Friday, February 6, 2009

Mahathir : Pengajaran Untuk Anwar

Semenjak Mahathir berhenti jadi PM, aku tengok si tua ni asyik marahkan UMNO je sepanjang masa. Sewaktu dia jadi PM dan Presiden UMNO dulu, dia tak nampak semua keburukan dalam UMNO. Macamana nak nampak sebab dia Presidennya. Tentulah merasakan UMNO di bawah pimpinannya baik dan 'bersih'.

Inilah balasan Allah kepada Mahathir. Hari ini dia sendiri nampak UMNO di ambang kehancuran akibat pelbagai gejala keji yang berlaku seperti rasuah dan penyelewengan yang sudah lama bertapak sejak zaman pemerintahannya. Apabila Pak Lah 'take over', gejala buruk ini semakin parah.

Hari ini kita melihat orang UMNO yang membuka pekong parti itu sendiri. Pembangkang tak perlu bersusah-payah lagi untuk mendedahkannya.

Mari kita beralih pula kepada PKR. Apa yang berlaku di Perak hari ini berpunca dari DUA orang ADUN dari PKR yang 'gila tak tentu pasal'. Selama ini PKR nampak 'glamour' dan lebih menonjol apabila Penasihatnya Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang. Tak keterlaluan aku katakan, ramai di kalangan MP PKR dah mula berangan nak jadi Menteri Kabinet apabila mereka begitu yakin tarikh 16 September lalu menjadi kenyataan dan bos mereka menjadi PM.

Seluruh negara dicanang Anwar dengan tarikh 16 September sebagai 'tarikh keramat'. Tarikh Pakatan Rakyat memerintah. Lepas tu tak jadi, ditunda pula sehingga Hari Raya Haji. Tak jadi juga. Tiba-tiba 2 orang 'mangkuk' dari PKR buat hal sehingga jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Selain dari 'maki' UMNO dapat pahala, sekarang ni giliran Anwar dan PKR pula jadi sasaran. Sebenarnya aku hairan tengok perangai Anwar ni. Dah kena terajang dari UMNO. Kena fitnah, kena belasah dengan Rahim Noor sampai patah riuk tulang belakang dan kemudian dipenjara 6 tahun, tapi masih tak mahu duduk dalam perjuangan Islam. Hakikat yang perlu kita sedari bahawa Anwar juga seorang yang berfahaman sekular seperti pemimpin UMNO juga. Sebab itu dia lebih suka masuk UMNO daripada menyertai PAS.

Selama ini mati-mati kita ingat Alpha Clinic memberi rawatan percuma kepada Anwar. Rupa-rupanya segala pembiayaan rawatan pembedahan tulang belakangnya dibiayai oleh 'rakan baik' dari Amerika. Padanlah Anwar asyik bercerita dalam ceramahnya "Minggu lepas saya baru balik dari George Washington Universiti. Terpaksa cari makan kat luar. Kat sini depa dah tutup semua ruang."

Wahai Anwar, berbanggalah kamu dengan 'rakan-rakan baik' dari Amerika tu. Kami sudah tahu dengan siapa kamu berurusan di sana.

Berhubung isu di Perak, Mahathir menyatakan ini sebagai pengajaran terbaik untuk Anwar. Selama ini Anwar sibuk pukul canang tentang 'lompat si katak lompat' MP BN masuk PR. Berikut adalah komen Che Det dalam blognya tentang isu lompat ini ;

- Sandiwara di Perak masih menggelikan hati. Ada lompat keluar kandang, ada lompat masuk kandang.

- Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah. Tetapi menteri besar Pakatan (Rakyat) tidak hendak berhenti jadi MB.

- Pejabatnya sudah dikosongkan oleh polis. Apakah polis akan usung MB dan campak dia keluar? Tentu tidak kerana tiada peruntukan undang-undang yang mengizinkannya," tulis Dr Mahathir dalam blognya.

- Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara tersebut kerana beliau yang beria-ia sangat untuk ada 'lompat katak yang terbesar' pada September 16.

- Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (Adun Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR.

- Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah...

- Pakatan Rakyat Perak boleh bentuk kerajaan minoriti kerana demokrasi mengizinkannya.

- Tetapi kerajaan minoriti lemah. Dia boleh ditumbang dengan undi tidak percaya oleh majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, kalau Dewan bersidang.

Peruntukan undang-undang

- Mungkin Pakatan tak mahu ada persidangan.

- Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya?

- Jika tidak dapat paksa kerajaan minoriti mengadakan persidangan, mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak.

- Apakah yang boleh dibuat kepada kerajaan minoriti jika ia kekalkan dirinya dan terus merosakkan negeri?

- Keadaan seperti ini masih kelabu; tak ada peruntukan undang-undang setakat yang saya tahu.

- Ada kemungkinan pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini.

- Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah kerajaan yang halal.

- Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan.

Sekian.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger