Saturday, October 24, 2009

Hj Hadi's Gang Should Be Fired

Aku tak pernah taksub dengan mana-mana pemimpin PAS. Tapi aku mengaku pemimpin PAS yang paling aku sayang sekali ialah Tok Guru Nik Aziz. Aku ada penilaian sendiri terhadap keperibadian beliau. Di peringkat antarabangsa sudah tentulah para pemimpin Hamas dan Ikhwanul Muslimin.

Memang patut TGNA marah dengan dua tiga kerat pimpinan PAS berhubung isu UG tu. Hj Hadi, Ust Nasharuddin, Cikgu Pa dan Hassan Ali serta para penyokong mereka yang dok teringin sangat untuk merealisasikan kerajaan perpaduan ni.

Macamana TGNA tak marah. Dulu bila dia beri kata dua pada Ust Nasa agar kosongkan kerusi Bachok jika nak teruskan idea UG tu, akhirnya Tim Presiden ni buat pertemuan dengan Muryidul Am dan menyatakan idea tersebut 'tutup buku'. Dan seluruh ahli PAS lega. Tiba-tiba muncul balik isu ini.

Persoalannya atas kapasiti apa Hj Hadi, Ust Nasa dan kroninya nak meneruskan agenda UG ini ? Apakah dengan cara ini akan menyelesaikan masalah ummah atau ada agenda yang tersembunyi yang tidak kita ketahui ?

Sebagaimana yang pernah diutarakan oleh Hj Hadi bahawa idea UG ini timbul (zaman Pak Lah) apabila melihat suasana politik, ekonomi dan negara berada pada tahap yang membimbangkan. OKlah.... katakan idea ini mendapat sokongan padu dari seluruh pimpinan serta ahli dan PAS duduk bersama dengan UBN dalam kerajaan. Apakah kita yakin UBN dengan begitu mudah akan memberi laluan kepada kita untuk nak melaksanakan Undang-Undang Islam dalam negara ini walau secara berperingkat ? Jauh panggang dari api ...

Selain dari itu UBN memang suka kalau kita bersama mereka sebab secara tak langsung segala penyelewengan dan rasuah mereka akan 'tersenyap' begitu saja. Kita semua dah tahu perangai pemimpin UBN khususnya UMNO memang tak akan berubah. Dulu, kini dan selamanya mereka begitulah. Sejarah telah membuktikan. Kita jangan lupa bagaimana PAS ditendang keluar oleh Tun Razak dari komponen BN dulu. Apakah PAS mahu pisang berbuah dua kali ?

Saya yakin TGNA bukan mahu pecat Hj Hadi tetapi mahu orang kanannya digantikan dengan orang lain. Itu saja. Memang tidak dinafikan tindakan Hj Hadi melantik Cikgu Pa sebagai SU Agong selepas pemilihan lalu menggambarkan ianya menjurus ke arah penerusan idea UG ini.

Tindakan TGNA ni bertepatan dengan keputusan Muktamar Agong PAS Ke-51 yang diadakan di Ipoh, Perak tahun lepas. Yaitu memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Sepatutnya Hj Hadi dan gengnya kenalah hormati Nik Aziz sebagai Mursyidul Am. Perlu diingat dalam hiraki Jama'ah Islam, jawatan Muryidul Am inilah yang paling tinggi.

Aku memang bersetuju sangat-sangat agar segera diadakan Muktamar Agong Khas untuk memilih semula Timbalan Presiden, Setiausaha Agong dan Ketua Penerangan yang baru. Jawatan Presiden biarlah terus dipegang oleh Hj Hadi. Cadangan aku orang yang paling layak untuk mengambil-alih 3 jawatan penting ni seperti berikut ;

Tim Presiden : YAB Dato' Seri Azizan Abd.Razak

SU Agong : YB Dato' Kamaruddin Jaafar

Ketua Penerangan : Datuk Paduka Hj Husam Musa

Aku rasa kalau ini jadi kenyataan, maka senyaplah terus isu Unity Government ni. Secara peribadi aku memang menentang habis-habisan idea mengarut UG ni dari dulu lagi.

Sepatah kata TGNA, kalau PAS nak berpecah... pecahlah. Aku tetap ikut PAS yang dipimpin oleh TGNA. Bagi mereka yang beriya-iya sangat nak UG tu, silalah masuk UMNO... dan cubalah pulak bersihkan UMNO dari dalam. Dulu Anwar dah gagal. Manalah tahu kot-kot boleh berjaya dan UMNO pulak sanggup 'bertaubat nasuha'....

Dalam konteks antara UMNO, PKR dan DAP ni memang ada beza walaupun ketiga-tiganya bukan parti Islam.

Perlu diingat walaupun UMNO ini sebuah parti orang Melayu yang majoriti ahlinya beragama Islam tetapi ianya termasuk dalam golongan MUNAFIQ. Hakikat ini perlu diakui kerana telah terbukti betapa UMNO memang menjadi musuh Islam No.1 dalam negara. Berapa banyak tindakan yang dibuat oleh UMNO sejak merdeka terhadap PAS. Peristiwa Memali, menahan pimpinan PAS dalam ISA, kes bunuh aktivis PAS di Lubuk Merbau, menarik balik royalti minyak di Terengganu sewaktu pemerintahan PAS, merobohkan mesjid, menindas semua sekolah agama rakyat dan pelbagai lagi tindakan jahat bertujuan untuk menyekat rakyat daripada mempelajari dan memahami Islam yang sebenar.

Manakala PKR terdiri dari pelbagai bangsa dan matlamatnya jelas yaitu menentang kezaliman, penyelewengan dan berazam untuk menegakkan sebuah negara yang adil dan telus kepada seluruh rakyat.

DAP (Democratic Action Party) pula merupakan sebuah parti yang memperjuangkan demokrasi serta hak-hak rakyat. Memang diakui majoriti ahlinya dari kalangan masyarakat Cina bukan Islam namun prinsipnya juga jelas iaitu mahukan sebuah negara yang bersih dan dan adil serta menuntut hak sama rata di kalangan rakyat. Apa masalahnya jika DAP memperjuangkan nasib masyarakat Cina. Kita juga jangan lupa DAP juga turut berjuang untuk semua bangsa.

Sejarah membuktikan apabila YAB Lim Guan Eng pernah dipenjarakan di Penjara Kajang pada tahun 1998 kerana membela nasib seorang gadis melayu yang dikatakan dirogol oleh Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan 14 orang lagi orang lelaki pada masa itu. 14 orang lelaki tersebut didakwa ke mahkamah, kecuali Rahim.

Di sudut Islam sendiri adalah tidak menjadi kesalahan bila kita menjalinkan kerjasama dengan parti lain seperti PKR/DAP dalam hal-hal yang dibenarkan. Kalau ada pun seorang dua di kalangan mereka yang membenci Islam tu pun pasal tak faham atau sengaja buat bodoh...

Tapi kalau dengan UMNO ni sorrylah... Sebab golongan munafiq seperti yang ada dalam UMNO ini sangat merbahaya. Mereka ibarat api dalam sekam, gunting dalam lipatan. Sebab itulah Allah sebut dalam Al-Qur'an bahawa golongan munafiq ini akan dihumban ke dalam dasar Neraka Jahannam dan kekal di dalamnya. Na'uzubillah.

Nota : Ini hanyalah pandangan peribadi. Kalau ada yang tak bersetuju tu... biasalah. Saya tetap menghormati pandangan orang lain.

Adios.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger