Monday, October 12, 2009

PAS Masih Gagal Menguasai Pengundi Melayu

Keputusan dah pun tahu. BN menang dengan majoriti besar 5,435 undi di Bagan Pinang. Isa Samad dapat 8,013 undi manakala calon PAS Zulkefly Mohamad Omar hanya berjaya meraih 2,578 undi. Apa erti semuanya ini ?

Bagi saya jawapan yang paling tepat ialah PAS masih belum mampu menembusi kubu kuat UMNO. Macam di Johor juga. Apakah selama ini PAS buat kerja syok sendiri ? Atau hanya mengharapkan isu semasa boleh mempengaruhi minda pengundi ? Atau merasakan gelombang di Selangor akan mempengaruhi sikap pengundi di Bagan Pinang ? Atau terlampau sangat berpolitik sehingga terlupa ada tugas-tugas lain yang terabai ?

Ingatlah "Islam yang memandu politik, bukannya politik yang pandu Islam..." Dalam konteks ini, TGNA berjaya melaksanakannya di Kelantan. Lihat saja gaya ceramah beliau di mana saja, Al-Qur'an dan Hadis sentiasa bermain di bibirnya dalam nak memahamkan masyarakat tentang Islam dan politik. Begitulah juga bila beliau menyentuh tentang isu semasa. Semuga Allah memanjangkan usia TGNA dan terus memberikan kekuatan padanya untuk terus berdakwah.

Keputusan di Bagan Pinang ini membuktikan bahawa ahli dan penyokong UMNO totok tetap memilih parti hapraq ini. Mereka tak peduli walaupun tahu Isa Samad pernah dipecat dari AMT kerana rasuah, juga tak peduli walau sedar UMNO adalah parti rasuah. Masih percaya UMNO adalah satu-satunya parti orang Melayu yang mesti dipelihara. Fahaman khurafat ini masih tertanam dalam jiwa sanubari orang-orang Melayu ini.

Saya tidak terkejut dengan kekalahan PAS ini dan memang dah bersedia untuk dengar berita ini agar jangan terlalu merasa kecewa. Walau perasaan kecewa itu ada bila dapat tahu tapi kena redha dengan Qada' dan Qadar Allah. Mestilah ada sebab mengapa PAS kalah. Seperti yang pernah saya sebutkan sebelum ini bahawa penguasaan PAS terhadap pengundi Melayu masih rendah. Sekitar 30 - 40% saja. Kecuali di Kelantan dan Kedah. Jika dilihat kepada keputusan PRU12 lalu, kemenangan PAS di kawasan majoriti Melayu hanya diperolehi di kedua-dua negeri ini. Juga di beberapa kawasan di Selangor dan Terengganu. Namun secara keseluruhan ianya masih tidak boleh dijadikan ukuran yang hakiki.

Kadang-kadang pelik juga dengan PAS ini. Dah banyak kali post-mortem dibuat. Jika banyak post-mortem dibuat pada mayat, boleh jadi lunyai badannya. Bila lepas PRU, maka setiap kali itulah 'bedah-siasat' dilakukan bagi mengenal-pasti apakah punca kekalahan dan entah apa-apa lagi. Tapi bila sampai saja PRU berikut, begitu juga keputusannya. Masih tak berubah. Kalah sana, kalah sini. Nasib baiklah ada Negeri Serambi Mekah yang dikekalkan oleh Allah dalam pemerintahan PAS. Inilah modal kita nak 'advertise' PAS pada masyarakat. Alhamdulillah, di bawah pimpinan TGNA Kelantan jadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat di negara ini malah delegasi dari luar yang tertarik dengan model pemerintahan Islam yang dilaksanakan.

PAS perlu berubah 360 darjah dalam mengatur gerakerja dakwah dan penerangannya. Dalam nak 'merampas kuasa dari orang gila' melalui pilihannraya kita berurusan secara langsung dengan manusia. Terbukti PAS masih gagal dalam mengenal-pasti sasarannya. Tektik yang digunakan oleh PAS masih tidak berubah secara positif. Hanya bergantung kepada ceramah dan isu semata-mata merupakan satu tindakan yang kurang tepat. Masih terlampau banyak gerakerja lain yang perlu dilaksanakan oleh PAS secara teratur dan bersepadu bagi merealisasikan kemenangan.

Apakah selama ini PAS lupa bahawa majoriti masyarakat Melayu Islam tinggal di kawasan luar bandar. Golongan yang tinggal di luar bandar sebegini memang tiada maklumat. Hanya bergantung pada akhbar perdana dan TV. Dan antara sikap tradisi orang Melayu ialah asalkan solat, puasa, zakat dan haji beres, cukup makan dan tak ganggu orang lain sudahlah. Mereka tak pernah ambil peduli apa pemimpin mereka buat, apa nak jadi pada saudara Islam sendiri. Apa yang penting asalkan mereka tak buat jahat sudahlah. Inilah minda orang Melayu UMNO.

Bagaimana PAS mahu mengatasi masalah ini ?

Saya teringat kata-kata TGNA sewaktu menyampaikan ucapannya di Markaz PAS Parit Ismail, Benut beberapa tahun lalu. Beliau berpesan kepada seluruh pimpinan dan ahli PAS "Ceritakan Islam pada masyarakat. Tak perlu sebut PAS. Bila mereka dah faham Islam maka dengan sendirinya akan sokong kita". Persoalannya sudahkan kita melaksanakan pesanan Mursyidul Am ini ? Seluruh ahli PAS perlu bijak memainkan peranan dalam nak menyampaikan risalah Allah ini. Jika ini dapat dilaksanakan, yakinlah kemenangan itu sangat hampir. Janji Allah pasti berlaku. Hubungan kita dengan Allah jangan terputus.

Punca sebenar yang menjadikan majoriti umat Islam masih setia dengan UMNO sebab mereka masih tak faham secara lengkap tentang 'Aqidah Islam itu sendiri dan juga tentang perkara-perkara yang boleh merosakkannya. Inilah sebab utamanya. Mereka masih buta kayu tentang hal ini.

Teringat sewaktu saya bekerja sebagai salesman di Kelantan dalam tahun 1985. Tinggal kat Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu. Waktu tu Kelantan masih di bawah BN. Tugas sebagai jurujual ni seronok sebab masuk ke segenap kampung di seluruh negeri Kelantan. Banyak yang manis dan ada juga pahit namun ianya merupakan satu pengalaman yang amat bernilai. Waktu tu saya masih jahil tentang politik ni. Dalam kepala otak hanya nak cari duit lebih dan enjoy. Hal-hal politik ni memang tak masuk akal lagi.

Bila saya masuk ke kampung untuk jual produk, maka saya akan pergi ke setiap buah rumah. Bila dah penat, maka mesjid atau surau jadi R&R. Yang membuat saya terkejut waktu itu bila saya diberitahu ada Mesjid PAS dan UMNO. Orang PAS hanya pergi di mesjid atau surau mereka dan begitu jugalah dengan orang UMNO. Bezanya surau dan mesjid UMNO selalu kosong dan tak terjaga. Di ketika itu isu kafir-mengkafir memang tengah hangat diperkatakan.

Saya terfikir juga mengapa orang PAS kata UMNO kafir dan begitulah sebaliknya. Orang UMNO pula kata PAS ialah Parti Anak Syaitan. Waktu tu memang saya buta kayu. Maklum sajalah baru berusia 19 tahun. Bila dah jadi ahli PAS, barulah saya faham mengapa. Sebenarnya isu kafir-mengkafir ini timbul apabila orang Islam mula faham secara jelas tentang 'Aqidah Islam. Mereka sedar bila menyokong UMNO boleh menyebabkan 'Aqidah seseorang individu itu boleh rosak. Sebab itulah mereka tak mahu bersolat dengan orang UMNO.

Sebenarnya isu kafir-mengkafir ini merupakan satu anjakan paradigma kepada majoriti rakyat Kelantan. Bagi sesetengah orang UMNO yang lebih rasional, sudah tentu mereka tertanya di dalam hati mengapa orang PAS bercakap sedemikian. Tentu ada sebabnya dan mendorong mereka mencari jawapan. Dorongan inilah yang menyebabkan sebahagian besar daripada ahli dan penyokong UMNO meninggalkan parti toghut itu dan menyertai PAS bila mereka tahu PAS bawa Islam yang sebenar manakala UMNO bawa kesesatan. Kesan daripada isu besar ini menjadikan PAS semakin kukuh dan kuat di Kelantan sehingga ke hari ini.

Jelas kepada kita apabila umat Islam memahami Islam secara menyeluruh, maka dengan automatik UMNO akan berkubur. Sebab itulah para pemimpin UMNO cukup takut jika majoriti masyarakat Islam di negara ini faham akan Islam yang sebenar.

Secara peribadi apabila merujuk kepada Al-Qur'an, memang terbukti UMNO sebuah parti kafir. Sapa yang duduk dalam UMNO atau menyokong UMNO sampai mati, maka tempat kembali mereka adalah Neraka Jahannam. Yang malangnya apabila orang Islam yang menyokong UMNO ini akan disiksa lebih dahsyat daripada orang kafir.

Esok George Bush terkejut tengok Mahathir, Obama tengok Najib. Kedua-dua mantan Presiden Amerika ni sempat menegur mereka berdua dalam Neraka "Kenapa hang lebih bawah daripada aku. Rupanya masa kat dunia dulu hang lebih jahat dan kafir dari aku..."

Manakala para ahli dan penyokong UMNO, Fira'un, Namrud, Kamal Atartuk, Hosni Mubarak, Mahmud Abas dan lain-lain yang sewaktu dengannya pula akan merayu-rayu kepada Allah dalam Neraka sebagaimana yang diterangkan dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66-68.

Jika tak sanggup masuk Neraka, sila tinggalkan UMNO. Tapi kalau rasa-rasa boleh tahan panas Neraka Allah, terpulanglah... Saya hanya menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Dia. Niat saya hanya mahu mengajak seluruh umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan syumul ini.

Jazakallah.

1 comment:

KELAB ALUMNI SMK KEMAHANG said...
This comment has been removed by the author.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger