Tuesday, October 20, 2009

Malaysia Jadi 'Pariah' Di Bawah UMNO/BN

Bila bercakap dalam media dan di hadapan rakyat jelata semuanya terbaik dan tercanggih bagi Malaysia. Pendek kata dah takde lagi negara lain dalam dunia ni yang lebih maju melainkan Malaysia.

Baru-baru ini PM Najib sebut bahawa Malaysia adalah salah sebuah negara termaju di dunia. Ramai negara yang kagum dengan kemampuan kerajaan kita di bawah UMNO/BN. Tak dinafikan Malaysia memang antara negara termaju jika dibandingkan dengan Uganda, Bangladesh, Mogadishu, Veitnam, Laos, Sri Lanka dan negara-negara miskin yang lain.

Malaysia juga diiktiraf sebagai sebuah negara yang paling 'maju' dalam bidang rasuah, penyelewengan dan jenayah. Apa taknya. Belum pernah berlaku dalam mana-mana negara dunia yang mana orang yang telah dibunuh kemudian diletupkan pula dengan C4 Explosive. Itu satu hal. Lepas tu rekod kemasukan mangsa ke Malaysia boleh hilang dari rekod komputer Imigresen.

Malaysia juga memang maju dalam bidang undang-undang. Yaitu undang-undang rimba. Negara lain pun tak buat macam Malaysia sebab dah terlampau maju ke depan 100 tahun. Oleh kerana tersangat maju, semua laporan rasuah dan penyelewengan yang melibatkan pimpinan atasan negara dan para kroninya tak laku dan dianggap fitnah walaupun disertakan bukti yang sahih. Yang ditangkap dan disoal-siasat bukannya yang dilaporkan terlibat tetapi yang melapor pula ditahan dan disiasat kerana didakwa membuat fitnah.

Memang untung orang yang dapat jadi PM, TPM, Menteri Kabinet, Ketua Menteri dan MB serta barisan exconya dalam UMNO/BN ini. Sebab boleh buat duit. Sekelip mata saja boleh kumpul ratusa juta. Yang penting mesti 'sembah dan sujud' pada si 'big boss' kat Putrajaya. Rompaklah berapa banyak pun harta rakyat, takpe. Jangan bimbang Polis dan BPR takkan tangkap punya. Semua 'kepala-kepala' jabatan termasuk Peguam Negara, KPN dan Ketua Pengarah BPR di bawah telunjuk si Maharaja Jib dan Maharani Mah.

Dah ada bukti pun. Tengok saja kes Altantuya. Tiba-tiba Polis jadi 'bodoh' dan tak dapat tangkap siapa sebenarnya yang mengarahkan pembunuhan ini. Seperkara lagi bila di Mahkamah, Hakim tak benarkan para peguambela menyebut nama Najib dan Rosmah. Kenapa ? Apakah orang yang menjawat jawatan PM dan TPM tak boleh didakwa atau dipanggil untuk beri keterangan ?

Sedangkan Presiden Amerika sendiri boleh didakwa atau dipanggil ke mahkamah jika ada kes pendakwaan terhadapnya atau sebagai saksi.

Hari ini Malaysia telah dimalukan oleh para pelabur Australia sebab teknologi internet negara ini jauh ketinggalan dan lembab. Bukan setakat ketinggalan dengan Australia malah dengan Arab Saudi pun Malaysia terkebelakang dari segi kelajuan akses internet. Kelajuan Broadband di Arab Saudi ialah 3Mbps manakala Malaysia hanya 1Mbps.

Negara lain dah lama menggunakan Broadband 3Mbps tetapi Malaysia yang kononnya didakwa sebagai salah sebuah negara termaju di dunia tiba-tiba saja 'dimalukan' oleh para pelabur Australia.

Macamana negara ini tak ketinggalan jika para pemimpin negara asyik sibuk memikirkan nak create project itu dan ini, nak buat semua yang terbesar, tertinggi dan terpanjang di dunia. Lepas tu berlumba-lumba kaut harta. "Satu untuk kau, sepuluh untuk aku..." Semakin tinggi kedudukan dalam parti dan kerajaan, semakin besarlah temboloknya. Sekali sapu bukan alang-alang, ratusan juta. RM 500 juta disapu hasil dari pembelian 2 biji kapal selam Scorpene. Tak pasal-pasal lesap wang rakyat dan pembayar cukai.

Tak tahulah apakah jenis manusia yang sedang berkuasa dalam negara ini. Orang yang disahkan bersalah terlibat dengan rasuah hanya dihukum gantung jawatannya dalam parti saja. Lepas tu boleh dicalonkan semula untuk bertanding dalam pilihanraya kecil. Menang pulak tu... Yang paling bebal ialah orang yang mengundinya kerana dah tak tahu nak beza antara permata dengan kaca. Lebih menyedihkan majoriti yang mengundi tu orang Islam.

Memang benarlah janji Allah. Bila umat Islam sudah terlampau jauh dengan ajaran Islam yang sebenar, maka akan dihinakan oleh Allah sejak di dunia lagi. Mata hati mereka telah dikunci mati daripada melihat kebenaran. Akibatnya berlakulah seperti mana hari ini. Negara terus diperintah oleh golongan jahat dan zalim. Rakyat semakin dihimpit dengan pelbagai tekanan hidup. Pengangguran semakin meningkat, jenayah berleluasa dan kerosakan akhlak semakin meruncing. Rakyat dijadikan 'hamba abdi' dalam negara sendiri. Semuanya rakyat kena tanggung sedangkan pemimpin negara hidup kaya-raya hasil rompakan wang rakyat.

Inilah akibatnya jika majoriti rakyat negara ini masih ramai yang bebal dan terus merelakan diri mereka diperkotak-katikkan dengan propaganda murahan oleh para pemimpin mereka yang terus bermaharajalela melakukan segala macam bentuk jenayah kolar putih.

Sedih bila mengenangkan nasib bangsa Melayu dan bumiputera yang terus ketinggalan dalam segala bidang.

Yang pasti Malaysia akan jadi 'Pariah' di mata dunia. Jadi 'budak suruhan' Barat dan Eropah di bawah telunjuk Yahudi.

Selamatkan Malaysia Dari Pemimpin Hapraq.

Adios.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger