Friday, February 6, 2009

PAS Perlu Mempersiapkan Diri Jadi Pemerintah

Mungkin ada di kalangan 'visitor' yang membaca artikel aku ni tersenyum atau mempersendakan tajuk yang aku pilih ini. I don't care whatever they wants to say, just say it. I'm not a political analyst or good politician. Nobody in this world who is capable of making precise analysis in politics except Rasulullah SAW.

Justeru adalah tidak menjadi satu kesalahan untuk kita membuat analisa sendiri berhubung dengan perkembangan politik dalam negara mutakhir ini.

Sebagai seorang Muslim, adalah menjadi kewajipan kita untuk duduk dalam Perjuangan Islam yang berlandaskan Al-Qur'an, Hadis, Ijma' Ulama' dan Qias. Tiada alasan bagi kita mengecualikan diri daripada perjuangan untuk menegakkan Daulah Islamiyyah ini.

Kewajiban berada di dalam satu Jamaah atau Harakah Islamiyyah ini dapat dilihat di dalam Al Qur’an, sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk menegakkan agamanya di dalam satu Jamaah yang tersusun rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."

Di dalam hadis, Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:

"Wajiblah kamu bersama-sama dengan jamaah Muslimin dan pimpinan mereka."

Di dalam hadis yang lain pula, baginda bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia, seperti serigala kambing juga. Dia menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah kamu berjamaah dan mencampuri orang ramai serta menghadiri masjid."

Jika melihat dalam skop Malaysia, hanya PAS yang memenuhi syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah dan menuruti kesinambungan perjuangan Rasulullah.

Senario yang berlaku di Perak jelas menunjukkan yang jadi sasaran pihak bangsat UMNO/BN adalah di kalangan ADUN PKR dan DAP. Mengapa ahli PKR dan DAP yang dijadikan 'target' untuk dibeli dan dipujuk ? Mudah sangat untuk menjawabnya.

UMNO/BN telah sedia mengetahui sedari awal lagi bahawa dasar perjuangan PKR dan DAP adalah serupa sahaja dengan mereka. Mereka tahu dengan 'habuan dunia' dan sedikit ugutan saja sudah memadai untuk melemahkan jiwa ahli PKR dan DAP yang dipilih. Tidak mustahil 'projek keji' puak-puak bangsat UMNO/BN ini akan diteruskan ke Selangor. Mereka mungkin melupakan hasrat untuk meneruskan 'projek' ini ke Kedah disebabkan barisan pimpinan Kerajaan Negeri Kedah telah mengambil tindakan yang sewajarnya.

Yang pasti rakyat dalam negara ini mula membuat penilaian semula terhadap PKR khususnya. Pengundi di Behrang dan Changkat Jering semestinya berasa kecewa dengan tindakan bodoh ADUN PKR ini. Persoalannya, adakah masih relevan untuk meletakkan calon PKR di kedua-dua DUN ini menjelang PRU13 nanti ?

Rakyat juga kecewa dan mula mempertikaikan kewibaan Anwar Ibrahim apabila Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji untuk 'take over' Putrajaya pada 16 September lalu. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila tarikh kedua (selepas Hari Raya Haji) yang disebut oleh Anwar pun tak menjadi.

Apabila timbul saja isu di Perak, maka lengkaplah kekecewaan hati rakyat setelah Anwar memungkiri janjinya sebelum ini. Disebabkan Anwar terlampau ghairah dan tidak sabar-sabar nak jadi PM, akhirnya yang 'melompat' adalah anak buahnya sendiri. Padan muka Anwar.

Sebenarnya aku sendiri tak setuju dan meluat dengan sikap Anwar yang asyik menyebut dalam ceramah, juga dalam sidang akhbar "Kita sudah cukup korum untuk jadi pemerintah. Hanya tunggu masa yang paling sesuai. Jadi kita tetapkan 16 September sebagai dateline...."

Sekarang seluruh rakyat Malaysia yang 'celik hatinya' mengalihkan tumpuan mereka kepada PAS. Pasti timbul dalam benak fikiran mereka mengapa Wakil Rakyat PAS tidak dijadikan sasaran UMNO/BN untuk 'dipujuk dan dibeli' ???

Insya-Allah, seluruh rakyat akan mendapat jawapannya dan seterusnya lebih mengenali PAS selepas ini. Adalah bukan satu perkara yang mustahil jika PAS menjadi pilihan rakyat dalam PRU13 nanti. Hari ini kelab-kelab penyokong PAS semakin bertambah dari masa ke semasa. Masyarakat bukan Islam sudah semakin mengenali PAS dan dasar perjuangannya.

Jika dilihat dari keputusan PRU12, jelas menunjukkan kurangnya kesedaran masyarakat Melayu terhadap kewajipan menegakkan Daulah Islamiyyah. Bagi kawasan Parlimen dan DUN yang majoritinya pengundi Melayu, PAS kalah. Kecuali di Kedah dan Kelantan. Indikator ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu Islam masih setia dengan pegangan 'aqidah sekular yang diajar oleh UMNO bangsat.

Sebagai penutupnya aku sertakan sekali fatwa seorang Ulama' Masyhur, Sheikh Mustafa Sabri yang hidup di zaman Pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah (1869 -1954) pernah menyebut "Jalan paling mudah untuk menjadi KAFIR apabila memisahkan agama dengan politik."

Kepada umat Islam yang masih menjadi ahli dan menyokong UMNO, sila tinggalkan UMNO dengan segera sebelum nafas sampai di leher anda. Jangan rosakkan iman anda dengan menyokong parti sesat UMNO ni.

Marilah bersama dengan perjuangan Islam dengan menyertai PAS.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger