Monday, October 26, 2009

"UG.exe" Is A Dangerous Virus Attacks OS PAS

When we talks about virus, there is not only specified for a medical sector but in ICT too. Today we are facing many type of dangerous virus which capable of to attacks our computer system in all over the world via internet. Whatever the risks we still can protects our PC by using an antivirus software.

But now, we are facing a latest virus in market. It's called UG.exe. And it's only attacks the Operating System (OS) called PAS. Unfortunately we still don't have any antivirus yet to protect our OS. Hoping we will find out the best antivirus software to destroy it.

According to the media report, Nik Aziz who known as an expert antivirus software programmer still willing to develope his the best antivirus for it.

Pemimpin...Oh...Pemimpin. Memanglah mana ada lagi manusia maksum selepas Rasulullah SAW. Namun Rasulullah sendiri pernah sebut selepas zaman para sahabat, para Ulama' adalah pewaris Nabi yang akan meneruskan kerja-kerja Baginda.

Begitulah juga golongan Ulama' yang ada dalam PAS dan juga para Ulama' di seluruh dunia yang melibatkan diri mereka dengan perjuangan Islam. Mereka bukan setakat Ulama' saja, malah seorang sufi dan mujahid. Tidak dinafikan orang seperti TGNA, Hj Hadi dan Dr Harun Din adalah antara Ulama' tempatan yang disegani kerana ilmunya, kezahidan dan ketaqwaannya. Mereka juga diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Apa yang agak menyedihkan hati bila tak semena-mena saja PAS terpaksa berhadapan sekali lagi dengan isu lapuk UG ini. Timbulnya balik isu ini apabila kumpulan Pro UG dalam PAS sekali lagi cuba nak 'mengaktifkan' balik idea tersebut. Bila TGNA selaku Muryidul Am dapat menghidu yang idea ini macam nak diteruskan semula, serta-merta beliau naik angin. Pada kali ini kenyataan yang dibuat amat tegas sehingga dilihat oleh pemerhati politik akan berlaku pertembungan antara Nik Aziz dan Hj Hadi. Malah ada yang berpendapat Hj Hadi akan dipecat dari jawatan Presiden. Juga 3 penama yang disebut Nasaruddin Mat Isa, Hassan Ali dan Mustafa Ali.

Sehubungan itu Naib Presiden Salahuddin Ayub telah pergi menemui Muryidul Am di Kota Bharu pada hari Sabtu (24 Okt) bagi mendengar penjelasan Nik Aziz. Dan dalam pertemuan itu Nik Aziz telah bersetuju Muktamar Agong Khas (EGM) yang dicadangkannya ditukar kepada Mesyuarat Khas. Manakala Hj Hadi menyatakan agar kemelut ini diselesaikan secara musyawarah dan telah mengarahkan SU Agong Mustafa Ali mencari tarikh yang sesuai bagi mengadakan mesyuarat untuk membincangkan masalah ini. Dan tarikh yang dipilih ialah 28 Oktober (Rabu).

Memang semua orang tahu idea UG ini adalah cetusan dari Hj Hadi serta mendapat sokongan orang kanannya termasuk Tim Presiden dan SU Agong sendiri. Malah ada sumber yang menyebut sayap kanan parti Pemuda PAS di bawah Nasaruddin Tantawi juga turut menyokong idea ini selepas Muktamar di Shah Alam. Biasalah tu. Takkan pulak nak lawan tauke. Nanti susah. Jangan ingat dalam PAS ni takde 'budaya mengampu' walaupun tak nampak dan samar-samar. Bukan setakat tu saja malah menjelang pemilihan yang lalu, ramai juga yang berkempen senyap-senyap kerana takut kalah. Ini adalah antara 'sindrom UMNO' yang dah mula menjangkiti hati para pimpinan PAS yang ada hari ini.

Kalaulah boleh dikatakan di sini idea UG ini juga mungkin didorong oleh rasa tak puashati Hj Hadi, Nasaruddin dan Mustafa Ali terhadap Anwar Ibrahim yang dilihat terlampau optimis mahu menuju ke Putrajaya pada 16 September 2008 lalu ekoran jumlah MP BN yang sudi melompat sudah cukup. Kita jangan lupa kenyataan media yang dibuat oleh Hj Hadi dan Mustafa Ali jelas tidak bersetuju dengan cara Anwar itu. Waktu itu Pak Lah jadi PM. Dan memang ada pertemuan dibuat dengan Pak Lah bagi membincangkan idea UG ini. Mungkin pada ketika itu Hj Hadi dan rakannya berfikir idea UG ini sesuai dilaksanakan ketika Pak Lah sebagai PM. Secara tak langsung Pak Lah dilihat lebih terbuka dan mungkin boleh menerima cadangan ini demi menyelamatkan negara yang sedang dilanda pelbagai krisis termasuk ekonomi, politik, sosial dan jenayah.

Malangnya UG ini tidak menjadi kenyataan dan 'terdampar' begitu saja. Persoalannya mengapa idea yang tak popular serta mendapat tentangan dari majoriti ahli PAS ini mahu ditimbulkan semula sekarang. Pada dasarnya jika terlaksanalah UG ini, maka Malaysia diperintah secara kolektif tanpa ada pembangkang lagi. Semua parti duduk bersama dan berganding bahu menerajui negara dengan lebih adil, telus dan berintergriti. Bunyinya memang sedap tapi tak masuk akal.

Kadang-kadang pelik juga aku dengan sikap Hj Hadi dan beberapa rakannya. Tidak dinafikan salah satu kelemahan Hj Hadi apabila dia tidak mampu membuat keputusan sendiri dalam hal-hal tertentu. Beliau lebih banyak dipengaruhi oleh rakan-rakan yang rapat dengannya seperti Mustafa Ali. Sepatutnya sebagai Presiden beliau tidak sewajarnya bersikap begini. Apakah sewaktu menjadi Timbalan Presiden dulu beliau tidak sempat belajar beberapa 'ilmu seni politik' dari Almarhum Ustaz Fadhil ?

Bukankah satu kerugian pada PAS kerana terpaksa membuang masa nak bincang lagi pasal isu ini. Elok-elok dah senyap dulu, tiba-tiba timbul lagi. Manalah tak melenting TGNA bila dapat tahu UG ini masih nak diteruskan. Kejap ada, kejap takde... macam iklan biskut Chipsmore.

Sepatutnya apa yang perlu PAS buat ialah mengkoreksi diri sendiri. Bukannya cari jalan 'shortcut' melalui UG ini. Pernahkah pimpinan di semua peringkat berfikir mengapa sehingga tahun 2009 PAS masih gagal menguasai majoriti pengundi Islam ? Jika di Kedah dan Kelantan boleh, mengapa di negeri lain tidak ?

Apakah selama ini PAS buat kerja syok sendiri ? Inilah masalahnya bila buat kerja hanya bermatlamatkan pilihanraya ? Walhal banyak lagi kerja-kerja lain yang wajib dilaksanakan.

Habis pilihanraya senyap. Kalau ada pun ceramah umum. Lepas tu yang datang ceramah pun ahli sendiri. Bila ramai yang datang dengar ceramah, mulalah rasa sokongan terhadap PAS dah meningkat tapi bila menjelang pilihanraya jumlah undi yang diterima tak berubah malah semakin berkurang. Macamana kalau buat kerja 'last minutes'. Kalau tak caya tengoklah nanti bila dah dekat PRU13.

Teringat aku suasana di Johor selepas pemecatan DSAI. Zaman Reformasi. Masa tu orang yang datang ceramah PAS punyalah ramai. Tak tahu dari mana datangnya.

Derma jihad semuanya atas RM 5,000. Yang masuk PAs pun ramai juga. Borang tak cukup-cukup. Punyalah seronok waktu tu. Badan NGO yang tak pernah mendekati PAS sebelum itu seperti JIM dan ABIM mula menunjukkan minat untuk terjun dalam dunia politik sebab suasana ketika itu memang macam menyebelahi PAS. Malah pimpinan PAS Negeri begitu yakin akan dapat menawan Johor ekoran 'Tsunami Politik' yang melanda negara ketika itu. Semua calon-calon PAS yang bertannding terdiri dari golongan Ulama' dan Profesional. Takde yang cokialah... Pendek kata kalau menang memang hebat barisan para Exco PAS yang akan mentadbir Johor Darul Takzim.

Tup...tup, menjelang saja PRU10 satu kerusi pun PAs tak menang di Johor. Begitulah juga negeri-negeri lain kecuali di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pahang. Sepatutnya selepas bonus yang Allah bagi dalam tahun 1998 dijadikan sebagai pemangkin kepada PAS untuk bekerja lebih kuat dan tersusun namun ianya tidak berlaku.

Cara dan kaedah PAS mendekati masyarakat juga masih tidak berubah. Mengapa jadi begini ? Hang fikirlah sendiri...

Buang saja idea Unity Government ni. Apa yang perlu dibuat sekarang ialah perkukuhkan Pakatan Rakyat. PAS buat kerjanya, PKR dan DAP juga buat kerja masing-masing. Bila tiba saja PRU13, biar rakyat yang buat pilihan.

"Ceritakan Islam Pada Masyarakat"

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger