Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Wednesday, April 15, 2015

Dr M tak bersendirian

Tan Sri Muhammad Muhd Taib meyakinkan Tun Dr Mahathir Mohamad beliau tidak keseorangan dalam mempersoalkan kecelaruan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kerana katanya, majoriti senyap rakyat tetap bersama bekas perdana menteri itu.

Bekas naib presiden Umno itu, yang kini ahli PAS, berkata banyak persoalan yang masih gagal dijawab Najib walaupun kesemua sayap parti Melayu itu menyatakan sokongan kepada pucuk pimpinan.

“Dr Mahathir bukan sendirian. Majoriti besar mengikuti, dan apa yang ditanya Dr Mahathir belum dijawab, malah perdana menteri mencari penyokong untuk menunjukkan kekuatannya.

“Tak ada apa yang nak disorakkan sebenarnya. Saya rasa majoriti senyap ini memerhati dan mereka mendengar apa yang disuarakan Dr Mahathir,” kata Muhammad dalam wawancara bersama The Malaysian Insider.

Dr Mahathir menerusi tulisan di blognya semalam berkata beliau merasakan dirinya bersendirian dalam mempersoalkan pentadbiran perdana menteri terutama berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun, katanya, tidak salah beliau bertanya mengenai hal berkenaan kerana pelaburan 1MDB menggunakan wang rakyat.

“Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah? Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya?

“Hakikatnya wang 1MDB ada di mana masih tidak dijawab, kata Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik,” katanya menerusi blognya, chedet.cc

Bekas menteri besar Selangor itu berkata, Najib dan Putrajaya perlu melihat teguran Dr Mahathir secara positif kerana terlalu banyak petunjuk yang menunjukkan negara tidak berada di landasan betul.

Katanya, selama 11 tahun di bawah pentadbiran Dr Mahathir, bekas perdana menteri itu tidak menegur secara membabi buta sebaliknya mahu melihat perubahan dan kebaikan. 

“Misalnya mata wang jatuh, sukan bola sepak kita di tangga 164, pelajaran pun jatuh. Kita patut dengar apa yang ditegur Dr Mahathir.

"Saya lama di bawah Dr Mahathir, 11 tahun. Dr Mahathir kalau dia tegur sesuatu itu punyai asas. 1MDB, cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan pelbagai lagi isu, mempunyai asas,” katanya. 

Beliau yang dilihat masih mempertahankan bekas ketuanya walaupun ketika ini di barisan pembangkang, turut menyelar tindakan Pemuda Umno yang menjulang Najib pada Isnin kerana menurutnya banyak persoalan Dr Mahathir belum dijawab.

Datuk Seri Najib Razak ketika dijulang pemimpin Pemuda Umno, Isnin lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 April, 2015.Beliau mendakwa, apa yang dilakukan Pemuda Umno hanya lakonan kerana lebih ramai yang menyatakan bantahan dan tentangan terhadap kepimpinan Najib.

“Apa yang ramai-ramai Pemuda ini angkat perdana menteri seolah-olah kita berjaya dan pemenang. Adakah kita juara sebenar?

“Tak payah kita nak bersorak. Kita nak lihat hasil. Kalau banyak perkara tak bagus, macamana kita nak bersorak?

“Soalan Dr Mahathir belum lagi dijawab. Julanglah macam mana pun, soalan tak selesai lagi,” katanya.

Muhammad yang juga mesra dengan panggilan Mat Taib mendakwa Umno kini berada dalam sindrom penafian, sombong dan bongkak, dan ia menunggu saat kejatuhan.

Katanya, kenyataan beberapa pemimpin Umno mempertahankan Najib dan tidak menghargai nasihat Dr Mahathir adalah mengecewakan.

“Pendekatan yang dibuat terhadap Dr Mahathir mengecewakan. Sepatutnya kita berterima kasih atas teguran ini. Bekas pemimpin kita yang sangat berjaya membawa negara ke taraf perindustrian.

“Apabila beliau menegur, sepatutnya mesti diterima. Jangan ditohmah, ditangkap atau disiasat. Ini tidak akan diterima orang. Ini perbuatan yang sangat biadap,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata Dr Mahathir tidak seharusnya menerima layanan sedemikian kerana Najib sendiri gagal memberikan jawapan komprehensif ketika ditemu bual TV3.

Katanya, sudah tiba masa Barisan Nasional (BN) menyerah tampuk pemerintahan kepada parti yang lebih layak dan mereka yang lebih muda menerajui negara.

“Dia (Najib) lari dari persoalan utama. Dia tak faham apa yang disoal, diisukan Dr Mahathir. Macam tak ikuti atau tak baca. Dia tak bersedia. Dia hanya jawab permukaan saja. Persoalan utama tak jawab.

“Najib kena jawab bahagian-bahagian yang tepat. Ini macam umum saja.

“Jika BN tak mampu, banyak parti lain. Kita banyak pemimpin muda berkaliber dan bersedia. Itu kena praktikal dalam ketika ini kerana pentadbiran negara perlu diteruskan. Orang yang baik perlu memerintah,” katanya.

– TMI 15 April, 2015.

Friday, April 10, 2015

Bersyukur & manfaatkan Pakatan sebagai pertolongan Allah

Ramai sahabat-sahabat yang menyatakan perasaan kecewa dan sedih mereka kepada saya, melihat gelagat beberapa pimpinan PAS yang menunjukkan sikap tidak menghargai dan bersyukur atas kewujudan Pakatan Rakyat. Samaada mereka mempunyai wawasan masa depan politik yang begitu terbantut atau agenda tersendiri yang masih belum didedahkan hanya Allah yang Mengentahui.

Kata-kata seperti “PAS mampu bersendirian”, “Putrajaya bukan matlamat kami”, “Sokongan bukan Islam tak penting” dan sebagainya adalah sangat-sangat bercanggah dengan wawasan pimpinan terdahulu.

Kenangan zaman dahulu

Saya masih ingat pada tahun-tahun 80an semasa PAS mempunyai kekuatan hanya di pantai Timur, khususnya di Kelantan dan Terengganu, pada ketika itu, semua pimpinan berusaha memikirkan kaedah untuk memperluaskan pengaruh PAS supaya melangkaui kawasan pantai timur ini.

Pada ketika itu PAS sebagai parti yang tersisih dari politik arus perdana negara dan dianggap parti yang mempunyai sokongan hanya di kawasan Pantai Timur dan kawasan terhad di Kedah dan Perak. Maka pimpinan dan keseluruhan ahli-ahli PAS berusaha sambil berdoa agar ruang pengaruh PAS dapat diperluaskan.

Didoakan semoga Allah bantu PAS supaya dapat maju ke depan, memperluaskan ruang pengaruh dan sokongannya, bukan sekadar di Pantai Timur sahaja tetapi juga di Pantai Barat. Begitu juga, bukan sekdar di kampung-kampung tetapi juga di bandar raya dan bukan sekadar di kalangan orang Islam sahaja tetapi juga di kalangan yang bukan Islam.

Pada ketika itu, pimpinan di semua peringkat bertungkus lumus berusaha mengatasi prejudis dan gambaran negatif yang tersebar luas terhadap PAS di kalangan masyarakat, khususnya yang bukan Islam. Maka diusahakan pembentukan "Chinese Consultative Council" atau "CCC".

Nak cari orang Cina yang sanggup hadir program PAS pada ketika itu cukup sukar walau pun bersama CCC. Pada masa itu beberapa orang suadara baru dari kaum Cina ikut mendekatkan PAS dengan masyarakat Cina. Di antara mereka yang saya masih ingat ialah Kamal Koh, Ridzuan Daniel Onn dan Ali Abdullah. 

Kemudian semasa PAS menubuhkan lajnah antara kaum pada tahun 90an seorang saudara baru yang sangat kuat membantu saya di Perak semasa menjadi PJ ialah Faizal Tan(Allahyarham) dan kemudian datang lagi seorang saudara baru membantu saya di pusat semasa saya menjadi ketua penerangan ialah saudara Ann Wang Seng Abdullah.

Datangnya pertolongan Allah?

Saya yakin, dengan doa dan usaha ahli dan pimpinan, yang merupakan gandingan ulama, profesional dan aktivis, Allah hasilkan perpecahan Umno pada 1987 dan Semangat 46 terbentuk. Pimpinan PAS bertindak bijaksana, menyedari ianya bantuan dari Allah, mengadakan Tahaluf dengan S46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan pada pilihan raya 1990, Kelantan dimenangi kembali selepas 14 tahun di bawah Barisan Nasional.

Sepuluh tahun kemudian, pada 1998 Allah memberi pertolongan kepada  PAS sekali lagi dengan perpecahan Umno buat kali kedua. Barisan Alternatif (BA ) terbentuk dan Terengganu pula dimenangi PAS sambil Kelantan tetap berjaya dipertahankan pada PRU 1999. Pada ketika itu, imej PAS yang bekerjasama rapat dengan DAP dan Keadilan mula berjaya diperbaiki di kalangan "mayarakat selain dari ahli PAS". PAS dilihat adil membela semua golongan yang dizalimi.

Malangnya pada 2004, atas sebab Umno/BN bersatu kembali melalui kepimpinan barunya ia itu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan DAP meninggalkan BA maka Terengganu terlepas kembali kepada BN dan PAS hilang kembali kerusi-kerusi yang dimenangi di Selangor dan Perak. PAS pun dapat bertahan di Kelantan dengan majoriti kerusi yang minima. Namun, kemenangan cemerlang Umno/BN yang dicapai pada 2004 hanya sementara.

Perpecahan Umno diteruskan

Hasil perpecahan Umno yang berterusan, dan pendekatan serta strategi bijaksana PAS, dengan diperkenalkan cogan-kata “PAS for all”, dan kegagalan Pak Lah untuk melaksanakan apa yang dijanjikannya melalui slogan Islam Hadharinya maka PAS, PKR dan DAP terus mara di arena politik tanah air. PR terbentuk selepas PRU 2008 hasil pencapaian cemerlang dalam pilihan raya tersebut dan Kedah, Selangor, Perak, Pulau Pinang dapat dirampas dari BN sambil Kelantan terus berjaya dipertahankan dengan cemerlangnya.

Kejayaan demi kejayaan yang diperolehi PAS, melalui pilihan raya yang disertainya selama ini, adalah hasil dari doa dan usaha gigih pimpinan dan ahlinya, serta kemampuan mereka untuk mengenali dan memanfaatkan bantuan yang Allah berikan sepanjang perjuangan mereka.

Maka PAS mencapai apa yang diinginkan dan diusahakan selama ini. PAS menjadi sebuah parti politik yang dilihat releven semua kaum, berada di tengah-tengah arus perdana politik negara, membicarakan masalah rakyat dan ummah sambil membela semua yang teraniaya, samada Islam atau bukan Islam.

PAS menjadi parti yang punyai daya penarik terhadap seluruh rakyat dan tidak lagi dilihat sebagai parti terpencil dan tidak releven. Kebersamaan PAS dengan rakyat dalam usaha menangani masalah rakyat semakin menonjol tanpa mengabaikan persoalan-persoalan Islam dan ummah yang menjadi dasar perjuangannya.

Justeru itu, bagi saya, pembentukan PR adalah sebenarnya satu pertolongan dari Allah yang jelas dan nyata. Ianya terhasil dari perpecahan yang Allah cetuskan di kalangan pimpinan Umno dan BN. Ianya satu gabungan yang suatu ketika dahulu dianggap tidak masuk akal tetapi tetap dijayakan Allah juga hasil kebijaksanaan dan usaha gigih serta doa pimpinan dan ahli-ahli PAS. Ianya juga hasil dari doa rakyat jelata yang ingin terlepas dari kesempitan yang dihasilkan kezaliman Umno.

Perubahan sikap secara mengejut

Malangnya secara tiba-tiba saya dan ramai pendokong PAS melihat ada pihak yang tidak menghargai dan mensyukuri pertolongan yang Allah berikan ini walaupun kebaikannya dizahirkan Allah melalui keputusan PRU, penerimaan orang bukan Islam terhadap PAS, pembentukan dan pengukuhan DHPP, pembentukan kerajaan PR di beberapa negeri dan bermacam-macam lagi.

Mereka bagaikan tidak mengenalinya sebagai pertolongan dari Allah dan sebaliknya mendakwa ianya pengkhianatan terhadap perjuangan Islam! Segala pencapaian yang disasarkan dan dicapai melalui PR tiba-tiba dilihat sebagai tidak berharga dan bernilai dan dianggap sebagai kelemahan yang membawa kerosakan aqidah.

Perlu wahyu mengesahkan?

Tiada wahyu yang akan turun untuk menyelamatkan PAS dari kesimpulan yang negatif ini sepertimana turunnya wahyu membetulkan sikap beberapa sahabat selepas ditanda-tangani perjanjian Hudaibiyyah. Dan sebenarnya wahyu baru tidak diperlukan lagi kerana Al-Quran lengkap dan sempurna.

Hanya yang diperlukan adalah untuk dibuka mata untuk melihat dan dibuka minda untuk berfikir dan dibuka hati untuk bersikap adil dan ikhlas. Jangan ada di antara kita yang menjadi seperti golongan Bani Israel yang diturunkan Al-manna was-Salwa kepada mereka tetapi mereka meminta pula diberikan kepada mereka tumbuhan-tumbuhan dari bumi seperti bawang, gandum, sayur-sayuran dan sebagainya! 

Jangan kita bersikap seperti kaum Bani Israel yang Allah kisahkan itu yang inginkan bantuan dalam bentuk yang mereka inginkan sahaja, sambil kufur dan engkar terhadap cara yang Allah berikan.

Amat meleset sekali kalau kita bersikap, PR adalah satu kesilapan dan penyelewengan dari dasar PAS. Ini membawa erti kita menafikan usaha-usaha serta ijtihad pimpinan terdahulu. Sambil itu kita tidak bersyukur ke atas pertolongan yang Allah berikan sehingga PAS mencapai status sepertimana yang tercapai hari ini. Sebaliknya kita wajar teruskan dan bina di atas apa yang dibina mereka yang terdahulu dari kita.

PAS mula diterima semua

Kepercayaan rakyat jelata termasuk yang bukan Islam terhadap PAS bertambah tahun demi tahun sejak 1998 dan memuncak pada 2012. Imej almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin untuk seluruh rakyat semakin kukuh dan beliau dipuji semua kecuali BN (yang hanya memberi pujian setelah beliau kembali mengadap Allah). Adakah ianya kerana TGNA "tunduk pada DAP"? Sudah pasti tidak!

Pada masa yang sama, hubungan di antara PAS dan DAP menjadi begitu rapat sehingga DAP sanggup menggunakan lambang PAS sekiranya perlu pada PRU 2013 ia itu sekiranya parti DAP digantung atau dibatalkan pendaftarannya sebelum PRU ke 13.

Ke mana perginya hubungan yang sebegitu rapat pada masa ini? Adakah PAS pernah menggugurkan dasar perjuangannya demi mencapai hubungan sebegitu akrab? Sudah pasti tidak pernah! Namun kepercayaan dan hubungan itu dibina dengan pendekatan yang berhemah dan bijaksana pimpinan terdahulu.

Retak menunggu belah

Tiada siapa yang menjangka, dalam tempoh hanya 2 tahun hubungan PAS dan DAP menjadi bagaikan "retak menunggu belah". Lebih-lebih lagi setelah mencapai keputusan yang agak cemerlang semasa PRU 13. Keputusan cemerlang ini sepatutnya mengukuhkan lagi hubungan ini dan bukan sebaliknya. Tetapi anehnya, sekarang PR seperti berada di ambang perpecahan dan berantakkan. Di mana silapnya?

Imej PAS turut tercalar, menyebabkan kepercayaan bukan Islam terhadapnya semakin terhakis. Dituduh khianat dan tidak amanah rakan segabungannya. Dilihat PAS membawa perjuangan yang eksklusif hanya untuk orang Islam sambil bagaikan kurang berminat terhadap penderitaan rakyat.

Isu 1MDB, GST dan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lain-lainnya seolah-olah tenggelam di bawah perbahasan mengenai perlaksanaan Enakman Kanun Jenayah Syariah II (EKJS) yang di kenal dengan Undang-Undang Hudud negeri Kelantan.

Saya melihat isu hudud ini menjadi besar setelah ianya diwar-warkan kerajaan pusat yang di ketuai Umno memberi sokongan untuk melaksanakan undang-undang hudud negeri Kelantan dengan syarat ianya dibawa ke Parlimen untuk di luluskan.

Namun apa yang sebenarnya yang terkandung dalam Rang Undang-undang Persendirian yang di bawa TGHH (MP Marang) adalah hanya mengenai Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah(Bidangkuasa Jenayah 1965) yang dikenali dengan Akta 355 .

Pindaan itu bertujuan bagi menaikkan kadar hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah dalam kes-kes jenayah dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah iaitu kesalahan zina, minum arak, menuduh zina yang selama ini hukuman sebatan hanya boleh dilaksanakan sebanyak tidak lebih dari enam sebatan sahaja. Maka dengan kelulusan Rang Undang-undang Persendirian itu Mahkamah Syariah bolehlah melaksanakan hukuman sebatan mengikut yang dituntut syariah.

Ada pun hukuman rejam sampai mati, hukuman potong tangan, hukuman potong tangan dan kaki dan hukuman bunuh atas jenayah murtad dan jenayah qisas seperti yang terkandung dalam EKJS Kelantan itu tidak dapat dilaksanakan kerana tidak termasuk dalam Pindaan Akta 355.

Perkara seperti ini tidak difahami masyarakat umum termasuk sebahagian pimpinan PAS sendiri. Sebagai contoh ketika menulis artikel ini saya terbaca kenyataan PJ Perak yang dengan tegas menyebutkan, Private Bill yang dibawa PAS ke Parliman ialah EKJS yang diluluskan DUN Kelantan baru-baru ini. Hal ini bertambah menjadi perbahasan apabila digambarkan, PAS amat bergatung dengan pihak Umno yang diwar-warkan bersetuju dengan perlaksanaan undang-undang hudud Kelantan.

Perkara ini bertambah merancakkan perbahasan apabila ada beberapa pemimpin PAS Kelantan membangkitkan kononya TGNA (Allahyarham) memberi amanat supaya berbaik-baik dengan Umno bagi melaksanakan undang-undang hudud.

Campur tangan Umno?

Sedih, namun itulah keadaan yang berjaya diwujudkan sekarang ini. Semestinya mereka yang terlibat dalam merencanakan perkembangan ini amat di sukai Umno/BN. Sudah pasti ini semua terhasil bukan secara kebetulan tetapi diusahakan pihak-pihak tertentu mengikut perancangan mereka.

Melalui berbagai usaha, termasuk permainan Umno yang menggunakan isu hudud sebagai wasilah mereka yang berjaya menghasilkan suasana ini. PAS dan DAP lebih sibuk bergaduh sesama sendiri dari menyentuh Umno. Malahan ada di kalangan ahli PAS yang beranggapan, menyerang DAP dan PKR adalah “lebih afdhal” dari menyerang Umno. Dan itulah yang golongan ini lakukan sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Kesimpulan

Keadaan ini semua adalah hasil kepimpinan yang dilihat kurang berkesan dengan wawasan yang bercelaru. Sebelah kakinya di dalam perahu PR dan sebelah lagi bagaikan di luar perahu . Walaupun disebut berkali-kali “kukuhkan PR”, “PAS terus bersama PR”, “PAS tidak akan keluar PR”, namun tindakan bercanggah dengan kata-kata. Tambahan pula terdapat golongan ulama pelapis muda yang baru dapat amanat kepimpinan sering membuat kenyataan, PAS lebih senang berjuang bersendirian.

Sudah tiba masanya kita kembalikan PAS kepada landasan yang dipersetujui dan diputuskan bersama, dengan kepimpinan yang jelas wawasan serta manhaj dan uslubnya. Sama sama kita kembalikan keyakinan rakyat, yang Islam dan bukan Islam, terhadap PAS.

Kita ingin ke Putrajaya dengan PR dan tidak redha Umno/BN terus bertakhta lebih lama. PRU 14 tumpuan kita, dengan gandingan yang kukuh dan mantap bersama PR. PAS sebagai rakan setia yang jujur dan boleh diyakini kata-kata dan janji nya. ~ TMI

* Penulis ialah bekas Pesuruhjaya PAS Perak

Wednesday, March 18, 2015

Projek Mahathir langgar Najib

Almarhum TGNA sendiri akui Mahathir seorang PM yang bijak dan sangat licik mengatur strategi politik. Seorang pemimpin PAS yang menemui Almarhum di Institut Pemikiran Tok Guru bertanya "Macamana Tok Guru mampu berhadapan dengan Mahathir tika dia PM dan Pengerusi UMNO Negeri Kelantan?" Dengan rendah hati kata Tok Guru "Bukan mudah untuk berhadapan dengan orang sebijak Mahathir. Ambo akui memang tak mampu nak berlawan dengannya kalo sekadar guna otak saja. Apa yang ambo mampu buat ialah setiap malam bangun munajat dan minta pertolongan Allah".

Di kalangan pemimpin UMNO maupun pihak lawan sendiri sedar Mahathir memang 'genius' dan licik. Juga seorang yang tak mudah percaya rakan, apatah lagi musuh politiknya. Hanya setia dan percaya pada Hasmah saja. 2 Timbalannya mengalah dan dijatuhkan. Musa Hitam, Ghaffar Baba dan Anwar Ibrahim.

Hanya Anwar saja yang berani melawannya namun terpaksa membayar harga sangat mahal bila dipecat pada 2 September 1998 dan 'rehat' 5 tahun di Sg Buloh.

Sumber menyebut Mahathir mahu Ku Li jadi PM selepas Najib dipaksa berhenti. Muhyiddin bukan lagi pilihan kerana menderitai kanser tahap 3. Ku Li bersetuju dengan projek 'langgar' Najib oleh Mahathir. Namun Ku Li kata perlu sokongan dari PR khususnya PAS dan PKR.

Untuk meraih sokongan PAS, Hudud dibenar laksana dan Royalti Minyak diberi pada Kelantan. Di pihak PKR pula, diberi jaminan Anwar akan dibebaskan.

Difahamkan Mahathir sedang memujuk MP BN Sabah Sarawak beri Undi Tak Percaya pada Najib di Parlimen. Andai berjaya, MP BN di Semenanjung akan turut serta. Difahamkan Mahathir beri jaminan pada Ku Li rancangan ni boleh berjaya.

Sumber dalaman JPM akui kini Najib benar tersepit. Ibaratnya ke kanan disambar harimau, ke kiri dibaham buaya. Skandal 1MDB benar 'menyiksa' Najib Rosmah bila Sarawak Report mendedahkan email dan dokumen yang membuktikan penglibatan terus Najib Rosmah.

APA MOTIF MAHATHIR?

Seperti diakui sendiri Almarhum TGNA. Mantan PM paling lama berkuasa itu sangat licik. Bodohlah kita kalau masih terpedaya dengan 'strategi putar alam' si mamak tua tu. Ramai yang mudah lupa sapa pelopor amalan pemusatan kuasa, kronisma dan rasuah di negara ini? Mahathir orangnya.

Dia tak akan buat tanpa agenda kepentingan diri dan anak beranaknya. Mokhzani anaknya antara individu terkaya di Malaysia. Mirzan pemilik saham terbesar dalam syarikat arak terbesar di Asia. San Miguel. MB Kedah Mukhriz, juga memiliki aset bilion ringgit. Sayugia diingat, rancangannya agar Mukhriz jadi PM selepas Ku Li.

Ringkasnya, andai PKR juga terpedaya sesudah PAS masuk perangkap lebih awal, maknanya berjayalah projek serampang dua mata si tua laknat tu mahu menguburkan Pakatan dan meneruskan dominasi UMNO di Putrajaya.

Wallahu'alam

Sunday, March 15, 2015

Hudud memerangkap PAS?

Teringat firman Allah yang bermaksud "Tidak Aku utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk membawa rahmat seisi alam". ALLAHU AKBAR. Begitu tinggi anugerah Allah kepada utusan terakhir-Nya yang mulia Nabi Muhammad s.a.w. Di atas tangan Baginda, Islam disempurnakan oleh-Nya. Mukjizat  teragong Al Quran terus kekal terpelihara hingga ke Akhirat. Rasulullah sendiri bersabda "Berpegang teguhlah kamu dengan Al Quran dan Sunnah ku, nescaya kamu tidak akan sesat selamanya".

Apa maksud "rahmat seisi alam"? Penulis bukanlah ahli tafsir tapi Muslim umumnya faham. Islam ialah way of life. Sempurna dan tiada cacat-cela. Sebab Islam itu milik Allah. Bukan ciptaan manusia. 30 juzuk Al Quran itu perfect 100%. Dan Rasulullah diutus untuk menterjemahkan isi kandungannya secara praktikal sebagai panduan dan ikutan umatnya. Isteri Baginda, Saiyidatina Aisyah r.a. berkata "Akhlak dan peribadi Rasulullah ialah Al Quran". Para Ulama pula menyebut "Rasulullah ialah Al Quran bergerak".

Punya indahnya Islam ini hingga diajar cara dan adab hubungan manusia dengan Allah,  hubungan sesama manusia, hubungan dengan binatang dan alam ini.

Dalam kitab tafsirnya, As Syahid Syed Qutb menyebut bulan itu Islam, matahari itu Islam, bintang itu Islam, langit itu Islam, seluruh planet itu Islam sebab kesemuanya makhluk yang sentiasa patuh dan tunduk dengan arahan Allah.

Justeru, bila bumi ini ditadbir menurut acuan Allah, nescaya semuanya berbahagia termasuk yang di langit, di daratan dan di lautan bertasbih memuji Allah Tuhan Pemilik Semesta Alam ini.

Namun bila Adam dan Hawa diperintah turun ke dunia, Allah berfirman yang bermaksud "Turunlah kamu ke bumi. Sebahagian daripada kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Kamu dapat tinggal tetap dan hidup di sana hingga sampai waktu yang telah ditentukan."

Ringkasnya, iblis yang berdendam kepada Adam telah bersumpah akan menyesatkan anak cucu keturunan Adam hingga Qiamat.

Kita hidup di akhir zaman. Berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ujian hebat. Hidup dalam masyarakat terdiri pelbagai kaum dan agama. Terfikir juga bagaimana boleh wujud terlalu banyak agama palsu dengan pelbagai fahaman dan aqidah songsang. Namun itulah hakikat dan cabaran yang perlu dihadapi oleh Islam hari ini. Musuh tak pernah tidur memikirkan strategi nak melemahkan pengaruh Islam di dunia ni.

Antara wasiat terakhir Raja Perancis King Louis VI sebelum mati  "Kita tak boleh kalahkan Islam dengan senjata sebab tentera mereka perang nak mati tapi kita nak hidup. Kita mesti ubah cara dengan membuang kitab (Quran) dari dada mereka. Percayalah kita akan berjaya".

Selepas kejatuhan Empayar Islam Uthmaniyah Turki tahun 1896, bermulalah agenda musuh untuk memecah-belahkan umat Islam dengan formula perkaumannya. Arab dengan Arabnya. Turki dengan Turkinya, Quraish dgn Quraishnya, Yaman dengan Yamannya dan begitulah juga di Malaysia. Melayu, Cina, India.

Penjajah Inggeris yang didalangi Zionis telah menanamkan semangat rasis ni sejak awal lagi.  Hingga saat ini masih tertanam dalam jiwa majoriti rakyat sentimen perkauman sempit. Dan paling malang bila orang Melayu 'beraqidah' Melayu itu Islam. Islam tu Melayu. Kesannya hingga kaum bukan Melayu takut hilang identiti etniknya jika memeluk Islam. Sedarkah kita betapa halusnya rancangan penjajah menghalang non-Muslim dari mendekati Islam melalui talibarutnya UMNO LAKNATULLAH.

HUDUD

Undang-Undang Allah yang Qat'ie. Tak boleh lagi dibahas. Wajib diterima oleh Muslim. Perlaksanaannya di atas bahu pemerintah. Bermakna untuk melaksanakannya, perlukan kuasa di Putrajaya.

Persoalannya ialah;
- Sapa yang memegang tampuk pemerintahan negara?
- Nape Enakmen Hudud Kelantan masih gagal dilaksanakan walau 23 tahun PAS berkuasa?

UMNO SOKONG HUDUD KELANTAN?

Terlalu mudah membaca permainan politik keji UMNO ni. Hanya yang 'mabuk' saja percaya UMNO mahukan Hudud.

Sepanjang 22 tahun Almarhum TGNA mengetuai kerajaan PAS Kelantan, apa yang UMNO tak buat untuk menzalimi Negeri Serambi Mekah tu. Sebut je. Segala macam versi serangan berbaur fitnah, tekanan, diskriminasi, hak peruntukan wajib per-kapita dilewatkan saban tahun, royalti RM12 bilion dirampas. Tiba-tiba UMNO 'tunjuk baik' sokong Hudud di Kelantan sebaik Almarhum tak lagi menjadi MB. Selama TGNA MB takde pulak UMNO cakap sokong Hudud. Kenapa?

Hanya permata kenal maknikam. Sekali air sungai berkocak, tahu mana jantan dan betina.

Sejak PRU2008 lagi UMNO dilanda fobia hilang kuasa bila PR berjaya merampas 5 negeri. Sebab tu UMNO melihat tiada jalan lain untuk menyelamatkan diri melainkan 'berbuat baik' dengan PAS dengan alasan kepentingan Melayu dan Islam.

Bertitik-tolak dari situlah, UMNO mula mainkan jarum untuk memujuk PAS. Berlakulah apa yang disebut Unity Government. Bertujuan membentuk Kerajaan Perpaduan UMNO PAS di Selangor, Perak dan Kedah seusai PRU12 tapi gagal bila ditentang keras oleh Almarhum TGNA, Ustaz Ahmad Awang dan majoriti AJK Pusat masa tu.

Tentunya UMNO amat kecewa bila hasrat merampas balik negeri terkaya Selangor dari PR gagal. Di pihak PAS pula, tentulah Hj Hadi dan kumpulan pro-UG 'malu' kerana pengkhianatan mereka terbongkar.

UMNO tak berhenti di situ. Hanya menanti saat TGNA berundur sebagai MB. Dan penantian itu berakhir seusai PRU13 bila MB Kelantan baru mengangkat sumpah sepantas kilat. Khabarnya arahan Hj Hadi.

Bila dilihat 'peluang' terbuka luas selepas ketiadaan TGNA dlm kerajaan, Jamil Khir si Menteri Agama buat kenyataan "UMNO sokong Hudud Kelantan". Riuh-rendah di akhbar dan media perdana menyiarkan 'keikhlasan' UMNO tu dan disambut riang oleh segelintir pimpinan PAS dgn statement "PAS percaya UMNO jujur".

UMNO hanya guna 'Hudud PAS' untuk meraih untung serampang tiga mata. Yaitu;
- pecahkan PAS
- lemahkan PR
- meraih political mileage

Selagi UMNO BN di tampuk kekuasaan, usah bermimpi untuk melihat Hudud terlaksana. Kita kena hadapi realiti halangan di sudut Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

Wallahu'alam.

Friday, March 6, 2015

64 tahun masih gagal kuburkan UMNO

64 TAHUN usia yang agak panjang bagi sebuah parti yang lahir 1951. Apatah lagi dasarnya Islam. Al Quran dan Sunnah perlembagaannya. Pastinya cabaran, halangan, fitnah mehnah dan tribulasi menanti di hadapan. Tanpa iman, sabar dan kebijaksanaan pastinya akan patah di tengah jalan. Namun PAS masih bertahan hingga saat ini. Pengorbanan para ahli dan pendokong yang ikhlas menjadi asas kepada kekuatannya. Nyawa, harta, tenaga dikorbankan bagi melihat parti yang didokong berjaya jadi pengganti UMNO sebagai kerajaan.

Persoalannya kenapa masih gagal. Penulis cukup yakin seluruh pimpinan dan ahli PAS sentiasa diingatkan dengan sepotong ayat Surah As Saff ni.

Adakah dipraktikkan dalam PAS? Atau sekadar bermain di bibir para Ulama Ustaz sebagai pembakar semangat ahli dan aktivis? Umumnya inilah kelemahan PAS. Cakap tak serupa bikin.

Di awal penubuhannya bertujuan menentang penjajahan Inggeris bersama pertubuhan lain Hizbul Tahrir, PKMM, API, PKM, AWAS dan lainnya. Akhirnya semua diharamkan Inggeris kecuali UMNO yang lahir 1946.

Ringkasnya, misi PAS selepas 'merdeka' adalah untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan negara dari UMNO dan Perikatan. Visinya pula untuk menegakkan Daulah Islamiyyah.

Visinya jelas. Selaras dengan perintah Allah. Yang jadi tanda-tanya di mana silapnya hingga saat ni, secara keseluruhan PAS sekadar menguasai 14.77% pengundi (rujuk carta bar) dlm PRU13 lalu. Harus diingat peratusan ini dengan sokongan padu 80% undi Cina.

Bagi kawasan pilihanraya peratusan pengundi Melayu tinggi (70 - 85)%, PAS hanya mampu meraih undi purata Melayu sekitar 35% dan UMNO 65%. Jurang yang agak besar.

SEBAB APA PGU MASIH GAGAL?

Politik ialah persepsi. Kita berurusan dengan sentimen emosi dan perasaan manusia. Apa produk terbaik yang ditawarkan? Apa marketing strategies digunakan?

Bila berlaku pengharaman UMNO 1988, parti itu berpecah dua. UMNO Baru dan S46. Diketuai Mahathir dan Ku Li. Pada saat itu, Presiden PAS Almarhum Ust Fadzil Noor nampak peluang keemasan atas perpecahan UMNO. Maka PAS bertahaluf dengan S46 mendepani UMNO dlm PRU8 1990. Gabungan Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Dan strategi ini berjaya bila APU merampas Kelantan dari tangan UBN. Walau akhirnya APU bubar selepas PRU9 namun Kelantan terus kukuh di tangan PAS hingga hari ini. Takde siapa boleh nafikan faktor peribadi  Almarhum TGNA selaku MB Kelantan selama 23 tahun menyumbang kepada kekuatan pengaruh PAS itu sendiri. Namun selepas ketiadaan beliau, PAS seolah hilang 'aura'nya.

HAJI HADI?

Hj Hadi hanya seorang Tok Guru dan Ulama saja. Di sudut kepimpinan, beliau hanya pemimpin kepada pengikut dan pentaksubnya saja. Bukan pemimpin umat. Ada yang berpandangan beliau dikategori oleh sesetengah pemerhati sebagai 'elit'. Ada benarnya juga. Begitu juga Dr Harun Din.

PENDEKATAN KURANG BIJAK

Penulis melihat pendekatan PAS tak berubah sedari dulu lagi. Awal 80an isu kafir-mengkafir jadi mainan lidah ahli PAS. Ia semakin 'panas' ekoran Amanat Hj Hadi yang secara sinisnya 'mengkafirkan UMNO'. Sejak itu bermulalah era solat 2 imam. Ada masjid PAS UMNO. Sembelihan UMNO haram dimakan. Boikot Imam UMNO dan seumpamanya. Tentunya ahli dan penyokong UMNO 'benci' PAS krn mengkafirkan mereka. Kebencian itu berlarutan hingga sekarang dan terbukti dgn undi diperolehi statik pada kadar purata 33 : 67.

Samada PAS sedar atau tidak, itu penulis tak tahu. Trengganu misalnya. Penduduk hampir 96% Muslim. Bukankah ada tokoh hebat PAS di sana. Hj Hadi. Nape k'jaan PAS pimpinan Hadi boleh tumbang dlm PRU11? Alasan diberi ialah UMNO tipu undi. Soalnya, nape k'jaan PAS Kelantan pimpinan Almarhum TGNA boleh kekal lebih 23 tahun? Penduduknya juga hampir 90% Muslim. Apa yang UMNO tak buat zalim pada Kelantan? Sebut je.

Itulah perangai majoriti orang Trengganu. Angkuh, taksub dan bodoh sombong. Hanya tahu menyalahkan musuh sedangkan kelemahan dan kesilapan sendiri tak pernah diambil pusing.

Kolektifnya, PAS masih duduk di dalam kotaknya sendiri sedangkan Islam itu sendiri relevan sepanjang zaman hingga Qiamat. Al Quran dan As Sunnah telah tersedia depan mata. Terpulang pada kita cara mana untuk menterjemahkan ke dalam masyarakat bagi membuktikan Islam itu syumul. Perfect.

FITRAH MANUSIA

Hidup di dunia ni memang kita berurusan dengan manusia. Hablum minan nas. Setiap manusia pada asasnya punya fitrah sama. Kasih-sayang, kebenaran dan keadilan. Namun di sudut lain, kemahuan dan keinginan mereka berbeza.

Penulis tertarik bagaimana kaedah approach yang dilakukan oleh Al Arqam dulu hingga berjaya menyentuh hati manusia untuk mendekatinya. Malah ramai yang memeluk Islam hasil dari pendekatan bijak. Antara kejayaan Al Arqam ialah business network. Produk2 yang dikeluarkan mendapat sambutan seluruh lapisan masyarakat. Juga konsep hiburan Islam yang ditonjolkan. Ukhwah di kalangan pengikutnya harus dicontohi.

Pelik. Nape PAS masih gagal dalam konteks ini. Tiada dana yang kukuh untuk membantu rakyat. Bukankah pertambahan ahli PAS mendadak beratus kali ganda tika era Reformasi 98? Seharusnya PAS mampu menjana satu dana besar untuk Program Kebajikan Rakyat. Malangnya ini tak berlaku. Yang ada pun bermusim. Walhal terlalu banyak isu rakyat di bawah sana. Kemiskinan, pengangguran dan seumpamanya.

Pendakwah dan ahli politil yang bijak tahu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Mengenali sasaran dan tahu 'peluru' apa yang harus digunakan. Bukan main terjah saja.

Malangnya, apa yang PAS tahu hanya mengkafirkan orang saja. First approach pun sudah gagal. Jadi, jangan salahkan rakyat tidak beri undi.

Wallahu'alam.

Wednesday, March 4, 2015

Aura dan persepsi politik

Ramai berkata dalam politik ni semua kemungkinan boleh terjadi. Nape begitu? Self interest. Tak kiralah parti pemerintah maupun pembangkang. Bukan kerana nama parti tu tp orang parti tu sendiri. Seperti sebuah syarikat perniagaan. Baik CEO maupun pekerjanya jika amanah, cekap dan komited dgn tugasan masing-masing, majulah company dan berdaya saing. Jika sebaliknya pasti melingkup jadinya.

Setiap parti politik ada misi dan visinya. Yang penting cara mana 'marketing' itu dilakukan untuk meraih 'customer' seramai mungkin. Dan paling penting siapa 'kapten'nya sebab ketokohan & kewibawaan ketua boleh menarik keyakinan sokongan rakyat kerana asasnya 'politic is perception'.

PKR umpamanya. Di mana kekuatan aura PKR? ANWAR IBRAHIM. Seorang tokoh berpengaruh dan dikagumi oleh semua lapisan kaum. Sejak menuntut di UM lagi dia telah menunjukkan komitmennya berjuang untuk rakyat. Mengetuai anak muda masa tu dalam Demonstrasi Baling. Isu kemiskinan hingga dia direhatkan di Kemunting 2 tahun. Jiwa pejuang rakyat dah sebati dalam dirinya.

Ringkasnya, kemaraan Anwar disekat dalam Fitnah 1 dan 2. Namun dia tak sebodoh yang musuh sangka. Persediaan awal telah disusun rapi. Tokoh senior dan muda yang dilatih seperti Azmin, Rafizi dan Nurul Izzah dilihat mampu menjadi 'tiang pengukuh' kepada parti. Wan Azizah pula dilihat sebagai Ikon Wanita yang terbukti setia pada suami dan kental jiwanya. Inilah aura yang dimiliki PKR. Berjaya mengembang sayapnya dalam usia semuda 17 tahun.

Begitu juga PAS dan DAP. Ketokohan dan pengaruh ketua beri impak kepada parti hingga menarik sokongan rakyat.Dalam PAS, ada dua tokoh yang amat dihormati oleh rakyat. Sayangnya mereka telah pergi. Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum TG Nik Aziz. Kedua tokoh ini dilihat umum sebagai pemimpin semua rakyat. Dihormati oleh kawan dan lawan. Dan kekuatan pengaruh PAS itu sendiri ada pada diri mereka berdua.

Selepas perginya Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dilihat sebagai ikon DAP. Dalam waktu yang sama, tokoh-tokoh senior dan muda muncul. Nama-nama seperti Gobind Singh Deo, Tony Phua, Anthony Loke, Zairil, Dyana, Rara, Melati dan ramai lagi dijangka mampu menarik sokongan golongan muda kepada parti itu.

Selain ketokohan pemimpin, faktor integriti dalam parti itu amat penting bagi mewujudkan kesinambungan dan kelangsungan 'nyawa' parti. Pucuk pimpinan parti mesti melakukan 'filtering' bagi mengelakkan senario pemimpin oportunis dan berkepentingan dipilih menjadi pimpinan atau wakil rakyat. Hal ini wajib diberi perhatian serius jika tak mahu 'kerana nila setitik habis susu sebelanga'.

Rakyat yang beri undi sentiasa memerhati dan menilai parti kita. Undi diberi bukan 'percuma' tapi penuh harapan agar aspirasi mereka dipenuhi. Bila kepercayaan rakyat dikhianati, tunggulah 'hukum karma' dalam PRU kelak. Malang sekali ini yang berlaku pada PAS. Parti Islam yang menjangkau usia 64 itu, kini berhadapan dengan 'maut' yang dicari sendiri.

Mula dijangkiti 'kanser' seusainya PRU12 2008. Agak bernasib baik kerana 'doktor pakar' bersama doktor lain cepat mengesan virus merbahaya itu. Dan berjaya dikawal walau tak sepenuhnya. Namun virus 'kanser' terus membiak untuk melakukan serangan selanjutnya. Tanpa diduga 'maut' mendadak sebuah negeri dalam PRU13. Apa puncanya, carilah buku tulisan MSO. Dan kemelut dalaman parti terus membarah hingga kemuncaknya pada 25 Ogos 2014 dalam isu MB TSKI. Satu-persatu terdedah akan pengkhianatan parti yang guna nama Islam itu.

Ringkasnya, sebaik 'doktor pakar' kembali ke rahmatullah, sepantas kilat virus melakukan serangan mendadak hingga umum melihat dan secara sinis berkata "Islam pada nama saja, bukan pada perlaksanaan", malah ada yang menyebut "menjual agama demi jawatan" dan bermacam versi persepsi rakyat. Musuh dianggap kawan, rakan dijadikan musuh".

Walau pelbagai hujah dan alasan dikemukakan bagi menghalalkan 'pengkhianatan' itu, namun rakyat hakikatnya telah hilang kepercayaan. Padah bila personal interest jadi keutamaan dan kepentingan rakyat dilupakan, tunggulah saja hari pengebumian parti sendiri.

Wallahu'alam

Monday, March 2, 2015

Hutang RM738 bilion & Lari RM1.007 trilion

HIDUP MELAYU yang menjadi wirid UMNO sejak sekian lama telah berjaya membohsiakan minda majoriti Melayu. Menjadi semacam satu pegangan aqidah bagi mereka doktrin khurafat "Tanpa UMNO hilanglah Melayu". Entah ghuyub ke mana pesanan Rasulullah s.a.w. "Barangsiapa berjuang atas Assobiyyah (bangsa), mereka bukan di kalangan umat aku" dari jiwa mereka. Peliknya setiap kali muncul sambutan Maulidul Rasul, mereka yang sibuk dengan pelbagai program ceramah di masjid surau di seluruh negara namun masih tak faham apa yang Nabi suruh dan tinggalkan.

Amat menyedihkan bila dah ke tahap lidah mengungkapi "Biarlah mereka rasuah asalkan UMNO perintah". Apa maknanya ni? Tak mengapa langgar yang HARAM asal Melayu berkuasa. Assobiyah mengatasi agama. Kesongsangan ini mengekalkan penguasaan UMNO BN selama 58 tahun dan kini negara di ambang 'maut' dengan hutang RM738 bilion ekoran penyelewengan, rasuah dan kronisme yang telah sebati dlm pentadbiran kerajaan BN.

Dr Zeti Aziz Gabenor BNM mengesahkan jumlah hutang negara hingga Mac 2014 berjumlah RM700.1 bilion bersamaan 65.2 hasil KDNK. Rakyat tak tahu Kementerian Kewangan telah menetapkan had maksima hutang yang dibenarkan pada kadar 55% KDNK (590.6 bilion) saja. Bermakna negara telah BANKRAP.

Penganalisis antarabangsa mendedahkan peningkatan hutang negara akibat amalan rasuah dan penyelewengan seperti berikut;
~ Era Mahathir (23 tahun) RM100 bilion
~ Era Pak Lah (5 tahun) RM150 bilion
~ Era Najib (2013 - skrg) RM488 bilion
Jumlah keseluruhan RM738 bilion. Manakala jumlah wang negara yang dibawa lari ke luar negara berjumlah RM1.007 trilion.

Dah sampai masanya rakyat sedar dari kealpaan ini, khususnya ahli UMNO yang masih dibelenggu kepercayaan khurafat "Hanya UMNO pandai memerintah". Penulis setuju memang pemimpin UMNO pandai. Kepandaian mereka hanya menipu dan merompak kekayaan negara.

Tiada pilihan lain lagi kecuali UMNO BN wajib digulingkan dalam PRU14.

Wallahu'alam.

Sunday, September 7, 2014

Fantastic 4 mahu PAS ditendang keluar

Melihat senario terkini sudah cukup untuk membaca pendirian Hj Hadi dan sekutunya untuk bawa PAS keluar Pakatan tapi bukan bertindak keluar sendiri kerana tak mahu dicop pengkhianat. Mahu ditendang. Semalam SU Majlis Syura Ulama tak semena-mena keluar statement tak setuju Wan Azizah jadi MB kerana tak mampu memikul tugas tu. Decision tersebut dilapurkan telah dipersetujui bersama oleh TG Nik Aziz, TG Harun Din, TG Hj Hadi,  Tuan Ibrahim dan Ust Nik Zawawi. Saya rasa TG Nik Aziz tiada dalam perbincangan itu. Beliau sekadar dimaklumkan saja oleh geng Fantastic 4 itu. Saya masih yakin dengan pendirian Mursyidul Am yang tetap bertegas PAS mesti perkukuhkan PR.

Sumber menyebut Fantastic 4 telah sepakat menghantar 3 nama ke istana sebagai calon MB. Tak mustahil kesemua nama itu ADUN PAS. Andai Sultan memilih dari PAS sebagai MB, tentunya konflik ini berpanjangan kerana PAS mengkhianati konsensus Pakatan yang telah sepakat post MB Selangor dari PKR. Mungkin PRN boleh terjadi. Adakah ini 'grand design' Najib-Hadi untuk menghancurkan Pakatan bagi menjayakan Kerajaan Perpaduan di negeri terkaya itu?

Apa motif mereka berempat ini? Kenapa masih tak berpuashati dengan pemecatan TSKI yang terbukti menyalahguna kuasanya dalam isu penyelesaian hutangnya RM70 juta dengan Bank Islam? Apakah Hj Hadi dan regunya kini bersikap double-standard kerana TSKI rapat dengan mereka?

Dalam forum di Terengganu, Hj Hadi menyebut PKR yang jadi punca konflik di Selangor. Masalah PKR. Hairan juga Presiden PAS tak tahu menahu masalah TSKI. Ini bukan masalah parti tapi individu. Umum kini tahu sebab-musabab PKR terpaksa pecat TSKI ekoran kedegilannya enggan meletak jawatan MB walau telah dinasihati. Bukan soal hutangnya tapi cara penyelesaian hutang itu melibatkan kepentingan rakyat negeri. Ini hal yang serius kerana melibatkan integriti kerajaan PR Selangor. Malahan ramai ADUN PAS sendiri mengadu pada PKR minta Khalid ditukar segera.

Sekitar jam 3.00 pagi tadi saya dapat maklumat yang mengesahkan maklumat awal yang saya terima minggu lalu. Sejumlah dana yang begitu besar telah disalurkan kepada seseorang bagi menjayakan agenda Kerajaan Perpaduan ini. Saya ada angka yang tepat tapi tak berhasrat untuk dikongsi di sini. Ramai juga yang dapat durian runtuh dari dana tersebut. Siapa mereka? Fikirlah sendiri.

Hakikatnya memang PAS mahu ditendang keluar oleh Pakatan. Salah seorang penulis buku politik melahirkan rasa marahnya "Kali ni Hj Hadi memang mahu Pakatan hancur dan tak peduli kalau PAS berpecah".

Wallahu'alam.

Saturday, September 6, 2014

Ke mana halatuju PAS?

3 MINGGU menjelang PRU13, Dr Harun Din, Hj Hadi, Mat Sabu, Tn Ibrahim & Cgu Pa pergi menemui Anwar dan menyatakan "Kami PAS tak mahu enta jadi PM tapi Ku Li". Ini keputusan siapa? PAS Pusat tak pernah bermesyuarat membincangkan hal ini. Sapa pun tak boleh terima tindakan 'unetical' ni. Ku Li org luar, ahli UMNO. Percaturan politik siapa? Orang yg waras pun akan kata "mengarut". Sumber menyebut yang mendorong Tim Mursyidul Am dan Presiden mengambil sikap ni ekoran video lucah yg membabitkan Anwar dan percaya Anwar di dlm video bisu itu. Dan ramai yg tak tahu pimpinan utama PAS telah diundang khas oleh KDN utk tayangan perdana video itu. Hanya TGNA tak diundang.

Amat mengecewakan bila pimpinan spt Dr Harun Din dan Hj Hadi boleh termakan dgn fitnah jahat UMNO ini. Di mana logiknya bagi orang yg melanggani pelacur boleh bawa 2 orang rakan masuk ke bilik serta membenarkan aksi mereka dirakam. Kemudian video itu hanya hitam putih dan tiada suara. Di samping tayangan itu, pimpinan PAS turut diberi taklimat khas oleh Bukit Aman berkenaan Kes Liwat 2 Anwar.

Menjelang penamaan calon PRU13, Hj Hadi telah sengaja meletakkan calon PAS di saat akhir di beberapa kerusi hingga berlaku pertembungan 3 penjuru yg menghasilkan kemenangan di pihak BN. Dipercayai tindakan Hj Hadi ni atas nasihat orang di sekelilingnya. Ada 10 Penasihat yg banyak mempengaruhi tindakan politik beliau. Dan para penasihat inilah juga yg terlibat di belakang tabir dlm kemelut MB S'gor.

Dlm isu pil kuda, adalah tdk wajar bagi tokoh Ulama spt Hj Hadi boleh membuat tuduhan terhdp salah seorang calon PKR tanpa usul-periksa. Adakah hanya dgn mendengar khabar angin sudah dijadikan sebagai bukti? Bila pihak yg dituduh mengemukakan saman, Hj Hadi tidak hadir ke mahkamah dan akhirnya Hakim memerintah Hj Hadi membayar RM2 juta kpd tertuduh. Bila perintah dah dikeluarkan, barulah peguam Hj Hadi bertindak. Malah tertuduh mengakui dia tiada niat utk menjatuhkan reputasi Presiden PAS, hanya sekadar meminta Hj Hadi memohon maaf secara terbuka.

Saya tertanya2 kenapa Hj Hadi bersikap begitu? Apakah kerana ada 'dendam' terhadap Anwar atau 'cemburu' atau 'berprasangka buruk' pada Anwar? Atau sengaja mencari pasal ekoran hasrat Unity Government tak tercapai?

Seharusnya kegagalan beliau dan kepimpinan Trengganu mempertahankan kerajaan PAS dlm PRU11 boleh menjadi pendorong kpd satu analisa menyeluruh di mana kelemahan dan juga lompang2 yg tidak diisi hingga menyumbang kpd tumbangnya kerajaan berusia sepenggal. Malangnya, seperti biasa PAS tidak pernah mengakui kelemahannya, sebaliknya menuding jari ke pihak musuh yg terkenal dgn tipu-muslihatnya.

Sejak awal penubuhannya 1951, PAS mengambil pendekatan pilihanraya utk dapat kuasa. Justeru, undi rakyat diperlukan. Dan PAS paling cemerlang dlm PRU10 2009 bila memenangi 27 kerusi Parlimen, merampas Terengganu & mengukuhkan kedudukannya di Kelantan. Perlu diakui gelombang Reformasi yg berlaku pd masa tu ekoran pemecatan DSAI dpd Kabinet & UMNO serta fitnah telah menimbulkan kemarahan org Melayu. Dgn kebijaksanaan dan ketajaman politik Presiden PAS Almarhum Ust Fadhil Noor, beliau telah melancarkan Gerak yg berjaya menyatukan seluruh parti pembangkang dan NGO2 bagi menentang kezaliman terhadap Anwar hingga tertubuhnya Barisan Alternatif. Dan Almarhum dilantik sbg Ketua Pembangkang di Parlimen.

Kejayaan Almarhum menyatukan semua parti pembangkang dlm Barisan Alternatif membuktikan ketokohan & kewibawaan beliau sebagai pemimpin berpandangan jauh. Sayangnya, selepas pemergiannya PAS di bawah Hj Hadi gagal meneruskan usaha yg dibina oleh Almarhum bila DAP bertindak keluar BA krn tdk boleh menerima Dokumen Negara Islam PAS. Kini Barisan Alternatif itu dihidupkan kembali oleh Anwar dlm PRU12 dgn nama Pakatan Rakyat dgn kejayaan menguasai 5 negeri.

Tiada sapa menyangka majoriti rakyat bangkit mengundi pembangkang dlm PRU2008. Namun pemerhati melihat kejayaan Himpunan Bersih 2.0 menghimpunkan ratusan ribu rakyat pelbagai kaum telah menyuntik kesedaran dlm diri rakyat utk melakukan perubahan demi kesejahteraan negara dan rakyat keseluruhannya.

Ringkasnya, dalam keadaan mood rakyat yang menaruh harapan tinggi terhadap Pakatan utk take over Putrajaya dlm PRU14, di mana rasionalnya Hj Hadi dan sekutu rapatnya masih berusaha untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Selangor, juga tergamak membelakangi keputusan yang telah dicapai sebulat suara dlm Mesyuarat AJK PAS Pusat pada 17 dan 25 Ogos lalu. Apakah Hj Hadi yang disokong penuh oleh Majlis Syura Ulama telah melupakan segala kejahatan, penyelewengan dan jenayah UMNO yang diketahui umum? Ke mana hilangnya visi PAS selama ini yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangannya? Wajarkah seorang pemimpin yang baru dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia, tiba-tiba boleh berubah arah dan mengakui mahu bawa PAS berkerjasama dengan UMNO atas dasar Melayu dan Islam.

Benarlah kata Youssef Nada bahawa Ulama Islam tidak menggunakan orak mereka sejak abad ke-12 lagi. Persoalannya sekarang ke mana halatuju perjuangan PAS sebenarnya. Adakah dengan bersama UMNO akan merealisasikan cita-cita perlaksanaan Hudud? Apakah dengan terbentuknya Kerajaan Perpaduan boleh menyelesaikan masalah Melayu? Bagi saya, sebenarnya PAS masih meraba-raba di dalam terang hingga tak tahu apa yang dibuatnya. Nasib baik Allah mentakdirkan kerajaan PAS Kelantan diterajui oleh TG Nik Aziz selama 22 tahun dan diteruskan oleh Ustaz Ahmad Yaakob hingga ke hari ini. Rakyat Malaysia umumnya melihat Islam yg syumul telah dipraktikkan oleh TGNA dalam pentadbirannya.

Wallahu'alam

Wednesday, August 27, 2014

Malu nak ngaku ahli PAS

Tan Sri Khalid Ibrahim satu nama besar dlm dunia korporat sebelum 'terpaksa' terjun ke pentas politik tanahair atas 'pujukan' Anwar. Ditabalkan sbg MB negeri terkaya selepas PRU12 dan mentadbir dgn style korporatnya. Takde sapa menafikan kecemerlangannya dlm menjaga duit rakyat Selangor secara telus. Dari rizab RM400 juta di hari pertama dia 'boarding' ke Pejabat MB, kini meningkat RM3 bilion.

Walau rakyat negeri mula menikmati faedah seperti 20 meter padu air percuma, RM1,000 utk anak Selangor ke universiti tapi masih banyak lagi rungutan kedengaran ekoran rasa tidak puashati rakyat atas beberapa isu yang seharusnya diselesaikan. Kekayaan negeri yg sepatutnya dinikmati rakyat tidak disalurkan sebaik mungkin. Khalid lebih 'seronok' melonggokkan rizab negeri hingga berbilion2.

Saya sempat bertanya dgn salah seorang pimpinan utama Pakatan utk mengetahui apa punca sebenarnya dia terpaksa dipecat. Dia bagitau saya "Kita ada kuasa tapi Pakatan tak menguasai negeri".

Hint yg diberi menunjukkan Khalid yg berkuasa sepenuhnya walau ada barisan Exco. Kalau merujuk kpd pengakuan Exco Dr Halimah Ali, mmg Khalid kedekut utk rakyat. Jika proposal yg dikemuka tdk relevan, ditolaknya mentah2. Khabarnya setiap ADUN Pakatan tiada bajet utk melaksanakan program rakyat.

Setelah PKR memecatnya, Khalid tetap enggan resign sbg MB. PAS melalui Majlis Syura Ulama pula menyokongnya kekal MB. Begitu juga 12 ADUN BN. Sebaik Sultan perkenan dia kekal sbg MB Bebas, kesemua 6 Exco dari PKR dan DAP dipecatnya. Hanya tinggal 4 Exco dari PAS. Khalid hanya disokong oleh 15 ADUN PAS + 12 ADUN BN + BEBAS = 28.

Tanpa diduga 2 ADUN PAS menyatakan sokongan terhadap DSWA sbg MB baru. Kini hanya tinggal 26 ADUN bersamanya. Dari segi moralnya, Khalid wajib letak jawatan.

Perlu diakui tindakan MSU PAS membuktikan satu pengkhianatan terhadap rakan sendiri dlm Pakatan Rakyat. Pernyataan sokongan yg dibuat mmg tak masuk akal sbb Khalid bkn lg MB dari Pakatan.

Akhirnya, badan eksekutif PAS memutuskan setuju Khalid diganti dlm mesyuarat 17 Ogos dgn mengemukakan 2 nama pengganti, yaitu Wan Azizah dan Azmin. Dan Azmin pula menarik diri utk beri laluan kpd bosnya. Semua menarik nafas lega.

Tanpa disangka, selepas tu ada pertemuan 6 mata antara Hj Hadi, Cgu Pa & Azmin. Tim Presiden PKR telah dipujuk oleh 'Geng Ganu' itu agar bersama PAS dan diminta menarik 3 lagi ADUN PKR utk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO, dgn persetujuan Azmin sbg MB.

Namun kesetiaan Azmin pd Anwar dan PKR melebihi keinginannya jadi MB. Pengkhianatan Hj Hadi dan Cgu Pa terbongkar. Mahu tak mahu, demi menutup aib sendiri, sekali lg Mustapha Ali memanggil Mesyuarat AJK Pusat pd 25 Ogos. Kali ni Presiden PAS diasak 'panas' dlm bilik meeting berhawa dingin hingga mengakui di depan AJK PAS Pusat yg hadir bahawa;

1. Memang ada pertemuan dgn Azmin utk memujuknya,

2. Menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO dgn alasan demi Melayu dan Islam.

Tindakan Hj Hadi dan Mustapha Ali ni memang memalukan parti. Bkn setakat itu saja, malahan umum melihat PAS sebuah parti yang tidak boleh dipercayai lagi. Islam yg diperjuangkan hanya tinggal pada namanya saja. Lebih menjengkelkan bila Cgu Pa dlm press statement menyatakan bahawa 13 ADUN PAS tidak akan sign SD menyokong DSWA sbg MB.

Smlm saya menerima mesej dari shbt "Ana malu bila PAS buat macam ni. Tentu non-Muslim tak percaya lagi pd PAS kerana menipu mereka". Dan ada ahli PAS yg meluahkan rasa kecewanya "Ana malu nak ngaku sebagai ahli PAS".

Wallahu'alam.

Sunday, August 24, 2014

PAS cedera parah?

Petang tadi saya bertemu dgn seorang pimpinan PAS utk mendapatkan respon tentang konflik di Selangor, juga kesannya terhadap PAS itu sendiri. Sahabat saya ni pernah bertanding sbg calon PAS dlm PRU 1982, 1986 & PRU13 di Johor. Orangnya kuat membaca & berkemampuan mengulas senario politik nasional & internasional dgn bernas. Berminda tajam. Jadi tak hairanlah salah seorang puterinya sedang meneruskan pengajian di peringkat PhD sekarang, tanpa henti dari hari pertama memasuki universiti (Sarjana Muda). Mewarisi kebijaksanaan ayahnya.

Sambil kami menghirup sup kambing, saya mula mencedok isi mindanya. Katanya, "Dalam politik ni kita tak boleh gopoh kerana tersilap langkah, akibatnya buruk & mengambil masa lama utk pulih. Politik ialah persepsi. Kita nak dapat kuasa dgn undi rakyat. Kalau persepsi rakyat terhadap kita negatif, tentu mereka tak beri undi. Dan PAS masih gagal memahami hal ini walau dah 13 kali bertanding pilihanraya.

Dlm konteks Profesional dan Ulama', kita berjaya mengUlama'kan Profesional tapi gagal memProfesionalkan Ulama'. Ini masalahnya. Ulama' masih gagal keluar dari kotaknya & terus terkongkong dgn disiplin ilmunya. Mereka telah diberi peluang 30 tahun utk menerajui parti tapi PAS masih meraba-raba mencari formula utk meraih sokongan rakyat. Lihat apa jadi dgn Trengganu PRU11 & Kedah PRU13. Ingat mudah ke nak dapat balik Kedah tu. Sampai sekarang kita masih gagal rampas Trengganu".

Saya mencelah "Apasal masih tak dapat Ganu?" Sambung dia lagi "Kita jgn lupa UMNO bijak mengeksploitasikan keadaan. Mereka ada group think-tank sepenuh masa yg sentiasa mencari jalan utk menghadapi kita. Bila kita dpt Trengganu dlm PRU10, k'jaan PAS telah bertindak menutup tadika2 Kemas. Bila ni terjadi, apa persepsi rakyat? Rakyat akan kata PAS juga amalkan politik balas dendam. Malah sikap & gaya hidup kalangan EXCO berubah sekelip mata. Rakyat memerhati saja. Bila tiba PRU11, rakyat hukum kita balik. Soal pengundi hantu tu biasalah. Mmg dah kerja musuh."

Bila saya ungkit psl Dr Zuhdi, komennya mudah je "Inilah masalahnya golongan akademik. Merasa diri terlalu bijak tapi hakikatnya tak bijak. Buat kenyataan hanya berdasarkan teori tanpa mengambil-kira grassroot. Org mcm Zuhdi ni bkn pernah ambil tahu orang bawah. Dia hentam Anwar & pertahan Khalid Ibrahim. Apa yang dia dapat & apa untungnya PAS? Dia lupa ke S'gor kita dpt perintah hasil gabungan 3 parti. Dan Anwar-lah yg jadi penghubung antara  PAS dan DAP hingga terjalin kerjasama erat. Dr Mariah menang dgn majoriti besar di kawasan majoriti pengundi India. Dan ramai lg calon PAS menang di kawasan majoriti bkn Melayu sbb pengundi Cina sokong kita hasil dari pendktn  tahaluf-siyasi. Siapa untung? PAS juga untung.

Tapi bila Zuhdi & Geng Ustaz ni dok nak 'berperang' dgn Anwar, PKR & DAP, tentulah mereka mula ragui keikhlasan kita. Begitu juga dgn pengundi Cina & India. Nahhh sekarang sapa yg rugi? Katakan Pakatan berpecah, DAP tak rugi apa2 sbb sokongan Cina kuat padanya. Samada bersendirian @ dlm PR, jumlah kerusi yg dimenangi DAP sama je. Mcmana dgn PAS kalau besendirian? Bolehlah bertahan di Kelantan & menang. Itu pun entah sebab dah mula kedengaran suara2 di peringkat grassroot yg tak puashati dgn kerajaan skrg. Malah ada yang tanpa selindung mahu menghukum PAS dlm PRU14.

Dlm hal yg membabitkan Anwar, saya lihat gelagat Hj Hadi & geng UG ni mmg marah pd Anwar. Salah satu sebabnya mereka termakan juga fitnah UMNO terhadap Anwar dlm kes Liwat 2. Dlm politik ni soal sangsi dgn rakan serumah atau jiran tu biasalah tapi jgn sampai mengeruhkan keadaan. Soal Anwar bersalah atau dia ada agenda sendiri, itu soal kedua. Yg penting kita mesti perkukuhkan Pakatan tp malangnya dlm isu MB S'gor, Hj Hadi & PAS dilihat tak jujur dlm persahabatan. Imej PAS terjejas teruk. Saya pun tak setuju TSKI dipecat tapi itu urusan PKR. Nak buat apa kita masuk campur & buat kenyataan terbuka membantah tindakan pemecatan tu."

Bagaimana Hj Hadi? "Dia mmg hebat di peringkat antarabangsa. Ada pandangannya dlm konflik yg berlaku di Timur Tengah diterima oleh Yusof Qardawi". Saya tanya "Nape dia gagal & dilihat lemah dlm membuat keputusan politik di tanahair sendiri?". "Sebab penasihat dia tak cerdik. Di peringkat antarabangsa, kalau tak salah penasihatnya Dr Syed Azman & Kamaruddin Jaafar. Orang yg berpengalaman".

Ringkasnya hasil perbualan kami berdua, saya merumuskan bahawa imej PAS tercalar teruk dlm isu MB S'gor. Juga kredibiliti Hj Hadi sbg Presiden mula dipertikaikan oleh semua pihak.

Wallahu'alam

Wednesday, August 20, 2014

PRK Teluk Intan & Pengkhianatan

Coretan saya kali ini mungkin tak disenangi oleh pimpinan, ahli maupun penyokong PAS, namun itulah hakikat yg harus ditelan bersama. Walau PRK T.Intan telah berlalu 81 hari, namun ramai yg tak tahu wujud 'betrayal' yg tak sepatutnya.

Pada 31 Mei lalu, Pakatan (DAP) telah hilang kerusi yg dimenanginya dlm PRU13 bila kalah kpd BN (Gerakan) dgn majoriti tipis 238.

PRK ni telah menjadi tumpuan semua pihak bila DAP buat kejutan dgn menampilkan calon muda Melayu, Dyana Sofya, ekoran kematian YB Seah Leong Peng yg menang dgn majoriti 7,313 undi dlm PRU lalu.Pada hemah saya, DAP di sudut politiknya mmg advance krn berani mempertaruhkan kerusi yg dimenanginya dgn meletakkan calon Melayu dlm PRK T.Intan. Kenapa saya katakan berani? Sbb dlm PRK, Pakatan bkn berlawan dgn UBN tapi seluruh jentera kerajaan.

Dgn modal majoriti 7,313 dlm PRU13, DAP yakin boleh kekal di Teluk Intan tapi dgn majoriti kecil. Namun berlaku 'pengkhianatan' hingga kalah pula dgn majoriti tipis 238 undi.Melihat kpd peratusan keluar mengundi hanya 67.4% (40,626) berbanding 80.7% (48,839) dlm PRU13, bermakna seramai 8,213 tak keluar mengundi dlm PRK ini.

Jika merujuk angka, seramai 7,480 orang pengundi Pakatan yg tak mengundi. Di pihak BN, undi mereka kekal & meningkat sikit.

Siapa 7,480 orang itu? Pengundi yg menetap di luar & tak pulang krn beranggapan DAP boleh menang ekoran majoriti 7,313 dlm PRU13. Selebihnya pengundi tempatan sendiri.

Saya terkejut bila mendapat maklumat hampir 1,000 ahli PAS tak keluar mengundi krn termakan hasutan Geng Ustaz yg berfatwa "Haram undi Dyana krn tak bertudung & menolak Hudud".

Dan 'fatwa' itulah juga yg diguna oleh UMNO dlm kempennya kpd pengundi Melayu bagi memenangkan calon dari Gerakan yg keras menentang Hudud.

Tak sangka rupanya Geng Ustaz PAS ni begitu dangkal pemikirannya. Tak tahu beza antara statement politik dgn statement peribadi. Inilah yg disebut bodoh tak bertempat. Merasa diri merekalah saja pewaris Nabi sedangkan tindak-tanduk mereka menggambarkan bahawa Islam hanya untuk Melayu, selari dgn fahaman songsang UMNO.

Dan ramai yg tidak sedar Geng Ustaz inilah yang kerap bertemu dlm gelap dgn pimpinan UMNO bagi merealisasikan agenda Kerajaan Perpaduan yang ditidurkan sementara bila mendapat tentangan hebat Tuan Guru Nik Aziz.

Kini tahulah sudah siapa pengkhianat. Mereka bkn saja khianat pada Pakatan malah PAS itu sendiri.

Saturday, December 14, 2013

Malaysia’s Pakatan Rakyat Loses its Luster

Why the opposition doesn’t deserve to take over the federal government

The last general election is almost six months behind us, in which the narratives of Malaysian politics have been defined. The Pakatan Rakyat may have won the popular vote, leading some to believe that the opposition coalition is owed a moral mandate. However under a "first past the post" electoral system, the game is about winning seats, not aggregate votes.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS), one of the three legs of the opposition stool, has ruled Kelantan well for many years within the social and cultural contexts of the state and has shown it understands the aspirations of the Kelantanese. Selangor has been prudently run as a corporation by Parti Keadilan Rakyat's Abdul Khalid Ibrahim despite the current controversy over salaries, and Penang's finances have been restructured with great fiscal skill, where industrial investment has been revived through relentless promotion by the Democratic Action Party's Lim Guan Eng.

However, even with these achievements, the PR doesn’t have the pedigree needed to form a federal government, given the existing inconsistencies and weaknesses. As a multi-dimensional party, PAS doesn’t speak with a unified voice, given its divisions between the fundamentalists and the so-called Erdogans.

The DAP has shown its failure to provide ideologically sound and loyal candidates for political office, causing the downfall of one state government. The coming DAP party election in Penang shows the mad scramble for positions of influence among party stalwarts. To date, PKR has shown itself to be opportunistic, with very little in the way of its own thought-out ideological based policies. In fact some of its views like the one on salary hikes for politicians are even contradictory.

The culmination of these problems, the failure to take tactical initiatives, and electoral blunders have cost the Pakatan Rakyat the grand prize of Malaysian politics, the federal government.

Prime Minister Najib Razak has been grossly unappreciated for his job of holding the line for UMNO in the recent election. He was written off before the election by some who expected great losses. Many felt there was a real possibility that Terengganu and Negeri Sembilan would fall to Pakatan and that it would win back Perak. However Najib held all these states and took back Kedah as well. We will never be sure whether it was Najib's strategic brilliance or Anwar's strategic blundering that made the final result what it was.

The taking back of Terengganu from PAS in 2004 and the recent return of Kedah to the Barisan Nasional indicates that voters won't accept incompetence by any Pakatan government, although they may not apply the same standard to the Barisan, which historically has been riddled with corruption and incompetence. The taking of Kedah by former Prime Minister Mahathir Mohamed's son Mukhriz will be extremely difficult to reverse next election.

Pakatan, and in particular PKR has made a major blunder in Sabah, wanting to run candidates under its own banner rather than work with the existing opposition forces in the state, leading to a number of three-cornered fights. As a result, the opposition is divided into a number of groups which played straight into the hands of UMNO's strong man and Chief Minister Musa Aman, allowing UMNO to dominate the state's political landscape. This cost the opposition forces four federal and eight state assembly seats. In addition PKR itself seems to be disintegrating in the state, with eight to 12 leaders having quit the party over the last few days.

Although the DAP has made inroads into Sarawak’s towns, the rural regions of the state remain the bastion of Taib Mahmud's Parti Pesaka Bumiputera Bersatu-dominated government. Pakatan appears to have grossly underestimated the political mastery and respect Taib Mahmud carries in the rural heartlands of Sarawak despite credible reports of vast corruption. He has the qualities of a leader, rather than the administrative mold of many other national leaders, making him a very strong adversary. It's not the work of Pakatan that has made small inroads into PBB support but rather the work of Radio free Sarawak and other independent local activists.

In both Sabah and Sarawak, it is difficult to see where Pakatan can make gains unless it can change its understanding of the political dynamics of both states. From the rakyat or people’s perspective this may be even more difficult as PAS, PKR, and DAP are considered by many as "peninsulacentric", as Lim Kit Siang himself said in a recent article on his blog. Sabah and Sarawak are mathematically critical in deciding which side of politics forms the federal government.

In the last election campaign, Pakatan focused on preaching to the converted. This didn't win new voters. The inroads into Johor were good for the coalition but city campaigns were largely wasted, with perhaps the exception of Anwar's daughter Nurul Izzah in Lembah Pantai where she was challenged by the then UMNO Federal territories minister Raja Nong Chik Zainal Abidin. If the Pakatan leaders had not run the mass rallies in Johor, conveying a syok sendiri or chauvinist manner, the UMNO rhetoric after the election might have been much more conciliatory and inclusive than the current divisive narrative coming out of the party.

Many perceive the PKR to be a dynasty with husband, wife, and daughter holding high profile positions. This is one reason why the Azmin Ali influence is so strong within the party, to the point of being bitterly divisive. His recent comments over a pay increase announced for Selangor lawmakers make Azmin look more like an opposition leader in Selangor than a member of the government.

There is more to Azmin Ali's antics than just naked ambition. He has a point that many in the party agree with. One Sabah PKR leader Jelani Hamden upon his resignation from the party a couple of days ago said that there was too much central control. This is a rift that could paralyze the party, particularly when the rank and file membership are needed on the ground during elections.

The current disagreement about how funds in treasury funds in Selangor should be utilized show the policy malaise of PKR. There is also a wider dimension to policy issues where the PR has not been able to deal with the issue of hudud, or Islamic law, and an Islamic state. The concept of an Islamic state is ill explained. The issue could have been easily resolved through adopting the concept of governance through Islamic principles rather than going all out for an Islamic state. The best advantage for UMNO is for PAS to continue focusing on hudud. For as long as PAS promotes Islamic law, UMNO will stay in power.

It's time for the PR to eradicate ego from the coalition leadership and make a serious attempt to regroup under a new guard for the next election. To do that would shed the usual to allow a new vanguard of Malaysian politicians to emerge who are younger and more energetic than the Barisan. This doesn't mean that the old guard of Anwar Ibrahim, Lim kit Siang and Singh withdraw totally, but rather give others room to move in the generational transition.

The best thing for the PKR might be Anwar to declare that he had no more ambition to become Prime Minister and stand aside. This would go a long way in winning over voters who mistrust his intentions. As long as Anwar clings to the hope of one day becoming PM, Pakatan is doomed to remain in opposition. The myth that Anwar is a vote winner must be overturned. His immense international popularity doesn't equate to winning new voters within Malaysia.

When looking closely at PAS, there is an almost perpetual struggle going on between the Ulama, or religious leaders and the professionals, technocrats, Anwaristas, and other progressives within the party. Occasionally members of the Ulama within PAS make pronouncements which lead to many voters developing a fear of the party due to its interpretation of Islam. This costs PAS votes as Malays tend to be moderate relative to many other Islamic societies. This however has generally been kept in check by leaders like Nik Aziz and Mat Sabu over the last few years.

According to PAS research director Dr. Dzulkefly Ahmad, PAS needs to woo the Malay youth and women voters. The youth vote is growing massively and changing the dynamics of elections, and PAS currently only holds around 40 percent of the Malay vote, being only 35 percent among women. UMNO's power house during elections is its women's division UMNO Wanita. If PAS is going to grow its electoral support, it must connect with the women and the younger generation.

Currently PAS is good at preaching to the converted. However its electoral support within the Malay heartland is on the decline. This electoral decline lost Kedah and failed in enabling the opposition to retake Perak. Even in the stronghold of Kelantan, PAS lost six seats although it continues to govern the state. Ironically PAS won in the multi-ethnic areas as a beneficiary of the PR coalition. PAS needs to make up this deficit if the PR is to have any chance of taking over the federal government.

PAS also needs to inspire the multi-ethnic electorate to maintain the support it has gained. Hudud is not going to help with any of these demographics. Many mistake Hudud for Islam because of PAS insistence on the issue. Sometimes PAS mistakes being Arabic for being Islamic , which looks frightening to many voters, particularly urban Malay youth. People don't vote for PAS because of Islam, but rather their dislike for the BN. A vote for PAS is not necessarily a vote for the ideals of the party.

The PAS philosophy that has been so successful in Kelantan cannot be translated nationally. The long premiership of Nik Aziz can be considered an extraordinary example of a leader who had special qualities and was able to appeal to the emotions and aspirations of the Kelantan people. PAS success in Kelantan has little national correlation. With Terengganu and Kedah losses, PAS still has to prove that it can govern.

The rumors of PAS-UMNO talks, fueled by a recent meeting between Kelantan MB Ahmad Yakob and Prime Minister Najib Tun Razak continue to undermine and bring insecurity to the opposition, especially when at the closing of the recent PAS general Assembly, President Abdul Hadi Awang didn’t rule out the possibility of discussions.

As we have seen, policy has very little to do with who governs. It's about emotion and sentiment. It's not about exposing corruption and incompetence, but rather making people in rural Malaysia understand the difference between political parties and government. Otherwise the BN will always be the government and the PR be the opposition. It's also about realizing that those who will be the ones that decide who will be the next government in Putra Jaya are not middle class professionals in the cities but Pakchik and Makchik (Moms & Pops) in the rural areas. This is Perak, much of Johor, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Perlis, Sabah, Sarawak, and Kedah, which PR lost in the last election.

Most political analysts in Westminster systems would argue that governments lose elections rather than oppositions win them. However the Malaysian context may be different where the opposition needs to win the confidence and trust of the rural electorate. The major problem here is that most rural people don't know any other type of government. Issues such as the separation of party and state are difficult for many to understand. One of the beliefs that many Malays hold is that opposing UMNO is opposing the government. Many rural people have been brought up with the belief that only UMNO can protect their religion, way of life, and against Chinese economic domination.

Part of the reason UMNO has returned to the ultra Malay narrative and taken a strong Islamic stance is UMNO's feeling that it must compete with PAS to show it is the party with the best credentials to look after Malay interests. Consequently the current hudud law project has isolated Islam from the wider concept of Tawhid. Islamic proclamations and the strong stances we are witnessing are not benefitting the progression of Islam within Malaysia.

If PAS presented a more balanced Islamic world view, UMNO would have much greater room to move into the middle ground.

The Pakatan agenda has a massive influence on the behavior of the government. If the opposition was truly concerned about the consequences of its own political rhetoric, the leadership might consider changing approach, which no doubt would also benefit them electorally.

Anwar's "September 16" and Twitter message on election night that "PR has won the election" are difficult in being seen as constructive. Many perceive Anwar to be driven by ambition, hate, and a sense of revenge. His pledge to retire if PR didn't win the election has lost him credibility.

There is a segment of the population who have become disillusioned with the opposition over a number of issues. Anwar's antics, internal struggles, a potential political dynasty, lack of policy direction, and basic mistrust is keeping the PR from winning the federal elections. If the PR wants to win, they must take a hard inward look, rather than blame their loss on phantom voters.

Within the current stance, victory for the PR at the next election looks bleak. The members of the PR need to go back to the drawing board and return to the electorate with consistent and united policies and most of all learn how to engage rural communities. It is therefore not the alternative media that will be most important but the rural JKKKK committees, which is still the proven secret weapon of the BN.

In politics it doesn't matter what foreigners think of the present Malaysian government, or Anwar Ibrahim for that matter. It doesn't matter whether there is electoral fraud or not. Elections are not about the moral high-grounds or even what the majority wants. What matters is knowing the hand you are playing and winning the competition by the rules that exist. Otherwise a tired and scandal-laden government would have long been tossed out of office.

Unlike the post 2008 election period, the Malaysian electorate appears to be "burnt out" and has given up expectation and yearning for change. It's now very much suppressed. This is where the BN is likely to make up lost ground next election as the wave of change has reached the peak and will gently subside.

The PR urgently needs good strategists whose opinions are listened to. The PR must advance from being a one man crusade to becoming a true multi-dimensional coalition with a wide and varied intellectual input and consistent message.

by Murray Hunter

Saturday, November 30, 2013

PRU14 : Khurafat UMNO bakal membenam PAS PKR

Terlintas dibenak minda ni satu persoalan yang memang sukar untuk dirungkai walau pelbagai kajian dan teori dibuat namun masih buntu menemukan jalan keluar. Yakni persoalan sikap dan minda orang Melayu tentang politik tanahair. Suatu yang agak pelik jika direnung bila mana Melayu tetap setia dengan UMNO walau parti itu sendiri mengkhianati mereka. Kalau benar parti yang dijunjung selama ini ikhlas mau membela mereka, tentunya ekonomi dikuasai orang Melayu & tiada lagi yang hidup merempat hari ni tapi yang terjadi sebaliknya. Ironisnya RM52b dari RM54b saham Bumi lesap disapu pemimpin UMNO. Namun kesetiaan Melayu tidak berubah.

EMPAT GOLONGAN SETIA PADA UMNO

1. Melayu Elit - golongan yang memegang jawatan tinggi di sektor awam dan swasta melalui UMNO
2. Korporat - golongan kaya sekelip mata melalui projek kurniaan UMNO termasuk saham, permit AP dan seumpamanya.
3. Pertengahan - golongan sederhana mewah yang telah didoktrin tanpa UMNO hilang Melayu
4. Miskin - golongan majoriti yang memang bergantung penuh bantuan UMNO. Tanpa.UMNO matilah mereka.

JOHOR

Negeri kelahiran UMNO hingga diberi jolokan Negeri Paling Kuat UMNO Di Dunia. Tepat sekali. PRU13 lalu membuktikan segalanya. Pengundi Melayu Johor secara konsisten bersama UMNO BN malah di kawasan Felda undi PAS merosot 50% berbanding PRU12. Hanya 17% saja memilih PR. Kemenangan PAS di DUN Puteri Wangsa dan Parit Yaani disumbangkan oleh pengundi Cina yang secara total menolak BN di seluruh negara. Persoalannya, kenapa PAS Johor masih gagal menembusi market Melayu? Bermakna pendekatan tradisi yang dibuat selama ini gagal mengubah sikap dan persepsi orang Melayu yang telah didoktrin dengan fahaman syirik "Tanpa UMNO hilanglah Melayu". PAS dan PKR kena akui kejayaan propaganda UMNO selama ini hingga menjadi pegangan Aqidah Melayu.

TIADA POLITIK DALAM ISLAM

Satu keyakinan yang telah berakar-umbi dalam jiwa Muslim sejak merdeka. Politik kotor dan Islam tu suci. Tak boleh campur. Islam pada mereka ialah solat, puasa, zakat, haji, derma sana-sini, tahlil, sembahyang jenazah dan kubur orang mati. Dalam konteks sambutan Maal Hijrah dan Maulidul Rasul, memang Melayu UMNO hebat tapi dok buta hati tak faham apa tujuan hijrah Rasulullah dan apa perjuangan Baginda. Golongan agama upahan UMNO terus berperanan menyesatkan mereka dengan mengukuhkan lagi fahaman sekular Kristian yang memisahkan agama dan politik. Tembok sekular inilah yang berjaya dibina oleh penjajah melalui UMNO hingga meresap ke jiwa orang Melayu hingga ke hari ini.

ANAK MUDA

Golongan ini terbahagi kepada lepasan sekolah, siswazah dan lepasan siswazah, berkerjaya samada profesional atau sokongan dan penganggur lepasan ijazah. Statistik 2012 saja menganggarkan kira-kira 180 ribu siswazah menganggur di seluruh negara. Satu angka yang cukup besar bagi sebuah negara yang berpenduduk 25 juta orang.

Dalam konteks menawan hati golongan muda ini, penulis kira tidak sukar untuk mengenalpasti kehendak mereka. Visi mereka selepas habis belajar ialah pekerjaan. Hanya segelintir saja yang mampu berdikari dengan menceburkan diri dalam bidang insuran dan MLM bagi yang berminat. Yang lahir dari keluarga berada, kebiasaannya mereka akan menjalankan perniagaan sendiri mengikut bidang ilmu masing-masing. Selebihnya masih bergantung kepada kekosongan jawatan samada awam atau swasta. Justeru, UMNO sebagai parti pemerintah mempunyai kelebihan untuk menarik sokongan golongan ini dengan pelbagai program yang dilaksanakan termasuk Program Latihan Kerjaya bagi siswazah menganggur walau kejayaan program itu masih boleh dipertikaikan.

Bagi kumpulan lepasan sekolah yang tak berjaya menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, biasanya hanya menurut saja sikap politik keluarga masing-masing kecuali yang berkerja di luar atau terpengaruh dengan sikap rakan sebaya yang menyokong Pakatan Rakyat.

BR1M DAN RM200 REBAT TELEFON BIMBIT

Dalam bajet 2013, Najib telah mengumumkan pemberian kedua BR1M RM500 dan rebat telefon bimbit RM200. Walau pengumuman ini disebut oleh pemimpin PR dan Mahathir sebagai rasuah politik tapi strategi Najib ini memberi impak yang besar kepada sikap pengundi Melayu Bumi tanahair. Sapa yang tak nak duit. Berbuih mulut kita bercakap menyampaikan penerangan kepada rakyat yang BR1M tu hanya gula-gula untuk memastikan UMNO BN terus memerintah selepas PRU13. Selepas menang, wang yang diberi itu akan diambil balik dengan cara kenaikan harga petrol dan GST. Penerangan ibarat mencurah air ke daun keladi sebab telah diketahui umum mentaliti politik Melayu Bumi ialah mentaliti kelas ketiga.

DOKTRIN TANPA UMNO HILANG MELAYU

Fahaman khurafat inilah yang berjaya ditanam UMNO ke dalam jiwa Melayu hingga buta mata hati daripada melihat kebenaran. Dengan kata lain orang Melayu berjaya ditarik hidung mereka seperti lembu. Dalam isu wang penternak lembu berjumlah RM250 juta yang diseleweng oleh keluarga Shahrizat Jalil sebagaimana didedahkan oleh Rafizi Ramli berserta bukti kukuh namun Shahrizat tetap dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan baru-baru ini. Suaminya bebas tanpa sebarang tindakan undang-undang diambil terhadapnya. Inilah mentaliti Melayu UMNO yang dah hilang maruah diri. Bagi mereka, tak mengapa pemimpin menyeleweng dan rasuah asalkan UMNO terus berkuasa. Aqidah mereka kalau UMNO hilang kuasa, Cina akan perintah negara. Satu fahaman yang paling bodoh di dunia. Banyak lagi kes berprofil tinggi yang didedahkan namun kesetiaan Melayu pada UMNO ibarat irama dan lagu. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa orang Melayu sebenarnya beragama UMNO.

APA SOLUSI PAKATAN RAKYAT PRU14?

Persoalan yang sukar dijawab kecuali PR khususnya PAS berjaya menemukan formula baru sebagai penawar kepada virus khurafat yang sedang subur di dalam jiwa orang Melayu. Tersilap percaturan politik, strategi dan gerakerja lapuk, penulis yakin PAS dan PKR akan kehilangan sebahagian besar kerusi Parlimen dan DUN manakala DAP terus dominan di kawasan majoriti pengundi Cina. Manifestasinya UMNO terus memperkukuhkan kuasanya dan meneruskan propaganda sentimen perkauman ekoran kejayaan DAP kekal di kerusi Parlimen dan DUN. PAS dan PKR mesti berbuat sesuatu dari sekarang. Jika tidak, padah menanti dalam PRU14.

Wallahu'alam

Thursday, November 28, 2013

PAS masuk perangkap UMNO???

Muzakarah PAS UMNO antara tagline dalam Muktamar PAS ke-59 baru-baru ini. Sebelum ini PAS jadi panas atas isu Unity Government di era PM Pak Lah hingga Mursyidul Am TGNA membuat kenyataan terbuka menentang idea tersebut. Tentunya majoriti ahli PAS sendiri ada yang tertanya-tanya berkaitan muzakarah itu walau penegasan Hj Hadi hanya atas isu Islam.

Sebelum pergi lagi jauh, kita semua tahu UMNO memang parti sekular yang menentang Islam. Lupakah bagaimana pengkhiantan UMNO tika PAS memerintah Terengganu selepas PRU10? Di peringkat awal kerajaan PAS masa itu yang diketuai oleh Hj Hadi sendiri tentu merasa lega sikit kerana Terengganu ada Royalti Petroleum yang berjumlah hampir RM1 bilion. Dengan pendapatan negeri sebesar itu, tentunya mudah bagi kerajaan PAS untuk melaksanakan plan pembangunan untuk rakyat sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto PRU10. Tanpa diduga, kerajaan UBN Pusat di bawah Mahathir telah menukar Royalti kepada Wang Ehsan. Sekelip mata kerajaan PAS Terengganu menerima tamparan hebat ekoran kehilangan pendapatan utama negeri.

Persoalannya, kenapa Pusat sanggup melanggar perjanjian antara Petronas dengan Kerajaan Terengganu? Apakah motif politik UMNO itu sendiri?

Bila UMNO kehilangan Terengganu dalam PRU10, ianya ibarat ledakan bom nuklear kepada batang hidung sendiri. Dengan kejayaan PAS merampas Terengganu, bermakna 2 negeri pantai timur telah berjaya dikuasai pembangkang bersama Kelantan. Di sudut politiknya, UMNO tidak boleh membiarkan penguasaan di dua negeri oleh PAS itu berterusan kerana ianya boleh merebak ke negeri lain. Justeru, kerajaan PAS Terengganu wajib dijatuhkan dalam PRU11. Apa strateginya? Tentulah ekonomi sebagai nadi penggerak sesebuah kerajaan mesti dilumpuhkan terlebih dahulu. Royalti ditukar jadi Wang Ehsan. Hilang hampir RM1 bilion setahun pendapatan kerajaan negeri. Setelah hak royalti dirampas, UMNO melalui media perdana terus menyerang kerajaan PAS Terengganu dengan pelbagai propaganda, kononnya kerajaan pimpinan Hj Hadi gagal melaksanakan pembangunan untuk rakyat. Bagi rakyat miskin, tentunya fitnah melalui propaganda media itu terkesan di jiwa mereka, lebih-lebih lagi bila mereka menerima bantuan kewangan dari pihak UMNO yang menggunakan Wang Ehsan.

Tidak dinafikan kerajaan PAS pimpinan Hj Hadi, walau dalam keadaan kewangan negeri yang terhad telah berjaya melaksanakan beberapa program kebajikan untuk rakyat. Umpamanya, pemberian lot tanah kepada lebih 100 ribu rakyat Terengganu bagi membolehkan mereka membina rumah atas tapak sendiri, juga beberapa janji manifesto yang ditunaikan. Namun ekoran kesedaran rakyat terhadap politik masih rendah serta mentaliti kelas bawahan masih membelenggun majoriti rakyat, akhirnya Terengganu terlepas dari genggaman PAS dalam PRU11. UMNO berjaya dengan strategi 4 tahunnya dan kembali menguasai lebih dua pertiga kerusi DUN dan keseluruhan kerusi Parlimen di Terengganu. Kelantan juga hampir-hampir terlepas dari genggaman bila PAS hanya berjaya menguasai DUN dengan mejoriti 1 kerusi.

Bercakap soal Royalti ni, ironisnya kerajaan PBS Sabah walau pembangkang masih tetap menerima royalti tahunan dari Petronas. Tak pulak ditukar kepada Wang Ehsan. Sebab tu penulis kata UMNO ni sebenarnya memang memusuhi Islam sebagaimana golongan Yahudi dan Nasrani yang telah termaktub dalam Al Quran.

Berbalik soal muzakarah, penulis rasa PAS tak perlu buang masa untuk berbincang dengan UMNO atas kapasiti kepentingan Islam. PAS sendiri dah tahu UMNO memang anti-Islam kini dulu dan selamanya. Cukuplah apa yang telah dilakukan oleh rejim UMNO selama ini terhadap Islam dan PAS itu sendiri. Di sudut politiknya, muzakarah ini hanya menguntungkan UMNO dan merugikan PAS. Penulis tak mau berbicara panjang soal untung rugi ni. Biar pembaca lihat sendiri nanti apakah natijah dari muzakarah ini.

Sebagai orang yang sangat anti-Unity Government, tentunya penulis sensitif dengan isu muzakarah ini. I have my right to express my thought... Susah sangatkah nak faham cara politik pecah-perintah UMNO selama ini??? UMNO sendiri tahu dan cukup sedar keadaannya sekarang dalam posisi defensive atas isu penyelewengan, rasuah, hutang negara, kenaikan harga barang, cukai GST, laporan Audit Negara dan seumpamanya. Tiba-tiba, PAS masih bersedia untuk bermuzakarah atas isu Islam. Nape tak semena-mena PAS memberi 'nyawa politik' pada UMNO semula? Sepatutnya PAS terus menyerang UMNO secara konsisten atas isu-isu tadi. Jika muzakarah ini jadi kenyataan, penulis boleh jangka apakah propaganda yang akan dimainkan UMNO menjelang PRU14 nanti. Yang pasti PAS akan terus kehilangan sokongan pengundi Melayu Bumiputera Islam. Matlamat utama UMNO tak lain tak bukan untuk memastikan akhirnya PAS keluar Pakatan Rakyat.

Wallahu'alam

Sunday, May 26, 2013

Apa salah PAS belajar pendekatan AKP Turki

Apakah bila memegang jawatan dalam kepimpinan utama parti, kita merasakan diri terlalu bijak hingga memandang lekeh pandangan majoriti ahli. Adakah istilah wala' dijadikan modal oleh pimpinan atasan agar ahli bawahan hanya mengangguk je setiap keputusan yang diambil? Benarkah jawatan Presiden bagi mana-mana parti Islam itu mesti dipegang oleh golongan Ulama' saja? Bukankah semua ahli parti sedia maklum bahawa Majlis Syura' Ulama' merupakan badan tertinggi dalam organisasi parti. Justeru, takde salahnya jawatan Presiden boleh dipegang oleh sesiapa jua, tidak semestinya yang berkelulusan agama.

Dalam konteks Malaysia, PAS perlu terima hakikat dan realiti akan rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini telah hidup serta dijajah minda dan jiwa mereka dengan sistem sekular pemerintah. Bukan satu hal yang mudah untuk merentap sekaligus fahaman itu dari hidup mereka. Lebih kronik lagi bila mana fahaman politik lain dan agama lain telah menjadi pegangan Aqidah mereka sejak lahir.

Penulis rasa tak salah kalau PAS ambil pendekatan strategi politik parti AKP Turki. AKP ditubuhkan pada 2001. Masuk pilihanraya buat kali pertama pada 2002 dan terus menang dgn majoriti dua pertiga. Satu kejayaan luar biasa bagi sebuah parti yang semuda itu. Soalnya, apakah 'resepi istimewa' yang dihidangkan AKP hingga membuka 'selera' rakyat Turki?

Thursday, August 16, 2012

Nasha yang tak cerdik

Sebagai pemimpin, sewajarnya memiliki kebijaksanaan dan kewibawaan agar tidak mudah dieksploitasi oleh pihak musuh. Apatah lagi pemimpin sebuah parti politik Islam yang syumul. Malangnya, apa yang berlaku pada bekas Timbalan Presiden PAS tu amat mendukacitakan seluruh pimpinan dan ahli parti itu. Wajarkah seorang pemimpin seperti Nasharudin buat kenyataan media yang senada dengan kehendak UMNO dalam suasana bahang pilihanraya semakin dekat?

Bagi penulis, bukanlah satu yang pelik jika DAP menentang Hudud kerana telah sedia maklum parti itu dipimpin dan dianggotai oleh orang bukan Islam. Namun mutakhir ini, penentangan terhadap Hudud dah semakin kendur bila orang yang sekeras Karpal Singh sendiri dah mula menunjukkan sikap terbukanya untuk berbincang soal undang-undang Islam itu.

Kita semua tahu dalam keadaan UMNO melakukan serangan fitnah terhadap DAP berkaitan Hudud hingga memperalatkan seorang guru pondok mengeluarkan fatwa songsangnya "Sokong DAP haram", boleh pulak Nasha buat kenyataan yang senada dengan kehendak UMNO sebaik sampai dari Jeddah baru-baru ni. Dalam kenyataannya, Nasha meminta agar PAS meninggalkan Pakatan jika DAP menentang Hudud".

Walau Nasha menafikan beliau akan meninggalkan PAS untuk masuk UMNO, namun tindak-tanduknya itu serupa je dengan Hasan Ali dulu yang kerap bertindak membelakangi parti. Akhirnya, Hasan Ali terpaksa dipecat kerana sikap bodohnya itu merugikan PAS dan Pakatan Rakyat.

Pelik bin ajaib bagi seorang yang terpelajar seperti Nasha boleh termakan umpan yang dipasang UMNO. Takkanlah boleh jadi sebodoh itu hingga tak boleh mengambil pengajaran dari pendekatan yang diambil oleh parti AKP Turki, An-Nadha Tunisia dan Ikhwanul Muslimin Mesir.

Kalau nak buat perbandingan dengan PAS, rasanya Ikhwanul Muslimin pilihan terbaik. Kita semua tahu, gerakan Ikhwan telah diharamkan menyertai pilihanraya di zaman rejim Mubarak. Justeru, gerakan Islam Mesir itu telah mengambil pendekatan bijak dengan menggunakan parti-parti lain untuk menyertai pilihanraya. Alhamdulillah, kesan daripada Revolusi Rakyat Mesir di awal tahun, akhirnya calon-calon Ikhwan telah memenangi hampir kesemua kerusi yang ditandinginya dalam pilihanraya baru-baru ini dan menguasai lebih 60 peratus Parlimen Mesir.

Adakah Nasha beranggapan Ahli Majlis Syura Ulama' PAS silap buat keputusan bila mengambil pendekatan Tahaluf Siyasi bersama DAP dan PKR?

Rasanya Nasha perlu banyak belajar lagi daripada orang seperti Nik Aziz, Hj Hadi, Mat Sabu, Salahuddin, Husam, Mahfuz, Ust Abu Bakar Chik dan lain-lain pimpinan PAS yang telah ditarbiyyah secara haraki dalam jamaah ini.

Penulis nasihatkan agar Nasha bermuhasabah diri sebelum menuding jari pada orang lain. Ingatlah, segala tindak-tanduk kamu mutakhir ini memang amat mendukacitakan seluruh warga PAS dan juga rakan Pakatan Rakyat.

Terserlah sungguh kebodohan sendiri bila mana masih boleh percaya dengan sebuah parti munafiq yang memang terbukti memusuhi Islam, menjadi talibarut Zionis dan mengkhianati bangsa sendiri.

Wallahu'alam.

Saturday, July 28, 2012

Barack Obama seorang ahli politik bijak

Hampir 3 bulan penulis tak update blog ni kerana sibuk update status di FB. Entah nape pagi ni macam ada satu semangat untuk kembali menulis. Kali ni penulis nak melontarkan satu pandangan secara umum yang tidak dipengaruhi oleh sentimen mana-mana parti pun.

Memang tak dinafikan dalam konteks politik Malaysia, agak sukar untuk kita membuat ramalan hampir tepat berkaitan peluang Pakatan Rakyat ekoran sikap autokratik kerajaan UMNO BN yang telah mendominasi kerajaan pusat lebih 52 tahun.

Melalui penguasaan sepenuhnya instrumen media perdana tanpa diberi peluang langsung pada pihak pembangkang untuk bersiaran, telah menyebabkan majoriti rakyat hanya mendapat maklumat dari pihak penguasa saja. Selain penguasaan media, pihak penguatkuasa undang-undang turut dipergunakan semahunya bagi melindungi kepentingan politik pemerintah, khususnya UMNO.

Namun, pentas politik Malaysia serta-merta berubah dalam PRU12 2008 apabila Pakatan Rakyat berjaya menguasai 5 negeri di Semenanjung. Sejak itu, rejim UMNO dilihat macam cacing kepanasan ekoran keputusan PRU12 yang tidak diduga. Pelbagai konspirasi dan fitnah terus dirancang untuk memburukkan imej Pakatan Rakyat. Namun akhirnya, segala fitnah dan propaganda yang dirancang itu telah memakan diri UMNO sendiri.

Dalam suasana bahang PRU13 yang semakin dekat, ditambah pula dengan kemudahan internet jalur lebar yang semakin laju serta kemudahan akses internet di mana saja melalui telefon bimbit canggih, hari ini rakyat semakin bijak menilai siapa yang berada di pihak yang benar walau pentadbiran Najib telah 'merasuah' rakyat dengan BR1M RM500 tahun lalu dan diulangi sekali lagi baru-baru ini.

Penulis agak kesal dengan sikap sesetengah pimpinan Pakatan Rakyat yang dilihat agak kurang cerdik dalam politik. Beberapa isu yang belaku sebelum ini jelas menampakkan betapa tak matangnya cara mereka berpolitik. Dan perlu diakui sikap gelojoh mereka itu sebenarnya lebih dipengaruhi oleh ego (bodoh sombong), gila kuasa dan sentimen kepentingan peribadi hingga memberi ruang kepada pihak musuh melakukan serangan dan mengakibatkan kecalaran imej kerajaan PR itu sendiri.

Sewajarnya, peluang dapat memerintah 4 negeri itu dijadikan landasan bagi mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan yang diterajui, bukannya menimbulkan polemik bodoh yang tidak menguntungkan sesiapa pun malah merugikan diri sendiri. Apa yang sepatutnya dilakukan adalah memberi fokus kepada kebajikan majoriti rakyat di bawah sana, bukannya menimbulkan spekulasi dan isu-isu picisan dalaman parti.


Penulis agak tertarik bagaimana cara Presiden Obama berkempen untuk pilihanraya Presiden yang seterusnya. Fokus beliau adalah rakyat kelas menengah (middle-class). Dalam kempen Presiden yang lalu, Obama berjanji akan membela nasib rakyat kelas menengah dalam sektor pekerjaan, kemudahan perubatan dan pendidikan serta menurunkan kadar potongan cukai bagi seluruh rakyat Amerika.

Sebelum Obama mengambil-alih Rumah Putih, lebih 3 juta rakyat Amerika yang kehilangan pekerjaan, menanggung bebanan hutang kad kredit, tiada kemudahan insuran perubatan dan pendidikan serta pelbagai bebanan sara hidup yang tinggi ekoran cukai yang dikenakan.

Dalam tempoh 2 tahun pemerintahannya, sejumlah 4.2 juta rakyat Amerika telah kembali bekerja semula dan masuk tahun ke empat pula, sejumlah 850 ribu lagi mendapat peluang pekerjaan. Begitu juga kejayaan pentadbiran Obama menyediakan kemudahan insuran perubatan dan pendidikan, perlaksanaan Akta Kad Kredit baru bagi mengawal perbelanjaan rakyatnya dan beberapa dasar lain yang menguntungkan golongan kelas menengah.

Penulis yakin Obama akan memenangi Pilihanraya Presiden buat penggal kedua dengan sokongan yang lebih besar lagi ekoran kejayaannya menunaikan sebahagian besar janji dalam kempen pilihanraya 2007 lalu.

In person, penulis tertarik dengan pendekatan Obama dalam kempennya kali ini. Fokusnya ialah kebajikan golongan middle-class rakyat Amerika. Bukan sibuk dengan 'great ideas' yang belum tentu menawan hati rakyatnya.

Sewajarnya muka lama dan muka baru ahli politik PR perlu belajar memahami kemahuan dan aspirasi rakyat. Bukannya sibuk dengan idea besar yang dah lapuk. Apa yang rakyat mahukan adalah pembelaan buat mereka.

Waima apa pun, penulis ucapkan syabas pada Tan Sri Khalid Ibrahim dan KM Lim Guan eng yang cepat belajar daripada kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz yang telah mengetuai kerajaan Kelantan lebih 20 tahun.

Wallahu'alam

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger