Sunday, August 29, 2010

Isu Masuk Mesjid : Kemunafiqan UMNO semakin terserlah

Kalaulah UMNO ni seorang manusia, maka bolehlah disebut sebagai jelmaan Abdullah bin Ubay, bapak munafiq di Madinah yang bermuka-muka dalam menjalankan tugasnya untuk memecah-belahkan umat Islam serta menghalang kerja dakwah Rasulullah bagi menegakkan Daulah Islamiyyah pada ketika itu.

Dan segala kerja UMNO selama ini memang serupa dengan apa yang dilakukan oleh bapak munafiq Madinah itu, malahan lebih teruk.

Hadis riwayat Zaid bin Arqam ra., ia berkata:

Kami pernah keluar bersama Rasulullah saw. dalam suatu perjalanan di mana orang-orang banyak yang tertimpa musibah. Lalu Abdullah bin Ubay berkata kepada para pengikutnya: Janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang-orang Muhajirin yang ada di sisi Rasulullah saw. supaya mereka bubar meninggalkan Rasulullah saw. dari sekitarnya Zuhair berkata: Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah, benar-benar orang yang kuat akan mengusir orang-orang yang lemah daripadanya. Kata Zaid bin Arqam selanjutnya: Lalu aku datang melaporkan kepada Nabi saw. tentang ucapan Abdullah bin Ubay itu. Rasulullah saw. memanggil Abdullah bin Ubay untuk menanyakan hal itu. Tetapi, Abdullah bersumpah tidak pernah berkata demikian. Dia berkata: Zaid berbohong kepada Rasulullah saw. Aku merasa sangat susah mendengar perkataan itu, sampai Allah menurunkan ayat yang menyatakan kebenaranku: Apabila orang-orang munafik datang kepadamu. Kemudian Nabi saw. memanggil mereka (Abdullah bin Ubay dan para pengikutnya) untuk dimintakan ampun, tetapi mereka membuang muka (menolak dan berpaling), Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandarkan. Mereka sebenarnya adalah orang-orang yang bertubuh bagus. - Shahih Muslim

Salah satu bukti kemunafiqan UMNO bila mana merampas hak royalti minyak rakyat Terengganu sewaktu PAS memerintah. Dan hari ini hak royalti minyak rakyat Kelantan juga dirampas kerana Kelantan diperintah oleh PAS.

Apa bezanya tindakan UMNO ini dengan arahan Abdullah bin Ubay kepada para pengikutnya "Janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang-orang Muhajirin yang ada di sisi Rasulullah saw. supaya mereka bubar meninggalkan Rasulullah S.A.W."

UMNO ingat dengan merampas hak royalti minyak Kelantan akan menyebabkan negeri itu jatuh miskin dan akhirnya rakyat kembali menyokong UMNO. Malang bagi UMNO kerana majoriti rakyat Kelantan mempunyai kesedaran Aqidah Islam yang cukup tinggi dan tidak mudah tergugat dengan permainan keji politik sempit mereka. Tindakan merampas hak royalti minyak itu akan menambahkan lagi kebencian rakyat Kelantan terhadap parti Melayu hapraq yang semakin tenat sekarang.

Dan UMNO sememangnya takut bila mana kesedaran Islam di kalangan rakyat meningkat. Lebih-lebih lagi bila mana dilihat rakyat bukan Islam semakin rapat dengan PAS dari masa ke semasa sehingga Kelab Penyokong PAS telah dinaikkan taraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pada Mei lalu.

UMNO semakin sawan bila dilihatnya semakin ramai pimpinan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat khususnya dari DAP sudah mula faham apa itu Islam dan undang-undangnya. Malah bukan lagi menjadi satu yang pelik kini bila pimpinan DAP sendiri sudah mampu menyebut terjemahan beberapa potong ayat Al-Qur'an dalam ceramah mereka. Ini merupakan senario baru dalam politik tanahair mutakhir ini. Inilah salah satu kejayaan PAS dalam menyampaikan dakwah Islamiyyah kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Bukan macam UMNO. Dah berpuluh tahun mengepalai BN tetapi rakan komponennya MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lainnya terus diberikan gambaran negatif tentang Islam. Dan memang pun golongan munafiq ini lebih kufur daripada golongan kafirun.

Bila saja pimpinan bukan Islam dari PR masuk mesjid dan surau untuk menyampaikan ucapan atau bantuan, maka berkokoklah golongan munafiq UMNO seolah-olah mahu menunjukkan merekalah pembela agama Islam. Malalak dan melolonglah mereka macam orang gila sambil menyebut "Masjid dan surau telah dicemari". Lalu percayalah orang Melayu yang jahil agama seperti mereka.

Umat Islam tidak usah terpedaya dengan politik perkauman sempit yang sedang digendang oleh UMNO sejak kebelakangan ini. Semuanya ini hanyalah helah untuk menyembunyikan segala pekong penyelewengan dan rasuah mereka selama ini yang telah menyebabkan negara ini hampir bankrap.

Yang pasti UMNO memang benci jika semakin ramai umat Islam faham Islam dan cukup takut bila orang bukan Islam semakin mendekati Islam. Sebab itulah UMNO sengaja biarkan gejala murtad dan zina terus berleluasa berlaku dalam negara. Rakyat pula terus-menerus dihidang dengan pelbagai jenis hiburan yang melalaikan melalui kaca TV dan secara live. Dan inilah yang UMNO belajar dari gurunya Zionis Yahudi.

Umat Islam perlu sedar bahawa Islam adalah agama fitrah untuk seluruh umat manusia. Dan Islam sendiri membenarkan orang bukan Islam untuk memasuki mesjid.

Pandangan 4 Mazhab berhubung bukan Islam memasuki Mesjid

Pertamanya - Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid.

Keduanya - Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan Masjidil Haram dan kawasan tanah haram Makkah.

Ketiganya - Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki Masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah.

Keempat - Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja.

Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah SAW juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid.

Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan Nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)."

Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah serta menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

Jazakallah.

Saturday, August 28, 2010

Umno Langgar Fatwa, Dr Asri Pertahan Teo Nie Ching

Dua tokoh terkemuka agama terkemuka negara, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dr Muhammad Nur Manuty menyifatkan perbuatan Ahli Parlimen Sedang Teo Nie Ching memasuki bahagian dalam surau, tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Selain diperkuat dengan fatwa yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Malaysia, mereka berpendapat, amalan orang bukan Islam mendekati masjid atau surau adalah tanda positif terhadap penerimaan agama, selagi tidak bercemar kesucian agama.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Keputusan itu dicapai pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010.

Bekas Mufti Perlis itu tegas menyatakan, bukan menjadi satu kesalahan kepada orang bukan Islam untuk memasuki surau dan masjid asalkan niatnya baik dan betul.

“Jika tujuan dia masuk itu tujuannya untuk mempelajari Islam mengetahui tentang Islam dan mengkaji tentang Islam ataupun untuk urusan kehidupan yang ada dengan kepimpinan Islam dalam masjid umpamanya seperti zaman nabi.

"Nabi sebagai ketua agama dan berpusat di masjid mereka masuk untuk berjumpa dengan nabi dan meminta masuk yang mereka rasa urusan mereka dan mereka masuk tidak ada masalah,” kata bekas Mufti Perlis kepada TV Selangor.

Dr Asri berharap kepada umat Islam di negara ini tidak terikat dengan stigma tertentu hingga mendorong mereka membuat kesimpulan mudah tapi salah.

Beliau menyarankan semua pihak menyelesaikan masalah ini berpandukan hukum hakam agama dan bukan bersandarkan kepada pemikiran politik.

“Saya mengharapkan perkara seperti ini jangan dimulakan hukuman yang menjadikan orang bukan Islam takut, lebih baik media-media ini memainkan peranan menerangkan prinsip umum Islam termasuk dalam masjid, apa pandangan Islam. Islam kata tidak ada masalah, mereka boleh masuk masjid jika niat mereka betul.

"Jika niat mereka salah, maka tujuan mereka salah, maka tidak boleh masuk masjid,” kata beliau.

Dr Asri mengingatkan semua pihak prinsip agama bukan bertiangkan politik kepartian yang membawa kepada pelbagai prejudis dan persepsi, sebaliknya mesti bersandarkan fakta dan dalil.

“Isu agama mesti diulas atas prinsip agama. Prinsip agama sentiasa ditegakkan melalui fakta sedangkan politik kepartian sentiasa ia dibina di atas prejudis dan persepsi.

"Jika kita mahu bercakap berkenaan agama, mesti mengikut kepada penghujahan agama. Jangan jadikan penghujahan politik untuk penghujahan agama kerana politik kepartian ada agenda di sebalik isu.

"Akan tetapi, agama sentiasa konsisten dan tegap dan dibina di atas prinsip,” katanya lagi.


Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhammad Nur Manuty menggesa umat Islam menyelak kembali lembaran sejarah ketamaduan Islam sebelum membuat kesimpulan melulu.

Ini akan membolehkan umat Islam lebih memahami isu dan perkembangan dunia Islam dengan lebih luas dan tidak terperangkap dengan kepompong budaya yang belum tentu berpaksi ajaran agama.

“Saya fikir masyarakat umat Islam kena mendalami lagi Islam daripada segi hukum hakam dan juga sejarah ketamadunan umat Islam yang berpangkalan di Makatul Mukarramah kemudian ke Madinah kemudian ke Baitul Maqdis.

Ini, supaya memahami adanya ruang-ruang yang diadakan orang Islam untuk masuk ke dalam masjid dan juga pembinaan gereja yang dibina berhampiran masjid seperti di Baitul Maqdis. Jadi umat Islam kena pertingkatkan kefahaman tentang Islam dan sejarahnya,” katanya.

Beliau menganggap tindakan Teo Nie Ching itu menunjukkan seorang pemimpin bukan Islam cuba membantu dan menyelami kehidupan umat Islam.

Malah, ia jauh berlawanan dengan gelagat wakil rakyat Barisan Nasional yang selama ini memandang remeh keperluan infrastruktur surau tertentu.

"Hari ini kita tengok Ahli Parlimen Serdang sudah memberitahu tujuan dia bukan bertazkirah tetapi orang menyebut-nyebut dia memberi tazkirah. Mana ada dia bertazkirah, dia menyampaikan maklumat terkini polisi kerajaan Selangor.

"Sebagai wakil rakyat dia perlu untuk menjalankan tugasnya di mana wakil rakyat daripada PR lebih baik daripada menjalankan tugas daripada wakil rakyat BN yang menjalankan tugas yang bukan Islam langsung tidak menghayati budaya orang Islam terutamanya dalam bulan Ramadan,” katanya.

- tvselangor

Friday, August 27, 2010

Bangkit perkauman untuk tutup kehilangan RM52 bilion

GEORGETOWN, 27 Ogos: Tindakan Umno mengapi-apikan isu perkauman dan agama adalah cubaan menutup skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, kata Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai mengulas isu perkauman yang cuba dihangatkan Umno pada pada waktu ini.

"Mereka mengapi-apikan pelbagai isu perkauman supaya menutup skandal RM52 bilion.

"Dari RM54 bilion yang diberikan kepada Bumiputera sekarang hanya tinggal RM2 bilion sahaja," ujarnya semalam selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Itulah sebabnya mereka mainkan isu-isu berkaitan agama dan perkauman ini, supaya isu sebenar boleh ditutup."

Sambil mendakwa Umno mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu dan Bumiputera, Setiausaha Agong DAP itu turut mempersoal keengganan Umno BN untuk menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat punca ekuiti Bumiputera tinggal RM2 bilion sahaja.

"Siapa yang kebas RM52 bilion saham Bumiputera ini, tentulah Umno BN.

"Adakah disebabkan itu, mereka tidak mahu menubuhkan suatu siasatan suruhanjaya di raja," soal beliau di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

Sehubungan itu, beliau menganggap DAP, PAS dan PKR atas muafakat Pakatan Rakyat wajar bersatu untuk menentang permainan politik Barisan Nasional itu.

"Kita boleh bersatu melawan kemungkaran yang dicerminkan oleh Barisan Nasional, baik Umno, MCA atau MIC," katanya lagi.

Sidang media tersebut turut disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sebelum pada itu, beliau turut mengaku bahawa beberapa pemimpin DAP memang mempunyai perbezaan pendirian berhubung cadangan PAS melaksanakan hudud.

Namun, katanya itu hanya perkara kecil dan Pakatan lebih mengutamakan agenda menentang kemungkaran yang dilakukan dalam Umno BN dari mempopularkan idealogi kepartian masing-masing.

29 Mac lalu, Guan Eng di Dewan Rakyat mempersoal integriti Umno BN ekoran kehilangan RM52 bilion itu.

Persoalan itu lanjutan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mendedahkan bahawa ekuiti Bumiputera hanya tinggal RM2 bilion sahaja.

Menurut Guan Eng juga, ekuiti Bumiputera mampu meningkat sebanyak 45 peratus melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) sekiranya Umno tidak mengkhianati amanah rakyat, khususnya orang-orang Melayu.

- harakhdaily

Mengenang Assyahid Sheikh A.Yasin : Wawancara Ekslusif 1

Walaupun Assyahid telah pergi menemui kekasihnya sejak 6 tahun yang lalu, namun roh perjuangan jihadnya tetap segar menyirami jiwa seluruh pejuang Hamas dan rakyat Palestin buat selamanya. Malahan roh jihad tersebut turut membakar semangat pejuang Islam di seluruh dunia. Al Fatihah buat Assyahid, Dr Aziz Rantisi, seluruh pejuang Hamas serta rakyat Palestin yang gugur syahid.

Berikut adalah petikan wawancara Palestine Information-Centre dengan Assyahid sebelum kesyahidannya pada 22 Mac 2004.

Bagaimana anda melihat pendudukan kembali Zionis Israel ke atas kota-kota di Tebing Barat?

Pendudukan kembali Israel ke atas kota-kota di Tebing Barat menunjukkan bahawa penjajah Israel sedang kerasukan, seperti lembu hutan yang cedera, setelah kewujudan dan teori keamanannya rosak. Oleh itu, Zionis Israel mula melancarkan pendudukan dan penjajahan kembali ke atas kota-kota Palestin kerana mereka yakin hal itu dapat menghancurkan kekuatan penentangan rakyat Palestin. Dan saya yakin perancangan mereka akan gagal kerana sekarang ini gerakan penentangan menjadi satu-satunya pilihan oleh seluruh rakyat Palestin dan bukan lagi pihak tertentu sahaja sehingga gerakan penentangan ini tidak dapat dibasmi dan dihentikan.

Apakah pendudukan kembali Zionis Israel itu memberi pengaruh terhadap tindakan penentangan rakyat Palestin?

Rakyat Palestin akan terus menentang penjajahan Israel di bumi Palestin, khususnya Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Kami akan menentang di seluruh penjuru dan wilayah Palestin. Ada pun pengaruh pencerobohan Zionis Israel ke atas Gerakan Penentangan Rakyat Palestin amat bergantung kepada sayap militan gerakan tersebut, kemampuan serta kekuatan mereka menentang pada waktu dan tepat yang tepat. Dan Gerakan Penentangan Rakyat Palestin adalah pihak yang menentukan waktu dan tempat yang tepat untuk melakukan pertempuran itu.

Adakah penangkapan beberapa aktivis Islam di Tebing Barat memberi kesan ke atas gerakan penentangan Hamas?

Pembunuhan dan penangkapan yang dilakukan oleh Zionis Israel tidak akan menamatkan perjuangan rakyat Palestin, sebaliknya menambah semangat dan kekuatan penentangan itu sendiri. Kerana setiap pejuang yang syahid mempunyai pengikut dan rakan-rakan yang akan melakukan serangan balas dan akan meneruskan draf langkah perjuangan mereka. Oleh itu, pembunuhan dan penangkapan yang dilakukan penjajah Israel itu sesungguhnya menambah kekuatan dan memperluas penentangan rakyat Palestin itu sendiri.

Menurut pendapat anda, apakah langkah politik yang akan dilakukan oleh penjajah Israel setelah merampas kota-kota dan khemah-khemah pelarian di Tebing Barat?

Penjajah Israel ingin menghancurkan kekuatan penentangan dan kemampuan rakyat Palestin sehingga mereka menyerah dan menerima tuntutan dan syarat Israel-Amerika, menerima langkah-langkah penyelesaian yang merugikan, yakni menghapuskan persoalan hakiki rakyat dan bangsa Palestin. Dan rakyat kami tidak mungkin menerima langkah semacam itu kerana tanah kami masih dijajah dan diduduki; hak-hak kami dirampas. Saya katakan, tidak ada penyelesaian selain keluarnya penjajah Israel dari bumi Palestin. Dan apa jua jenis penyelsesaian pun yang diambil hanyalah sementara, keadaan akan kembali meledak semula.

Menurut keyakinan anda, apakah perkembangan terakhir ini menunjukkan strategi Israel yang akan melakukan pendudukan kembali, bahkan penggabungan wilayah Tebing Barat ke dalam wilayah Israel tahun 1948, dan akhirnya wilayah Semenanjung Gaza akan menjadi negara kecil Palestin di kemudian hari?

Jika ada yang berpendapat bahawa rakyat Palestin akan melepaskan tanahair dan hak-hak mereka serta rela hidup di Semenanjung Gazaq kerana wilayah ini adalah sebuah negara Palestin, maka orang tersebut sedang berkhayal. Kerana Semenanjung Gaza itu adalah sebuah penjara besar yang terkepung dari segenap penjuru dan kehilangan sumber alam dan ekonomi yang diperlukan oleh sebuah negara. Oleh itu, walau apa pun langkah yang diambil untuk melepaskan hak-hak hidup kami, akan ditolak mentah-mentah. Kami tidak akan menerima kecuali mengembalikan setiap inci wilayah dan tanahair Palestin. Oleh yang demikian, penentangan rakyat Palestin mesti berterusan sehingga penjajah Israel keluar dari tanahiar dan tempat-tempat suci kami.

Apa yang mungkin dilakukan oleh militan Israel untuk menduduki Semenanjung Gaza?

Kemungkinan serangan militan Israel selalu ada tetapi mereka tidak mungkin berfikir untuk memasuki wilayah Semenanjung Gaza, kecuali jika mereka sudah kehilangan akal warasnya. Ini kerana Semenanjung Gaza sangat sukar untuk diduduki dan aktivis penentangan rakyat Palestin tersebar di mana-mana. Oleh itu, Israel akan kalah dan harus membayar harga yang mahal atas setiap serangan ketenteraan yang dilakukannya. Ditambah lagi, wilayah Semenanjung Gaza itu sudah terkepung dan tidak akan membahayakan kewujudan Israel dari dalam wilayah Semenanjung Gaza. Akan tetapi, apabila rejim Israel mengetahui ada sumber bahaya dan ancaman terhadap kewujudan negaranya dari wilayah Semenanjung Gaza, maka Israel pasti akan memasuki wilayah ini. Dan saya tegaskan kepada penjajah Israel bahawa memasuki wilayah Semenanjung Gaza tidaklah mudah seperti pergi berekreasi, Israel harus membayar harga yang mahal dan akan menderita kerugian yang sukar dibayangkan.

bersambung...

Thursday, August 26, 2010

Menipu peneroka : Mahkamah arahkan Felda bayar RM 11 juta

Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang Tiga dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar mereka RM11 juta kerana menipu peneroka berkenaan berhubung gred buah kelapa sawit.

Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak permohonan Felda yang mencabar keputusan yang dibuat oleh panel lain, mahkamah itu yang sebelum ini mengketepikan rayuan berkenaan.

Lebih 150 peneroka hadir pada perbicaraan yang penuh sesak ini manakala ratusan lagi berhimpun di luar menantikan penghakiman. Kebanyakan mereka mengagahi perjalanan lebih sembilan jam dari Kelantan untuk mencari keadilan.

Dengan penghakiman hari ini, setiap peneroka itu dijangka menerima RM25,000 hingga RM30,000 setiap seorang.

Keputusan hari ini mempunyai implikasi besar ke atas Felda dan kerajaan kerana ia akan menyaksikan lebih banyak saman difailkan dan mengugat kepercayaan sebelum ini bahawa penubuhan agensi kerajaan itu oleh perdana menteri kedua, Tun abdul Razak Hussein bagi meningkatkan kebajikan masyarakat bumiputera dengan menaikkan taraf hidup mereka sebenarnya mempunyai kepincangan.

Keputusan sebulat suara

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan permohonan Felda membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Baharu supaya agensi itu membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka-peneroka itu.

Panel hakim, yang turut terdiri Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif, mendapati mahkamah itu tidak dapat membenarkan permohonan itu kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa menyemak semula keputusan awalnya.

Menurut Alauddin, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana mahkamah hari ini tidak mempunyai jurisdiksi untuk mengkaji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

"Justeru, rayuan itu ditolak."

Mahkamah juga memerintahkan Felda membayar kos perundangan sebanyak RM20,000.

Mahkamah Tinggi Kota Baharu memerintahkan Felda membayar RM7.8 juta bersama faedah kepada peneroka-peneroka itu setelah peguam agensi itu gagal hadir di mahkamah semasa saman itu didengar, dan mahkamah membuat keputusan memihak kepada peneroka selepas mendengar keterangan saksi-saksi mereka.

Jumlah meningkat

Jumlah itu kemudiannya meningkat kepada RM11 juta bersama faedah terkumpul.

Pada 19 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar pampasan kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

Panel tiga orang hakim ketika itu diketuai oleh Tun Zaki Azmi yang sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.

"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaki dalam penghakiman lisannya.

Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Peneroka menamakan Felda, pengurus tanah rancangan tersebut, Ibrahim Ismail (telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defenden.

Mereka diwakili oleh peguam Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.

- malaysiakini

Wednesday, August 25, 2010

Pemimpin Palestin Berbuka Puasa Bersama Rakyat

Lazimnya pemimpin atau ketua sesebuah negara mengundang tetamu berkunjung ke kediaman mereka untuk majlis-majlis keraian dan berbuka puasa. Jarang kita dengar pemimpin sesebuah negara yang sudi menziarahi rakyatnya yang miskin, apalagi duduk bersama berbuka puasa dengan mereka dalam keadaan serba kekurangan.

Apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Palestin, Ustaz Ismail Haniyeh telah mempamerkan satu contoh perihatinan dan kepedulian pemimpin terhadap rakyat, lebih-lebih lagi dalam keadaan rakyat sedang diliputi berbagai kepayahan hidup.

Jumaat 20 Ogos lalu, Ustaz Ismail berkunjung ke rumah sebuah keluarga di Gaza untuk berbuka puasa dengan juadah yang disediakan oleh keluarga tersebut. Rumah mereka sangat sederhana, hanya terdapat satu ruangan kurang daripada 20 meter persegi, tanpa tingkap dan tanpa lubang ventilasi. Rumah itu dihuni 8 orang ahli keluarga – ibubapa dan enam orang anak mereka. Bayangkan betapa sesak dan sempitnya rumah itu.

Melihat keadaan yang menyedihkan itu, Haniyah mengarahkan pegawainya supaya memberikan bantuan makanan untuk keluarga tersebut, dan menghadiahkan sebuah kipas angin supaya rumah mereka lebih ‘selesa’ daripada keadaan sebelumnya.

Kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza hingga kini masih hidup dalam keadaan yang menyedihkan akibat tindakan zalim embargo Zionis Israel yang telah berterusan sejak 4 tahun yang lalu. Mereka kehilangan sumber pendapatan dan pekerjaan, dan harus bergantung kepada bantuan kemanusiaan daripada luar, termasuklah keperluan makanan dan air bersih.

- haluanpalestin

10 Pembohongan Besar Media Berkenaan Israel

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk “Israel, let’s talk about it”, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:

1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.

2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.

Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.

3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.

4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.

5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang
mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.

Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.

Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?

6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion. Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.

Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.

7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah. Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza.

8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.

Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.

9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.

10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.

Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkaya yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan.

Gunakan internet dan apa sahaja media yang ada bagi menyebarkan perkara yang sebenarnya berkenaan Palestin dan apa yang berlaku di sana.

- haluanpalestin

Sifat Dan Karakteristik Yahudi

Maha Suci Allah, pencipta alam buana, pencipta segala makhluk di alam raya tidak kira alam wujud atau alam ghaib. Begitulah Maha Hebat Al Khalik yang amat takruf dan mengetahui tentang yang diciptakanNya.

Bangsa Yahudi juga ciptaan Allah, maka sudah tentu Allah lebih arif tentang mereka dari kita yang amat jahil ini. Allah yang amat penyayang telahpun mengabadikan sifat-sifat, tingkah laku dan karakteristik bangsa Yahudi ini di dalam Al Quran yang telah diturunkan kepada Rasulullah, rasul junjungan kita sebagai mengajar rasul dan umat Islam agar lebih berhati-hati dengan orang dan bangsa Yahudi. Sejarah dari zaman Rasul dan juga dari zaman-zaman nabi sebelumnya telah terbukti sifat buruk bangsa ini.

Mari kita selidiki asal-usul bangsa Yahudi dan timbulnya perkataan Israel. Perkataan Israel menurut terjemahan Hamka merupakan gelaran hormat yang Allah kurniakan kepada Nabi Yaakub. Dalam bahasa Ibrani il membawa maksud Allah maka Israel membawa maksud Amir pejuang bersama Allah.

Nabi Yaakub mempunyai 12 orang anak. Anak kedua beliau bernama Yahuda. Yahuda mempunyai ramai anak dan membentuk sebahagian besar dari suku kaum bangsa Israel. Keturunan Yahuda berkembang sebagai bangsa dan agama yang dipanggil Yahudi.

Menurut buku Al Mu’jam al Mufahras li al-fazh Al Quran tulisan Muhammad Fuad Abdul Baqi, Yahudi disebut sebanyak 9 kali dalam Al Quran, Israel sebanyak 43 kali dan bani Israel sebanyak 13 kali.

Di dalam sirah dan perjalanan hidup Rasulullah beserta para sahabat, terdapat beberapa suku bangsa Yahudi disebut. Antaranya Bani Quraizah, Bani Nadir dan Bani Qainuqa.

Allah di dalam Al Quran telah menggambarkan sikap dan karakteristik bangsa Yahudi begitu teliti. Hikmahnya amatlah banyak. Yang pertama sebagai amaran kepada kita umat Islam sedunia, akan kebencian dan niat mereka yang sentiasa bekerja untuk memusnahkan kita umat Islam. Yang kedua, sebagai amaran kepada seluruh umat manusia seluruh dunia supaya lebih berhati-hati dalam berurusan dunia dengan mereka seperti urusan perniagaan kerana cirri-ciri mereka bangsa Yahudi yang suka menipu dan memutar belitkan fakta.

Dari khazanah yang tidak ternilai di dunia ini, iaitu Al Quran maka inilah karakteristik bangsa Yahudi:

1. Amat membenci orang-orang Islam

Yahudi amat-amat terperasan yang mereka adalah bangsa pilihan; bukan bangsa manusia yang lain. Kedatangan Islam yang membawa mesej bahawa semua umat manusia adalah sama rata kecuali mereka yang bertaqwa dan beriman dengan tidak mengira dari bangsa manapun mereka berasal merupakan halangan besar kepada tercapainya cita-cita bangsa Yahudi untuk menguasai dunia dan memperhambakan bangsa yang lain. Marilah kita menghayati wahyu Allah dari surah Al Maidah ayat 82: “ Pasti akan kamu dapati orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman, ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik…..”

Bagi merealisasikan cita-cita, mereka menubuhkan organisasi Freemasonry. ‘Freemasonry International’ bertujuan membina Negara Yahudi di atas runtuhan Masjid Al Aqsa.

2. Umat yang paling banyak bertanya

Pepatah melayu mengatakan: “kalau tidak bertanya sesat jalan”. Bertanya adalah satu proses pembelajaran bagi mendapatkan panduan dan kebenaran bagi mencapai satu tujuan yang baik. Contohnya bertanya cara- cara membuat kek agar ianya lebih sedap. Malangnya sikap bertanya yang ada pada bangsa Yahudi ini begitu pelik. Pertanyaan mereka bertujuan untuk melambat-lambatkan perlaksanaan perintah Allah, sebagai ejekan kepada perintah Allah dan yang paling penting untuk tidak melaksanakan perintah Allah. Mereka adalah kaum yang engkar. Marilah kita hayati kisah orang Yahudi dengan Nabi Musa di dalam surah Al Baqarah bermula dari ayat 67 hingga 71. Pada akhir ayat 71 dinyatakan “…….Lalu mereka menyembelihnya dan nyaris mereka tidak melaksanakan perintah itu” Kisah ini merupakan perintah Allah kepada Bani Israel untuk menyembelih sapi.

3. Umat yang suka mengingkari perintah Allah dan Rasul.

Apakah kita semua aktivis-aktivis pembebasan Palestin hatta Bangsa-bangsa Bersatu yakin bahawa Israel dan bangsanya Yahudi akan menurut segala perintah dan amaran? Apakah kita akan percaya sekiranya Amerika sekutu kuat mereka memerintahkan agar Israel berhenti mengepung Gaza akan mereka patuhi? Maka inilah jawapan Al Quran di dalam Surah Al Baqarah ayat 91 dan 92. Nabi Musa memerintahkan mereka mengabdikan diri dan mematuhi segala perintah Allah tetapi mereka telah mengambil anak sapi sebagai sembahan mereka. Sedangkan perintah Allah mereka berani langgar dan cabuli, inikan pula perintah manusia.

4. Mengubah dan memutar belitkan kebenaran

Berikut adalah kenyataan sikap mereka dalam ayat 75 surah Al- Baqarah. Tidak hairanlah mereka mengubah dan memutar belitkan fakta-fakta mengenai serangan ke atas kapal Mavi Marmara. Sudah terbukti sejak dari zaman nabi Musa lagi, dan yang ketaranya mengenai isu Palestin sewaktu perjanjian Oslo. Begitu juga sikap mereka yang semborono memusnahkan ladang zaitun milik turun temurun rakyat Palestin di tebing barat dalam tahun 2009 dengan alasan bahawa tuan yang menandatangi geran dalam Negara haram Israel telah meninggal dunia dan warisnya tidak punya kuasa atas tanah itu dan ianya menjadi milik Negara haram itu.

oleh Dr Kursiah Mohd Razali - HALUANPalestin

Tuesday, August 24, 2010

Norway lupuskan sahamnya di Samling M'sia

Kementerian kewangan Norway telah melupuskan sahamnya dalam syarikat multinasional Malaysia, Samling Global dan dua firma Israeli daripada portfolio Dana Global Pencen Kerajaan (GPFG) yang dimiliki negara itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, kementerian berkenaan berkata keputusan yang dibuat itu berdasarkan cadangan oleh Majlis Etika, kerajaan Norway yang mensyorkan supaya Samling dan Israeli Africa Israel Investments Ltd serta Danya Cebus Ltd dikeluarkan dari portfolio GPFG.

Sehingga 31 Disember 2009, GPFG memegang sejumlah 16,060,000 saham Samling Global, yang disenaraikan di Hong Kong.

“Keputusan melupuskan syarikat berkenaan dari GPFG adalah berdasarkan penilaian Majlis Etika kerana syarikat tersebut menyumbang atau firma itu sendiri bertanggungjawab terhadap aktiviti yang tidak beretika,” kata Menteri Kewangan Norway, Sigbjorn Johnsen.

Samling, sebuah syarikat berasaskan sumber perhutanan yang mengeluarkan produk seperti
papan lapis, veneer dan kerlapa sawit telah beberapa kali menjadi bahan berita kerana pertikaian dengan masyarakat pribumi di Sarawak berhubung pergelutan tanah dan juga operasi pembalakannya.

Pada 2008, syarikat pembalakan itu dikaitkan dengan kematian seorang ketua pemimpin masyarakat Penan yang terkenal dengan aktiviti anti-pembalakan selepas beliau keluar berburu.

Bagaimanapun siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah yang dikaitkan dengan kematian Kelesau Naan, 80.

Terbaru, Samling diheret dengan dakwaan yang pembalaknya terbabit dengan pemerkosaan gadis-gadis Penan.

Syarikat itu bagaimanapun menafikan perkara itu dan kerajaan negeri Sarawak mendakwa tuduhan itu sebagai tidak berasas.

Namun, siasatan Majlis Etika Norway mendapati salah-laku dikesan berhubung keperluan perlesenan kerajaan dan undang-undang lain yang tidak dipatuhi berhubung pembalakan di Sarawak, Malaysia dan Guyana.

Siasatan itu adalah berdasarkan tinjauan umum, analisis gambar melalui satelit dan penilaian dokumen umum.

-malaysiakini

Husam dapat 'durian runtuh'

Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Paduka Hj Husam Musa dapat 'durian runtuh' ekoran kes saman fitnah terhadapnya diselesaikan di luar mahkamah hari ini apabila si pemfitnah bersetuju untuk membayar ganti rugi kewangan yang dituntut oleh Husam.

KOTA BHARU, 24 Ogos - Kes saman fitnah oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa terhadap bekas Anggota Parlimen Tanah Merah Datuk Shaari Hassan diselesai di luar mahkamah.

Keputusan itu, yang direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Ahmad Zaidi Ibrahim di sini Selasa, dibuat selepas Shaari bersetuju membayar ganti rugi kewangan yang dituntut oleh Husam.

Husam, yang ditemui pada di pejabatnya, bagaimanapun enggan mengumumkan jumlah ganti rugi itu tetapi menyatakan jumlahnya "amat memuaskan hati".

Pada 25 Dis 2007, di Masjid Padang Lalang di Tanah Merah, Shaari didakwa membuat dakwaan berunsur fitnah melibatkan Husam, yang kemudiannya memfailkan saman menuntut agar Shaari memohon maaf kepadanya dan membayar sejumlah ganti rugi.

Pada prosiding hari ini Husam diwakili Hisham Fauzi manakala Shaari diwakili Azmi Abdullah.

- Bernama.

Monday, August 23, 2010

Surau disimbah cat : Siapa dalangnya?

Selepas kejadian bakar gereja di Kuala Lumpur, diikuti bakar surau di Muar, dan yang terkini sebuah surau di Seremban telah disimbah dengan cat merah pagi semalam. Tindakan biadap oleh pihak tertentu ini jelas bermotifkan sentimen perkauman. Saya rasa kita sendiri pun tahu siapakah dalang di sebalik kejadian ini.

Dalam kes bakar gereja, 2 pemuda bersaudara telah dijatuhi hukuman penjara 5 tahun. Tak pasal-pasal 2 beradik ini yang terpaksa menanggung sengsara meringkuk dalam penjara. Dan sewaktu dijatuhkan hukuman, peguam mereka menjelaskan "Dalang sebenar masih bebas."

Manakala kejadian membakar surau di Muar, seorang bekas anggota Polis mengaku melakukannya. Bila ditanya "Kenapa bakar?", lalu dijawabnya "Kerana suka-suka." Langsung tak masuk akal jawapan yang diberi. Yang pasti jawapan mengarut itu bertujuan untuk melindungi pihak tertentu yang menjadi dalang.

Sebelum kejadian menyimbah cat merah, UMNO P.Pinang sibuk menabur fitnah dengan mendakwa nama Yang Dipertuan Agong ditukar kepada nama Lim Guan Eng dalam teks khutbah Juma'at. Yang sebenarnya khutbah yang disampaikan oleh salah seorang khatib, Zakaria Ahmad hanya memohon supaya Ketua Menteri Pulau Pinang itu menerima hidayah Allah, bukannya mendoakan keselamatan Lim Guan Eng.

UMNO tak usahlah nak tunjuk 'alim kononnya mereka menjaga kesucian Islam. Apakah UMNO lupa dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini, semua mesjid telah diarahkan membuat solat hajat untuk Kalamanathan (kafir harbi). Oh... kalau UMNO yang buat semua tak salah.

Dan semalam, sebuah surau lagi dicemar dengan cat merah. Siapa yang berikan arahan ini kalau bukan UMNO.

Tidak sukar untuk membaca 'permainan keji' UMNO ini. Tujuan mereka adalah semata-mata untuk memburukkan DAP setelah rancangan mereka di P.Pinang kurang berjaya dalam isu khutbah.

Sebagai orang Islam kita tidak seharusnya termakan dengan segala fitnah dan propaganda jahat UMNO yang semakin terdesak kini akibat kehilangan sokongan rakyat. Insaflah bahawa UMNO sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan kuasa politik yang semakin hilang dari genggaman.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa UMNO adalah sebuah parti sesat berfahaman sekular yang memisahkan agama dengan politik. Ini disahkan sendiri oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman. Bahasa mudahnya kafirlah... tak payah nak berkias-kiaslah dalam soal Aqidah.

Merujuk kepada fatwa Almarhum Syeikh Mustafa Sabri yang menegaskan "Jalan pintas menjadi kafir apabila memisahkan agama dengan politik."

Bagaimana pula dengan pimpinan UMNO?

Tak payah nak cakap banyaklah. Mari kita sama-sama rujuk tafsiran Almarhum Prof Dr Hamka di dalam Surah Al-An'am (6) : ayat 159.

Dr Hamka menafsirkan ayat ini sebagai "Barangsiapa yang ada keyakinan dalam hati mereka bahawa ada sistem lain yang lebih baik dari Islam, maka kafirlah mereka walaupun masih bersolat.

Apa yang tak jelas lagi kepada kita tentang kekafiran pimpinan UMNO selama ini. Mereka dengan jelas menolak Hukum Hudud, memperlekahkan hukum Allah, 'menghalalkan' judi dan riba, melakukan rasuah dan penyelwengan serta terlibat dengan jenayah.

Siapa yang bodoh?

Majoriti orang Melayu yang mengaku Islam tapi masih menyokong pemimpin munafiq yang ada dalam UMNO. Sembahyang tonggang-tonggek setiap hari, menyambut Maulidul Rasul setiap tahun tapi dok bangang macam tu juga dan berterusan percaya dengan ajaran sesat UMNO yang mengatakan tiada politik dalam Islam.

Orang Melayu perlu sedar Islam adalah untuk seluruh manusia dan jin. Takkanlah orang Melayu UMNO masih tak faham-faham lagi penegasan Allah dalam Al-Qur'an yang menyebut "Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepada Ku."

Janganlah jadi manusia yang lebih hina daripada haiwan bila mana pancaindera yang dikurniakan oleh Allah tidak digunakan untuk melihat kebenaran.

Wassalam.

Pemerintah kafir vs pemerintah munafiq

Bila kita bandingkan antara Singapura dan Malaysia hari ini bolehlah disebut sebagai perbandingan antara langit dan bumi. Maksudnya betapa jauhnya Singapura meninggalkan Malaysia dalam segala aspek pentadbiran, pengurusan, pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

Kita semua tahu siapa pemerintah Singapura dan Malaysia hari ini. Singapura diperintah oleh kafir manakala Malaysia diperintah oleh golongan munafiq. Apa maksud munafiqun? Yaitu Islam pada zahirnya namun hakikatnya kafir (menentang Islam). Dan siapa yang lebih jahat antara kedua golongan ini? Untuk menjawabnya, kita rujuk Al-Qur'an. Jelas Allah tegaskan yang golongan munafiq ini akan dihumbankan ke dasar Api Neraka kelak dan kekal di dalamnya.

Kita tak nafikan golongan kafir memang tidak beriman kepada Allah namun banyak bukti menunjukkan golongan pemimpin bukan Islam ini berjaya memerintah negara mereka dengan telus, amanah dan berintegriti.

Jika dilihat secara pandangan lahiriah, Singapura bolehlah dikatakan sebagai salah sebuah negara yang diperintah secara telus dan amanah walaupun republik itu mengamalkan kuku besi. Malaysia lagi teruk. Kuku platinum.

Buktinya hari ini Singapura jauh lebih baik daripada Malaysia di sudut persepsi indeks rasuahnya (CPI). Bagi tahun 2009, Singapura berada di kedudukan No.3 pada ranking dunia sebagai negara yang bersih rasuah manakala Malaysia berada pada ranking ke-46 dunia sebagai negara yang kuat rasuah.

Bagi saya indeks rasuah ini boleh dijadikan sebagai kayu pengukur utama bagi sesebuah negara samada pemerintah mereka baik dan amanah atau sebaliknya. Dan sudah banyak bukti bila mana pemimpin sesebuah negara itu jahat dan rasuah, maka negara yang diperintah pastinya berhadapan dengan kemelut ekonomi yang parah dan akhirnya negara jatuh miskin serta rakyat menderita.

Kita lihat saja dulu apa yang berlaku pada Indonesia sepanjang pemerintahan rejim laknat Suharto. Disebabkan amalan rasuah dan kronisma begitu berleluasa tanpa sekatan, akhirnya Indonesia menjadi sebuah negara sakit, nilai matawang Rupiah jatuh mendadak dan rakyatnya dilanda kemiskinan yang begitu kronik sehingga ke tahap bertindak melakukan rusuhan dengan membakar dan merosakkan premis-premis perniagaan milik para peniaga Cina dari Singapura. Yang keluar meninggalkan negara untuk mencari nafkah di Malaysia dan negara-negara lain pula mencecah angka jutaan orang.

Malangnya hari ini Malaysia pula yang menuruti jejak langkah Indonesia walhal negara jiran itu sekarang sedang mengorak langkah untuk pulih daripada zaman gelapnya bila berlaku pertukaran pucuk pimpinan selepas jatuhnya Suharto dalam keadaan hina.

Bagi saya Malaysia hari ini sudah jauh ketinggalan 10 tahun di belakang Singapura. Ketinggalan di segenap aspek. Dan salah satu daripadanya ialah sistem pendidikan negara.

Sistem Pendidikan Singapura 10 Tahun Tinggalkan Malaysia

Malaysia tidak akan mampu menandingi Singapura jika sistem pendidikan dinegara ini tidak dirombak, serta khazanah sumber kekayaan negara tidak diurus dengan berhemah.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkifli Ahmad berkata demikian ketika ditanya mengapa ekonomi Malaysia jauh ketinggalan dari Singgapura walhal negara itu mempunyai sumber yang jauh lebih kecil berbanding negara ini.

“Sistem pendidikan republik itu, 10 tahun tinggalkan kita. Sistem singgapura bersifat berfikir. Tidak macam sistem pendidikan negara kita yang berasaskan peperiksaan semata- mata. Ibubapa asyik menekan anak- anak mendapat 13A, 10A, akhirnya jadi apa ? Mereka tidak ada daya berfikir yang tinggi," katanya.

Beliau menegaskan disamping pengurusan kewangan yang efisyen, negara perlu melahirkan rakyat yang mempunyai kemahiran yang tinggi dengan keinginan yang tinggi untuk bersaing.

Dr Zulkifli yakin berkata, jika agensi- agensi yang dipertanggungjawabkan menjalankan tugas dan peranan masing- masing, Malaysia mampu menandingi republik itu.

“Kalau negara ini diurustadbir dengan baik seperti Suruhanjaya Pencecahan Rasuah (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sistem kehakiman dna lain- lain berfungsi secara bebas dan berwibawa, saya yakin kita mampu takluk negara disebelah tambak sana,” kata DR. Dzulkifly.

Beliau menambah, apa yang penting kini bukanlah mendabik dada mengumumkan pertumbuhan ekonomi setiap suku tahun seperti yang dilakukan PM Najib Razak.

Apa yang lebih penting adalah kebajikan rakyat diutamakan.

“Apa gunanya angka pertumbuhan ekonomi dicatat tinggi tapi kalau 40 peratus dari rakyat bependapatan kurang 1500 kebawah ?. Apakah kualiti kehidupan rakyat ? Dari segi kesihatan, perumahan, dari segi perkara asa yang lain seperti bekalan air bersih,” ujarnya lagi.

“Bila lihat pengagihan yang sebenar, berlaku jurang yang terlalu melebar,” tambahnya.

Dr Zulkifli berkata, Singapura bernasib baik kerana ditadbir oleh pemimpin yang berwibawa meskipun rebublik itu mengamalkan pentadbiran kuku besi.

Namun, lain pula di Malaysia. Meskipun gah diwar- warkan Malaysia adalah negara demokrasi hakikatnya sektor- sektor kritikal masih dikuasai oleh juak- juak tertentu yang tidak ikhlas berkongsi dengan rakyat.

“Ini polisi Pakatan Rakyat. Ini polisi BN. Ini kepimpinan BN. Ini kepimpinan Pakatan Rakyat. Jadi berlaku persaingan polisi. Akhir sekali rakyat yang akan nilai dan buat keputusan. Maka mereka akan lakukan perubahan itu,” akhirinya. - tvselangor

Sunday, August 22, 2010

Asri Gesa Jangan Politikkan Isu Doa Khutbah

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Barisan Nasional untuk tidak mempolitikkan isu doa khutbah solat Jumaat. Asri berkata tiada salahnya mendoakan panduan dan petunjuk diberi kepada pemimpin, atau mendoakan kerajaan yang bersimpati dan adil pada rakyat.

"Jangan politikkan isu ini. Saya minta Pakatan Rakyat dan juga BN untuk tidak mempolitikkannya," kata Asri, yang menambah beliau tidak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan Umno berhubung perkara ini.

Beliau menambah apa yang tidak boleh dilakukan adalah mendoakan kesejahteraan untuk seorang pemimpin yang tidak adil, serta memanjatkan pujian-pujian akan pentadbirannya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mendakwa beberapa masjid di Permatang Pauh dan Jelutong menggantikan nama Yang Dipertuan Agong kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam doa khutbah mereka.

Kerajaan Negeri dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang bagaimanapun menafikan mengeluarkan arahan kepada mana-mana masjid, dan berikrar menghukum mereka yang didapati berbuat demikian selepas siasatan dijalankan.

Lidah Umno bagaimanapun terus memainkan isu ini dan terbaru, khatib Masjid Jamek Padang Menora dikatakan telah menyebut nama Ketua Menteri dalam doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.

Imam Ibrahim Ishak berkata nama Yang di-Pertuan Agong tidak disebut dan beliau telah menegur khatib terbabit dan mengakui kesilapan yang dilakukan.

Khatib tersebut nampaknya mendoakan tuhan supaya membuka pintu hati Lim Guan Eng untuk menerima Islam.

- tvselangor

MPM mahu tindakan ISA ke atas Soi Lek

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Majlis Perundingan Melayu (MPM), hari ini sepakat mendesak kerajaan mengenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang didakwa mencetuskan ketegangan kaum selain melanggar semangat perlembagaan dengan mempersoalkan hak istimewa orang Melayu.

Ahli Jawatankuasa Pemandu MPM, Dr Zubir Harun berkata kenyataan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim semalam yang mendakwa Dr Chua melanggar Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dengan meminta ekuiti 30 peratus pegangan bumiputera dalam perniagaan dikurangkan.

“Mengikut kenyataan Datuk Rais semalam, kami rasa pelanggaran ini sebagai satu perkara serius.

“Beliau cuba merompak hak Bumiputera mendapatkan rezeki,” tegas Zubir kepada wartawan ketika sidang media sempena mesyuarat tergempar MPM di sini.

MPM, sebuah badan gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu ditubuhkan Mac lalu dengan tujuan mempertahankan hak kaum Melayu dan Bumiputera.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung MPM Dr Hasan Mad berkata resolusi Kongres Ekonomi Cina anjuran MCA Sabtu lalu seolah-olah sengaja mencabar hak Melayu.

Malah, Hasan menempelak penafian Dr Chua hari ini bahawa beliau tidak mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru atau hak Bumiputera.

“Itu yang saya panggil lidah biawak. Resolusi itu dalam bentuk bertulis jelas menunjukkan beliau memang meminta pengurangan (ekuiti Bumiputera). MPM tidak mahu pemimpin yang tidak menyumbang kepada pembangunan negara seperti ini,” tegas beliau.

Menurut Hasan, MPM akan mengeluarkan resolusi sendiri selepas mesyuarat tergempar har ini menuntut kerajaan tidak tunduk dengan permintaan MCA atau mana-mana NGO kaum Cina.

“Kita akan tulis surat. Pertama kepada menteri Kabinet Melayu, kedua kepada ahli Majlis Tertinggi Umno minta supaya tidak tunduk dengan permintaan kaum Cina dari MCA atau mana-mana pihak,” kata Hasan.

Dr Chua sebelum ini juga telah meminta kerajaan menambah peruntukan kepada sekolah aliran Cina kerana mendakwa pertambahan murid di samping kepentingan berbahasa Mandarin bagi menarik pelabur dari China.

Seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pemandu MPM, Datuk Kamaruddin Kachar berkata hanya sekolah kebangsaan layak menerima peruntukan kerajaan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Perlembagaan kata sekolah bukan kebangsaan tak boleh terima peruntukan. Jadi mengapa nak bagi peruntukan (kepada Dr Chua). Kita menuntut sekolah Cina dan Tamil dimansuhkan dan hanya nak sekolah satu aliran,”katanya.

Seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pemandu MPM, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail menambah hanya Malaysia masih memiliki sekolah pelbagai aliran.

“Di negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia tak ada sekolah vernakular. Hanya Malaysia ada,” ujar beliau.

MPM turut memberi amaran kepada MCA bahawa orang Melayu tidak akan memberi sokongan kepada parti itu jika ia terus mengungkit hak istimewa orang Melayu.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, salah satu ahli gabungan MPM sebelum ini telah membuat laporan polis terhadap Dr Chua berhubung kenyataannya yang dikatakan berbaur perkauman apabila mempersoalkan sistem kuota ekonomi Bumiputera.

Dr Chua semasa ucapannya di Kongres Ekonomi Cina Malaysia 14 Ogos lalu menuntut ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat tetapi mendapat tentangan hebat pelbagai NGO Melayu.

- themalaysianinsider

Kanak-kanak maut, 2 parah rumah stor mercun meletup

Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun meletup dalam satu kejadian di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di Kuala Terengganu tengahari tadi.

Mangsa yang maut Khairul Arif Ayob, 6, pelajar Taman didikan Kanak-kanak (Tadika) Kampung Losong Atap Zin di sini, dikatakan tercampak setinggi 15 meter ke atas pokok yang berhampiran dengan rumah itu akibat letupan kuat tersebut kira-kira pukul 12.30 tengahari.

Seorang saksi Nor Shafli Azhar, 36, berkata mayat Khairul Arif yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, tersangkut di atas pokok berdekatan telah diturunkan oleh orang ramai sebelum membawanya ke hospital.

"Kaki seorang lelaki hampir hancur, selain mengalami kecederaan di bahagian badan manakala seorang lagi mangsa juga mengalami kecederaan parah di bahagian kaki," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Bagaimanapun idendititi kedua-dua lelaki berkenaan yang berumur 22 dan 23 tahun masih belum dikenalpasti.

Nor Shafli berkata, ketika kejadian beliau sedang berehat di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian apabila tiba-tiba terdengar bunyi letupan yang kuat sehingga menggegarkan rumahnya.

Beliau kemudian menjengah ke luar rumahnya dan melihat asap tebal dari arah rumah tinggal terbabit dan bergegas ke tempat kejadian untuk melihat secara dekat kejadian yang berlaku.

"Apabila sampai saya mendapati rumah berkenaan rosak teruk dengan sebahagian dinding rumah tercabut dan berandanya runtuh. Dua orang lelaki turut terbaring di luar rumah dalam keadaan cedera parah," katanya yang merupakan seorang peniaga.

Beliau berkata salah seorang lelaki terbabit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala seorang lagi lelaki yang berada di bawah serpihan kayu daripada rumah yang meletup itu sempat memberitahunya ada seorang budak yang turut terlibat dalam kejadian itu dan mengarah beliau mencarinya.

"Setelah mencari saya tidak sangka pula akan menjumpai mayat kanak-kanak itu tersangkut di atas pokok dengan kepalanya cedera parah," katanya.

Beliau berkata, dua mangsa yang cedera parah itu kemudian telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan.

Seorang jiran yang tinggal berhampiran 50 meter daripada rumah berkenaan, Hasnah Abdul Jalil, 50, pula berkata kejadian itu mengakibatkan atap rumahnya tercabut dan cermin tingkap dapur rumahnya rosak teruk.

"Mujurlah saya tidak ada di rumah ketika kejadian kerana kebiasaannya saya sedang memasak waktu itu. Ketika itu saya keluar untuk mengambil anak saudara di tadika di kawasan berhampiran," katanya.

Beliau turut mendakwa sering ternampak kereta keluar masuk di kawasan rumah tinggal itu dengan mengangkut barangan, namun tidak mengetahui jenis barangan itu.

Sementara itu, ibu saudara kanak-kanak malang itu Rozita Abdul Rahman, 35, ketika ditemui di rumah ibunya berkata, ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak berkenaan keluar ada urusan di mahkamah.

Manakala, anak saudaranya yang peramah dan cepat mesra itu, sudah beberapa hari tidak ke sekolah (tadika) kerana demam.

"Hari ini entah macam mana dia boleh ikut kawan ayahnya ke tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, ibu Khairul Arif telah menyediakan dua pasang baju raya untuk di pakai oleh kanak-kanak itu pada hari raya nanti.

"Saya juga rasa hairan kerana hari ini Khairul Arif membawa bersama selipar rayanya ke hulu ke hilir untuk ditunjukkan kepada orang yang dijumpainya. Dia juga tidak semena-mena pernah berkata nak pergi jauh," katanya yang terkejut dengan kejadian itu.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd Shukri Dahlan yang turut melawat tempat kejadian, mengarahkan satu siasatan terperinci dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kejadian selain jenis bahan letupan dan individu yang terlibat.

"Kita akan meminta bantuan Unit Forensik dan Unit Bom dari Kuala Lumpur untuk membantu menyiasat dalam kes ini," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak bermain dengan mercun menjelang musim perayaan ini untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

- Bernama

Skandal kerugian MAS : SPRM jumpa Salahuddin

SPRM berjumpa MP Kubang Kerian YB Salahuddin Ayub berhubung pendedahan beliau tentang skandal kerugian MAS berjumlah RM8 bilion. Pihak SPRM memberitahu Salahuddin bahawa tiada siasatan oleh pihaknya kerana kes tersebut telah disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman. Malangnya tiada pihak yang terlibat dalam skandal tersebut dibawa ke muka pengadilan sehingga kini.


Friday, August 20, 2010

Meet the most trusted person in Thailand

EXCLUSIVE PETALING JAYA, Aug 20: While minister in the prime minister's department Nazri Aziz had once called Thai forensic expert Dr Pornthip Rojanasunan a "liar", a Reader's Digest survey published earlier this year found that Pornthip was the most trusted individual in all of Thailand.

The survey found that the public's trust in Pornthip, whose testimony at the ongoing inquest into
the death of DAP officer Teoh Beng Hock has irked the Malaysian Anti-Corruption Commission and several government leaders, also exceeded their trust in Phra Ajarn Alongkot Dikkapanyo, the head monk at a Buddhist temple in aid of AIDS victims, who ranked second.

During the last session of the inquest, Pornthip was subjected to agressive line of questioning which bordered on personal attacks and even questioning her academic qualifications.

On August 18, MACC's counsel Abdul Razak Musa drew jeers from observers when he said that the university from which Pornthip graduated was not recognised by Malaysia, suggesting that Pornthip was not qualified to testify.

Unable to take the persistent attacks any longer, Pornthip shot back that she was also only interested in "the rights of the dead".

No-nonsense

Pornthip after all is sometimes known as "Dr Death". The dead may not be able to speak on behalf of Pornthip, but her vast experience and no-nonsense approach when dealing with her work made her one of the most respected figures in Thailand.

Dr Pornthip Rojanasunan, according to respondents of the survey conducted in October last year, has worked "dedicatedly and fearlessly to bring justice to our society,” said the magazine in its March 2010 edition.

Long before fictitious heroes such as CSI Miami's sunglasses-wearing Seargent Horatio Caine and CSI:NY's stern-faced Detective Mac Taylor came into the scene to give forensic scientists their long-awaited recognition by Hollywood, Pornthip had already adapted her own unique style defying the stereotypical portrayal of people in her line of work as nerds locked in their labs with their plain white suits.

Pornthip's flamboyant, punk-dyed hairstyle and eccentric clothing style, however, have made her a darling among media photographers, including in Malaysia.

In one interview, Pornthip said she considered herself to be "individualistic", but for a noble aim.

“I originally chose to study pathology, which is shunned by most medical students. I intend to work in the government bureaucracy, and see that I can contribute to solutions of social problems to an extent. Besides, I am serious with my work, I love justice and fairness, and am very individualistic.

"This is why I made this choice in life. In studying pathology and anatomy, about 10 percent of the work involved autopsies. So, I experienced these, but not on a full-cycle basis."

Born in 1954, Pornthip is today Thailand's most renowned forensic pathologist and director of the Central Institute of Forensic Science, an organisation under the country's Ministry of Justice. Her expert opinion has been eagerly sought after for evidence-gathering and investigation purposes.

During the riots in Bangkok earlier this year, the Thai government appointed her as a member of the Center for the Resolution of Emergency Situation (CRES), the powerful body which was responsible in handling the brief emergency rule declared in several parts of Thailand last April.

Right: Pornthip inspects some of massive weapons cache found during the Thai protests in April 2010.

Her services were also critical during the 2004 tsunami, and in the aftermath of the infamous Tak Bai tragedy in 2004, when 78 Muslims died under army custody following their arrest during a protest against police abuses in southern Thailand. Pornthip had then provided damning evidences of military abuse of the detained Muslims, most of whom were fasting, and who died when they were stuffed inhumanly into trucks.

Although Pornthip is a government appointee, she has no qualms to call a spade a spade, and has many times spoken out against police abuses and human rights violations.

Politicians, insurance agents, ranked lowest

Other individuals listed among the top ten by the survey were Dr. Sumet Tantivechakul, secretary general of the Chaipattana Foundation, Phra Promkunaporn, a spiritual leader and winner of an UNESCO Prize for Peace Education, media tycoon Phanya Nirunkul, film director Prince Chatrichalerm Yukol, leading banker Banthoon Lamsam, social workers Nuannoi Timkul and Suthasinee Noiin, and Thailand's renowned marine environmentalist Dr. Torn Thamrongnawasawat.

The majority of the individuals at the top of the survey's ranking were activists in non-profit organizations.

Perhaps reflecting a universal trend, the survey also found that politicians ranked the lowest when it comes to trust, followed by psychics or astrologers, and insurance agents.

And speaking of astrologers, Pornthip was also subjected to their own analysis by Thailand's celebrity magazine, Who Magazine:

"Her birth year is considered the rival of this year. So Khunying Pornthip will encounter many obstacles in everything she does. She will have to be very exhausted from work which may discourage her greatly. However, according to her horoscope, Khunying Pornthip will not give in so easily as she is a fighter. Well, she should have been born as a man, according to her horoscope. Only her body is a female but her heart is as strong as any men’s."

With astrologers now proved to be among the most untrustworthy of human beings, feminists will be happy to note that above remarks may be conveniently dismissed.

But Pornthip herself recognises the pros and cons of her profession, especially as a woman:

“Women are suited to this profession, as they are meticulous, anxious, picky, and doubting. Such attributes can be turned into assets for the profession," Pornthip told Thailand Illustrated magazine in 2001.

"But they are destructive when applied with family members," she quickly added.

It will be interesting, meanwhile, to find out how Pornthip fared with other personalities in Malaysia.

While it is not clear how she is viewed by the Malaysian public, who have just begun to get to know Pornthip and her fashion tastes, one thing clear is that she certainly enjoys far more goodwill than the likes of Nazri and Abdul Aziz Musa.

by Ahmad Kamal Alias

- harakahdaily

Isu khutbah : Kerajaan negeri nafi, bantah keras dakwaan UMNO P.Pinang

KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng digunakan dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Abdul Malik Kassim berkata siasatan awal mendapati tiada perkara sebegitu berlaku sebagaimana didakwa oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang semalam.

“Ini kerana teks khutbah Jumaat yang dibacakan oleh para khatib yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam tidak pernah menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

“Kerajaan negeri dan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk tujuan tersebut,” kata Abdul Malik dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Malah, peraturan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dengan jelas menyebut jika terdapat pentadbiran masjid ingin menjemput para khatib jemputan, mereka perlu mendapat kelulusan jabatan itu terlebih dahulu sebelum dibenarkan membaca khutbah. “Saya yakin selepas gagal memainkan isu perkauman sempit, bagi menggambarkan kononnya kerajaan negeri menindas bangsa Melayu dan agama Islam, pihak-pihak tertentu sedang mencuba untuk mensabotaj kerajaan negeri melalui isu ini pula,” katanya.

Semalam Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Lim dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ahmad Zahid berkata penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.

Beliau berkata tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.

Kata beliau, tindakan terdesak ini bertujuan untuk melaga-lagakan hubungan baik pimpinan Pakatan Rakyat, dengan pihak istana seterusnya bagi menimbulkan kemarahan orang Melayu sepertimana yang berlaku di Johor dalam isu kain rentang.

Dalam kenyataannya, Abdul Malik berkata, selepas dua tahun mentadbir Pulau Pinang, kerajaan negeri telah membuktikan perkembangan agama Islam mendapat keutamaan.

“Ini tidak pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu,” katanya.

Peruntukan untuk pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam telah ditambah sebanyak 100 peratus, daripada RM12.5 juta pada 2008, RM20.5 juta tahun lalu dan bertambah kepada RM24.3 juta tahun ini.

Begitu juga buat julung kalinya bermula tahun 2009 kerajaan negeri memberikan sumbangan Ihya Ramadan berjumlah RM231,000 setiap tahun kepada 206 buah masjid dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) berjumlah RM1.5 juta pada 2009 dan meningkat RM1.75 juta pada 2010.

“Bahkan, hasil daripada bantuan itu, Madrasah Al-Aminiah Permatang Pauh berjaya mewujudkan sebuah makmal sains yang pertama di kalangan SAR di negeri ini.

“Program-program agama yang julung kali diadakan seperti sambutan bulan al-Quran, anugerah huffaz dan istimak hufaz sejak diperkenalkan pada 2008 mendapat sambutan dan peningkatan yang memberangsangkan,” katanya.

Abdul Malik menambah, keprihatian Ketua Menteri untuk hadir pada majlis-majlis agama Islam, umpamanya sumbangan Ihya Ramadan yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Maulidur Rasul, serta menghadiri dan menganjurkan majlis berbuka puasa di masjid-masjid di Pulau Pinang dicemburui pihak tertentu.

Katanya, ini kerana perkara sedemikian tidak pernah dilakukan oleh Ketua Menteri sebelum ini.

“Kelainan dan kemesraan inilah yang mengusarkan pihak tertentu yang terpaksa bergantung kepada talian hayat melalui isu perkauman sempit bagi menarik semula sokongan rakyat, khususnya orang Melayu .

“Namun, kita yakin majoriti rakyat tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah sebegini,” katanya.

Bagaimanapun kata beliau, cabaran yang diterima tidak akan membantut dan melemahkan usaha kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memartabatkan agama Islam di negeri ini.

- themalaysianinsider

Datuk Ramli Yusuff bebas semua tuduhan

Bekas pengarah jabatan jenayah komersial (JSJK) di Ibupejabat Polis Bukit Aman, Datuk Ramli Yusoff akhirnya dapat menarik nafas lega selepas Mahkamah Sesyen hari ini membebaskan beliau daripada tuduhan ketiga yang merupakan tuduhan terakhir terhadapnya.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan, Ramli daripada tuduhan memegang jawatan dalam sebuah syarikat pertanian ketika masih seorang penjawat awam, empat tahun lalu.

Sementara itu Bernama melaporkan, Hakim S.M Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Ramli, 57.

Mengikut pertuduhan, Ramli didakwa menjadi pengarah dalam syarikat Kinsajaya Sdn Bhd (Kinsajaya) ketika masih Pengarah JSJK, Bukit Aman.

Sebagai seorang penjawat awam, dia terikat dengan Peraturan 5(1) (a) Peraturan Pegawai Awam Kelakuan dan Tatatertib (Pindaan) 2002 iaitu penjawat awam tidak dibenarkan mengambil apa-apa bahagian dalam sebarang jenis perniagaan.

Dia yang dituduh pada 1 November 2007, didakwa melakukan kesalahan itu pada 2 Mei 2006, mengikut Seksyen 168 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Komathy, dalam penghakimannya berkata selepas meneliti keterangan dan bukti yang dikemukakan iaitu Penyata Laporan dan Kewangan Syarikat Kinsajaya bertarikh 20 Jun 2006 telah menunjukkan tertuduh bukan pengarah syarikat itu.

"Berdasarkan bukti penyata itu, pengarah sebenar syarikat berkenaan adalah milik Rohmah@Hasmah Yusoff iaitu kakaknya dan adiknya, Roslina kerana terdapat tandatangan mereka pada penyata itu.

"Mahkamah bersetuju dengan pihak pembelaan bahawa tiada bukti kewujudan aktiviti jual-beli yang dilakukan bagi membuktikan syarikat itu masih aktif. Ini menunjukkan maksud perniagaan itu tidak berlaku," katanya.

Beliau yang diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang turut ditemani rakan-rakan, melahirkan rasa gembira dan syukur atas keputusan mahkamah itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Bache, yang mengemukakan 13 saksi sepanjang prosiding itu.

Pada 12 Mac lalu, Mahkamah Sesyen di sini melepaskan dan membebaskan Ramli daripada tiga pertuduhan gagal mengisytiharkan kepentingannya dalam dua hartanah bernilai lebih RM1 juta dan pemilikan saham.

Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah pada 27 Julai tahun lalu turut melepaskan dan membebaskan Ramli daripada tuduhan menyalah guna kuasanya.

agi tuduhan salah guna kuasa, Ramli yang pernah memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah didakwa mengeluarkan arahan dan menggunakan pesawat Cessna Caravan CE 208-9M-PSQ milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membawanya meninjau tanah di Ulu Tungku, Lahad Datu.

Ramli didakwa memiliki kepentingan dalam Kinsajaya yang dikatakan mempunyai pelaburan di tanah berkenaan.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut pada pukul 7.50 pagi, 15 Jun 2007 di Pangkalan Unit Udara Polis Tanjung Aru, Sabah.

- Bernama

Thursday, August 19, 2010

Kain Rentang di Johor - Hanya orang bodoh je yang percaya

Kita semua tahu UMNO kini berada dalam keadaan yang begitu terdesak sekali sehingga tergamak melakukan fitnah terkutuk terhadap PKR dengan membuat kain rentang yang jelas visinya untuk menimbulkan kemarahan orang Melayu Johor terhadap parti pimpinan Anwar Ibrahim.

Langsung tak masuk akal jika PKR yang bertanggungjawab menempah dan memasang kain rentang tersebut di sepanjang laluan kembara Sultan Johor baru-baru ini. Jika dipandang dari susunan kata-kata yang terdapat di kain rentang itu jelas menunjukkan ianya sengaja direka-reka oleh UMNO untuk menyemarakkan lagi sentimen perkauman dalam negara.

UMNO tak usahlah membuang masa dan wang ringgit mereka dengan melakukan kerja keji seumpama itu. Rakyat negara ini dah semakin cerdik dan sedar dengan segala tektik kotor parti hapraq Melayu itu.

Pimpinan UMNO kena insaflah yang sejarah tak pernah menipu. Kita semua masih ingat lagi bagaimana ramai pimpinan pembangkang termasuk PAS yang direhatkan dalam ISA selama 2 tahun dalam Operasi Lalang dalam tahun 1987.

UMNO dan MCA yang bergaduh tapi yang ditangkap pihak lain yang langsung tiada kena mengena dengan konflik tersebut.

Semuanya berkaitan dengan sentimen perkauman. Dan memang pun UMNO akan gunakan isu perkauman ini bila mana mereka berada dalam keadaan terdesak. Rentetan dari perbalahan antara UMNO - MCA pada 1987 telah menyebabkan orang Melayu 'terpedaya' dan 'terpesona' dengan lakonan para pendekar UMNO yang kononnya nak bela Melayu.

Porahhhh....

Dan hari ini sekali lagi UMNO cuba mewujudkan suasana tegang melalui sentimen perkauman bagi meraih kembali sokongan orang Melayu kepada parti hapraq itu. Dan UMNO dikira agak 'bertuah' kerana masih ramai lagi Melayu yang bebal, bangang dan masih boleh ditakutkan dengan pelbagai ugutan tak masuk akal.

Nak buat macamana? Umat Melayu telah dididik oleh UMNO supaya berfikir menggunakan kepala lutut, bukan kepala otak.

Rakyat sewajarnya tidak terpedaya dengan permainan politik keji dan tak bermaruah UMNO selama ini. Perlu disedari bahawa pimpinan UMNO memang cukup takut kalah dalam PRU sebab dosa penyelewengan dan rasuah mereka selama ini. Segala pekong busuk mereka sudah tidak boleh ditutup lagi walaupun mereka memperalatkan Peguam Negara dan Polis untuk melindungi segala pekong tersebut.

Segala yang melanda negara hari ini merupakan satu bala' besar ekoran kebodohan dan kedegilan sekelompok manusia yang terus memilih golongan pemimpin jahat dan tak beriman.

Semuga Allah SWT memberikan hidayah dan petunjuk kepada sekelompok manusia yang degil itu agar berlaku islah dalam diri serta melakukan hijrah dalam PRU13 kelak.

Wallahu'alam.

Wednesday, August 18, 2010

Inkues Teoh: Bukan bunuh diri, ulang Pornthip

Ahli patologi forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand mula memberi keterangan di bangunan mahkamah di Shah Alam, jam 9.31 pagi bagi menyambung keterangan inkues kematian Teoh Beng Hock.

Ia merupakan sambungan kepada keterangan yang diberikannya hujung tahun lalu, yang tidak dapat diteruskannya ketika itu apabila beliau tidak hadir di Mahkamah Koroner, dikatakan berikutan terdapat ancaman terhadap keselamatan dirinya.

Pada keterangannya tahun lalu, Pornthip menyuarakan pendapat terdapat 80 peratus kemungkinan bahawa Teoh mati akibat dicekik dan didera, dan mahkamah kemudiannya membenarkan mayat Teoh dibedah siasat kali kedua oleh Ketua Unit Patologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Nor, pada 22 November lalu.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.

Pornthip, sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan mendakwa hasil pemerhatiannya mendapati kemungkinan 80 peratus kematian Teoh adalah kerana dibunuh manakala 20 peratus lagi akibat bunuh diri.

Kehadirannya di mahkamah pagi ini disambut tepukan gemuruh oleh penyokong Teoh yang memenuhi bilik perbicaraan hari ini.

Aktivis telah berkumpul bagi menghadiri inkues ini bukan sahaja sebagai sokongan kepada Teoh dan mendengar keterangan terbaru Pornthip tetapi juga untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada pejabat Peguam Negara berhubung sekeping 'nota misteri'.

Bekas ketua forensik Unit Siasatan Lokasi Jenayah, Amidon Anan, juga berada di mahkamah hari ini. Beliau hadir atas kapasiti peribadi.

Saksi pertama

Koroner Azmil Munthapa Abas memulakan prosiding dengan memanggil Pornthip sebagai saksi pertamanya.

Beliau kemudian disoal oleh peguam, Malek Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor dengan meneliti laporannya dan beberapa gambar yang diambil pada bedah siasat kedua.

Pornthip berkata beliau mendapati pendarahan di tengkuk Teoh sehingga ke bahagian otot mangsa. Kesan berkenaan juga, katanya lebih luas daripada kesan dicekik kerana cengkaman fizikal di bahagian leher adalah lebih kuat.

Menurut Pornthip berdasarkan 34-35 kes kajiannya hasil jatuh daripada tempat tinggi sebelum ini, - tidak ada yang mempunyai kesan seumpama itu.

Katanya, dia berpendapat tidak mungkin lebam adalah kerana impak akibat jatuh.

Pornthip juga menolak kemungkinan lebam itu disebabkan keretakan tulang belakang. Beliau mempertahankan pemerhatiannya sebelum ini bahawa ia adalah kecederaan sebelum jatuh yang dilakukan dengan “tekanan dan kuasa yang lebih besar” berbanding dicekik.

Katanya, ia mungkin “ seseorang meletakkan sesuatu di tengkuk Teoh atau menekan kepalanya ke atas sesuatu”.

Tak sependapat dengan Dr Vaneziz

Merujuk laporan bedah siasat pertama, pakar patologi Thailand itu berkata dia tidak boleh menolak kemungkinan Teoh tidak sedarkan diri semasa jatuh kerana laporan menunjukan berlaku 'cerebral edema'.

Ia menunjukkan Teoh mengalami hypoxia, di mana otak tidak menerima oksigen untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 minit. Hypoxia berlaku akibat salur darah, arteri atau trakea yang tersumbat.

Pornthip tidak bersetuju dengan Dr Peter Vaneziz (kanan) bahawa tanda pendarahan di tengkuk adalah akibat keretakan pada dagu. Katanya, keretakan dagu hanya membabitkan pendarahan di kawasan kecil dan tidak merebak hingga ke dada. Juga tidak terdapat salur darah besar di dagu yang boleh menyebabkan pendarahan berlebihan.

Pada keterangannya itu, Pornthip juga memberitahu inkues bahawa tiada keretakan pada pergelangan tangan, yang lazimnya berlaku dalam kes apabila seseorang cuba melindungi diri mereka daripada kejatuhan dengan tangan.

Terdapat keretakan dan luka di atas satu daripada pergelangan kaki Teoh tetapi tiada dikesan pada dasar tengkorak mangsa. Justeru, Pornthip berkata dia tidak bersetuju dengan Vaneziz bahawa Teoh mendarat dengan kedua-dua kakinya dan mangsa sedar semasa jatuh.

Pornthip berkata kesan koyak di bahagian dubur dan kecederaan pada bahagian punggung adalah disebabkan akibat kejatuhan dan bukan kerana dipukul seperti yang disangkanya sebelum ini.

'Ini adalah protokol'

Sehubungan itu, Pornthip mempertahankan pendapatnya berhubung kecederaan sebelum kejatuhan tetapi tidak dapat mengesahkan bahawa Teoh sedar semasa jatuh. Beliau juga tidak mahu memberi peratusan punca kematian kerana kesimpulan berdasarkan laporan bedah siasat. Namun Porhthip pasti, kejadian itu bukan percubaan bunuh diri.

Malik (kiri) selesai menyoal pakar patologi Thailand itu pada jam 10.45 pagi dan perbicaraan disambung dengan giliran peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili keluarga Teoh pula untuk bertanyakan soalan.

Pornthip berkata berdasarkan pengalamannya sebagai penyiasat lokasi jenayah dan juga ahli sains forensik, sebarang nota yang dijumpai mesti diuji untuk DNA, cap jari dan cetakan tapak tangan pada kadar segera dan kemudiannya dihantar untuk ujian analisis tulisan. “Ini adalah protokol.”

Bagaimanapun bota sedemikian tidak memberi kesan ke atas siasatan kerana ia dianggap bersifat emosi. Justeru, katanya, beliau lebih gemar bergantung kepada sains.

Ketua pendakwa SPRM, Abdul Razak Musa memulakan sesinya dengan cuba mempersoalkan kelayakan Pornthip sebagai saksi yang mempunyai kewibawaan.

Abdul Razak mencadangkan bahawa keterangan Pornthip adalah berdasarkan imaginasinya. Pornthip menafikan perkara itu dan berkata kesimpulannya adalah berdasarkan pemerhatian dan kerjanya.

Abdul Razak berkata berdasarkan kelayakan Pornthip, ahli patologi Thailand itu tidak layak bergelar pakar di Malaysia kerana universiti di mana beliau belajar tidak diiktiraf di negara ini. Pornthip menjawab bahawa universiti tempat beliau belajar adalah satu daripada lima yang terbaik di Asia - mereka yang berada di mahkamah memberikan tepukan.

Cekik diri sendiri

Razak kemudiannya mencadangkan kepada Pornthip bahawa Teoh mencekik dirinya sendirinya. Katanya, ini kerana empat daripada doktor telah mendapati bahawa tiada bukti menunjukkan Teoh dicekik.

Gobind bangkit dan mengarahkan Razak (kanan) menunjukkan bagaimana seseorang mencekik diri sendiri. Razak menyahut cabaran itu dan cuba mencekik diri sendiri sambil digelakkan daripada mereka di mahkamah itu.

"Saya cadangkan bahawa anda datang ke mari untuk serang SPRM,” katanya.

Beliau memberi beberapa kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Pornthip tetapi dinafikan oleh pakar patologi Thailand itu. Menurut Pornthip, laporan yang dikemukakannya disokong dengan bukti saintifik.

Razak: Awak kata 80 peratus pembunuhan.

Pornthip: Saya telah terangkan. Awak mesti terima...

Razak: Apabila awak beri keterangan 80 peratus adalah kes pembunuhan, ia dilaporkan di semua media negara ini.

Pornthip berulang-kali menggesa Razak supaya membaca laporannya, tetapi ketua pendakwa SPRM itu berkata: “Saya habiskan masa tiga hari membacanya.”

Orang ramai yang mengikuti perbicaraan kemudian mula berbisik yang menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dengan cara soalan Razak.

Razak kemudiannya bertanya sama ada objek tumpul yang dirujuk oleh Porthip pada awal inkues pagi ini merujuk kepada kerusi atau benda lain.

Pornthip: Saya ingin tanya sama ada awak seorang peguam?

Razak: Mungkin, saya lebih muda daripada awak tetapi saya telah berkhidmat sebagai peguam untuk 24 tahun.

Ini disambut dengan cemuhan 'wah' daripada mereka yang hadir.

Pengalaman terjun bangunan

Razak kemudian mengajukan soalan kepada Pornthip, bagaimana Teoh boleh mati pada tingkat 14 (lokasi pejabat SPRM Selangor yang terletak di Plaza Masalam, Shah Alam) tetapi masih bernyawa apabila sampai di bawah.

Soalan Razak semakin bercelaru dan menyebabakan koroner terketawa kecil. Azmil kemudian menjelaskan kepada Razak apa yang Pornthip maksudkan ialah Teoh berkemungkinan sedar semasa jatuh dan belum mati.

Razak: Dari Tingkat 14, 99 kaki dari atas tanah - dia tidak sedarkan diri, jadi badannya semestinya lebih berat.

Pornthip: Tiada perbezaan. Secara saintifik, bagaimana boleh berlaku kehilangan berat berdasarkan tahap kesedaran?

Razak juga bertanya kepada Pornthip sama ada dia mempunyai pengalaman terjun dari bangunan. Ini kerana ahli patologi itu dalam keterangannya berkata mayat yang dijumpai itu didadapti lebih jauh daripada bangunan berkenaan berbanding kes lazim membunuh diri dengan melompat.

Satu lawan empat

Malik bangkit dan berkata Razak cuba 'memasukkan perkatan' dalam mulut Pornthip. “Cara dia mengajukan soalan seolah-olah mahu kami sendiri terjun!”

Razak kemudiannya mengulangi soalan kepada Pornthip bahawa pendapatnya adalah berlainan dengan empat orang doktor yang hadir pada bedah siasat kedua.

Razak: Satu lawan empat...

Pornthip: Awak perlu hormat hakim (koroner) yang akan membuat keputusan.

Razak: Kita bekerja berdasarkan majoriti.

Selepas Razak, giliran kerajaan yang dilantik oleh kerajaan Tan Hock Chuan memulakan soalannya.

Menjawap soalan Tan, Pornthip memaklumkan beliau tidak sependapat dengan keterangan Dr Shahidan bahawa kecederaan pada tengkuk Teoh adalah konsisten dengan kejatuhan.

Mahkamah koroner selesai menyoal-balas Porntip sebagai saksi pada jam 12.25 tengah hari.

Koroner Azmil Munthapa kemudiannya mengumumkan perbicaraan ditangguhkan sehingga 1 September ini.

-malaysiakini.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger