Friday, April 29, 2011

UMNO cuba 'meminang' lagi PAS

Sewaktu berucap di Terengganu hari ini, Najib sekali lagi meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya untuk 'meminang' PAS setelah beberapa cubaan sebelum ini gagal. Walau hasrat peminangan itu tidak disuarakan secara terus, namun kita semua boleh memahaminya. Yang jelas UMNO kini begitu terdesak bagi menghadapi PRU13.

Katanya, "Kita lihat poster di sini (Terengganu) “PAS ganti Umno”, realitinya “DAP ganti PAS”, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP."

"PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang."

"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?"

"Hadi, cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN."

Apakah maksud yang tersirat daripada ucapan Najib itu?

Bagi yang cerdik dan celik mata hatinya, nescaya akan tertawa bila dengar ucapan Presiden UMNO ni.

Pertama, UMNO sendiri dah tak yakin dengan sokongan pengundi Melayu khususnya di 4 negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Logiknya, dengan segala jentera dan wang yang dimiliki serta pelbagai jenis penipuan dalam pilihanraya, apa perlunya UMNO gusar.

Kedua, UMNO akan gunakan sentimen perkauman dan agama bila semakin hilang sokongan.

Ketiga, UMNO cuba menggoncang hubungan baik PAS - DAP.

Keempat, UMNO takut kehilangan Terengganu dalam PRU13. Sebab itu Najib sebut "Kita lihat poster di sini (Terengganu) “PAS ganti Umno”, realitinya “DAP ganti PAS..." bagi menimbulkan kebimbangan orang Melayu di Terengganu jika PAS memerintah negeri itu, bermakna DAP yang untung.

Kelima, UMNO sedar tanpa sokongan pangundi Cina, bermakna BN dalam bahaya dan boleh hilang kuasa di Putrajaya. Akibatnya, Najib akan turun takhta dan akan berhadapan dengan pelbagai dakwaan di mahkamah, khsusunya kes pembunuhan Altantuya. Begitu juga nasib pak-pak Menteri UMNO yang lain.

Penulis yakin, Najib dan UMNO akan terus memainkan isu perkauman dan agama bagi meraih kembali simpati pengundi Melayu.

Sebagai Muslim, kita tidak seharusnya termakan dengan segala propaganda dan pembohongan UMNO selama ini. Sejarah membuktikan bahawa UMNO ialah musuh No.1 Islam. Peristiwa Berdarah Memali hingga Ustaz Ibrahim Libya dan 13 rakannya dibunuh secara kejam atas arahan UMNO. Mereka dibunuh kerana mengamal dan memperjuangkan Islam dalam kehidupan seharian serta tegas menentang kesesatan fahaman sekular UMNO. Bila ceramah Ustaz Ibrahim Libya atas pentas PAS dihadiri oleh ribuan umat Islam, UMNO rasa tergugat dan perlu buat sesuatu.

PAS adalah sebuah jamaah Islam yang syumul. Bukan berjuang atas dasar perkauman. Justeru PAS berkawan dengan DAP bukan sekadar atas dasar kesepakatan menentang kezaliman dan penyelewengan semata-mata, tapi lebih besar dari tu. Yaitu dakwah Islamiyyah.

Dan telah terbukti hari ini hasil dakwah PAS, kini DAP sudah mula memahami betapa adilnya Islam itu sendiri. Lebih membanggakan bila semakin ramai pemimpin DAP sudah mula berjinak-jinak membaca tafsir Al-Qur'an untuk disampaikan dalam ceramah mereka.

Kita harus sedar bahawa Rasulullah diutuskan oleh Allah untuk membawa rahmat pada seisi alam.

Insya'Allah, hasil dakwah PAS yang berterusan, penulis yakin akan ada di kalangan pimpinan maupun ahli DAP sendiri memilih Islam sebagai pegangan hidup mereka.

"Masa Untuk Berubah"

Melacur kerana hutang 'ah long'

Penulis masih ingat bagaimana Model Busana Muslim si Mashitah Ibrahim mengeluarkan 'fatwa songsang' yang berbunyi "Melacur harus hukumnya dalam keadaan darurat...". Hari ini timbul pula isu wanita terpaksa melacur kerana nak langsaikan hutang Ah Long. Mungkin wanita terbabit dok ambil fatwa songsang si Mashitah yang sesat tu kot.

"Tidak serik-serik. Inilah sikap buruk sesetengah anggota masyarakat negara ini yang suka sangat berhutang. Tewas kepada rasukan nafsu untuk berjudi dan berjoli, mereka ini juga sanggup berhutang dengan 'Ah Long' atau ceti haram meksipun bayaran balik yang melambung-lambung tinggi jumlahnya", keluhan Ketua Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong dengan nada marah dan geram.

Beliau juga mendedahkan ada kes melibatkan seorang isteri yang baik terpaksa melacurkan diri kerana berhutang dengan ah long. Tambahnya lagi, "Saya ada beberapa kes yang macam ini terpaksa melacurkan diri kepada ah long. Kalau ah long ini tak boleh terima perempuan ini dia akan bagi kepada kawannya dan kawannya akan bagi perempuan ini kepada kawannya. Begitulah yang berlaku.

Senario yang berlaku ini adalah antara penyakit masyarakat yang sedang melanda negara ketika ini.

Apa puncanya?

Sistem pemerintahan sekular amalan UMNO laknatullah. Segala kebejatan sosial dan keruntuhan akhlak yang berlaku hari ini merupakan bukti betapa gagalnya sistem ciptaan manusia. Malangnya pemimpin UMNO yang mengaku dirinya Islam tapi dalam waktu yang sama lebih percaya kepada sistem manusia. Menolak mentah-mentah Sistem Allah (Al-Qur'an).

Manifestasinya, berlakulah kes seperti melacur kerana hutang, membunuh kerana gila kuasa, perzinaan berleluasa, kes juvana, pelajar mengandung, murtad dan pelbagai lagi penyakit dalam masyarakat.

Berkaitan 'ah long' ni, Datuk Michael Chong harus ingat siapa 'godfather' pada Raja Ah Long ni.

Sebagaimana didedahkan oleh Datuk Ramli Yusof, mantan KPN Musa Hasan terlibat dalam melindungi kegiatan ah long, kongsi gelap, sindiket dadah dan pelacuran.

Selanjutnya di sini.

Mat Zain Ibrahim dedah hubungan 3 Tan Sri

“Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.

Kuala Lumpur - Pegawai penyiasat polis dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mat Zain Ibrahim mendedahkan laporan salahguna kuasa yang dilakukan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang cuba ditutupi dua Tan Sri, Ghani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan.

Menurut beliau, di antara 9 Julai hingga 20 Ogos 1999, Anwar telah membuat empat laporan polis mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin politik dalam kerajaan. Laporan-laporan itu turut menamakan Tun Mahathir, peguam negara Allahyarham Mokhtar Abdullah dan Ghani Patail yang ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa raya.

Mat Zain berkata, pertembungan antara Rahim dan Anwar dilihat jelas dalam laporan bertarikh 20 Ogos 1999 yang mendakwa ketiga individu itu menyalahguna kuasa, melindungi perbuatan rasuah, menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap rasuah membabitkan Rahim.

“Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA,” ujar beliau dalam satu surat yang dialamatkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Mat Zain yang pada masa itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) berkata, beliau menangani ke empat laporan itu melibatkan rasuah berjumlah RM40 juta atau bersamaan RM39,782,772.60 yang disahkan Ghani.

Katanya, terdapat perbezaan antara KJSJ dengan Jabatan Peguam negara dalam menangani laporan itu-.

Peguam Negara mahu ia diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi sementara KJSJ pula mahu ia disiasat di bawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers) Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa, di mana siasatan dijangka membabitkan rakaman keterangan daripada Mahathir, Allahyarham Mokhtar Abdullah dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.

Bagaimanapun katanya, pada 28 Ogos 1999, beliau menerima surat daripada Jabatan Peguam Negara memaklumkan laporan yang dibuat Anwar terhadap Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononnya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi.

“Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.

“Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di”hijacked” oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur,” jelas Mat Zain dalam surat berkenaan.

“Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.

“Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Ghani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula.

Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.

“Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak, kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.

“Isu yang sering saya bawa sehingga ke peringkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah berkenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.

“Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti,” jelas surat berkenaan.

- keadilandaily

Beranikah Najib penjarakan Anwar?

Esok si Eskay akan bersumpah laknat macam Saiful dulu. Tujuannya tak lain tak bukan adalah semata-mata mahu membenarkan fitnah yang ditujukan pada Anwar. Sebelum ni, pihak Polis dah mengesahkan lelaki dalam video lucah itu bukan Anwar tapi nampaknya Eskay masih belum mahu mengaku kalah. Langkah terakhir dengan bersumpah laknat.

Bukan saja Eskay tak ngaku kalah, malah si Ghani Patail sendiri turut menggunakan kuasanya sebagai Peguam Negara mengarahkan Polis menyiasat semula video lucah tu, juga mengarahkan Polis mengambil keterangan dari Anwar sendiri.

Taklah sesukar mana nak memahami konspirasi jahat dan terkeji ini. Najib, Rosmah, Ghani Patail dan seluruh pimpinan utama UMNO memang cukup takut dengan Anwar. Sebab segala pekong busuk mereka ada dalam kocek Anwar.

Bayangkan kalau Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara dalam PRU13 nanti. Apa akan jadi pada puak-puak penyamun dan penjenayah itu semua?

Pastinya Najib dan Rosmah akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atas kes pembunuhan Altantuya dan segala penyelwengan mereka. Bukan takat Najib saja, malah Pak Lah dan Mahathir turut kita hadapkan ke mahkamah rakyat. Begitu juga nasib Ghani Patail dan semua individu yang terlibat dalam konspirasi fitnah 1 dan 2.

Seluruh dunia kini sedang mengikuti perjalanan kes fitnah liwat 2 ini. Dan pada 16 Mei akan diketahui keputusannya. Samada Anwar terus bebas atau dihantar kembali ke Sungai Buloh.

Soalnya sekarang, beranikah Najib memenjarakan Anwar sekali lagi? Adakah Najib tidak belajar dari PRU10 1998 lalu selepas pemecatan Anwar? Atau tidak mahu ambil 'resipi' Pak Lah yang berjaya memukau rakyat dengan penampilan 'Mr Clean' di awal kariernya sebagai PM?

Kita masih ingat bagaimana Pak Lah mencuit hati rakyat sejak hari pertama beliau mengangkat sumpah sebagai PM. Langkah awalnya, memberi lampu hijau pada SPRM untuk menyiasat Menteri Tanah dan Kooperasi masa tu, Kasitah Gaddam dan kroni Mahathir, Eric Chia atas pertuduhan rasuah.

Sentuhan awal Pak Lah ni benar-benar menggembirakan rakyat. Inilah PM yang ditunggu mereka. Telus dan mahu memerangi rasuah habis-habisan. Beberapa bulan kemudian, Mahkamah Rayuan pula membebaskan Anwar tanpa syarat. Sekali lagi rakyat terpegun dan percaya bahawa sudah ada tanda-tanda pemulihan terhadap integriti sistem keadilan negara di bawah pemerintahan Pak Lah.

Keyakinan rakyat itu dijelmakan dalam PRU11 2008 bila UBN berjaya memenangi hampir 98% kerusi Parlimen. Belum pernah berlaku sebelum itu. Pak Lah berjaya menambat hati rakyat Malaysia dengan kejayaan cemerlang, gemilang dan terbilang itu.

Bagi penulis, ianya merupakan satu kesilapan besar jika Najib mahu meneruskan hasratnya untuk memenjarakan Anwar sekali lagi. Bukan setakat rakyat, malah sebahagian besar ahli UMNO sendiri tidak percaya dengan konspirasi fitnah liwat 2 itu. Begitu juga dalam kes video lucah.

Rakyat tidak pernah lupa dengan pengakuan Mahathir "Anwar memang tidak bersalah pun. Semuanya hanya rekaan semata-mata", merujuk pada kes fitnah liwat 1 1998.

Apakah Najib yakin dengan memenjarakan Anwar akan menyebabkan Pakatan Rakyat kalah teruk dalam PRU13? Jika inilah percaturannya, bermakna Najib sedang menggali kubur untuk dirinya, UMNO dan BN.

Seperkara lagi, adakah Timbalannya Muhyiddin Yassin akan berdiam diri begitu saja tanpa berbuat sesuatu bagi memastikan dirinya segera menaiki takhta No.1. Malah Muhyiddin sendiri dilihat kurang memberi kenyataan berhubung kes fitnah liwat 2 ini.

Waima apa pun, kita tunggu saja keputusan muktamad dari Yang Maha Esa.

Wassalam.

Thursday, April 28, 2011

French probe ignites interest in Altantuya death row duo

Altantuya was shot in October 2006 and her body was blown up with military explosives by two bodyguards attached to Najib's office. When Altantuya kept pestering Baginda for money, at his home, Baginda asked Najib's chief of staff, Musa Safri, to help keep her away from him.

When Najib Abdul Razak was Malaysia’s Defense Minister from 2000 to 2008, his grand plan to upgrade the nation’s armed forces included the purchase of three submarines from the French defense shipbuilder, DCN.

Little did he know at the time, that the spectre of Altantuya Shaariibuu, the Mongolian who served as translator for the Malaysian government, would surface like one of the faulty submarines which refused to submerge and still haunt him five years later.

Next month, the inquiry by Parisian prosecutors on behalf of the Malaysian human rights organization Suaram, will be confined to bribery allegations involving the Scorpene submarines and will not look into the 2006 murder of Altantuya.

Altantuya had served as a translator in Paris for the Malaysian government's US$1 billion purchase of three French submarines. The deal was brokered by a firm owned by Abdul Razak Baginda, who belonged to Najib’s inner circle and which netted Baginda a €114 million commission.

The 28-year-old Mongolian was also Razak Baginda's jilted lover, and in a letter found after her death, she admitted she was attempting to blackmail Razak Baginda for US$500,000.

Altantuya was shot in October 2006 and her body was blown up with military explosives by two bodyguards attached to Najib's office. When Altantuya kept pestering Baginda for money, at his home, Baginda asked Najib's chief of staff, Musa Safri, to help keep her away from him.

Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar who served as bodyguards in the elite police unit supervised by Najib, were sent to apprehend Altantuya.

The two men were aided by Lance Corporal Rohaniza Roslan, who was Azila's former girlfriend. They packed Altantuya into a red Proton Wira from whence she was never seen alive again.

The private detective hired by Baginda, an ex-policeman called P. Balasubramaniam aka Bala, was detailed to prevent Altantuya from harassing him. Bala swore in a detailed statutory declaration that Baginda told him Altantuya had been Najib’s lover initially but when he had designs on becoming Prime minister, Baginda took over as her lover to prevent Najib from further sexual scandals.

Bala also said that Baginda told him she liked anal sex. In the declaration, Bala said he had seen text messages from Najib after Altantuya’s disappearance advising Baginda to “be cool” and that the matter would soon be resolved.

After delivering his statutory declaration, Bala was forced to withdraw the document. After this, Bala and his entire family disappeared.

Meanwhile, Baginda was acquitted in November 2008 and left Malaysia for England.

However, High Court Judge Zaki Yasin said that the two bodyguards were “unbelievable” as “each blamed the other” and convicted the two of murdering Altantuya sometime between Oct. 19 and Oct. 20, 2006. Zaki said, “They failed to raise any reasonable doubt of the prosecution's case”.

The case is mired in controversy as there was no attempt to establish their motive for killing her despite a confession by one of them, which was not allowed in court, but which said they would be paid a large sum of money to get rid of her.

In Sirul's cautioned statement, he said that Azhar informed him that Najib's chief of staff, Musa Safri, had ordered them to pick up the young woman.

Azhar’s first suggestion was the Hotel Malaya, where Altantuya and her cousin and friend were staying, to kill them all. The presence of closed-circuit cameras prevented this from happening.

How deep and to what extent is Musa's involvement?

In addition, what is the relationship of these two men with Najib?

The press conference in London, in July 2010, held by Bala and his team of lawyers, was supposed to be a platform to discuss issues raised during a scheduled interview of Bala by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC). When the MACC cancelled at the last minute, their non-appearance generated more questions than answers.

According to lawyer Manjeet Singh Dhillon, “What we intended to do if MACC had turned up in London, was for Balasubramaniam to highlight a whole series of events surrounding this Altantuya matter that pointed to the centre of a conspiracy web. A conspiracy at the very highest level to keep out all references to Najib.”

So next month, in Paris, the sordid details of Najib’s submarine deals will surface. Back in Malaysia, our attention will focus on the two bodyguards, charged with Altantuya’s murder.

Some say that the two are convenient scapegoats. Others say that it is curious their faces were hidden from the glare of journalists and say this is because the men will have an identity change and be free to rejoin society under an assumed name. Many questions remain unanswered.

In fact, we have no proof that they men are who they claim to be. No one knows them and has vouched for them. Who knows if they are masquerading as Azilah and Sirul? At the end of the day, it does not matter who the men really are.

It is all a smokescreen for in our part of the world, those in charge of dispensing justice end up protecting those in power. We expect criminals to be experts at keeping secrets and telling lies, but few expect those who are entrusted with keeping law and order, to lie. Governments of all types have a tendency to manipulate information and hide the truth.

Not convinced? Remember the Bank Bumiputra scandal in 1980 when a Bank Bumiputra official was murdered to prevent information about corrupt practices from being unearthed? Bank Bumiputra lost millions and had to be bailed out by taxpayers money. The country that prosecuted one of the accused was Hong Kong.

No, not Malaysia. We tend to shield the guilty.

- Malaysia Chronicle

Caution!!! Sumpah laknat si munafiq

Telah termaktub dalam Al Qur'an bagaimana gelagat dan perangai golongan munafiq yang gemar bermain-main dengan kata-kata bagi menyembunyikan kekufuran dalam hati mereka. Bila bersama dengan orang beriman, mereka mengaku telah beriman, tapi bila kembali bersama kelompoknya, mereka tetap kufur. Bila keadaan mendesak, mereka sanggup lakukan apa saja, termasuk bersumpah bagi menyelamatkan diri.

Dan inilah yang akan dilakukan oleh Eskay di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di Sentul selepas solat Jumaat esok. Sumpah laknat yang akan dilakukan oleh Eskay bertujuan untuk menyakinkan rakyat bahawa lelaki dalam video lucah itu ialah Anwar Ibrahim.

Selepas Saiful bersumpah laknat ketika PRK Permatang Pauh dulu, kini giliran Eskay pulak melakukannya. Kita nak tanya, sapa yang dok ajar bersumpah dengan menjunjung Al Qur'an.

Mursyidul Am TGNA pernah mengulas cara bersumpah sedemikian meniru ajaran Kristian.

Selanjutnya di sini.

Wednesday, April 27, 2011

Awas!!! UMNO meroyan lagi

Satu hal yang menarik bila Harakahdaily melaporkan UMNO sedang berusaha mendekati DAP atas tujuan membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional. Menurut laporan lidah rasmi PAS itu, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan UMNO terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot Utusan Malaysia, lidah rasmi UMNO.

Sumber menyebut, usaha itu dibuat selepas UMNO mendapati pengaruh DAP semakin kuat selepas PRN Sarawak.

Bagi penulis, bukan soal samada UMNO berjaya 'meminang' DAP atau sebaliknya. Sebab penulis yakin DAP tidak akan sekali-kali mengkhianati para pengundinya yang memang bencikan UMNO. Sewaktu PRK Bukit Gantang, penulis dengar sendiri orang Cina kata "UMNO banyak jahat wooo. Lebih jahat dari kafir. Malaysia jadi rosak pasai UMNO lo." Bila dengar macam tu, penulis senyum je sambil hati berkata "Pandai pula dia kata UMNO lebih jahat dari kafir."

Memang golongan MUNAFIQ lebih jahat dari kafir. Luarannya saja Islam namun hakikatnya kufur. Wana'uzubillah

Sebelum ini penulis pernah sebut, sampai bila UMNO nak bergantung dengan pengundi Melayu di Saluran 1 dan 2. Yang di saluran 1 terdiri dari orang tua Melayu UMNO yang dah masuk dalam senarai 'waiting list' malaikat 'Izrail. Anytime, anywhere can die. Silap-silap tak sempat memangkah BN dalam PRU13. Kesian orang-orang tua yang setia pada UMNO. Kalau mereka mati dalam keadaan masih 'UMNO pentol', pendek kata ke nerakalah jawabnya. Yang dah mati, nasiblah. Sapa suruh menyokong parti toghut UMNO yang sekian lama telah menyesatkan sebilangan besar umat Islam tanahair.

Mungkin pembaca beranggapan penulis suka menghukum orang yang mati dalam UMNO, pasti masuk neraka. Ini bukan penulis kata tapi Allah SWT sebut dalam Al-Qur'an di dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 -68 yang bermaksud :

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

Ini bukan soal main-main. Sebab masih ada kehidupan yang kekal abadi di Akhirat kelak.

Begitu jelas Allah beritahu pada kita semua "Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." - Al Baqarah (2) : 256 - 257

Hakikatnya UMNO sedang nazak dan takut kehilangan kuasa dalam pilihanraya umum akan datang. Senario ini menjelaskan yang UMNO sendiri dah tak yakin dengan sokongan orang Melayu, khususnya golongan muda. Sebab tulah sekarang ni macam orang gila talak. Sebelum ni cuba mendekati PAS tapi gagal dalam isu Unity Government.

Dan kita boleh lihat sendiri bagaimana Perkasa sibuk mainkan sentimen Melayu macam orang gila. Jadi perkakas buruk UMNO. Nak buat macamana sebab kepalanya Raja Katak munafiq. Tak sedar diri yang UMNO dah perintah negara lebih 52 tahun tapi tak ke mana pun bangsa Melayu. Bukannya Melayu dibela tapi di'bola'kan oleh parti hapraq tu.

Dulu masa Mahathir merampas hak biasiswa anak Melayu, takde pulak si Raja Katak tu marah. Nape sekarang sibuk pulak bercakap soal hak dan ketuanan Melayu. Porahhh. Nak kata bebal, macam pandai lagaknya. Rupa-rupa sama je dengan orang-orang tua UMNO yang ngok. Melalak melolong ke sana-sini mainkan sentimen perkauman.

Yang betulnya Ibrahim Ali hanya memperalatkan Perkasa untuk kepentingan politiknya. Percayalah, lepas PRU13 senyaplah dia.

Apa yang berlaku pada UMNO sekarang merupakan balasan Allah terhadap segala dosa dan kejahatan mereka. Kini, Allah SWT telah menjadikan UMNO berada dalam keadaan porak-peranda. Buktinya dalam kes fitnah video lucah, mereka sesama sendiri 'bertempur'. Keadaan menjadi semakin berserabut bila MCA sendiri secara terbuka mengajak rakyat memboikot Utusan Meloya.

Tidak timbul soal samada tindakan MCA itu ikhlas atau sandiwara bagi 'memujuk' DAP, apa yang jelas kempen memboikot lidah rasmi UMNO itu telah tersebar ke seluruh pelusuk tanahair. Yang pasti kesannya amat besar kepada masyarakat Cina yang memang dah terlampau amat benci pada UMNO.

Semuga Allah segera mengancurkan UMNO.

Tuesday, April 26, 2011

Chua dakwa RPK telah 'dibeli'

Rasanya tidak wajar bagi seorang pimpinan begitu cepat melatah hanya kerana siaran media perdana yang telah diketahui umum sebagai lidah munafiq UMNO. Namun itulah yang terjadi pada Naib Presiden PKR, Chua Jui Meng bila mendakwa RPK telah dibeli oleh BN ekoran wawancara beliau disiarkan sehari sebelum hari pengundian PRN Sarawak 16 April lalu.

Dan penulis juga kurang setuju bila Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membidas keras Prof Dr Aziz Bari sebagai ejen UMNO bila pakar perlembagaan itu mengkritik pedas PAS dan cadangan agar Presidennya ditukar ekoran kegagalan parti itu di PRN Sarawak.

Berbalik pada tuduhan Chua terhadap RPK, penulis kira Naib Presiden PKR tu terlupa bahawa RPK bukan ahli PKR, PAS maupun DAP. Jadi, dia bebas mahu mengkritik mana-mana parti sekalipun, termasuk pimpinan.

Pokoknya, dalam wawancara bersama wakil TV3 itu, penulis yakin RPK menjawab segala soalan yang ditujukan kepadanya secara jujur. Malangnya, bila rakaman itu sampai ke tangan penerbit, sudah pasti telah disunting terlebih dahulu sebelum disiarkan bagi memberi 'keuntungan tak bermaruah' kepada BN dalam PRN Sarawak.

Agak malanglah bila seorang pimpinan utama PKR boleh percaya dengan tayangan wawancara tersebut yang disiarkan berulang-ulang di TV3 dan RTM 1.

Pelik juga rasanya bila Chua Jui Meng macam tak tahu pulak kerja munafiq TV3SUKU selama ini walhal beliau bekas Timbalan Presiden MCA dan Menteri Kabinet BN.

Pimpinan tak boleh emosional. Nanti orang tengok tak matang.

Ekoran tuduhan tersebut, hari ini RPK menjawab dalam blognya.

"Mari Kita Gulingkan UMNO BN"

Nape sekarang PKR merengek kekalahan?

Penulis rasa terpanggil untuk mengulas sedikit pasal keluhan Pengarah Strategi PKR. Kata Rafizi Ramli, dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, beban yang digalas oleh PKR untuk bertanding di 49 kerusi, termasuk yang sukar dimenangi pada PRN Sarawak 16 April lalu, akan dibawa ke mesyuarat Pakatan Rakyat. Tambahnya, "Saya berpendapat beban ini sepatutnya dikongsi bersama (dengan parti lain dalam Pakatan)

Soalnya, kenapa sekarang baru nak mengeluh bila hanya menang 3 kerusi dari 49 DUN yang ditandingi?

PKR tak seharusnya memberi seribu alasan bagi menutup kelemahan sendiri. Bila dah kalah teruk, baru nak insaf dan nak bincang dengan rakan Pakatan Rakyat.

Timbul tanda-tanya di benak penulis, bagaimana PKR boleh membelakangi rakan dalam Pakatan Rakyat, khususnya PAS ketika membuat kenyataan "Jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah Sarawak, Ketua Perhubungan Keadilan Baru Bian akan dipilih sebagai Ketua Menteri."

Sebenarnya tiada sebarang perbincangan mengenainya dalam mesyuarat akhir pembahagian kerusi Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur selepas pembubaran DUN Sarawak. Hal ini penulis tanya sendiri dengan salah seorang pimpinan utama Pakatan Rakyat ketika kami bertemu di DUN Sadong Jaya.

Apa yang diputuskan dalam mesyuarat itu hanyalah jumlah kerusi yang bakal ditandingi oleh Pakata Rakyat. PKR 49, DAP 15 dan PAS 5 kerusi.

Jadi, tidak timbul soal bebanan 24 kerusi yang dimaksudkan oleh Rafizi. Memang PKR mahukan kesemuanya. Tapi bila dah kalah teruk, pandai pula nak merengek macam kanak-kanak. Baru nak ngaku terbebanlah, itulah, inilah.... Porahhh...

Terus-terang, terpacul kata-kata 'Padan Muka' dari mulut penulis bila dapat tahu PKR kalah 46 kerusi dan 4 darinya hilang wang pertaruhan.

Sebagai Muslim, penulis yakin kekalahan yang memalukan itu adalah 'balasan tunai' dari Allah SWT terhadap PKR kerana membuat kenyataan yang membelakangi semangat rakan dalam Pakatan Rakyat.

PKR ingat dengan kenyataan Baru Bian akan menjadi Ketua Menteri mampu meraih sokongan masyarakat Iban. Rupanya percaturan politik itu tersasar jauh malah makan diri sendiri. PKR lupa akan kuasa Allah yang Maha Menguasai hati manusia.

Inilah padahnya bila dilanda penyakit tamak kuasa. Belum perintah Malaysia lagi dah berlagak kuat dan hebat. Sedarlah diri tu bila orang kamu sendiri yang jadi punca PR hilang negeri Perak.

Dalam konteks ini, penulis puji sikap jujur dan rendah diri Baru Bian yang mengakui kemenangan beliau tempohari bukan kerana faktor peribadi tapi atas sokongan padu seluruh jenteranya dari 30 cawangan yang ada.

Merupakan satu hal yang pelik tapi benar bila masyarakat Iban di Sarawak mahukan Tuan Guru Nik Aziz yang jadi Ketua Menteri Sarawak. Hal ini dimaklumkan oleh seorang pensyarah universiti yang membuat research bersama groupnya di Miri dan Bintulu sepanjang tempoh kempen berjalan.

Soalnya, kenapa orang Iban mahukan Nik Aziz jadi Ketua Menteri walau ianya hampir mustahil terjadi.

Satu persoalan yang wajar dijadikan renungan oleh PKR sendiri.

Monday, April 25, 2011

PDRM mansuh saman ekor

Hari ini Timbalan KPN, Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan PDRM tidak lagi menggunakan cara menyorok di sebalik tiang atau belukar dalam mengendalikan operasi perangkap laju di jalanraya, pasti melegakan pengguna jalanraya yang selama ini dihantui kebimbangan kena saman tanpa sedar. Syabas diucapkan kepada KASE yang dipengerusikan oleh Hj Mahfuz Omar atas keberkesanan kempen menentang saman ekor.

Kita semua masih tidak pasti samada pengumuman yang dibuat itu atas arahan kerajaan UBN yang bimbang akan kehilangan sokongan dalam PRU13 ekoran kemarahan rakyat yang terbeban dengan saman ekor atau memang pihak PDRM ikhlas mahu melaksanakannya.

Waima apa pun, kita wajar bersangka baik atas langkah positif pihak PDRM yang akhirnya terpaksa akur dengan desakan rakyat.

Kejayaan KASE melancarkan kempen anti saman ekor ini sewajarnya menyedarkan kita semua bahawa kuasa rakyat mampu merubah segala dasar dan undang-undang yang menindas rakyat seluruhnya.

Justeru, penulis menyeru seluruh rakyat menyimpan tekad untuk melakukan perubahan dalam PRU13 nanti. Menjadi kewajipan kita semua untuk menghentikan segala bentuk kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan UMNO BN selama ini demi masa depan negara yang lebih cemerlang dan seterusnya menjamin kehidupan anak cucu kita semua.

Selanjutnya di sini.

Kes Altantuya : Cubaan Najib bersihkan namanya

Penulis masih ingat sehari sebelum hari pengundian PRN Sarawak, RTM dan TV3 sibuk menyiarkan wawancara antara wakil TV3 dan RPK di Perth Australia. Antara isi wawancara itu ialah penjelasan RPK berkaitan Akuab Bersumpahnya yang mengaitkan Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu. Beliau juga mengkritik Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam bahagian kedua wawancara itu.

Ramai di kalangan sahabat turut mengikuti siaran wawancara itu dengan penuh minat, tapi tidak bagi penulis kerana dah tahu wawancara tersebut pasti sudah disunting terlebih dahulu agar kenyataan RPK dilihat menyebelahi Najib Rosmah. Sempat juga penulis berseloroh dengan sahabat "Awas, sessi pembohongan TV3 sudah bermula untuk memenangkan BN."

Penulis yakin kredibiliti RPK dan beliau tidak akan sekali-kali jadi pembelot. Cumanya keputusan RPK kurang tepat bila sudi diwawancara oleh wakil TV3 masa tu. Mungkin beliau tidak sangka yang rakaman wawancara itu akan dimanipulasikan oleh pihak UBN dalam PRN Sarawak.

Presiden MCLM Haris Ibrahim mendakwa wawancara yang disiarkan itu telah disunting sehingga "terpesong dari konteks sebenarnya".

Persoalannya sekarang, mengapa pihak Polis beriya-iya benar mahu mengambil keterangan RPK di Bangkok jika benar wawancara di Australia itu tulen tanpa sebarang suntingan?

Jelas di sini yang Najib masih terus dihantui oleh Akuan Bersumpah RPK yang mengaitkan bininya dalam pembunuhan kejam Altantuya. Sebelum ni, Akuan Bersumpah PI Bala benar-benar menakutkan pasangan No 1 negara hingga Bala diugut dan dipaksa membuat Akuan Sumpah 2 bagi membatalkan yang pertama. Bukan takat tu saja, malah Bala dan keluarga disuruh meninggalkan Malaysia segera dengan janji bayaran RM5 juta.

Malang bagi Najib bila mana RPK enggan menemui pegawai Polis di kedutaan Malaysia di Bangkok. Dan harus diingat, jika RPK setuju pergi ke Kedutaan Malaysia untuk memberi keterangan, kemungkinan besar beliau akan ditahan dan terus dibawa pulang ke Malaysia.

Selanjutnya di sini.

Sunday, April 24, 2011

Yakinkah Najib hadapi PRU13?

Logiknya bila dah menang dengan majoriti dua pertiga dalam PRN Sarawak, tentulah Najib akan segera membubarkan Parlimen dalam tempoh terdekat ini. Paling awal pada Jun tapi ada sumber menyebut bulan Oktober. Sumber lain beritahu pada Mac 2011. Tentunya para penganalisa dan pemerhati politik telah membuat prediction masing-masing mengenainya. Begitu juga di kalangan ahli-ahli politik di kedua belah pihak.

Dah jadi satu amalan jakun dalam negara ini bila tarikh pembubaran Parlimen dirahsiakan dari pengetahuan umum. Tidak seperti negara lain yang mengisytiharkan kepada umum bilakah tarikh pembubaran Parlimen mereka bagi pilihanraya berikutnya.

Persoalannya sekarang, apakah Najib benar-benar yakin untuk mengadakan PRU13 secepat mungkin?

Cuba kita selusuri beberapa fakta bagi menilai samada anak Tun Razak itu confident atau sebaliknya.

1- Kenapa Peguam Negara mengarahkan Polis menyiasat semula kes video lucah itu sedangkan Polis dah mengesahkan lelaki dalam video itu bukan Anwar?

2- Mengapa Polis tidak bertindak terhadap trio Datuk T?

3- Ada sumber menyebut anggota Rela, isteri Polis dan Tentera akan dimasukkan sebagai pengundi pos.

4- Bagaimana Counting Agent bagi pihak Pakatan Rakyat dinafikan hak Borang 14 oleh Ketua Tempat Mengundi si sesetengah tempat?

5- Kenapa SPR masih enggan melaksanakan penggunaan dakwat jari dalam pilihanraya?

Kesemua fakta di atas menggambarkan bahawa UMNO BN begitu resah nak hadapi PRU13 atas beberapa sebab utama. Antaranya;

1- Pengundi Cina memang dah tak percaya dengan BN sejak PRU12 lagi. Dan kemenangan DAP di 12 kerusi DUN Sarawak mengesahkan lagi fakta itu. Kesannya amat buruk kepada MCA, rakan komponen terbesar UMNO dalam BN. Sekiranya pengundi Cina terus menolak BN dalam PRU13, secara tak langsung MCA boleh berkubur begitu saja.

2- UMNO sedar pengundi Melayu ialah aset mereka, namun timbul masalah besar bila pengundi muda semakin menjauhi parti Melayu hapraq itu sekarang. Sampai bila UMNO mahu bergantung kepada pengundi Melayu di saluran 1 dan 2. Apakah diyakini pengundi di dua saluran ini akan terus setia memberi undi mereka? Jelasnya, UMNO amat memerlukan sokongan Cina untuk kekal berkuasa.

3- Kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah dengan telus dan berhemah di 4 buah negeri sebenarnya telah menyedarkan sebahagian besar rakyat di 4 negeri itu, khsusunya orang Melayu sendiri. Penulis dimaklumkan oleh seorang sahabat bahawa kakak iparnya penyokong kuat UMNO di Selangor sebelum PR memerintah. Bila kerajaan PR Selangor memberikan air percuma 20 meter padu seluruh rakyatnya, bantuan RM2,000 kepada setiap anak Selangor yang berjaya ke menara gading, sumbangan RM2,500 kepada ahli keluarga yang meninggal dunia, tanpa diduga memberi keinsafan kepada kakak iparnya. Kini menjadi penyokong kuat PR dan telah menyertai PAS.

4- Lebih menggerunkan Najib bila hasil risikan SB Polis dan tentera menunjukkan UBN bakal kehilangan 4 negeri lagi. Yaitu Perlis, Perak, Terengganu dan Pahang. Seandainya risikan ini hampir tepat, bermakna UBN hanya mampu bertahan di Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak saja.

Apa yang penting adalah tekad untuk berubah. Sewajibnya seluruh rakyat negara ini menyimpan tekad yang kuat untuk menumbangkan kerajaan UBN yang sangat zalim dan korup. Cukuplah dengan segala penyelewengan dan penipuan yang dilakukan mereka selama ini. Kehidupan rakyat bukan semakin senang malah terus dibebankan dengan kenaikan harga barangan dari masa ke semasa dalam keadaan pendapatan isi rumah tidak meningkat.

Baru-baru ini penulis sempat singgah di Brunei Darussalam dalam perjalanan pulang dengan kenderaan dari Kuching ke Kota Kinabalu. Harga petrol di negara itu ialah 53 sen seliter. Dan pendapatan seorang guru siswazah di Brunei kira-kira BND5,000 sebulan. Rakyat Brunei benar-benar dapat menikmati kekayaan negaranya. Pendapatan tinggi dan harga petrol rendah. Sama juga keadaannya di Arab Saudi.

Kadang-kadang penulis hairan bagaimana orang Melayu boleh percaya dengan propaganda pemimpin UMNO dalam soal harga petrol ini. Kita biasa dengar pemimpin negara memperbodohkan orang Melayu dengan berkata "Harga petrol di Singapura lebih mahal dari Malaysia."

Perlu diingat Singapura tiada hasil petroleum. Negara itu terpaksa mengimport minyak dari luar bagi keperluan rakyatnya. Berbeza dengan Malaysia yang ada hasil petroleum yang banyak tapi rakyat dibebankan dengan harga petrol mahal.

Sebab apa mahal? Sebab negara dah takde duit dek perbuatan rasuah dan penyelewengan yang teruk akibat ketamakan dan kerakusan pemimpin UBN yang merompak segala kekayaan negara jadi milik peribadi, keluarga dan kroni.

Jadilah rakyat yang bijak dan bermaruah.

Saturday, April 23, 2011

Anwar mesti di'bunuh'

Sejarah kezaliman raja dan pemerintah telah berlaku sejak zaman Nabi lagi. Dan ianya akan berterusan sehinggalah dunia ini kiamat. Sapa yang tak tahu tentang kezaliman Fira'un dan Namrud hingga Allah SWT menceritakan kezaliman mereka di dalam Al-Qur'an sebagai 'iktibar kepada seluruh umat manusia.

Merupakan satu hal mendukacitakan bila mana umat Islam akhir zaman masih mahu bersekongkol dengan golongan pemimpin dan pemerintah yang seangkatan mereka berdua. Jika Fira'un akan bertindak membunuh semua bayi lelaki yang baru dilahirkan manakala Namrud pula akan membunuh rakyatnya yang enggan mengakui dirinya tuhan, maka apa bezanya dengan pemimpin UMNO yang sedang menerahui negara ketika ini.

Bezanya pemimpin UMNO tidak pernah mengaku diri mereka sebagai tuhan, namun segala tindak-tanduk mereka selama ini jelas mempertuhankan diri sendiri. Bukan menuduh tapi banyak buktinya.

Antaranya, menafikan perlaksanaan Undang-undang Al-Qur'an dan lebih percaya pada sistem ciptaan manusia kafir (sistem sekular) sebagai perlembagaan negara. Dalam konteks ini, golongan pemimpin sebegini telah mengambil manusia (mencipta undang-undang toghut) sebagai tuhan mereka.

Dan begitulah juga dengan rakyat yang menjadi penyokong pemimpin sebegini. Mereka juga termasuk dalam golongan yang memberhalakan pemimpin. Sebab mereka terus memberi mandat kepada pemimpin yang menafikan Perlembagaan Al-Qur'an.

Anwar perlu di'bunuh'

Lihat saja betapa sesatnya UMNO walau zahirnya nampak Islam tapi hakikatnya lebih jahat dari golongan kafir sendiri. MUNAFIQ.

Kita sendiri tahu bagaimana Anwar Ibrahim difitnah, dianiayai dan dipenjara tanpa sebarang kesalahan. Seluruh institusi dan jentera kerajaan diperalatkan sepenuhnya untuk merealisasikan visi 'membunuh' Anwar dalam apa cara sekalipun. By hook or by crook.

Setelah terbongkar darihal fitnah pertama, ingatkan tidak muncul fitnah seterusnya terhadap Anwar. Rupanya golongan munafiq UMNO terus-menerus merancang untuk 'membunuh' karier politik Ketua Pembangkang itu melalui fitnah 2. Sekali lagi rakyat dihidangkan dengan drama yang memualkan. Akhirnya kebenaran muncul bila perbicaraan bermula. Satu-persatu tipu fitnah UMNO terbongkar dalam kes ini. Penghujungnya Hakim 'upahan' terpaksa menolak bukti DNA yang dicuri. Walau perbicaraan masih berjalan, namun UMNO sedar Fitnah Liwat 2 bakal menemui jalan buntu.

Justeru dilancarkan pula konspirasi ketiga, berupa fitnah dalam bentuk video lucah. Kali ini Najib dan UMNO cuba menyembunyikan keterlibatan mereka dalam kes ini bila Trio Datuk T tiba-tiba muncul sebagai 'hero negara' dengan mendedahkan video tersebut yang kononnya melibatkan Anwar.

Tak sampai seminggu, tembelang mereka pecah. Satu persatu individu tampil membuat pendedahan kerja jahat mereka bertiga. Akhirnya UMNO masuk jerangkap yang dipasang sendiri.

Yang celakanya ialah KPN Ismail Omar. Nampak sangat jadi talibarut UMNO laknat. Soalnya mengapa pihak Polis langsung tidak bertindak terhadap trio yang jelas melakukan jenayah memiliki bahan lucah dan menayangkan kepada umum. Malah video lucah itu dibiarkan saja tersebar dalam internet.

Dua hari lalu si Ismail Omar ni jatuh pengsan dalam satu majlis PDRM. Nasib baik tak mati. Bukannya apa, itu amaran awal dari Allah agar jangan bersekongkol dengan pemerintah jahat dan zalim. Ooops penulis terlupa. Orang macam Ismail Omar ni mana ingat lagi soal dosa pahala. Macam pemimpin UMNO juga. Kalau dah tubuh badan tu sebati dengan duit haram jadah, mana ada lagi hidayah untuknya. Sebab tulah sanggup menjadi alat rejim UMNO.

Lebih menyakitkan hati bila PRN Sarawak selesai dan BN berjaya menang 2/3, barulah pihak Polis mengesahkan bahawa lelaki dalam video tu bukan Anwar.

Soalnya kenapa UMNO begitu gerun dengan Anwar? Rasanya pembaca sendiri ada jawapannya. Sebagai Muslim, wajib kita hentikan segala bentuk kezaliman yang berlaku dengan menggulingkan kerajaan UMNO BN dalam PRU13 nanti.

Perlu diinsafi bahawa sesiapa saja di kalangan Muslim yang cenderung maupun condong kepada pihak yang zalim, nescaya akan dibakar api Neraka.

Penulis dengan rasa rendah hati, menyeru seluruh umat Islam bersegeralah meninggalkan UMNO BN demi menyelamatkan diri dari bala' di dunia dan siksaan Neraka di Akhirat.

salam4all.

Friday, April 22, 2011

Emel 1Malaysia : Projek bantu kroni adik

Sebelum ini penulis pertikai Projek Emel 1Malaysia. Mungkin ada yang beranggapan penulis dah takde kerja lain, asyik menghentam kerajaan UMNO BN pimpnan Najib Altantuya. Ini bukan soal sentimen parti tapi seharusnya diingat khazanah negara bukan milik peribadi Najib maupun UMNO dan BN. Namun apa yang berlaku serta bukti di depan mata jelas menunjukkan UMNO BN telah menjadikan kekayaan negara seperti milik mak bapak dia orang. Justeru hari ini negara sedang berada di ambang bankrap ekoran amalan rasuah, penyelewengan dan pelbagai jenis jenayah kolar putih.

Satu dunia dah tahu bagaimana UMNO (bapak segala kejahatan atau dajjal) buat duit samada untuk diri, keluarga dan kroni.

Cuba tanya si mamak puaka tu, kenapa Anwar difitnah dan dipecat dari jawatan TPM dan UMNO pada 8 September 1998?

Penulis tak pernah lupa. Sebenarnya anak kesayangannya, Mirzan ketika itu menghadapai masalah besar akibat hutang syarikat perkapalannya mencecah RM400 juta. Lalu si anak mengadulah pada si ayah, PM masa tu. Lalu disuruhnya si anak berjumpa Anwar (Menteri Kewangan). Sebelum tu si ayah dah arahkan Anwar agar menggunakan wang perbendaharaan untuk bayar hutang si anak.

Lalu si anak manja pergi menemui Anwar dengan gembira kerana pada sangkaannya Anwar akan menuruti arahan ayahnya. Tanpa diduganya Anwar tetap bertegas tidak mahu meluluskan permintaan anak manja PM itu kerana wang perbendaharaan adalah wang rakyat. Mana boleh gunakan wang rakyat untuk melunasi hutang seorang anak PM. Bukan duit mak bapak dia. Kecewalah si anak dan merengek-rengek mengadu pada si ayah.

Bertitik-tolak dari situlah, projek konspirasi menjatuhkan Anwar mula diatur oleh para konspirator atas arahan si mamak puaka.

Apa bezanya sekarang?

Bermula dengan pembelian Sukhoi menggunakan proksi si Adib Adam, dituruti pula projek pembelian kapal selam Scorpene melalui proksi Razak Baginda, Najib Rosmah terus membina kekayaannya. RM450 juta disapu melalui pembelian pesawat Sukhoi dan RM500 juta dari pembelian dua biji Scorpene.

Hari ini Najib lancarkan pulak Projek Emel 1Malaysia RM50 juta untuk menolong syarikat milik rakan adiknya, Tricubes Sdn Bhd.

Kita bukan menuduh tapi dah ada pendedahan dibuat berkaitan dengannya.

Masa Untuk Berubah

Anwar sakit

Walau dah menjalani pembedahan di Alpha Clinic, Jerman, namun kesan pukulan maut si 'Bapak Anjing' pada 1998 masih dideritai oleh Anwar hingga ke saat ini. Memang Anwar mahu dibunuh namun kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Dan cubaan mahu 'membunuh'nya masih diteruskan hingga saat ini oleh Najib, sekutu kuat si iblis Mahathir laknatullah.

Ekoran sakit tulang belakangnya berulang, Anwar terpaksa membatalkan lawatan dua harinya ke Pulau Pinang yang sepatutnya dijadualkan bermula hari ini.

Menurut sumber dalaman parti, Anwar terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di Kuala Lumpur.

Sumber itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sejauh keseriusan sakit tersebut berikutan jadual ketat Anwar ketika berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali dijangka menggantikan Anwar di Pulau Pinang.

Anwar dijadualkan menghadiri beberapa majlis termasuk menghadiri perbincangan 'maqasid syariah' di Dewan Sri Pinang di Georgetown

Thursday, April 21, 2011

Sapa beri kamek duit, itulah yang menang

Penulis rasa tindakan Dr Aziz Bari mengkritik pedas PAS ekoran kekalahan parti itu di semua 5 kerusi yang ditandingi mungkin didorong oleh rasa kecewa kerana teringin sangat nak tengok kelahiran anak sulong PAS di bumi kenyalang itu. Penulis yakin beliau amat sayangkan PAS. Cuma penulis agak terkilan sikit bila kritikan itu hingga terbawa-bawa kepada desakan agar Presiden PAS ditukar.

Rasanya Dr Aziz Bari pun tahu kawasan yang ditandingi oleh PAS di Sarawak terdiri dari majoriti pengundi Melayu. Sekurang-kurangnya 50% ke atas.

Dalam konteks pengundi Melayu Islam di Sarawak ini, sewajarnya difahami mereka terpecah kepada beberapa golongan. Antaranya;

1- Ahli tegar PBB - golongan pengundi setia BN

2- Ahli PBB yang kecewa - kumpulan yang tidak dapat dipastikan sikapnya.

3- Ahli PAS - pengundi tetap Pakatan

4- Atas pagar - kumpulan yang mencari kesempatan sepanjang pilihanraya.

Penulis ingin menceritakan serba-sedikit tentang sikap pengundi Melayu di DUN Sadong Jaya, di mana kontijen PAS Sabah bertugas di sana. Kami diamanahkan menjaga UPU Jemukan.

Penulis dimaklumkan oleh petugas Muslimat yang melakukan culaan di UPU Semera yang mempunyai pengundi Melayu paling ramai. Kira-kira 1,900 orang. Dalam pertemuan mereka dengan penduduk di UPU tersebut, rata-rata penduduk di situ hanya memberi respon "Siapa yang beri kami duit, itulah yang menang."

Kata-kata sedemikian penulis kira memadai untuk memberi gambaran sebenar bagaimana sikap dan metaliti pengundi Melayu. Di sudut makan, minum dan pakaian, mereka dah ada semua. Yang kurang hanyalah duit. Bila tiba musim pilihanraya, maka digunakan kesempatan untuk mendapat duit free walau 5 tahun sekali.

Ada sumber menyebut, setiap rumah ditabur antara RM500 - RM1,000 pada malam terakhir kempen. Khabarnya anggota SB telah ditempatkan lebih awal di setiap kampung Melayu bagi tujuan tersebut. Justeru agak sukar dikesan oleh para petugas PAS.

Selain pengaruh wang, faktor buta agama menyebabkan pengundi Melayu begitu mudah berubah pendirian hanya kerana RM500.

Menurut Bob Lokman yang turut membantu jentera kempen PAS di DUN Muara Tuang, golongan tua yang berkopiah boleh lari meninggalkan tempat ceramah ketika beliau menyebut nama Allah dan Islam. Tambahnya, orang muda yang kaki mabuk pulak yang terus setia mendengar ceramahnya.

Dr Aziz Bari mungkin terlupa dek rasa kecewa, bahawa perjuangan Islam merupakan satu perjalanan yang jauh dan panjang. Menagihkan pengorbanan besar, kesabaran dan istiqamah dari setiap para amilin dan penyokong. Pelbagai ujian samada dalam bentuk kepayahan, kesenangan, fitnah, mehnah dan tribulasi perlu dihadapi secara hikmah dan bijaksana bagi memastikan perjuangan yang mulia ini sentiasa berada di atas landasan yang benar dan diredhai Allah.

Dalam konteks menghadapi kerenah dan sikap pengundi Melayu ini, PAS sewajarnya memikirkan satu mekanisma terbaik dalam menangani masalah 'kehausan' sokongan pengundi Melayu Islam, lebih-lebih lagi yang masih jahil dan jauh daripada cahaya Islam.

Penulis yakin masa depan PAS di bumi kenyalang amat cerah sekali. Hanya memerlukan sedikit sentuhan tepat. Isyarat awal sudah muncul bila mana seramai 341 orang ahli PBB telah menyertai PAS di DUN Sadong Jaya serta penubuhan 8 Cawangan Penaja.

Insya'Allah, cahaya Islam akan terus mengalir subur di bumi kenyalang.

Takbir.

Wednesday, April 20, 2011

Dah masuk neraka, baru nak nyesal

Kejayaan DAP memenangi 12 dari 15 kerusi yang ditandinginya di PR Sarawak baru-baru ni memang telah dijangka oleh semua pihak. Kawasan majoriti pengundi Cina. Dan harus dipuji sikap pengundi Cina Sarawak yang berani melakukan perubahan itu. Yang menimbulkan seribu tanda-tanya hingga ke saat ini ialah sikap pengundi Melayu Islam yang masih berdegil dan terus-menerus memberi undi pada parti yang dipimpin oleh manusia korup dan zalim.

Jika diambil kira sudut sosio-ekonomi, orang Melayu jugalah yang hidup susah dan melarat. Negara ini dah merdeka lebih 50 tahun dan selama itulah Malaysia dan Sarawak mempunai PM dan KM berbangsa Melayu. Anehnya, yang hidup miskin dan susah ialah orang Melayu juga.

Ke mana perginya dakwaan dan propaganda UMNO dan PBB selama ini yang menyebut merekalah pembela bangsa Melayu???

Malangnya masyarakat Melayu yang majoritinya beragama Islam masih terpedaya dengan golongan munafiq yang mendakwa diri sebagai pembela bangsa sedangkan dah terbentang depan mata sendiri yang mereka hanya mengkayakan diri, keluarga dan kroni semata-mata.

Dalam konteks pemimpin jahat dan tidak beriman ini, Allah SWT telah memberitahu kita semua dalam Surah Muhammad (47) : ayat 22 yang bermaksud;

"(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan, jika kamu dapat memegang kuasa, kamu akan melakukan kerusakan di mukabumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?"

Dalam ayat ini, ulama' tafsir menghuraikan pemimpin yang tidak beriman (munafiq, perasuah dan zalim) ada 4 ciri utama. Yaitu;

- bertindak sesuka hati
- menahan orang tanpa bukti
- mengkayakan diri, keluarga dan kroni
- gila kuasa

Allah SWT menegaskan rakyat tidak selamat di bawah pemerintah yang jahat.

Malangnya mutakhir ini umat Islam dah semakin jauh daripada Islam itu sendiri. Al Qur'an sudah hilang dari jiwa mereka manakala Sunnah dianggap sudah tidak relevan lagi masakini. Apa yang tinggal hanyalah perkataan Islam di kad pengenalan.

Akibatnya, Allah SWT menurunkan bala' dengan membiarkan pemerintah jahat dan zalim terus berkuasa di negara ini ekoran kedegilan umat Islam sendiri.

Masalahnya, bukan setakat pemimpin yang jahat dan tidak beriman itu saja yang akan dihumban ke dalam Neraka, malah para pengikut dan penyokong mereka turut sama dilempar sama ke dalam Jahannam. Wana'uzubillah.

Firman Allah dalam Surah Al Ahzab (33) : ayat 66-68 yang bermaksud;

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

Kepada seluruh umat Islam, penulis menyeru segeralah meninggalkan UMNO dan BN sementara masih ada umur. Kembalilah kepada ajaran Al Qur'an dan Sunnah semuga hidup kita berbahagia di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat kelak.

Wassalam

Emel RM50 juta

Mudah bebenor Najib bazirkan RM50 juta wang rakyat untuk Projek Emel 1Malaysia sedangkan masih ramai lagi rakyat marhain yang hidup merempat dan serba dhaif dibiarkan tanpa pembelaan. Alasan bodohnya, Projek Emel ini bertujuan memudahkan rakyat berurusan dengan kerajaan. Memudahkan rakyat atau nak bagi projek kepada kroni? Selama ini pun rakyat tiada masalah berurusan dengan kerajaan dengan menggunakan Emel sedia ada.

Pengalaman penulis berada di Sarawak selama seminggu cukup menginsafkan bila melihat dengan mata sendiri betapa miskinnya orang Melayu dan Iban yang terus ditindas di luar bandar. Tak tahulah lepas ni apa pulak projek Najib untuk memateri namanya sebagai PM yang hebat selepas mati. Benchmark Mahathir dengan Petronas Twin Tower, Pak Lah dengan Islam Hadhari.

Itulah trend PM Malaysia yang sibuk mencipta nama agar dipuja oleh golongan jahiliyyah di kalangan mereka. Mereka bukan sibuk mahu membangunkan negara sebagaimana Korea Selatan dan Taiwan serta membela nasib rakyat, tapi sibuk memikir hingga kembang kepala tentang cara terpantas untuk menjadi bilionair. Saban hari berbohong dan memperbodohkan rakyat dengan berita yang indah-indah hingga mempesonakan rakyat bawahan.

Umpamanya, setiap kali menjelang pilihanraya, rakyat terus didendang dengan 'lagu' pembangunan. Janji projek itu dan ini. RM100 juta, RM 50 juta, RM5 jutalah dan sebagainya. Bila dah menang, janji tinggal janji. Rakyat pun sedar telah ditipu.

Dah berbelas kali pilihanraya dilalui, maka sebanyak itulah juga janji yang ditabur dan diengkari. Anehnya, rakyat terus percaya dengan pembohongan itu walau dah beberapa kali ditipu hidup-hidup. Baru dapat duit RM50 atau RM100 pada malam terakhir sebelum mengundi, sudah jadi bodoh semula walhal sebelum itu dah bertekad mahu berubah dan tak rela ditipu lagi.

Emel RM50 juta

Timbul persoalan, apa perlunya Najib berbelanja sebegitu besar hanya untuk bina server Emel 1Malaysia? Nampak sangat untuk kepentingan peribadi. Dalam keadaan server emel tempatan yang sedia ada seperti tmnet, jaring dan lambakan server antarabangsa yang terkenal seperti Yahoo, Gmail, Hotmail dan lain-lain, bukankah projek Emel 1Malaysia ini mengarut dan membazir wang rakyat demi menuruti kehendak seorang manusia durjana.

Bagi rakyat yang biasa menggunakan Emel, tentunya Yahoo, Gmail atau Hotmail menjadi pilihan mereka.

Bersegeralah kita lakukan islah sebelum negara jadi semakin parah.

Tuesday, April 19, 2011

Kelemahan sentuhan PAS punca kekalahan?

Ronnie Liu berucap dalam kempen di DUN Sadong Jaya

Tidak dinafikan sepanjang kempen pilihanraya Sarawak tempohari, ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat, masing-masing lebih menumpukan kawasan yang ditandingi. Terfikir juga kenapa tiada pimpinan PKR dan DAP datang berkempen di kawasan yang ditandingi oleh PAS. Apakah jentera PAS yang diamanahkan di kesemua lima DUN tidak mengundang pimpinan dari DAP dan PKR untuk berceramah dan bertemu pengundi? Satu persoalan yang harus dijawab.

Contonhnya di DUN Muara Tuang yang mempunyai 50% pengundi Cina dan Iban. Khabarnya tiada pimpinan DAP yang diundang berceramah di sana. Bagi penulis, ini satu kesilapan besar yang dilakukan oleh jentera PAS jika benar tidak mengundang penceramah seperti Lim Guan Eng dan lainnya.

Sebenarnya peluang PAS untuk memenangi kerusi Muara Tuang amat cerah kerana peratusan pengundi bukan Islam tinggi serta disookong oleh gelombang kebencian terhadap Taib Mahmud.

Mungkin pengundi Cina dan Iban di DUN Muara Tuang beranggapan seolah-olah PAS bukan rakan kepada DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Tanggapan sebegini tidak boleh diketepikan begitu saja bila dilihat tiada seorang pun di kalangan pimpinan DAP dan PKR turun berceramah bersama pimpinan PAS yang lain.

Dalam konteks ini, AJK PAS Pusat Dr Dzulkifly Ahmad sendiri mengakui bahawa seorang kawan adik iparnya yang bekerja di Sarawak, pro-pembangkang dalam pendirian politiknya berkata, beliau gagal mencari logo DAP atau PKR dalam kertas undi di kawasan PAS bertanding, maka beliau akhirnya memangkah dacing (Barisan Nasional).

Apa maksudnya?

Yaitu PAS gagal menampilkan dirinya sebagai parti yang sinonim dengan DAP dan PKR. Maknanya, PAS gagal memberi mesej yang jelas kepada pengundi bahawa sokongan terhadap PAS samalah dengan sokongan terhadap DAP dan PKR."

Mungkin jentera PAS terlepas pandang dalam soal ini. Penulis geleng kepala bila dapat tahu tiada pimpinan DAP yang diundang berceramah bersama pimpinan dan calon PAS di Muara Tuang. Peluang menang dah ada, cuma sentuhan tidak menepati sasaran.

Walhal DAP sendiri mengundang pimpinan PAS termasuk TGNA dan TGHH untuk berceramah di kawasan yang ditandingi mereka. Sambutan pengundi Cina terhadap kedua-dua pimpinan PAS itu amat hebat. Sewaktu TGNA naik ke pentas bersama salah seorang calon DAP di Kuching, beliau telah disambut dengan tepukan gemuruh oleh ribuan pengundi Cina. Selepas selesai berucap, mereka berpusu-pusu mahu bersalam dengan MB Kelantan itu, malah ada yang meminta autograf.

Pengalaman peribadi

Pengalaman penulis sendiri berucap di hadapan penduduk Kristian di salah sebuah kampung di Sabah dalam satu program PAS Kawasan Sepangar menyampaikan bantuan sebelum Krismas. Dalam ucapan ringkas itu, penulis bacakan sepotong ayat Al-Qur'an yang bermaksud "Tiada paksaan dalam agama...." Kemudian jelaskan kepada mereka "Walaupun PAS sebuah parti Islam, namun dalam kitab kami Al-Qur'an ada menyebut bahawa Islam melarang umatnya memaksa penganut agama lain untuk memeluk Islam. Islam menjamin hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan mereka..."

Alhamdulillah, selepas lawatan kami itu, penulis dimaklumkan oleh Ketua Pemuda PAS Sepangar bahawa penduduk Krisitian di kampung itu ingin menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Malangnya, usaha untuk menubuhkan cawangan penaja DHPP itu tergendala disebabkan ugutan pihak tertentu.

Penulis yakin jika seluruh pimpinan, ahli dan jentera PAS terus mendekati masyarakat bukan Islam, nescaya satu hari nanti PAS juga boleh bertanding di kawasan majoriti pengundi bukan Islam di mana saja.

Musuh-musuh Islam di kalangan kafir harbi dan munafiq UMNO tidak akan berhenti daripada menakutkan masyarakat bukan Islam tentang PAS. Pelbagai fitnah dilemparkan sejak dulu, kini dan selamanya. Namun usaha jahat itu semakin gagal bila ribuan rakyat bukan Islam telah menyertai DHPP kerana yakin dengan keadilan Islam yang dibawa oleh PAS sebagai dasar parti.

Islam for all

Monday, April 18, 2011

Duit kalahkan semangat mahu berubah

PR Sarawak baru saja melabuhkan tirainya dan keputusan telah diketahui umum. Sebelum ini penulis meramalkan PR mampu menguasai 30 kerusi namun berjaya di 15 kerusi saja. 12 kerusi oleh DAP dan 3 oleh PKR. Manakala PAS kalah di semua 5 kerusi yang ditandinginya. Walau banyak pihak menjangkakan anak sulung PAS bakal lahir di Beting Maro, namun masih belum diizikan oleh Allah. Kalah dengan majoriti 391 undi.

Banyak input yang penulis perolehi di sana. Juga pelbagai kelemahan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat yang perlu diperbaiki serta dikemaskinikan bagi mengoptimumkan keberkesanan kempen di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. Dalam konteks ini, penulis akui DAP cukup bijak dan licik dalam melancarkan strategi kempen mereka serta disokong oleh sikap pengundi Cina yang bijak berpolitik.

Kekosongan Jiwa

Manakala PAS berhadapan dengan masalah menembusi 'pasaran' pengundi Melayu di Sarawak. Keadaan menjadi lebih sukar bila penulis melihat sendiri bagaimana cara hidup generasi muda dan pertengahan yang begitu jauh daripada cahaya Islam ekoran jahil agama.

Sepanjang 6 hari berada di Sadong Jaya, tiada satu pun sekolah agama yang penulis nampak. Di UPU Jemukan, hanya ada satu Madrasah yang diusahakan oleh individu tertentu. Itu pun dalam keadaan serba kekurangan.

Seperkara lagi yang amat menyedihkan bila mana arak sudah menjadi satu amalan biasa bagi generasi muda Melayu di Sarawak. Ada beberapa orang anak muda yang sempat penulis temui, begitu kuat bau arak di mulut mereka.

Senario ini membuktikan betapa kosongnya jiwa anak muda Islam di Sarawak tanpa roh Islam. PAS perlu bertindak segera bagi menangani kekosongan ini dengan kerjasama NGO Islam yang lain. Jika usaha mendidik mereka dilaksanakan secara teratur, penulis yakin dalam PR DUN akan datang, tanpa disuruh dan dirayu, pasti mereka akan bersama dengan perjuangan Islam yang suci ini.

Memang tidak dinafikan respons masyarakat Melayu terhadap PAS memang di luar jangkaan. Penulis dimaklumkan ada di kalangan pengundi di DUN Tanjung Datu bercakap "Sapa cabut bendera PAS, kamek cabut kepala dia". Ini menggambarkan masa depan PAS di bumi kenyalang amat baik sekali.

Dan ramai pengundi yang penulis temui secara informal mengakui mahu buat perubahan namun 'serangan duit' jam 2.00 pagi 16 April berjaya mengubah pendirian mereka sekelip mata. Juga pada hari mengundi. Dalam hal ini, jelas sekali faktor kemiskinan menjadi senjata utama BN di kawasan luar bandar.

Bukan sekadar pengundi Melayu, malahan masyarakat Iban turut berubah sikap di saat akhir bila 'serangan duit' melanda mereka. Percayalah, BN akan terus membiarkan masyarakat luar bandar terus hidup dalam kemiskinan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hanya dengan cara ini sajalah BN 'mengikat' mereka dalam setiap pilihanraya.

Kenyataan Media PKR

Seperkara lagi yang agak mengecewakan penulis bila mana PKR membuat kenyataan "Jika Pakatan Rakyat memerintah Sarawak, Baru Bian akan dipilih sebagai Ketua Menteri".

Kenyataan ini jelas bertujuan mahu meraih sokongan pengundi Iban di kawasan yang ditandinginya. Malangnya kegelojohan PKR ini memakan diri sendiri. Juga membelakangi semangat rakan dalam Pakatan Rakyat, khususnya PAS. Akhirnya apa yang penulis jangka berlaku. Pihak BN telah menggunakan isu ini untuk meraih kembali sokongan pengundi Islam. Dua hari sebelum pengundian, akhbar utama Sarawak memaparkan tajuk besar berbentuk risalah berlambang BN dengan ayatnya "Jika Pakatan Rakyat memerintah, pastor Kristian akan jadi Ketua Menteri".

Secara tak langsung kenyataan seumpama itu seolah-olah mahu 'membunuh' peluang PAS yang bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu Islam. Dan memang itulah yang berlaku bila mana di DUN Sadong Jaya, Sebuyau, Tanjung Datu dan Muara Tuang berlaku kemerosotan yang ketara pada undi PAS. Hanya di Beting Maro menunjukkan prestasi yang baik.

Bila keputusan keluar, PKR telah dimalukan oleh Allah dengan 4 orang calonnya hilang wang pertaruhan. Malah di beberapa DUN, PKR kalah dengan majoriti yang sangat besar. Penulis harap PKR seharusnya belajar jadi 'adik' yang baik pada abangnya.

Friday, April 15, 2011

Revolusi Sarawak

Kira-kira 8 jam lagi, seluruh rakyat Sarawak akan keluar mengundi untuk memilih kerajaan yang dimahukan. Samada mengekalkan kerajaan sebelumnya atau memilih Pakatan Rakyat sebagai pilihan baru. Keputusan jam 8.00 malam esok akan menjelaskan segalanya. Yang pasti akan berlaku pertarungan sengit antara BN, Pakatan Rakyat, SNAP dan Bebas.

Setakat jam 7.30 malam, gelombang kebangkitan rakyat Sarawak amat ketara di mana-mana saja. Dua hari lalu penulis ke Kuching bersama 3 sahabat. Dalam perjalanan pulang ke Sadong Jaya, sempatlah singgah di warung tepi jalan berhampiran jeti feri Sungai Samarahan. Sambil minum dan update blog di situ, penulis bertegur sapa dengan peniaga di situ bagi mendapat respons tentang sikap politik dan kecenderungannya.

Respon yang diberikan amat mengejutkan dengan pengakuan "Kamek maok perubahan". Dan respon yang serupa juga diberikan oleh setiap individu yang ditemui di pekan Asahjaya dan Sadong Jaya.

Menurut kajian yang dibuat oleh Zentrum semalam, BN akan kehilangan Sarawak. Namun kajian ini tidak boleh dijadikan sandaran, sekadar menggambarkan kebangkitan rakyat secara menyeluruh. Penulis hanya meramalkan Pakatan Rakyat menguasai 30 DUN.

Gelombang 2008

Bila dilihat senario yang berlaku sejak hari pertama penamaan calon 6 April lalu, bolehlah disebut bahawa Gelombang 2008 yang berlaku dalam PRU12 telah merebak ke Sarawak dalam PR DUN kali ini. Gelombang ini dilihat semakin marak bila Taib Mahmud enggan memberi tarikh pengundurannya walau Najib dilihat cuba menyakinkan rakyat bumi kenyalang ketika membuat kenyataan bahawa Taib pasti berundur. Tindakan Najib sekadar gimik bagi meraih sokongan rakyat. Apa yang berlaku membuktikan Taib sememangnya menjadi liabaliti kepada BN Sarawak.

Najib sedar rakyat Sarawak cukup membenci Taib Mahmud dan mahukan Ketua Menteri terkaya di Malaysia itu berundur selepas PR DUN negeri itu. Namun dalam waktu yang sama Najib turut sedar yang dia tiada kuasa untuk mengarahkan Taib berundur. Atas dasar itulah, si Tok Uban hanya senyum je. Dan penulis cukup yakin Taib tidak akan sekali-kali melepaskan jawatan Ketua Menteri melainkan beliau mati atau penggantinya diyakini boleh melindungi segala kepentingan dan keselamatan seluruh harta milik kaum keluarganya, juga keselamatan mereka.

Melayu

Sebagaimana Melayu UMNO di Semenanjung, sikap pengundi Melayu di Sarawak ini turut membimbangkan. Bagi ahli dan penyokong kuat parti Tok Uban PBB, penulis dapati mereka masih enggan berubah walau hidup tidak sesenang mana. Namun bagi ahli biasa, begitu jelas sikap mereka yang semakin hilang keyakinan dengan parti itu bila sejarah tercipta pada malam semalam bila 341 ahli PBB telah bertindak keluar parti dan menyertai PAS di Kg Jaie, Sadong Jaya. Mereka menyertai PAS beramai-ramai dan menyerahkan borang keahlian kepada Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sambil diperhatikan oleh Dr Halimah Ali dan Dr Mariah Mahmud.

Sebenarnya penulis dan seluruh sahabat PAS yang bertugas di DUN Sadong Jaya turut terkejut dengan gelombang ini, namun jauh di sudut hati terus memanjatkan rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT yang menurunkan pertolongan-Nya di saat-saat akhir sebelum menjelang pagi 16 April esok.

Petang tadi, kira-kira jam 3.30 petang, lebih kurang 60 pemuda Kg Jemukan Laut telah menyertai Konvoi Motosikal PAS dengan mengelilingi hampir keseluruhan kawasan DUN Sadong Jaya sambil membawa dan menyebarkan risalah kepada penduduk. Terharu bila melihat sambutan anak muda terhadap PAS dan ianya sesuatu yang di luar jangka sama-sekali.

Cina dan Iban

Perubahan sikap yang paling ketara telah ditunjukkan oleh kaum Cina dan Iban. Walau tidak 100% di kalangan mereka yang akan mengundi Pakatan Rakyat, tapi penulis yakin lebih daripada 60% akan memilih calon Pakatan dalam pilihanraya ini.

Penulis rasa kagum dengan sikap masyarakat Iban yang semakin bijak berpolitik berbanding orang Melayu UMNO Johor yang kekal bodoh sehingga ke hari ini. Dalam keadaan hidup mereka yang serba kekurangan serta kekurangan maklumat, namun kaum asal Sarawak itu mampu berfikir secara rasional ekoran penindasan yang dilakukan terhadap kaum mereka oleh rejim BN Taib Mahmud. Tanpa segan-silu mereka meluahkan rasa marah dan kebencian pada Taib Mahmud.

Revolusi Rakyat Sarawak

Thursday, April 14, 2011

10 artis terkenal mahu ikut Bob Lokman

KUALA LUMPUR, 14 April: Kira-kira 10 lagi artis terkenal kini turut tertarik dan ingin mengikuti jejak langkah pelakon dan penulis lirik Bob Lokman menjalani hidup yang lebih baik dan menyokong perjuangan Islam dan politik yang dibawa PAS.

Artis-artis tersebut termasuk lelaki dan wanita dan termasuk yang terkenal dalam genre nyanyian, lawak, lahir dari Akademi Fantasia dan dari kategori pengarah.

Pelakon Bob Lokman ketika mendedahkan perkara itu menegaskan, mereka sekarang sememangnya sudah bersedia untuk mengikuti jejak langkahnya dan sedang berusaha memperdalami ajaran Islam menerusi kelas pengajian Islam yang diusahakan bersama rakan-rakannnya.

Menurut beliau, selain mengikuti kelas-kelas agama, artis-artis itu juga kini sudah seringkali mengikuti pengajian agama daripada tokoh-tokoh agama tanah air di beberapa buah masjid.

Katanya, selain mahu turut berubah kepada kehidupan lebih Islamik, artis-artis itu juga mahu turut berminat untuk terlibat dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS.

"Bagaimanapun, mereka masih belum bersedia untuk mendedahkannya kepada masyarakat buat masa ini kerana mahu menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

"Mereka mahu mengikuti jejak langkah saya kerana tertarik dengan perjalanan hidup saya sekarang. Hasrat mereka itu telah dinyatakan sendiri oleh mereka kepada saya baru-baru ini secara jujur," katanya ketika menyampaikan tazkirah di pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Di samping mengakui tertarik dengan perjalanan hidup beliau sekarang, artis-artis itu juga turut berminat untuk mendapatkan kekuatan jiwa.

Sambil menyebut satu persatu nama-nama artis tersebut, beliau menegaskan, untuk membolehkan seseorang artis itu meninggalkan dunia glamour seperti yang dilakukan oleh beliau sekarang bukanlah sesuatu yang mudah.

"Selain memerlukan pengetahuan agama yang mendalam dari sudut fekah, seseorang itu juga amat perlu mengamalkan tarikat yang muktabar bagi mendapatkan kekuatan jiwa agar tidak mudah goyah apabila ditimpa pelbagai ujian," katanya.

Beliau juga secara jujur mengakui, rezekinya sekarang tidak pernah berkurangan sejak meninggalkan dunia glamour, malah makin bertambah apabila sering menerima pelbagai undangan dari pelbagai pihak untuk mengadakan ceramah.

Malah, dalam masa terdekat, walaupun telah meninggalkan dunia glamournya, beliau juga masih menerima tawaran berlakon dari beberapa buah syarikat dengan bayaran puluhan ribu ringgit.

Sebahagiannya terpaksa ditolak kerana ia tidak selari dengan perjalanan hidupnya sekarang yang bukan lagi menjalani hidup untuk keseronokan, tetapi untuk mengabdikan diri kepada Allah dalam erti kata yang sebenarnya.

"Jangan takut untuk berubah menjalani kehidupan yang lebih baik, rezeki kita tak akan berkurangan, malah bertambah. Jangan juga kata bila kita dah memilih untuk menjadi lebih baik tak akan ada tawaran berlakon lagi. Sebaliknya tawaran itu datang mencurah-curah.

"Malah saya sendiri pula yang terpaksa menolaknya (kerana tidak sesuai)," jelas beliau sambil mengakui tidak mengalami sebarang tekanan dari sebarang pihak ekoran perubahan hidupnya sekarang.

- harakahdaily

Zentrum ramal BN Sarawak akan jatuh

KUCHING, 14 April: Jika betullah kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila Zentrum meramalkan, BN hanya akan mendapat 24 kerusi Dun.

Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi.

Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) - iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu.

(Rajah: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Kedudukan parti)

Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).

Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%).

Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%).

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba'kelalan (PR64% dan BN46%).

Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini.

Ia akan berubah bila-bila masa berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh petugas kajian ini.

Namun begitu, ketepatan kajian ini agak meragukan untuk dibuat keputusan muktamad kerana semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, ramalan yang dibuat oleh Zentrum tersasar apabila didapati calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim kalah kepada calon BN Kamalanathan.

Padahal keputusan akhir kajian Zentrum menunjukkan calon PKR itu akan menang dengan majoriti tipis.

(Graf: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Bandingan Kaum)

Bagaimanapun, kajian ini bakal menjadi antara petunjuk awal ke manakah arah tuju pilihan raya Sarawak kali ini.

Sebelum ini, pengkaji PAS meramalkan, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

- harakahdaily

Inilah nasib rakyat Sarawak 30 tahun bawah 'Tok Uban'

Jika di negeri Johor Darul UMNO, tanah milik orang Melayu hanya tinggal kira-kira 11%, begitulah juga nasib di 4 suku kaum di Sarawak, Melayu, Iban, Dayak dan Penan yang terus dizalimi oleh Tok Uban and the gang yang terus-menerus merompak tanah dan menipu rakyat. Rakyat terus berada dalam kedhaifan yang amat memilukan hati sesiapa saja yang melihatnya.

Dua hari lalu, penulis bersama Dr Mujahid Yusof Rawa dan sahabat telah pergi menziarahi sebuah kampung di Sebuyau, Kg Esengei Iban dan Esengei Melayu di Sadong Jaya. Tiada bekalan air dan letrik. Malah penulis diberitahu oleh penduduk Iban di situ, jalan tar yang ada bukan dibuat untuk mereka tetapi disebabkan oleh ladang sawit kroni Taib Mahmud seluas 200 ekar di situ.

Berikut adalah photo yang sempat dirakam di tiga perkampngan tersebut;



Sepanjang pertemuan penulis dengan pengundi di setiap buah rumah di beberapa kampung dalam DUN Sadong Jaya, sikap pengundi Cina dan Iban begitu jelas benci terhadap Tok Uban dan Barisan Nasional.

Malah beberapa pengundi Iban dan Cina yang ditemui meluahkan rasa marah mereka terhadap Taib dan BN. Ada yang berkata "Itu timbang (dacing) kasi buang saja dari Sarawak.

Sedikit kebimbangan tentang sikap pengundi Melayu yang tidak jelas walau respon yang diberikan agak baik, namun tidak boleh diyakini 100% kerana malam terakhir pihak BN akan menabur wang di kawasan mereka.

Waima apa pun, setakat ini Zentrum meramalkan BN akan tumbang.

Masa Untuk Berubah

Wednesday, April 13, 2011

Najib disambut dingin di Pekan Pusa

BETING MARO, 13 April: Dua hari lagi menjelang pilihan raya negeri Sarawak, Barisan Nasional (BN) kelihatan semakin terdesak apabila isu membabitkan Tan Sri Taib Mahmud terpaksa dijawab satu persatu.

Namun isu bila Ketua Menteri itu akan meletak dan siapa pengganti nampaknya belum mampu dirungkai BN. Ini menyebabkan aktiviti kempen jentera BN kurang mendapat sambutan.

Hari ini terbukti lagi apabila kehadiran Datuk Seri Najib Razak di Pekan Pusa disambut tidak lebih 100 penyokong BN.

Lebih memalukan lagi apabila program kempen Najib yang diadakan sejurus selepas itu semakin kurang bilangan pendengar. Kalau hendak dihitung 50 orang pun sukar.

Perdana Menteri datang menggunakan helikopter. Pemimpin BN tidak serik menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan biar pun seorang terbunuh pada kemalangan helikopter kelmarin.

Najib difahamkan terpaksa berkempen di Beting Maro memandangkan terdapat bayangan BN sukar mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihan raya kali ini.

Isu calon yang tidak dipersetujui akar umbi penyokong BN kini sukar ditangani. Keputusan Taib mengenepikan Bolhassan Di, penyandang sebelum ini juga makin payah diselesaikan.

Selain itu dan kemenangan kecil Bolhassan pada pilihan raya sebelum ini dengan 895 undi menyebabkan situasi cemas melanda BN.

Menurut krew Kelantantv yang berada di Beting Maro sejak Ahad lalu, kedatangan Najib turut disambut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, Presiden PAS turut tampil bersalam dengan Najib ketika Perdana Menteri datang ke Pasar Pusa.

Ketika itu pemimpin PAS dan sebahagiannya daripada Kelantan sedang minum pagi bersama calon PAS Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

”Sambutan penduduk Pusa terhadap Najib amat dingin sekali. Tidak ramai sebagaimana dijangka walaupun BN buat pengumuman termasuk melalui TV
meminta rakyat Pusa keluar menyambut Perdana Menteri.

”Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. Ketika ucapannya, beliau menghentam Presiden PAS apabila menyebut ’orang PAS bila sambut, peluk kita nampak baik tapi politiknya jahat," beritahu jurucakap Kelantantv.

Kempen Najib

Najib difahamkan tiba di Kuching malam tadi. Beliau dijangka menghabiskan masa berkempen di bahagian tengah Sarawak iaitu Pusa, Sebuyau dan Batang Sadong sehingga esok.

Dua hari lalu beliau berkempen di Beladin, salah satu Daerah Mengundi di Dun Beting Maro yang hanya boleh dihubungi melalui feri menyeberangi Sungai Saribas.

Turut berkempen membantu calon BN di Beladin, semalam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom.

”Tinggal dua hari kempen sebelum hari pengundian Sabtu ini ternyata BN berada dalam keadaan tersepit apabila pelbagai isu membabitkan Taib terutamanya tanah adat langsung tidak disentuh Najib semasa melawat Beladin,” katanya.

Penduduk di Beladin juga dikatakan menuntut janji yang tidak ditunaikan sehingga kini termasuk membayar pampasan tanah.

Malam tadi Ustaz Abdul Hadi berceramah di Pusa Tengah bersama anggota jawatankuasa PAS pusat, Mohamad Sabu; Senator Mumtaz Nawi, dan
Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

Sambutan penduduk Pusa terhadap ceramah PAS begitu menggalakkan sekali di mana jauh lebih positif berbanding pilihanraya negeri Sarawak pada 2006.

Malah anak-anak muda tidak kekok melaungkan kata-kata 'Hidup PAS' dan didapati mereka memberi sokongan padu terhadap Abang Mat.

Jentera pembantu kempen dari Dewan Pemuda Kelantan diketuai Abdul Latif Abdul Rahman turut mengadakan acara sukan bersama belia dan anak muda di Kampung Pusa Tengah semalam.

BN semakin sukar

Sementara itu pegawai penyelidik dari Pusat Kajian Strategik Kelantan, Zainal Abidin Husien berkata, momentum yang berlaku di semenanjung pada 2008 ternyata telah hanyut ke Sarawak.

”Sebelum ini kita boleh lihat gerak kerja kempen parti selain BN sukar mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan.

”Kempen PAS di Beting Maro pada pilihan raya negeri lalu pun berdepan dengan pelbagai kesukaran. Namun sekarang berubah 360 darjah. Penduduk boleh menerima PAS dan Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya juga isu yang paling penting BN sehingga kini belum mampu memecah benteng keutuhan Pakatan Rakyat biar pun cuba membawa isu video lucah dengan andaian Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak rakyat Sarawak.

Sebaliknya kata beliau apa yang berlaku sekarang, kehadiran pemimpin Pakatan mendapat sambutan hangat.

Ceramah Muryidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin utama DAP di bandar Kuching malam 10 April lalu mendapat sambutan luar jangka.

”Apa pun keputusan pilihan raya Sarawak ini akan mempengaruhi sentimen politik di Semenanjung. Semangat Pakatan sudah diterima rakyat, kata orang boleh jalan sekarang.

”Kalau dahulu orang masih ragu-ragu, sekarang tidak lagi. Malah usaha media pro BN menghodohkan wajah pemimpin Pakatan nampak belum berjaya bahkan menyatukan penyokong Pakatan,” ujarnya.

Beliau yang mempunyai kelulusan dalam Sarjana Sains Politik dari USM berkata, keputusan pilihan raya Sarawak menjadi petunjuk kepada pilihan raya umum ke-13.

- harakahdaily

17 kerusi dalam tangan, 11 jadi rebutan?

KUCHING, 13 April: Sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak didakwa sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

Dr Dzulkefli yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) berkata, biarpun maklumat itu hanya sekadar pandangan pemerhati politik, namun ianya sesuai dengan sokongan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat setakat ini.

Maka tidak hairanlah katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu bimbang sehingga beliau terpaksa turun sendiri berkempen di Sarawak.

"Najib memang tergugat, saya mendapat maklumat BN hanya boleh menang 43 kerusi yang mana mereka rasa betul-betul selamat. 17 kerusi milik pembangkang manakala 11 lagi jadi pertarungan sebenar," katanya.

Turut serta pada sidang media itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat.

Keadaan itu juga jelas beliau menyebabkan Najib kini seperti hilang kepercayaan kepada timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengemudi jentera pilihan raya BN.

Ianya juga ditambah dengan faktor kebencian rakyat terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Hampir seluruhnya kekayaan negeri ini dibolot secara rakus bukan sahaja oleh dirinya (Taib), tetapi juga oleh suku sakatnya, abang, adik, ipar dan menantu.

"Maka amat wajar Najib kalau berani menyatakan siapa pengganti Taib Mahmud dalam masa terdekat ini.

"Ataukah ini mainan Najib, atau mainan Muhyiddin dengan Taib Mahmud untuk mensabotaj Najib,"soalnya lagi.

Kebangkitan rakyat pada pilihan raya Sarawak kali ini dapat dilihat dengan jelas apabila penyertaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini disambut bagai menatang minyak yang penuh.

Ceramah-ceramah Pakatan Rakyat juga turut mendapat sambutan luar biasa khususnya masyarakat Cina, apatah lagi dengan kehadiran pemimin utama PAS, PKR dan DAP seperti Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Keadaan itu menyebabkan BN kini tidak senang duduk dan mula menumpukan kepada kawasan pedalaman yang mempunyai penduduk majoriti Melayu, Melanau dan Iban.

"BN kini sedang memperkemas bala tentera, bukan jentera tetapi wang ringgit mereka,"kata Dzulkefly lagi.

Pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini, semua kerusi ditandingi pembangkang termasuk Pakatan Rakyat iaitu PKR 47 kerusi, DAP 15 dan PAS 5, manakala Snap bertanding di 27 kerusi.

- harakahdaily

Mainstream media told to play down opposition mega rallies

S’WAK POLLS Sources in Media Prima say that all the TV stations have been instructed to black out the opposition’s ceramahs in urban areas. With the 10th Sarawak election, probably the most competitive in the state’s history, moving into the final 72 hours, BN, which is losing its advantage in the urban constituencies, is seen to be tightening its grip on the mainstream media.

While Internet sites including Malaysiakini and Sarawak Report, which have been publishing critical reports against Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud, were under cyber-attack, mainstream TV channels have received instructions to black out the opposition’s mega rallies.

NONEReliable sources in Umno-linked media giant Media Prima told Malaysiakini that all the TV channels under the group had been instructed not to air news related to the opposition’s nightly ceramahs in the urban areas which have been attracting audiences in the thousands.

‘Footage of the mega rallies cannot be aired at all even if the news is on other election matters,’ an insider told Malaysiakini.

Media Prima owns almost all private tv channels in the country – TV3, ntv7, 8TV and TV9. Both ntv7 and 8TV that air news in English and Mandarin language are seen as more balanced and critical compared to the others.

The local Chinese dailies, which mostly serve the Chinese population in the cities, are also under pressure after BN lost ground in the cities.

‘Although we did not get any instructions, we have to be careful in reporting the news about both sides. I don’t think we can give a 60:40 ratio of coverage to BN and the opposition, we have to change to 70:30,’ said an editor from a local Chinese daily.

At the beginning of the election, Chinese dailies were seen giving more coverage to the opposition but the trend had changed after the opposition managed to create momentum in the urban constituencies.

‘Our coverage has shrunk significantly’

‘In the last two or three days, our coverage has shrunk significantly,’ said a DAP campaigner who is in charge of media relations.

‘The space for our news has become less and they were placed at the bottom of the page. Previously our statements were published in full but now only a few paragraphs or just one paragraph appears,’ he noted.

NONEA glaring example was shown by this Mnday’s United Daily News where the word ‘Pek Moh’ (‘white hair’, referring to Abdul Taib Mahmud) and Taib’s alleged corruption on opposition banners had been blurred in the photographs published.

There were 11 photographs of campaign banners of both sides printed on page 18 and 19 of the daily, but four of them were blurred.

On the local English and Malay dailies namely Borneo Post, Utusan Sarawak and Utusan Borneo, there has hardly been any opposition news since before nomination day.

It is also learnt that an English daily based in Kuala Lumpur has flown its top editors to Kuching to monitor the reports of their bureau here on the state election.

The opposition has been complaining that they could not convey their campaign messages to the voters in the interior due to the blackout by the English and Malay media.

In the past week, many press conference held by the opposition in small towns and rural areas were not attended by mainstream media journalists.

For instance a press conference held by DAP Jelutong MP Jeff Ooi and Klang MP Charles Santiago, together with DAP Simanggang candidate Leon Donald at Sri Aman hospital yesterday to question Prime Minister Najib Abdul Razak’s announcement to construct a new hospital, was only attended by journalists from local Chinese dailies and Malaysiakini.

Another press conference held by them this morning in front of the Sri Aman fire station was forced to be cancelled because no journalist turned up.

- malaysiakini

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger