Wednesday, September 28, 2011

Mengapa Najib Rosmah mesti jadi saksi? - Anwar

Kalau bercakap di media, bukan main lagi si anak Tun Razak ni nak tunjuk hero rupanya bacul macam takde buah. "Saya tak takut Anwar". "Saya bukan tak mahu berdebat dengan Anwar, cuma bimbang nanti Anwar demam", antara kenyataan yang pernah dibuat oleh si bapa anak Altantuya tu. Kalau betul anak jantan, datanglah ke mahkamah jadi saksi dalam prosiding pembelaan diri Anwar. Soalnya, nape Najib Rosmah cuba mengenepikan sepina atas mereka?

Anwar Ibrahim hari ini memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan Perdana Menteri dan isterinya untuk mengketepikan sepina yang disampaikan kepada mereka supaya tampil sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat.

Dalam dokumen yang ditandatanganinya petang ini di hadapan pesuruhjaya sumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anwar berkata, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor diperlukan untuk membantu kes berkenaan.

Ini dikaitkan dengan maklumat yang dibekalkan oleh bekas pembantu Najib, Datuk Khairil Annas Jusoh, ketika diwawancara oleh peguam Anwar semasa proses merakamkan kenyataan daripada saksi-saksi yang berpotensi.

Khairil Annas telah mengesahkan bahawa dia membawa pengadu kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk bertemu dengan Najib, yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

“Saya seterusnya menyatakan bahawa saya telah dinasihatkan oleh peguam-peguam saya, nasihat yang saya percayai adalah tepat dan benar, bahawa Datuk Khairil Annas Jusoh telahpun memaklumkan kepada mereka di dalam temuramah tersebut bahawa beliau telahpun membawa pengadu berhumpa dengan pemohon paad 26 Jun 2008 untuk lebih kurang sejam di kediaman pemohon.

“Oleh yang demikian, saya percaya terdapat banyak lagi perkara yang telahpun dibincangkan antara pemohon dan pengadu tersebut semasa pertemuan tersebut yang saya yakin adalah relevan dan materrial kepada pembelaan saya,” katanya dalam afidavit itu.

Menurut Anwar lagi, Najib pada mulanya menafikan bertemu dengan Saiful tetapi kemudian menukar pengakuan dan berkata Saiful telah memohon bantuan bagi mendapatkan biasiswa.

Justeru, peguamnya mahu mendapatkan penjelasan lanjut.

Tambahnya lagi, semasa wawancara pada 12 Ogos lalu, Najib dan Rosmah tidak bekerjasama dalam memberikan kenyataan kepada peguamnya.

Anwar, berkata beliau mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memanggil saksi dan sehubungan itu mengarahkan peguamnya untuk mensepina Najib dan isterinya.

- malaysiakini

Tuesday, September 27, 2011

Penolakan Hudud : UMNO tempah maut

Sejak minggu lepas, isu Hudud mula 'panas' kembali ekoran mantan PM Mahathir yang mencabar Kerajaan PAS Kelantan agar melaksanakan Hukum Hudud di negeri itu. Si tua nyanyuk yang hanya menunggu masa saja nak mati itu lupa bahawa dia sendiri yang menghalang perlaksanaan Hudud di negeri itu ketika masih berkuasa.

Golongan munafiq kabir macam Mahathir dan anak didiknya Najib cuba mainkan isu ini dengan tujuan untuk memecah-belahkan hubungan antara PAS-DAP dalam Pakatan Rakyat, seterusnya mengharapkan pengundi Cina akan beralih kepada BN dalam PRU13 nanti.

Secara peribadi, penulis sedikit pun tidak merasa gusar jika ada segelintir pimpinan DAP seperti Karpal Singh dan lainnya cuba bertindak untuk membawa DAP keluar daripada Pakatan Rakyat. Sebabnya, hanya segelintir saja pimpinan DAP yang agak emosional dalam soal Hudud ni.

Dan bukan kita tak tahu perangai Pengerusi DAP tu. Kalau nak kata si Karpal Singh masih tak tahu bahawa Hukum Hudud itu hanya untuk orang Islam saja, rasanya tak logik sebab telah berulang kali pimpinan PAS menegaskan akan hal itu. Cumanya mungkin dia bimbang bila terlaksananya Hukum Hudud, ramai orang Cina bukan Islam akan memeluk Islam, atau paling tidak pun akan bersama dengan PAS sebagai ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS. Tentunya hal ini membimbangkan Pengerusi DAP dan secara tak langsung memberi kesan pada partinya yang majoriti ahlinya berbangsa Cina. Yang jelas Karpal Singh memang tak mahu pimpinan PAS jadi PM.

Soalnya, beranikah Karpal Singh membawa partinya keluar daripada Pakatan Rakyat? Adakah beliau cukup yakin bahawa seluruh ahli DAP bersetuju dengan hasratnya?

Bagi penulis, PAS tidak rugi apa-apa pun sekiranya DAP keluar Pakatan. Visi PAS jelas, yaitu mahu menegakkan Daulah Islamiyyah di tanahair. Walaupun pada zahirnya PAS mengambil pendekatan tahaluf-siyasi untuk bersama dalam Pakatan Rakyat bagi menumbangkan rejim UMNO BN, namun PAS tetap tidak berganjak dalam visinya samada rakan Pakatan bersamanya atau tidak. Di sudut semangat setiakawan, PAS tetap bersama Pakatan Rakyat.

Sejarah telah membuktikan PAS tidak hilang sokongan maupun pengaruh walau pernah dikhianati oleh UMNO dan Semangat 46. Pengalaman lalu cukup mematangkan PAS dalam menempuh arus perdana politik tanahair walau pelbagai fitnah, mehnah dan tribulasi yang dihadapinya. Seluruh ahli PAS yang berjumlah lebih 1 juta juga telah terdidik dengan Tarbiyyah Haraki, Usrah dan Kuliah serta yakin akan kewajipan memperjuangkan Islam.

Dan bukanlah satu hal yang menghairankan bila orang bukan Islam menolak Hudud sebab mereka tak faham. Penulis cukup yakin jika mereka diberikan kefahaman yang betul, nescaya mereka tidak akan menolak perlaksanaan Hukum Hudud yang Maha Adil. Sebab Hukuk Hudud ini adalah Undang-Undang Allah yang Qadim.

Kalau pembaca masih ingat sewaktu Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan melancarkan Sistem Perbankan Islam dengan niat untuk membebaskan ummat Islam daripada sistem perbankan konvensional (Riba'), timbul suara-suara pro dan kontra. Namun akhirnya, antara penyimpan terbesar dalam sistem perbankan Islam itu ialah di kalangan orang bukan Islam sendiri sebab mereka yakin dengan sistem Islam yang lebih adil dan menguntungkan semua pihak. Malah sistem insuran Islam turut menjadi pilihan mereka.

Dan begitulah juga dengan hal Hukum Hudud ini. Percayalah, bila telah terlaksana kelak, nescaya masyarakat bukan Islam akan mengakui akan keadilan Hukum Allah itu.

Yang jadi pelik bin ajaib bila pemimpin UMNO dan para pengikutnya yang mengaku Islam tapi dengan berani telah menolak perlaksanaan Hudud itu. Bukan setakat menolak malah memperlekehkan lagi hukum itu. Wana'uzubiillah...

Maha Benar Allah dengan segala Firman-Nya. Telah jelas di dalam Al Qur'an, bagaimana Allah menceritakan tentang tingkah-laku dan sifat golongan munafiq ini ketika berhadapan dengan golongan beriman. Mereka sanggup melakukan apa saja demi mencapai niat jahat mereka tapi mereka lupa bahawa Allah Maha Mengetahui segala isi hati mereka.

Mereka menyangka telah berjaya melakukan tipu-daya dan memperolok-olokkan golongan beriman tapi tanpa disedari oleh mereka, Allah SWT telah membalas tipu-daya mereka itu sehingga akhirnya usaha mereka sia-sia belaka, malah sebenarnya mereka memperbodohkan diri mereka sendiri.

Dan apa yang dilakukan oleh Najib dan UMNO dalam isu Hudud ini sebenarnya akan memakan diri sendiri.

Akhirnya, penulis menyeru kepada ummat Islam tanahair agar segera meninggalkan UMNO jika mahu 'Aqidah Islam terpelihara. Jika terus memberi undi pada UMNO BN dalam PRU13 nanti, bermakna anda termasuk dalam golongan yang menentang Hukum Allah.

Syed Qutb, dalam membahaskan persoalan Al Hakimiyyah Allah ini, tegasnya sesiapa saja yang menjadi pendokong kepada pihak yang menentang atau menolak perlaksanaan Undang-Undang Allah, mereka termasuk dalam golongan MUSYRIK.

Insya'Allah, kita tunggu saja jawapan daripada Allah SWT.

Saturday, September 24, 2011

Isu Hudud : Kemunafiqan UMNO jelas

Di posting sebelum ni, penulis sentuh pasal beberapa kenyataan memperlekeh Hukum Allah yang pernah dibuat oleh pimpinan UMNO. Dan hari ni seorang lagi Presiden UMNO buat kenyataan terbuka menolak Hudud walau dilihat agak berhati-hati dalam tutur-katanya agar tak nampak sangat kemunafiqannya.

Kenyataan yang dibuat oleh Najib itu jika dibahas di sudut Tauhid Uluhiyyah, jelas membuktikan yang UMNO dulu, kini dan selamanya telah menafikan hak Al Hakimiyyah Allah daripada terlaksana. Bahasa mudahnya, menolak dan menafikan Undang-Undang Allah.

Sebagai Muslim, kita wajib mengimani tanpa banyak soal bahawa bumi dan seluruh isi alam semesta ni adalah hak milik kepunyaan Allah secara mutlak. Justeru hanya Dia yang berhak menjadi pengatur atas semuanya itu. Tugas kita selaku hamba hanyalah melaksanakan apa saja yang telah disediakan oleh-Nya, yaitu segala Hukum dan Peraturan yang terkandung dalam Al Qur'an. Itu saja.

Lupakah kita bahawa seluruh ummat manusia yang terdiri daripada pelbagai kaum, warna kulit, bahasa dan agama adalah makhluk ciptaan Allah. Justeru, hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat makhluk ciptaan-Nya.

Atas sifat-Nya yang Maha Pengasih dan Penyayang serta Maha Pengampun, lalu diutuskan beratus ribu orang Nabi dan 25 Rasul bagi memimpin kaum dan ummat masing-masing yang berada di dalam kegelapan kekufuran. Malangnya ramai di kalangan mereka yang menentang Nabi yang diutuskan kepada kaum masing-masing. Malah ada antara para Nabi yang dibunuh oleh kaumnya sendiri.

Dan yang terakhir sekali adalah Nabi kita semua, Muhammad S.A.W. yang diutuskan oleh Allah bukan saja untuk bangsa Arab malah untuk seluruh ummat manusia dan seluruh isi alam ini. Allah tegaskan dalam Al Qur'an yang bermaksud "Wahai Muhammad, tidak Aku utuskan engkau melainkan untuk membawa rahmat kepada sekelian alam".

Mukjizat tertinggi yang Allah kurniakan kepada Baginda ialah Al Qur'an sebagai Perlembagaan Hidup seluruh ummat manusia. Segala-galanya telah tersedia di dalamnya termasuk Hukum Hudud, pemerintahan, politik dan seluruhnya. Perlembagaan yang lengkap dan sesuai sepanjang zaman hinggalah hari Akhirat.

Kalau di zaman Jahiliyyah dulu, ada Abu Lahab, Abu Jahal dan para pembesar Musyrikin Mekah yang menentang Rasulullah S.A.W. sejak hari pertama Baginda diutus menjadi Rasul. Setiap kali Baginda membacakan Wahyu Allah pada mereka dan menyeru kepada mentauhidkan Allah, maka setiap kali itulah Baginda dicemuh dan ditertawakan, malah difitnah, ditohmah, diugut, dituduh gila hingga ke peringkat mahu dibunuh. Namun Rasulullah S.A.W. tetap meneruskan tugas yang diamanahkan oleh Allah, yaitu menyeru penduduk Mekah kembali kepada Agama Tauhid dan segera meninggalkan amalan toghut menyembah berhala.

Dan hari ni rupa-rupanya masih ada lagi spesis para pengikut Abu Lahab, malah lebih jahat daripada Bapak Musyrikin Mekah sebab golongan yang ada hari ni hidup selepas Islam disempurnakan oleh Allah di tangan Rasulullah kira-kira 1,400 tahun dan telah tersedia Kitabullah di tangan mereka namun tetap menentang perlaksanaan Undang-Undang Allah walau telah diberi kuasa, serta sengaja mereka-reka alasan bodoh bagi menyembunyikan kemunafiqan (kekafiran) mereka.

Terpulanglah kepada orang Islam yang masih setia dengan UMNO untuk memikirkan kedudukan 'Aqidah mereka sementara masih hidup. Jika mahu melakukan hijrah meninggalkan kesesatan UMNO, laksanakanlah dengan segera. Sebaliknya jika masih berdegil, nantikanlah saja balasan Neraka Allah kelak.

Wallahu'alam

Friday, September 23, 2011

Hanya orang Melayu tak beriman je undi UBN

Kita ni ngaku je Islam tapi tak pernah nak faham dengan apa yang diucapkan dalam DUA KALIMAH SYAHADAH. Hanya pada lidah saja mengaku "Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah" tapi hakikatnya takde bezanya dengan orang-orang yang menyembah berhala dan seumpamanya.

Penulis bukanlah orang yang layak untuk membicarakan soal Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah tapi sejak duduk dalam jamaah Islam PAS, banyak ilmu Islam yang penulis pelajari termasuk soal yang melibatkan 'Aqidah dan perkara-perkara yang merosakkannya.

Sayugia difahami bila mana seseorang itu mengakui dengan sebenar-benarnya bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah, bermakna orang itu meyakini (mengimani) bahawa;

1- Tiada sistem yang terbaik melainkan sistem Islam

2- Tiada undang-undang yang benar melainkan undang-undang Islam

3- Tiada cara hidup yang terbaik melainkan cara hidup Islam

4- Tiada sistem ekonomi yang adil melainkan sistem ekonomi Islam

5- Tiada politik yang benar melainkan politik Islam

6- Tiada sistem pemerintahan yang betul melainkan sistem pemerintahan Islam

... ringkasnya, sebagai Muslim, kita wajib menerima semua sistem Allah (Islam) tanpa sebarang alasan.

Apa yang penulis nak sentuh di sini ialah sistem politik yang diamalkan dalam negara selama ini. Sebab majoriti umat Melayu Muslim tanahair hari ni masih berpegang dan percaya kepada fahaman toghut peninggalan penjajah yang diteruskan oleh anak didiknya UMNO laknatullah.

Fahaman toghut itu ialah SEKULARISMA. Yaitu fahaman Kristian yang memisahkan agama daripada sistem politik dan pemerintahan negara. Fahaman sesat yang menjadi pegangan UMNO sejak dulu, kini dan selamanya itu telah mengenepikan Islam daripada sistem pemerintahan. Justeru undang-undang tertinggi negara selama ni bukannya Al Qur'an, sebaliknya Perlembagaan Persekutuan yang didraf oleh Suruhanjaya Reid British.

Tidak sesat lagikah namanya bila pemimpin UMNO dengan sengaja menolak Al Qur'an sebagai perlembagaan negara, malahan tidak pernah berusaha untuk menjadikan Al Qur'an sebagai perlembagaan menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada walaupun ada kuasa untuk berbuat demikian sejak dulu lagi. Bukan tu je, malah pemimpin UMNO begitu berani memperlekeh dan mempermainkan hukum Allah. Antara kata-kata sesat yang pernah diucapkan mereka ialah;

"Hukum Hudud tak sesuai dilaksanakan dalam negara kerana rakyat berbilang kaum dan agama"

"Kalau laksana Hudud, orang Islam akan mundur sebab tangan kudung dan tak boleh cari kerja"

"Kalau orang mencuri duit melalui internet, macamana nak cari saksi yang adil untuk laksanakan hukum potong tangan..."

... dan banyak lagi kenyataan pemimpin UMNO yang menyebabkan mereka boleh jatuh kafir kerana mempersendakan Hukum dan Undang-Undang Allah.

Dan yang paling bebal ialah ahli dan penyokong UMNO yang hanya tahu menganggukkan kepala saja dengan segala apa yang diucapkan oleh pemimpin mereka. Mereka tak sedar 'Aqidah Islam mereka juga boleh jadi rosak hanya dengan mengiyakan saja kata-kata seperti di atas.

Kesimpulannya, bila mana kita memberi undi pada UMNO BN dalam pilihanraya, bermakna kita bersetujulah dengan sistem pemerintahan sekular Kristian yang menjadi amalan kerajaan sejak merdeka lagi. Setuju bermaksud redha. Redha bererti kita percaya bahawa sistem pemerintahan sekular itu lebih baik daripada sistem pemerintahan Islam.

Akibatnya???

Jika kita meyakini sedemikian, maka rosaklah iman kita. Kalau tak sempat bertaubat, pendek kata mati sesatlah.

Justeru jangan dihairanlah jika masih ramai orang Melayu yang setia dengan UMNO. Sebab mereka sebenarnya bukan orang yang beriman walau masih melaksanakan 'ibadah fardhu.

Jangan lupa ketika menafsirkan ayat 159, Surah Al An'am (6), Almarhum Prof Dr Hamka dalam Kitab Tafsr Al Azhar menegaskan "Barangsiapa ada keyakinan dalam hati bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam, maka kafirlah mereka walau masih bersolat".

Wana'uzubillah.

Thursday, September 22, 2011

Mahathir makin nyanyuk

Penulis masih ingat akan doa Almarhum Ustaz Fadhil Nor agar Mahathir panjang umur ketika ucapan penggulungan dan penangguhan di Muktamar PAS Pusat Ke-45 di PUTIK Kelantan. Katanya, "Kita minta agar Allah panjangkan umur Mahathir dan biar dia sendiri lihat hasil kerjanya selama ini." Dan memang doa Almarhum dimakbulkan.

Hari ini Mahathir dah menjangkau usia 88 tahun dan dapat melihat sendiri apa yang sedang melanda negara mutakhir ini hasil tangan anak-anak didiknya. Kita jangan lupa, sebaik berundur dari jawatan PM, si mamak tua ni pernah membuat pengakuan terbuka yang Anwar memang tak bersalah dan telah difitnah dalam Kes Liwat I.

Dan hari ini sekali lagi Mahathir menunjukkan kecelaruan pemikirannya macam orang nyanyuk. Penulis tak tahulah samada dia sedar atau tidak dengan apa yang diperkatakan bila menegur wakil rakyat BN supaya mengubah imej mewah yang ditonjolkan sehingga menyebabkan rakyat berasa jijik dengan parti itu.

Kita nak tanya sikitlah pada Tun, di zaman sapa amalan rasuah, kronisme dan nepotisme bermaharajalela? Takkan dah lupa kot kat tauke-tauke besar yang jadi kesayangannya dulu seperti Vincent Tan, Ananda Krishnan dan Eric Chia.

Dan di zamannya jugalah amalan tabur duit berleluasa di semua peringkat bila menjelang pemilihan Perhimpunan Agong UMNO.

Si mamak tua ni tak layak untuk menegur wakil-wakil rakyat UMNO BN yang hidup bermewah-mewah sekarang sebab beliau sendiri bapak perasuah negara. Malah bila anaknya sendiri Mirzan hampir bankrap dalam bisnes perkapalan, disuruhnya anak manjanya yang bodoh bisnes tu jumpa Anwar Ibrahim (Menteri Kewangan ketika itu) untuk gunakan wang perbendaharaan negara bagi melangsaikan hutang RM500 juta, namun Anwar tegas dan tidak membenarkan wang rakyat disalah-gunakan.

Nasihat penulis agar Mahathir berhentilah membuat kenyataan yang bukan-bukan sebelum rakyat menjadi semakin meluat. Nak suruh bertaubat pun rasanya buang masa je sebab memang jenis orang sesat dan anti-Islam.

Wallahu'alam

Saturday, September 17, 2011

Mansuh ISA : Bukti Najib dan UMNO terdesak

Sekitar jam 8.45 malam, 15 September lalu Najib membuat pengumuman pemansuhan akta drakonian yang selama ini menjadi 'kesayangan' mereka bagi menahan musuh politik. Soalnya, benarkah Najib ikhlas atau kerana terpaksa berbuat demikian memandangkan kedudukan dirinya turut goyah dan UMNO semakin hilang sokongan menjelang PRU13.

Penulis sama-sekali tidak percaya dengan apa yang diumumkan Najib tempohari. Walau zahirnya ISA akan dimansuhkan secara rasmi selepas 2 draf undang-undang bagi menggantikannya diluluskan Parlimen, namun hakikatnya undang-undang baru itu tiada jauh bezanya dengan ISA itu sendiri. Hanya nama saja bertukar tapi serupa je. Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjangkakan pemansuhan ISA dan perlaksanaan undang-undang baru akan berkuatkuasa pada Mac depan.

Bagi mengekalkan kuasa rakus mereka, UMNO sanggup melakukan apa saja untuk mengaburi mata pengundi Melayu yang masih boleh ditipu hidup-hidup bagi meraih sokongan mereka dalam PRU13.

Jangan lupa sejarah lalu. Bagaimana Pak Lah yang terkenal dengan jolokan Mr Clean di kalangan UMNO telah mempamerkan watak lakonan yang sangat berjaya sebaik mengambil-alih tampuk pemerintahan negara. Antara kata-kata keramatnya "Bekerja Bersama Saya. Bukan Bekerja Untuk Saya" berjaya memikat hati rakyat. Dan rakyat begitu kagum dan terpesona bila mana Pak Lah dilihat begitu serius untuk memerangi rasuah bila Menteri Tanah dan Kooperai ketika itu, Kasitah Gaddam dan kroni kuat Mahathir, Eric Chia telah didakwa atas tuduhan rasuah.

Tak dinafikan kesan daripada tindakan itu, UMNO BN telah mencatat sejarah dengan kemenangan besar dalam PRU11 2004. Menguasai hampir 95 peratus kerusi Parlimen.
Pak Lah berjaya mengukir namanya selepas kejayaan besar itu. Malah ada pihak yang mengakui inilah PM yang dinanti-nantikan oleh rakyat selama ini.

Kemudian Pak Lah terus membuat kejutan dengan memperkenalkan Islam Hadhari. Sekali lagi orang Melayu UMNO dan golongan atas pagar begitu kagum serta yakin UMNO memang sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Di waktu itulah timbul istilah generasi Ulul Albab dan seumpamanya. Melayu terus dibuai mimpi indah dengan pendekatan Pak Lah. Kemudian Mahkamah Persekutuan pula membebaskan Anwar tanpa syarat, lalu rakyat semakin yakin yang Pak Lah benar-benar serius mahu memulihkan sistem keadilan negara.

Belum pun sampai setahun usia PRU11, Pak Lah mula tunjuk taringnya dengan menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen, kemudian diikuti kenaikan kedua yang serupa selepas 3 bulan. Selepas 2 kenaikan itu rakyat mula sedar segala 'lakonan' awal Pak Lah merupakan satu perangkap untuk menjerat leher mereka kembali. Akhirnya apa yang dirasa menjadi kenyataan bila kenaikan ketiga menyusul tiga bulan kemudian.

Dengan kenaikan harga minyak 3 kali berturut-turut itu menyebabkan rakyat kembali marah ekoran kos sara hidup meningkat secara mendadak. PAS terus mengetuai beberapa siri demonstrasi aman membantah kenaikan menggila itu. Reputasi Pak Lah terus dipertikai bila anaknya Kamaruddin diberikan projek bernilai ratusan juta ringgit oleh Petronas, juga menantunya yang menguasai saham ECM Libra.

Mantan PM Mahathir pula terus membuat road-show ke seluruh negara bagi menghentam Pak Lah ekoran rasa sakit hatinya bila Pak Lah membatalkan projek jambatan bengkok bagi menggantikan tambak johor yang dah tak relevan bagi menamnpung keluar masuk kenderaan antara Johor dan Singapura.

Ringkasnya, dalam PRU12 UBN mengalami kekalahan teruk dan hilang 5 negeri. Segala kesalahan diletakkan di bahu Pak Lah ekoran kekalahan itu. Timbalannya Najib terus mengasak dan mendesaknya agar berundur. Akhirnya Pak Lah akur.

Sebenarnya pengumuman pemansuhan ISA oleh Najib itu tiada bezanya dengan tindakan awal Pak Lah dengan mendakwa Kasitah dan Eric Chia dulu. Hanya caranya berbeza tapi matlamatnya sama. Yaitu untuk mengaburi mata rakyat sebelum tindakan yang lebih zalim dilaksanakan.

Terpulanglah pada pembaca samada mahu percaya atau tidak. Bagi penulis, golongan munafiq UMNO ini sama-sekali tidak boleh dipercayai. Mereka sanggup melakukan apa saja demi mencapai hasrat untuk terus kekal berkuasa.

Tunggu dan lihat sajalah nanti bagaimana watak 2 undang-undang baru yang menggantikan akta ISA itu. Yang pasti pemansuhan ISA ini sebagai indikator PRU13 semakin hampir. Najib nak test sejauh mana pengumuman yang dibuat itu memberi impak pada undi UBN dalam PRU nanti.

Cuma penulis rasa sedih mengenangkan ummat Melayu yang mengaku Allah Tuhan mereka, Islam agama mereka dan Muhammad itu Nabi dan Rasul mereka tapi dalam masa yang sama boleh menjadi pendokong / penyokong golongan pemimpin toghut yang melaksanakan dasar pemerintahan sekular yang sesat. Wana'uzubillah.

Apakah mereka lupa dengan amaran Allah di dalam Surah Al Ahzab (33), ayat 66-68 yang bermaksud;

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

Sebagai Muslim, jadikanlah Al Qur'an dan Hadis sebagai pegangan hidup. Bukan kata-kata golongan munafiq UMNO laknatullah. Beringatlah kematian itu boleh datang secara tiba-tiba. Tidak tertakluk pada umur maupun kesihatan. Bila sampai saatnya, nescaya tidak lewat atau cepat walau sesaat pun.

Alangkah rugi dan malangnya jika mati dalam keadaan menyokong toghut. Menyokong bererti redha. Redha pula bermaksud percaya bahawa sistem ciptaan manusia lebih baik daripada sistem Allah (Islam). Akibatnya???

Dalam Surah Al An'am (6), ayat 159, Almarhum Prof Dr Hamka telah menafsirkan ayat ini sebagai "Barangsiapa ada keyakinan (percaya) dalam hati bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam, maka kafirlah mereka walau masih bersolat."

Wallahu'alam

Sunday, September 11, 2011

Isu 50 Keluar PAS : UMNO penipu kabir

Penulis masih ingat akan laporan Bernama yang menyebut 50 orang ahli PAS PAdang Terap bertindak keluar parti dan menyertai UMNO ekoran kecewa dengan Timbalan Presiden PAS dalam isu Bukit Kepong. Terus-terang, penulis hanya tersenyum je bila membaca 'laporan kartun' tu. Spontan terpacul keluar dari mulut "Memang munafik sungguhlah UMNO ni. Lain kerja takde. Menipu dan memfitnah." Punyalah nak bagi orang percaya dengan laporan itu, justeru dilaporkan ada seorang ahli PAS yang dah menjadi ahli selama 35 tahun turut sama bertindak keluar parti dan menyertai UMNO. Nasib baik Bernama tak sebut orang tu dah jadi ahli PAS selama 60 tahun. Kah kah kah...

Berikut adalah kenyataan rasmi Ketua Dewan Pemuda PAS Padang Terap tentang isu ini.

Merujuk kepada berita Bernama pada 8 Sept 2011 bertajuk Lebih 50 Anggota Pas Padang Terap Keluar Parti Marah Kenyataan Mat Sabu , kami Dewan Pemuda PAS Padang Terap ingin menyatakan UMNO sanggup menipu rakyat , sudah kehabisan modal dan ketandusan isu untuk menyerang PAS. Itu kesimpulan tepat berkaitan isu 50 orang lompat parti di Padang Terap. Ada beberapa isu yang perlu dijawab oleh Umno dan difikirkan oleh rakyat.

1. Berapa ramai sebenarnya yang melompat parti. Menurut berita RTM1, yang masuk UMNO TUJUH orang. Berita Bernama dan akhbar Sinar Harian melaporkan 50 orang. Dalam gambar yang ditayangkan hanya DUA orang. Apapun seperti biasa akhbar akan bagi jumlah yang besar dan memanipilasi angka untuk meraih sokongan rakyat. Tidak mungkin Umno sanggup masuk berita tajuk utama muka hadapan dengan tajuk : “DUA ORANG MASUK UMNO DI PADANG TERAP”, sedangkan Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua pembangkang UMNO Kedah yang jugak Ketua Bahagian Umno Padang Terap. Siapakah yang menipu dalam isu ini? Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Padang Terap mencabar Dato’ Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid menyenaraikan nama-nama “ahli PAS” yang melompat itu dan daripada mana cawangan keahlian mereka. Sekiranya beliau gagal buktikan dalam masa tiga hari, maka benarlah bahawa beliau hanya cuba menipu rakyat Padang Terap. Kami akan sedarkan rakyat dengan segala mekanisma yang ada untuk buktikan bahawa beliau bulan setakat menipu rakyat Padang Terap, tetapi rakyat Kedah dan juga Malaysia.

2. RTM 1 menyiarkan rakaman temubual wartawan dengan En Ismail Abdullah atau dikenali sebagai "Ismail Yamaha". Siapa yang menonton televisyen akan memahami isu sebenar iaitu beliau tidak puashati dengan Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kg tandop Besar iaitu saudara Omar Bin Mat Zain yang dilantik oleh kerajaan negeri. Kononnya MKK , PAS dan kerajaan negeri tidak berperanan sewajarnya dalam membantu En Ismail yang ditimpa musibah. Bumbung rumahnya diterbangkan ribut. Ahli Parlimen Padang Terap YB Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan sendiri turun bersama pengerusi MKK menyampaikan sumbangan dan diterima oleh isterinya. Gambar dilampirkan adalah buktinya. Malah, beliau menyerahkan sumbangan melalui PAS cawangan untuk disampaikan kepada En Ismail.

3. Temubual wartawan berkenaan isu Timbalan Presiden PAS dan Mat Indera telah dijawab oleh anak beliau En Yusuf Ismail. Sekali lagi berlaku kekeliruan laporan akhbar dan tv. Isu komunis atau isu bantuan? Sekiranya mahu bantuan sila ambil, namun memutarkan isu adalah sangat tidak beretika dan memalukan. Tiada isu majlis penyerahan borang UMNO kerana protes kepada Timbalan Presiden PAS.Isu sebenar ialah isu tidak puas hati kepada beberapa pihak.

4. Isu ini sebenarnya sengaja ditimbulkan untuk menutup penyelewengan yang dilakukan terhadap amanah rakyat. Isu sebenar ialah kegagalan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin politik tetapi yang menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak berdosa. Sila lihat dan sebarkan penyelewengan DSM Mahadzir Khalid sebagai Pengerusi Seri Temin Development SDN BHD yang menggunakan wang GLC untuk parti UMNO.Ini rekod penyelewengan yang berlaku di Padang Terap. Duit rakyat diambil ini diambil untuk program parti. Sungguh menjijikkan. Jumlah ini tidak termasuk RM130,000.00 yang diagih pada Pilihanraya Umum 2008. Semua ini diambil dari rekod Audit:

1) Membiayai Pergerakan Pemuda UMNO padang Terap untuk pembelian T Shirt dan wang saguhati aktiviti konvoi bermotorsikal sebanyak RM4.000.00.
2) Sumbangan untuk UMNO Cawangan Kerasak, Padang Terap menjalankan aktiviti parti sebanyak RM5,000.00.
3) Bayar cenderahati bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap sebanyak RM26,150.00.
4) Bayar pemasangan billboard sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap sebanyak RM10,000.00.
5) Persiapan tempat Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00
6) Sewa khemah dan meja untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00
7) Makan dan minum Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM21,700.00

Justeru itu, pihak Dewan Pemuda PAS padang Terap berpandangan, isu kemasukan beramai-ramai ini hanya gimik bagi menutup segala persoalan besar berkaitan masalah yang dihadapi oleh UMNO dan segala penyelewengan termasuk SPR yang kini dipersoalkan oleh rakyat. Rakyat akan terus meneliti maklumat yang tepat dan berfakta dan akan membuat keputusan yang bijak.

YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria menunjukan atap yang terkena ribut.Sebelah belaiu ialah isteri kepada En Ismail. Turut bersama ialah MKK Tandop Besar Sdr Omar Mad Zain ( Berbaju Hijau) Dan Pengarah Majlis Tindakan Dun Pedu saudara Shukri Abdullah.

YB USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA
KETUA PEMUDA PAS PADANG TERAP
AHLI PARLIMEN PADANG TERAP.

Rupanya ada lagi spesis Profesor kangkung

Rupanya masih ramai kumpulan Profesor kangkung bin bayam yang wujud di tanahair ni. Patutnya gelaran Profesor mereka dibuang je. Bikin malu anak negeri. Nama je Prof tapi tak jujur dengan ilmunya. Lebih rela 'melacurkan' ilmu di dada demi mengampu pemerintah yang zalim, korup dan penipu. Waima apa pun penulis tak hairan kerana puak-puak kangkung ni pun dah tua, tak lama lagi mampuih la depa. Cuma yang penulis dok geram bila puak-puak lahabau ni sanggup buat kenyataan yang menampakkan kebangangan mereka sendiri.

Padanlah universiti di Malaysia ni tak masuk dalam senarai 200 universiti terbaik dunia. Macamana nak masuk ranking kalau dah tenaga pengajarnya para Profesor kangkung. Malang sungguhlah anak Malaysia yang genius dan bijak pandai tapi terpaksa belajar kat univeristi tempatan yang "low-class" hari ni. Dahlah taraf uniersiti rendah, ditambah pulak dengan bebanan hutang PTPTN yang terpaksa ditanggung mereka.

Penulis berdoa' moga mahasiswa-mahasiswi tempatan segera bangkit menjadi insan yang merdeka jiwanya. Ayuhhh mari bersama kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan rejim UMNO BN dalam PRU13. Hanya inilah saja cara untuk memulihkan kembali martabat dan mutu pendidikan tinggi tanahair. Juga untuk membuang para Profesor kangkung yang masih ada dan diganti dengan para Profesor yang bertaraf dunia. Bukan macam Zainal Kling.

Sayugia diingat, satu ketika dulu Universiti Malaya pernah berada dalam ranking 200 universiti terbaik dunia malah menjadi antara universiti yang dihormati di rantau ni.

Malangnya sejak zaman Mahathir, sistem pemusatan kuasa (diktator) telah menyebabkan pelajar-pelajar universiti dikongkong dengan AUKU manakala para pensyarah dipaksa menuruti kehendak pemerintah. Akhirnya mutu pendidikan tinggi negara jatuh menjunam.

Manalah penulis tak geram bila puak-puak kangkung ni boleh dok habaq pada rakyat Malaysia bahawa Malaya tak pernah dijajah. Ohh... kalau gitu, Inggeris datang ke Tanah Melayu atas jemputan pemimpin UMNO-lah ya. Patutlah pihak Inggeris boleh beri kemerdekaan pondan atas meja sebab mereka tahu orang macam Dato' Onn dan Tunku bersedia menjadi talibarut mereka selepas 31 Ogos 1957.

Barulah penulis tahu rupanya Malaya tak pernah dijajah. Habis tu, apahal pulak Almarhum Tunku dok melalak kalimat "MERDEKA" di Satdium Merdeka pada tarikh 31 Ogos 1957? Ohh... mungkin Tunku dan pimpinan UMNO masa tu saja buat lawak bodoh kot. Kesian orang Melayu masa tu. Ada yang berjalan kaki, naik basikal, lori, bas dan sebagainya untuk berhimpun di stadium merdeka bagi meraikan hari kemerdekaan Tanah Melayu. Rupanya laungan Merdeka itu palsu sebab pihak Inggeris dan UMNO dah pakat untuk perintah negara ni sampai dunia Qiamat.

Patutlah hari ni puak-puak laknat UMNO cukup-cukup mempertahankan dasar pemerintahan sekular Krisitan yang ditinggalkan Inggeris selepas tarikh 31 Ogos itu. Dulu masa Inggeris menduduki Tanah Melayu, semua penentang mereka dilabel sebagai kumpulan berhaluan kiri dan penderhaka. Yang tak derhaka dan berhaluan kanan hanyalah UMNO.

Jadi tak usah dihairanlan bila sekumpulan Profesor kangkung ni dok kata semua kumpulan yang menentang Inggeris adalah berhaluan kiri, penderhaka dan bukan pejuang kemerdekaan.

Dah terang-terang pihak Jepun, kemudian Inggeris datang ke Tanah Melayu untuk menjajah kita, lepas tu si puak-puak kangkung bin bayam ni boleh dok kata Malaya tak pernah dijajah. Geram sungguh penulis. Kalau ada depan mata, memang kena penampaq...

Mudah-mudahan kumpulan Profesor kangkung ni sempat bertaubat sebelum mampuih. Tapi golongan manusia yang bersekongkol dengan pemimpin jahat dan zalim ni sebenarnya dah tertutup pintu hidayah bagi mereka.

Nasib kaulah yek... Inilah padahnya bila jauh daripada cahaya Islam.

Saturday, September 10, 2011

PKR Sabah jangan obses sangat, orang meluat

Bila terbaca laporan berita keadilandaily hari ni, penulis rasa macam meluat pulak dengan kenyataan Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN negeri, Dr Roland Shia Ming Shen yang berbunyi "Pakatan Rakyat Sabah sudah bersedia menjadi kerajaan, dengan komitmen untuk mengadakan konvensyen pada 16 September ini." Rasanya lebih elok jika diubah kepada "Pakatan Rakyat Sabah sudah bersedia menjadi pembangkang yang kuat..."

Kadang-kadang penulis hairan dengan sikap sesetengah pimpinan PKR negeri ni. Tak tahulah penulis atas asas apakah hingga begitu yakin membuat kenyataan sedemikian. Seharusnyalah PKR Sabah hentikan sebarang khayalan dan angan-angan. Berpijaklah pada bumi nyata. Ukur dulu baju sendiri. Jangan terpedaya dengan sambutan rakyat yang hadir ke dalam program kita. Kadang-kadang yang hadir itu adalah orang yang sama. Tidak bertambah dan berkurang.

Penulis nak sarankan agar pimpinan PKR ikut teladan yang ditunjukkan oleh Lim Kit Siang sewaktu PRN Sarawak dulu. Bila ditanya oleh wartawan tentang peluang DAP dalam PRN itu, pimpinan utama DAP itu menjawab dengan nada rendah diri "Peluang kami agak sukar. Ramalan saya sekitar 40-60." Namun bila keputusan rasmi keluar, DAP berjaya menawan 15 kerusi DUN dengan majoriti besar.

Sayugia diingat, kadang-kadang kenyataan yang berbaur angkuh akan menyebabkan pengundi yang simpati pada kita jadi meluat. Silap-silap mereka berubah hati kembali mengundi BN.

Seperkara lagi, mampukah PKR dan PR Sabah berhadapan dengan puluhan atau ratusan ribu pengundi PATI daripada Projek MyKad. Baru-baru ni penulis dapat maklumat, kira-kira 80,000 MyKad sudah selesai diproses untuk diserahkan kepada PATI.

Justeru, penulis tak hairan bila dilaporkan Kabinet Najib bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal sebab kesemua PATI di bawah projek MyKad hanya menunggu masa saja untuk keluar membuang undi.

Memang penulis seorang ahli PAS tapi bila ditanya tentang peluang PAS di Sabah, penulis akan jawab "Memang PAS mahu menang tapi bukan dalam PRU13 sebab belum cukup syarat-syarat untuk memperolehinya...."

Kalaulah PKR dan rakan PR yang lain sudah memiliki banyak cawangan serta aktif sebagaimana di kawasan DUN yang ditandingi oleh Baru Bian, mungkin juga kenyataan yang dibuat ada relevannya. Ini tak..., dahlah PKR Sabah sendiri berhadapan dengan konflik kepimpinan hingga berpecah-belah, lepas tu boleh pulak kata Pakatan Rakyat dah bersedia menjadi kerajaan. Malunya...

Wallahu'alam

Friday, September 9, 2011

Kempen ‘Bersihkan Najib’ dalam Umno?

PETALING JAYA: Satu gerakan tersusun yang dinamakan ‘Bersihkan Najib’ di dalam Umno untuk menolak Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan mula dijalankan oleh pihak tertentu di dalam parti itu. Selain serangan terus terhadap Najib sendiri, gerakan tersebut juga dikatakan banyak menumpukan serangan ke atas isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi melemahkan kredibiliti Najib sebagai pemimpin nombor satu negara itu.

Demikian menurut sebuah blog pro Umno terkenal, www.umno-reform2.com yang dikendalikan oleh Anuar Mohd Nor yang juga merupakan Ketua Eksekutif Institut Kajian Asas Kemasyarakatan.

“Paling ketara usaha ini menjalankan serangan ke atas Rosmah untuk memperkecil kredibiliti Najib dan mendesak beliau supaya berundur,” menurut petikan entri dari blog terbabit.

Penulis blog terbabit juga percaya pihak-pihak di dalam Umno akan membuat penafian sekaligus menyatakan ikrar taat setia terhadap presiden Umno itu.

“Setakat ini realiti program untuk menjatuhkan dan mendesak Najib untuk melepaskan jawatan adalah benar dan wujud walaupun mungkin penafian akan timbul tetapi Najib harus tahu realiti yang ada ini,” tulis beliau lagi.

Bagaimanapun, beliau yang mendakwa mengetahui beberapa nama terlibat dengan gerakan ini masih belum mahu mendedahkan pihak -pihak yang memainkan peranan menjalankan agenda ‘Bersihkan Najib’ dari Umno ini.

“Suara yang menamakan mereka yang terbabit sudah ada sungguhpun www.umno-reform2.com belum berhajat untuk memaklumkannya,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan seorang pemimpin Umno di peringkat bahagian dari negeri Selangor turut percaya kewujudan gerakan ‘Bersihkan Najib’ tersebut.

Beliau yang enggan mendedahkan identitinya itu mendakwa, gerakan untuk menjatuhkan Najib itu diketahuinya apabila diberitahu oleh seorang pemimpin peringkat negeri kira-kira tiga bulan lalu.

“Benda ni agak dah lama saya tahu, lebih kurang tiga bulan lepas bila seorang pemimpin peringkat negeri memaklumkan kepada saya,” ujar beliau ketika ditemui di sini.

Najib gagal kawal tindak-tanduk isteri?

Menurutnya antara sebab utama berlakunya penolakan kepimpinan Najib dari dalam Umno sendiri berpunca daripada Najib yang dikatakan gagal mengawal tindak-tanduk isterinya.

“Najib bukan sahaja nampak lemah dalam beberapa aspek kepimpinannya, imejnya, tapi lebih teruk lagi tindak-tanduk isterinya semakin memberatkan agenda Umno dan Barisan Nasional untuk meraih keputusan yang baik dalam pilihan raya akan datang.

“Walaupun Najib dan pemimpin Umno yang lain memang berusaha memberikan persepsi positif di mata rakyat terhadap penglibatan Rosmah dalam urusan kerajaan, orang ramai tetap menganggap sebaliknya.

“Dalam isu isteri PM ini, apa yang dilihat oleh ahli-ahli Umno khususnya golongan akar umbi tidak menunjukan apa yang dikatakan oleh Najib mahupun pemimpin-pemimpin Umno sendiri.

“Lebih menghairankan, saya dan kebanyakan rakan-rakan lain dalam Umno percaya Najib sendiri sedar kesan negatif dari tindak-tanduk isterinya itu, tetapi malangnya Najib seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa tentangnya,” ujarnya.- fmt

Pengampu Rosmah Sahkan Pembelian Berlian RM24j

Memang dasar perempuan puaka laknatullah. Dia ingat kekayaan negara milik laki dia. Dan yang paling bebal sekali ialah bangsa Melayu UMNO yang mengaku Islam tapi tak sedar diri terus menyokong pemimpin celaka, sesat dan menyesatkan. Dah terang-terang depan mata para pemimpin UMNO melakukan jenayah termasuk buuh, rasuah, penyelewengan dan merampas hak rakyat tapi masih juga memberikan undi pada UMNO BN. Nah!!! akhirnya terdedah juga pekong sial si perempuan puaka ni bila para penjilatnya mengesahkan memang dia yang membeli cincin berlian bernilai RM24 juta.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berbohong apabila menafikan pembelian cincin bernilai RM24.4 juta yang dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang dipetik Keadilan Daily berkata, ‘pengampu-pengampu’ Rosmah sendiri mengesahkan pembelian cincin berkenaan.

Badrul merujuk kenyataan Anuar Shaari, bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa cincin itu kepunyaan bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayez yang dipesan masuk dari New York, Amerika Syarikat.

“Kini rakyat tertanya-tanya sama ada cincin itu kepunyaan Rosmah, mahu diberikan kepada Rosmah dan pergi ke mana selepas dibawa keluar dari KLIA.

“Pengampu-pengampu Rosmah menyebabkan Rosmah lebih terperangkap,” kata Badrul atau lebih dikenali dengan Chegu Bard.

Menjawab dakwaan Anuar Shaari, Chegu Bard berkata, serbuan SPRM ke bahagian kargo KLIA mengesahkan dokumen yang mengiringi kemasukan cincin itu ke Malaysia adalah sah.

“Apa yang saya dapat, dokumen itu sahih. Dalam kotak tertera nama Datin Seri Rosmah Mansor,” kata beliau.

SAMM sebelum ini mendedahkan pembelian berlian dikenali sebagai “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” yang diterbangkan melalui KLIA dan bebas daripada cukai import.

Selain itu, NGO itu turut mendakwa mempunyai salinan cetakan dokumen dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berkenaan.

Rosmah pada 29 Julai lalu menafikan pembelian berlian berkenaan selepas dua minggu isu itu didedahkan dan menyifatkannya sebagai satu fitnah, sementara penulis blog pro-Umno mula menyebarkan berita cincin itu dibawa keluar dari KLIA ke Singapura.

Airoceanic Express Sdn Bhd – yang didakwa agen bagi urusniaga tersebut sebelum ini juga enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Lanjutan dari itu, pada 18 September ini SAMM akan melancarkan kempen risalah mendedahkan rentetan skandal itu yang masih belum didedahkan kepada umum, kata Chegu Bard.

Ia akan dilancarkan di Pekan, Pahang jika masih tiada sebarang hasil siasatan yang memuaskan daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM), tambahnya lagi.

Menurutnya, Pekan dipilih sebagai lokasi pelancaran kempen itu kerana ia merupakan kawasan Parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Orang Pekan harus beri penilaian yang tepat tentang seorang Ahli Parlimen yang mereka undi yang akhirnya menjahanamkan negara melalui isterinya,” kata Chegu Bard. - keadilandaily

Wednesday, September 7, 2011

Siapa sebenarnya Mat Indera?

Pada tahun 1985, berlaku peristiwa berdarah Memali yang meragut 14 nyawa yang tak berdosa angkara fitnah jahat UMNO. Sebelum tercetus perisitwa itu, UMNO melalui medianya TV dan akhbar terus melakukan propaganda fitnah terhadap Assyahid Ustaz Ibrahim Libya. Antara fitnah yang dilemparkan dan diperbesarkan ke atas bekas pegawai dakwah Pusat Islam itu ialah mengajar ajaran sesat dan menghasut penduduk Baling menentang kerajaan. Malah Ustaz Ibrahim dituduh sebagai orang yang merbahaya dan boleh mengancam keselamatan negara. Kini isu Mat Indera pula menghiasi tajuk utama di dada-dada akhbar milik UMNO, juga di kaca TV. Persoalannya kenapa UMNO 'menggelupur' bila Timbalan Presiden PAS mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Benarkah Mat Indera seorang komunis sebagaimana dilabel oleh penjajah Inggeris dan UMNO? Untuk mengenali siapakah sebenarnya Mat Indera, penulis paparkan kisah Mat Indera sebagaimana yang terdapat dalam buku terbitan Warisan Johor.

Penjajahan bererti kongkongan dan tidak ada kebebasan bagi anak negeri membuat keputusan dan mengambil tindakan. Justeru penjajahan sinonim dengan ketidakadilan, penindasan dan penafian hak serta pelbagai ancaman daripada penjajah. Akibatnya anak negeri diselubungi perasaan tertekan, cemas, takut dan tidak puas hati. Ekoran daripada pelbagai perasaan inilah timbul penentangan terhadap penjajahan, samada secara nyata atau terselindung, secara langsung atau tidak langsung. Dan penentangan ini akhirnya menjadi perjuangan yang tidak kunjung padam selagi penjajahan tidak dihapuskan.

Di kebanyakan negara yang dijajah, pihak penjajah dengan kuasa yang dimiliki terus menjalankan tindakan melenyapkan sesiapa sahaja yang dianggap mengganggu kedudukan dan menggugat kekuasaan mereka. Pada suatu pihak yang lain, anak negeri yang terjajah sanggup berjuang melalui pelbagai cara untuk memperoleh kemerdekaan negara walaupun terpaksa mempertaruhkan jiwa dan raga.

Dalam sejarah perjuangan menentang penjajahan dan mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, banyak tokoh yang telah terkorban demi agama, bangsa dan negara, dikenang sebagai pariot tanahair seperti Dato' Bahaman dan Mat Kilau (Pahang), Dato' Dol Said (Melaka), Tok Janggut (Kelantan), Mat Salleh (Sabah) dan Rosly Doby (Sarawak). Mereka berjuang untuk kebebasan hak dan kemerdekaan negara. Namun begitu mereka dianggap oleh penjajah sebagai penderhaka dan petualang yang mengancam keselamatan negara, dan kerana itu mereka bukan saja perlu ditentang habis-habisan, malah dilenyapkan sama sekali daripada terus wujud di muka bumi ini. Mereka tidak sekadar diburu, tetapi juga orang-orang yang hampir dan rapat dengan mereka turut diancam, digertak, diugut dan dimalukan. Selain itu, propaganda memburuk-burukkan peribadi mereka disebar-luaskan sehingga sesetengah anak negeri terpedaya dengan pembohongan itu.

Di negeri JOHOR, terdapat seorang pejuang tulen agama, bangsa dan negara yang telah diberi imej buruk oleh penjajah Inggeris laknatullah. Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Di kalangan orang-orang yang rapat dan mengenali peribadi Mat Indera secara dekat telah menafikan pembohongan tersebut. Mereka tidak mempercayai bahawa itulah sifat-sifat Mat Indera. Mereka turut mempersoalkan bagaimana dengan sekelip mata sifat-sifat terpuji Mat Indera boleh bertukar kepada sifat-sifat keji. Walaupun begitu, segala tekanan, paksaan dan ancaman penjajah Inggeris menjadikan mereka sebagai orang-orang kerdil yang tidak upaya untuk terus menegakkan kebenaran dan menafikan segala pembohongan. Mereka terpaksa membisu seribu bahasa kerana diselubungi perasaan takut dan gerun terhadap ancaman keselamatan diri dan keluarga serta kententeraman masyarakat yang dipaksakan oleh pihak penjajah Inggeris sekiranya kemahuan dan tuntutan penjajah itu tidak dipenuhi. Mereka sekadar berupaya membuat protes dan penentangan dalam hati.

Mat Indera atau nama penuhnya Ahmad bin Indera adalah seorang anak muda berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Dia bukan sekadar seorang yang bertubuh sederhana, kacak dan bijak, tetapi juga seorang yang gagah berani, tegas dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Bukan itu sahaja, Mat Indera juga memiliki sifat-sifat terpuji seperti lemah-lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain. Kerana itu, Mat Indera sentiasa disenangi, disegani dan dihormati oleh orang-orang yang mengenalinya, terutama di kalangan kaum keluarga dan sahabat handai.

Tambahan pula, Mat Indera mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Dia dikatakan seorang yang hafiz Al-Qur'an, serta gemar bernasyid, berqasidah dan berzanji. Mat Indera berguru kepada Kiayi Haji Fadzil Bentan, seorang guru yang kaya dengan ilmu dunia dan akhirat, yang juga menjadi salah seorang guru dan penasihat kepada Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor. Selain itu, Haji Muhamad Yassin bin Hj Muhammad (ayah kepada TPM Muhyiddin Yassin) juga pernah menjadi salah seorang guru agama kepada Mat Indera.

Mat Indera juga suka menyanyikan lagu-lagu padang pasir. Suaranya merdu dan nafasnya panjang, Kerana itu, ketika Mat Indera membaca Al-Qur'an, bernasyid atau berqasidah, suaranya lunak memikat. Dengan kemerduan suaranya itu, Mat Indera sering mempersonakan teman-teman, terutama ketika dia mendendangkan lagu-lagu padang pasir nyanyian Biduan Mesir yang terkenal sekitar tahun-tahun 1940-an dan 1950-an bernama Abdul Wahab yang amat diminatinya. Dan sebagai seorang yang terdidik dalam bidang agama, Mat Indera sentiasa patuhMa mengerjakan segala perintah Allah.

Mat Indera dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. Mat Indera merupakan anak kedua, tetapi kerana abangnya yang sulung meningga dunia ketika masih kanak-kanak, maka dialah yang diharapkan menjadi tonggak menyempurnakan tanggungjawab kepada keluarga dan adik-adiknya seramai sepuluh orang. Setelah menamatkan persekolahannya peringkat Darjah Enam Sekolah Agama pada tahun 1937, Mat Indera telah bertugas sebagai seorang Guru Agama di Parit Setongkat, Muar. Dia kemudian berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Darjah Khas. Dia lulus peperiksaan Darjah Khas dengan cemerlang, di samping berjaya pula dalam peperiksaan kelayakan untuk menjadi guru agama. Seramai 43 orang calon telah berjaya dalam peperiksaan tersebut di seluruh negeri Johor. Dan hanya 2 orang daripada yang lulus itu telah diberi penghormatan menerima anugerah Butang Perak yang mengandungi lambang kerajaan negeri Johor, yang layak dipakai sebagai lambang keperibadian dan kecemerlangan. Seorang daripadanya ialah Mat Indera. Lantas Mat Indera memulakan tugasnya sebagai guru agama berkelayakan di Pontian dengan gaji bulanan sebanyak RM20.00.

Dalam masa pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945), Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Pekerjaan ini memberikan sedikit keselesaan hidup kepadanya. Memahami keperitan hidup yang ditanggung oleh sebahagian daripada saudara-maranya akibat perang dan pemerintahan Jepun, Mat Indera mengambil kesempatan yang diperolehi sebagai peniaga beras untuk menolong mereka meringankan beban penderitaan mendapatkan bekalan makanan.

Apabila Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu dengan menguatkuasakan British Military Administration (BMA) pada tahun 1945, Mat Indera bertukar haluan bekerja sebagai buruh pengangkut beras, kemudian dilantik sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Pekerjaan ini membuka peluang kepada Mat Indera untuk mengambil beras-beras yang tercicir di pelabuhan, dan kemudian membahagi-bahagikannya kepada mereka yang memerlukan. Tenaga dan khidmat bakti ini dicurahkan oleh Mat Indera secara percuma. Amalan murni ini amat disenangi oleh banyak orang, dan Mat Indera semakin disayangi oleh keluarga, saudara-mara dan sahabat-handai.

Pada waktu inilah Mat Indera melibatkan diri dalam politik, dengan tujuan untuk memerdekakan tanahairnya daripada penjajahan Inggeris. Dia menjadi ahli kepada sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al Helmy dan Ishak Haji Mohamad (Pak Sako). Sayap pemuda PKMM dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam, sementara sayap wanita PKMM pula dikenali sebagai Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pimpinan Shamsiah Fakeh. Mat Indera telah dilantik sebagai Setiausaha API bagi daerah Muar. Bagi orang-orang perjuangan seperti Mat Indera, API tidak lagi diertikan sebagai Angkatan Pemuda Insaf, sebaliknya telah diertikan sebagai Angkatan Pembunuh Inggeris, satu manifestasi kebencian yang amat sangat terhadap Inggeris.

Penjajah Inggeris laknatullah telah menguatkuasakan Undang-Undang Darurat pada 19 Jun 1948. Semua parti politik berhaluan kiri seperti API diharamkan. Pihak keselamatan (Polis talibarut British) dibantu oleh pengintip-pengintip penjajah Inggeris sentiasa memburu dan menangkap ahli-ahli API lalu dipenjarakan. Namun segala tekanan yang dikenakan itu sama-sekali tidak melunturkan semangat perjuangan anak negeri menentang Inggeris. Mereka meneruskan perjuangan dengan tekad untuk mengusir Inggeris daripada terus berpijak di bumi Tanah Melayu yang mereka cintai. Akibatnya pihak Inggeris telah memperhebatkan lagi gerakan menghapuskan apa yang dianggap sebagai musuh mereka yang membahayakan itu.

Mat Indera merupakan salah seorang yang merasai bahang tindakan Inggeris itu. Dia telah menjadi buruan Inggeris. Bagi mengelakkan dirinya ditangkap, dia melarikan diri ke rumah adiknya Isa di Singapura. Namun di sana juga keselamatan dirinya tidak terjamin. Tidak berapa lama selepas pemergiannya itu, orang ramai dikejutkan dengan terdapatnya poster-poster tertampal di pokok-pokok getah yang berbunyi "Cari Aku Di Pagoh" dengan menggunakan nama Muhammadiah @ Mat Indera. Poster ini merupakan satu cabaran terbuka kepada pihak penjajah Inggeris yang mahu menangkap Mat Indera yang telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangannya secara gerila; mungkin terpengaruh dengan pendekatan perjuangan yang digunakan oleh pejuang-pejuang kebangsaan Indonesia menentang penjajahan Belanda. Mat Indera bergerak di daerah Muar di sekitar Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Oleh kerana satu-satunya kumpulan yang bergerak cergas di dalam hutan secara gerila ketika itu ialah komunis yang dianggotai oleh orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak dapat tidak terpaksalah membina hubungan dengan kumpulan tersebut sebagai pelindung, walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai matlamat perjuangan yang jauh berbeza. Lantas Mat Indera dicop penjajah Inggeris sebagai komunis yang ganas dan merbahaya serta tidak tidak beragama (free thinker).

Tindakan Mat Indera mengatur gerakan menentang Inggeris dari dalam hutan bukan sahaja menjadi kejutan besar kepada pihak penjajah itu, tetapi juga satu pukulan hebat terhadap maruahnya. Keegoannya tercabar. Lantas penjajah Inggeris menawarkan hadiah sebanyak RM25,000 bagi sesiapa yang dapat menangkap atau memberi maklumat sehingga tertangkapnya Mat Indera. Malah ayah dan ibu Mat Indera turut disoal-siasat setiap dua hari dan terpaksa keluar masuk penjara selama lapan bulan sebelum dibuang negeri ke Singapura bersama Johan Shah, adik Mat Indera. Datuk dan nenek Mat Indera juga diheret keluar masuk penjara untuk disoal-siasat. Inggeris berbuat demikian bertujuan untuk mengumpan Mat Indera supaya keluar dari hutan dan menyerah diri bagi mengelakkan tekanan dan ancaman kepada ibu bapa dan datuknya. Namun tindakan biadap Inggeris itu ternyata tidak mendatangkan hasil yang diharapkan.

Satu tragedi yang menggemparkan Tanah Melayu berlaku apabila berek kelamin Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh satu gerombolan komunis pada Subuh 23 Februari 1950. Satu pertempuran hebat berlaku antara pihak polis dengan kumpulan komunis. Seramai 25 orang anggota polis serta anak dan isteri mereka terkorban dan Balai Polis Bukit Kepong hangus terbakar. Turut dibakar ialah pejabat penghulu dan sebuah motorbot Polis Marin. Serangan itu dikaitkan dengan peranan yang dimainkan oleh Mat Indera. Beberapa orang saksi telah memberitahu pihak penyiasat Inggeris bahawa Mat Indera yang melakukan serangan itu. Dakwaan mereka menimbulkan keraguan munasabah kerana bagaimana mereka boleh mengenali Mat Indera sedangkan serangan itu berlaku pada kira-kira jam 5.00 pagi dalam suasana gelap dan hiruk-pikuk.

Keraguan ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan seorang anggota Polis Marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan itu. Dia mengatakan bahawa Mat Indera tidak melakukan serangan, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Orang-orang tua Kampung Durian Condong, Hulu Muar turut menyatakan bahawa Mat Indera bukanlah orang yang bertanggungjawab secara langsung dalam serangan itu, apatah lagi membakar bangunan dan membunuh anggota polis serta anak isteri mereka.

Salah seorang Melayu yang turut bergerak selama setahun secara gerila ialah Shahran bin Abdul Ghani. Dia merupakan pemimpin komunis Kumpulan Melayu yang berpusat di Yong Peng. Dia mengatakan bahawa sekiranya dia tidak berbuat demikian, nescaya nyawa orang-orang kampung terancam. Begitu juga orang-orang Melayu yang lain yang turun berjuang dalam hutan. Shahran ditugaskan mengutip yuran bulanan daripada 1,700 orang Melayu di kawasan tersebut. Shahran pernah mengatakan, "Mat Indera itu termasuk dalam kumpulan Cina. Dia terus bersatu menjadi kumpulan Cina; tapi Islam tetap Islam. Dia sembahyang. Waktu serang Bukit Kepong, Mat Indera yang mengarahkan. Dia ketua besar."

Berhubung hal ini, Johan Shah menyatakan bahawa abangnya memang mengakui bahawa dialah yang mengarahkan serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong, tetapi arahan yang diberikan bukanlah untuk membakar apatah lagi membunuh. Arahannya ialah untuk menangkap beberapa anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina. Malangnya orang-orang Cina di bawah arahannya telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah Mat Indera di luar pengetahuannya.

Walau bagaimanapun, tragedi ini dijadikan Inggeris sebagai bukti untuk memperkukuhkan dakwaan mereka bahawa Mat Indera bertanggungjawab menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Tindakan ganas ini dianggap Inggeris amat membahayakan negara. Justeru Inggeris mencanangkan bahawa Mat Indera adalah pengkhianat negara yang amat merbahaya dan perlu dihapuskan. Gerakan memburu Mat Indera diperhebatkan. Tawaran hadiah bagi menangkap Mat Indera melambung dua kali ganda kepada RM75,000.

Sementara itu, Mat Indera meluaskan kawasan pergerakannya ke Seri Medan, Batu Pahat. Dia cuba mempengaruhi orang-orang kampung agar menyokong perjuangannya. Sekali-sekala Mat Indera mengadakan ceramah-ceramah agama di kampung-kampung sekitar Seri Medan. Pada masa-masa tertentu, Mat Indera mendapat sumbangan makanan secara ikhlas daripada orang kampung. Mat Indera pula membayar setiap sumbangan yang diterimanya itu.

Mat Indera juga cuba mengajak beberapa orang pemuda kampung mengikut jejaknya berjuang menentang Inggeris secara gerila. Ada yang dapat dipengaruhi. Antaranya ialah seorang anak muda bernama Abdul Kadir bin Abdul Aziz. Abdul Kadir yakin terhadap perjuangan Mat Indera dan pernah menjadi anggota rekrut Mat Indera selama lapan tahun.

Mengikut keterangan Abdul Kadir, perjuangan Mat Indera berlainan dengan perjuangan Bintang Tiga. Mat Indera berjuang semata-mata mahu menghalau Inggeris dari tanahairnya supaya dia dan rakyat seluruhnya bebas menghidu udara kemerdekaan yang hakiki di negara sendiri. Dia tidak menyekutukan perjuangannya dengan perjuangan Parti Komunis Malaya atau Bintang Tiga yang ingin memerintah negara ini. Selain itu, perjuangan secara gerila dilakukan oleh Mat Indera atas desakan keadaan kerana Mat Indera sentiasa menjadi buruan Inggeris sejak API diharamkan.

Abdul Kadir juga menjelaskan bahawa Mat Indera adalah seorang yang warak. Ibadah wajib seperti solat lima waktu tidak pernah ditinggalkan walaupun dia berada di dalam hutan. Malah Mat Indera sering mengadakan ceramah-ceramah agama di kalangan anak buahnya di dalam hutan, khususnya tentang Al Qur'an dan Hadis, di samping mengatur strategi dan pendekatan bagaimana penguasaan Inggeris di Tanah Melayu dapat dihapuskan sama-sekali dan Tanah Melayu menjadi negara yang bebas merdeka dalam erti kata yang sebenar. Mat Indera amat benci dengan perjuangan komunis yang kejam, zalim dan tidak beragama. Keganasan yang dilakukan oleh pihak komunis amat bertentangan dengan prinsip perjuangan Mat Indera.

Dalam keadaan yang amat mencabar dan terdesak ini, pihak Inggeris telah membuat surat tawaran supaya Mat Indera menyerah diri. Namun Mat Indera tidak berhasrat menjadi seorang pengecut yang bacul, lantas dia menolak tawaran tersebut. Sebaliknya dia terus bergerak memperteguhkan perjuangannya itu.

Walau apa pun keadaannya, Mat Indera tidak ada upaya yang cukup bagi menentang kekuatan penjajah Inggeris yang dilengkapi dengan jentera pentadbiran yang besar dan meluas; apatah lagi dengan segala tipu-helah dan muslihat yang digunakan dari semasa ke semasa. Malah penduduk Seri Medan sendiri tidak lagi membantunya menyebabkan Mat Indera tersepit antara perjuangan dan keselamatan diri. Namun bagi Mat Indera, perjuangan tetap diteruskan walaupun nyawa terpaksa dikorbankan.

Ada beberapa sebab mengapa penduduk Seri Medan tidak lagi menyokong perjuangan Mat Indera. Pertama, Inggeris mengugut penduduk kampung bahawa mereka tidak akan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu selagi keamanan tidak diwujudkan. Dengan lain perkataan, Mat Indera perlu ditangkap dan pengaruhnya mesti dilenyapkan. Kedua, Inggeris mengancam untuk memindahkan penduduk kampung ke penempatan (kampung) baru, sedangkan mereka telah memiliki kebun dan rumah sendiri yang dianggap selesa sebagai tempat tinggal. Ketiga, Inggeris mengugut untuk menangkap dan memenjarakan sesiapa sahaja orang kampung yang bersubahat dengan Mat Indera, termasuk memberinya bantuan makanan dan perlindungan.

Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu kebal dan ilmu ghaib. Faktor inilah yang disebut-sebut sebagai penghalang kepada usaha menangkap Mat Indera. Pasukan keselamatan yang digerakkan memburu Mat Indera pernah bertembung dengannya, tetapi Mat Indera berteriak sebelum menghilangkan diri, "Kamu orang Melayu balik. Kami tidak cari kamu. Mangsa Mat Indera adalah Inggeris, talibarut Inggeris dan pengintip Inggeris."

Manusia merancang, Tuhan menentukan. Salah seorang pengikut Mat Indera yang bergelar Mat Tukyo telah diberkas Inggeris. Dia dipujuk untuk diberi kebebasan dengan syarat dia dapat menangkap Mat Indera dalam tempoh yang ditetapkan. Mat Tukyo berunding dengan dua orang kawannya, Beladang dan Misban. Mereka bersetuju menerima tawaran tersebut setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh pihak pemerintah ketika itu. Tambahan lagi hadiah lumayan RM75,000 yang ditawarkan sebelum itu telah menguatkan dorongan mereka untuk menangkap Mat Indera.

Mat Indera tidak pernah mempunyai prasangka buruk terhadap Beladang dan Misban, dua orang yang dipercayainya. Pada malam 14 Oktober 1952, Mat Indera diajak berunding untuk membuat satu perancangan jangka panjang perjuangan mereka, yaitu membina sebuah kedai runcit di kampung Seri Medan bagi memudahkannya mendapat bekalan makanan dan keperluan-keperluan lain. Dalam perjumpaan itu, Mat Indera telah dijamu tempe goreng dan air kopi yang telah dicampur dengan kecubung. Hidangan ini menyebabkan Mat Indera merasa mengantuk dan mabuk. Pada ketika itulah segala tangkal yang ada di tubuh Mat Indera ditanggalkan dan Mat Indera ditewaskan. Tangannya diikat dengan lalang dan dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Dipercayai ketiadaan tangkal di tubuh badan dan ikatan lalang itulah yang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal dan ghaib Mat Indera.

Mat Indera dipamerkan kepada orang ramai yang ingin melihatnya. Ada yang gembira kerana tertangkapnya seorang yang dianggap merbahaya kepada negara. Namun ramai yang sebak dada kerana seorang tokoh yang menjadi pejuang untuk negara telah diperdaya dan dikhianati oleh rakan sendiri yang termakan dengan propaganda licik dan jahat Inggeris. Kerana itu, Kadi Haji Ahmad Shah bin Haji Abdul Jabar dan beberapa orang pemimpin Melayu yang mengiktiraf perjuangan Mat Indera telah menasihati Mat Indera. Malah mereka telah memberi jalan kepada Mat Indera bagaimana seharusnya dia menghadapi perbicaraan mahkamah supaya terlepas daripada hukuman mati. Menurut ceritanya, Mat Indera menolak segala tawaran itu dengan mengatakan, "Beginilah kehendak rakyat."

Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat. Dia sentiasa dipindahkan dari sebuah penjara ke sebuah penjara, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Dalam penjara dia telah didera. Akhirnya hukuman gantung sampai mati yang telah diputuskan dilaksanakan pada jam 11.00 malam, 30 Januari 1953 di penjara Taiping. Pada keesokan harinya, jenazah Mat Indera dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Kaum keluarganya merasa terkilan dengan cara bagaimana Mat Indera mengakhiri riwayat hidupnya. Pertama, hukuman gantung yang selalunya dijalankan pada jam 5.00 pagi dilaksanakan pada jam 11.00 malam. Kedua, tida seorang pun di kalangan ahli keluarga Mat Indera diberitahu perlaksanaan hukuman itu dan pengkebumian jenazah Mat Indera sehinggalah segala urusan tersebut selesai. Ketiga, kubur Mat Indera terletak beberapa ela di luar kawasan tanah perkuburan Islam hingga menimbulkan kecurigaan daripada segi kesahihannya, samada benar-benar kubur tersebut adalah kubur Mat Indera.

Walaupun ketokohan Mat Indera masih menjadi kontroversi, namun ada satu persoalan besar yang perlu diberi jawapan sewajarnya. Persoalannya kini: Adakah Mat Indera seorang petualang atau seorang pejuang? Huraian di atas cukup jelas memberikan jawapan yang tepat kepada persoalan itu. Seperti Datuk Maharaja Lela, Tok Janggut, Mat Salleh, Dato' Dol Said, Rosli Doby dan lain-lain, Mat Indera adalah seorang yang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya dan emosinya demi agama, bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan.

Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang tulen, bukan seorang petualang.

Saturday, September 3, 2011

Kerajaan Johor iktiraf ketokohan Mat Indera

Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau.

Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Siapa Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

Rasional bukan emosi

Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.

Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?

oleh Mohamed Hadi al-Majwi

Sidang Media Menjawab Fitnah Komunis TV3, Media Perdana

Sejak 27 Ogos lalu, UMNO melalui media munafiqnya terus menyerang Mat Sabu dalam isu komunis. UMNO sengaja melancarkan fitnah ini dan memperbesarkannya bagi mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu sebenar negara, termasuk tuntutan Bersih, penyelewengan daftar pemilih dan pemberian MyKad biru pada pendatang tanpa izin (PATI). Sila ikuti sidang media Timbalan Presiden PAS itu di Kelantan baru-baru ini.


Mohamad Sabu tak sebut komunis

Winston Churchill pernah berkata bahawa "sejarah ditulis oleh pihak yang menang". Di Malaysia, bukan sahaja sejarah malah berita semasa juga ditulis mengikut skrip mereka yang berkuasa. Beberapa hari kebelakangan ini, media milik BN telah menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berterusan sebagai seorang simpatisan komunis. Mereka telah memfitnahnya sebagai mengagung-agungkan pengganas komunis yang menyerang polis di dalam tragedi Bukit Kepong.

Kedua-dua dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali. Kami percaya Saudara Mohamad Sabu tidak berkata demikian dan secara tegas mengutuk putar-belit yang tidak bertanggungjawab oleh pimpinan dan media UMNO. Pertama sekali, Mohamad Sabu tidak sekali-kali menyebut tentang komunis ataupun PKM. Kedua, usahanya untuk menarik perhatian terhadap sejarah sebenar yang luas telah diputarbelitkan.

Justeru kami menegaskan bahawa kami tidak mempersoalkan sebab mengapa Mohamad Sabu cuba menimbulkan persoalan terhadap naratif sejarah negara. Tetapi kami secara serius mempersoalkan laporan cuai dan berniat jahat Utusan Malaysia, yang sekali lagi menggunakan hujah palsu dan tipu helah dengan niat yang jahat.

Kami juga mempersoalkan naratif sejarah yang ditulis oleh 'pihak yang menang', yang dalam kes ini ditulis oleh Kerajaan UMNO-BN dan perkakas propaganda mereka. Dalam hal ini, kami ingin memberikan kritikan tegas terhadap usaha sistematik berdekad-dekad lamanya untuk 'memalsukan' sejarah Malaysia, agar hanya sumbangan UMNO dan sekutu mereka yang diiktiraf sementara sumbangan jelas dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan yang lain dipadamkan.

Apa sudah jadi kepada tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi?

Bagaimana dengan pertubuhan dan gerakan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)? Mereka merupakan peneraju sebenar aktivisme politik Melayu. Kita juga mempunyai Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA).

Usaha PUTERA-AMCJA ini bukan sahaja bersejarah dari segi usaha mereka, malah merekalah pakatan politik pelbagai kaum pertama negara.

Harus diingat perjuangan kemerdekaan bukanlah usaha Perikatan semata-mata. Perjuangan murni ini berlangsung di pelbagai medan dan lapangan, dipimpin pelbagai tokoh dan menerusi pelbagai cara. Bukankah pengorbanan tokoh-tokoh menentang penjajah seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan ramai lagi juga mesti disertakan?

Tetapi pemimpin UMNO tidak mampu menerima kepelbagaian ini. Sejarah yang ditulis UMNO ialah hanyalah satu versi yang tiada ruang untuk berbeza pandangan.

Hakikatnya, jika kita membaca sejarah Malaysia menerusi tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako dan lain-lain lagi, kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, anti-kolonialisme dan kemudian ketakutan institusi dan penindasan yang menyaksikan mereka dan ramai lagi ditangkap dan ditahan di bawah ISA oleh Kerajaan Perikatan / BN setelah difitnah, antara lain, menjadi talibarut komunis.

Buku-buku sejarah kita bukan sahaja kehilangan satu atau dua bab, tetapi satu sejarah yang selari tetapi telah berjaya dipadamkan daripada rekod rasmi negara.

Jelas sekali lagi bahawa UMNO mempunyai kepentingan untuk mengekalkan versi sejarah mereka memandangkan ini menjadi asas kepada pemimpin serta kekuasaan mereka, malah menutup tipuhelah mereka untuk menindas pihak lawan dan penentangan sah setelah lima dekad berkuasa.

Sekali lagi kami menegaskan bahawa Mohamad Sabu tidak salah dalam usaha mempersoalkan persepsi yang wujud tentang sejarah negara. Yang menjadi kesalahan ialah hakikat bahawa rakyat Malaysia telah dimanipulasi sekian lama oleh perkakas propaganda Kerajaan UMNO-BN.

Dr Dzulkefly Ahmad, PAS

Nik Nazmi Nik Ahmad, KEADILAN

Liew Chin Tong, DAP

2 September 2011

- Kenyataan Media Pakatan Rakyat

Jamaah tabligh jauh menyeleweng

Menyentuh soal jamaah tabligh yang ada hari ni, ramai di kalangan kita yang tertarik cara mereka melakukan ibadah fardhu dan sunat. Gaya mereka berdakwah mudah saja, yaitu pergi ke rumah-rumah dan mengajak orang pergi ke mesjid untuk bersolat. Selain itu, individu yang menyertai kumpulan ini akan diajak keluar 3 hari, 7 hari, 40 hari dan 100 hari ke mana saja destinasi yang diketuai oleh maulana masing-masing. Bukan penulis nak pertikai cara dakwah mereka tapi pegangan jamaah tabligh yang ada hari ini sebenarnya jauh menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Antara ajaran dan fahaman yang jadi pegangan mereka ialah tiada politik dalam Islam dan tiada nahi munkar. Hanya amar makruf je.

Penulis sendiri pernah menegur seorang pengikut tabligh, juga kenalan sekampung, kira-kira 3 tahun lalu. Antara yang penulis sebut padanya "Di sudut ibadah, memang aku respek kat orang tabligh. Malah aku sendiri tak mampu melakukannya. Pendek kata, kebanyakan orang tabligh dahinya semua lebam malah ada yang hitam bekas sujud. Cukup hebat. Tapi kau jangan terkejut bila di Akhirat kelak, pengikut tabligh dihumban ke dalam Neraka."

Terperanjat beruk dia bila penulis sebut pasal masuk Neraka. Lalu dicelahnya "Nape kau cakap macam tu?"

Balas penulis "Pegangan jamaah tabligh kan tiada politik dalam Islam. Malah ko orang sendiri kata di zaman Rasulullah mana ada pilihanraya. Di sinilah letak duduknya fahaman sesat maulana ko orang."

Sambung penulis lagi "Kau sendiri pun tahu kan yang Rasulullah diperintahkan Allah untuk berhijrah dari Mekah ke Madinah. Apa tujuan hijrah itu? Tujuannya adalah untuk mendirikan negara Islam pertama Madinah (Daulah Islamiyyah). Dan Baginda berjaya dalam visinya dengan dibantu oleh golongan Muhajirin dan Ansar serta sokongan dari penduduk Madinah sendiri, termasuk orang Yahudi di sana masa itu. Inilah politik namanya."

Tegas penulis "Kalau jamaah tabligh sendiri berpegang kepada fahaman tiada politik dalam Islam, bermakna ko orang semua menolak sebahagian besar Al Qur'an dan Sunnah Rasulullah. Sesatlah namanya tu. Kalau dah sesat, sembahyanglah sampai lebam dahi dan bocor sejadah sekalipun, tetap go to hell..."

Akhirnya penulis kata "Aku minta maaflah kalau apa yang aku cakap tadi menyinggung hati kau. Niat aku hanya mahu menyatakan kebenaran. Yang mana aku tahu, aku kena sampaikan kerana itu dah kewajipan. Aku tak mahu nanti ramai orang tabligh yang terpinga-pinga di padang Mahsyar pasal kena masuk Neraka. Kita kena ingat, menuntut ilmu itu wajib. Jangan main ikut-ikut je mana-mana jamaah. Selidik terlebih dahulu. Rasulullah S.A.W. sendiri pesan pada kita semua "Berpegang teguhlah kamu kepada Al Qur'an dan Sunnahku, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya."

Sila ikuti penjelasan Ustaz Azhar Idrus berkenaan jamaah tabligh yang ada hari ni;


Thursday, September 1, 2011

Wikileaks : Kabel Amerika papar Taib sangat korup

Jabatan Negara Amerika Syarikat diberitahu dalam sebuah kabel sulit bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan kerabatnya dipercayai menerima peratusan tertentu habuan daripada kebanyakan kontrak komersial utama - termasuk dari sektor pembalakan - yang diagihkan di negeri itu.

Menurut ketua bahagian politik Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, ketika itu, Mark D Clark: “kerajaan negeri Sarawak sangat korup dan dalam gengaman kukuh ketua menterinya".

"Dewan Undangan Negeri bernilai AS$ 82 juta (RM300 juta) yang sedang dibina itu mungkin lambang atau contoh paling jelas membuktikan bagaimana ketua menteri dan pegawai-pegawai kanannya menjadikan diri masing-masing kaya,” tulis Clark pada kabel bertarikh13 Oktober, 2006 dan didedahkan oleh portal pembocor maklumat kontroversi Wikileaks.

Dalam sebuah lagi kabel lain yang bocor tiga tahun kemudian, Kedutaan Amerika Syarikat melaporkan bahawa kerajaan Taib "mengeluarkan permit penebangan balak sambil meronda negeri yang tidak dibangunkan itu dengan menggunakan 14 helikopter. Syarikat-syarikat keluarganya juga dikatakan menguasai sebahagian besar ekonomi Sarawak."

Kabel ini berdasarkan lawatan oleh seorang kaunselor politik kedutaan yang melawat Sarawak pada 12-14 Oktober, 2009.

Kaunselor politik itu juga melaporkan bahawa dia telah disambut oleh timbalan ketua menteri, ketika itu, Tan Sri George Chan (kiri) di sebuah rumah agam yang baru dibina bersebelahan padang golf yang paling eksklusif di Kuching.

"Chan memberitahu bahawa sejak pilihan raya umum Mac 2008, kerajaan persekutuan telah 'mencurahkan jutaan ringgit' untuk pembangunan negeri itu," kata kabel yang bocor bertarikh 2 November, 2009 itu.

"Beliau menyifatkan peruntukan itu sebagai satu bentuk 'terima kasih' kepada kerajaan negeri Sarawak kerana membekalkan kerusi yang mencukupi bagi BN yang membolehkan gabungan itu mengekalkan majoritinya di Dewan Rakyat.”

Pegawai Kedutaan Amerika Syarikat juga telah berjumpa dengan seorang petugas operatif PKR, Baharuddin Moksin, yang mengadu ketidakupayaan dan kegagalan pembangkang untuk menyampaikan maklumat kepada pengundi.

"(Baharuddin) Moksin berkata bahawa walaupun parti-parti pembangkang berjaya menyewa sebuah helikopter semasa pilihan raya kecil Batang Ai pada April, kerajaan negeri enggan memberikan hak pendaratan bagi helikopter mereka.

"Baharuddin menjelaskan bahawa di Sarawak, hanya tiga syarikat, - Cahaya Mata Sarawak, Naim Cendera Holdings dan Titanium Management Berhad - semuanya dikaitkan dengan keluarga Ketua Menteri, adalah 'pemain utama dalam negeri," kata kabel itu.

"Semua kontrak utama dan sebahagian besar tanah yang ditukarkan menjadi ladang kelapa sawit (termasuk tanah istiadat dan hak pribumi yang enggan diiktiraf oleh kerajaan negeri) telah diberikan kepada ketiga-tiga syarikat ini." - malaysiakini

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger