Tuesday, June 9, 2009

Unity Government - Team Nik Aziz vs Team Hj Hadi

Bolehlah dianggap Muktamar pada kali ini hanya berjaya dalam bab Pemilihan semata-mata namun tiada menemukan jalan penyelesaian terbaik khususnya dalam isu Unity Government. Sepatutnya PAS menjadi lebih matang dalam menelusuri arus politik perdana lebih-lebih lagi dalam menghadapi PRU13 yang dijangka berlaku lebih awal.

Apakah pimpinan PAS sudah merasakan parti mereka sudah begitu bersedia untuk menggantikan UMNO dalam PRU13 nanti ? PAS tak sepatutnya berkhayal dan merasa begitu yakin ekoran kemenangan dalam PRU12 dan beberapa pilihanraya kecil. Perlu diingat kemenangan PAS dalam PRK Bukit Gantang berpunca dari sokongan masyarakat bukan Islam khususnya pengundi Cina. Manakala pengundi Melayu masih statik di mana PAS hanya mampu meraih 40% undi mereka.

Adalah menjadi keutamaan bagi PAS untuk mengenalpasti kelemahan sendiri berikutan kegagalan meraih sokongan dari masyarakat Islam dalam negara. Bukannya dok sibuk untuk meneruskan idea Unity Government yang tak menguntungkan itu. Contoh paling jelas ialah di Terengganu sebab di negeri Penyu ini memiliki lebih 95% pengundi Islam namun PAS sendiri masih gagal untuk pertahankan diri dalam PRU11.

Memang kita tak nafikan salah satu punca kekalahan adalah penipuan UMNO/BN melalui Phantom Voter. Tapi janganlah itu dijadikan alasan untuk menyembunyikan kelemahan sendiri. Jika benar majoriti rakyat Terengganu faham tentang 'Aqidah Islam dan menyedari betapa peri pentingnya mempertahankan Kerajaan Islam, saya yakin datanglah ribut taufan sekalipun, namun ianya tidak akan mampu menggugat kewibawaan kerajaan PAS Terengganu.

Kadang-kadang terfikir juga dalam benak fikiran, apakah selama ini PAS hanya syok sendiri melihat 'sokongan tak pasti' dan merasakan sudah tiba masanya PAS akan jadi pengganti UMNO. Perlu diakui memang PAS telah berjaya menembusi 'pasaran' masyarakat bukan Islam dalam negara. Apakah faktor ini boleh dijadikan ukuran sebenar kemampuan PAS meletakkan diri sebagai sebuah parti dominan dalam pentas politik negara ?

Adalah difahami umum punca utama masyarakat bukan Islam boleh menerima PAS apabila mereka melihat model Kerajaan Islam Kelantan yang diketuai oleh Tuan Guru Nik Aziz sendiri yang juga Mursyidul Am PAS.

Persoalannya sekarang mengapakah Presiden PAS dan Timbalannya masih mahu meneruskan idea Unity Governmnet sedangkan mendapat tentangan dari Muryidul Am sendiri dan majoriti ahli PAS. Secetek-cetek fikiran ini, saya sendiri tidak nampak apa faedahnya kepada PAS. Umum memahami Unity Government ini mejurus kepada kerjasama PAS-UMNO dalam kerajaan sebagaimana pernah berlaku dulu di zaman Dato' Asri-Tun Razak.

Apakah sudah ada di kalangan pimpinan PAS yang dah tak sabar nak jadi Menteri atau Timbalan Menteri Pusat.

Sempat juga saya menelefon seorang sahabat, juga seorang pimpinan PAS Kawasan yang menjadi perwakilan tempohari untuk mendapatkan ulasan dan pandangannya berhubung isu ini.

Beliau menyatakan bahawa isu Unity Government ini adalah idea Haji Hadi bersama beberapa pimpinan kanan PAS termasuklah Timbalan Presiden sendiri. Bukannya keputusan bersama dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat. Tambahnya lagi idea ini adalah satu idea yang tidak popular. Hasrat Hj Hadi dan Timbalannya untuk meneruskan idea ini dilihat sebagai mahu menutup kelemahan sendiri. Samada ianya berjaya ataupun tidak, nampak gaya akan diteruskan juga demi mengelakkan kredibilitinya sebagai Presiden dipertikaikan oleh semua pihak, khsusunya dari kalangan pimpinan dan ahli PAS sendiri.

Sahabat saya juga mempersoalkan apa perlunya diteruskan idea yang tak popular ini. Takde untungnya pada PAS malah akan menikam diri sendiri. Yang untung hanya pada UMNO. Jika ianya berlaku, UMNO dilihat akan menggunakan kesempatan ini untuk mengukuhkan lagi kedudukannya serta meningkatkan sokongan rakyat kepadanya. Akhirnya, apabila UMNO sudah dapat mencapai visinya, PAS akan diterajang semula keluar.

Kata sahabat saya, dia melihat Nasharudin menunjukkan sikap ego dan angkuhnya setelah berjaya mempertahankan jawatannya. Tegasnya, adalah tidak wajar Nasharudin membuat kenyataan bahawa kemenangannya itu membuktikan hasrat perwakilan yang mahukan idea Unity Government itu diteruskan. Sepatutnya Nasharudin dengar terlebih dahulu pandangan Husam dan Mat Sabu mengapa mereka berdua menentang idea tersebut. Jika nak dibandingkan pengalaman politik, Husam dan Mat Sabu jauh lebih berpengalaman dari dirinya sendiri. Malangnya ianya tak berlaku. Bukankah musyawarah diutamakan dalam PAS?

Yang menghairankan, mengapa Hj Hadi dan timbalannya menimbulkan semula isu ini? Sedangkan sebelum ini Hj Hadi sendiri menyatakan sudah tidak timbul lagi isu Unity Government. Tup,Tup... beliau dan timbalannya menyuarakan semula hasrat tersebut dalam Muktamar PAS baru-baru ini.

Apabila isu ini ditimbulkan semula, akuilah secara tak langsung telah mewujudkan 2 kelompok dalam PAS sekarang. Kelompok pertama ialah Team Hj Hadi (Pro-Unity Government). Manakala kelompok kedua ialah Team Nik Aziz (Anti-Unity Government)

Terus-terang saya masuk dalam Team Nik Aziz.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger