Monday, February 16, 2009

Peruntukan Kerajaan : 50 Juta Untuk Sekolah Mubaligh Kristian

Laporan Berita Harian : Najib berkata, inilah kali pertama dalam sejarah negara, kerajaan memberikan peruntukan sebegitu besar sehingga RM50 juta kepada Sekolah Bantuan Kerajaan Mubaligh di negara ini, yang diyakini akan memacu sekolah terbabit. Berita penuh, sila klik di sini

Semakin hari semakin terserlah kemunafiqan dan kekafiran pimpinan UMNO ini.

Sekolah Agama Rakyat disekat peruntukannya. Pelbagai cara dan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan UMNO/BN untuk menghapuskan SAR ini sejak dari zaman Mahathir lagi. Macam-macam tuduhan dan propaganda palsu yang dibuat terhadap SAR bagi 'menghalalkan' segala tindakan jahat mereka.

Bukti yang bagaimana lagi perlu ditunjukkan bagi menyedarkan seluruh masyarakat Islam yang masih menyokong UMNO/BN ini. Tak nampak lagikah kesesatan pimpinan UMNO ni sehingga mata hati jadi buta dan terus diperbodohkan.

Di mana letaknya Islam pada diri pimpinan UMNO yang ada hari ini ?

Sekolah Mubaligh Kristian diberikan peruntukan RM 50 juta dan peruntukan besar ini akan terus diberikan. Apa perlunya kerajaan berikan peruntukan ini. Perlu kita ketahui bahawa setiap tahun Persatuan Gereja dan Sekolah-Sekolah Mubaligh ini telah ada peruntukan sendiri dari Persatuan Gereja Sedunia. Di anggarkan sebanyak USD 250 juta disalurkan kepada Persatuan Gereja Asia Tenggara setiap tahun.

Dahlah puak-puak mubaligh (missionary) Kristian ini semakin hari semakin berani memurtadkan anak-anak orang Islam dalam negara, ditambah pulak dengan pemberian peruntukan RM 50 juta. Semakin bermaharajalelalah mereka.

Confirm, UMNO takde bezanya dengan Yahudi dan Nasrani. Sebab itulah UMNO hanya membiarkan saja 250 ribu orang Islam murtad tanpa sebarang tindakan. Hakikatnya, UMNO memang suka berlakunya murtad di kalangan orang Islam sebab golongan sebeginilah yang akan terus menyokong mereka.

Berapa banyak pertubuhan NGO yang anti-Islam dibiarkan saja bergerak tanpa sebarang halangan. Malah diberikan lagi peruntukan.

Wahai Saudara Islam Ku,

Hanya ada satu jalan saja untuk kita halang daripada perkara ini terus berlaku. Jika anda semua masih sayangkan Islam, sila tinggalkan UMNO segera. Marilah bersama dengan PAS memperjuangkan Agama Allah yang suci ini.

Kita tidak boleh membiarkan musuh-musuh Islam ini bertindak sesuka hati mereka.

Wajib bagi umat Islam dalam negara ini mengundi PAS dalam pilihanraya.

"Mari Kita Bersama-Sama Menegakkan Daulah Islamiyyah Dalam Negara"

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger