
Berbalik kepada isu di Perak. Mengapa Sultan Azlan Shah boleh bertindak seolah-olah dia sendiri ahli UMNO. Sedangkan dalam Perkara 16(6), Sistem Raja Berperlembagaan Malaysia ada menyebut "Sultan hanya ada kuasa melucutkan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) tetapi tidak Menteri Besar. Menteri Besar hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran DUN atau undi tidak percaya dalam sidang DUN atau Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan."
Terbukti sekarang bahawa Dato' Seri Nizar Jamaluddin masih sah sebagai Menteri Besar Perak. Memang tepat tindakannya mempertahankan jawatan Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat Perak.
Persoalannya, mengapa Sultan Perak boleh menerima cadangan Najib agar melantik Menteri Besar baru dari BN hanya dengan alasan BN sudah menguasai 31 kerusi sedangkan ketiga-tiga ADUN tersebut mengisytiharkan diri mereka sebagai Wakil Rakyat Bebas.
Satu lagi persoalan, sepatutnya Sultan Perak mendengar nasihat Menteri Besarnya, bukan mendengar nasihat PM atau TPM. Apa masalahnya jika Sultan Perak menerima cadangan MB agar dibubarkan Dewan Undangan Negeri dan diadakan pilihanraya semula. Pastinya ini jalan yang terbaik dan adil serta dapat mengelakkan sebarang kecelaruan dan kekecohan yang berlaku seperti sekarang.
Rupa-rupanya ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik tindakan Sultan Azlan Shah ini. Mungkin fakta ini merupakan satu faktor yang mempengaruhi tindakan Sultan sehingga sanggup bertindak secara tidak profesional.

Projek Landasan Keretapi yang bernilai RM 12 bilion ini telah tergendala di kawasan Pulau Pinang. Ini berpunca apabila GAMUDA tidak mahu mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Jika dilihat dari fakta ini, ianya tidak mustahil boleh mempengaruhi tindakan Sultan Perak dalam menangani isu rampasan kuasa ini. Secara logiknya, Sultan Azlan Shah marah dengan tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat Penang kerana menjadi punca projek puteri kesayangannya tergendala. Secara kebetulan berlaku isu lompat parti di Perak dan digunakan sepenuhnya oleh Sultan Azlan Shah untuk balas dendam kepada Pakatan Rakyat.
Sekiranya ini benar, adalah malang bagi kita rakyat Malaysia. Sultan yang menjadi payung kepada rakyat telah bertukar sikap hanya disebabkan kepentingan peribadi dan keluarga.
Jazakallah.
No comments:
Post a Comment