Wednesday, October 14, 2009

Pendekatan PAS Perlu Lebih Profesional & Efektif

Sebagai pemerhati dan hanya tahu menilai mengikut 'instinct', jadi saya tak pandai nak ulas tentang kekalahan PAS dan kemenangan bergaya UBN di Bagan Pinang pada 11 Oktober lalu. Bila jengok Harakahdaily pada 12 Oktober, terbacalah ulasan Naib Presiden PAS Hj Salahuddin Ayub, Hj Mahfuz Omar dan Suhaizan Kaiat berikutan kekalahan PAS ini.

Hj Salahuddin Ayub menyebut "N31 bakal memangkin gelombang ketiga Rasuah Musuh No.1 Negara dan keputusan pilihan raya hari ini akan mempercepat gelombang itu. N31 juga bakal dijadikan medan permulaan Pakatan memperjuangkan senarai undi pos bersih."

Komen Hj Mahfuz pula "Umno memang menang dalam pilihanraya Bagan Pinang ini tetapi ternyata kalah dalam memerangi rasuah. Kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebelum ini telahpun ditolak oleh Umno mengakibatkan Umno akan terus angkuh mengamalkan rasuah. Kemenagan Isa ini sebenarnya tidak sedikit pun memulihkan kepercayaan palabur terhadap integriti kerajaan. Sebaliknya, ia bakal menjadi satu lagi titik gelita dalam sejarah integriti negara".

Manakala kenyataan Ketua Penerangan DPP Pusat Sdr Suhaizan Kaiat "Atas nama Pemuda PAS Pusat saya mencabar Pengerusi Badan Perhubunan Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan atau mana-mana pihak dalam Umno terutamanya Pemuda Umno untuk berdebat dengan saya di bawah tajuk, "Ruang Manipulasi Dalam Pengurusan Undi Pos Di Malaysia."

Biarlah pimpinan atasan seperti mereka bertiga ini buat kerja mereka. Yang kita di peringkat Negeri, Kawasan dan Cawangan ada kerja yang mesti dilaksanakan tanpa henti. Jangan ingat kita buat kerja hanya untuk menang pilihanraya saja. Itu tak betul. Matlamat utama kita adalah untuk mengajak umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Ahli dan penyokong UMNO yang masih setia dengan parti itu disebabkan mereka masih tak faham tentang Islam yang syumul. Bila mereka dah faham, secara automatik kemenangan dalam pilihanraya akan menyusul kemudian.

Memanglah sebagai ahli PAS tentunya kita sedih dengan kekalahan ini namun kita sentiasa redha bila menerima kekalahan. Sebab kita sedar kekalahan ini disebabkan kelemahan kita sendiri. Layakkah kita untuk menerima bantuan Allah sekiranya gerakerja yang dilakukan tidak teratur dan optimum. Pernahkah kita mengkoreksi diri sendiri tentang hal berikut ;

1- Bagaimana hubungan seluruh ahli PAS dengan Allah selama ini ?

2- Sejauh mana hubungan ahli dan pimpinan PAS tempatan dengan masyarakat pengundi di Bagan Pinang khususnya pengundi Melayu UMNO ?

3- Setakat mana kejayaan program 'Memasyarakatkan PAS' ?

4- Sejauh mana gerakerja pilihanraya yang telah dilaksanakan ?

5- Dah berapa ramai ahli UMNO yang berjaya didakwahkan sehingga mereka masuk PAS ?

Kita semua dah tahu dan seluruh dunia juga tahu yang UMNO ini kerjanya macam Yahudi. Menipu dan rasuah. Tanpa kedua-dua 'rukun' ni, dah lama UMNO mampus. Dan kita juga tahu UMNO menguasai SPR, BPR, Polis, Tentera dan seluruh agensi kerajaan bagi memastikan visi dan misi keji mereka terlaksana dalam apa jua keadaan sekalipun.

Persoalannya sekarang apakah resipi terbaik untuk kita hidangkan bagi menumbangkan UBN dalam PRU13 nanti. Seluruh ahli dan pimpinan PAS di seluruh negara perlu memikirkan hal ini. Jangan asyik menuding jari ke pihak musuh sedangkan kerja yang sepatutnya kita laksanakan tidak dibuat. Bila kalah, kita salahkan ahli dan penyokong UMNO dengan kata-kata "Nama saja Islam tapi bodoh tak habis-habis. Dah terang-terang depan mata UMNO tu rasuah tapi dok sokong jugak..."

Memanglah ahli dan penyokong UMNO tu bebal. Kebebalan mereka itu berpunca dari kejahilan sendiri dan kita pula tidak pernah mahu berusaha mendekati mereka dengan cara yang paling hikmah. Bukan semua orang UMNO tu keras. Hatta keras sekalipun jika disiram jiwa mereka dengan Wahyu Allah, insya'Allah akan lembut juga.

Dah 12 kali kita menghadapi PRU sejak merdeka. Takkanlah tak boleh fikir apakah cara terbaik untuk berhadapan dengan orang UMNO ni. Jika kita hanya bergantung dengan isu nasional dan tempatan saja, jangan diharaplah mereka berubah. Kalau ada pun boleh dihitung dengan jari. Selama ini kita terleka dan lalai bahawa ada senjata terbaik untuk dijadikan hujah bagi menyedarkan mereka. Yaitu Al-Qur'an dan Hadis. Kenapa ahli dan pimpinan PAS yang bukan dari golongan agama tak mahu menggunakan senjata ini. Apakah kita hanya mengharapkan orang seperti TG Nik Aziz, TG Hj Hadi, Ust Harun Taib, Ust Daud Iraqi dan barisan Ulama' saja untuk berhujah dengan 2 sumber utama umat Islam ini ?

Bak kata orang jika "Tak kenal maka tak cinta". Jadi ahli dan pimpinan PAS kenalah rapati orang UMNO ni. Jangan tunggu dah dekat pilihanraya barulah nak sibuk ziarah dan bagi bantuan pada mereka. Inilah silapnya kita. Awal-awal lagi mereka dah bina 'tembok' bila kita hadir kerana mereka tahu ini tentu pasal pilihanraya. Kalau beginilah cara kita mendekati mereka, jangan diharaplah hati mereka akan lembut. Kita nak salahkan mereka lagikah jika mereka kata "Serupa aje macam UMNO. Dah dekat pilihanraya baru nak menjenguk kita. Lebih baik aku undi BN kerana dah tentu jadi kerajaan".

Pendekatan PAS kepada masyarakat perlu lebih profesional dan efektif. Kenali prospek dan ketahui masalah mereka. Jika seluruh jentera PAS di semua peringkat dapat merealisasikan gerakerja yang sempurna dan bermaklumat, percayalah perubahan besar pasti berlaku. Yakinlah dengan pertolongan Allah. Bila kita buat kerja secara tersusun ibarat binaan yang kukuh, nescaya kejayaan berada di hadapan...

Salah satu cara yang boleh dicadangkan di sini adalah kahwin dengan anak orang UMNO. Bagi aktivis PAS yang masih bujang tu, nikahilah anak gadis mereka. Bagi yang dah berkahwin dan ingin menambah 'cawangan', carilah bakal isteri muda tu dari kalangan mereka. Namun kena pastikan diri kita betul-betul hebat. Bukan setakat isteri yang respect malah ibubapanya juga hormati kita sebagai menantu yang terbaik. Jangan sampai pulak nanti bila dah kahwin kita pulak yang tewas. Pandai-pandailah atur strategi demi perjuangan Islam. Bukankah banyak kaedah yang boleh kita gunakan untuk berdakwah. Yang penting visi kita tercapai. Anda fikirlah sendiri.

Tak dinafikan dalam bab ini orang Direct Selling dan Insuran memang bijak. Ke mana saja mereka jumpa prospek, mereka akan kenal-pasti terlebih dahulu 3 aspek utama. Yaitu ego, kelemahan dan keperluan bakal prospek. Bila dah dapat, maka mudahlah untuk 'menundukkan' mereka.

Di era ICT yang serba maju ini, PAS perlu mengoptimumkan kemudahan ini. Dalam konteks ini PAS Kelantan, Kedah, Selangor dan Terengganu sudah jauh ke hadapan. Syabas diucapkan.

Hanya untuk renungan bersama.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger