwar pada 15 Disember ini dalam satu forum anjuran mereka yang bertajuk "Merencana Masa Depan Negara". Anwar telah menyatakan kesediaannya untuk hadir ke forum tersebut. Kini, SMM hanya menunggu keputusan Najib. Soalnya, beranikah si bapa anak Altantuya itu duduk atas pentas bersama Anwar?

Sebelum ni, bila Anwar cabarnya untuk berdebat isu ekonomi, langsung tak jawab. Cuma tunjuk berani dalam media je. Bila wartawan tanya kenapa menolak cabaran Anwar? Jawabnya, "Bukan saya tak mahu tapi bimbang Anwar yang demam nanti..."

Hoi Najib, mentara masih ada lagi spesis Melayu UMNO yang bebal, bolehlah kau bodohkan mereka hidup-hidup. Tapi sampai bila kau nak bodohkan rakyat?

Macam orang yang memandu kereta tanpa lesen. Bila nampak je road-block, tentu berubah air mukanya kerana tahu diri bersalah. Dan begitulah juga apa yang dirasai oleh Najib. Oleh kerana segala pekong karatnya dalam kocek Anwar, ditambah pulak dengan segala kepincangan dan penyelewengan kerajaan UBN pimpinannya, pasti Najib tak sanggup bersua-muka dengan Anwar atas pentas forum di hadapan rakyat.

Di satu sudut, penulis melihat usaha SMM menganjurkan forum itu kena pada masanya. Lebih-lebh lagi dalam suasana bahang pilihanraya semakin hampir. Selain daripada perbincangan di sudut ilmiah dalam konteks ke mana halatuju masa depan negara dalam suasana krisis ekonomi global saat ini, forum itu juga dilihat sebagai satu medan bagi rakyat membuat penilaian antara dua pemimpin utama negara. PM vs Ketua Pembangkang.

Berita lanjut di sini.

Monday, July 18, 2011

Jenazah Almarhumah Dr Lo'Lo' selamat disemadikan

Almarhumah Dr Lo'Lo' adalah antara pimpinan PAS yang penulis sayang dan hormati. Beliau memang seorang pejuang Islam yang komited, berani dan cekal dalam menjalankan tugas yang diamanahkan walau dalam waktu yang sama terus bertarung dengan penyakut barah paru-paru yang dihidapi sejak sekian lama. Sudah tentu pemergiannya pada jam 10.15 malam tadi amat dirasai oleh seluruh warga PAS dan rakyat Titiwangsa. Semuga Allah mengurniakan darjat syahidah kepada Almarhumah.


Al Fatihah.

Wednesday, June 22, 2011

Sengaja curi 1 Dollar untuk masuk penjara

Sepanjang minggu ni penulis rasa naik meluat bila baca tajuk berita pasal Raja Katak nak mengamuk pada 9 Julai ni. Lepas tu Pengerusi SPR pula buat kenyataan bodohnya. Apa dia ingat rakyat Malaysia hari ni macam 20 tahun dulu ke. Kalau terdengar berita RTM dan TV3, lagilah naik angin. Kalaulah TV tu harganya RM10 je, memang penulis baling ke tanah jika terdengar berita bohong dan fitnah. Sebab tu penulis malas nak layan berita tentang Presiden Perkasa yang semakin gila sekarang.

Kali ini penulis nak kongsi dengan pembaca tentang kisah seorang lelaki warga Amerika yang sengaja bertindak mencuri 1 Dollar dari sebuah bank. Beliau bertindak begitu hanya semata-mata untuk mendapatkan rawatan perubatan percuma dalam penjara.

Bila penulis baca kisahnya, timbul pulak rasa simpati. Di samping tu, rasa lucu pun ada bila dok fikir helah di sebalik perbuatan mencuri wang 1 Dollar je.

Man robs bank to get medical care in jail

Some people who need medical care but can't afford it go to the emergency room. Others just hope they'll get better. James Richard Verone robbed a bank.

Earlier this month, Verone (pictured), a 59-year-old convenience store clerk, walked into a Gaston, N.C., bank and handed the cashier a note demanding $1 and medical attention. Then he waited calmly for police to show up.

He's now in jail and has an appointment with a doctor this week.

Verone's problems started when he lost the job he'd held for 17 years as a Coca Cola deliveryman, amid the economic downturn. He found new work driving a truck, but it didn't last. Eventually, he took a part-time position at the convenience store.

But Verone's body wasn't up to it. The bending and lifting made his back ache. He had problems with his left foot, making him limp. He also suffered from carpal tunnel syndrome and arthritis.

Then he noticed a protrusion on his chest. "The pain was beyond the tolerance that I could accept," Verone told the Gaston Gazette. "I kind of hit a brick wall with everything."

Verone knew he needed help--and he didn't want to be a burden on his sister and brothers. He applied for food stamps, but they weren't enough either.

So he hatched a plan. On June 9, he woke up, showered, ironed his shirt. He mailed a letter to the Gazette, listing the return address as the Gaston County Jail.

"When you receive this a bank robbery will have been committed by me," Verone wrote in the letter. "This robbery is being committed by me for one dollar. I am of sound mind but not so much sound body."

Then Verone hailed a cab to take him to the RBC Bank. Inside, he handed the teller his $1 robbery demand.

"I didn't have any fears," said Verone. "I told the teller that I would sit over here and wait for police."

The teller was so frightened that she had to be taken to the hospital to be checked out. Verone, meanwhile, was taken to jail, just as he'd planned it.

Because he only asked for $1, Verone was charged with larceny, not bank robbery. But he said that if his punishment isn't severe enough, he plans to tell the judge that he'll do it again. His $100,000 bond has been reduced to $2,000, but he says he doesn't plan to pay it.

In jail, Verone said he skips dinner to avoid too much contact with the other inmates. He's already seen some nurses and is scheduled to see a doctor on Friday. He said he's hoping to receive back and foot surgery, and get the protrusion on his chest treated. Then he plans to spend a few years in jail, before getting out in time to collect Social Security and move to the beach.

Verone also presented the view that if the United States had a health-care system which offered people more government support, he wouldn't have had to make the choice he did.

"If you don't have your health you don't have anything," Verone said.

The Affordable Care Act, President Obama's health-care overhaul passed by Congress last year, was designed to make it easier for Americans in situations like Verone's to get health insurance. But most of its provisions don't go into effect until 2014.

As it is, Verone said he thinks he chose the best of a bunch of bad options. "I picked jail."

- yahoo news

Thursday, June 16, 2011

41 website kerajaan kena godam

Sekurang-kurangnya 41 laman web kerajaan dan agensinya diserang dan digodam mulai awal pagi hari ini oleh penggodam yang membalas tindakan sekatan kerajaan ke atas beberapa laman sesawang perkongsian fail.

Menurut kenyataan akhbar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekurang-kurangnya 51 laman web diserang dan 41 berjaya digodam.

Laman SKMM - www.skmm.gov.my. juga diserang tetapi tidak berjaya.

“Pemantauan kami terhadap situasi itu mendapati berlaku penurunan tahap serangan menjelang 4 pagi tadi dan selepas penilaian lanjut, kami mendapati ia hanya memberi kesan kecil terhadap pengguna di Malaysia," menurut kenyataan SKMM.

Bagaimanapun, SKMM tidak menyatakan laman web yang menjadi sasaran serangan.

Bermula pagi tadi penggodam yang menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, menyenaraikan tidak kurang 18 laman web kerajaan yang didakwa telah diserang oleh DDoS (Distributed Denial-of-Service) ataupun dipadamkan sementara oleh pentadbirnya.

Tinjauan Malaysiakini sehingga jam 9 pagi ini mendapati tidak kurang sembilan laman web, termasuk portal rasmi kerajaan Malaysia MyGovernment (www.malaysia.gov.my), masih tidak dapat dilayari.

Antara laman web kerajaan dan agensinya yang tidak dapat dilayari:

- SabahTourism.com

- ASEAN connect

- Bomba

- Perbendaharaan Malaysia

- Parlimen Malaysia

- JobsMalaysia

- Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

- Majlis Sukan Negara

Menurut beberapa pelayar yang sempat merakamkan laman web kerajaan yang digodam itu berkata kumpulan itu juga menukar kenyataan di laman-laman berkenaan.

“Salam Malaysia, kami telah menyaksikan penapisan internet yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang menyekat laman seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks. Malaysia adalah antara kerajaan di dunia ini yang paling ketat mengenakan tapisan, hingga sanggup menghalang akses kepada filem dan rancangan televisyen.

“Tidak ada alasan bagi sebarang bentuk penapisan. Awak hanya cuba merampas hak asasi manusia. Internet diadakan untuk kebebasan dan tanpa rasa gentar kepada kerajaan mahupun campur tangannya. Jangan fikir tidak ada orang yang sedar apa yang awak lakukan,” menurut kenyataan dalam bahasa Inggeris itu lagi.

Tambahnya lagi, serangan itu sebagai tanda dan amaran serta peluang bagi mendengar idea pihak lain. Pengodam juga berkata mereka mempunyai tanggungjawab bertindak pantas dan tanpa belas kasihan.

Minggu lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengumumkan bahawa 10 laman web termasuk Pirate Bay dan Megaupload telah disekat kerana mencabuli undang-undang hak cipta.

- malaysiakini

Tuesday, January 11, 2011

Air Asia terbabas ketika mendarat di Kuching

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang ditutup sejak malam tadi selepas pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat, dijangka terus ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak.

Malaysia Airports Berhad (MAB) memberitahu sebanyak 24 penerbangan terjejas setakat 11 pagi ini.

Hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 7.30 pagi ini iaitu MH2505 ke Kuala Lumpur, kata MAB.

Penerbangan lain yang terjejas termasuk 11 membabitkan AirAsia, lapan Penerbangan Malaysia dan lima penerbangan MASWings.

Penumpang yang berkenaan dinasihatkan agar menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

MAB berkata dalam kejadianjam 10.02 malam semalam itu, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur terbabas dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat.

Usaha mengalihkan pesawat itu sedang dilakukan namun berdepan kesukaran berikutan keadaan hujan lebat yang melanda sejak semalam, kata MAB.

Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu pemberita hari ini, pesawat itu membawa 124 penumpang dan enam anak kapal.

Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital di Kuching, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Maritim Kebangsaan di Kuala Lumpur.

- malaysiakini

Sunday, January 2, 2011

Shabery shocked by Misbun's resignation

PARIT BUNTAR –- Youth and Sports Minister Ahmad Shabery Cheek expressed shock today at the resignation of Misbun Sidek as the national singles badminton coach. He said that he has contacted the Badminton Association of Malaysia and been told that Misbun gave no reason for quitting, but Ahmad Shabery still wants a report from BAM as soon as possible.

"If there was no reason given, it is possible that Misbun has a personal reason. I will get the information from BAM. It so happens that its president (Nadzmi Mohd Salleh) is overseas now. I will wait for the report," he told reporters here.

"If he resigns because of a problem we are ready to respond to the reason that he gives. But because he has given no reason, maybe he has a personal problem or there is something he is not happy with," he said.

Asked if he would ask Misbun to postpone his decision, Ahmad Shabery said that he did not want to take any action before hearing from both sides.

He also did not want to comment on reports that senior players, especially Lee Chong Wei, might quit if Misbun resigned.

If Misbun's decision is final, Ahmad Shabery said, the ministry will have to look at the options available to ensure that the "Road to London" preparations continue and the future of Malaysian badminton is not jeopardised.

A newspaper report today quoted BAM general manager Kenny Goh as saying that Misbun had resigned his post via an e-mail dated Dec 31.

- malaysianmirror

Sunday, October 3, 2010

SABAH - Tahniah Halik Kerana Tidak Pilih Bulu

SYABAS dan tahniah kepada Ketua Cabang PKR Tenom, Datuk Halik Zaman atas kenyataanya yang berterus terang membongkar kezaliman pemimpin UMNO, khususnya Ketua Wanita UMNO Tenom yang rakus membolot semua projek pembangunan di Tenom bernilai ratusan juta seperti yang didedahkan Halik, yang juga bapa saudara kepada Ketua Wanita itu.

Sungguh pun begitu, kelantangan Halik masih boleh diragui kerana mungkin juga Halik sekadar bersandiwara semata-mata bermotifkan politik untuk menarik perhatian dalam usahanya meraih sokongan rakyat di sini untuk tujuan survival politiknya seperti mana yang pernah dilakonkannya ketika di zaman pemerintahan kerajaan USNO dan Parti Berjaya suatu ketika dahulu.

Jika benarlah apa yang didedahkan Halik tentang keburukkan ‘Anak Buahnya’ itu selaku Ketua Wanita UMNO Tenom, maka rakyat Tenom tidak merasa ragu-ragu ‘menabik’ hormat ketelusan dan pendirian Halik untuk mempertahankan hak rakyat di sini dari terus dirompak tanpa belas kasihan.

Pemikiran rakyat ketika ini berada dalam situasi dilema sama ada rakyat akan terus percaya semua celoteh itu atau sebaliknya, kerana di dalam kepala dan hati rakyat sama ada Halik atau Ramahjan adalah sejenis spesis yang sama sahaja yang lahir dan dihidupkan dalam satu sangkar emas.

Namun begitu, apa yang dikatakan Halik tentang pengabaian tanggung jawab pemimpin-pemimpin UMNO-BN yang berusaha bertungkus lumus mengangkat mereka ke takhta ‘Aku Yang Berhormat’ menerusi proses demokrasi ‘Peti Undi’ tetap akan menerima pembalasannya pada PRU13 nanti.

Rakyat sekarang di abad ke-21 lebih matang berfikir dan mampu menilai mana-mana jenis pemimpin yang sekadar pemimpin ‘bermuka-muka’ termasuklah pemimpin yang suka menggunakan ‘wang’ sebagai sandarannya untuk berkuasa seterusnya melebarkan empayar dalam niatnya untuk terus ‘memperkulikan’ rakyat.

Berapa lama lagi UMNO-BN boleh memperkulikan rakyat atau berapa lama lagikah Halik boleh bersuara lantang sebagai ‘Wira Kalawon’ Murut dalam bentuk ‘celup’ konon kebangkitannya di Parlimen Tenom sebagai Ketua PKR di sini untuk membela rakyat khususnya usahanya membaikpulih calar yang terukir di dahi setiap masyarakat Murut yang pernah digelar ‘Murut senang diurut, Dusun senang disusun’ ketika era kerajaan Parti Berjaya suatu ketika dahulu.

Apa Pun, semuanya tersandar di bahu Halik kerana UMNO-BN yang bakal ditolak rakyat pada PRU13 kelak, apakah Halik boleh melakukan yang yang lebih baik selepas UMNO-BN? Sama-samalah kita tunggu!

Salam Hormat.

oleh Mantan Pemimpin Parti Berjaya

- sabahkini

Wednesday, September 22, 2010

Missing tycoon's wife arrives with 'damning' evidence

KUALA LUMPUR: The wife of missing Indian businessman A Muthuraja arrived in Malaysia this morning to facilitate police investigations. But she has brought along evidence that could land the police in trouble.

S Usharani, 24, has a recording of a telephone conversation between her and a man claiming to be a Malaysian police officer.

According to PKR MP S Manikavasagam, the 'police officer' had called Usharani in Chennai and demanded RM1 million for her husband's release.

Muthuraja, a cinema financier, was said to have links with the main suspects in the murder of cosmetics millionaires Sosilawati Lawiya and three others. He went missing in January this year after meeting the two lawyer brothers.

Manikavasagam told FMT that when he accompanied Usharani to the Kuala Langat district police headquarters, the police had asked for the recording but he refused to give it to them.

“I still don't trust them. So I want to release the recording to the media first before giving it to the police,” he said, adding that he would do so at a press conference tomorrow.

As for the telephone conversation, Manikavasagam said it was in Tamil and the “police officer” had identified himself as “ASP Suresh”.

Asked if this suggested that the main suspects, who are well-heeled lawyers, could have police connections, he replied: “Of course, they were probably working hand in glove.”

“Even the suspect's law firm (in Banting) is situated directly opposite the district police headquarters,” he added.

Wife visits the 'killing fields'

Manikavasagam said the police told Usharani that they believe her husband was murdered and the case was being investigated under Section 302.

Usharani was then taken to Ladang Gadong where the murders took place and also to the river in which unidentified human bones had been discovered.

Despite this, Manikavasagam said Usharani refused to believe that her husband could be dead.

"Usharani was calm when speaking to the police but broke down at the murder site. She is very shaken but has promised the police full cooperation in the quest to find her husband," he added.

The police, meanwhile, have requested that one of Muthuraja's family members come to Malaysia to provide DNA evidence in order to speed up investigations.

Asked why Usharani had sought his help, Manikavasagam explained that a mutual acquaintance in India had made the introductions.

"Many people in India know me through my work," he clarified. "This person happens to be one of them and gave her my number. She called me asking for help and I agreed."

Manikavasagam also praised the police for their good work so far and stressed that this was about justice for all the victims and not just Muthuraja.

Usharani, who is staying with a relative, would be here for a week to aid investigations. - freemalaysiatoday

by Stephanie Sta Maria

Tuesday, September 14, 2010

Tuanku Faris Petra, Raja Di Hati Rakyat

KOTA BHARU, Pemasyhuran Perlantikan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan telah selamat disempurnakan pada pagi semalam di Istana Balai Besar di sini.

Pemasyuran perlantikan itu dibacakan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Kedua.

"Bismilhhari Rahmanir Rahim; maka dengan ini adalah diisytiharkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Yang Kedua, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada hari ini (4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan 13.9.2010, pukul 9.00 pagi) di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan waris, menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa pada hari ini 4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan dengan 13 September 2010.

"Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi.," katanya

Tengku Faris Raja Berjiwa Rakyat

Rakyat Malaysia lebih maklum bahawa di setiap negeri yang mempunyai Raja atau Sultan, tugas dan tanggungjawab perihal agama Islam diletak di bawah bidang kuasa Kebawah Duli. Secara tidak langsung, Kebawah Duli adalah Khalifah kepada setiap rakyatnya yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam. Perintah Baginda mengenai hal ehwal agama mestilah dipatuhi oleh sekalian rakyat jelata dan sudah tentu ianya adalah kepada ajaran Al-Quran dan Hadis.

Baru-baru ini rakyat Malaysia telah digemparkan oleh suatu peristiwa yang mana Pemangku Raja Kelantan telah mengimamkan solat hajat yang dimakmumkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz dan beberapa lagi para Ulamak. Seperti kata Nik Aziz, sepanjang hayat beliau selama 75 tahun, belum pernah ada di kalangan Pemangku Raja yang mengimamkan solat dan usaha murni ini telah bermula di negeri Kelantan.

Peristiwa ini telah memberi impak yang sangat besar sehingga tidak terkata. Mungkin peristiwa ini akan menjadi iktibar dan akan berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia. Apa sekali pun, inilah dia Tengku Faris yang mempunyai keperibadian yang tersendiri yang disenangi oleh sekalian rakyat negeri Kelantan dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan rakyat Baginda.

Sepanjang baginda memangku sebagai sultan Kelantan, sebahagian duit elaun memangku digunakan untuk membeli lembu-lembu dan disedekahkan untuk masjid2.. Tengku berpesan agar disimpan untuknya seekor..bukan untuk beliau sendiri tetapi untuk Baginda sembelih dengan tangan baginda sendiri untuk rakyatnya....

Sultan Kelantan yang baru dimasyhurkan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra merupakan seorang raja yang berjiwa rakyat dan dekat di hati rakyat Kelantan.

Sebut sahaja kawasan pedalaman mana yang tidak pernah dilawati baginda bagi menyelami suka duka rakyat termasuk ke kampung-kampung penempatan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli.

Sering mengenakan jubah atau berbaju "gumbang" (baju Melayu) serta berkain pelikat dan berkopiah putih ketika melawat rakyat jelata menyebabkan tiada siapa yang menyangka lelaki segak itu merupakan pewaris Kesultanan Kelantan yang baru.

Pernah satu ketika di Pantai Damat, Bachok, baginda tidak kekok duduk bersila dan mendengar kisah penderitaan seorang ibu tunggal yang uzur dan hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mata baginda berkaca ketika mendengar kisah keperitan hidup Azizah Abdullah, 41, membesarkan tiga anaknya.

Membahasakan diri baginda dengan perkataan "kita" menyebabkan baginda dan rakyat seperti tidak ada jurang pemisah yang boleh merenggangkan hubungan rakyat dan raja.

Ketika di rumah Azizah, baginda yang turut menghulurkan sumbangan peribadi, juga sempat memberikan perangsang kepada tiga anak wanita itu untuk berjaya dalam pelajaran mereka.

Tuanku Muhammad Faris Petra merupakan putera sulung Sultan Kelantan sebelum ini, Tuanku Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra.

DAULAT TUANKU!



- www.husammusa.com

Sunday, August 22, 2010

Kanak-kanak maut, 2 parah rumah stor mercun meletup

Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun meletup dalam satu kejadian di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di Kuala Terengganu tengahari tadi.

Mangsa yang maut Khairul Arif Ayob, 6, pelajar Taman didikan Kanak-kanak (Tadika) Kampung Losong Atap Zin di sini, dikatakan tercampak setinggi 15 meter ke atas pokok yang berhampiran dengan rumah itu akibat letupan kuat tersebut kira-kira pukul 12.30 tengahari.

Seorang saksi Nor Shafli Azhar, 36, berkata mayat Khairul Arif yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, tersangkut di atas pokok berdekatan telah diturunkan oleh orang ramai sebelum membawanya ke hospital.

"Kaki seorang lelaki hampir hancur, selain mengalami kecederaan di bahagian badan manakala seorang lagi mangsa juga mengalami kecederaan parah di bahagian kaki," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Bagaimanapun idendititi kedua-dua lelaki berkenaan yang berumur 22 dan 23 tahun masih belum dikenalpasti.

Nor Shafli berkata, ketika kejadian beliau sedang berehat di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian apabila tiba-tiba terdengar bunyi letupan yang kuat sehingga menggegarkan rumahnya.

Beliau kemudian menjengah ke luar rumahnya dan melihat asap tebal dari arah rumah tinggal terbabit dan bergegas ke tempat kejadian untuk melihat secara dekat kejadian yang berlaku.

"Apabila sampai saya mendapati rumah berkenaan rosak teruk dengan sebahagian dinding rumah tercabut dan berandanya runtuh. Dua orang lelaki turut terbaring di luar rumah dalam keadaan cedera parah," katanya yang merupakan seorang peniaga.

Beliau berkata salah seorang lelaki terbabit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala seorang lagi lelaki yang berada di bawah serpihan kayu daripada rumah yang meletup itu sempat memberitahunya ada seorang budak yang turut terlibat dalam kejadian itu dan mengarah beliau mencarinya.

"Setelah mencari saya tidak sangka pula akan menjumpai mayat kanak-kanak itu tersangkut di atas pokok dengan kepalanya cedera parah," katanya.

Beliau berkata, dua mangsa yang cedera parah itu kemudian telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan.

Seorang jiran yang tinggal berhampiran 50 meter daripada rumah berkenaan, Hasnah Abdul Jalil, 50, pula berkata kejadian itu mengakibatkan atap rumahnya tercabut dan cermin tingkap dapur rumahnya rosak teruk.

"Mujurlah saya tidak ada di rumah ketika kejadian kerana kebiasaannya saya sedang memasak waktu itu. Ketika itu saya keluar untuk mengambil anak saudara di tadika di kawasan berhampiran," katanya.

Beliau turut mendakwa sering ternampak kereta keluar masuk di kawasan rumah tinggal itu dengan mengangkut barangan, namun tidak mengetahui jenis barangan itu.

Sementara itu, ibu saudara kanak-kanak malang itu Rozita Abdul Rahman, 35, ketika ditemui di rumah ibunya berkata, ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak berkenaan keluar ada urusan di mahkamah.

Manakala, anak saudaranya yang peramah dan cepat mesra itu, sudah beberapa hari tidak ke sekolah (tadika) kerana demam.

"Hari ini entah macam mana dia boleh ikut kawan ayahnya ke tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, ibu Khairul Arif telah menyediakan dua pasang baju raya untuk di pakai oleh kanak-kanak itu pada hari raya nanti.

"Saya juga rasa hairan kerana hari ini Khairul Arif membawa bersama selipar rayanya ke hulu ke hilir untuk ditunjukkan kepada orang yang dijumpainya. Dia juga tidak semena-mena pernah berkata nak pergi jauh," katanya yang terkejut dengan kejadian itu.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd Shukri Dahlan yang turut melawat tempat kejadian, mengarahkan satu siasatan terperinci dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kejadian selain jenis bahan letupan dan individu yang terlibat.

"Kita akan meminta bantuan Unit Forensik dan Unit Bom dari Kuala Lumpur untuk membantu menyiasat dalam kes ini," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak bermain dengan mercun menjelang musim perayaan ini untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

- Bernama

Friday, June 25, 2010

Lagi kes pelajar mati...

Soal 'raging' ni memang dah jadi lumrah bagi pelajar yang tinggal di asrama. Tak usah orang lain, saya sendiri dulu pernah mengalami pengalaman kena buli oleh pelajar senior sewaktu menuntut di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dalam tahun 82/83. Teruk jugalah kena raging sampai kena baling dengan terompah kayu yang selalu dipakai oleh nyonya. Tapi bukanlah semua abang senior yang ganas. Hanya segelintir saja. Lepas tu abang senior yang ganas jadi member rapat pulak.

Secara peribadi, salah satu faktor yang menyebabkan budaya raging ini berlaku bila mana istilah 'balas dendam' sewaktu kita jadi junior dulu teruk kena buli. Bila dah jadi senior, maka tibalah giliran kita pulak nak raging junior yang baru masuk.

Dengan izin, secara personal saya berpendapat ada beberapa sebab yang menyumbang kepada tindakan 'raging' yang melampau sehingga melibatkan kecederaan dan ada kes sehigga membawa maut. Antaranya ;

- mungkin pelajar junior melawan dan enggan menurut kehendak senior. Situasi ini menyebabkan pelajar senior 'naik angin' hingga bertindak memukul sehingga tahap mencederakan.

- mungkin pelajar senior yang ganas ini turut kena raging teruk sewaktu mereka junior dulu. Jadi peluang yang ada digunakan sebagai 'membalas dendam' atas apa yang mereka kena dulu.

- memang wujud satu kumpulan 'hardcore' yang tukang raging secara ganas di kalangan pelajar senior ini. Kumpulan ini akan dipanggil oleh pelajar senior lain untuk 'mengajar' pelajar junior yang keras kepala.

- kurangnya didikan agama daripada keluarga dan setengahnya lahir daripada keluarga yang bermasalah.

- tiada pengisian jiwa yang dibuat oleh pihak sekolah kepada para pelajar. Hanya mementingkan akademik saja.

Dulu kita pernah dikejutkan dengan tindakan sekumpulan pelajar Sek Men Agama Persekutuan Labu, N.Sembilan yang membelasah seorang pelajar di situ sehingga maut. Dan semalam kes yang serupa berlaku di Maktab Tentera DiRaja (RMC).

Sebagai Muslim dan juga rakyat, kita wajib merenungi sedalamnya apakah puncanya jenayah bunuh ini sudah mula merebak hingga ke sekolah. Manakala budaya seks bebas dan gangsterisme memang dah lama menular di kalangan remaja Melayu kita.

Ingatlah, walaupun mungkin anak atau ahli keluarga kita tak terlibat dengan budaya barat yang merosakkan ini tapi adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mencegah perkara ini daripada terus membiak dan merosakkan generasi muda.

Bagi saya, jalan yang terbaik untuk menyelesaikan segala permasalahan ini ialah dengan kembali sepenuhnya kepada ajaran Islam yang syumul. Menjadi kewajiban kita umat Islam untuk menegakkan Daulah Islamiyah di tanahair ini.

Jazakallah.

Tuesday, September 1, 2009

Khidmat Musa Hasan Akan Dilanjutkan

Walaupun PAS memohon kepada Yang Dipertuan Agong agar tidak memperkenankan cadangan kerajaan untuk melanjutkan tempoh khidmat Musa Hasan sebagai KPN yang berakhir pada 14 September ini, namun diyakini tempoh perkhidmatan Musa akan dilanjutkan juga.

Kita semua tahu kerajaan UBN di bawah Najib pasti mahukan orang macam Musa ini terus berkhidmat sehingga PRU13 kelak bagi memudahkan segala perancangan jahat dan kotor UBN berjalan dengan lancar. Perlu diingat Musa Hasan bukanlah orang baik. Walau dahi lebam kuat tahajjud, namun jiwa dan hatinya sudah terlampau kotor dek makan 'duit haram'.

Sapa tak kenal dengan Musa Hasan ni. Salah seorang yang terlibat dengan konspirasi kotor menjatuhkan Anwar dalan tahun 1998. Beliau juga didakwa membela "King Of Along" dalam negara. Bukan setakat tu saja, banyak kepala-kepala gengster yang 'dijaganya'. Sebagaimana yang didakwa, dalam tahun 2007 beliau terlibat secara langsung dalam pembebasan sekumpulan gengster dengan menerima suapan berjumlah RM2.1 juta.

Ada sumber pula menyebut terdapat individu yang telah lulus dalam permohonan dan temuduga untuk memiliki senjata api tetapi masih gagal untuk mendapatkan lesennya kerana sangkut di meja Musa Hasan. Di sini timbul kemusykilan mengapa Musa tidak mahu keluarkan lesen tersebut. Setelah diselidiki, akhirnya pecah tembelang. Rupanya Musa kenakan 'tol' sebanyak RM50 ribu bagi sesiapa yang mahu lesen senjata mereka keluar.

Perlu kita akui sejak zaman Mahathir lagi semua jawatan tertinggi dalam Jabatan Peguam Negara, Kehakiman, Polis dan BPR dipegang oleh kumpulan 'manusia kotor' yang sedia bersekongkol dengan pemerintah. Semuanya 'Yes Bos'. Begitu juga dengan SPR dan SPRM. Seluruhnya menjadi 'pecacai' kepada pemerintah.

Semuanya ini amat penting bagi pemerintah UBN kerana tanpa kerjasama dari puak-puak penyamun ini, maka semua perancangan 'kerja kotor' akan tergendala. Dengan menguasai semua kepala-kepala di jabatan tersebut, maka mudahlah bagi UBN untuk merealisasikannya.

Selagi tak bertukar parti yang memerintah negara ini, maka selagi itulah masalah yang berlaku ini tidak akan selesai. Apa yang telah dan sedang berlaku dalam negara hari ini merupakan kesinambungan dari pemerintahan Mahathir selama 23 tahun. Ianya sudah menjadi barah. Barah yang sudah merebak sehingga ke peringkat akar umbi.

Mana ada lagi jabatan kerajaan yang bersih hari ini. Semuanya terlibat dengan rasuah. Kalau dah dalam Jabatan Agama Islam sendiri pun boleh berlaku penyelewengan wang zakat, apatah lagi jabatan-jabatan lain. Sejarah Tabung Haji sendiri yang pernah terlibat dengan pelaburan judi sudah cukup membuktikan betapa dahsyatnya pemimpin UMNO yang sedang memerintah hari ini. Jika duit rakyat yang menabung untuk pergi menunaikan Haji pun boleh diperlakukan sedemikian, jangan diharaplah dengan Skim Pelaburan lain yang dibuat oleh kerajaan.

Nasib baik ada pembangkang seperti PAS di Parlimen. Dengan desakan yang dibuat oleh MP PAS, akhirnya Menteri di JPM mengakui memang Tabung Haji ada melabur dalam syarikat perjudian. Atas desakan itu, akhirnya wang rakyat dalam Tabung Haji dapat diselamatkan daripada terlibat dengan benda haram. Kalau tak penat saja umat Islam kat Malaysia pergi Haji dengan duit yang sudah bercampur dengan dividen dari sumber yang haram. Orang lain pergi Haji dapat Haji Mabrur tetapi rakyat Malaysia pergi ke Mekah dapat Haji Marlboro.

Inilah senario yang melanda negara dan rakyat hari ini akibat memilih dan membiarkan terus pemimpin 'jahat' berkuasa.

Lakukanlah perubahan dalam PRU13 kelak. Ingatlah, kita hidup bukan setakat di dunia saja malah ada kehidupan yang abadi sedang menanti kita di sana...

Jazakallah...

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger