Tuesday, October 20, 2009

Warkah Buat Saudaraku...

Kepada Seluruh Muslimin dan Muslimat,

Kita semua beruntung kerana dijadikan oleh Allah untuk hidup di dalam dunia yang fana' ini sebagai seorang Islam. Sebagai Muslim, kita semua adalah bersaudara. Tidak kiralah apa bangsa kita samada Melayu, Jawa, Bugis, Cina, India, Kadazan, Dusun, Bidayuh, Melanau, Murut atau apa saja suku kaum kita.

Kita semua mengucap Dua Kalimah Syahadah dan mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya. Dan rujukan utama kita adalah Al-Qur'an dan Hadis Rasulullah S.A.W.

Apa yang kita sedihkan apabila seluruh umat Islam di dunia hari ini yang mengaku beriman kepada 2 sumber rujukan utama telah berpecah-belah. Mengapakah ini berlaku kepada kita sedangkan kita umat Muhammad adalah umat yang terbaik sebagaimana yang diperakui sendiri oleh Allah SWT.

Mari kita lihat dalam skop negara kita sendiri. Saya lebih suka melihat dari sudut parti politik. Kita semua tahu terlampau banyak parti politik yang didaftarkan. Ada yang aktif dan ada pula yang tinggal nama saja. Dalam banyak-banyak parti politik yang wujud dalam negara, hanya ada satu parti saja yang ditubuhkan bukan atas dasar bangsa/kaum. Dasar dan perlembagaannya adalah Al-Qur'an dan Sunnah. Yaitu PAS - Parti Islam SeMalaysia.

Yang lain semuanya ditubuhkan atas dasar bangsa dan fahaman masing-masing yang jauh menyimpang daripada Islam. Sebut saja samada UMNO, PKR, DAP, PBRS, PBS, UPKO, PBDS, SAPP dan lain-lain lagi.

Persoalannya sekarang mengapakah kita yang Islam ini masih tak tahu dan tak jelas atau sengaja buat tak tahu sehingga langsung tak boleh nak bezakan yang mana satukah parti yang boleh kita sertai dan sokong. Kita kena akui fenomena ini berlaku disebabkan kejahilan diri kita sendiri serta sudah semakin jauh menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Faktor keluarga dan persekitaran serta pergaulan dalam masyarakat membuatkan kita lebih yakin dan percaya dengan sistem yang sedia ada walaupun ianya bukan sistem Islam.

Bukan kata orang lain, saya sendiri dulu ketika di zaman 'jahiliyyah' pun merasakan mana ada politik dalam Islam. Oleh kerana dilahirkan dalam negara yang diperintah oleh Barisan Nasional yang diketuai UMNO, maka dengan sendirinya diri dah terdidik dengan sistem yang sedia ada melalui pendidikan formal di sekolah dan informal dalam keluarga. Sepanjang hampir 30 tahun saya hidup dengan fahaman sekular sesat yang diamalkan oleh pemerintah negara sejak merdeka.

Alhamdulillah, saya mula mengenali PAS sewaktu saya menetap di Kedah dalam tahun 1996. Bertitik-tolak dari sinilah saya mula mencari apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh PAS. Akhirnya Allah memberikan jawapan pada saya dan pada bulan Oktober 1997 saya secara resmi menjadi ahli PAS, sebuah parti/jamaah Islam yang syumul sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan diperakui oleh Rasulullah.

Seluruh Saudara Islamku,

Marilah kita berhijrah ke jalan yang diredhai oleh Allah. Tak ada gunanya kita mempertahankan benda yang salah. Sedarlah bahawa perjuangan atas dasar bangsa/kaum bukan daripada ajaran Islam. Ianya ajaran puak penjajah yang dah lama merambus dari bumi Malaysia. Perlu diingat para penjajah kafir tidak akan memberikan kemerdekaan kepada mana-mana negara umat Islam yang dijajah selagi mereka tidak yakin samada sistem mereka akan digunakan oleh negara itu atau sebaliknya. Setelah mereka pasti anak didik mereka akan meneruskan sistem pemerintahan mereka (Pemerintahan Sekular), maka barulah diberikan kemerdekaan kepada negara tersebut. Dan begitulah juga dengan negara kita. Sebab itulah sehingga ke hari ini undang-undang yang digunapakai dalam negara adalah undang-undang peninggalan British.

Cuba tanya diri kita. Di mana duduknya Iman dan 'Aqidah Islam jika kita terus-menerus redha dengan kerajaan yang sedia ada sedangkan kita sendiri tahu undang-undang yang digunapakai adalah undang-undang kafir (sekular). Bukannya Undang-Undang Allah (Al-Qur'an). Bila kita terus-menerus memilih sebuah kerajaan yang jelas melaksanakan undang-undang kafir (penjajah) ini, bermakna kita redha/setuju dengan undang-undang tersebut. Apakah hukumnya bagi seorang Islam yang redha dengan sistem kafir laknatullah ini ???

Wahai Saudaraku,

Apakah selama ini kita lupa siapa yang ciptakan kita ? Mengapa kita lebih percaya dengan sistem ciptaan manusia daripada sistem Allah (Al-Qur'an). Apa yang nak kita jawab esok di padang Mahsyar bila Allah tanya kita soalan-soalan berikut ;

1. Mengapa kamu menyokong pemerintah yang sesat ?

2. Bukankah ada jamaah Islam di tempat kamu dan mengapa kamu tidak berada di kalangan mereka ?

3. Bukankah Aku sudah turunkan Al-Qur'an dan utuskan Rasul sebagai panduan hidup kamu ? Mengapa kamu engkar ?

4. Bukankah di zaman kamu hidup di dunia sudah ada pelbagai kemudahan untuk menimba ilmu agama ? Mengapa kamu kekal jahil ?

Marilah kita bermuhasabah diri sebelum terlambat.

Agak-agaknya di manakah tempat tinggal kita nanti di Akhirat jika kita terus kekal menyokong pemerintah yang mengamalkan sistem yang sesat ini sehingga mati ?

Untuk renungan bersama.

Jazakallah.

1 comment:

altauhid said...

Aku menyokong UMNO keran UMNO itu Melayu dan melayu itu Islam dan apa yang UMNO bawa adalah lebih baik dari apa yang PAS bawa untuk umat islam di Malaysia. Tak payahlah kita nak jadikan Malaysia ini seperti di Arab kerana mejoriti penduduk di negara kita adalah melayu dan harus mempunyai jati diri melayu islam dan mengamalkan ajaran islam berlandaskan alQuran dan hadis nabi. Janganlah kita yang baru belajar dengan satu guru bila pandai sikit kata orang islam lain tak betul salah dan munafik hanya kita sahaja betul. Kita didalam hidup ini harus sentiasa belajar dan terus belajar hingga sampai kelubang kubur. Oleh itu belajarlah islam itu dengan hati dan akal bukan islam bertaksubkan parti politik. Islam juga telah mengariskan kalau hendak memilih pemipin bukan sahaja pandai dalam agama tetapi harus pandai dalam pentabiran dan hubungan muamalat sesama manusia.Carilah pemimpin yang serdahana dimana tidak meninggalkan dunia dalam mengejar akhirat kerana itulah pemimpin yang sebenarnya.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger