Sunday, October 4, 2009

Parti Toghut - PKR Akan Ikut Jejak S46

Saya mengaku kebanyakan tulisan saya agak keras bila menyentuh tentang UMNO dan parti-parti lain yang sewaktu dengannya. Keutamaan saya adalah semata-mata mahu menyeru umat Islam agar berpegang kepada 'Aqidah yang benar dan murni. Selama ini umat Islam tidak sedar bahawa salah satu penyebab kepada rosaknya 'Aqidah Islam apabila menyokong sebuah parti yang jelas dasar dan fahamannya sesat lagi menyesatkan. Oleh kerana UMNO adalah sebuah parti kebangsaan Melayu yang majoriti ahli dan penyokongnnya beragama Islam, maka adalah menjadi kewajipan kita untuk menerangkan yang haq. Mudah-mudahan mereka diberikan oleh Allah hidayah dan petunjuk serta segera meninggalkan PARTI TOGHUT yang terbesar di negara ini.

Selain UMNO, PKR juga berfahaman sekular. Bezanya hanya PKR ini nampak macam bersih. Samada bersih betul ataupun tidak itu kita tak pasti. Bukan kerja kita nak siasat macam CSI bagi memastikan ianya benar-benar bersih. Walau bersih sekalipun, samada UMNO atau PKR adalah serupa kerana dasar dan perlembagaannya tidak Islam. Sebagai Muslim yang mahu Islamnya diterima oleh Allah, maka jangan sekali-kali menjadi ahli mana-mana parti yang berfahaman sekular, sosialis, liberal dan sebaginya. Biarlah golongan fasiq, munafiq dan kafir saja yang menganggotainya.

Dah terbentang di depan mata kita sebuah parti/jamaah yang jelas dasar dan perjuangnnya. Yaitu PAS. Perlembagaannya Al-Qur'an, Sunnah, Ijma' Ulamak dan Qias. Jadi tiada alasan untuk kita memilih yang lain. Esok apa kita nak jawab di hadapan Allah SWT ?

Jika air sirap yang nak diminum kemudian dicampurkan dengan sedikit arak. Mahukah anda meminumnya ? Sudah tentu anda tidak mahu meminumnya kerana dah jadi haram. Begitu juga dengan parti politik. Bila dasar dan perlembagaannya sekular (Kristian), maka adalah haram hukumnya kita menyokong dan menganggotainya. Kalau kita menyokong juga bermakna kita redha dengan dasar dan perlembagaannya. Bila redha apa bezanya kita dengan penganut Kristian. Nak lebih jelas pergi rujuk kepada Ulama' yang haq.

Apakah PKR Mampu Bertahan ?

Inilah akibatnya jika Islam tidak dijadikan tunjang dan dasar perjuangan parti. Pasti banyak kelemahannya dan tidak 'panjang umur' Walaupun 'kepala' parti itu seorang MUslim tapi bila dah dasarnya mengambil fahaman dan doktrin ciptaan manusia, maka kita tunggu sajalah saat kehancurannya. Begitu juga dengan UMNO hari ini. Mampu bertahan setakat ini kerana menjadi pemerintah. Ditambah pula dengan kebodohan ahli dan penyokongnya. Merompak dan menyamun wang rakyat bagi meneruskan survival. Sepatah kata orang kuat UMNO Bahagian yang memang dah meluat dengan perjuangan munafiq parti itu "UMNO boleh hidup hari ini kerana ada duit'. Tanpa wang UMNO dah lama mampus.

Manakala parti-parti pembangkang yang baru ditubuhkan pula hanya mampu bertahan seketika mengikut arus perdana. Sejarah telah membuktikan segalanya. Kita tak pernah lupa bagaimana boleh wujud Parti Semangat 46. Kewujudannya ekoran pengharaman UMNO. UMNO didaftarkan semula sebagai sebuah parti baru. UMNO asal yang ditubuhkan dalam tahun 1946 sudah ghuyub. Jadi 'orang kuat' UMNO seperti Ku Li, Pak Lah, Rais Yatim dan beberapa kerat yang lain menubuhkan Parti Semangat 46 sebagai jelmaan dari UMNO asal. Tindakan penubuhan ini dilihat seolah-olah mereka hanya sayangkan UMNO asal dan tidak mengiktiraf UMNO Baru ciptaan Mahathir.

Ramai penganalisa politik melihat tindakan Ku Li menubuhkan S46 sebagai 'menangguk di air keruh' ekoran pengharaman UMNO. Sebelum pengharaman tersebut, berlaku Pemilihan UMNO dalam Perhimpunan Agong 1987 di mana berlaku perebutan jawatan Presiden antara Team A Mahathir dan Team B Ku Li. Dalam pertandingan itu Mahathir menang dengan kelebihan beberapa undi saja. Dipercayai Mahathir 'menipu'. Ku Li tahu hal ini dan menyimpan 'dendam' peribadi. Malah pengharaman UMNO itu sendiri adalah salah satu strategi dan rancangan Mahathir. Dengan UMNO Baru, Mahathir dilihat sebagai 'pioneer' parti itu, bukan lagi Tunku Abd.Rahman.

Oleh kerana baru ditubuhkan, maka S46 perlu rakan untuk berhadapan dengan UMNO/BN dalam PRU8 1990. PAS sebagai sebuah parti Islam dengan tangan terbuka menerima S46 sebagai rakannya. Hasil dari pakatan inilah tertubuhnya Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Hasil dari kerjasama ini membuahkan hasil sehingga Kelantan berjaya ditawan dalam 1990.

Namun 'jodoh' antara PAS dan S46 tidak bertahan lama. S46 yang disangka 'kuat iman' rupanya rebah juga akhirnya kerana para nakhodanya kecewa bila kalah di seluruh negeri dalam PRU 1990 kecuali di Kelantan dan 1 kerusi Parliemn di Terengganu. Mengapa mereka mudah rebah ? Sebab mereka menubuhkan S46 kerana 'kecewa' bukannya atas dasar kesedaran untuk membela rakyat. Pada perkiraan politik mereka sudah tentu ahli dan penyokong UMNO ketika itu akan bersama mereka sebab UMNO asal sudah diharamkan dan secara automatik keahlian juga terbatal. Logiknya peluang untuk menang besar bagi Parlimen dan DUN itu ada dan Ku Li akan jadi PM. Mereka lupa Mahathir orangnya bijak dan licik.

Akhirnya seorang demi seorang 'orang kuat S46' kembali semula ke pangkuan UMNO termasuk Ku Li sendiri. Mahathir tersenyum puas melihat 'orang-orang bodoh' itu balik ke rumah asal.

Bagaimana pula dengan Parti Keadilan Rakyat. Sebuah parti pelbagai kaum dan agama serta pelbagai fahaman di dalamnya. Ada yang islamik, orientalis, sosialis, komunis, pragmatis dan entah apa jadah lagi. Ada yang jadi talibarut Yahudi dan kuncu-kuncunya.

Sebenarnya tiada beza antara UMNO, S46 dan PKR. Sebagaimana S46 wujud, maka begitulah juga dengan PKR. Cuma bezanya dari sudut keahliannya. S46 hanya disertai oleh orang Melayu manakala PKR agak lebih 'advance' dengan keahliannya dari pelbagai bangsa. Namun lahirnya kedua-dua parti ini hasil dari perpecahan UMNO.

Semua orang mengakui pengaruh dan kekuatan PKR lebih kepada faktor Anwar itu sendiri. Samada kita mahu percaya atau tidak, jika Anwar mati kelak dengan sendirinya PKR akan berkubur begitu saja. PKR hanya bergantung kepada faktor simpati rakyat terhadap Ketua Umum parti itu. Dan hari ini orang sudah mula mempertikaikan kewibawaan dan janji-janji Anwar yang dibuat tahun lepas. Bermula dengan propaganda 31 MP BN akan menyertai Pakatan, 16 September dan kemudian ditunda selepas Hari Raya Korban namun tiada apa-apa. Di sinilah letaknya 'kebodohan' dan 'keghairahan' Anwar nak jadi PM.

Jika dalam PRU13 kelak Pakatan Rakyat masih gagal memerintah negara, kita akan lihat seorang demi seorang pemimpin PKR dan ahlinya akan meninggalkan parti itu. Berapa kerat sangat di kalangan pimpinan PKR yang betul-betul ikhlas untuk menentang kezaliman dan penyelewengan. Memang tak dinafikan ada tetapi terlampau sedikit. Masalahnya sekarang ialah ahli-ahli bawahan. Apakah Anwar dan barisan pimpinannya boleh menjamin yang ahlinya tidak keluar meninggalkan parti itu. Tanpa ahli yang setia dan komited, maka dengan sendirinya PKR akan berkubur.

Kita tahu Anwar mempunyai 'sponsor' luar untuk menggerakkan partinya. Difahamkan para sponsor Anwar ini mahukan PKR menjadi 'ketua' dalam Pakatan Rakyat seterusnya mendominasi jumlah kerusi Parlimen yang bakal dimenangi. Hanya dengan cara ini sajalah yang membolehkan Anwar menjadi PM. 'Secret Plan' ini memang dirancang bagi menghalang PAS menjadi peneraju negara. 'Rakan' Anwar dari luar ini memang cukup bimbang dengan kemaraan dan pengaruh PAS yang semakin kuat.

Bagi Anwar pula, tak perlulah cuba berselindung di sebalik kata-kata manis bagi menunjukkan dirinya juga seorang Islamik. Tak perlu hipokrit. Segala pekong kamu sudah diketahui. Dr Yusof Al-Qardawi pernah berpesan kepada Presiden PAS "Berhati-hati dengan Anwar..." ketika TG Hj Hadi bertemu dengannya di LOndon tahun lepas.

Sebagai Muslim kita mesti membenci apa yang dibenci oleh Allah. Kita dah diperintahkan oleh Allah agar duduk dalam jamaah/parti yang berlandaskan Al-Qur'an dan Hadis. Yang kita jadi bodoh duduk dalam parti seperti UMNO dan PKR sapa suruh. Biarlah golongan fasik, munafiq dan kafir yang jadi ahli 2 parti ini. Apakah kita lupa bahawa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Kemenangan adalah hak milik mutlak Allah. Allah boleh bagi menang pada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Namun perlu diingat selagi umat Islam masih berdegil dan tidak mahu kembali kepada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah sepenuhnya, maka selagi itulah Allah akan membiarkan golongan jahat dan zalim seperti pemimpin UBN terus berkuasa dalam negara.

Kesimpulannya mudah. UMNO = PKR = DAP = Toghut.

Selamatkanlah 'Aqidah Sebelum Terlewat

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger