Tuesday, October 6, 2009

UMNO Perosak Umat Islam

Lihatlah gelagat artis/pelakon Azizah Mahzan. Inilah salah satu daripada kejayaan UMNO
dalam melahirkan 'produk sekular'nya. Najib pulak bagitau bahawa UMNO adalah
parti Islam sebenar. Kepala bapok dia...

Sejak hari pertama kita menjengah dunia ini, maka bermulalah satu proses 'rebranding' dalam diri kita. Walaupun kita lahir ke dunia sebagai 'insan kamil' namun kekamilan itu akan berubah mengikut acuan yang dipilih oleh kedua ibubapa kita. Jika acuan yang digunakan mereka adalah Acuan Allah, maka selamatlah kita dalam erti kata sebenar bagi meneruskan kehidupan di dunia yang penuh cabaran, dugaan dan tipu-dayanya. Jika sebaliknya kita akan melalui satu proses 'penjenamaan' semula yang pastinya membawa kesan negatif yang tidak kurang bahayanya.

Allah SWT sendiri menegaskan dalam Al-Qur'an bahawa kedua ibubapa yang bertanggungjawab mencorak anak-anaknya samada menjadi Muslim, Yahudi, Nasrani atau Majusi. Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya.

Lihat saja diri kita. Bagaimana kita melalui proses penjenamaan itu. Dari kanak-kanak sehinggalah masuk alam persekolahan. Selepas taman zaman persekolahan ada yang menyambung pelajaran ke universiti, politeknik, kolej dan sebagainya. Lepas tu bekerja samada dalam sektor awam maupun swasta malah ada yang buat bisnes sendiri.

Yang jelas kebanyakan dari kita semua keluar dari 'kilang sekular'. Samada di sudut pendidikan formal maupun 'way of life' kita. Hidup kita selama ini telah terdidik dengan satu doktrin "Belajar rajin-rajin, kemudian dapat kerja bagus dan bergaji besar. Boleh beli kereta besar dan dapat bini pun besar..." Kita belajar agama hanya setakat nak lulus periksa saja. Dari Darjah 1 hingga 6. Kalau bernasib baik dapatlah naik ke darjah khas. Habis sekolah agama, maka tutuplah kitab. Waktu itu kita rasa dah cukuplah pelajaran agama. Asal tahu Fardhu 'Ain dah kira okaylah tu. Guru agama sekular pulak bagitau asal sembahyang dan puasa cukup, keluar zakat dan pergi haji maka kita akan masuk Syurga.

Masa tu kita rasa senang betul nak masuk Syurga. Jadi doktrin "Asal Islam saja masuk Syurga". Hasil dari ajaran ini kita pun confident betul bila mati nanti akan dapat Jannah. Kita juga tak pernah diajar tentang perkara-perkara yang boleh menyebabkan 'Aqidah kita rosak. Yang diberitahu hanyalah jangan melakukan syirik kepada Allah. Waktu itu kita hanya faham perbuatan syirik adalah menyembah berhala saja. Jadi kita tak risaulah sebab kita tak akan sekali-kali menyembah patung atau berhala. Rentetan dari sini kita begitu yakin tidak akan terlibat dengan perbuatan syirik ini.

Bila dah semakin dewasa dan secara kebetulan diberi hidayah oleh Allah untuk duduk dalam PAS, barulah sedar betapa banyak perkara yang kita tak tahu tentang hal-hal yang menyebabkan 'Aqidah Islam boleh rosak. Selain daripada perbuatan menyembah berhala, banyak lagi perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu rosak 'Aqidahnya tanpa sedar. Antaranya ;

1- Menyakini bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam.

2- Menyokong dan menjadi ahli sesebuah parti yang tidak mengambil Al-Qur'an dan Hadis sebagai perlembagaannya.

3- Memisahkan agama dengan politik (pemerintahan).

4- Menyokong pemimpin yang sengaja menolak Undang-Undang Allah (Al-Qur'an).

5- Berkata sesuatu perkara yang boleh menyebabkan terkeluar daripada Islam. Contohnya "Kalau kita sokong PAS, habislah tangan kena potong".

6- Menghina Sunnah Rasulullah. Contohnya "Dulu Rasulullah simpan janggut sebab takde pisau cukur".

7- Bersetuju atau redha dengan ucapan pemimpin yang menghina Islam. Contohnya bertepuk tangan bila pemimpin kata "Mana ada orang yang mati hidup semula dan bagitau kita semua tentang siksa kubur. Orang PAS asyik sebut pasal Syurga dan Neraka seolah-olah mereka tahu sapa yang boleh masuk Syurga atau Neraka".

Samada kita sedar atau tidak, kadang-kadang 'Aqidah kita boleh tergelincir sekelip mata disebabkan kejahilan sendiri.

Apa yang melanda majoriti umat Islam hari ini amat membimbangkan. Baru sehari dua kita dikejutkan dengan kejadian gempabumi di Padang, Indonesia. Adakah kita memandang kejadian gempa ini sebagai fenomena alam ataupun sebagai amaran dan bala' daripada Allah ?

Bagi golongan fasik, munafiq dan kafir akan memandang kejadian ini sebagai fenomena biasa kerana Indonesia memang terletak dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik. Bagi golongan yang beriman dan bertaqwa pula akan melihat kejadian ini sebagai amaran dan bala' daripada Allah disebabkan dosa dan kesalahan umat Islam sendiri.

Kita sendiri tahu majoriti umat Islam Indonesia hari ini sudah semakin rosak akhlaknya. Islam mereka hanya tinggal nama saja. Indonesia sendiri memang terkenal dengan Ilmu Putih dan Hitamnya. Sebagaimana banyaknya pesantren (pondok) pengajian Islam di sana, begitulah juga banyaknya pusat-pusat Ilmu Hitam, hiburan dan maksiatnya. Bagi orang yang biasa pergi ke Indonesia, mereka sudah tak terkejut bila melihat remaja, gadis dan wanita Islam yang bekerja sebagai pelacur di hotel-hotel murah dan mewah di seluruh Indonesia. Bila kita tanya mengapa buat kerja itu, jawabnya "Mahu cari wang Pak. Tanggung keluarga. Saya tahu ini salah tapi terpaksa..."

Teringat saya tentang fatwa bodoh dan sesat si Masitah Ibrahim. Si ustazah setan ini boleh cakap "Boleh melacurkan diri jika darurat..." Inilah salah satu bukti bila seseorang itu jadi ahli UMNO, maka secara automatik akan bertukar jadi jahat macam setan. Begitu juga dengan bekas Imam Besar Mesjid Negara, Datuk Firdaus Ismail. Bila dia kalah dalam PRU11 lalu di Permatang Pauh, habis tong undi ditendangnya pasal tak puashati. Memang benarlah UMNO ni Parti Syaitan. Bagi golongan agama bila masuk je UMNO akan bertukar jadi 'Syaitan Kabir'. Manakala golongan biasa akan jadi "King Of The Devil".

Mengapa majoriti umat Islam masih setia dengan UMNO ? Mudah saja nak menjawab persoalan ini. Sebab tak faham hakikat Islam itu sendiri. Bagi pendirian peribadi saya, jika masih setia dan menyokong UMNO sehingga mati, confirm masuk Neraka Jahannam. I'm saying that not because as a member of PAS but Allah says in Surah Al-Ahzab (33) : Verses 66 - 68.

Hasil daripada pemerintahan sekular UMNO, hari ini kita boleh lihat sendiri betapa rosaknya umat Islam dalam negara. Jumlah yang disahkan murtad sudah melebihi angka 250 ribu, yang tak bersembahyang pula entah berapa juta. Yang sesat duduk dalam UMNO hampir 2 juta. Perzinaan dah jadi perkara biasa. Rasuah pula dah jadi satu 'trend' hari ini. Berlaku dalam semua jabatan dan agensi kerajaan maupun swasta. Jenayah berlaku dah sama macam kat negara Barat dan Eropah. Rakyat dihidangkan dengan pelbagai jenis hiburan 24 jam. Artis-artis diberi ruang seluas-luasnya sebagai ejen perosak akhlak golongan muda dan remaja.

Bagi para Alim Ulama' dan golongan agama yang berani dan jujur dengan ilmunya disekat dari menyampaikan kuliah dan ceramah mereka. Tindakan sebegini memang sengaja dibuat oleh UMNO bagi menyekat umat Islam daripada memahami Islam yang sebenar. Bila mereka faham Islam yang betul, sudah tentu akan meninggalkan UMNO kerana tahu kesesatan parti itu.

Wahai saudara Islam ku, marilah kita 'berhijrah' dengan menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Jazakallah.

1 comment:

altauhid said...

Saudara
kalau nak tulis tu biarlah dari akal dan ilmu yang ada pada diri jangan ikut dan dengar apa yang orang kata sahaja. Biarlah apa yang hendak dikatakan adalah datangnya dari hati terus ke akal yang waras bukan ikut perasaan. Jaganlah mengatakan orang lain kafir bila tak sehaluan dengan apa yang kita sokong. Ikutilah seperti mana contoh imam shafie, hambali, malik dan Hanafi walau perbezaan pendapat tidak pernah menjatuhkan hukum kafir kepada saudara seagama. jika kita tersalah cakap dan tulis dalam menjatuhkan hokum agama maka kita akan ke neraka dulu. Berfikir dengan akal dan hati bukan perasaan. Cuba bayangkan jika anda seorang yang beragama islam tinggal di dalam negara kafir contohnya Israel dan Amarika yang kuatnya menentang islam yang suci. Sesungguhnya janji Allah itu benar jika kita seoarang yang zuhud dalam ibadat dengan hati yang ikhlas melakukan segala suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA pasti balasan syurga menanti walaupun kita mati dalam negara yang diperintah orang kafir sekali pun. Oleh tidak perlu timbul untuk mengatakan bila kita tidak ikut parti pas akan jadi kafir kerana Syurga dan neraka itu hak ALLAH bukan hak milik parti pas. Sesungguhnya ajaran islam itu bila kita amalkan walau dimana sekali kita berada pasti medapat balasan baik dari ALLAH akan kita terima. Sesungguhnya Pemerintah yang ada sekarang ini tidak pernah untuk memusuhi Islam malah lebih banyak untuk menegakkan syiar islam dalam mentukan agar nasib umat islam terbela berbanding di negri yang diperintah mengatakan bahawa diri meraka adalah pemimpin ulamak tapi apa yang boleh dibanggakan selama hampir 20 tahun memerintah dan selama meraka memerintah sudah berapa ratus ribu orang kafir dinegri yang meraka perintah telah di islamkan malah kemiskinan yang dibenci islam yang ada. janganlah saudara cuba mengaibkan orang seperti foto yang di tunjukan kerana itu adalah satu contoh perbuatan yang tidak baik lagi mengaibkan kalau dah merasakan diri kita terlalu islam pergilah jumpa sendiri dan nasihatkan orang yang ditunjukan dalam foto tersebut agar kembali kepada ajaran islam kerana cara itulah yang islam kehendaki dalam kita menyampai dakwah. Sekian
semoga kita semua medapat hidayah dan rahmat ALLAH.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger