Monday, February 23, 2009

Talqin Tok Batin Selepas Mayat Dikebumikan

Selama ini kita biasa melihat apabila seorang Muslim yang meninggal dunia akan dibacakan TALQIN oleh Pak Imam setelah jenazah selamat dikebumikan. Antara intisari talqin yang dibacakan termasuklah 7 soalan yang akan disoal oleh 2 Malaikat iaitu Munkar dan Nankir.

Rupa-rupanya dalam masyarakat orang asli yang berfahaman 'pagan' (tiada agama) ini juga ada bacaan talqin mereka sendiri. Sudah tentu Tok Batin selaku ketua mereka akan membacakanya.

Ringkasnya, setelah mayat si mati selesai dikebumikan dan Tok Batin akan mengambil tempat di sisi kubur tersebut untuk memulakan bacaan talqin tersebut. Bunyinya lebih kurang begini ;

"Oh Yek, tak sangka rupanya kau mati hari ini. Kami sedih Yek. Kurang sudah kawan pergi berburu. Apa boleh buat Yek , Tuhan mahu ambil kau dulu dari kami."

"Yek, janganlah kau risau pasal bini dan anak-anak kau. Tahulah kami jaga mereka. Apa yang penting sekarang kau mesti bersedia untuk menjawab soalan dalam kubur ini. Yek, sekejap lagi datang 2 orang akan menyoal kau dengan beberapa soalan. Kau mesti jawab Yek. Kalau jawapan kau betul, selamatlah kau Yek. Tapi kalau jawapan kau salah, kau akan dipukul oleh 2 orang itu."

"Yek, kau jangan risau. Jika kau jawab salah, kau masih boleh selamatkan diri kau dari dipukul mereka. Biar aku ajar kau caranya."

"Jika dia pukul kau di sebelah kanan Yek, kau elak ke sebelah kiri Yek."

"Jika dia pukul kau di sebelah kiri Yek, kau elak ke sebelah kanan Yek."

"Tapi bila dia pukul kau di tengah-tengah Yek, matilah kau Yek, Yek. Nasib kaulah Yek".

"Yek, kami mahu pulang sudah ke rumah. Tinggallah kau sendirian di sini. Ingat pesan aku dan jangan takut bila 2 orang itu datang. Jaga diri kau baik-baik. Selamat tinggal Yek."

Di sini jelas membuktikan kepada kita bahawa dalam masyarakat orang asli yang berkepercayaan pagan ini juga percaya adanya soalan kubur. Begitu jugalah dengan masyarakt bukan Islam di seluruh dunia. Mereka tetap percaya adanya Tuhan, Malaikat, Syurga dan Neraka tetapi malangnya cara pengabdian mereka salah di sudut Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyah. Mereka hanya mengikut saja kepercayaan agama nenek moyang mereka yang sesat tanpa berusaha untuk mencari kebenaran yang hakiki.

Adios.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger