Saturday, March 31, 2012

Peguam dah akses kertas siasatan

Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, peguam yang mewakili Suaram dalam kes perbicaraan rasuah kapal Selam Scorpene di Perancis, sudah mendapatkan akses kepada kertas siasatan.

Katanya, pihaknya masih menunggu pendedahan mengenai kandungan kertas siasatan berhubung pembelian Scorpene bernilai RM7.3 bilion itu.

Paling penting, kertas siasatan telah sampai ke tangan peguam dan kita akan lihat apa kandungan dalam fail tersebut selepas mendapat nasihat dari mereka.

“Mahkamah sudah beri akses kepada peguam dan mereka sedang mengkaji dokumen tersebut mengikut undang-undang Perancis kerana ada beberapa had yang perlu dipatuhi mengenai apa yang boleh dan tidak boleh didedahkan,” katanya yang menambah mengikut undang-undang Perancis, fail berkenaan tidak boleh dibawa masuk ke Malaysia.

Menurutnya lagi, Suaram juga akan cuba membawa peguam yang mewakili mereka iaitu Wiliam Bourdon atau Joseph Breham untuk datang ke Malaysia bagi memberikan taklimat.

Bagaimanapun, katanya, Suaram perlu mengkaji aspek keselamatan mereka terlebih dahulu, ekoran insiden pengusiran Bourdon oleh kerajaan Malaysia pada 2011.

Tambah beliau, wakil Suaram juga akan dimaklumkan oleh mahkamah mengenai tarikh yang sesuai untuk mereka hadir ke mahkamah Perancis bagi memberikan keterangan.

Kita akan adakan mesyuarat mengenai informasi dari mahkamah, bilakah kita sepatutnya akan pergi ke sana. Namun kita jangkakan pada April nanti,” ujarnya.

Mengenai saksi lain yang akan dipanggil, katanya, Suaram akan memberikan cadangan kepada hakim dilantik selepas memberikan keterangan di Mahkamah Pengadilan Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance) itu nanti.

Najib membisu kerana takut

Dua kapal selam itu dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan.

Perimekar Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda iaitu kenalan rapat kepada Najib, dibayar 114 juta euro atau RM540 juta sebagai komisen.

Syarikat DCNS, yang membekalkan dua kapal selam itu sebelum ini didakwa membayar sogokan jutaan ringgit kepada pegawai dan pemimpin tertinggi Malaysia- yang menjadi kesalahan di bawah undang-undang Perancis.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, sikap membisu Najib menggambarkan ketakutan perdana menteri itu untuk memberikan penjelasan mengenai peranannya dalam skandal berkenaan.

“Najib tak beri apa-apa respon setakat ini dan masih membisu. Respon hanya datang dari menteri pertahanan walaupun isu ini cukup besar, penting dan serius melibatkan pembelian Scorpene bernilai RM7 bilion dan komisen RM540 juta.

“Dia mempunyai sejarah dalam kes ini sejak permulaan. Sebab itu dia dilihat tidak berani ke depan untuk memberi penjelasan secara terang dan telus tentang apa yang berlaku,” tegasnya.

Dalam masa yang sama, katanya, Pejabat Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan membuka kertas siasatan, sepertimana dilakukan pihak berkuasa Perancis. - kd

Thursday, March 29, 2012

Malaysia BANKRAP 2019 jika BN terus memerintah

Pemangku Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel), Profesor Dr Anuar Ahmad berkata, senario hutang di Malaysia sangat menggerunkan dengan peningkatan daripada RM266 bilion pada tahun 2007 menjadi RM456 bilion pada akhir 2011.

Katanya, ini hutang yang sangat tinggi dan lebih menggerunkan lagi hutang rakyat telah mencapai lebih RM700 bilion.

“Ia menunjukkan setiap rakyat yang bekerja di Malaysia puratanya berhutang sebanyak RM30,000 seorang,” katanya.

Dr Anuar menegaskan, rakyat Malaysia hidup dalam keadaan berhutang dengan hutang perumahan sebanyak 60 peratus; kenderaan hampir 30 peratus; manakala 10 peratus hutang peribadi iaitu kad kredit atau PTPTN.

“Hutang PTPTN ini jangan dipandang remeh sebab di Amerika Syarikat hutang PTPTN telah mencapai RM 1 trilion,” tegasnya.

Menurut beliau, jika pendapatan negara dibanding dengan hutang negara peningkatan tahap hutang melebihi kadar pendapatan seperti yang berlaku sekarang.

Katanya, jangkaan pada tahun 2019 hutang Negara akan mencecah 100 peratus dan masa itu negara akan jatuh bankrap.

Beliau yang mahir dalam bidang ekonomi berkata, jika dicampurkan hutang rakyat dengan hutang negara berjumlah melebihi RM1.2 trilion.

“Hutang rakyat kedua tertinggi di Asia. ini akan menjadikan harga barangbarang meningkat, hutang tinggi. Saya nak ingatkan pekerja-pekerja kerajaan, guru-guru dan pensyarah di institusi awam mesti berhati-hati,” katanya.

Dr Anuar menjangkakan mungkin pada tahun 2017, 2018 dan 2019 gaji kakitangan dan pegawai kerajaan tidak boleh dibayar. Ini kerana tegasnya, perkara tersebut telah berlaku di Ireland apabila tiada siapa yang menyangka gaji guru-guru dan pensyarah tidak dibayar hampir tiga bulan.

“Hanya gaji doktor sahaja dibayar kerana bimbang doktor lari sebab ada orang sakit di hospital yang perlu dirawat,” jelasnya.

Sehubungan itu beliau menegaskan, rakyat perlu sedar bahawa negara tidak lama lagi akan bankrap jika dasar kerajaan BN dikekalkan.

Menurut Dr Anuar, kerajaan BN menggalakkan rakyat berhutang seperti hutang rumah sehingga 60 tahun begitu juga dengan hutang kereta sehingga 10 tahun dan yang kaya adalah puak-puak kapitalis.

Sebab itu katanya, PRU13 merupakan peluang terbaik untuk Pakatan Rakyat mencipta kemenangan disebabkan senario ekonomi Negara dan dunia sangat meruncing.

Katanya, kegagalan system kapitalis di Barat dan Eropah sehingga menyebabkan gaji pekerja tidak dibayar dan bertambah malang di Portugal pencen hanya dibayar 1/3 sahaja.

Beliau juga menjangkakan perkara itu tidak mustahil akan berlaku di Malaysia jika rakyat masih mengekalkan kerajaan BN.

“Perkara yang sama akan berlaku. Pasti berlaku kerana sistem kapitalis, hanya 1 peratus rakyat memiliki 99 peratus kekayaan negara,” katanya.

Sebanyak 99 peratus rakyat merana dan hanya 1 peratus sahaja yang mampu menjadi jutawan dan orang terkaya di Malaysia di antara 1/40 memiliki RM68 bilion harta, tegasnya.

Imam Hoslan Islamkan 2 banduan di penjara

Biarpun dihukum penjara setahun dek kerana membaling kasut ke arah hakim, tanggungjawab dakwah imam Hoslan Hussain tidak terhenti di sebalik jeriji besi. Malah beliau dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua banduan dan mengajar agama dalam penjara.

Isterinya, Noorliza Mohd Isa ketika berkongsi keadaan terkini Hoslan berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya. - hd

Thursday, March 22, 2012

Sapa sebenarnya Hasan Ali selepas PRU12

Oleh kerana penulis dapati si Hasan Ali ni semakin meroyan sejak dipecat dari PAS dan menjadi Bebas, rasanya elok kalau kita tahu serba-sedikit pasal orang ini. Dulu memang dia seorang yang bijak, tapi selepas PRU12 2008, dia telah berubah jadi bodoh hanya disebabkan satu hal saja. Yaitu gilakan jawatan MB Selangor. Kalau orang yang sedang mabuk cinta, tentu dilihat pasangannya yang paling hensem, cantik dan kentut pun wangi. Dan itulah juga yang terjadi pada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ni. Oleh kerana terlalu cintakan jawatan MB, hingga tak sedar siapa kawan dan lawannya.

Berikut ialah kronologi tindak-tanduknya selepas PRU12.

1- Sebaik PR menang di Selangor, Hasan Ali telah bertanya kepada Khalid Samad "Siapa yang sepatutnya jadi Menteri Besar?" Secara spontan Khalid jawab "Tan Sri Abd Khalid Ibrahim sebab PKR menang paling banyak kerusi DUN, yaitu 15. Manakala DAP 13 dan PAS 8 kerusi". Bila mendengar jawapan Khalid, dia terus diam dan muka berubah.

2- Sebelum Tan Sri Khalid Ibrahim dilantik MB, rupanya si Hasan Ali telah berusaha untuk buat rundingan dengan UMNO supaya PAS dan UMNO bersama-sama tubuhkan kerajaan negeri Selangor dan UMNO telah tawarkan kepada dia jadi MB.

3- Dalam PRU12, PKR menang 15, DAP 13, PAS 8 dan BN 20. Jika PAS + BN = 28 kerusi. Begitu juga PKR + DAP = 28 kerusi. Dalam keadaan jumlah kerusi 28 vs 28, sapa yang pergi jumpa Sultan dulu dan angkat sumpah, maka dialah yang jadi kerajaan. Dan itulah yang diharapkan oleh Hasan Ali agar PAS setuju bersama UMNO untuk tubuh kerajaan.

4- Bagi merealisasikan hasratnya untuk jadi MB, dia telah berjanji dengan PM Pak Lah dan Khir Toyo untuk mengaturkan pertemuan mereka dengan Presiden PAS.

5- Husam Musa yang ketika itu berada di Perak, berjaya menghidu rancangan kotor Hasan Ali, dan terus menghubungi seluruh AJK PAS Pusat untuk bermesyuarat di Pejabat Agong. Keputusan sebulat suara dicapai bagi menghalang pertemuan tersebut.

6- Oleh kerana Hasan Ali selaku Pesuruhjaya PAS masa itu telah berjanji dengan Pak Lah, akhirnya PAS bersetuju menghantar 3 wakil kerana janji telah dibuat. Dato' Mustafa Ali (mewakili Presiden), Ustaz Nasharudin (Tim Presiden) dan Khalid Samad (menggantikan Hasan Ali). Sekadar bertemu atas dasar janji telah dibuat.

7- Hasil pertemuan itu telah membuahkan hasil yang amat mengecewakan UMNO dan lebih-lebih lagi pada Hasan Ali. Pendirian PAS tetap teguh bersama Pakatan Rakyat. Dua bulan kemudian, dia telah memecat Khalid Samad dari jawatan TPJ.

8- Sebaik dilantik jadi Exco Agama dan Infrastruktur, Hasan Ali terus dikelilingi oleh puak-puak UMNO kerana seluruh projek kerajaan negeri di bawahnya. Dalam masa yang sama puak-puak munafiq UMNO itu terus memainkan jarum mereka bagi meracuni pemikiran dia yang sedang berkecamuk ekoran gagal dalam usaha untuk menjadi MB. Saraf yang dimainkan UMNO telah meningkatkan kebencian dia terhadap pimpinan PAS, khususnya Khalid Samad dan juga Pakatan Rakyat.

9- Antara tindakan tak bermoralnya ialah memfitnah Theresa Kok dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Dakwanya, MP Seputeh itu telah bertindak menghalang azan di mesjid. Tak pasal-pasal, Theresa terpaksa merengkok dalam ISA seminggu hinggalah pihak AJK Mesjid berkenaan membuat kenyataan akhbar dan menjelaskan bahawa PA System rosak. Bukannya Theresa Kok halang azan.

10- Selain memfitnah Theresa Kok, Hasan Ali juga turut berbohong dalam mesyuarat AJK PAS Pusat bagi memburukkan DAP. Dakwanya, hanya 32 peratus Melayu yang dilantik sebagai Ahli Majlis PBT di seluruh Selangor. Selebihnya Cina. Yang sebenarnya 52 peratus Melayu dilantik dan 48 peratus lagi bangsa lain.

11- Selain kerap berbohong dalam mesyuarat parti, Hasan Ali kerap mempertikai sebarang tindakan MB Khalid Ibrahim.

12- Di Muktamar PAS 2009 dia menduduki tangga ke-4 undi terbanyak sebagai AJK PAS Pusat manakala dalam Muktamar 2011, beliau jatuh ke tangga 16. Bermakna sokongan terhadapnya semakin menurun dalam parti.

13- Dalam mesyuarat pertama AJK PAS Pusat 2011, dia tidak lagi dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Bermakna cita-citanya untuk jadi MB musnah jika PR kekal memerintah Selangor dalam PRU13.

14- Setelah tidak dilantik sebagai PJ, tiba-tiba Gombak Setia pula tak mencalonkan dia sebagai calon PRU13. DUN Gombak Setia adalah kubu kuat PAS. Bertitik-tolak dari sinilah dia dah mula merasakan yang masa depannya dalam PAS dah hancur. Justeru dia mencari jalan untuk keluar PAS tapi dalam keadaan yang menonjolkan dirinya sebagai orang yang betul.

15- Justeru dia buat kenyataan "PAS dah tersasar daripada landasan asalnya", "Ulama' dah takde tempat dalam PAS", "PAS dah gadaikan prinsipnya, Negara Islam dah jadi Negara Berkebajikan kerana tunduk pada DAP" dan "72 peratus orang PAS adalah sekular."

16- Akhirnya dia pun dipecat sebagaimana yang dimahu.

Penulis bersyukur kerana satu-persatu parasit telah keluar dari PAS. Dan sememangnya orang macam Hasan Ali ni duduk sebaris dengan Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin. Ketiga-tiga mereka ini memang gila kuasa dan pangkat. Merasa diri pandai tapi lebih bodoh daripada lembu yang menjuarai pertandingan lembu-lembu terbodoh dunia.

Monday, March 19, 2012

Dato' Kadir Sheikh Fadzir keluar UMNO

Nampaknya UMNO terus berhadapan dengan konflik dalaman yang tiada berkesudahan. Semakin kuat bahang PRU13, semakin bertubi-tubi tamparan yang diterima oleh parti taghut Melayu yang semakin busuk dan mereput itu. Selain masalah penyelewengan pimpinannya yang didedahkan bersama bukti kukuh, diikuti perbicaraan skandal pembelian Scorpene yang melibatkan Najib dan pembunuhan Altantuya, dan hari ini seorang lagi veteran UMNO bertindak meninggalkan parti itu.

Pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini meletakkan jawatannya selaku ahli parti itu.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media ringkas.

Beliau walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.

Abdul Kadir menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti itu sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.

Beliau pernah menjadi exco pemuda Umno selama 10 tahun dan ahli majlis tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti ketua pemuda Umno negeri Kedah dan sebagainya.

Beliau juga menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk kementerian penerangan dan pelancongan.

Pada minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatannya selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu - jawatan terakhirnya dalam Umno.

Beliau kini adalah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) dan sering mengeluarkan kenyataan yang membidas Umno, termasuk dakwaan BN membeli undi dan tiada kebebasan bersuara dalam parti itu.

17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan Abdul Kadir dan akan bertindak ke atasnya. - mk

Sunday, March 18, 2012

Bila anak murtad, baru nak sedar siapa UMNO?

Mungkin tajuk yang dipilih ni agak keras bunyinya tetapi itulah hakikat sebenar yang berlaku pada majoriti orang Melayu tanahair hari ini. Natijah daripada fahaman jahiliyyah (sekularisma) peninggalan penjajah anutan mereka selama ini, ianya menyumbang kepada kelansungan penguasaan kuasa UMNO secara dominan sejak merdeka.

Sepanjang tempoh lebih 52 tahun UMNO mengetuai BN dalam kerajaan, kehidupan rakyat khususnya Melayu bukan semakin terbela malah yang berlaku sebaliknya. Kerosakan akhlak di kalangan remaja Melayu menjadi-jadi hingga ke peringkat terbabit dengan zina, sumbang mahram dan jenayah bunuh. Pergaulan bebas dah menjadi tatacara hidup mereka mutakhir ini.

Kemuncak pada segala kecelakaan ini ialah murtad sebagaimana yang pernah didedahkan oleh Mufti Perak dalam ucapannya di Universiti Petronas beberapa tahun lalu. Tan Sri Harunssani mendedahkan, berdasarkan maklumat yang diterima, lebih 200 ribu orang Melayu telah murtad.

Ada satu kes murtad berlaku yang membabitkan anak gadis seorang guru agama pada penghujung 90an dulu. Guru agama itu orang kuat UMNO hingga pernah satu ketika beliau menghalang satu program ceramah PAS di kampungnya. Namun, bila anak perempuan kesayangannya sendiri murtad masuk Kristian dan gagal diselamatkan disebabkan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan peninggalan Inggeris ada menyebut "Warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas bebas menganut dan mengamalkan ajaran agama pilihannya...", akhirnya pesara guru agama itu sedar yang UMNO memang parti syaitan. Akhirnya beliau mengambil keputusan menyertai PAS.

Apakah orang Melayu UMNO mahu tunggu anak sendiri murtad, kemudian baru nak sedar?

Saturday, March 17, 2012

Bila Hakim Amerika bela Islam

MUNGKIN agak ganjil membaca tajuk di atas.Semua orang tahu sikap Amerika terhadap Islam. Bagi Amerika, Islam sering dikaitkan dengan keganasan. Namun ironinya semakin kuat Amerika menentang Islam dilaporkan semakin ramai rakyat di sana berminat dengan Islam.

Tragedi 911 menyebabkan perkembangan Islam di Amerika berlaku dengan pantas. Salah satu indikasi bagi perkara ini adalah selepas serangan 911, al-Quran menjadi kitab yang paling laris dijual di beberapa wilayah di Amerika bagi tempoh yang agak lama. Minat rakyat Amerika dengan al-Quran sehingga menyebabkan penerbit buku yang terkenal, Penguin Books yang telah menerbitkan al-Quran dalam bahasa Inggeris melaporkan telah mencetak lebih dari 20,000 naskah al-Quran sejurus berlakunya tragedi 911.

Akhbar USA Today melaporkan di dalam artikel bertajuk“People Want to Know, so Koran is Bestseller”. Penjualan naskhah al-Quran telah meningkat 55 kali ganda selepas 911. Apabila ditanya tentang perkara ini salah seorang sarjana Barat yang amat bersimpati dengan Islam, John Esposito menyatakan; “kekuatan al-Quran adalah mana-mana orang Islam atau sesiapa sahaja membuka mana- mana helaian al-Quran akan mendapat mesej betapa Islam memandang tinggi tentang nyawa dan kehidupan manusia.”

Kes terbaru yang berlaku di sebuah Mahkamah di Pennsylvania, Amerika juga amat menarik minat saya untuk menulis artikel ini. Ia melibatkan seorang Islam, Talaag Elbayomy yang memukul seorang Atheist, Ernie Perce yang telah menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Ernie Perce telah memakai pakaian yang menunjukkan kononnya mayat Nabi Muhammad s.a.w. sedang bangun dan berjalan di dalam satu perarakan sempena menyambut hari Halloween. Perbuatan beliau mengakibatkan Talaag Elbayomy yang kebetulan bersama keluarganya menyaksikan perarakan tersebut merasa bahawa perbuatan Earnie itu menghina Rasulullah s.a.w. lalu memukul lelaki Athiest tersebut.

Pegawai Polis yang bertugas di perarakan tersebut, Brian Curtis berpendapat tindakan lelaki Athiest tersebut termasuk di dalam kebebasan bersuara yang dijamin oleh Pindaan Pertama Perlembagan Amerika maka beliau telah menangkap lelaki Islam yang memukul lelaki Athiest tersebut.

Dipendekkan cerita akhirnya lelaki Islam tersebut telah didakwa atas tuduhan mengganggu (harrassament). Kes tersebut telah dibicarakan dihadapan Hakim Daerah, Mark Martin. Hakim tersebut telah memutuskan lelaki Islam tersebut tidak bersalah dan membebaskan beliau. Apa yang menarik semasa membebaskan lelaki Islam tersebut, beliau telah memberi syarahan berikut: “Setelah mempunyai peluang tinggal lebih dari dua tahun di Negara umat Islam, saya rasa saya mempunyai pengetahuan sedikit sebanyak tentang Islam.

Hakikatnya, saya ada senaskah al-Quran di sini. Saya ingin mencabar kamu (lelaki Athiest tersebut) tunjukkan kepada saya di mana di dalam al-Quran yang menyatakan bahawa Muhammad telah bangun dan berjalan bersama orang-orang yang dah mati.

“Oleh itu, sebelum kamu memperolok- olok agama orang lain, kamu sepatutnya berusaha untuk mengetahui agama tersebut. Di dalam masyarakat kita (Amerika) kita mempunyai Perlembagaan yang memberi kita banyak hak khususnya hak di bawah Pindaan Pertama.

“Amat malang setengah orang menguna Pindaan Pertama tersebut bagi membuat provokasi ke atas orang lain dengan sengaja. Saya tidak fikir itulah yang diniatkan oleh datuk moyang kita terdahulu. Saya rasa datuk moyang kita berniat untuk mengguna Pindaan Pertama tersebut bagi membolehkan kita menyampaikan apa yang ada di minda kita dan bukannya bagi menghina dan mencerca orang lain atau budaya mereka. Malangnya itulah yang kamu lakukan.”

Hakim itu kemudiannya meneruskan syarahan beliau tentang Islam seperti berikut: “Saya tidak rasa kamu sedar bahawa di sana terdapat perbezaan yang besar bagaimana Amerika melaksanakan Kristian.

Saya faham kamu adalah seorang Athiest (tidak percaya agama), tapi kamu kena faham bahawa Islam bukan sekadar agama. Islam adalah cara hidup dan budaya mereka. Islam adalah segala-galanya bagi mereka (orang Islam).

Mereka bersembahyang lima kali sehari dan menghadap Makkah. Untuk menjadi orang Islam yang baik sebelum mati kamu kena pergi ke Makkah menunaikan haji melainkan kamu terlalu sakit atau terlalu tua tetapi kamu kena berusaha untuk melakukan haji. Perjumpaan mereka dimulakan dengan ‘Salam alaikum, wa’alaikum as Salam yang ertinya Salam sejahtera ke atas kamu.

“Adalah menjadi kebiasaan dalam percakapan mereka apabila bercakap dengan orang lain mereka akan berkata, “Jika Allah mengkehendaki”
ia akan berlaku. Inilah tata cara kehidupan mereka.

“Apa yang kamu lakukan adalah sama sekali meranapkan apa yang mereka anuti. Saya berpendapat apa yang kamu lakukan adalah sangat sangat biadab dan meskipun kamu ada hak, kamu bagaimana pun telah bertindak melampaui had-had yang ditetapkan oleh Pindaan Pertama Perlembagaan.

“Saya telah menghabiskan masa selama tujuh tahun tinggal di negara-negara lain. Apabila kita pergi ke negara lain bukan satu yang luar biasa orang memanggil kita sebagai ‘ugly Americans’ (Amerika yang hodoh). Ini kerana kita terlalu mementingkan hak kita tetapi tidak langsung mempedulikan hak-hak orang lain.”

- hanipa maidin

Haramjadah kesayangan rejim UMNO 3

Sorang dah pencen manakala sorang lagi masih bertugas. Masa di era Mahathir, kedua-dua haramjadah inilah yang terlibat secara langsung dengan para konspirator untuk menjatuhkan Anwar dalam kes fitnah liwat I. Selepas Anwar ke penjara, mereka terus dinaikkan pangkat hingga ke No.1 di jabatan masing-masing. Tanpa diduga, hari ini beberapa anggota Polis sedia tampil untuk memberikan keterangan kepada tribunal berhubung dakwaan salahlaku mereka berdua.

Beberapa anggota polis yang masih berkhidmat, telah memaklumkan kepada Malaysiakini mengenai kesediaan mereka tampil secara sukarela memberi keterangan kepada tribunal berhubung dakwaan salahlaku terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Keterangan tersebut, tegas mereka, akan melampaui dakwaan wujudnya pakatan sulit antara kedua-duanya dengan penjenayah.

Malaysiakini telah menyiarkan satu siri laporan sejak seminggu lalu mengenai dakwaan bahawa pasukan polis bersekongkol dengan penjenayah.

Ia dipercayai telah mendorong anggota polis berkenaan yang masih berkhidmat itu, untuk tampil memberi keterangan.

Mereka - yang enggan mendedahkan nama melainkan sebuah tribunal ditubuhkan - berkata ketika pasukan itu bertambah baik di bawah kepimpinan Tan sri Ismail Omar sekarang, namun pengaruh Peguam Negara Abdul Gani masih menimbulkan rasa takut di kalangan banyak pihak.

Ini, kata mereka, akan berterusan melainkan sebuah tribunal bebas ditubuhkan.

Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kiri) meminta bukti terhadap dakwaan salahlaku tersebut.

Ini ekoran laporan Malaysiakini mengenai ucapan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID), Datuk Ramli Yusuff, yang mendakwa Gani bersama dengan Musa dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu, telah menganiayainya dan orang-orangnya.

Tuduhan itu berasal daripada siasatan mereka terhadap Goh Cheng Poh atau Tengku Goh, seorang penjenayah dari Johor yang didakwa mendapat sokongan Musa.

Tengku Goh ditangkap oleh Ramli pada 1 Ogos 2007 tetapi dibebaskan empat bulan kemudian.

Ketika dakwaan semakin menggunung, Musa kemudiannya disiasat dan dibersihkan oleh Abdul Gani dan BPR, manakala kontrak perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara disambung sehingga persaraannya pada 2010.

Bagaimanapun, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini persoalan mengenai dakwaan pembabitan kedua-duanya itu, masih berterusan. - mk

Thursday, March 15, 2012

Haramjadah kesayangan rejim UMNO 2

Adakah penjenayah dari Johor Goh Cheng Poh @ Tengku Goh mempunyai hubungan istimewa dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan?

Soalan ini ditimbulkan lima tahun lalu oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID), Datuk Ramli Yusuff dalam afidavit jawapan kepada permohonan habeas corpus Goh supaya dibebaskan daripada perintah kediaman terhad.

Dokumen mahkamah yang ditunjukkan kepada Malaysiakini, menambah lagi misteri mengenai kemungkinan wujudnya hubungan sedemikian, kerana Goh menyatakan dalam permohonannya pada 14 Ogos 2007: “Saya percaya bahawa Ketua Polis Negara juga tidak diberitahu langsung mengenai tangkapan dan tahanan saya."

Goh ditahan di Johor Baru pada 1 Ogos 2007, dan diletakkan dikenakan perintah kediaman terhad sehingga dibebaskan empat bulan kemudian.

Ramli (tengah dalam gambar), dalam afidavit jawapan kepada permohonan Goh itu, berkata kenyataan itu "seolah-olah sabjek (Goh) mempunyai hubungan istimewa dengan KPN".

"Ia juga seolah-olah KPN (ketika itu) mempunyai minat khusus ke atas hal ehwal sabjek yg merupakan seorang kurang baik," kata afidavit bekas pengarah CCID itu.

Goh telah mengaku mengenai latar belakangnya dan ini dinyatakan dalam afidavit untuk menyokong penahanannya oleh Ramli, bekas
timbalan menteri dalam negeri, Datuk Johari Baharum (kanan) dan polis - bahawa Goh mempunyai sejarah jenayah yang panjang dan pernah dibuang negeri sebelumnya.

Goh mengaku dalam laporan polisnya berhubung aduan yang dibuat terhadapnya bahawa dia tidak mempunyai latar belakang yang baik kerana dia telah dibuang negeri ke Pahang kerana menjadi bookie taruhan kuda.

Afidavitnya yang menyatakan dia telah dibersihkan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan oleh Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail, juga menimbulkan persoalan sama ada dia memperolehi pengetahuan dalaman.

Ramli menyifatkan ini dalam afidavitnya sebagai "satu lagi percubaan nakal mempalitkan nama baik penjawat awam dan agensi kerajaan."

Kata Ramli, terpulanglah kepada BPR dan Peguam Negara untuk menjawab atau menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Goh itu.

Affidavit Goh menyifatkan tuduhan mengenai Musa mempunyai "hubungan" dengannya sebagai tidak berasas dan dia percaya Peguam Negara dapat mengesahkan perkara itu.

Sumber-sumber biasa dengan kes itu berpendapat, jika kenyataan Goh tidak betul, maka kenapa Musa (kiri) atau Peguam Negara tidak mengambil tindakan terhadap Goh ataupun menafikannya. Musa atau Gani tidak memfailkan apa-apa permohonan untuk menangkis dakwaan ini.

Juga, pada hari penangkapan Goh pada 1 Ogos, Musa memberitahu sidang akhbar bahawa beliau telah dianiaya oleh orangnya sendiri. - mk

Kesatuan pekerja MAS bertindak membawa isu MAS-AA ke Parlimen

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Kesatuan dan pertubuhan yang mewakili pekerja Penerbangan Malaysia (MAS) bercadang membawa usul melupuskan perjanjian usahasama antara MAS dengan Air Asia ke Parlimen ekoran perjumpaan dengan Perdana Menteri bulan lepas.

Tindakan tersebut akan mengetengahkan kepentingan politik yang tertera dalam perjanjian antara bekas pesaing, AirAsia dan MAS, di mana kesatuan mendakwa majoriti ahli kesatuan kini beralih kesetiaan kepada pihak pembangkang kerana ketidakpuas hatian terhadap perjanjian usahasama yang dimeterai.

Setiausaha Umum Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU) Abdul Malek Ariff telah memberitahu The Malaysian Insider mereka akan menghantar memorandum sama yang telah diserahkan kepada Datuk Seri Najib Razak menentang pakatan MAS-AA kepada ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat (PR).

“Langkah seterusnya adalah untuk bertemu YB-YB di Parlimen,” beliau berkata.

Abdul mendedahkan bahawa Najib, semasa perjumpaan selama sejam dengan kesatuan, telah menyatakan beliau bersimpati dengan keluhan ahli kesatuan, namun perdana menteri belum lagi memberikan kata pemutus.

Pemimpin kesatuan itu turut mendakwa berikutan perjumpaan itu, perdana menteri telah membuat panggilan kepada pengerusi MAS, pengarah besar dan pegawai Khazanah Nasional Berhad tentang aduan bersama yang dibuat pekerja. Telah difahamkan bahawa pengarah besar Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar telah berjumpa dengan Najib tentang aduan pekerja itu.

Abdul berkata MASEU bercadang untuk mendesak wakil-wakil politik untuk menghentikan kerjasama MAS-AA kerana “tidak adil” kepada MAS, dan turut menambah bahawa perjanjian itu telah menerima tindakbalas negative daripada ahli kesatuan.

“Apabila Cawangan Khas (SB) memanggil saya bertanyakan bagaimana pekerja MAS akan mengundi kelak, saya kata dulu 50:50 tapi kini 90 peratus akan memilih pembangkang, “ katanya. “Bila bercakap dengan para pekerja, mereka semua mengeluh tentang kerajaan.”

MASEU, organisasi yang berpusat di Semanjung, mempunyai lebih 7,000 pekerja namun Abdul berkata tujuh lagi kesatuan dan pertubuhan mewakili pekerja MAS, pengurus dan juruterbang termasuk daripada Sabah dan Sarawak juga diwakili dalam memorandum, membawa kepada jumlah 13,000 hingga 14,000 pekerja.

Abdul berkata isu utama bagi ahli kesatuan adalah mereka “tidak percayakan” AirAsia.

“Perundingan pekerja sudah parah apabila kepercayaan sudah tidak wujud,” beliau berkata.

Antara rungutan yang diketengahkan MASEU termasuk cadangan memotong gaji dan faedah pekerja sehingga 30 peratus dan kemasukan bekas pekerja AirAsia mengambil alih jawatan penting MAS.

The Malaysian Insider melaporkan pada 9 Mac bahawa Putrajaya akan mengkaji semula kerjasama berusia lapan bulan antara MAS dengan AirAsia setelah ia gagal menunjukkan sebarang kemajuan mahupun menaikkan semangat pekerja seramai 20,000 orang di penerbangan yang mencatat kerugian RM2.52 billion dalam 2011.

Kerajaan turut mempertimbangkan menswastakan MAS dengan mengarah pengurus asset negera Khazanah untuk membeli balik 20.5 peratus kepentingan saham yang diberi kepada Tune Air Sdn Bhd, pemilik majoriti Air Asia, yang ditukarkan dengan kepentingan 10 peratus dalam AirAsia.

Khazanah dan Tune Air telah bersetuju kepada pertukaran saham itu Ogos lepas, setelah empat percubaan memeterai perjanjian antara MAS dan AirAsia gagal.

Bank CIMB milik Khazanah menjadi penasihat dalam perjanjian itu, yang dilihat sebagai percubaan terakhir menyelamatkan MAS walaupun telah berlakunya program bantuan dalam 2001 yang dirancangkan badan perunding BinaFikir Sdn Bhd.

MAS mencatatkan kerugian tahunan paling besar pernah dialami, RM2.52 billion, bulan lepas, menyebabkan CEO MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata penerbangan itu menghadapi “krisis”.

Penerbangan itu berkata kerugian disebabkan kenaikan harga minyak, yang naik daripada US$95 setong pada 2010 ke US$133 setong dalam 2011.

Kerugian diluar jangkaan itu juga disebabkan peruntukan “one-off” seperti penghantaran semula kapal terbang, kemerosotan nilai kapal pengangkut dan stok lapuk.

MAS bercadang untuk memuktamadkan dan mengumumkan rancangan mendapatkan dana dan mengukuhkan lembaran imbangan

Rancangan itu penting kerana penerbangan itu berhasrat mendapatkan 23 kapal terbang baru yang akan membawa kos kira-kira 6 billion.

-tmi

MB Khalid hairan ditukar kawasan mengundi

Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid kini merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.

Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.

Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.

"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.

Sumber itu menambah bahawa menteri besar yang telah dimaklumkan mengenainya "memandang berat" perkara itu dan akan menyemak dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran.

Tindakan mensabotaj MB?

Malaysiakini membuat semakan tersebut selepas Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.

Mohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang
hanya boleh berlaku jika menteri besar itu menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.

Khalid tidak boleh bertanding sebagai ADUN di Selangor jika kad pengenalannya menunjukkan dia pemastautin di Kuala Lumpur.

Menurut peraturan SPR, calon yang bertanding kerusi DUN mesti menjadi penduduk negeri berkenaan.

Ini bermakna beliau tidak boleh lagi menjadi menteri besar untuk penggal kedua

-mk

Monday, March 12, 2012

Haramjadah kesayangan rejim UMNO 1

Selagi mana parti dajjal UMNO yang mengetuai BN terus diberi mandat oleh rakyat, maka selagi itulah puak-puak haramjadah terus bermaharajalela melakukan apa saja demi mengejar habuan dunia. Soal halal haram sudah tiada lagi dalam kamus hidup mereka. Mereka berani bertindak sedemikian sebab pemerintah lagi jahat dari mereka. Pemerintah selaku iblis manakala mereka pula syaitan. Dan inilah yang dilakukan oleh Musa Hassan dan Ghani Patail dalam isu yang membabitkan ketua kongsi gelap paling besar yang dikenali sebagai Tengku Goh.

Kes pelik bekas IGP, AG dan ketua kongsi gelap

Maklumat baru kini diperolehi bagi memperjelaskan kes luar biasa yang didakwa membabitkan anggota polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga tokoh kongsi gelap lima tahun lalu.

Dokumen yang mendedahkan bagaimana maklumat yang dibekalkan oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya ‘ketua’ kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau juga dikenali sebagai Tengku Goh pada 2007 kini dimiliki oleh Malaysiakini.

Dokumen yang sama itu digunakan bagi memalitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Pemberi maklumat itu kemudiannya membuat kenyataan bersumpah bahawa mereka dipksa menukar maklumat asal oleh pasukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kemudiannya dinaikkan taraf menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009.

Sebaliknya, enam pegawai polis dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terbabit dalam perjudian dan pengubahan wang haram. Mereka bagaimanapun akhirnya dibebaskan, yang terakhir adalah pada pertengahan 2011.

Mimpi ngeri pegawai polis selama empat tahun itu bermula apabila mereka atas arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Johari Baharum, mula menyiasat Tengku Goh (Untuk peranannya dalam skandal ini, Johari sendiri pernah dituduh mengamalkan rasuah dan juga disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah.)

Johari kemudian mengarahakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff, yang sebelum ini adalah Ketua Polis Pahang untuk menjalankan siasatan dan bertindak.

Ramli kemudian mengumpulkan lebih kurang enam pegawainya untuk menyiasat dan semasa menjalankan tugas, mereka mendapati ketua mereka, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Johor yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2006 juga ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan.

Siasatan JSJK mendapati bahawa meskipun Musa ketika berkhidmat di Johor - telah menututp pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu, beliau pada masa yang sama membantu "menyusunkan semula" beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah “sistem payung" dikawal oleh Tengku Goh.

Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad.

Bagaimanapun kes semakin pelik.

Peguam Negara Tan Sri Tan Sri Abdul Gani Patail campur tangan dan beliau didakwa menggunakan BPR untuk mengakses fail sulit (digelar "Cicero") dalam kes itu.

Adalah difahamkan bahawa tiada sesiapa, termasuk Ketua Polis Negara mahupun Peguam Negara dibenarkan untuk mempunyai akses kepada fail 'Cicero' apabila seorang pegawai telah diamanahkan mengendalikan kes berkenaan.

Tindakan menggunakan BPR untuk campur tangan dalam kes itu mencetuskan rasa tidak puas hati di JSJK kerana ini adalah campur tangan terang-terangan dalam kerja-kerja polis.

Namun, JSJK tetap diarahkan supaya menyerahkan fail sulit berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara, dan hasilnya kertas Cicero berada di tangan BPR.

Berdasarkan maklumat dari fail sulit itu, BPR memburu pemberi maklumat yang maklumatnya digunakan sehingga tertangkapnya Tengku Goh.

BPR kemudiannya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menyoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini.

- malaysiakini

Saturday, March 3, 2012

Makin merapu si tua ni

Nak dimarah, dah tua. Nak dimaki pun tak guna sebab semakin nyanyuk. Cuma penulis nasihat agar bapak si Marina ni cepat-cepatlah bertaubat sebelum Izrail datang. Itu pun kalau nak tobat. Sebelum ni dok kata Hukum Hudud takde dalam Al-Qur'an, hanya ciptaan manusia saja. Wana'uzubillah. Semalam pulak dok cakap negara akan bankrap kalau kerajaan laksanakan gaji minimum RM1,500.

Mungkin si tua ni buat-buat lupa atau memang sedar akan segala dosa dan kesalahannya sepanjang menerajui negara selama 23 tahun. Negara mula menuju ambang kemusnahan di zamannya. Amalan rasuah, kronisma dan nepotisma berkembang-biak dan subur di eranya.

Bukan setakat negara jadi rosak malah Islam terus ditekan dari segenap penjuru bagi memastikan rakyat semakin jauh daripada ajaran Kitab Wahyu dan Sunnah. Peristiwa berdarah Memali adalah bukti betapa si tua ini cukup benci dengan Islam hingga sanggup menggunakan polis untuk membunuh umat Islam yang mahu mendalami ilmu agama.

Pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan kepada Assyahid Ustaz Ibrahim Libya yang begitu komited mendidik dan mentarbiyyah penduduk Baling agar kembali kepada ajaran Islam yang syumul.

Dan semalam, semakin terserlah kenyanyukannya bila dok kata "Negara mungkin bankrap jika laksanakan dasar gaji minimum".

Wahai Che' Det, negara boleh jadi bankrap kerana rasuah dan penyelewengan. Bukan kerana perlaksanaan gaji minimum.

Sepanjang pemerintahannya + 2 tahun Pak Lah (2000 - 2010), sejumlah RM 1.07 trilion wang rakyat telah dibawa lari ke luar negara oleh para kroni dan penyamun besar. Inilah antara punca negara sekarang sedang berada di ambang bankrap.

Selain jumlah sebesar itu, ekoran amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, pada tahun 2010 saja, sejumlah RM26 bilion wang rakyat lesap akibat rasuah. Hutang negara pula sudah mencecah hampir RM500 bilion pada 2011.

Berikut ialah ringkasan jumlah wang rakyat yang lesap;

1- RM1.07 trilion dibawa lari ke luar negara,
2- Penyelewengan RM500 juta dalam perjanjian pembelian Scorpene,
3- RM498 juta dalam urusan pembelian pesawat Sukhoi,
4- Kerugian MAS RM10.2 bilion,
5- Kerugian Perwaja Steel RM7 bilion,
6- Penyelewengan PKFZ RM12 bilion,
7- Penyelewengan RM250 juta dalam skandal NFC,
8- RM26 bilion lesap akibat rasuah,
9- Kerugian Proton RM3.4 bilion.

... pembaca boleh kira sendiri jumlah keseluruhannya.

Semua kerugian yang tercatat di atas adalah berpunca daripada amalan rasuah dan penyelewengan yang berlaku selama ini. Dan angka-angka inilah yang menyebabkan ekonomi negara tersungkur dan hilang daya saing. Akhirnya bankrap.

Mahathir sedar segala kesilapannya tapi sampai mampuih pun dia tak akan ngaku segala kebobrokan yang berlaku sepanjang pemerintahannya. Mana bisa dia ngaku sebab dia sendiri kaki songlap. Cuma si tua ni ada bijak sikitlah kerana segala hasil rompakan wang rakyat tak diletak atas namanya. Guna nama isteri dan anak-anak. Dan hari ini, Mukhriz dilaporkan sebagai salah seorang yang terkaya di Malaysia.

Sabarlah Mahathir, kau tunggu sajalah jawapan daripada Allah. Kalau umur hang panjang, sempatlah tengok kejatuhan UMNO BN. Kalau tak, anak-anak hang akan menerima balasannya nanti. Paling koman pun, masuk penjara. Bukan anak hang saja, Pak Lah, Najib, Rosmah dan seluruh pimpinan UMNO BN yang ada kes rasuah dan jenayah akan diheret ke mahkamah rakyat. Termasuklah para kroni mereka.

Tak usahlah cuba sembunyikan pekong sendiri.

Thursday, March 1, 2012

Pertembungan lebih 2 penjuru di Sabah

Semangat politik Sabahan memang masih menebal di negeri bawah bayu sejak dulu lagi. Para pemimpin parti politik tempatan terus mainkan gendang dan lagu lama. "Berilah peluang kepada parti tempatan memerintah dan mencorak negeri ini". Manakala di pihak rakyat pula, terus diasak pemikiran mereka jangan terima parti dari Semenanjung. Yang lucunya, ada juga di kalangan ahli dan penyokong UMNO BN yang bercakap "PAS, PKR dan DAP tu dari Semenanjung bah. Susah sikitlah...". Mereka lupa UMNO tu datang dari mana?

Inilah antara senario yang masih membelenggu pemikiran sempit sebahagian daripada warga Sabah. Menjadi mangsa permainan politik 'budak tadika' para pemimpin parti politik tempatan yang sebenarnya tidak pernah ikhlas untuk memajukan negeri dan membela rakyat, sebaliknya masing-masing berlumba untuk menguasai kekayaan negeri.

Jika di negara lain, parti pemerintah dan pembangkang sentiasa memikirkan apa yang terbaik untuk negara dan rakyatnya tapi di Malaysia, pemimpin parti pemerintah terus mengamalkan politik jakun. Politik fitnah, ugutan dan rasuah digunakan untuk mempertahankan kuasa. Bukan untuk kesejahteraan negara dan rakyat, sebaliknya untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni. Rakyat pula terus diperbodohkan dengan laporan media perdana yang berat sebelah. Setiap kali menjelang pilihanraya, pelbagai insentif dan janji ditabur. Selepas menang, sekali lagi rakyat menjadi mangsa pembohongan mereka.

Di pihak rakyat pula, wujud satu sindrom 'takut' untuk buat perubahan walau sedar diri mereka telah ditipu. Kalau kena tipu sekali dua, takpe juga. Ini tidak... dah nak masuk 13 kali PRU pun masih dibelenggu dengan sindrom takut pada bayang-bayang sendiri. Dan inilah antara puncanya UMNO BN masih dominan sebagai parti pemerintah sejak merdeka lagi. Bukan kerana UMNO BN tu bagus tapi rakyat yang ngok.

Persoalan-persoalan berikut harus direnungkan;

- Apa yang USNO, Berjaya dan PBS dah buat untuk negeri dan rakyatnya?
- Ke mana perginya segala hasil kekayaan balak dan royalti minyak yang dimiliki?
- Mengapa Sabah masih kekal sebagai negeri penduduk termiskin. Tercorot.
- Kenapa rakyat Sabah mahu terus dimangsakan?
- Apa perlunya sentimen Sabah - Semenanjung terus dimainkan?

Sebagaimana penulis jangka, Pakatan Rakyat bakal berhadapan dengan pertandingan 3 penjuru atau lebih dalam PRU13 nanti di Sabah. Selain Yong Teck Lee dan SAPP yang masih obses untuk jadi KM dan menguasai kerajaan negeri, muncul pula Dr Jeffrey Kitingan bersama parti barunya STAR yang bakal bersaing dengan PR dan BN di PRU yang dijangka bulan Jun atau September.

Jeffrey Wants To Split The Opposition

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) here said the emergence of Datuk Dr Jeffrey Kitingan in Sabah politics via the State Reform Party (Star) is only aimed at dividing the opposition.

Bingkor PKR committee member-cum-former Asst Chairman of the Sabah PKR Council of Elders, Robert Linggi, said the PKR's main agenda is to change the Federal Government.

"But from the way the Star is breaking the opposition pact, this vision will be harder to achieve," he said.

While he did not accuse the Star of complotting with the Barisan Nasional (BN), he said Dr Jeffrey might have a hidden agenda.

"He was a very strong figure in the opposition but suddenly joined Star, a local-based party from Sarawak," he said.

"So what is the probable eventuality of Star in Sabah, assuming that it manages to win a seat here, then who would become the Chief Minister or Prime Minister?" he asked.

Robert said, if Dr Jeffrey really wants to be authoritative in a local party, then during the PBS reign in 1994, here, he would not have left the party and caused PBS to crumble as a result of his betraying his own brother, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

On other developments, he said cleanliness in Bingkor constituency has worsened."Ever since Datuk Lawrence Gimbang, then Dr Jeffrey Kitingan and now Datuk Justin Guka took turns holding the area, cleanliness in the area had never been taken care of and everything is topsy-turvy," he said.

He said rubbish is discarded indiscriminately and not cleared in front of the school and market as well as all over Bingkor shop areas.

The elected representative only makes promises but never makes the effort to improve the environment as well as the standard of living of people in the constituency.

"He only turun padang during weddings, festivities and other ceremonies. He is never around to discuss matters that are related to the people's economy, monitoring paddy planting, irrigation as well as village cleanliness," he said.

As a sub-district, he said Bingkor should have a fire station, a police station, mini secretariat and other amenities including easy access for the people with the authorities.

"If Bingkor and Apin-Apin are truly being developed as a sub-district, people would not have to go down all the way to Keningau town to make their dealings and thus spend their hard earned money in travelling," he said.

On Apin-Apin Tamu ground, he said this has also been neglected by BN elected politicians. The lighting and cleanliness there has not been addressed and that more and more foreigners are occupying the stalls, making life difficult for the locals.

These problems are also evident at the Bingkor Tamu ground. He said it has been agreed that the Bingkor tamu should operate on Sunday, Apin-Apin on Saturday and Keningau tamu, on Thursday.

But Keningau now has two tamu on Thursday and Sunday, he said, which is not good for Bingkor.

"During the British era, the authority fixed alternate days for the three tamus to operate so that sellers from the three areas can share equal benefits," he said. However, Robert said the current District Council in unable to apply this.

Regarding balairayas in Bingkor, he said most of it such as in Kg Singgah Mata, Kg Bunsit, Kg Bingkor Baru, Kg Kuangoh and Kg Bunga Raya, among others, are in very poor condition.

"Some have holes on their roofing and some are beginning to collapse," he said. Kg Singgah Mata, he said, has not celebrated the Tadau Kaamatan for the past three years because its balairaya is unsafe.

"But why are all this problems not monitored and resolved?

Why have the YBs never taken the initiative to care for the people through the respective community development officer, village heads and JKKK chairmen?" he said.

If the elected representatives gave the excuse that they don't have enough allocation, he said it is not a logical excuse because they are the government, and the government has the funds.

He said Bingkor Assemblyman Datuk Justin Guka, despite being the assemblyman for two terms already, has not made any improvement to the lives of the people there as well as the conditions of the constituency.

-Sabahkini

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger