Wednesday, October 28, 2009

Pemimpin 'Bermasalah' Mesti Berundur Segera

Tertarik juga bila membaca kenyataan Ketua Penerangan PAS dalam Harakahdaily yang bertajuk Rundingan UMNO-PAS hanya umpan Muhyuddin dan Usaha pecah-belahkan PAS, awas 'cyber-troopers' UMNO.

Sewajarnya seorang Ketua Penerangan yang dah banyak menimba pengalaman dalam sepak-terajang politik negara tidak seharusnya membuat kenyataan sebagaimana pihak lawan juga. Semua orang dah tahu tektik tuduh-menuduh, salah-menyalah antara parti pemerintah dan pembangkang ini adalah cara lama. Rakyat dah jemu nak mendengarnya. Malah kenyataan begini hanya mendedahkan kelemahan sendiri.

Dalam era ICT ini majoriti rakyat tak kiralah samada yang pro atau kontra akan memerhati dan menilai sejauh mana kemampuan kita dalam nak merealisasikan aspirasi rakyat dalam negara. Tidak dinafikan sebahagian besar rakyat memang menyedari segala kepincangan dan penyelewengan yang dilakukan oleh parti pemerintah namun setiap kali menjelang pilihanraya mereka mengalami dilema mana satukah parti yang nak disokong. Faktor ini berpunca dari kelemahan kita sendiri yang gagal menyakinkan mereka.

Dan salah satu puncanya adalah seperti yang berlaku pada PAS hari ini. Sudahlah PAS gagal dalam mendekati seluruh rakyat negara ini, ditambah pula dengan kekecohan dalaman yang berlaku ekoran isu UG yang kita sendiri cipta. Kemudian kita menuduh pula pihak UMNO 'menangguk di air keroh'. Jangan salahkan musuh bila kita menghadapi masalah. Kita pun sama juga. Bila berlaku perpecahan dalam UMNO, kita pun 'take advantage' atas kelemahan mereka. So, both of us are doing the same things. What's the problem ?

Berikutan masalah UG ini, saya merasakan kenyataan yang dibuat oleh Idris Ahmad adalah tidak profesional. Kenyataan yang sebegini akan diketawakan orang.

Kalau zaman 80an bolehlah dikira laku. Kita sendiri create idea UG ini lepas tu nak menuding jari pada UMNO. Kita sendiri dah tahu UMNO memang 'jahat', lepas tu sapa suruh memandai-mandai rangka pelan Kerajaan Perpaduan ini ? Takde sapa yang suruh. Ahli PAS sendiri pun tak tahu akan benda ni, tiba-tiba saja jadi hangat selepas Muktamar Agong kali ke-52 yang lalu. Itu pun pasal Muryidul Am menentang sekeras-kerasnya. Kalau tak semua ahli tak sedar.

Seperkara lagi tak perlu bersusah-payah nak menasihati seluruh ahli agar 'caution' terhadap berita yang disebarkan oleh 'cyber troopers' UMNO melalui internet. Tak usah bimbang dengan ahli PAS. Mereka tak pernah buat masalah yang merugikan parti. Tetap setia dengan PAS kerana yakin dengan dasar Islam yang diperjungakan. Yang selalu buat masalah adalah pimpinan.

Hari ini sesetengah pimpinan PAS pun dah ada yang berperangai macam UMNO. Sebelum jadi YB, bukan main lagi rapat dengan ahli bawahan. Bila dah jadi wakil rakyat dan ditambah pula dengan jawatan Exco Kerajaan Negeri, terus berubah perangai 360 darjah. Sebab itulah Allah hukum kita di Terengganu bila BN berjaya merampas balik kerajaan negeri dalam PRU11.

Satu lagi 'bahan' yang kerap digunakan oleh pimpinan bagi menyembunyikan kelemahan dan kesilapan sendiri adalah Wala'. Bila ahli bawahan mempertikaikan sebarang keputusan atau cadangan, maka dituduh ahli tidak wala' dengan pimpinan. Ini satu lagi hal. Menyalahgunakan hak wala'. Kadang-kadang wala' ini dijadikan lesen kuasa veto. Sapa yang nak wala' dengan pimpinan yang bermasalah. Minta maaflah kalau aku nak wala' dengan pimpinan yang tiada rohnya. Sikit-sikit cakap "Enta kena wala' syeikh dengan pimpinan..."

Jangan diingat semua pimpinan PAS yang terpilih dalam pemilihan di semua peringkat itu adalah pilihan Allah. Perlu diingat tipu daya syaitan sangat licik. Hatta dalam bab memilih pimpinan pun si syaitan ni mainkan peranan jahatnya. Lebih-lebih lagi dalam parti Islam. Jadi jangan hairanlah jika ada di kalangan pimpinan kita yang berperangai negatif.

Sebagai ahli PAS, saya menyarankan agar pimpinan yang bermasalah dalam parti dipersilakan letak jawatan dengan segera. Begitu juga di kalangan pemimpin yang tidak menunjukkan prestasi yang sewajarnya. Berundur sajalah. Kadang-kadang orang yang tak menonjolkan diri itu lebih berkelayakan memimpin cuma kita saja tak perasan. Bosan dan naik meluat bila melihat tingakh-laku sesetengah pimpinan yang begini. Cakap memang pandai tapi kosong. Janganlah kita dok kata pemimpin UMNO saja macam ini sedangkan dalam PAS sendiri pun ramai yang berperangai mudah lupa diri.

Tiada penguatkuasaan dalam parti.

Salah satu punca masalah UG ini masih berlarutan bila tiada penguatkuasaan dibuat terhadap mana-mana resolusi yang diputuskan bersama dalam Muktamar ke-51 dulu. Sepatutnya keputusan yang diambil secara kolektif untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat mesti dikuatkuasakan dan jika ada sebarang usaha dibuat oleh mana-mana pimpinan pusat untuk melanggar keputusan tersebut, maka tindakan tegas mesti diambil terhadap pemimpin berkenaan melalui Majlis Syura' Ulama'.

Tak pasal-pasal UMNO dapat 'bonus besar' bila problem melanda PAS. Mungkin ada yang marah pada TGNA dan beranggapan beliaulah yang menjadi punca berlakunya ketegangan ini. Malah ada setengahnya menyebut TGNA termakan hasutan orang di sekelilingnya yang 'mabuk kuasa' setelah kalah dalam pemilihan parti sewaktu Muktamar Ke-52. Ada juga yang beri komen tidak sewajarnya TGNA bertindak sedemikian hanya merujuk kepada tulis Prof Dr Aziz Bari dalam Sinar Harian dan keluhan yang diluahkan oleh rombongan PAS Sabah yang membuat lawatan ke Kelantan.

Bagi pendirian saya yang tak pandai politik ni, sebenarnya TGNA berhak bertindak sedemikian atas kapasitinya sebagai Muryidul Am PAS. Seperkara lagi yang perlu kita akui adalah kewibawaan beliau sebagai orang yang berpengalaman dalam politik negara. Beliau juga telah membuktikannya di Kelantan. Dengan izin dan pertolongan Allah, beliau telah berjaya memimpin PAS Kelantan dan Kerajaan Negeri sehingga ke tahap yang membanggakan sekarang. Walaupun pelbagai usaha yang dilakukan oleh UBN untuk menumbangkan Kerajaan PAS Kelantan namun setakat hari ini PAS masih mampu bertahan. Alhamdulillah. Tentu ada sebab mengapa Allah masih kekalkan Kelantan di bawah pemerintahan PAS.

Sehubungan dengan itu, TGNA memang layak untuk menegur sesiapa saja di kalangan pimpinan PAS yang bermasalah. Tindakan yang diambilnya adalah semata-mata kerana sayangkan PAS dan tak mahu lihat PAS berada dalam keadaan lemah dan goyah. Kita semua tahu TGNA adalah seorang yang tegas dalam mempertahankan pendiriannya lebih-lebih lagi dalam bab hukum-hakam Islam. Dia juga sedia memohon maaf secara terbuka jika ada kesilapan dan dibuktikan sewaktu Ust Nasarudin Mat Isa datang menemuinya ekoran isu UG ini timbul buat kali pertamanya selepas Muktamar ke-52 lalu.

Waima apa pun, saya berdoa' agar segala masalah yang melanda PAS ini akan tersirna segera. PAS perlu menyusun semula barisannya bagi menghadapi PRU13. Melancarkan gerakerja secara efisyen dan efektif di semua peringkat. PAS perlu ingat masih ramai masyarakat Islam dalam negara ini yang berada dalam kesesatan yang tidak disedari akibat menyokong UMNO. Mereka perlu didekati agar dapat 'diselamatkan' dari kejahiliyahannya.

Sebagai jamaah Islam yang syumul, perjuangan PAS bukan sekadar untuk pilihanraya semata-mata tetapi lebih dari itu. Malangnya apa yang berlaku hari ini PAS hanya dilihat oleh masyarakat sebagai parti politik semata-mata. Tidak menyeluruh.

Jazakallah.

1 comment:

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

selagi wujud puak yang berkiblatkan KERAJAAN PERPADUAN, maka selagi itulah PAS tidak akan aman dan akan terus berpecah.

Sebelum terlambat, harap diambil tindakan segera. Kepada puak-puak Pro Kerajaan Perpaduan, anda dipersilakan letak jawatan dengan cara terhormat. Kehadiran anda semua dalam PAS tidak diperlukan.

http://www.pemudakemehe1.blogspot.com

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger