Thursday, February 19, 2009

Bukhaira : Pelita Dalam Gelap Jahiliyyah

Meskipun orang-orang Arab sebelum kelahiran Nabi S.A.W digelar sebagai umat jahiliyyah dan buta huruf. Bagaimanapun masih ada saki-baki orang-orang yang terus menerus bergantung dan masih beramal dengan akidah tauhid dengan mengikuti jalan hanifiah yang berkeyakinan tentang kebangkitan semula manusia di Hari Mahsyar. Begitu juga mereka mempunyai keyakinan bahawa Allah SWT memberi pahala kepada orang yang mentaati-Nya dan menyiksa orang-orang yang derhaka kepada-Nya.

Golongan hanifiah yang masih ada satu dalam seribu itu merasa jijik dengan budaya jahiliyyah yang menyembah berhala, serta pemikiran jahat dan pandangan yang sesat. Di antara mereka yang masih berpegang dengan akidah tauhid dalam masyarkat jahiliyyah itu antaranya ialah seorang yang dikenali dengan nama Qes bin saidah al-'Iyadi, Riab as-Syanni dan juga Bukhaira ar-Rahib. Tiga nama yang muncul sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W itu merupakan pelita yang terus menyinar yang dipelihara oleh Allah SWT sebagai penyambung kepada ajaran hanifiah di tengah-tengah kegelapan jahiliyyah.

Tiga nama ini merupakan Tok 'Alim yang menjadi tumpuan orang-orang yang terbuka hati untuk mengetahui sesuatu tentang kebenaran. Bukhaira ar-Rahib adalah seorang rahib Yahudi yang beriman dengan ajaran Nabi Musa A.S dan mendalami kandungan Taurat. Bukhaira mengetahui tentang kezahiran Nabi akhir zaman melalui Taurat, segala sifat dan perwatakan Nabi akhir zaman itu sudah dikenalinya dengan jelas dan nyata.

Apabila suatu ketika rombongan perniagaan seorang hartawan dan ahli dagang terkenal Makkah bergerak menuju ke Syam, turut serta dalam romobongan itu ialah Abu Talib, anak saudaranya yang masih kanak-kanak dan juga Maisarah. Bukhaira bertemu dengan rombongan dagang itu, beliau dapat tahu bahawa rombongan dagang itu dari Makkah untuk urusan dagang ke Syam.

Dalam kitab yang dibaca oleh Bukhaira, Makkah dikenali sebagai Parahlik. Di situlah tempat munculnya Nabi akhir zaman. Apabila Bukhaira melihat ada seorang kanak-kanak yang berada dalam rombongan dagang tersebut, beliau terus berjumpa dengan rombongan itu. Dengan beberapa maklumat dan latarbelakang kanak-kanak tersebut yang diperolehinya hasil perbualan dengan Abu Talib, diikuti penelitiannya secara ilmiah dan renungan tajam berdasarkan kitab Samawi (Taurat) serta ke'alimannya, maka Bukhaira meyakini bahawa kanak-kanak itulah sebenarnya yang bakal menjadi Nabi akhir zaman. Dialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib.

Setelah Bukhaira melihat wajah kanak-kanak yang bernama Muhammad bin Abdullah itu, dia menemui segala petunjuk yang telah diisyaratkan di dalam kitab Taurat. Untuk mendapat suatu kepastian terakhir, Bukhaira telah meminta izin untuk melihat belakang kanak-kanak itu. Setelah dibukanya, dia menemui sesuatu di belakang badan Muhammad bin Abdullah, iaitu tanda "Khatamun Nubuwwah" seperti yang dijelaskan dalam kitab Samawi yang diimaninya itu.

Dengan penuh keimanan kepada kitab Samawi yang telah menjelaskan menngenai Nabi akhir zaman, maka Bukhaira segera menasihati Abu Talib supaya menyegerakan urusan niaganya dan menganjurkan agar dia segera pulang ke Makkah, kerana sekiranya rahsia mengenai kenabian Muhammad S.A.W yang masih kanak-kanak itu diketahui oleh puak-puak Yahudi, nescaya mereka akan melakukan pengkhianatan terhadap kanak-kanak yang bakal menjadi Nabi akhir zaman itu.

Bukhaira amat arif dengan sikap kaum Yahudi yang sangat berharap bahawa Nabi akhir zaman itu lahir dari bangsa mereka. Justeru apabila mereka mengetahui bahawa Nabi akhir zaman dari kalangan bangsa Arab, sudah pasti bangsa Yahudi akan melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya dan petaka kepada kanak-kanak yang bakal dilantik oleh Allah SWT sebagai Nabi akhir zaman.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger