Wednesday, October 7, 2009

Rakyat Cerdik Negara Selamat ...

Tak tahulah mengapa pada kali ini saya kurang berminat untuk memperkatakan tentang PRK Bagan Pinang yang sedang rancak diperbualkan di mana-mana saja ketika ini. Sudah pasti suasana di sana sekarang sedang hangat dengan kempen. Tak kiralah samada dalam bentuk ceramah, kempen rumah-ke rumah dan pelbagai jenis program yang dibuat untuk memancing undi. Tarikh penentuannya pada 11 Oktober ini. Just 5 more days left. Pertembungan one-by-one ini lebih dilihat antara PAS - UMNO.

Biarlah pengundi Bagan Pinang buat pilihan mereka. Buang masa saja kalau nak cerita pasal tabur duit, tipu undi, projek 'mee segera' dan pelbagai janji UBN sebab dah memang kerja mereka macam tu. Manakala PAS dan Pakatan Rakyat sudah tentu 'hold-out' dengan kempen mereka. Yang pasti kes rasuah Isa Samad akan menjadi salah satu bahan kempen utama mereka di samping mempromosikan janji yang akan ditunaikan.

Tak dinafikan calon PAS pada kali ini Sdr Zulkefly Mohammad bin Omar merupakan calon pilihan terbaik sebagai 'ayam tambatan' Pakatan Rakyat. Dari segi track-recordnya agak cemerlang dengan beberapa usaha yang pernah dibuatnya untuk kebaikan rakyat di negeri itu. Mudah-mudahan pengundi Bagan Pinang pandai membezakan antara permata dengan kaca. Yang pasti keputusan yang bakal diperolehi di Bagan Pinang nanti akan dijadikan ukuran oleh kedua-dua pihak. Samada di pihak UBN maupun PR.

Bagi saya apa yang penting sekarang adalah mahu mengajak seluruh umat Islam kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah sepenuhnya. Dalam konteks negara kita, Malaysia telah diperintah oleh BN yang diketuai UMNO sejak merdeka lagi. Dari sejak itulah juga negara kita diperintah dengan Undang-Undang Sekular (Kristian) yang ditinggalkan penjajah. Pemimpin UMNO yang mengaku diri mereka Islam dengan sengaja tidak mahu berusaha untuk menukar undang-undang yang sedia ada kepada Undang-Undang Allah (Al-Qur'an). Sehingga ke saat ini mereka masih mengekalkan sistem pemerintahan sekular yang memisahkan agama (Islam) dengan politik (negara).

Mereka hanya mengambil sebahagian kecil saja dari ajaran Al-Qur'an yang dikira boleh mendatangkan keuntungan duniawi semata-mata seperti zakat. Yang lain semuanya ditolak seperti Hukum Hudud, Qisas, Takzir, ekonomi, kenegaraan dan politik. Malah dalam bab zakat pun mereka masih berani melakukan penyelewengan. Wang zakat yang sepatutnya diserahkan kepada mereka yang memerlukan pun tidak dilaksanakan dengan sewajarnya.

Golongan pemerintah yang sebegini akan dihumbankan oleh Allah ke dalam Api Neraka kelak. Firman Allah dalam Surah Al Baqarah (2) : pertengahan ayat 85 ;

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ ۚ فَمَا جَزَاءُ مَن يَفْعَلُ ذَ‌ٰلِكَ مِنكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰ أَشَدِّ الْعَذَابِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

".......maka patutkah kamu hanya beriman kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain ? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu di antara kamu selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan."

Bagi diri kita yang Muslim ini dan diberi hak untuk memilih pemimpin dalam setiap kali pilihanraya, mengapa tidak mahu ikut perintah Allah dan Rasul dalam bab pilih pemimpin ? Apakah kita bodoh dan jahil dalam bab pilih pemimpin ini sehingga merasakan tiada dalam ajaran Islam tentang soal ini ATAU kita memang percaya (beriman) dengan fahaman sesat yang mengatakan "Agama dan politik tidak boleh dicampur-adukkan sebab agama itu bersih dan politik tu kotor."

Adalah amat malang bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul tetapi dalam waktu yang sama kita lebih percaya kepada fahaman Kristian (sekular) yang memisahkan agama dengan politik. Na'uzubillah. Tanpa disedari telah rosak 'Aqidah kita jika beginilah kepercayaan kita selama ini.

Disebabkan kebodohan kita tak mahu ikut Islam dalam bab soal pilih pemimpin, maka berlakulah segala macam bala' dalam negara ini sebagaimana yang pernah saya sebutkan dalam banyak posting sebelum ini. Hidup kita bukan semakin senang dan aman malah semakin dihimpit dengan pelbagai kesempitan. Hari ini keselamatan hidup kita dan anak-anak pun tak terjamin. Kejadian samun dan rompak berlaku sana sini. Kes rogol kanak-kanak dan remaja kerap berlaku. Kes bunuh yang berlaku bukan lagi alang-alang sampai meletupkan badan mangsa dengan C-4. "Malaysia Boleh".

Manakala golongan pemimpin jahat yang dipilih oleh kita semakin kaya-raya. Anak-anak, keluarga dan kroni mereka terus-menerus merompak dan menyamun segala kekayaan negara tanpa sebarang sekatan. Mereka bukan lagi sibuk nak membela nasib rakyat tetapi masing-masing sibuk melonggokkan harta kekayaan negara masuk ke dalam kocek sendiri. Rakyat terus-menerus digula-gulakan dengan janji-janji manis bila menjelang pilihanraya. Diumpannya orang kampung dengan harga sawit tinggi dalam setahun dua, bila dah menang dan kekal berkuasa, maka bermulalah agenda mereka untuk terus membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan harga bagi menampung balik 'kerugian' yang ditanggung sebelum pilihanraya.

Yang bodohnya kita sebagai rakyat. Bila dah rasa tertipu, maka barulah nak sedar dan marah sambil berkata "Menyesal aku undi mereka...". Masalahnya rasa marah tu sekejap je. Menjelang saja pilihanraya yang berikutnya jadi bodoh balik bila dapat RM50, RM100 atau RM300, kain batik, gula 2kg dan beras sekampit.

Inilah mentaliti orang Melayu UMNO yang boleh 'dibeli' dengan nilai RM50... Kalau RM1,000 tu boleh tahan jugalah. Baru dapat duit RM50 dah lupa diri. Bukan setiap bulan tapi setiap 5 tahun sekali. Ini satu hal. Yang sedihnya mereka boleh sokong kata-kata pemimpin UMNO yang dok sebut "Kita tak boleh laksanakan Hudud ini sebab negara kita terdiri dari pelbagai kaum." Mereka tak sedar tindakan menyokong kata-kata sebegitu boleh menyebabkan jatuh kafir.

Benarlah kata para Alim Ulama' "Beramal tanpa ilmu boleh jadi sesat manakala berilmu tanpa amalan boleh jadi fasiq". Kedua-duanya masuk Neraka. Na'uzubillah...

Dan inilah yang berlaku kepada masyarakat Islam yang menjadi ahli dan penyokong UMNO. Mereka tak sedar akan kebodohan dan kejahilan mereka. Mereka ingat Islam tu hanya pada solat, puasa, zakat dan haji saja. Yang hairan tu kalau dalam bab menyambut Maulidul Rasul bukan main lagi. Berbulan tak habis tapi dok tak faham-faham tentang Peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W. ke Madinah.

Inilah akibatnya bila tak mahu ikut Islam sepenuhnya. Kita dihinakan oleh Allah sejak di dunia lagi sebab menjadi penjilat dan penyokong kepada pemimpin yang jahat. Manakala di Akhirat kelak kita akan 'disimpan' oleh Allah dalam Neraka Jahannam. Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 ;

يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِى ٱلنَّارِ يَقُولُونَ يَـٰلَيْتَنَآ أَطَعْنَا ٱللَّهَ وَأَطَعْنَا ٱلرَّسُولَا۠ ﴿٦٦﴾ وَقَالُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠ ﴿٦٧﴾ رَبَّنَآ ءَاتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ ٱلْعَذَابِ وَٱلْعَنْهُمْ لَعْنًۭا كَبِيرًۭا

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!

Allah SWT telah beri pada kita Al-Qur'an dan Nabi kita Muhammad S.A.W. dah beri tunjuk ajar bagaimana nak menjadi umatnya yang terbaik. Marilah kita berusaha untuk menjadi Muslim yang sebenar dengan mematuhi segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Masih belum terlambat untuk melakukan 'Hijrah'.

Jangan kita ingat Islam ini hanya pada solat, puasa, zakat dan haji saja. Dalam soal pilih pemimpin pun kita diwajibkan ikut Islam.

Salam dari Negeri Di Bawah Bayu.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger