Tuesday, October 13, 2009

Musa & Masidi Pengkhianat Rakyat Ranau

Akibat ketamakan kuasa dan hasad dengki, seluruh penduduk Ranau menjadi mangsa permainan politik jahat Musa Aman, Masidi Manjun dan Ewon Ebin.

Pelan Pembangunan 10 Tahun Daerah Ranau yang diilhamkan Tan Sri Kasitah Gaddam, mantan Ketua UMNO Bahagian Ranau dan Menteri Tanah Pembangunan Kooperasi telah ditolak dan dibatalkan oleh Musa Aman atas nasihat 2 orang penjilatnya, Masidi Manjun (Ketua UMNO Bahagian Ranau) dan Ewon Ebin. Pembatalan ini dibuat setelah Kasitah meletakkan jawatannya dalam Kabinet Malaysia dan parti.

Apa salahnya Masidi selaku Ketua UMNO Bahagian yang baru meneruskan saja pelan ini demi kebaikan penduduk kawasannya. Secara tidak langsung akan melonjakkan imejnya selaku pemimpin di Ranau. Malangnya kerakusan kuasa atas nasihat syaitan telah menjadikan Masidi bangang tak tentu pasal. Pada perkiraannya tindakan ini akan menyebabkan pengaruh dan karier politik Kasitah terus berkubur. Inilah yang disebut 'Bodoh tapi tak mahu diajar'. Baru setahun dua dalam politik dah pandai nak tunjuk belang. Akhirnya makan diri sendiri. Padanlah dengan muka kau Masidi...

Nah! sekarang apa dah jadi dengan Masidi, Ewon dan kuncu-kuncunya dalam UBN Ranau ? Hari ini Kasitah telah terbukti tidak bersalah dan dibebaskan oleh Mahakamah Tinggi KL tanpa sebarang syarat. Awal-awal lagi SU Agong UMNO Pusat sudah memanggil Kasitah dan berbincang. Adalah dipercayai dalam PRU13 Kasitah akan bertanding di DUN bagi membolehkannya dilantik oleh Najib sebagai Ketua Menteri Sabah.

Kedudukan Musa Aman sekarang terancam ekoran penahanan adik angkatnya Michael Chia di Hong Kong ketika cuba menyeludup keluar wang tunai berjumlah SGD 16 juta dalam sebuah briefcase. ICAC Hong Kong sedang menjalankan siasatan tentang penggubahan wang haram (laundry money) yang dilakukan oleh Michael Chia.

Selaku PM, Najib mesti membuang Musa Aman demi menjaga imej Malaysia yang kini semakin teruk dengan gejala penyelewengan dan rasuah. Merujuk kepada Indeks CPI (Corruption Perception Index), kedudukan Malaysia semakin jatuh. Dari tangga 44 ke tangga 47.

Walaupun si penyangak PM Najib 'sayang' pada Musa si penyamun namun demi menjaga nama baiknya sebagai PM baru, maka apalah salah si penyangak jual si penyamun. Yang penting kedudukannya sebagai PM baru semakin kukuh dan dilihat lebih tegas dalam menangani kes serius seperti laundry money ini. Apatah lagi baru-baru ini Parlimen telah meluluskan Akta Penggubahan Wang Haram.

Bila Musa Aman tidak dilantik lagi sebagai KM Sabah, maka dengan sendirinya masa depan politik Masidi Manjun dan Ewon Ebin di Ranau akan malap. Ianya akan terpadam terus jika Kasitah sedia untuk mengambil semula jawatan Ketua UMNO Bahagian. Penduduk Ranau memang menantikan kepulangan Kasitah untuk memimpin semula UMNO Ranau.

Seluruh Penduduk Ranau Perlu Tahu Fakta Ini

Pada 16 Februari 2005 Jemaah Menteri Persekutuan telah bersetuju pada dasarnya perlaksanaan Pelan 10 Tahun Pembangunan Wilayah Kecil Ranau yang diilhamkan oleh Tan Sri Kasitah Gaddam dengan mengambil kira juga beberapa daerah jirannya dan tertakluk kepada persetujuan Kerajaan Negeri Sabah.

Sayang seribu kali sayang. Ekoran perasaan hasad dengki terhadap Kasitah, akhirnya pelan pembangunan untuk kesejahteraan dan keselesaan hidup seluruh penduduk Ranau telah ditolak oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Musa Aman atas nasihat Masidi dan Ewon. Mengapa rakyat/pengundi Ranau menjadi mangsa permainan politik kotor 3 manusia hapraq ini ?

Mudah sangat untuk kita menelah tindakan 'jahat' ini.

Setelah Kasitah mengosongkan kerusi Ketua UMNO Bahagian Ranau ekoran pertuduhan rasuah yang dihadapinya dalam era Pak Lah, secara automatik Masidi memangku jawatan tersebut. Bak kata orang ibarat 'Pucuk Dicita Ulam Mendatang', di sinilah Masidi rasakan peluang terbaik untuknya membina kekuatan dan pengaruh di Ranau. Sebelum itu beliau lebih banyak menumpang pengaruh mentornya Kasitah dalam Bahagian.

Dan untuk merealisasikan 'hasrat jahatnya', Masidi juga ada pelan jangka panjangnya. Yaitu 'Pelan Tindakan Menjatuhkan Kasitah' dengan harapan mentor politiknya akan terus lenyap dari persada politik Ranau khususnya dan negeri amnya. Masidi begitu yakin pelannya akan berjaya dengan kerjasama Ewon dan big bosnya si Musa Aman.

Penduduk Ranau Mesti Bertindak

Seluruh penduduk Ranau mesti menolak Masidi Manjun dan semua kroninya dalam Pemilihan UMNO Bahagian yang akan datang. Pemimpin sebegini tak layak diberikan tempat dalam UMNO Bahagian kerana telah terbukti mereka mengkhianti seluruh rakyat Ranau.

Jika mahukan Pelan Pembangunan 10 Tahun ini diteruskan semula, pastikan Tan Sri Kasitah Gaddam menjadi Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan nanti.

Sebagai rakyat kitalah yang berkuasa. Pemimpin yang dipilih mesti bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan hidup kita semua. Jawatan yang diberikan kepada mereka adalah amanah yang mesti dipelihara dan ditunaikan.

Selepas ini saya akan dedahkan secara terperinci tentang Pelan Pembangunan 10 Tahun Ranau yang ditolak oleh Musa, Masidi dan Ewon kerana hasad dengkinya pada Kasitah Gaddam.

Singkirkan Pengkhianat Rakyat !

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger