Thursday, October 29, 2009

Politik Sembunyi Tangan Trio PAS ...

Sebagai ahli PAS dan pemerhati dhaif, saya memang tak berpuashati dengan keputusan yang diambil hasil mesyuarat khas malam semalam di Pejabat Agong PAS. Persoalannya sekarang mengapa PAS Selangor pulak yang diheret ke Lembaga Disiplin. Isu sebenar sekarang adalah Unity Government yang cuba 'dihidupkan' semula sehingga TGNA melenting. Sewajarnya kenyataan media yang dibuat pagi tadi (1.30) adalah berhubung UG, bukannya PAS Selangor. Yang lebih tepat kenyataan seperti berikut : "Dr Hasan Ali akan dipanggil ke Lembaga Disiplin".

Walau pun aku ni hanya bertaraf 'Wali Bedal", namun jauh di sudut hati merasakan ada permainan "Politik Sembunyi Tangan" oleh trio PAS Hj Hadi, Nasaruddin dan Mustafa Ali bila membuat kenyataan media bahawa PAS Selangor akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin ? Apa hal pulak PAS Selangor yang kena ? Lain yang dibincang, lain pula decisionnya. Yang patut dibawa ke Lembaga Disiplin mereka bertiga dan Dr Hasan Ali. Apakah dalam PAS juga ada immunity untuk Presiden, Tim Presiden dan SU Agong ? Langsung tak boleh diusik.

Apakah menjadi satu kesalahan bila PAS Selangor bertindak tegas atas isu arak di Shah Alam ? Apakah tindakan ini dilihat akan mencetuskan perpecahan dalam PR ? Aku tak nampak ianya boleh mencacatkan hubungan PR. Ini persoalan prinsip. Dan semua orang tahu Dr Hasan Ali bertindak mengikut prosedur. Bukannya tindakan melulu.

Cumanya ada satu tindakan Dr Hasan yang agak keterlaluan. Yaitu ketika beliau menyerang Selcat yang ditubuhkan oleh Kerajaan PR Selangor bagi menyiasat pegawai-pegawai kerajaan menampakkan 'perpecahan' dalam PR. Apa yang dikesalkan oleh MB Selangor kerana Dr Hasan menyerang Selcat secara terbuka dalam sidang media sedangkan sewaktu dalam Mesyuarat Exco Negeri membincangkan penubuhan Selcat ini beliau hanya mendiamkan diri.

Sudah tentu sikap Dr Hasan menyerang hebat Selcat ini dilihat sebagai indikator sudah tiada pemuafakatan lagi dalam kerajaan negeri dan bila Tan Sri Khalid mengutus surat pada Hj Hadi agar nasihatkan Hasan, tiada respon dari Presiden PAS. Ekoran dari rentetan ini, sudah tentu ianya dilihat sebagai indikator yang Unity Government ini still in progress.

Bila TGNA melihat keadaan ini dan tiada sebarang tindakan susulan diambil oleh kepimpinan PAS Pusat bagi meredakan kemelut yang berlaku di Selangor ekoran tindakan Hasan Ali, sudah tentu beliau merasakan there is something wrong.

Kalau benar Dr Hasan Ali memang pro-UMNO, apa bezanya dengan Hj Hadi, Nasaruddin dan Mustafa Ali yang jadi 'pioneer' Unity Government ? Yang nak diheret PAS Selangor ke Lembaga Disiplin tu nak buat apa ? Bukankah keputusan ini bakal menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan seluruh pimpinan dan ahli PAS Selangor ? Sepatutnya Hj Hadi, Nasaruddin, Mustafa Ali dan Hasan Ali saja dinasihatkan berundur dari jawatan masing-masing. Apakah salah dan berdosa jika mereka berempat diminta berundur demi kebaikan parti. Apa dah takde orang lain yang boleh pegang jawatan Presiden, Timbalan Presiden, SU Agong dan PJ Selangor.

Inilah yang disebut orang lain yang buat hal, orang lain pula yang jadi mangsa...

Berikut adalah kenyataan penuh Setiausaha Perhubungan PAS Selangor ;

PAS Selangor ingin merujuk kepada keputusan mesyuarat khas jawatankuasa kerja PAS pusat pada 28 Oktober 2009 di Pejabat Agung PAS.

Pendirian PAS Selangor adalah seperti berikut:

PAS Selangor mengalu-alukan kesediaan PAS pusat untuk menangani kemelut yang berlaku dalam PAS sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat khas jawatankuasa kerja PAS pusat pada 28 Oktober 2009.

PAS Selangor juga menyambut baik keputusan untuk menolak EGM (mesyuarat agung khas) dan seterusnya menyelesaikan masalah dalaman melalui siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Seluruh kepimpinan dan ahli PAS negeri Selangor bersedia untuk disiasat dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa disiplin parti. Kami menyeru agar siasatan ini dilakukan dengan serta-merta bagi mengembalikan integriti seluruh ahli-ahli PAS di negeri Selangor.

Bagi memulihkan imej parti, PAS Selangor menggesa agar jawatankuasa disiplin parti dapat membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang mengganggu-gugat PAS seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui saluran media dan blog.

Bagi meninggikan prinsip-prinsip al-'adalah yang ditetapkan oleh Islam, PAS Selangor ingin menekankan jawatankuasa disiplin parti hendaklah juga menyiasat orang yang membuat tuduhan dan mengambil tindakan yang tegas kepada mereka sekiranya tuduhan tersebut tidak benar kerana mencetuskan suasana yang tidak stabil dalam parti dan seterusnya merosakkan imej parti.

Merujuk kepada beberapa isu yang dibangkitkan, kami ingin menegaskan bahawa ahli-ahli PAS Selangor di semua peringkat telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pimpinan PAS negeri sebagaimana yang telah diputuskan melalui mesyuarat khas badan perhubungan PAS negeri Selangor yang bertarikh 27 September 2009.

PAS Selangor menyeru kepada semua ahli-ahli parti agar menghormati jawatankuasa disiplin parti di dalam menjalankan tugasnya dengan tidak membicarakan isu ini sehinggalah proses penyiasatan dan pendakwaan selesai.

PAS Selangor seterusnya menyeru kepada ahli-ahli PAS di Selangor agar bertenang dan membiarkan proses siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti selesai sepenuhnya. Semua ahli-ahli PAS di Selangor mestilah menyatakan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YB Tuan Guru Presiden.

Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Apa Nak Jadi Dengan PAS ?

Lu Fikirlah Sendiri...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger