Saturday, February 7, 2009

Adakah Kita Benar-Benar Menjadi Pembela Islam ?

Sebagai seorang Muslim, adalah menjadi kewajiban kita untuk memelihara Islam daripada diganggu-gugat dan dicabar oleh sesiapa pun. Hatta jika perlu, nyawa kita jadi taruhan demi mempertahankan kedaulatan agama Islam dalam negara ini khususnya.

Malangnya hari ini umat Islam sudah tidak sensitif dengan agamanya. Dah beratus ribu anak orang Islam dimurtadkan namun kebanyakan orang Islam tidak ambil peduli. Lebih teruk lagi ada yang tidak tahu menahu langsung hal ini.

Memang benar apa yang telah diperkatakan oleh Rasulullah SAW. Baginda pernah menyebut bahawa umat Islam di akhir zaman ibarat buih. Ramai tetapi lemah.

Kita lihat sendiri apa yang berlaku dalam negara kita hari ini. Golongan kafir sudah semakin berani mempertikaikan kedaulatan dan kesucian Islam. Antaranya ;

1- mempertikaikan Undang-Undang Mahkamah Syari'ah

2- meminta dibuat pindaan dalam Perlembagaan jika seseorang bukan Islam mahu berkahwin dengan seorang Islam, maka mereka tak perlu memeluk Islam.

3- meminta dibuat pindaan dalam Perlembagaan agar diberi kebenaran kepada seseorang Islam untuk menukar agamanya (murtad)

4- mempertikaikan perkataan 'Islam' dalam kad pengenalan.

5- mempertikaikan azan di masjid-masjid.

6- mempertikaikan undang-undang pembahagian harta pusaka dalam Islam. Mereka mempersoalkan kenapa golongan wanita mendapat bahagian yang kecil (Sister In Islam)

dan pelbagai lagi tuntutan puak-puak musuh Islam yang sudah begitu berani mencabar Islam.

Hari ini kerajaan di bawah pimpinan UMNO bangsat terus membiarkan pertubuhan-pertubuhan anti-Islam ini tumbuh macam cendawan lepas hujan.

Mengapa pimpinan UMNO yang mengaku Islam ini tidak berani menghalang puak-puak musuh Islam ini daripada bermaharajalela ?

Sebenarnya UMNO itu sendiri serupa sahaja dengan mana-mana pertubuhan anti-Islam yang terdapat dalam negara ini. Perlu diketahui bahawa para pemimpin UMNO itu sendiri adalah golongan MUNAFIQ.

Apa peranan kita sebagai umat Islam ? Adakah kita hanya berpeluk tubuh sahaja dan terus membiarkan musuh-musuh Islam memijak dan menghina kesucian agama Allah ini ?

Mahukah kita berhadapan dengan suasana di mana anak-cucu kita nanti hanya tinggal Islam pada nama sahaja. Hakikatnya mereka kafir. Atau berlaku situasi anak-cucu kita sendiri tanpa segan silu mengaku murtad dan menganut agama lain. Jangan kita anggap perkara ini tidak boleh berlaku.

Sejarah umat Islam Bosnia dibunuh dan disembelih oleh pengganas Serbia dengan sesuka hati boleh kita jadikan iktibar. Ada yang dirogol kemudian dibunuh serta kemaluannya dikoyak. Ibu yang mengandung dibelah perutnya dan bayi yang dikandung dijadikan makanan anjing.

Pernahkah kita terfikir mengapa umat Islam di Bosnia diperlakukan sedemikian ? Salah seorang Imam di salah sebuah mesjid di Bosnia memberitahu bahawa majoriti masyarakat Islam Bosnia hidup dalam kesesatan. Arak, judi, seks bebas, kahwin campur agama dan pelbagai lagi kemungkaran yang mereka lakukan sehingga ke tahap melampaui batas.

Imam tersebut menyatakan bahawa apa yang berlaku ini adalah balasan Allah kepada mereka disebabkan kesalahan mereka sendiri.

Mahukah kita perkara yang serupa berlaku dalam Malaysia ?

Jangan kita ambil mudah hal ini ? Tanpa kita sedari, orang Islam yang MURTAD dalam negara ini telah mencapai angka suku juta (250 ribu) orang. Angka ini disahkan sendiri oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Manakala jumlah yang memohon untuk menukar nama kepada nama bukan Islam melebihi 100 ribu orang.

Marilah kita sama-sama berhijrah. Tidak ada jalan lain untuk kita menghalang perkara ini daripada berlaku melainkan dengan menukar kerajaan yang sedang memerintah hari ini. Hanya dengan Pemerintahan Islam sajalah yang dapat menjamin kedaulatan Islam itu sendiri dan seterusnnya memelihara 'Aqidah anak-cucu kita selepas ketiadaan kita nanti.

Marilah kita menyertai perjuangan Islam bersama dengan PAS. Mudah-mudahan kita dimasukkan oleh Allah ke dalam golongan pembela agamaNya.

Sebagai renungan bersama.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger