Thursday, June 16, 2011

'3 Kepala Hapraq' Pemuda PAS Pusat

Sebagai ahli PAS biasa yang tiada apa-apa jawatan, memang cukup pantang bagi penulis bila dah wujud segelintir pimpinan peringkat pusat yang gila kuasa dan merebut jawatan untuk kepentingan peribadi. Penulis bukan menuduh tapi ada bukti sahih.

Baru-baru ni penulis sempat bertemu dengan salah seorang bekas Exco Pemuda PAS Pusat yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini. Namun beliau telah dilantik semula bagi menduduki barisan Exco sessi 2011/2013.

Dalam pertemuan empat mata itu, penulis minta penjelasan darinya apa sebenarnya yang berlaku setelah melihat 'line-up' Exco Pemuda Pusat yang baru dipilih sangat mendukacitakan. Bagi penulis, barisan Exco yang tak tahu buat kerja. Hanya gila jawatan dan populariti saja.

Sahabat penulis ini sebenarnya telah mendapat pencalonan yang banyak bagi jawatan Ketua Pemuda dan Timbalan. Ekoran pencalonan itu, beliau telah dipanggil oleh salah seorang '3 Kepala Hapraq' itu untuk berbincang pasal pertandingan jawatan Ketua Pemuda Pusat.

Penulis difahamkan, beliau telah dipujuk agar tidak bertanding jawatan Ketua Pemuda dan akan diberi laluan bagi sessi akan datang.

Atas dasar kepentingan jamaah, sahabat penulis itu sendiri berpendapat masih ada masa untuk beliau belajar lebih banyak perkara sebelum menerajui kepimpinan Pemuda Pusat pada sessi akan datang. Justeru, beliau bersetuju untuk bertanding jawatan Timbalan sebagaimana dipersetujui. Malahan beliau sendiri tidak pernah terfikir hingga boleh berada pada tahap sekarang.

Rupa-rupanya, pada malam terakhir sebelum pemilihan berlangsung, '3 Kepala Hapraq' itu telah melancarkan 'projek' menjatuhkan beliau dan calon-calon Timbalan dan Naib Ketua. Salah seorang '3 Kepala Hapraq' itu telah memanggil hampir kesemua perwakilan pada jam 2.00 pagi untuk diberi taklimat khas mengapa orang itu, orang ini tak boleh dipilih.

Malangnya, majoriti perwakilan pemuda adalah muka baru yang masih 'kencing berdiri' dalam manhaj gerakan Islam dan politik tanahair. Hanya angguk sajalah. Almaklum sajalah, orang yang bercakap di depan mereka pada jam 2.00 pagi itu memang dikenali sebagai penulis buku dan ustaz pulak tu. Takkanlah ustaz nak bohong... Rupanya perangai lebih hodoh daripada orang biasa. Khabarnya si ustaz buku ni tidak duduk di mana-mana cawangan atau kawasan pun. Kalau ikut perlembagaan, si hapraq ni tak layak bertanding di peringkat pusat.

Bukanlah mahu 'memuji' sahabat sendiri tapi penulis cukup rapat dan kenal beliau. Beliau sanggup menjual perniagaan komputernya yang maju demi menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas sebagai Exco Pemuda Pusat dan Timbalan Ketua Pemuda Negeri. Bukan itu saja malahan sanggup mengorbankan wang sendiri berjumlah RM40 ribu hanya semata-mata untuk membuka pejabat Pusat Aduan Rakyat di Kempas.

Buat masa ni penulis tidak akan mendedahkan nama '3 Kepala Hapraq' ni. Yang pasti ketiga-tiga orang ini sekarang tidak boleh angkat muka dengan sahabat penulis.

Penulis akan tentang sesiapa saja di kalangan pimpinan PAS yang dilihat boleh menjadi perosak jamaah.

PAS bukan milik Nik Aziz atau Hj Hadi atau sesiapa pun. PAS adalah milik semua ahli dan penyokongnya.

Syabas kepada para perwakilan Muslimat dan Pusat yang lebih matang daripada pemuda.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger