Monday, February 23, 2009

Hujah Al-Qur'an Membuktikan Pemimpin UMNO Sesat

Hujah 1 : Sengaja Tidak Menghukum Dengan Hukum Allah

Pemimpin UMNO yang memerintah negara dengan sengaja tidak mahu melaksanakan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an). Mereka lebih redha menggunakan undang-undang ciptaan manusia (undang-undang penjajah).

Dengan jelas Allah sebut di dalam Al-Qur'an tentang golongan pemimpin yang tidak mahu menghukum dengan apa yang telah Allah turunkan kepada mereka.

Surah Al-Maidah (5) : hujung ayat 44 ;

وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Ertinya : dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.

kemudian di penghujung ayat 45 ;

وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Ertinya : dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

seterusnya di hujung ayat 47 ;

وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Ertinya : dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.

Hujah 2 : Menafikan Undang-Undang Allah

Pemimpin UMNO juga sengaja menafikan Undang-Undang Allah. Buktinya mereka pernah berkata bahawa Hudud tidak boleh dilaksanakan dalam negara kerana masyarakat majumuk.

Firman Allah dalam Surah Yunus (10) : ayat 59 ;

قُلْ أَرَأَيْتُم مَّا أَنزَلَ اللَّهُ لَكُم مِّن رِّزْقٍ فَجَعَلْتُم مِّنْهُ حَرَامًا وَحَلَالًا قُلْ آللَّهُ أَذِنَ لَكُمْ أَمْ عَلَى اللَّهِ تَفْتَرُونَ

Ertinya : Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram dan sebahagian lagi halal? Katakanlah lagi (kepada mereka): Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?.

Dalam tafsir Pimpinan Ar-Rahman, ayat ini menegaskan bahawa di antara tujuan Al-Qur'an ialah menyatakan undang-undang yang mengatur kehidupan manusia, tetapi ada pula segolongan manusia yang berani membuat undang-undang sendiri menurut hawa nafsunya.

Kita semua tahu para pemimpin UMNO menggunakan undang-undang yang didraf oleh puak kafir British (penjajah) melalui satu suruhanjaya yang ditubuhkan dan dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Undang-undang SEKULAR inilah yang digunakan sehingga ke hari ini.

Musyrikin Mekah Meminta Al-Qur'an Dipinda

Allah SWT juga memberitahu kita semua bagaimana golongan musyrikin Mekah pernah meminta agar Rasulullah S.A.W meminda isi kandungan Al-Qur'an supaya sesuai dengan kehendak hawa nafsu mereka. Peristiwa ini Allah rakamkan dalam Surah Yunus (10) : ayat 15 yang bermaksud ;

"Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri, aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut, jika aku menderhaka kepada Tuhanku, akan azab hari yang besar (soal jawabnya)."

Itulah jawapan tegas Rasulullah S.A.W yang sepatutnya menjadi ikutan para Ulama' UMNO supaya tidak tunduk kepada kemahuan hawa nafsu pemimpin atasan yang zalim dan sesat.

Malangnya golongan Ulama' yang duduk dalam UMNO ini terdiri dari kalangan Ulama' Bisu dan Pengampu. Tengok muka mereka pun dah tak ada cahaya. Lihat sahajalah bagaimana perangai bekas Imam Besar Mesjid Negara, Pirdaus Ismail yang masuk UMNO dan bertanding di Permatang Pauh. Bila kalah dalam pilihanraya, dia tendang peti undi. Beginikah perangai seorang yang hafiz ? Betul juga kata orang. Bila masuk UMNO, serta-merta berubah jadi jahat.

Sebenarnya aku tahu apa sebab Pirdaus boleh tersesat masuk UMNO ni. Aku akan cerita dalam artikel lain nanti.

Wahai orang UMNO, apa lagi bukti yang kamu mahukan untuk menyedarkan kamu semua betapa sesatnya UMNO dan pimpinannya. Adakah kamu juga masih ragu-ragu dengan hujah Al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah ?

Renungkanlah sebelum nafas sampai di leher.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger