Friday, October 23, 2009

PR Akan Kalah Besar Dalam PRU13

Melihat kepada senario politik mutakhir ini, lebih-lebih lagi selepas PRK Bagan Pinang dan Perhimpunan Khas Agong UMNO pada 13 - 16 Oktober lalu akan mendorong Najib membubarkan Parlimen lebih awal pada 2011. Beberapa faktor berikut akan menjadi pendorong ke arah itu ;

1- Mood rakyat pada ketika ini sudah mula berubah balik kepada UBN. Perlu diingat Najib dan UBN tidak bimbang dengan sikap pengundi Melayu/Bumiputera. Apa yang dibimbangi hanyalah sikap pengundi Cina dan India. Konsep 1Malaysia yang dilancarkan oleh Najib hanyalah bertujuan untuk mengembalikan semula keyakinan 2 kaum ini yang 'memberontak' dalam PRU12 lalu. Tidak dinafikan Konsep 1Malaysia ini berjaya mempengaruhi mereka.

2- Sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat sudah mula mengendur. Faktor kegagalan Anwar menunaikan janjinya untuk membawa PR ke Putrajaya pada tarikh 16 September 2008 menjadi impak kepada hilangnya keyakinan rakyat yang sangat 'mengharap' ianya menjadi kenyataan. Ditambah dengan beberapa krisis dalaman yang melanda PKR sebelum ini menjadikan parti itu dilihat rapuh dan tidak mampu bertahan lama.

3- Pindaan Perlembagaan UMNO baru-baru ini walaupun hanya sebagai 'kosmetik' saja namun tidak boleh dipandang remeh oleh PR. Sebab ahli dan penyokong UMNO dari kalangan majoriti Melayu/Bumiputera memang terkenal sebagai golongan yang mudah terpedaya dengan 'bahan-bahan kosmetik' ini. Dah lebih setengah abad golongan Bumiputera ini ditipu bulat-bulat tapi dok macam tu juga.

Sejarah membuktikannya. Di zaman Mahathir, Anwar dijadikan 'pecacai' untuk menampakkan UMNO lebih Islamik bagi mengimbangi pengaruh PAS yang semakin meluas. Kemudian dilancarkan slogan "Bersih, Cekap dan Amanah", "Penerapan Nilai-Nilai Islam", "Malaysia Boleh" dan sebagainya. Perlu diakui UMNO begitu kebal sekali di era Mahathir & Anwar. Akhirnya Anwar yang kononnya mahu 'mencuci najis dari dalam' ditendang penaliti oleh Mahathir pada tahun 1998. Pada muka kau Anwar....

Di zaman Pak Lah pula rakyat melihat UMNO benar-benar mahu berubah bila Pak Lah menampilkan watak 'Mr Clean' dengan membiarkan BPR mendakwa Menteri Kabinet Tan Sri Kasitah Gaddam dan Eric Chia (Mahathir's brother from another mother dan father). Seluruh rakyat terpaku dengan pendakwaan ini dan merasakan inilah bukti Pak Lah memang serius menentang rasuah sehingga Polis pun pakai batch "Saya Anti Rasuah". Tak lama selepas itu PRU11 berlangsung dan UBN mendapat kemenangan paling besar dalam sejarah PRU negara. Menguasai lebih 90% kerusi Parlimen. Dengan kemenangan ini Pak Lah meneruskan pula dengan propaganda Islam Hadharinya. Sekali lagi rakyat ternganga. Kata-kata beracun yang diungkapkan oleh Pak Lah selepas mengangkat sumpah sebagai PM "Bekerja Bersama Saya, Bukan Untuk Saya" menjadikan rakyat begitu yakin dengan 'kesucian hati' anak Ulama' ini. Namun panas yang dijangka sampai ke petang tiba-tiba hujan di tengahari . Akhirnya Pak Lah terpaksa 'berundur' ekoran kekalahan teruk UBN dalam PRU12.

Hari ini Najib pula menjadi orang nombor wahid negara. Bagi memulihkan keyakinan rakyat, Najib juga ada resipi 'kosmetik' untuk melenakan rakyatnya.

4- Gerakerja yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di seluruh negara masih di tahap yang mengecewakan. Kegagalan PAS (kecuali Kelantan dan Kedah) mendekati pengundi Melayu kerana asyik terlampau politiking menyebabkan sehingga ke hari ini UMNO masih lagi menguasai lebih 60% orang Melayu. Manakala PKR dan DAP lebih bergantung kepada pengundi Cina dan India.

5- Laporan skandal penyelewengan dan rasuah yang melibatkan pemimpin UBN sebenarnya tidak akan mempengaruhi sikap pengundi Melayu yang setia bersama UMNO. Buktinya di Bagan Pinang. Walau dah terbukti mengamalkan politik wang namun Isa Samad masih mampu menang besar. Jika dilihat kepada majoriti yang diperolehinya, tanpa undi pos tentera pun dia masih mampu menang. Kenapa boleh jadi begini ? Walaupun perlu dituntut agar Undi Pos ini dimansuhkan tetapi PAS tak perlu buang masa dok fikir perkara ini. Apa yang patut dibuat ialah kenali kelemahan sendiri. Jangan asyik nak menuding jari pada pihak lawan yang memang dah terkenal sebagai 'Syaitan Kabir' dan penipu.

Pakatan Rakyat Kalah Besar Dalam PRU13

Minta maaflah jika boleh saya katakan di sini bahawa PR akan kalah besar dalam PRU13 kelak jika perubahan 'mood' rakyat hari ini berterusan ke arah UBN. Walaupun sebagai ahli PAS tetapi saya lebih suka berpijak di bumi nyata. Sudah berpuluh tahun kita ditipu dan dibuai dengan isu nasional yang pada anggapan kita akan membawa gelombang besar kepada perubahan sikap rakyat.

Kita perlu sedar bahawa majoriti rakyat negara ini masih di tahap rendah kesedaran mereka terhadap politik dan tak tahu hak-hak mereka. Ditambah pula kaedah 'Pecah dan Perintah' yang diamalkan oleh UBN sejak zaman Mahathir lagi. Rakyat sentiasa dihantui dengan pelbagai sekatan dan ugutan.

Takut kampung tak dapat jalan tar. Takut tak dapat kerjalah. Takut anak tak dapat masuk universiti dan IPTA. Takut anak tak dapat pinjaman PTPTN. Takut kena pindahlah. Takut kena buang kerja. Takut anak kena buang universiti. Takut tak dapat beli rumah murahlah..... dan macam-macam lagi 'sindrom takut' yang tak berasas ini. Namun inilah hakikat mentaliti majoriti masyarakat Melayu dan Bumiputera yang ada hari ini.

Bukan mudah nak mengubah minda dan hati pengundi setia UBN yang dah berkarat ni. Perlu ada 'skill' dan 'soft touch' bagi mengetuk pintu hati mereka. Ibaratnya bila si teruna yang sudah terpikat dengan si dara akan mencari pelbagai cara untuk mendapatkannya. Walau susah sekalipun pasti ada jalan untuk nak mengetuk pintu hati si dara agar menerimanya sebagai bakal teman hidup.

Begitulah juga dalam politik ini. Mesti ada jalan mahu 'membuka kunci' pintu hati para penyokong UBN agar berubah kepada menyokong kita. Pelbagai isu seperti kemiskinan, penyelewengan dan rasuah adalah sebagai 'barang hantaran pinangan' tetapi 'kunci' untuk membuka 'pintu' itu kenalah dicari terlebih dahulu. Dah dapat kuncinya barulah disusuli dengan barang hantaran.

Di Kelantan, TGNA berjaya mendapatkan 'kunci' tersebut. Begitu juga Assyahid Ustaz Fadhil. Walaupun Assyahid telah meninggalkan kita semua tetapi 2 kawasannya Parlimen Pendang dan DUN Anak Bukit masih kekal dipegang oleh PAS sehingga ke saat ini dan diwarisi oleh anak buahnya YB Dr Hayati Osman dan YB Amiruddin Hamzah.

Salam Pagi Juma'at. Jangan lupa pergi menunaikan Fardhu Juma'at nanti.

Islam For All.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger