Friday, October 2, 2009

Nyawa UMNO / BN Hanya Di Sabah & Sarawak

UMNO dan BN kini semakin terdesak dalam nak menghadapi PRU13 kelak. Mereka sudah mula merasa bahang 'kepedihan' dalam nak mempertahankan kerusi Parlimen di Semenanjung. Kemungkinan besar UBN akan kehilangan lebih banyak lagi kerusi di Semenanjung berbanding PRU12 lalu. Salah satu negeri yang begitu mencemaskan mereka adalah Terengganu.

Dijangka Pakatan Rakyat akan berjaya merampas kembali beberapa kerusi Parlimen dalam negeri penyu ini di samping merampas semula pemerintahan negeri. Selain Terengganu, Negeri Sembilan juga merupakan 'kawasan hitam' bagi UBN. Pakatan Rakyat juga dilihat mampu bertahan di 4 buah negeri yang diperintah serta mempunyai peluang cerah merampas kembali Perak.

Ekoran kebimbangan ini, UBN telah memutuskan untuk melakukan penambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak. Perlu disedari kedua-dua negeri ini merupakan 'fix-deposit' UBN. Tanpa sumbangan kerusi Parlimen dari 2 negeri ini, UBN telah ghuyub dalam PRU12 lalu. Mereka dah jadi pembangkang sekarang.

Saya mendapat maklumat tentang penambahan kerusi Parlimen ini malam tadi. Informer bagitau saya persempadanan semula di 2 buah negeri ini akan dibuat tak lama lagi untuk menghadapi PRU13. Di Sabah, salah satu kawasan Parlimen yang disahkan akan dipecah menjadi dua bahagian ialah Ranau. Sekarang Parlimen Ranau terdiri daripada 3 DUN iaitu Kundasang, Karanaan dan Paginatan. Salah satu DUN ini akan dipindah ke dalam kawasan Parlimen yang baru. Hasilnya Daerah Ranau akan mempunyai 2 kawasan Parlimen dan 4 DUN.

Kawasan Parlimen yang mempunyai 3 DUN akan dipilih untuk tujuan persempadanan semula. Di Sabah beberapa kawasan dijangka terlibat seperti P167 Kudat, P169 Kota Belud, P170 Tuaran, P172 Kota Kinabalu, P179 Ranau, P180 Keningau, P188 Silam, P189 Semporna, P190 Tawau dan P191 Kalabakan. Manakala di Sarawak pula beberapa kawasan Parlimen dijangka terlibat seperti P193 Santubong, P194 Petra Jaya, P196 Stampin, P212 Sibu, P217 Bintulu dan P219 Miri.

Jika benar kesemua kawasan ini akan dipecah dua, maka jumlah penambahan kawasan Parlimen baru di 2 negeri ini sebanyak 16 kerusi.

Inilah tindakan pengecut pemimpin UBN yang sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan kuasa mereka. Bak kata orang "Berani kerana benar, takut kerana salah". Disebabkan sudah terlampau banyak dosa ekoran penyelewengan dan rasuah yang dilakukan, maka para pemimpin UBN hari ini sedang dilanda penyakit sawan 'takut kalah'. Apa tidaknya. Mereka tahu jika Pakatan Rakyat yang memerintah negara kelak, segala pekong dan kudis mereka akan terbongkar. Yang pasti rakyat akan bangkit mendesak kerajaan baru agar menangkap segala penyangak dan penyamun ini untuk dibawa ke Mahkamah Rakyat. Rampas balik semua kekayaan mereka hasil daripada menyamun harta milik negara dan rakyat jelata. Jika mereka didapati bersalah oleh mahkamah, penjarakan mereka. Bagi yang terlibat dengan jenayah bunuh, biar mereka dihukum gantung sampai terjelir lidah.

Jika Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat enggan bertindak ke atas mereka, tunggulah jawapan daripada rakyat pula.

Persoalannya, apakah kita sebagai rakyat negara ini masih rela diperbodohkan terus-menerus oleh UMNO dan BN yang telah terbukti 'sangat jahat' ini. Jika kerajaan Shah Iran boleh dijatuhkan oleh rakyatnya melalui Revolusi Islam Iran, mengapa kita di Malaysia takut untuk melakukan perubahan demi kebaikan bersama.

Sudah 52 tahun negara ini diperintah oleh BN, apa yang kita dapat ? Negara kita kaya dengan pelbagai sumber hasil bumi tetapi hidup kita semakin hari bukan semakin senang malah semakin dibebani dengan pelbagai jenis kenaikan barang keperluan. Di mana letaknya akal dan mata hati kita selama ini. Tidak cukupkah lagi bukti-bukti yang berlaku di depan mata kita selama ini.

Bagi rakyat Sabah, sedarkah kamu tahap kemiskinan di negeri ini adalah yang paling buruk sekali. Yang kaya-raya ialah Musa Aman dan ahli keluarganya serta para menteri yang hanya tahu angguk kepala saja pada bos. Cuba lihat sendiri projek perumahan yang sedang pesat dilaksanakan di sekitar Daerah Kota Kinabalu.

Lihat saja harga rumah yang dibina. Rumah kos rendah saja berharga lebih RM 60,000 manakala kos sederhana mencecah harga lebih RM 100,000. Manakala harga bagi rumah teres 2 tingkat yang keluasan tanahnya sekitar 20' x 85' sekitar RM 240,000 hingga RM 280,000. Yang lainnya berharga lebih daripada RM 300,000 hingga RM 980,000.

Cuba tanya sapa yang mampu beli rumah sebegini mahal. Beza antara harga rumah di Sabah dengan di Semenanjung adalah 2x ganda. Jika anda membeli sebuah rumah kos sederhana di Sabah yang berharga RM 120,000, dengan nilai yang sama anda mampu memiliki sebuah rumah teres 2 tingkat yang lebih luas di Johor.

Adalah amat malang sekali bagi kita sebagai rakyat Sabah yang terus ditindas dengan pemerintah yang rakus dan tamak haloba ini. Harga tanah yang melambung ini sengaja dibuat oleh pemerintah negeri kerana setiap daripada mereka ada habuan masing-masing. Tiada alasan untuk menaikkan harga tanah sebegini tinggi sedangkan dalam waktu yang sama Sabah merupakan negeri yang mempunyai tahap kemiskinan yang paling corot dalam negara.

Tak tahulah apa akan jadi dengan Negeri Di Bawah Bayu ini jika orang macam Musa Aman terus jadi Ketua Menteri. Yang pasti tahap kemiskinan penduduk negeri ini semakin teruk.

Tiada jalan lain lagi untuk menyelamatkan negeri yang bertuah ini dan juga negara melainkan kita semua mesti membuat perubahan drastik dalam PRU13 kelak. Sudah sampai masa untuk kita 'menidurkan BN' buat selamanya dengan memilih Pakatan Rakyat. Sebagai rakyat sebenarnya kita yang menjadi 'raja', bukannya mereka. Apa bodohnya kita untuk terus memilih mereka dalam pilihanraya. Bila mereka dah menang, habis kita semua dipijak dan ditindas.

Ingat dan simpan dalam kepala, kita adalah 'raja' manakala mereka yang jadi wakil rakyat adalah 'kuli' kita. Kita pilih mereka dalam pilihanraya kerana mahu nasib kita dibela dan hak kita dipelihara. Malangnya apa yang berlaku sekarang terbalik. Lepas kita undi mereka dan menang, kita pulak yang jadi 'hamba' mereka. Hidup kita semakin susah manakala mereka semakin mewah dan kaya-raya. Lepas tu bila muncul semula pilihanraya, kita masih lagi dok undi mereka kerana terpedaya dengan janji-janji manis. Sapa yang bodoh ? Kita atau mereka ? Tepuk dada tanya iman...

Mari Kita Gulingkan Barisan Nasional Dalam PRU13 Nanti !!!

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger