Sunday, March 1, 2009

Peristiwa Memali : Pemangkin Kebangkitan Islam Dalam Negara

Seluruh umat Islam yang beriman pastinya tidak akan lupa tentang Peristiwa Berdarah Memali yang berlaku pada 19 November 1985. Peristiwa yang mengorbankan 14 orang Islam yang beriman dan tak berdosa ini jelas membuktikan kepada kita betapa munafiqnya manusia yang memimpin UMNO ketika itu sehinggalah ke hari ini.

Almarhum Ustaz Fadhil Noor pernah menyebut bahawa hanya ada 3 golongan yang berani membunuh Ulama' dalam dunia ini. Golongan itu ialah Yahudi, Komunis dan UMNO.

Apa perlunya tindakan kejam ini ? Ustaz Ibrahim Libya dan murid-muridnya bukan pengganas atau penjenayah merbahaya. Ustaz Ibrahim hanyalah seorang Mudir di sebuah Madrasah yang mendidik dan membimbing masyarakat Islam Baling agar berjaya menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa. Itu saja tugasnya. Salahkah kalau kita ajak orang jadi baik dan diredhai oleh Allah SWT ?

Hanya UMNO saja yang benci kepada golongan manusia yang beriman dan bertaqwwa. Sebabnya jika umat Islam dalam negara ini benar-benar memahami Islam, mereka tidak akan menyokong dan menjadi ahli UMNO.

UMNO hanya suka kepada rakyat yang menganut Islam kulit semata-mata. Islam di luar, munafiq dan fasiq di dalam. Lihat saja hari ini betapa rosaknya akhlak umat Islam di kalangan remaja dan muda-mudi. Semuanya leka dibuai dengan keseronokan dunia. Gejala murtad, zina, pergaulan bebas, dadah, gangsterisme dan black metal telah sampai ke tahap kritikal. UMNO hanya membiarkan saja perkara ini berlaku kerana golongan remaja dan belia yang rosak ini akan menjadi pengikut mereka, seterusnya menjadi kesinambungan kepada visi pengekalan 'survival' kuasa politik toghut mereka.

Berbalik kepada Peristiwa Memali.

Sekitar tahun 1984/85 ini disebut oleh banyak pihak sebagai Era Kebangkitan Islam bermula di Malaysia. Secara kebetulan PAS ketika itu berada di bawah pimpinan Ulama' apabila Almarhum Tuan Haji Yusof Rawa mengambilalih kepimpinan PAS dari Dato' Asri Muda.

Tidak dapat dinafikan lagi pada ketika itu pertembungan 'Aqidah begitu ketara antara UMNO dan PAS. Saya sendiri pada ketika itu berada di Kelantan dalam sekitar tahun 1984 dan melihat sendiri bagaimana hebatnya pertembungan ini sehingga wujud "Surau PAS dan Surau UMNO" di setiap kampung. Dalam usia saya baru menjangkau 18 tahun, sudah tentu saya belum faham keadaan ini malah masih buta tentang politik ketika itu.

Selain Assyahid Ustaz Ibrahim Libya, para pemidato PAS yang popular ketika itu antaranya Tuan Guru Haji Hadi, Almarhum Ustaz Fadhil Noor, Tuan Guru Hj Awang Bakar, Ustaz Abu Bakar Chik, Hj Mohamed Sabu, Mahfuz Omar, Almarhum Ustaz Bunyamin Yaakob dan lain-lain. Seorang penceramah bebas yang agak keras pidatonya ketika itu ialah Ustaz Hj Ghazali Hasbullah.

Semua program ceramah dan aktiviti PAS mendapat sambutan baik di kalangan masyarakat Islam ketika itu. Usrah, tamrin, qiamulail dan pelbagai aktiviti dikatakan 'hidup segar' di mana-mana sahaja. Buku-buku yang digunakan sebagai panduan usrah adalah terdiri daripada terjemahan Assyahid Syed Qutb, Hassan al-Banna, Yusof Qardawi, Fathi Yakan begitu mendapat sambutan baik dari kalangan ahli PAS.

Assyahid Ustaz Ibrahim Libya memang dikenali sebagai seorang yang tegas. Tidak pernah takut untuk menegur sesiapa sahaja. Ketegasan beliau dalam menjelaskan hal-hal yang berhubung dengan 'Aqidah. Beliau menerangkan secara terperinci perbezaan yang jelas antara PAS dan UMNO dalam setiap kuliahnya maupun dalam ceramah. Antara ucapan-ucapan yang sering ditegaskan oleh beliau ialah ;

"Samada yang bekerja sebagai petani, buruh kasar atau di pejabat swasta atau pejabat kerajaan, samada yang bekerja sebagai UKK, Polis pacak, askar atau tentera atau FRU, kita mengingatkan kepada mereka ini bahawa kamu juga mengucap Dua Kalimah Syahadah itu. Ketika kamu telah menjadi seorang Islam, maka janganlah cuba menyekat perjuangan kami di dalam Parti Islam (PAS) ini untuk menegakkan Syari'at Allah dan kalimah Allah yang tinggi. Jika disekat, kami akan tentang kamu dan jika kami mati atau gugur, maka gugur kami sebagai syahid dan kamu pula dalam hal itu mati katak semata-mata, mati sia-sia. Kepada orang-orang Islam yang menjadi alat kepada kerajaan toghut dan zalim, kamu diingatkan berkali-kali mengenai tindakan Allah ke atas kamu kelak."

Selain ceramah, hari demi hari kuliah Assyahid yang dibuat di Madrasah Islahiah Diniah semakin mendapat sambutan masyarakat setempat dan juga daripada luar. Kesedaran Islam di kalangan masyarakat Melayu ketika itu sungguh ketara sekali. Assyahid tidak pernah jemu dalam usahanya untuk menyedarkan umat Islam. Perkara pokok kepada penyampaiannya adalah berkaitan dengan 'Aqidah. Beliau juga sentiasa membacakan ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis berhubung dengan kelebihan mati syahid. Bukan sahaja dia mengajak dirinya untuk berjuang sehingga syahid, malah beliau sentiasa menanamkan semangat mati syahid ini di mana-mana sahaja beliau berpidato. Setiap pidatonya sentiasa disambut dengan laugan takbir oleh hadirin.

Ketika itu kesedaran Islam di kalangan masyarakat Baling begitu ketara sekali hasil dari didikan dan tarbiyyah Assyahid Ustaz Ibrahim Libya. Didikan dan tarbiyyah Assyahid benar-benar mempengaruhi kehidupan masyarakat Baling ketika itu. Assyahid semakin disayangi dan dihormati. Beliau juga semakin popular di kalangan masyarakat luar sehingga kerap menerima undangan untuk menyampaikan kuliah ataupun ceramah di mana-mana saja. Assyahid tidak pernah menolak setiap undangan yang diterima kerana niatnya semata-mata untuk berdakwah dan menyedarkan umat Islam.

Apabila dilihat pengaruh PAS semakin melebar dan setiap ceramah yang disampaikan oleh para pemidato PAS dihadiri oleh ribuan manusia, maka puak-puak toghut, munafiq dan tidak beriman kepada Allah ketika itu merasakan diri mereka tercabar. Termasuklah pimpinan dan ahli UMNO di semua peringkat. Hasil dari kebencian puak-puak munafiq ini terhadap era kebangkitan Islam yang dibawa oleh PAS ketika itu, berbagai desakan telah dibuat samada mengharamkan PAS atau menangkap beberapa pimpinan serta para pemidato PAS yang lantang ketika itu.

Ekoran dari desakan demi desakan oleh berbagai pihak, akhirnya operasi menangkap pimpinan PAS dilaksanakan. Pada bulan Ogos 1984, waran tangkap untuk Assyahid Ustaz Ibrahim turut dikeluarkan. Namun Assyahid menegaskan yang dia sekali-kali tidak akan menyerah diri. Mereka boleh menyentuh tubuhnnya setelah tubuhnya kaku menjadi mayat. Inilah pendirian tegasnya.

Sementara pimpinan PAS seperti Ustaz Abu Bakar Chik, Almarhum Ustaz Bunyamin Yaakob, Ustaz Latif Mohamad, Hj Mohamad Sabu, Hj Mahfuz Omar telah ditahan di bawah ISA. Termasuk juga penceramah bebas yang keras pidatonya, Ustaz Ghazali Hasbullah.

Segala tindakan kejam dalam Peristiwa Memali serta penangkapan beramai-ramai pimpinan PAS di bawah ISA membuktikan bahawa UMNO sememangnya Musuh No.1 Islam. Perangai munafiq puak-puak pimpinan UMNO ini berterusan sehinggalah ke hari ini. Dosa para pimpinan dan ahli UMNO sudah terlampau besar. Ringkasnya, UMNO sememangnya Musuh No.1 Islam dalam negara.

Peristiwa Berdarah yang berlaku di Memali adalah sebagai pemangkin kepada Era Kebangkitan Islam di Malaysia. Sewajibnya seluruh umat Islam menyambut kebangkitan ini dengan menyertai PAS.

Takbir !

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger