Thursday, October 8, 2009

Petugas PAS Ditetak Dengan Parang

Negara kita sekarang sedang diperintah oleh golongan gengster yang dilindungi. Sejak Najib mengambil alih kuasa dari Pak Lah, kelihatan semakin menjadi-jadi kesamsengan 'anak buahnya'. Kejadian menyerang Bilik Gerakan Dewan Pemuda PAS Pusat di Bagan Pinang membuktikan betapa UMNO memang 'menyuruh' tindakan biadap dan tak bertamaddun itu.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 2 pagi tadi, seorang petugas PAS cedera parah ditetak dengan parang manakala 3 lagi cedera dan dirawat sebagai pesakit luar.

Sebentar tadi saya menerima SMS dari sahabat "Markaz DPP Pusat di Bagan Pinang diceroboh lebih 200 orang samseng BN. 12 orang petugas PAS dipukul dan dihalau keluar. Demi Allah dengan nama jihad fisabilillah ana selaku Ketua DPPP mengerahkan pemuda-pemuda seluruh negara agar turun ke Bagan Pinang" - Nasruddin Tantawi.

Dipercayai kumpulan samseng ini terdiri dari 'pecacai Pemuda UMNO' yang diupah bagi menakutkan petugas PAS. Tindakan ini dibuat ekoran suasana pada ketika ini jelas memihak kepada PAS / Pakatan Rakyat.

Agak mengejutkan bila saya menghubungi seorang sahabat yang bertugas di sana dan dia memaklumkan hanya ada kira-kira 300 orang saja petugas PAS. Angka ini agak mengecewakan dan apabila saya tanya kenapa boleh jadi begini ? Dia bagitau ianya berpunca dari kesilapan arahan pimpinan. Pimpinan mengarahkan setiap negeri menghantar 100 petugas mengikut jadual sejak sebelum hari penamaan calon lagi. Bila tempoh tamat mereka akan pulang dan diganti dengan group yang lain dari negeri masing-masing. Masalahnya bila mereka dah pulang, yang datang pula jumlahnya semakin sedikit sehingga di saat-saat genting ketika ini yang tinggal hanyalah 300 orang saja.

Saya juga diberitahu seluruh jalan kampung di DUN Bagan Pinang telah dikawal ketat oleh para petugas BN bagi menghalang para petugas PR masuk untuk merayu undi. DUN Bagan Pinang memanglah kubu kuat UMNO namun daripada risikan yang diperolehi kemungkinan besar Isa Samad akan 'dibenam' di situ.

Saya teringat kata-kata PM Najib sewaktu berucap dalam satu majlis berbuka puasa baru-baru ini. Dia kata "UMNO adalah parti Islam sebenar..." Wahai Najib, Islam jenis apa UMNO ni jika suka menyerang dan menetak orang dengan parang. Tak usahlah hang nak bersandiwara dengan kata-kata munafiq itu. Seluruh rakyat yang celik hatinya tahu siapa hang dan Rosmah. Rakyat juga tahu siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya dan meletupkan mayatnya dengan C4 explosive.

Najib, Rosmah dan seluruh pimpinan UMNO di seluruh negara bolehlah mengukir senyuman selagi majoriti rakyat negara ini masih boleh diperbodoh dan digula-gulakan dengan propaganda murahan. Namun perlu diingat rakyat tidak selamanya boleh ditipu dan dipermainkan. Akan tiba masa dan ketikanya UMNO/BN akan dikuburkan oleh rakyat buat selamanya.

Tindakan anak buah Najib / Isa Samad menyerang para petugas PAS merupakan satu tindakan paling bodoh dan jakun yang dengan sendirinya menyerlahkan lagi segala pekong mereka selama ini. Walau media milik mereka tidak menyiarkan berita serangan tersebut ataupun jika ada pun mereka akan putar-belitkan fakta bagi memburukkan PR namun rakyat hari ini tidak jumud dan semakin cerdik. Dengan kemudahan access internet Broadband yang boleh diperolehi di mana-mana, rakyat kini lebih percaya kepada sumber media alternatif yang terbukti lebih adil dan sahih beritanya. Ditambah pula sumber maklumat dari ribuan para blogger Pro PR yang komited mendedahkan segala jenis pekong UMNO/BN selama ini.

Marilah kita berdoa' semuga Allah menyembuhkan segera sahabat kita yang cedera ini dan mengubah hati para pengundi Bagan Pinang untuk mengundi PAS.

Takbir !!!

Kezaliman UMNO Mesti Dihentikan Segera.

1 comment:

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

InsyaALLAH, PAS akan menang dengan majoriti 147 undi.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger