Friday, October 16, 2009

Isu Pembangunan Ranau - Surat Tan Sri Kasitah Kepada Penduduk Ranau

Posting saya sebelum ini ada menyentuh tentang Pelan Pembangunan 10 Tahun Ranau yang diilhamkan oleh Tan Sri Kasitah Gaddam dan telahpun mendapat persetujuan Jemaah Menteri Kabinet Malaysia pada 16 Februari 2005. Hanya menunggu saja persetujuan Kerajaan Negeri Sabah untuk dilaksanakan secara berperingkat sepanjang 10 tahun.

Malangnya atas ketamakan kuasa dan hasad dengki KM Musa Aman, Masidi Manjun (Ketua UMNO Bahagian Ranau) dan Ewon Ebin, maka pelan pembangunan untuk kesejahteraan dan keselesaan penduduk Ranau telah ditolak oleh Kerajaan Negeri.

Ekoran penolakan oleh Kerajaan Negeri Sabah, ramai di kalangan penduduk Ranau yang datang berjumpa Kasitah Gaddam untuk mendapatkan penjelasan.

Berikut adalah surat penjelasan Kasitah kepada seluruh penduduk Ranau ;

Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam,
Kg. Tagudon Baru, 89308 Ranau,
Tel : 088-876 898

20 Februari 2008

Kepada Semua Penduduk Daerah Ranau,

PELAN PEMBANGUNAN RANAU 10 TAHUN

Ekoran penolakan RDA (LKW) oleh Kerajaan Negeri Sabah, ramai penduduk Daerah Ranau yang datang berjumpa dan meminta penjelasan daripada saya. Saya menulis surat ringkasan mengenai cadangan pengujudan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) di Daerah ini supaya rakyat di Daerah Ranau ini akan mengetahui secara ringkas mengenai LKW ini.

Bersama-sama dengan surat ini saya sertakan 'Strategi Pembangunan Wilayah Kecil Ranau' bertarikh 29.6.2004 - taklimat oleh Arkitek Summaz, iaitu satu firma yang dilantik oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Willayah kepada jawatankuasa di semua peringkat.

Latar Belakang

Pada 13hb Mei 1999, semasa lawatan YABhg Tun Dr.Mahathir Mohamad (pada waktu itu Perdana Menteri Malaysia) ke Daerah Ranau, beliau telah berjanji akan memberikan perhatian yang serius kepada pembangunan Daerah Ranau.

Pada bulan Julai 1999, saya telah membentangkan satu rangka pelan pembangunan Daerah Ranau bagi tempoh 10 tahun dalam mesyuarat Jawatnkuasa Tindakan Dan Pembangunan Daerah Ranau.

Dalam pada itu, YB Tan Sri Bernard Dompok juga telah mengemukakan satu permohonan kepada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) untuk pembangunan Pekan Kundasang sebagai pintu masuk pelancongan.

Ekoran daripada itu satu ketetapan telah diambil iaitu satu kajian menyeluruh perlu dibuat dan seterusnya menyediakan pelan strategik pembangunan 10 tahun Daerah Ranau. Kajian ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW).

Arkitek Summaz telah dilantik untuk membuat kajian dan menyediakan cadangan pelan pembangunan 10 tahun Daerah Ranau. Kajian dan penyediaan pelan ini diselia oleh KKLBW, Pejabat Daerah Ranau dan beberapa jabatan/kementerian berkaitan di peringkat negeri termasuk Jabatan Perancang Ekonomi Sabah, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Sabah, KPLB Sabah, Jabatan Pertanian dan lain-lain jabatan berkaitan.

Saya telah diberi taklimat penuh berhubung dengan pendapat kajian dan cadangan pelan pembangunan, dan kaedah dan mekanisme perlaksanaannya oleh Jawatankuasa Pemandu pada 2hb Mei 2003. Saya difahamkan YAB Ketua Menteri Sabah juga telah diberi taklimat yang sama pada bulan Mei 1999.

Cadangan Pelan Pembangunan 10 Tahun Ranau

Hasil kajian yang dibuat mencadangkan agar Daerah Ranau dibahagi kepada 14 zon pembangunan dan setiap zon dibangunkan mengikut kesesuaian dan potensinya. Walaubagaimana pun teras pembangunan ialah pertanian, pelancongan dan pembangunan sumber manusia. Pemeliharaan alam sekitar adalah komponen yang penting dalam kajian berkenaan.

Sektor pembangunan dan peruntukan kewangan yang dicadangkan dalam Pelan Pembangunan 10 Tahun Ranau adalah seperti berikut ;

Sektor -----------------------------------------------Anggaran Peruntukan

1. Guna Tanah ----------------------------------------RM 14.65 juta
2. Asas Ekonomi --------------------------------------RM 31.835 juta
3. Pelancongan, Lanskap, Rekreasi --------------------RM 62.675 juta
4. Infrastruktur dan Utiliti ----------------------------RM 273.695 juta
5. Pengurusan Alam Sekitar -------------------------- RM 2.9 juta
6. Pembangunan Sumber Manusia --------------------RM 315.6 juta
7. Pembangunan Perbandaran/Wilayah ---------------RM 58.776 juta

Cadangan Mekanisme Perlaksanaan

Kaedah perlaksanaan Pelan Pembangunan 10 Tahun Ranau adalah melalui kaedah Pembangunan Wilayah Kecil. Satu Majlis Bersama akan dibentuk untuk menguruskan perlaksanaan pembangunan wilayah kecil ini yang akan dipengerusikan bersama oleh YAB Ketua Menteri Sabah dan YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia.

Keputusan Jemaah Kabinet Menteri Persekutuan

Saya difahamkan bahawa pada 6hb Feb 2005 Jemaah Menteri Persekutuan telah bersetuju pada dasarnya perlaksanaan Pembangunan Wilayah Kecil Ranau ini dengan mengambil kira juga beberapa daerah jirannya tertakluk kepada persetujuan Kerajaan Negeri Sabah.

Salam hormat.

Yang Ikhlas,

t.t.

TAN SRI DATUK KASITAH GADDAM

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger