Thursday, June 2, 2011

Gandingan Mat Sabu, Husam, Salahuddin, Mahfuz mampu kuburkan UG

Para perwakilan ke Muktamar PAS Pusat akan mula berkampung di Taman Melewar pada hari Jumaat ni, 3 Jun 2011. Penulis yakin muktamar kali ini adalah yang paling hangat dan menarik perhatian semua pihak, khususnya UMNO, sebab akan berlaku pemilihan pucuk pimpinan bermula dari jawatan Timbalan, Naib Presiden dan AJK Kerja PAS Pusat.

Pastinya semua pihak lebih tertumpu kepada persaingan 3 calon merebut jawatan Timbalan Presiden. Mereka ialah Mat Sabu, Tuan Ibrahim dan Nasharudin.

Sebenarnya penulis lebih suka jawatan Presiden turut dicabar. Malangnya takde sapa yang mahu mencabar kedudukan Hj Hadi walau memang ada pencalonan lain dari beberapa kawasan.

Penulis ingin mengulas sikit tentang calon Timbalan Presiden.

Mat Sabu

Dikenali sebagai aktivis yang istiqamah dan begitu komited dengan jamaah. Telah teruji dan kekal dengan cara hidup sederhana. Di kalangan pimpinan dan ahli PAS, beliau digelar sebagai "Ayam Tambatan PAS" ekoran kelantangan mengkrtik UMNO dari dulu, kini dan selamanya. Beliau konsisten dalam hal ini. Ceramahnya juga sentiasa mendapat sambutan hebat walau di mana saja. Sangat disenangi oleh semua lapisan rakyat, khususnya golongan muda dan terkenal dengan panggilan "Abang Mat". Selaku "Raja Demo" dan kelantangannya dalam ceramah telah membuatkan dirinya amat dibenci dan ditakuti oleh UMNO. Memilih beliau sebagai Timbalan Presiden, bermakna UMNO semakin susah.

Tuan Ibrahim

Bekas pensyarah UITM dan mula aktif dalam PAS sejak pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998. Pernah memenangi kerusi DUN Jengka dalam PRU10. Seorang yang dilihat lebih berhati-hati dalam tindak-tanduk politik samada di peringkat parti maupun nasional. Dan UMNO memang suka jika beliau jadi Timbalan sebab diyakini akan ikut rentak Hj Hadi selaku Presiden. Malah MUBARAK, persatuan bekas Wakil Rakyat UMNO Sabah secara terbuka menyatakan sokongan kepada Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden. Sebelum ini pun kenyataan yang dibuat berhubung isu hangat UG tidak menampakkan pendirian yang jelas berhubung isu itu. Jika dipilih sebagai Timbalan, bermakna isu UG akan terus hidup dan UMNO gembira.

Nasharudin

Umum sedia maklum, kredibiliti dan imej Nasha teruk tercalar ekoran isu Unity Government yang lalu. Pendedahan yang dibuat oleh Malaysia Waves berserta bukti dokumen dan audio telah menyebabkan pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat 'marah' dan hilang kepercayaan terhadapnya. Memang diketahui Nasha termasuk dalam group GG (Geng Terengganu) yang cuba merealisasikan idea UG Hj Hadi and The Gang. Walaupun beliau berhasrat mempertahankan jawatan Timbalan, namun umum yakin beliau akan kalah teruk.

Penulis tidak suka untuk menceritakan tentang perangai sesetengah pimpinan PAS namun apa yang diluahkan oleh aktivis di peringkat akar umbi dalam blog manjung mari, penulis kira sudah memadai untuk perwakilan membuat pilihan yang tepat bagi memastikan PAS terus dominan dan relevan sebagai musuh No.1 UMNO.

Perwakilan sewajarnya memilih Mat Sabu, Husam, Salahuddin dan Mahfuz. Mereka berempat ni mampu 'membunuh' Unity Government dan seterusnya membuatkan UMNO jadi sewel dan akhirnya kojol.

Penulis hanya sayangkan PAS.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger