Saturday, February 28, 2009

Pertembungan Antara Haq Dengan Bathil Berterusan Hingga Kiamat

Sejak dari zaman Nabi Adam A.S lagi telah berlaku pertentangan antara yang HAQ dengan BATHIL. Permusuhan antara Habil dan Qabil ini berlaku apabila timbul rasa tidak puashati di pihak Qabil yang enggan menikahi adik kembar Habil yang bernama Lubuda kerana wajahnya tidak cantik. Manakala Habil pula akan dikahwinkan dengan kembar Qabil yang cantik bernama Iqlima.

Untuk menyelesaikan masalah ini secara hikmah dan adil, lalu Nabi Adam mencadangkan agar diserahkan saja masalah perjodohan ini kepada Allah SWT. Biar Dia yang menentukannya. Cadangan Nabi Adam ini diterima baik oleh Habil dan Qabil.

Ringkasnya, korban Habil berupa kambing ternakan yang sihat telah diterima oleh Allah manakala korban Qabil berupa gandum yang rosak ditolak oleh Allah. Sehubungan itu Habil adalah pemenangnya dan dialah yang berhak memilih antara 2 gadis saudaranya untuk dijadikan isteri.

Qabil pula tetap tidak berpuashati apabila korbannya tidak diterima oleh Allah. Hatinya terbakar kerana tidak dapat memperisterikan Iqlima yang cantik. Dendamnya terhadap Habil terus membara. Pada satu hari Nabi Adam A.S berpergian meninggalkan rumah dan mengamanahkan tanggungjawab kepada Qabil untuk menjaga rumahtangga, ibu dan saudara-saudaranya. Kesempatan inilah digunakan oleh Qabil untuk melaksanakan dendamnya. Pada satu hari, Qabil pergi mendapatkan Habil di padang ternakannya dan tanpa berfikir panjang terus membunuh saudara kandungnya yang beriman dan tak berdosa itu. Inilah sejarah pembunuhan manusia yang pertama berlaku.

Pertembungan antara kebenaran dengan kebathilan ini akan berterusan sehingga Hari Qiamat. Ianya tidak akan berhenti. Yang pastinya, setiap yang haq pasti menang dan yang bathil pula akan musnah. Begitulah juga yang berlaku dalam hati kita. Malaikat dan syaitan saling berebut untuk menguasai hati manusia. Malaikat membawa ilham yang baik dari Allah ke dalam hati manusia manakala syaitan pula membisik dan menghasut ke arah kejahatan.

Dalam mana-mana buku hasil karya para penulis sejarawan Islam terkenal, kita akan jumpa catitan yang dibuat bukanlah setakat mengenai sejarah kegemilangan Islam itu sendiri malah ditulis juga tentang keburukan zaman jahiliyyah.

Al-Qur'an ada menceritakan tentang keindahan hidup masyarakat Islam Madinah di bawah pemerintahan dan bimbingan Rasulullah S.A.W. selaku Ketua Negara. Juga didedahkan tentang betapa buruknya kehidupan masyarakat jahiliyyah Makkah di bawah pimpinan Abu Jahal dan sekutunya pada waktu itu.

Allah SWT juga menjelaskan kepada kita di dalam Kitab-Nya tentang kemurnian Tauhid dan betapa jeleknya syirik. Juga dinyatakan tentang nikmat balasan Syurga kepada golongan yang beriman dan siksa balasan Neraka bagi golongan yang kufur.

Semuanya ada dinyatakan dengan jelas. Pahala dan dosa. Syurga dan neraka. Iman dan kufur. Adil dan zalim. Segala-galanya termaktub di dalam Al-Qur'an sebagai panduan manusia agar berjaya melayari bahtera hidup mereka bersesuai dengan kehendak Allah SWT.

Semua perbandingan ini ada termaktub di dalam Al-Qur'an dan Sunnah. Tujuannya agar umat manusia boleh buat perbandingan dan membuat penilaian jalan manakah yang terbaik untuk dipilih dalam hidup ini.

Jelas di sini bahawa 'peperangan' antara yang haq dengan bathil akan berterusan sehinggalah dunia ini Qiamat.

Begitulah juga apa yang berlaku dalam negara kita. Janganlah kita merasa hairan bila melihat PAS menentang UMNO. Inilah ketetapan Allah sejak azali lagi. Kebenaran vs Kebathilan.

Sebagai umat Islam, jangan sekali-kali kita terpedaya dengan propaganda membela bangsa yang kerap dimainkan oleh UMNO apabila terdesak. Ini semua propaganda murahan.

Allah SWT tidak pernah memerintahkan para Nabi dan Rasul-Nya untuk memperjuangkan bangsa. Para Nabi dan Rasul hanya diperintahkan untuk membimbing dan mengajak umat manusia mentauhidkan Allah (Islam).

Berhubung dengan bangsa yang selalu diungkit oleh UMNO selama ini jelas menunjukkan kedangkalan mereka sendiri. Mereka lupa bahawa Allah yang menciptakan manusia terdiri dari pelbagai bangsa dan suku kaum agar mereka saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Malangnya umat Islam dalam negara ini, khususnya orang Melayu masih tidak menyedari bahawa perjuangan bangsa yang dibawa oleh UMNO selama ini merupakan satu perjuangan yang sia-sia dan ditolak oleh Allah SWT. Apa yang UMNO perjuangkan selama ini tidak ada bezanya dengan apa yang pernah dilakukan oleh Abu Jahal dan sekutu-sekutu musyrikin Makkah yang lain. UMNO itu sendiri diakui oleh Almarhum Tunku sebagai sebuah parti berfahaman sesat (sekular). Na'uzubillah...

Yang menghairankan masih ramai masyarakat Melayu masih 'buta hatinya' sehingga tidak boleh membezakan antara PAS dengan UMNO. Mereka bukannya tidak pernah ke Kelantan dan melihat sendiri bagaimana Pemerintahan Islam yang dilaksanakan oleh PAS di sana. Antaranya ;

1- Mengharamkan Riba' - semua bank di Kelantan hanya melaksanakan Perbankan Islam.

2- Mengharamkan Judi - semua premis judi ditutup.

3- Mencegah Maksiat - semua pusat hiburan ditutup.

4- Pelancaran Bulan Solat - Kerajaan Kelantan menggalakkan rakyat bersolat jamaah di masjid.

5- Melaksanakan Sistem Gadaian Islam (Ar-Rahn) - membebaskan umat Islam daripada sistem gadaian riba'.

Dan banyak lagi program yang telah berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan demi kesejahteraan hidup rakyat. Paling ironisnya Kerajaan Pusat (UMNO) sendiri meniru secara diam-diam apa yang telah dilaksanakan di Kelantan. Salah satunya cuti bersalin 2 bulan.

Memang dasar dan sifat UMNO itu sendiri "Bodoh Sombong". Sentiasa merasakan dirinya saja yang betul dan pandai. Sedangkan hakikat sebenarnya merekalah yang bodoh. Dahlah bodoh, ditambah pulak dengan kesombongan dan kesesatannya.

Yakinlah, kita sama-sama akan menyaksikan kehancuran UMNO tak lama lagi.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger